Saturday 1 October 2011



KE ARAH  KITA MENUJU KE SYURGA
TAZKIRAH  BAB  AMALAN  AKHLAK MULIA.


BAB 3  - MENGHORMATI IBU BAPA MELALUI  PERKATAAN.

Setiap orang orang harus berhati-hatri apabila mengucapkan sesuatu perkataan agar tidak menyakiti hati seseorang, terutamanya ibu bapa. Mengucapkan perkataan yang baik merupakan salah satu cara menghormati ibu bapa.  Dalam hal mengucapkan perkataan-perkataan yang baik ini, perkara-perkara berikut hendaklah diberi pehatian;

a.     Sentiasa mengucap terima kasih kepada ibu bapa apabila mereka selesai melakukan sesuatu khidmat kepada kita seperti memasak, mengejutkan dari tidur, memberi nasihat pengajaran dan saebagainya.

b.    Sentiasa merendahkan suara ketika bertutur dengan mereka.

c.     Sentiasa memperkatakan perkara-perkara yang membawa faedah.

d.    Sentiasa memilih dan menggunakan perkataan-perkataan yang sopan dan sedap didengarinya.

e.     Sentiasa berfikir dahulu sebelum mengucapkan sesuatu agar ia tidak menyinggung hati dan perasaan mereka.

f.      Sentiasa mendoakan kesejahteraan mereka dalam setiap perkara yang mereka lakukan.


Anak-anaK yang mengucapkan  perkataan yang baik apabila bertutur dengan ibu bapa akan sentiasa mendapat kerahmatan dan keredaan Allah SWT.  Ini akan menjaminkan kehidupan yang lebih sempurna di dunia dan di akhirat.

Berbuat baik kepada dua orang ibu bapa.

Al-Quran Surah Al-Ahqaaf ayat 15 - Firman Allah s.w.t. ”  : -


وَوَصَّيْنَا الْاِنْسَانَ بِوَالِدَيْهِ اِحْسَنًا, حَمَلَتْهُ ا ُمُّهُ كُرْهًا

وَّوَضَعَتْهُ كُرْهًا. وَحَمْلُهُ وَفِصَلُهُ ثـَلَثُوْنَ شَهْرً,

حَتَّى اِذ َا بـَلـَغَ اَشُدَهُ, وَبَلـَغَ اَرْبَعِيْن َ سَنَة ً قَالَ رَبِّ اَوْ 

زِعْنِىْ اَنْ اَشْكُرَ نِعْمَتـَكَ الـَّتِىْ اَنْعَمْتَ عَلَىَّ وَعَلىَ

وَالِدَىَّ وَاَنْ اَعْمَلَ صَالِحًا تَرْ ضَهُ وَاَصْلِحْ لِىْ

فِىْ ذُرِّيَتِىْ , اِنِّىْ تُبْتُ اِلَيْكَ وَاِنِّىْ مِنَ الـْمُسْلِمِيْنَ.

Maksuds ayat”

Kami wasiatkan kepada manusia, supaya berbuat baik kepada dua orang ibu bapanya. Ibunya mengandungnya dengan susah payah dan melahirkannya dengan susah payah pula.  Masa mengandungnya sampai menceraikankanya dari susuan, tiga puluh bulan lamanya. Sehingga bila ia sampai dewasa dan (umurnya) empat puluh tahun, ia berkata: Ya Tuhanku…..taufiqkanlah aku  
(tunjukilah hatiku) buat mensyukuri nikmat Engkau, yang    telah Engkau berikan kepadaku dan kepada dua orang ibu bapaku dan supaya aku kerjakan amalan soleh yang Engkau sukai dan perbaikilah bagiku anak-anak cucuku (keturunan ku).  Sungguh aku bertaubat kepada Mu dan aku termasuk orang-orang Islam.
Keterangan ayat tersebut”    (Al-Ahqaf ayat 46)  

Allah s.w.t. mewasiatkan (memerintahkan) kepada manusia, supaya berbuat baik kepada dua orang ibu bapa, terutama kepada ibunya, kerana ia mengandung dengan susah payah dan melahirkan dengan suasah payah pula.  Sejak mulai mengandung sampai menceraikan dari  susuan 30 bulan lamanya.  Seabab itu harusalah kita berterima kasih kepada Allah atas nikmat-Nya kepada kita dan kepada ibu bapak kita serta beramal soleh, suraya mengharapkan agar anak cucu kita (keturunan kita) menjadi anak-anak yang soleh pula yang akan menggantikan kita di belakang hari.  Orang-orang itulah yang diterima Allah amalannya dan diampuni kesalahanya.

Jiusteru itu maka adalah dinasihati kepada sekalkian yang berkenaan supaya melaksanakan tanggungjawab  mereka sebagaimana yang di dedahkan di atas semnoga anda sekalian  beroleh kebahagiabn dan aman maknur.  Amin...

Sekian, dahulu....

Wassala mulaikum......


              --------------oooooooooooooooo-------------






Akhlak Mulia

PENDAHULUAN
---------------------------------------------------------

Bab - Akhlak Mulia Mengabdikan Diri kepada Allah s.w.t  .(*01)

1.  Setiap insan wajib mengabdi dan menghambakan diri kepada Allah s.w.t. kerana mereka dicipta adalah  semata-mata untuk beribadah kepada-Nya.  Mengabdi  bererti menyerah dan menerima segala ketentuan dan segala keputusan Allah s.w.t.  Ia juga dapat diertikan sebagai tunduk dan patuh kepada semua titah perintah Allah s.w.t. dan menjauhi segala larangan-Nya.
Firman allah s.w.t.:
يَأَيُّهَا النـَّاسُ اعْبُدُوا رَبَّكُمُ الـَّذِى خَلـَقَكُمْ وَالـَّذِينَ
مِنْ قَبْلـِكُمْ لـَعَلـَّكُمْ تَتـَّقـُونَ.(البقرة:21)
“Wahai sekalian manusia Beribadahlah kepada Tuhan kamu Yang telah menciptakan kamu dan orang yang terdahulu daripada kamu, agar kamu (menjadi orang yang) bertaqwa.    (Al Baqarat ayat 21)

2. Sesungguhnya tidak wajar jika insan menyembah dan mengabdikan diri kepada yang lain daripada Allah s.w.t. sedangkan mereka telah dijadikan makhluk yang terbaik. Mereka  telah diberi peluang yang seluas-luasnya untuk menikmnati pemberian Allah s.w.t. dalam pelbagai berbentuk dan cara.  Malahan kewjujudan mereka di alam buana ini pun adalah juga nikmat kurnia Allah s.w.t.
3. Sebaliknya jika insan itu menyembah dan mengabdikan diri kepada makhluk tidak kepada Khaklik (yang mencipta) bererti mereka telah melakukan suatu perbuatan yang amat keji dan terkutuk.  Dengan lain perkataan insan sedemikian bolehlah digolongkan  ke dalam golongan orang yang tidak berterima kasih. Di antara laku perbuatan yang boleh menggambarkan  pengabdian seseorang kepada Allah s.w.t. termasuklah:-

a.           Sentiasa melakukan ibadah khusus dengan sempurna.  Mengabidkan dan beribadah kepada Allah s.w.t. bukan terhad kepada sembahyang, zakat, puasa, haji, jihad, tahlil, zikir dan tilawah al-Quran tetapi meliputi semua aspek kehidupan.  Malahan semua perbuatan dan gerak laku insan dikira sebagai ibadah sekiranya perbuatan itu dilandasi oleh niat yang tulus ikhlas kerana Allah s.w.t  dan dilakukan mengukut lunas-lunas yang dippertentukan oleh syariat.

b.           Sentiasa bersedia mematuhi perintah melakukan ibadah khusus terutama dikala dan ketika ibadah-ibadah itu mesti disempurnakan.

c.            Sentiasa menggunakan nikmat dan kemudahan yang diberi Allah s.w.t. kepada sesuatu yang mendatangkan manfaat seperti menggunakan panca indera untuk melihat, mendengar,  menviun, merasa, dan menyentuh sesuatu yang disukai Allah s.w.t.

d.           Sentiasa bersedia untuk menyumbang sebahagian daripada harta untuk badan-badan kebajikan seperti rumah anak-anak yatim, fakir miskin dan sebagainya. Di samping itu harta yang dikurniakan itu digunakan untuk membangunkan masjid, madrasah, sekolah dan tempat-tempat yang memberi manfaat kepada ummah.


e.            Sentiasa menggunakan pangkat dan kedudukan sebagai alat untuk mengajak manusia kepada jalan mendekatkan diri kepada Allah s.w.t.   Memberikan mereka agar menyedari bahawa pangkat dan kedudukan itu adalah amanah Allah s.w.t.

f.             Sentiasa menggunakan kemudahan-kemudahan yang dikurniakan umpamanya kenderaan yang selesa untuk melwat dan pergi ke tempat-tempat yang disukai Allah s.w.t.  Kenderaan mereka lebih banyak dibawa ke masjid, majlis-majlis ilmu, majlis-majlis silaturrahim dan laina-laian lagi.


g.           Sentiasa meyakini hukum dan segala keputusan Allah s.w.t. sahaja yang maha benar.


4. Orang yang sentiasa mengabdikan diri kepada Allah s.w.t. akan sentiasa berada dalam keadaan aman dan bahagia sepanjang masa.  Di samping itu, setiap  pekerjaan dan perkara yang dilakukan oleh mereka juga akan sentiasa ditredai oleh Allah s.w.t.
Firman Allah s.w.t.

وَلـَوْ أ نَّهُمْ ءَامَنُوْا وَاتـَّقُوْا لـَمَثـُوبَة مِّنْ عِنْدِاللهِ خـَيْرٌ,
لـَّوْكَانـُوْا يَعْمَلـُون َ (البقرة: 103)
Dan seandainya mereka itu tetap beriman dan bertqwa (nescaya mereka akan mendapat pahala): sesungguhnya pahala dari sisi Allah s.w.t. itu adalah lebih baik, seandainya mereka mengetahuinya.
(Al Baqarat ayat 103)

Sekian dahulu dan hal bab ini. Wassala mualikum.

                 -------------ooooooooo--------------

Nota kaki: (*10) 100 Akhla Mulia oleh Dr. Hasan Hj.Mohd Ali m.s. 01 terbitan Utusan Publications & Distributors Sdn Bhd, Taman Shamelin Perkara Cheras, Kuala Lumpur.