Thursday 14 July 2011

Allah sukakan yang bersih.

     Dusun durian yang bersih akan menjana buahnya yang banyak. Manusi boleh dapat rezeki dengan mudah

Monday 11 July 2011

Kelebihann Builan Ramadzan





E-mail – hjdan@myjaring.net.
Blogger – http:// hjchedan.blogspot.com/
Atau juga – http:// www. yahoo.com/

Kelebihan Ramadhan 

Bulan Ramadhan merupakan penghulu segala bulan.  Dalam bulan Ramadhan diturunkan al-Quran.  Ia adalah bulan beribadah, bulan untuk mendekatkan diri kepada Allah, bulan Kebajikan dan Ihsan, bulan keampunan, rahmat dan keredaan-Nya.  Bulan Ramadhan mengandungi malam Lailatul-Qadar yang mertabatnya lebih baik daripada seribu bulan yang lain.

Orang Mukmin dalam bulan Ramadhan dapat membaiki urusan agamanya dan dunianya kerana dalam bulan Ramadhan terdapat masa di mana doa dimakbulkan.  Telah disebut dalam  al-Hadis Nabi s.a.w. tentang kelebihan bulan Ramadhan dan berpuasa dalamnya.  Antaranya ialah  bermaksud :-

”Kemuncak segala bulan ialah bulan Ramadhan dan kemuncak segala hari ialah hari Jumaat.”


”Jika hamba-hamba Allah mengetahui apa yang ada dalam bulan Ramadhan sudah tentu mereka bercita-cita supaya masa bulan Ramadhan berpanjangan selama setahun.”

At-Tabarani meriwayatkan Hadith riwayat Ubbudah bin al-Samit bahawa Rasulullah s.a.w. telah bersabda:
Bermaksud: ”Telah datang kepada kamu Ramadhan bulan membawa berkat, Allah menyelubungi kamu, lalu Ia menurunkan rahmat serta menghapuskan kesalahan-kesalahan. Allah s.w.t. memperkenankan  doa dalam bulan itu.  Allah juga melihat perlumbaan antara kamu dalam bulan Ramadhan dan menyampaikan kebanggaan-Nya terhadap kamu kepada para Malaikat, oleh itu herndaklah kamu membuktikan kebaikan kamu kepada-Nya.  Sesungguhnya orang yang celaka itu ialah orang yang dijauhkan atau diharamkan oleh Allah daripada mendapat rahmat-Nya”                  
  (At-Tabarani dari Ubbudah bin al-Samit)

”Apabila tiba bulan Ramadhan segala pintu syurga terbuka, pintu-pintu neraka tertutup dan semua syaitan terbelenggu.”
                    (Riwayat Muslim dari Abu Hurairah)

”Sembahyang lima waktu, Jumaat ke Jumaat, Ramadhan ke Ramadhan adalah penebusan dosa-dosa yang dilakukan di antara masa-masa tersebut selama mana dosa besar tidak dilakukan.”
”Semua amalan anak Adam  diganda balasan baik dengan 10 kali ganda hingga 70 kali ganda. Allah berfirman,
”Melainkan puasa kerana ibadah puasa adalah bagi-Ku.  Aku yang memberi balasannya. Seorang yang berpuasa meninggalkan keinginannya dan makanannya demi kerana-Ku. Bagi seorang yang menunaikan puasa ada dua kegembiraan.  Kegembiraan waktu berbuka dan kegembiraan di waktu menemui Tuhannya.  Demi sesungguhnya bau yang keluar dari mulut seorang yag berpuasa lebih baik di sisi Allah s.w.t. daripada bau kesturi.”
                  (Riwayat Muslim dari Abu Hurairah)

Riwayat Bukhari dan Muslim dari Abu Hurairah r.a. ”Sesiapa yang  berdiri (sembahyang) pada bulan Ramadhan dengan penuh iman dan istihsab, Allah mengampunkan dosanya yang telah lalu.”

”Sesiapa menghidupkan amalan-amalan Ramadhan dengan megerjakan sembahyang Tarawih atau sebagainya dengan zikir dan istighfar, membaca al-Quran, kerana menepati apa yang dijanjikan Allah s.w.t. dengan balasan serta menghitungkan balasan pahala di sisi Allah s.w.t. dengan hati yang ikhlas dalam keadaan tidak menyengutukan Allah dengan sesuatu, dia akan diampunkan segala dosanya kecuali yang berkenaan dengan hak anak Adam, kerana hak-hak itu tertakluk kepada tanggungan atau  kemaafan.     
(Kitab Al-Muhadhdhab, Jil.1 hlm. 189)

”Ramadhan merupakan bulan kesabaran yang balasannya ialah syurga.  Ramadhan merupakan bulan bantu-membantu, bulan yang dijanjikan rezeki yang bertambah untuk orang  Mukmin.  Sesiapa yang memberi makan untuk orang berbuka puasa, amalannya membawa kepada keampunan bagi segala dosanya dan melepaskan dirinya daripada api neraka serta mendapat balasan pahala seperti pahala yang diperolehi oleh orang yang berpuasa tanpa ada sesuatu kekurangan.”
Para sahabat Rasulullah s.a.w. lantas bertanya. ” Ya Rasulullah s.a.w.! Tidakkah  semua kami ini boleh memberi makanan kepada orang yang berpuasa untuk berbuka?  Rasulullah s.a.w. menjawab ”Allah s.w.t. memberi pahala ini kepada orang yang memberi sebiji kurma atau minuman air atau susu campuran kepada orang yang berpuasa untuk berbuka puasa.”

Bulan Ramadhan, awalnya membawa rahmat, pertengahannya keampunan dan akhirnya pembebasan daripada api neraka.  Dalam bulan Ramadhan hendaklah  diperbanyakkan ermpat perkara:  dua perkara, kamu akan dapat mencari keredhaan Tuhanmu, manakla perkara lain kamu tidak dapat melepas akan peluang.  Dua perkara yang kamu dapat mencari keredhaan Tuhan ialah:
ucapan لاإله إلا الله serta kamu menuntut keampuna-Nya.  Manakala dua perkara yang kamu tidak dapat melepaskan peluang ialah kamu memasuki syurga daripada Allah s.w.t.  dan memohon perlindungan daripada neraka.  Sesiapa memberi minum kepada orang yang berpuasa, Allah akan membalas dengan memberi minuman yang menahan dahaga sehingga dia masuk syurga.                       
       (Kitab Fiqh & Perundangan Jilid 2 m.s. 640).

Sekian dahulu buat sementara waktu, dan akan menyusul lagi bahagian  ini seterusnya sedikit masa lagi,
Wassala mualaikum......!

        ---------------------ooooooooooooo---------------------






Friday 8 July 2011

Parit Buntar waktu subuh....~!

Barangsiapa mengerjakan perbuatan jahat, maka dia tidak akan dibalasi melainkan sebanding dengan kejahatan itu. Dan barangsiapa mengerjakan amal yang soleh baik lelaki mahupun perempuan sedang ia dalam keadaan beriman, maka mereka akan masuk syurga, mereka diberi rezeki di dalamnya tanpa dihisab. (Al-Mukmin: ayat 40) Lelaki Kepada Ibu Bapa Soleh Berbakti. Di dalam Al-Quran surah Al-Isra’ ayat 23-25, Allah s.w.t. berfirman yang bermaksud: ”Dan Tuhanmu telah memerintahkan supaya kamu jangan menyembah selain Dia dan hendaklah kamu berbuat baik kepada ibu bapa dengan sebaik-baiknya. Jika salah seorang di antara keduanya atau kedua-duanya sampai berumur lanjut dalam pemeliharaanmu, sekali-kali janganlah kamu mengatakan kepada keduanya perkataan ”uffhah” perkataan tidak baik dan janganlah kamu membentak mereka dan ucapkanlah kepada mereka perkataan yang mulia” ”Dan rendahkanlah dirimu terhadap mereka berdua dengan penuh kesayangan dan ucapkanlah: ”wahai Tuhanku, kasihkanlah mereka berdua, sebagaimana mereka berdua telah mendidik aku di waktuku kecil” ”Tuhanmu telah mengetahui apa yang ada dalam hatimu: Jika kamu orang-orang yang baik, sesungguhnya Dia Maha Pengampun bagi orang-orang yang bertaubat” Pengertian Berbakti kepada dua Ibu Bapa. Berbakti kerpada keduanya bererti mematuhi perintah mereka berdua. Berdasarkan ini, jika keduanya atau salah seorang dari mereka menyuruh anak, mengerjakan amal ibadat, bertaqwa kepada Allah, membantu nereka dengan wang ringgit atau kerja-kerja yang bermanafaat, maka wajiblah mentaatinya apabila perintah itu bukan yang melakukan maksiat. Meskipun apda aslnya suruhan itu bukan jenis mubah. Ada sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Bukhari yang bermaksud: ”Tidaklah seorang muslim mempunyai ibu bapa yang muslim dan dia berbakti kepada keduanya, melainkan Allah membuka baginya dua pintu syurga. Jika seorang saja maka satu pintu. Dan apabila ia membuat marah salah seorang dari mereka, Allah tidak redha kepadanya sampai orang tua itu redha kepadanya.” Kecintaan Pada Ibu. Diriwyatkan dalam Hadis Sahih dari Abu Hurairah r.a., Ia berkata seorang lelaki datang kepada Nabi s.a.w., lalu berkata: ”Siapakah orang yang paling berhak untuk mendapat perlakuan baik dariku?” Baginda menjawab ”Ibumu”. Orang itu berkata: ”Kemudian siapa?” Baginda menjawab: ”Ibumu”. Orang itu berkata” Kemudian sipa?” Baginda menjawab:”Ibumu”. Orang itu berkata: ”Kemudian siapa?” Baginda menjawab ”Ayahmu” Hadis ini menunjukkan kecintaan dan kasih sayang kepada ibu harus tiga kali lipat dari kecintaan terhadap ayah. Nabi s.a.w. menyebut tiga kali dan menyebut ayah hanya sekali saja. Pengertian ini boleh dibuktikan dengan nyata, kerana ibulah yang mengalami kesulitan hamil, memeliharakan, menyusui dan mendidik. Inilah tiga hal yang tidak dirasakan oleh ayah. Beriman dan Beramal Soleh. Dalam al-Quran Surah Al-Ankabut ayat 9 Allah s.w.t. berfirman yang bermaksud: ”Dan orang-orang yang beriman serta berbuat amal soleh, nescaya mereka Kami masukkan di antara orang-orang yang soleh.” (Al-Ankabut ayat 9) Mendoakan Kepada Ibu bapa. Anak harus mendoakan orang tuanya. Sebetulnya pahala boleh sampai dengan setiap amal soleh dari anak, baik ia mendoakannya ayahnya atau tidak, kerana Allah memberi pahala kepada setiap perbuatan hamba, baik usahanya sendiri secara langsung atau tidak langsung. Ketentuan merupakan dorongan bagi anak berdoa, agar bermanafaat bagi ayah dan ibunya dalam tiga segi. Sebagaimana penanam pohon dan mendiri tempat tempat pengenipan umum, misalnya akan mendapat pahala atas kekenyangan orang muslim yang memakannya dan ketenangannya, baik si pemakan dan si penginap, mendoakan kedua orang tuanya. Dalam sehari sekali, atau dalam sebulan, atau dalam setahun. Anak hedakalah mendoakan ayah dan ibunya di akhir solat (di akhir setiap solat sesudah menbaca tasyahud.) Memohon ampun Untuk Ibu dan Bapa. Anak hendaklah memohon ampun kepada Allah s.w.t. bagi keuda ibu bapanya. Mengenai hal ini diriwayatkan dari Abi Hurairah, ia berkata, bersabda Rasulullah s.a.w yang bermaksud: ”Sesungguhnya ada orang yang dinaikkan darjat di syurga” Ia berkata ”Wahai Tuhan dari mana aku boleh mencapai darjat ini?” Dijawab: ”dengan permohonan ampun bagimu oleh anak-anak mu.” (HR Ahmad, Ibnu Majah dan Baihaqi”) Bila memohonkan rahmat bagi kedua orang tua dan memohon ampun bagi keduanya merupakan bakti kepada kedua orang tua sesudah meninggal termasuk bakti pula bersedekah bagi mereka. Melunasi Hutang Ibu Bapa. Diriwayatkan dari Ibnu Abbas, ia berkata seorang lelaki datang kepada Nabi s.a.w. dan bertanya, lalu baginda bersabda yang bermaksud: ”Ya Rasulullah, ibuku meninggal dan ia berhutang puasa sebulan. Apakah aku harus membayarkannya bagi ibuku?” Baginda bersabda: ”Andaikata ibumu berhutang wang, apakah engkau harus membayarnya?” Orang itu menjawab: ”Ya” Baginda bersabda: ”Hutang Allah lebih patut dibayar” Begitu pula bakti kepada kedua orang tua adalah menunaikan ibadah haji sesudah mereka meninggal dunia. Diriwayatkan dari Ibnu Abbas, seorang wanita dari suku Jahaniah datang kepada Nabi s.a.w. dan bertanya, lalu baginda bersabda yang bermaksud:- ”Sesungguhnya ibuku bernazar untuk menunaikan haji, namun ia tidak mengerjakan haji sampai mati. Apakah aku mengerjakan haji untuknya?” Baginda bersabda: ”Kerjakanlah haji untuknya. Bagaimana kalau ibumu berhutang, bukankah engkau melunaskannay?” bayarkanlah, kerana nazar itu lebih patut untuk dilunasi” (HR Bukhari) Belaian Mesra Ketika Mereka Tua Firman Allah s.w.t. dalam Al-Quran surah Al-Isra’ ayat 23 yang bermaksud: ”Jika salah seorang di antara keduanya atau kedua-duanya sampai berumur lanjut dalam pemeliharaan kamu, maka sekali-kali janganlah kamu mengatakan kepada keduanhya perkataan ”ah” dan janganlah kamu membentak mereka dan ucapkan- lah kepada mereka perkataan yang mulia. (Al-Isra’ ayat 23) Masa pemeliharaan yang lama biasanya menyebabkan rasa berat, menimbulkan kebosanan dan kejemuan, sehingga kadang-kadang timbul kemarahan kepada kedua orang tua. Setidak-tidaknya menampakkan rasa jemunya dengan tarikan nafasnya yang berulang-ulang. Allah s.w.t. menyuruh melayani kedua orang tua dengan perkataan yang mulia, bersih dari cela. Sekadar memandang kepada keduanya dengan marah juga dianggap derhaka. Sebagaimana firman Allah s.w.t dalam Al-Quran surah Al-Ahqaf ayat 15 yang bermksud” ”Kami perintahkan kepada manusia supaya berbuat baik kepada dua orang ibu bapanya. Ibunya mengandungnya dengan susah payah dan nelahirkannya dengan susah payah. Mengandungnya sampai menyapihnya adalah tiga puluh bulan, sehingga apabila ia telah dewasa dan umurnya mencapai empat puluh tahun ia berdoa: ”Ya Tuhanku, tunjukilah aku untuk mensyukuri niknmat-Mu yang telah Engkau berikan kepadaku dan kepada ibu bapaku dan supaya aku dapat berbuat amal solih yang Engkau redhai. Berilah kebaikan kepadaku dengan (memberi kebaikan) kepada anak-cucuku. Sesungguhnya aku bertaubat kepada Engkau dan sesungguhnya aku teemasuk orang-orang yang brserah diri.” (Al-Ahqaf ayat 15) Lelaki Soleh Sebagai Suami Agama Islam telah meangkat darjat seorang suami yang soleh dan isteri yang solehah. Suami soleh adalah seorang suami yang berpegang teguh dengan syariat Allah dalam kehidupannya iaitu: a. Suami soleh menunaikan kewajipan-kewajipan Allah, keluraga dan semua orang yang menjadi tanggungannya dengan semangat, penuh perhatin serta lapang dada. b. Suami soleh tidak tamak, tidak menuntut hak lebih banyak dari yang semestinya, bahkan tolak ansur dengan kekurangan yang ada. Ia tidak menyia-nyiakan kewajipan-kewajipannya, bahkan ia tunaikan sebelum menutut haknya. c. Suami soleh hendaklah membahagiakan isterinya, dengan berkeperibadian akhlak yang mulia. Hendaklah suami soleh menghiasi dengan perangai-perangai orang soleh yang terpilih . Bersikap menyenangkan tatkala ia kembali dari tempat kerja atau dari perjalanan jauh. Hendaklah menunjukkan wajah yang berseri bila bertemu isterinya dan berikan senyuman yang tulus ikhlas. d. Seorang suami bila berbicara dengan isnterinya hendaklah mnggunakan kata-kata yang baik dan ungkapan yang menarik. Hendaklah kalimat yang diucapkan diiringi dengan sikap yang menjadikan isteri merasa dirinya diambil perhatian. Hendaklah dengan lemah lembut dan jelas, mudah diterima. Jangan dengan cara memekik-mekik menjadikan isterinya merasa takut danbenci terhadapnya. e. Mendidik dengan akhlak yang mulia iaitu anak kecil perlu mendapatkan didikan nilai-nilai yang murni dari ibu bapa. Sebagai permulaannya ibu bnapa perlu membuat contoh diri mereka dengan bderperangai yang baik supaya mdenjadi contoh adan ikutan olah anak-anak. Jangan ada pergaduhan asesama ibubapa,jadikan rumah tangga sebagai taman syurga bagi mereka. f. Saling tolong Menolong antara Suami Isteri Seorang suami soleh yang baik dapat memberikan rasa senang kepada isteri dengan membantu melaksanakan tugas-tugasnya. Alangkah indahnya saat-saat itu, saat suami ada dsi sisinya membantu menringankan beban dengan sikap tulus ikhlas. Kehidupan rumahtangga merupakan kerja sama suami isteri. Ada beberapa urusan yang menjadi tanggungjawab isteri. Namun tidaklah dilarang suami turut membantu menunauikan tanggungjawab itu. Suami hendaklah membantu meringankan tanggungjawab isteri untuk sebagai mewujudkan kedamaian, ketenagan, perasaan, ceria suka cita dan beroleh kebahagian. Firman Allah s.w.t. yang bermaksud :- ” Dan di antara tanda-tanda kekuasaan-Nya adalah Ia menciptakan untukmu isteri-isteri dari jenismu sendiri, supaya kamu cenderung dan merasa tenteram kepadanya dan dijadikan-Nya di antaramu rasa kasih dan sayang. Sesungguhnya pada yang demikian itu benar-benar terdapat tanda-tanbda bagi kaum yabng berfikir.” (Ar-Rum ayat 21) ----------------------oooooooooooo-----------------------

Thursday 7 July 2011

Ehwal Puasa Ramadzan

Wednesday, July 7, 2011. 
Che’ Dan bin Ahmad

E-mail – hjdan@myjaring.net.
Blogger – http:// hjchedan.blogspot.com/
Atau juga – http:// www. yahoo.com/


FASAL PUASA .


Segala pujian bagi Allah s.w.t. Tuhan yang mencipta segala kejadian. Selawat dan salam ke atas Junjungan Besar Nabi Muhammad s.a.w. serta keluarga dan sahabat-sahatnya sekalian.
Penulis bersyukur kepada Allah s.w.t. kerana atas limpah kurniaNya dapat penulis meneruskan penyampaian Siaran Blog ini sebagai sumbangan jariah penulis kepada masyarakat Islam di negara ini .

Bagi meneruskan penulisan di dalam Blog ini adalah baiknya kita mengimbas kembali hal-hal yang berkenaan puasa, memandangkan ibadat puasa Ramadhan akan tiba tidak lama lagi.

Fasal Puasa ini akan mengandungi lapan perbahasan yang akan penulis  sampaikan melalui Blog ini, insya Allah jika tiada ada apa-apa halangan.

Fasal Pertama.

Mengandungi Takrif Puasa, Rukun Puasa, Masa dan Faedahnya, kelebihan Ramadhan dan Lailatul-Qadar dan Kejadian Penting yang berlaku di Bulan Ramadhan.

1..Takrif Puasa.

Puasa dari segi bahasa, menegah dan menahan daripada sesuatu.  Berpuasa juga bererti menahan diri daripada bercakap seperti firman Allah:

.... إِنِّىْ نـَذَرْتُ لـِلرَّحْمَنِ صَوْمًـا.. (سوره مريم 26)
Maksudnya:

Sesungguhnya aku bernazar diam membisu kerana (Allah) Ar-Rahman…..(Surah Mariam ayat 26)

Ini bererti diam dan menahan diri daripada bercakap. Orang Arab menyebut (hari puasa siang) ialah apabila matahari berada betul-betul di tengah langit.  Menurut syara’, puasa ialah menahan diri di siang hari daripada melakukan perkara-pderkara yang membatalkan puasa dengan niat mulai dari naik fajar  hingga jatuh matahari.  Inib bererti puasa ialah menahan dari secara amali keinginan perut dan faraj dan daripada sesuatu yang mempunyai rasa daripada masuk ke dalam rongga, seperti ubat san sebagainya mulai dari naik fajar yang kedua (fajar Sadiq) hingga jatuh matahari daripada seorang yang layak berpuasa iaitu seorang Islam  yang berakal, tidak berhaid, dan nifas dengan niat dia melakukannya tanpa ragu-tragu.

2.. Rukunn Puasa.

Rukun puasa ialah menahan diri daripada keinginan perut dan faraj atau dengan kata lain menahan diri daripada perkara-perkara yang  membatalkan puasa. Mengikut Mazahab Maliki dan Syafi’i ditambahkan satu rukun lain iaitu berniat pada
waktu malam.

3..  Masa Puasa.
Puasa bermula dari naik fajar hingga jatuh matahari dan dikira waktu berpuasa bagi negeri-negeri yang sama malam dan siang atau bagi negeri-negeri yang kadangkala waktu siangnya lebih panjang daripada waktu malam seperti Bulgaria yang mengikut waktu puasa bagi negeri-negeri yang berhampiran denganya.
Dalilnya ialah firman Allah s.w.t.  :

وَكُلـُوْا وَاشْرَبُوْا حَتىَّ يَتـَبَيـَّن َ لـَكُمُ الـْخَيْط ُ الَأ َ بْيَضُ مِن َ الـْخَيْطِ اْلأ َ سْوَدِمِن َ الـْفَجْرِ.... (البقرة 187).
Maksudsnya:
….Dan makanlah serta minumlah sehingga nyata kepada kamu benang putih (cahaya siang) daripada benang hitam (kegelapan malam), iaitu waktu fajar…”( Al-Baqarah ayat 187).

4.. Faedah-Faedah Puasa.

Faedah-faedah puasa dari sudut kerohanian dan kebendaan ialah  terdapat banyak faedah puasa.  Puasa merupakan perbuatan taat kepada Allah, iaitu pahala yang tidak terbatas diberi kepada orang Mukmin yang mengerjakannya.  Pahala adalah  kepunyaan Allah yang tidak terbatas kerohaniannya.  Melaluiu ibadah puasa, seorang Mukmin boleh mencapai keredaan-Nya, dan berhak masuk syurga melalui pintu khas yang disediakan khusus bagi orang yang berpuasa.  Pintu ini dinamakan “al-Rayyan”.  Melalui amalan puasa, orang Mukmin akan terselamat daripada seksaan Allah disebabkan dosa yang mereka lakukan.  Ibadah puasa dapat menebus dosa daripada tahun ke tahun.

Ketaatan seorang kepada Allah melalui puasa menjadikan pekerjaan orang Mukmin sentiasa berada di antara kebenaran yang dituntut oleh Allah.  Ini jelas, kerana ibadah puasa melalui ketaqwaan iaitu menjunjung perintah Allah dan menjauhi larangan-Nya seperti firman Allah:

يَأ َيُّهَا الـَّذِيْنَءَامَنُوْا كُتِبَ عَلـَيْكُمُ الصِّيَامُ كَمَا كُتِبَ عَلىَ الـَّذِيْن َ مِنْ قـَبْلِكُمْ لـَعَلـَّكُمْ تـَتـَّقـُوْن.َ
(البقرة – 183)
Maksudnya:

“Wahai orang yang beriman! Kamu diwajibhkan berpuasa sebagaimana diwajibkan atas orang yang dahulu daripada kamu, supaya kamu bertaqwa.” (Al-Baqarah ayat 183).


Puasa merupakan sekolah terbesar untuk mendidik budi pekerti orang Mukmin melalui latihan untuk memiliki sifat-sifat terpuji. Puasa juga adalah jihad penentang segala keinginan hawa nafsu, hasutan syaitan  yang beriman di fikiran orang Mukmnin. Puasa juga dapat membiasakan manusia supaya memiliki sifat sabar dalam mengadapi perkara-perkara yang tidak dapat diacapai dan kesukaran yang terpaksa ditempuhinya.  Contohnya seperti di dalam keadaan seorang itu dapat mencium bau makanan yang sedap atau dapat melihat minuman air yang sejuk dan terhidang di hadapannya, akan tetapi dia tidak dapat menikmatinya.

Antara  lain puasa juga mengajar seorang supaya beramanah dan mengingati Allah s.w.t. sama ada di masa terang atau berselindung kerana tidak ada orang yanag dapat mengawasi seorang yang berpuasa itu dalam masa puasanya melainkan Allah sahaja.

Puasa meneguhkan kemahuan serta menguatkan cita-cita.  Puasa juga mengajar kesabaran dan membantu bagi memerangi akal fikiran serta memberi ilham dan pendapat yang sama apabila seorang yang berpuasa itu dapat melangkahi terhadap kepenatan dan lupa kepada perkara-perkara yang membawa kepada  kelesuan dan kepenatan.  Lokman telah berkata kepada anaknya. ”Wahai anakku apabila perut penuh dengan makanan, pemikiran menjadi lesu, kebijaksanaan menjadi kaku, manakala anggota pula menjadi malas  untuk beribadah.”

Puasa mengajar supaya berdisplin dan berperaturan, kerana puasa memaksa seseorang yang berpuasa supaya makan atau minum dalam masa yang ditetapkan.  Puasa menggambarkan penyatuan umat Islam baik di Timur mahupun di Barat.  Mereka semuanya berpuasa dan berbuka pada masa yang satu.  Ini kerana Tuhan mereka satu, sebagaimana dalam istiadat mereka juga disatukan.

Ibadah puasa menyebarkan perasaan kasih sayang dan persaudaraan dalam jiwa manusia, juga melahirkan semangat berkerjasama di antara orang Islam.  Pertalian silaturrahim dan bekerjasama dalam menghapusakan ancaman kelaparan.  Keadaan itu meneguh ikatan sosial antara sesama mereka, serta menganjurkan semangat kerjasama dalam mengubati penyakit yang timbul dalam masyarakat.

Ibadat puasa secara amalinya dapat membaharui hidup manusia melalui sel-sel dengan membuang sel-sel yang tua di samping memberi rehat kepada jentera yang menjalankan pengisaran makanan.  Dengan ibadah puasa juga dapat melaksanakan pantang larang serta menghapuskan sisa-sisa makanan yang belum dihazamkan.

Puasa adalah rukun Islam yang ketiga selepas mengucap dua kalimah syahadah dan sembahyang yang mana Allah mewajibkan orang Islam kerana mempunyai banyak faedah yang besar. Antaranya.
a.        Melenyapkan nafsu amarah dan memecahkan kubunya yang ada pada anggota mata, telinga, lidah dan faraj. Ibadah puasa melemahkan segala anggota tersebut daripada bergerak melakukan keinginan nafsu.

b.       Ibadah puasa melahirkan persaan belas kasihan terhadap golongan miskin, kerana seseorang yang berpuasa apabila dapat merasai kelaparan untuk beberapa ketika dia akan mengingati kelaparan itu setiap masa.

c.        Sama-sama dapat merasai apa yang ditanggung oleh golongan fakir miskin.  Dengan ini martabatnya diangkat di sisi Allah.  Disebutkan di dalam ”Kitab al-Idah” ”Ketahui oleh mu bahawa puasa adalah sebesar-besar rukun Islam dsan seteguh-teguh undang-undang syara’ ” Ibadah puasa dapat mematahkan nafsu amarah. Ibadah ini tersusun daripada amalaan-amalan hati, menahan daripada makan, minum dan bersetubuh di sepanjang hari.  Puasa menggambarkan perangai dan budi pekerti yang baik.  Bagaimanapun ianya adalah kewajipan yang paling sukar ke atas seseorang itu.

Sekian dahulu, akan disambung dalam masa yang terdekat nanti.
             ------------------

Ehwal dakwah Agama Islam


Mereka beramai-ramai hadir majlis  ilmu. Ketahuilah bahawa hadir majlis ilmu itu lebih  baik dari 1000 solat sunat...!



Mereka bangun di tengah malam mengerjakan solat Qiamullail. Ketahuilah bahawa melakukan solat-solat di tenga malam itu Allah s.w.t. akan mengampunkan segala dosa kita sama ada yang telah lalu dan akan adatang.

Che dan bin Ahmad

Ehwal Agama Islam: Siaran 204

Perihal Taqwa.

Firman Allah s.w.t. :
يَأ َيـُّهَا الـَّذِيْنَ آمَنـُوْا اتـَّقـُوْا اللهَ حـَقَّ تـُّقـَاتِهِ, وَلَا تـَمُوْتـُنَّ إِلَّا وَأ َنـْتـُمْ مُسْلـِمُوْن َ. وَاعْتـَصِمُوْا بِحَبـْلِ اللهِ جـَمِيـْعًا وَلَا تـَفـَرَّقـُوْا, وَاذ ْكـُرُوا نِعـْمَتَ اللهِ عـَلـَيـِكـُمْ إِذ ْ كـُنـْتـُمْ أ َعـْدَاءَ فـَأ َلفَ بـَيـْنَ قـُلـُوْبِكـُمْ فـَأ َصِبَحـْتـُمْ بِنـِعْمَتـِهِ إِخْوَانـًا, وَكـُـنـْتـُمْ عـَلىَ شـَفـَا حـُفـْرَةٍ مِنَ النـِّارِ فـَأ َنـْقـَذ َكـُمْ مِنـْهـَا, كـَذ َلـِكَ يـُبـَيـِّنُ اللهُ لـَكُمْ آيـَاتِهِ لـَعـَلـَّكـُمْ تـَهـْتد ُوْنَ. وَلـْتَكـُنْ مِنـْكـُمْ أ ُمَّة ٌ يـَدْعـُوْنَ إِلىَ الـْخَيـْرِ, وَيَأ ْمـُرُوْن َ بِالـْمـَعْرُوْفِ, وَيـَنـْهَوْنَ عـَنِ الـْمُنـْكـَرِ, وَأ ُوْلـَءِـكَ هُمُ الـْمُفْـلِحُونَ.  وَلَاتـَكُوْنـُوْا كـَالـَّذِيْنَ تـَفـَرَّقـُوْا وَاخْتـَلـَفـُوْا مِنْ بِعـْدِ مَا جَاءَهـُمُ الـْبـَيـِّنَاتُ, وَأ ُوْلـَـءِـكَ لـَهُمْ عـَذَابٌ عـَظِيْم ٌ.
 ( آل عمران 105-102)
“Wahai orang-orang yang beriman! Bertaqwalah kamu kepada Allah, seungguh taqwa. Danjanganlah sampaikamu mati,melainkan do da;lam Is;lam yang sebenarnya.  Berpegang teguhlah kamu dengan tali Asllah dan janganlah berpecah be;lah, ingatlah kurnia Allah atas kamu, ketika kamu dahulu beremusuh-musuhan,lalu di peerteguhkannya hatikamu (dalam agama Allah, ingatlah kurnia Allah atas mu, sehingga dengankjurnia Allah itu,kamju menjadi ber5saudara. 

Kamu dahulu berada diterpi lubang nderaka, lalu dise;amatkan kamu daripadanya.  Begitu Allah menjelaskan keterangan-keterangannya kepada kamu supaya kamu menuruti jalan yangbenar. Adakanlah di antara kamu umat yang mengajak kepada kebajikan, penyuruh mengerjalan yang benar danmelarangf dari membuat yangsalah, mereka itulah orang-orang yang beruntyung.  Danjanganlah kamu menjadi serupa denmgan  orang-oranmg yang telah beerprecah belah dan berseliaseh faham  sesudah datang kepadanya bunti-bukti yang terang.  Mereka itulah orang-orang yang akan memperoleh siksa yang dahsyat.
        (Al-Quran, Surah Ali-Imran ayat 102-105).

Firman Allah s.w.t. lagi:

يَأ َيُّهَا الـَّذِيْنَ آمـَنُوْا اتـَّقـُوْا اللهَ حـَقَّ تـُقـَاتـِهِ.
(ال عمران: 102)
“Wahai orang-orang yang beriman..! bertaqwalah kepada Allah sesungguh tawqa.” (Ali-Imran: 102)
Firman Allah s.w.t. lagi:

وَلـَقـَدْ وَصَّيـْنـَا الـَّذِيْنَ أ ُوْتـُوْا الـْكِتـَابَ مـِنْ قـَبْلـِكـُمْ
وَإِيـَّاكـُمْ أ َنِ اتـَّقـُوْا اللهَ.
(النساء: 131)
“Dan Kami telah perintahkan kepada orang-orang yang diberikan Kitab sebelum kamu, dan juga kepada kamu supaya bertaqwa (patuh) kepada Allah.”
                     (An-Nisa’: ayat 131)

Firman Allah s.w.t. lagi:
وَاتـَّقـُوْا اللهَ وَاعـْلـَمـُوْا أ َنَّ اللهَ مـَعَ الـْمـُتـَّقـِيْنَ.
(البقرة: 194)
“Bertaqwalah (patuhlah) kamu kepada Allah, dan ketahuilah bahawa Allah bersama-sama orang yang memelihara diri dari kejahatan.”
               (Al-Baqarah ayat 194)

Firman Allah lagi:
وَاتـَّقـُوْا اللهَ وَيـَعـْلـَمـُكـُمُ الله ُ.
(ألبقرة: 282)
“Bertaqwalah kamu kepada Allah, dan Dia akan mengajar kamu.”  (Al-Baqarah: 282)

Firman Allah s.w.t. lagi:
يَأ َيـُّهـَا الـَّذِيـْنَ آمـَنـُوْا إِنْ تـَتـَّقـُوْا اللهَ يـَجـْعـَلَ لـَكـُمْ فـُرْ قـَانـًا وَيـُك كـَـفـِّرْ عـَنـْكـُمْ سـَيـِّـءِـا تـِكـُمْ وَيـَغـْفـِرْ لـَكـُمْ,وَاللهُ ذ ُوْ الـْفـَضْلِ الـْعـَظـِيـْم ِ.
(الأنفل 29)
“Wahai orang-orang yang beriman…! Kiranya kamu takut kepada Allah, niscaya Dia (Allah) akan mengurniakan kamu pengenalan untuk membeza (antara yang benar dengan yang salah) dan dihapuskannyalah kesalahan-kesalahan kamu serta  mengampuni kamu dan Allah mempunyai kelebihjan yangbesar.”
(Al-Infal ayat 29)

Firman Allah lagi :
وَيـُنـَجـِّيْ اللهُ الـَّذِيـْنَ اتـَّقـُوْا بـِمـَفـَازَتـِهـِمْ لَا يـَمَسـُّهُمُ السـّوْءُ وَلَاهـُمْ يـَخـْزَنـُوْنَ.   (الزمر: 61)
“Dan Tuhan menyelamatkan orang-orang yang memelihara dirinya dari kejahatan (orang-orang yang bertaqwa) ke tempat keberuntungan, mereka tiada disinggung oleh keburukan dan mereka tiada berdukacita.” (Al-Zamar: 61)

Firman Allah s.w.t. lagi :
وَمـَنْ يـَـتـَّـقِ اللهَ يـَجـْعـَلْ لـَهُ مـَخـْرَجـَا.
وَيـَرْزُقـْهُ مِنْ حـَيـْثُ لَا يـَحـْتـَسِبُ
(الطلاق:  3-2)
“Barangsiapa yang bertaqwa kepada Allah (dengan mematuhi segala perintahnya dan menjauhi larangannya (niscaya Allah akan mendorongkan baginya jalan keluar (dari kesulitan), dan Dia (Allah) akan memberikan  rezeki kepadanya dari sumber yang tiada diduga” (At-Talaq: 2 – 3)

Firman Allah lagi:
وَمـَنْ يـَتـَّـقِ اللهَ يـَجـْعـَلْ لـَهُ  مـِنْ أ َمـْرِهِ يـُسـْرًا.
                  (الطلاق: 4)
“Dan sesiapa bertaqwa (takut) kepada Allah, niscaya Allah akan memudahkan segala urusannya.   (At-Talaq: 4)

Firman Allah s.w.t. lagi :
وًمـَنْ يـَتـَّـقِ اللهَ يـُكـَفـِّرْ عـَنـْهُ سـَيِّـءـَآ تـِهِ
وِيـُعـْظِـمُ لـَه ُ أ َجـْرًا   (الطلاق: 5)
Kesimpulan:

Allah s.w.t. telah menjanjikan kemuliaan di sisiNya dengan taqwa,bukan dengan sebab keturunan, bukan dengan sebab harta kekayaan dan bukan dengan sebab-sebab yang lain. Bukankah dengan taqwa iytu Sllah danRasulNya terlah menjanjikan berbagai-bagai kerbaikan dan kebahagian, darjat dan kebajikan, kesempurnaan dan kemenangan, harta kekayaan dan keuntungan.  Semuanya itu agak terlalu panjang jika mahu diceritakan di sini, dan terlalu sukar mahu di hitung.
Madahku:

Mengenal Tuhan tetapi membelakangiNya.
Bukankah bencana celaka namanya.
Segala bencana dalam mentaati Tuhan.
Tak akan membahayakan jika dapat ditahan.
Kemuliaan haqiqi mentaqwakan Tuhan.

Sekian dahulu, dan penulis akan menyambung lagi dalam hal ini dalam masa yang terderkat nanti.
Wassala mualaikum........

             --------------ooooooooo-------------










Wednesday 6 July 2011

Ehwal Semasa - Julai 2011


   Bersih amatlah baik sekali - bersihkan  diri  dan  tempat anda...!



 Bangunan dan tempat anda hendaklah bersih dan cantik. Jadikan kawasan bersih dan cantik...!

E-mail – hjdan@myjaring.net.


TUNJUKKANLAH  KE  JALAN  YANG  LURUS – SIARAN KE  44

Penulisan dalam Blog kali ini memang  agak sukar sedikit difahami sepintas lalu, ia agak berat sedikit yang sememangnya penulis menaikan tarafnya untuk kita memikirkan lebih mendalam  dan memerlukan  pemikiran sejenak untuk difahami.

Masalah 152. 
Apakah yang dikatakan mata hati itu. ?

Jawapan.
Mata Hati berupaya melihat apa yang tidak dapat dilihat oleh kedua mata kasar, dengan menampakkan perkara-petrkara yang ghaib, terwujudlah keyakinan adanya yang ghaib itu di sisi Allah s.w.t.  Contohnya seperti berikut:
a.         Dosa
b.          Pahala
c.           Syurga
d.          Padang Mahsyar dan lan-lain.

Masalah  153,

Bagaimana pula yang diatakan Hati itu.?

Jawapan.
Hati merupakan segumpal daging warnanya hitam kemerahan di dalam tubuh manusia.  Pada zahirnya tiada kaitan langsung untuk mempengaryhi kehidpan manusia itu, digunakan perkataan hati menjadi perunpamaan mengusai kehidupan. Firman Allah s.w.t dalam Surah An-Nahl ayat 78:’
        وَاللهُ ا َخْرَجَكُمْ مِّنْ بُطُوْنِ ا ُمَّهَتِكُمْ لَاتَعْلـَمُوْنَ شَيْـءًـا.
       وَّجَعَلَ لـَكُمُ السًّمْعَ وَالْاَبْصَارَ وَالْاَفْـءِـدَة َ. لـَعَلـَّكُمْ
        تـَشْكـُرُوْنَ.  (178)
”Allah telah mengeluarkan kamu dari perut ibumu, sedang kamu tiada mengetahui sesuatu apapun; dan Dia adakan bagimu pendengaran, penglihatan dan hati, mudah-mudahan kamu berterima kasih kepada-Nya.”
(An-Nahl, ayat 78).
Bersabda Rasulullah s.a.w.:
ألا َ وَإ ِنَّ أ فـِى الـْجـَسَدُ مُضْعـَة ً إ ِذَا صَلـَحَـت ْصَلـَحَ  الـْجَسَدُ كـُلـُّهُ
وَإ ِذَا فـَسَد َتْ فـَسـَدُالـْجـَسـَدُ كـُلـُهُ أ َلا َ وَهـِىَ الـْقـَلـْب ُ.
       (رواه امام بخارى والمسلم)
Bermaksud;
  Ingatlah bahawa dalam jasad itu ada seketul daging, jika baik daging itu maka baiklah jasad itu.  Jika rosak daging tersebut maka rosaklah jasad itu. Daging tersebut ialah hati.

Masalah 154.
Apakah hati itu sama dengan yang dikatakan Roh itu.?


Jawapan.

Hati dan roah adalah berlainan sifatnya.  Hati tidak sama dengan yang dikatakan Roh itu. Kewujudan roh sebelum adanya hati, hati itu datang setelah manusia itu dilahirkan ke dunia, hilang bila manusia itu mati, manakala Roh tidak mati dan ia menempuh kehidupan di alam barzakh dan di alam akhirat.  Allah s.w.t. berfirman dalam Surah Al-Isra’ ayat 85:

وَيَسْـءَـلـُوْ نَكَ عَنِ الرُّوْحِ .  قـُلِ الرُّوْحِ مِنْ ا َمْرِ رّبِّىْ وَمَآ
 ا ُوْتِـيْـتـُمْ مَّنَ الـْعِلْمِ اِلاَّ قَلِيْلاً.
”Dan mereka bertanya kepadamu tentang roh, katakanlah Roh itu termasuk urusan Tuhanku dan tidaklah kamu diberi pengetahuan, melainkan sedikit”

Kesimpulannya: ” Allah telah memberikan ”sedikit” pengetahuan kepada manusia, maka yang sedikit itulah prerlu dikaji sebagai sumber ilmu untuk menguatkan iman bagi persediaan melalui jalan yang lurus, dengan keupayaan mengendalikan fungsi-fungsi Roh itu.

Masalah 155.
Apakah yang dikatakan fungsi-fungsi roh itu.?

Jawapan.
Pada kebiasaannya fungsi-fungsi roh itu disebut sebagai berikut:
a.       Akal
b.      Perasaan
c.       Fikiran
d.      Hati
e.       Nafsu.
Roh itu berkeadaan ghaib dan diyakini kewujudannya, tanpa roh bererti manusia itu mati.  Keyakinan ini adalah asas mula meyakinkan diri sebahagian daripada kepercayaan kepada Rukun Iman.

Kehidupan roh tidak seperti jasad, di mana ajalnya berakhir dari mana asalnya (tanah).  Roh pula meneruskan kehidupan di alam barzakh hingga kiamat untuk bertanggungjawab atas segala perbuatan semasa bersama jasad di atas muka bumi.  Firman Allah s.w.t. dalam Surah Thaha ayat 55 yang maksudnya:-
”...dari bumi (tanah) itulah kami menjadikan kamu dan kepadanya Kami akan mengembalikan kamu dan daripadanya Kami akan mengeluarkan kamu pada kali yang lain”

Roh apada asalnya bersih, terdedah pencermaran apabila bersatu dengan jasad, maka terpulanglah kepada fungsi-fgungsi roh untuk mengembalikan seperti keadaan semulajadi.

Maka peranan fungsi-fungsi roh itu adalah seperti berikut:-
      a.  Akal           sebagai  Penimbang.
      b.  Perasaan    sebagai  Perasa
     c.  Fikiran       sebagai  Penilai
     d.  Hati            sebagai Peminta dan peminta.
     e.  Nafsu         sebagai  Perangsang.

Oleh itu peranan manusia yang mempunyai fungsi-fungsi roh yang bak  adalah:
a.     Akal         - Memperseimbangkan fitrah manusia.
b.     Perasaan  - Mengutamakan kasih sayang dan tiada kelainan kepada  
                       yang lain.
c.  Fikiran    - Bertenaga untuk meneroka mencari kesempurnaan
                       hidup dunia dan akhirat.
d.  Hati        -  Berupaya melihat yang tersirat.

e.  Nafsu      - Merangsang menuju ke jalan yang lurus.

Firman Allah s.w.t. di dalam Surah At-Talaq ayat 11:-

وَمَنْ يُـؤْ مِنُ بـِاللهِ وَيَعْمـَلْ صَـلِحًـا يـُدْ خـِلْـهُ جـَنـَّت ٍ
تـجْر ِ مـنْ تـَحْـتـِهـَا الأ َنـْهـَرُ خـَلِدِينَ فِيهـَآ أ َبَدًا.
 قـَدْ أ َحْسـَن َ اللهُ لـَهُ رِزْقـًا. (11)

Barang siapa yang beriman kepada Allah dan beramal soleh, dimasukkan Allah kedalam syurga, yang mengalir air sungai di bawahnya, serta kekal mereka di dalamnya selama-lamanya.  Sugguh Allah memberi kebaikan rezeki untuk mereka
                                                                   (At-Thalaaq ayat 11)

Adapun yang akan terjadi kerpada manusia yang mempunyai fungsi-fungsi yang buruk itu pula ialah:-


              a.  Akal            - Menjadi gila  atau gila di dalam  waras.
                                        Tidak tetap pendirinnya.
             b.  Perasaan     -  Pemarah, garang dan tidak bertimbang rasa.
             c.  Fikiran        -  Sentiasa merancang kejahatan.
             d.  Hati            -   Menyukai keburukan.
             e.  Nafsu          -  Menuntut kepuasan tanpa batas.

Kesimpulannya:-

Firman Allah s.w.t. di dalam Surah  Asl-Syamsi ayat 9 dan 10 :-

      قـَد ْ أ َفـْلـَحَ مـَن ْزَكـَّهـَا (9(
      وَ قـَدْ خـَـاب َ مـَنْ دَ سـَّـهَـأ  )10(

Bermaksud;
 Sesungguhnya  berjayalah  orang-orang yang   menjadikan   dirinya  yang  bersih bertambah bersih dengan amal kebajikan  dan sesungguhnya hampalah orang yang  menjadikan dirinya yang sedia bersih itu susut dan terbenam kebersihannya dengan sebab kekotoran maksiat                                  
                                                                               (Al-Syamsyi ayat 9-10)

Bersabda Rasulullah s.a.w. yang bermaksud :-

”Akhlak yang buruk adalah dosa yang tidak terampuni, sedangkan persangkaan yang buruk pula adalah kesalahan yang  berbau busuk”
(H.R. Ath-Thabaraniy dalam Ash-Shagila dari Aisyah)

Untuk Renungan dan Pemikiran yang Merangsang ke Jalan yang Lurus.

        

Firman Allah dalam surah Al-Qasas ayat  77  yang bermaksud:

Dan carilah pada apa yang telah dianugerahkan Allah kepadamu (kebahagiaan) negeri akhirat, dan janganlah kamu melupakan bahagianmu dari dunia dan berbuat baiklah (kepada orang lain) sebagaimana Allah telah berbuat baik kepadamu, dan janganlah kamu berbuat kerosakan di bumi.

Hidup di dunia tidak lain, hanya kesukaan tipuan sahaja Firman Allah s.w.t.
di dalam Al-Quran Surah al-Hadid ayat 20  yang bermaksud:-

“Katakanlah: bahawa sesungguhnya hidup di dunia, hanya pergurauan, permainan, perhiasan, dan bermegah-megah antara kamu serta berlomba-lomba banyak pada harta-benda dan anak-anak. Umpama demikian itu seperti air hujan yang menakjubkan orang-orang kafir kerana tumbuh-tumbuhannya, kemudian ia menjadi kering , lalu engkau lihat dia menjadi kuning, kemudian menjadi lumat hancur. Dan di akhirat siksa yang keras, untuk orang-orang kafir, dan ampunan dan keredaan dari pada Allah untuk orang-orang mukmin. Hidup di dunia tidak lain, hanya kesukaan tipuan.”  (Surah Al-Hadid ayat 20).

Firman Allah s.w.t. di dalam Surah

إِنَّمَا الـْمُؤْ مِنُوْنَ الـَّذِيْنَ إِذَا ذُكـِرَ اللهُ وَجِلـَتْ قـُلـُوْ بُهُمْ وَاِذَا تـُلِيَتْ عَلـَيْهـِم ايَا تـُهُ زَادَتُهُمْ اِيْمَا نـًا وَعَلىَ رَبِّهـِمْ يَتـَوَكَّلـُوْنَ الـَّذِيْن يُقـِيْمُوْنَالصَّلَاةوَمِمَّارَزَقـْنَا هُمْ يـُنْفـِقـُوْن أ ُلـَءِـكَ هُمُ الـْمُؤْ مِنُوْنَ حَقـًّا لـَهُمْ دَرَجـَا تٌ عـِنـْدَ رَبِّهِمْ وَمَغـْفِرَةٌ وَرِزْقٌ كَرِيْمٌ.

         Artinya: Hanyasanya orang-orang mukmin yang sempurna imannya itu adalah mereka yang apabila disebutkan nama Allah, menjadi takutlah hati mereka, dan apabila dibacakan atas mereka akan ayat-ayatNya, hal tersebut menjadikan iman mererka semakin bertambah-tambah, dan mereka yang mendirikan sembahyang, dan membelanjakan sebahagian dari pada yang Kami kurniakan rezeki kepada mereka.  Mereka itulah orang-orang yang sunggug-sungguh sempurna iman mereka. Bagi mereka itu darjat di sisi Tuhan mereka ampunan, dan rezeki yang mulia. ”
                                                                (Al-Anfal ayat  2-4)

Sekian dahulu penulis sampaikan dalam penulisan dalam Blog ini semoga akan dapat memberi , manafaat kepda pembaca Blog sekalian. Untuk itu penulis mengucapkan ribnuan tetimaksih kepada anda yang sudi mengikuti Siaran dalanm Blog ini, sehingga kita berjumpa lagi sedikit masa lagi…..
Wassala mualaikum warah matullah hi wabarakatuh.....Amin !!


                  --------------------------ooooooooooooo------------------------------