Sunday 22 May 2011

Amalan baik berdoa pada ruh.

Amalan baik berdoa kepada ruh-ruh ynag telah meninggal.

Sesungguhnya ketahuilah adapun ruh-ruh orang-orang beriman diberi kesempatan Allah s.w.t menengok kuburnya dan menemui sanak saudaranya. Hal ini berlaku bagi ruh-ruh orang mukmin sahaja.

Kata Ibnu Abbas: ”Apabila Hari-Hari Kebesaran Islam, seperti tanggal; 1 Maharram, Hari Jumaat, tanggal 1 Rejab, pertengahan bulan Syaaban, Hari-hari Raya, dan malam ”Lailatul-qadar”, ruh-ruh mukmin diberikan kesempatan turun ke bumi, untuk melihat keluarganya.  Apabila ia sampai di rumahnya ia cuma boleh berkata akan tetapi yang masih hidup tidak dapat mendengarnya.”

”Hai keluarga ku, hidupku kini sangat terasing. Meskipun  kamu  tidak melihat aku, tetapi aku melihatmu, dan mendengar perkataanmu. Aku tidak memerlukan makan dan minum daripadamu, akan tetapi yang akau harap-harapkan hanya doamu...”
Hendaklah kamu ingat pada suatu ketika kamu pasti akan mengalami seperti aku. Pergunakanlah waktu hidupmu untuk beribadat dan beramal solih, berbuat segala macam kebajikan, itulah yang sangat bermanafaat bagi dirimu.”

Oleh kerana itu jika didapati anak isterinya atau ibubapanya atau keluraganya rajin beribadat, dan tidak lupa mendoakan dia, maka giranglah dia, serta dia lalu berdoa kepada Tuhanh untuk keluarganya itu. Lalu kembailah dia pada tempatnya dengan merasa puas hati dengan kegembiarannya.

Namun sebaliknya, jika dia melihat anak isterinya, ibu bapanya dan keluarganya tidak beribadat atau berlaku maksiat maka kembalilah dia dengan perasaan kecewa dan dukacita.
Oleh  kerana itu keuarga yang masih hidup jangan lupa akan keluarganya yang telah pergi terdahulu, dengan berdoa memohon ampun bagi ruh-ruh tersebut kepada Allah s.w.t. ,  Terutama bagi anak-anak yang orang tuanya telah tiada lagi rajin-rajinlah mendoakan ibu bapanya atau keluargay pada tiap-tiap hari, atau terlebih baik selepas waktu solat lima waktu sebagai yang Tuhan ajarkan di dalam al-Quran iaitu:

رَبِّ اغـْفـِرْلِىْ وَلـِوَالـِدَيَّ وَارْحُمْهُمَا كـَمَا رَبَّيـَنـَا صَغِيْرًا.
“Ya Tuhanku, ampunilah aku dan bagi kedua ibu bapa ku. Dan kasihanilah mereka berdua. Sebagaimana keduanya memelihara aku di masa kecill”

Ketahuilah apabila orang tua kita telah meninggal dunia,maka segala amal perbuatan kita ditunjuki oleh malaikat kepada orang tua kita. Jika amal perbuatan kita yang baik, maka orang tua kita menerima dengan segala seanag hati dan  mendoakan kepada kita.  Sebaliknya jika perbuatan kejahatan, keduanya akan dukacita dan kecewa. Maka beruntuglah ibu-bapa yang mempunyai anak yang solih yang selalu mendoaklan dia.
Bersabda Rasululllah s.a.w. yang  bermaksud:
”Apabila kita meninggal dunia hanya tiga perkara sahaja yang  akan bersama- sama kita, iaitu Amal jariah, Amal yang solih (yakni anak yang baik selalu mendoakan kita) dan Ilmu beramanfaat yang diajarkan kepada orang lain  (Hadis riwayat Bukhari dan Muslim)

a.     Amal Jariyah

      Amal jariyah artinya pekerjaan yang baik umpamanya dia menyumbangkan wang ringgit  dan tenaga atau hartanya atau fikirannya kepada masyarakat guna perbaikan atau pembiyaan untuk masjid, mushola, madrasah, membuat rumah ibadat, rumah anak yatim, membina  sebatang jalan raya, sebuah jambatan untuk kegunaan orang ramai, bergotong royong ramai-ramai membersihkan kawasan masjid,  mengajar al-Quran pada kanak-kanak, memberi ceramah agama percuma, bersedekah buku-buku agama dan sebagai lagi dengan tujuan membuat  amal jariah dan tidak pula bertujuan  menjadi riak akan dirinya. Ketahuilah selagi perkara-perkara yang disumbangkan itu masih digunakan, walau pun dia telah meninggal dunia, maka selama itulah ia mendapat pahala daripada Tuhan.

b.     Amal Yang Solih (Yakni anak yang baik)
Kita harus melakukan perkara yang baik dengan berakhlak yang mulia dan mengerjakan segala suruhan Allah s.w.t. dan meninggalkan segala laraganNya  serta tidak melakukan akhlak yang keji yang dilarang Tuhan, banyak melaklukan ibadat-ibadat sunat supaya menjadi contoh kepada anak-anak kita. Maka dengan itu apabila kita meninggal dunia kita telah meninggalkan perkara yang berharga yang mana mereka akan sentiasa mendoakan kita setiap hari. Berbahagialah ibu bapa yang telah mengajar dan mendidik anak-anak ke jalan yang lurus itu.

c.      Ilmu yang bermanfaat.

Adapun yang dimaksud dengan ilmu yang bermanfaat ialah ilmu agama dan ilmu kehidupan untuk kebahagian di dunia. Tetapi bukan ilmu-ilmu yang ditegah agama atu ilmu-ilmu yang merosakkan kehidupan manusia.

Adapun ilmu yang telah di ajar kepada orang lain dan dia mendapat manfaatnya dari ilmu itu, maka orang pertama yang megajarkannya jika dia seorang muslim dia mendapat pahala yang tidak ada habisnya dari sisi Allah s.w.t.  Misalnya orang pandai membaiki radio  atau  televsyen, kemudian  diajarkannya pada orang lain, lalu orang itu dapat manfaatnya  yang dignunakan untuk mencari nafkah, maka orang yang mengajarkannya mendapat pahala ”jariyah” dari sisi Allah s.w.t..  Demikianlah maksud tujuan amal jariyah yakni amal yang mengalir pahalanya bagi orang yang telah menyumbangkan amalnya atau ilmu guna kebaikan dunia dan agama.
Firman Allah s.w.t.
وَالـَّذِيْنَ آمَنُوْا وَعَمِلـُوا الصَّلِحَتِ ا ُوْلـَءِـكَ
أ َصْحَبُ الـْجَنـَّةِ ج هُمْ فِيْهـَا خـَلِدُوْنَ  (البقرة 82)
Orang-orang yang beriman dan beramal soleh, mereka itu penghuni syurga, sedang mereka itu kekal di dalamnya.
                  (Al-Baqarah ayat 82)
Firman Allah s.w.t. lagi:

فَمَنْ كَانَ يَرْجُوا لـِقـَآءَ رَبِّهِ فـَلـْيَعْمَلْ عَمَلا ًصَلِحًا
 وَلَايُشْرِكْ بِعِبَادَةِ رَبِّهِ~ أ َحَدًا
. (سورة الكــهف اية 110)

Maksudnya:
Sesiapa yang percaya dan berharap akan pertemuan dengan Tuhannya,hendaklah dia mengerjakan amal yang solih dan janganlah dia mempersekutukan sesiapa pun dalam beribadah kepada Tuhannya.
                                                                        (Surah Al-Kahfi, ayat 110)

Sekian dahulu dan disudahi dengan:

Wassala mulaium……..


------------------------oooooooooo-----------------------






































Masalah Agama Bab 356-360

URL    -www.hjchedan.blogspot.com


Masalah   356. Mengapa kita takbir Membaca Allahhu Akbar.

Mengapa perkataan Allahhu Akbar pada permulaan solat dinamakakn Takbiuratul ihraam.

Jawapan.

Allahhu Akbar permulaan dinamakan Takbiratul Ihram kerana menjadi sebab atas keharaman apa-apa yang tadinya halal seketika sebelumn takbir, seperti makan, berbual, dan sebagai lagi. Allahhu Akbar selanjutnya dinamakan Takbiratul Intiqal berarti berpindah dari satu rukun fi’li kepada rukun yang lain.  (Masalah 49 (1) ms 111)


Masalah  357 ..Bolehkah beri Zakat pada ibu sendiri.

Jaewapan.

Perkara ini tidaklah boleh. Jika ibu itu tidak berkecukupan perbelanjaannya maka ibu itu termauk dalam golongan fakir miskin.  Maka jadi tanggungan anaknya yang misti memberikan perbelanjaan. Jika tidak memberi perbelanjaan anak itu berdosa kerana  mengabaikan tanggungjawabnya terhadap ibubapa.
(Rujukan: Kitab Kemusykilan Agama oleh Dr. Syed Abdillah Ahmad,m.s. 66)


Masalah  358..Terlupa dan teringat semula Fatihah....    

Seorang tinggalkan Fatihan dengan terlupa dan teringat semula dalam rakaat kedua dalam masa Fatihah juga, bagaimanakah  hukumnya.

Jawapan.

Jika ia ingat  kembali pada rakaat selanjutnya yang juga dalam fatihah, maka rakaat yang tadi itu sia-sialah sahaja.  Jika ia ingat sebelum sampai ke rakaat kedua sebelum Fatihah, maka wajiblah ia kembali semula berdiri membaca Fatihah. Dan sunatlah  dia sujud sahwi.  Akan tetapi diingatnya sesudah memberi salam, maka dilihatnya dahulu, jika belum lama fasal antara salamnya dengan masa yang di ingatnya, maka bolehlah dia bangun menambahkan lagi satu rakaat yang kurang itu, dan disunatkannya  sujud sahwi. Akan tetapi jika terlalu lama dia baru ingat, maka wajiblah  dia mendirikan solat itu semula.

Jika terjadi pada Imam, makmum hendaklah menegur dengan ucapan “subhanallah”  Jika Imam tidak menghiraukannya maka wajiblah makmum tidak mengikuti Imam yang salah itu, dan dia hendaklah mufaraqah (keluar) dari solat itu dan terus buat berseorangan hingga selesai solat itu.  Kalau makmum ikut juga maka batallah solatnya itu.  Jika makmum itu tidak tahu seperti dia duduk di saf belakang  tidak mengapalah, kecuali jika ia masbuq yang Fatihahnya ditanggung oleh Imam maka wajiblah  dia menambah satu rakaat lagi, dan membuat sujud sahwi.
Kalau hal tersebut terjadi pada solat Jumaat, sekiranya baru diketahui sesudah salam, lebih kurang dua minit segeralah hendaknya menamabah rakaat itu.  Jika melebihi dari dua minit itu wajiblah mengulang khutbah dan solat Jumaat semula,  kerana sudah kehilangan muwalat (berturut-turut) antara  khutbah dengan solat Jumaat itu.  (Masalah 50 (1) ms 113)


Masalah  359 - Bacaan Fatihah di perlahankan

Mengapakah sebabnya bacaan Fatihah pada rakaat ketiga  dari solat Magharib, dan rakaat ketiga serta keempat solat Isyak dibaca dengan sir (diperlahankan) tidak dijaharkan (dikuatkan).

Jawapan.
 Adapun hikmah atau rahsia rakaat ketiga Maghrib dan dua rakaat akhir Isyak di sirkan (perlahankan) adalah terbilanag sebagai solat malam hari kerana tajalli (cahaya ghaib yang menerangi hati) diwaktu malam itu adalah ringan. Terjadi yang demikian  itu adalah rahmat Allah s.w.t. terhadap orang-orang yang daif daripada umat ini. Allah meringankan membaca daripada jahar (kuat) pada  akhir Maghrib dan  dua rakaat akhir Isya’ untuk memberikan galakan mereka yang lemah melakukan supaya dapat menunaikan solat tersebut. Jika Allah memberatkan dengan jahar (kuat) nescaya menjadi lemahlah mereka itu dari pada melakukannya kerana tajalli Allah bagi mereka tidak kuasa menampungnya.  (Masalah 51 (1) ms 115)


Masalah 360 –Apakah maksud dan faedahnya Khaup atau Khusyiyah


Jawapan.

Khaup atau Khusyiyah itu berarti takut, yaitu takutkan Allah yakni menjaga atau memeliharakan dirinya daripada barang yang dilarang oleh Tuhan supaya kita tidak melakukannya.

Maka faedahnya atau takutkan Tuhan itu ada empat perkara :-
a.     Dikurniakan baginya taufiq (pertunjuk) yang memudahkan akan dia kepada berbuat taat akan suruhan Allah s.w.t.

b.     Dikurniakan baginya rahmat seperti Firman Allah s.w.t.:

              هـُدَى وَرَحْمَة ً لـِلـَّذِيْنَ هُمْ لـِرَبِّهِمْ يَرْهَبُوْنَ.
              Artinya: “Pertunjuk dan rahmat bagi mereka yang takut bagi
             Tuhan mereka itu.”

      c.   Dikurniakan ilmu seperti Firman Allah s.w.t.:
   
 إِنَّمـَا يَخـْشَى اللهَ مِنْ عـِبــَادِهِ الـْعـُلمَاءُ.
    Artinya: “Sesungguhnya yang takutkan Allah itu yaitu orang yang
   berilmu daripada hambanya (sekalian hambanya yang berilmu)”.

c.      Mendapat keredaan Tuhannya seperti Firman Alah sa.w.t. :

عَنْهُمْ وَرَضُوْا عـَنْهُ ذَلـِكَ لـِمَنْ خَشِيَ رَبـَّـهُ.
           
            Ertinya:  “Telah redha Allah daripada mereka itu dan redha
            mereka itu daripadanya yaitu mereka yang takut akan
           Tuhannya.”

     d.   Orang Mukmin yang sempurna imannya. Firman Asllah s.w.t. :-

إِنَّمَا الـْمُؤْ مِنُوْنَ الـَّذِيْنَ إِذَا ذُكـِرَ اللهُ وَجِلـَتْ قـُلـُوْ بُهُمْ وَاِذَا تـُلِيَتْ
عَلـَيْهـِمْ ايَا تـُهُ زَادَتُهُمْ اِيْمَا نـًا وَعَلىَ رَبِّهـِمْ يَتـَوَكَّلـُوْنَ.  الـَّذِيْنَ
    يُقـِيْمُوْنَ الصَّلَاةَ وَمِمَّا رَزَقـْنَا هُمْ يـُنْفـِقـُوْنَ.  أ ُلـَءِـكَ هُمُ الـْمُؤْ
مِنُوْنَ حَقـًّا لـَهُمْ دَرَجـَا تٌ عـِنـْدَ رَبِّهِمْ وَمَغـْفِرَةٌ وَرِزْقٌ كَرِيْمٌ.

            “ Artinya: Hanyasanya orang-orang mukmin yang sempurna imannya itu adalah mereka yang apabila disebutkan nama Allah, menjadi takutlah hati mereka, dan apabila dibacakan atas mereka akan ayat-ayatNya, hal tersebut menjadikan iman mererka semakin bertambah-tambah dan mulia.
Iman mereka semakin bertambah-tambah, dan mereka yang mendirikan sembahyang, dan membelanjakan sebahagian dari pada yang Kami kurniakan rezeki kepada mereka.  Mereka itulah orang-orang yang sunggug-sungguh sempurna iman mereka. Bagi mereka itu darjat di sisi Tuhan mereka ampunan, dan rezeki yang mulia.
                                                                       (Al-anfal ayat 2-4)

(Rujukan: Kitab Suluh Agama Islam, terbitan The United Press, Pulau Pinang  m.s 319, tahun 1965.)





---------------------------------oooooooooooo-------------------------------------

Wednesday 18 May 2011

Masalah Agama Bab 351


Masalah  351 – Apakah 8 Asanaf penerima zakat..

Jawapan.

Kita wajib mengeluarlan zakat kita kepada Lapan (8) Asnaf (Kumpulan). Kalau kita sendiri yang membahagikannya kuranglah  satu golonbgan asnaf itu iaitu kita sebagai para amil, tinggal tujuh asnaf lagi.

Lapan asnaf itu ialah orang fakir, orang miskin, para amil, orang yang dijnakkan hatinya (saudara baru dalam Islam), membebaskan hamba, orang yang berhutang, orang yang membuat pada jalan Allah dan orang yang keputusan wang dalam perjalanan.(At-taubah ayat 60).

Sekiranya anda memberikan zakat harta atau wang simpanan anda kepada sesuatu pihak yang bertanggungjawab tentang Islam daripada kalangan umat Islam yang dinamakan ”Ulil Amr” (dinamakan juga Jabatan Urusan Zakat Negeri). Lulus zakat anda itu dan pembahagiannya adalah tertanggung kepada mereka itu. Firman Allah s.w.t.:
إِنَّمَا الصَّدَ قـَاتُ لِلـْفُقَرَاءِ وَالـْمَسَاكِينِ وَالـْعَا مِلِينَ عَلـَيْهَا وَالـْمُؤَلـَّفَةِ
قُلـُوبُهُمْ وَفِي الرِّقابِ والْغَارِمِينَ وَفِي سَبِيلِ اللهِ وَابْنِ السَّبِيلِ.
(التوبة: 60)
Maksudnya:”Sesungguhnya segala sedekah (zakat) adalah untuk orang fakir, miskin, para amil, orang yang dijinakkan hatinya (saudra baru dalam Islam), membebaskan hamba, orang yang berhutang, pada jalan Allah dan orang yang keputusan wang dalam perjalanan,” (At-Taubah:  ayat 60)
(Rujukan: Kitab Kemusykilan Agama oleh Dr. Syed Abdillah Ahmad,m.s. 61)


Masalah 352- Meniggalkan Solat Jumaat lebih 3 kali..

Meniggalkan Solat Jumaat lebih 3 kali..
Bagaimana hukumnya orang yang meninggalkan solat Jumaat lebih 3 kali.

Jawapan

Orang lelaki yang tak ada padanya satu uzur dari pada uzur-uzur Jumaat hukumnya haram meninggalkan solat Jumaat walaupun hanya sekali kerana hukum solat Jumaat bagi mereka itu adalah fardu ‘ain. Menurut hadis yang diriwayatkan oleh Attarbani yang  bermaksud:
Barang siapa yang meninggalkan tiga kali solat Jumaat tanpa sesuatu keuzuran, dituliskanlah ia dari pada golongan orang-orang Munafiq.”
                                                                    (Masaalah 44 (1)  ms 101)


Soalan  353 ..  Solat Jumaat kurang 40 orang...
Bagaimanakah hukumnya solaat Jumaat kurang dari 40 orang anak kariah.

Jawapan.

Hukumnya hendaklah  40 orang anak kariah termasuk Imam baharu sah sembahyang Jumaat. Sekiaranya tidak cukup seperti itu maka haruslah solat Zohor sahaja. (Masalah 46 (`1) ms 103)



Masalah   354…Wang Dalam Akaun Semasa juga kena zakat...
Jawapan.

Ketahuilah anda bahawa wang yang anda simpan dalam Akaun Semasa (current account) dalam bank juga diambilkira kena zakat, jika wang itu tidak berubah cukup setahun disimpan dengan cukup nisbahnya. Umpamanya wang anda itu tetap dalam keadaan cukup nisabah sepanjang dua belas bulan Islam dari mula anda simpan.
(Rujukan: Kitab Kemusykilan Agama oleh Dr. Syed Abdillah Ahmad,m.s. 65)


Masalah  355…Membaca Al-fatihah pada tiap-tiap solat.

Bagaimana hukumnya  wajib atau sunnatkah membaca Bismilla hirrahma nirrahimi pada awal surat Al-fatihah pada tiap-tiap sembahyang.

Jawapan.

Membaca Fatihah adalah rukun sembahyang. Rukun adalah wajib.  Sedang Bismilla hirrahma anirahimi adalah satu ayat dari pada Fatihah., Maka membacanya dalam Fatihah sembahyang adalah wajib. Jika tidak dibaca tidak sah solat itu.
                                         (Masalah Agama 48(1) ms 109)

 xxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxx

Saturday 14 May 2011

Masalah Agama Islam Bab 345


Masalah  345… Tayammum Wuduk dan Junub sama saja..

Tayammum wuduk dengan tayammum junub bersamaan.
Mengapa tayammum wuduk dengan tayammum junub sama sahaja yakni tidak berbeza cara pembasuhannya.

Jawapan.

Tempat yang disapu dalam tayammum atau angguta tayammum hanyalah muka dan dua belah tangan sampai dua siku, baik tayammum itu untuk pengganti hadas kecil ataupun hadas besar.  Sebabnya adalah kerana tayammum itu adalah rukhshah (kesenangan) yang menghilangkan cegahan sembahyang dan bukan mengangkatkan hadas.  Orang yang berhadas besar, atau orang yang berjanabat dan orang yang berhadas klecil , jika berhalangan mempergunakan, air kerana sakit, atau kerana ketiadaan air bolehlah ia bersembahyang, dalam keadaan berhadas jika ia telah lakukan  syarat-syarat iaitu melakukan tayammum.   Tayammum hanya  membolehkan sembahyang dan tidak mengangkatkan hadas. Oleh kerananya jika telah beroleh air wajiblah orang junub mengangkat hadas besar dengan bermandi untuk melakukan  sembahyang.  (Masalah 23(1) ms 55)

Soalan 346…Menahabn-nahan hadas kecil...

 Menahan-menahan hadas kecil da;am sembahyang
Bagaimana hukumnya jika kita ada air sembahyabng sedang sembahyang menahan-nahan hadas kecil.
Jawapan.

Menahan hadas kecil, artinya menahan ingin buang air kecil, menahan ingin keluar angin, menahan buang air besar. Keinginan ini ada kalanya datang di luar sembahyang dan adakalanya pula di tengah kita sedang bersembahyang adalah makruh. (Masalah 26(1) ms 64)

Masalah   347…Kenalan pelihara  anjing….

Saya menziarahi rakan saya yang juga beragama Islam tetapi dia ada memelihara anjing. Bila tiba waktu solat saya berasa ragu-ragu hendak solat kerana saya rasa tidak bersih sebab anjing berkeliaran di rumahnya.Lalu saya tidak solat waktu. Apa pedapat tuan?

Jawapan.

Anda tidak perlu ragu-ragu dan was-was dalam keadaan tersebut.  Walaupun dia ada memelihara anjing, kerana selagi tempat sembahyang anda itu kering dan anda alas dengan tikar sembahyang atau sebagainya asalkan bersih, maka sembahyang anda adalah sah.

Andainya anjing itu berjalan dalam rumah selagi ia kering tempat yang dilaluinya belum dikira najis.  Jika anda ditempatkan pula dalam sebuah bilik khas dan anjing itu tidak pun masuk ke bilik itu selama anda berada di situ, langsung tidak ada hukum najisnya kerana anda tidak pun melihat apa-apa yang menandakan najis hanya sangkaan anda sahja.

Jadi perbuatan anda meninggalkan sembahyang dalam beberapa hari itu tidaklah baik, dan menurut hukum anda dikira berdosaa dan wajib mengqadakannya segera.
(Rujukan: Kitab Kemusykilan Agama oleh Dr. Syed Abdillah Ahmad,m.s. 50)

Masaslah   348.  Dalam Solat berdoa dalam bahasa Melayu?

Jawapan.
Kita wajib mengerjakan sembahyang sebagaimana yang telah disyariatkan oleh Allah s.w.t. dan telah ditunjukkan caranya oleh Nabi Muhammad s.a.w.
Baginda pernah bersabda:
صَلـُّوْ كَمَـا رَأَيْـتـُمـُو نِي أ ُصَلـِّى.
Maksudnya:Bersembahyanglah kamu seperti kamu lihat aku sembahyang.”

Oleh sebab itu, tidak boleh digunakan apa-apa bahasa di dalam sembahyang   selain daripada bahasa Arab hinggakan doa-doanya juga mesti dibaca dalam bahasa Arab jika dibaca dalam sembahyang.

Masalah   349.Bagaimanakah hukumnyaa solat qobliyyah Jumaat.

Jawapan.

Solat qobliyyah Jumaat adalah sunnah artinya orang yang melakukannya beroleh pahala dari pada Allah s.w.t. dan tidak berdosa yang meninggalkannya. Sama halnya dengan qaoliyyah solat Zohor.
Dalilnya menurut hadis diriwayat oleh Atthabarani bermaksud:
“Bahawa nabi s.a.w. adalah beliau bersembahyang sebelum Jumaat dua rakaat  dan sesudahnya dua rakaat.”  (Masalah 38(1) ms 83)




---------------------ooooooooooooooooooooooooo---------------------------------------                         

Masalah Aama Islam Bab 342

Masalah 342.*-Terangkan hal-hal berkenaan hadanah.
  a..  Takrif  hadanah

           Para ahli fiqh mendefinasikan ialah  ‘Melakukan pemiliharaan anak-anak yang masih kecil laki-laki ataupun perempuan atau yang sudah besar, tetapi belum tamayiz, tanpa perintah dari padanya, menyediakan sesuatu yang menjadikan kebaikannya, menjaganya dari sesuatu yang menyakiti dan merusaknya, mendidik jasmani, rohani dan akalnya agar mampu berdiri sendiri menghadapi hidup dan memikul  tanggungjawabnya.

 b...Susunan penjaga Atau Pengasuh.

Bahawa penjaga yang paling baik ialah ibu bapa kepada kanak-kanak itu yang masih di dalam pertalian perkahwinan. Jika mereka bercerai maka pendapat ulama’ bahawa hak menjaga kanak-kanak itu diutamakan kepada ibu kerana ibu lebih mamapu untuk mengurus anak-ana kecil, lebih sayang dan lebih sabar. Ia tidak halang perhubungabn anak tersebut dengan ayahnya.

Adapan  susunan penjagaa hadanah:-
             (1). Nenek sebelah ibu hingga ke peringkat atas
             (2). Bapa
             (3). Nenek sebelah bapa hingga ke perinbgkat atas
             (4). Saudara perempuan seibu sebapa
             (5). Saudara perempuan seibu
             (6).Saudara perempuan sebapa
             (7).Anak perempuan kepada  kakak atau adik perempuan seibu
                    sebapa
              (8). Anak perempuan kepada kakak atau adik perempuan seibu
              (9). Anak perempuan kepada kakak atau anak kepada adik
                     perempuan seibu
              (10).Emkak suadara seibu sebapaa (pihak ibu)
              (12.)Emak saudara sebapa (pihak ibu)

 Adapun syarat-syarat pengasuh atau penjaga ialah :-

(1)       Sempurna akal
(2)       Merdeka
(3)       Islam
(4)       Adil
(5)       Bermukim di tempat anak itu tinggaal
(6)       Tidak berkahwin dengan lelaki yang ajnabi
(7)       Dewasa
(8)       Tidak cuai (tidak sibuk)
(9)       Tidak buta atau cacat anggota.
(10)   Tidak  mempunyai penyakit yang berterusan
(11)   Bukan  seorang yang murtad
(12)  Tidak mengamalkan akhlak yang buruk
(13)  Penjaga hendaklah seorang yang cerdik (tidak bodoh)



Adapaun Tempoh Hadanah

Sejak kanak-kanak itu dilahairkan sehinggalaha ia mumayiz atau lenbih kurang tujuh tahun bagi lelaki dana sembilan tahun nbagai  perempuan.


Kuasa Mahkamah Menentukan Penjaga Bagi Kanak-kanak

Soal siapakah yang patut didahulukan di antara kedua ibu bapa itu ulama bersependapat bahawa agar didahulukan mereka yang suka berubuat baik dan ihsan serta berkemampuan memelihara dan menjaga anak tersebut.  Jika ibunya seorang yang lalai dan cuai dalam menjaga anak itu  dan  bapa mempunyai syarat itu maka bapalah yabng diutamakan.
Mahkamah pula beerkuasa untuk menem,patkan siaapakah yang layak dan lebih cekap untuk kenjaga kanak-kank itu.


Masalah 343  …Solat yang hamnpir masuk waktu lain..


Jawapan

Solatnya sah tetapi dikatakana solat Qada’.  Akan tetapi bila dia  telah lakukan sujud dua kali pada rakaat pertama dan ia  telah masuk melakukan rakaat kedua maka  masuklah waktu Asar maka solatnya itu sah dan dinamakan “Ada’an”,    kerana telah dilakukan serakaat penuh dalam waktu yang ditentukan iaitau Zohor.      
        

Masalah 344 - Orang yang masuk solat cara masbuq...

Makmum yang mula takbir dimana keadaan Imamnya  tengah ruku’.  Dia sempat ruku’ bersama Imam sekadar membaca “subhana rabbiyal ‘azim” sahaja, adakah ia dapaat satu rakaat?

 Jawapan.

Orang yang masbuq ini dapat satu rakaat., bacaan fatihahnya ditanggug oleh  Imam. Bermaksud jika ia lakukan niat dan takbiratul ihram, lalu ia segera ruku’, tanpa membaca fatihah, lalu ia dapatkan thumaniunah (berhenti sekejap) bersama-sama Imam dalam ruku’ maka ia dapat satu rakaat itu.  Akan tetapi jika ia tidak dapat thumaninah bersama-sama  Imam dalam ruku’ itu maka ia tidak dapat satu rakaat.  (masaslah 1 ms.71)

lakukan sujud dua kali pada rakaat pertama dan ia  telah masuk melakukan rakaat kedua maka  masuklah waktu Asar maka solatnya itu sah dan dinamakan “Ada’an”,    kerana telah dilakukan serakaat penuh dalam waktu yang ditentukan iaitau Zohor.



--------------------ooooooooooooo------------------------