Thursday 20 December 2012

Pos 700 -Perseimbangkan antara Keperluan dengan Kemampuan.





 


Pos 700 -Perseimbangkan antara Keperluan dengan Kemampuan.

Pengisian terbaik di dalam kehidupan yang mempunyai kesempurnaan akal fikiran adalah  perseimbangkan di antara Keperluan dengan Kemampuan. Maksudnya, dari keperluan yang amat sangat baru digunakan kemampuan yang ada. Maka terpeliharalah hidup di dalam keadaan kesederhanaan yang dituntut oleh Islam kepada penganutnya.

Mengseimbang sedemikian amatlah sukar untuk dilaksanakan, kerana tuntutan nafsu mendahului kemunculan kematangan akal fikiran manusia. Justeru, wujudnya apa yang dikatakan Jalan yang Lurus,yang sering dimohonkan kepada Allah s.w.t. melalui pembacaan Surah Al-Fatihah di ayat 6 bermaksud "Tunjuklan kami jalan yang lurus". Kiasannya. Sekiranya dikatakan jalan semesti ada permukaan atau permulaan jalan tersebut dan ada pula akhirnya garis penamat.

Keinsafan - Adalah permukaan jalan yang lurus.

Kematian - Penamat jalan tersebut.

Firman Allahs.w.t. dalam Surah Al-Fat-H ayat 2 bermaksud:

"Supaya Allah memberi ampunan kepadamu terhadap dosamu yang telah lalu dan yang akan datang serta menyempurnakan nikmat-Nya atasmu dan memimpin kamu kepada jalan yang lurus"

Apabila merasakan keinsafan diri, bererti sudah meletakkan diri dengan sendiri di permukaan "jalan yang lurus", untuk melangkah berjalan semestinya ada persediaan ilmu pengenalan diri atau dengan ertikata lain berkenalan dengan diri sendiri, supaya beroleh kelembutan hati untuk menerima petunjuk jalan yang benar melalui Al-Quran dan Hadis Rasulullah s.a.w.

Sekiranya tiada persediaan tersebut manusia mudah disesatkan oleh iblis melalui tunggangannya ke atas nafsu sendiri. Kehebatan dan canggihnya tipu fdaya iblis amat mengelirukan.

Berbuat baik dengan isteri. Menjadi suami teladan.

Suami teladan iaitu suami yang selalu mengerjakan perintah Allah dan menjauhkan segala laranganNya. Ia selalau menjaga hubungan dengan isterinya serta melaksanakan tanggungjawab sesuai dengan kemampuannnya.

Ia selalu berterus terang dengan isterinya.  Jika ia mempunyai kekurangan-kekurangan dalam dirinya maka ia akan menyatakan hal tersebut kepada isteri yang disayanginya.

Sebaliknya jik ia mempunyai kelebihan dan pengalaman maka ia selalu akan membahagikan kelebihannya itu kepada isterinya.  Suami teladan adalah suami yang biuk, tidak mahu menyembuyikan sesuatu rahsia yang tiada disenangi oleh isteri.

Dalam menjalinkan hubungan dengflan isterinya,ia bersifat lemah lembut, menghargainya serta memuliakannya.  Firman Aah s.w.t. :


يَأَيُّهَا الـَّذِينَ ءَامَنُوْالآيَحِلُّ لـَكُمْ أَنْ تَرِثُوْا النِّسَآءَ كَرْهًا ج
وَلآتَعْضُلـُوهُنَّ لِتـَذْ هَبُوا بِبَعْضِ مَآءَاتَيْتُمُوهُنَّ إِلآّأ َنْ يَأ ْتِيْنَ
بِفَحِشَةٍ مُبَيـِّنَةٍ ج  وَعَاشِرُوهُنَّ بِالـْمَعْرُوفِ ج  فَإِنْ كَرِهْتُمُو
هُنَّ فَعَسَ~ أَنْ تَكْرَ هُوْا شَيْئًـا وَيَجْعَلَ اللهُ فِيهِ خَيْرًا كَثِيرًا.
                    (النســاء19)
”Dan bergaullah dengan mereka secara patut.  Kemudian bila kamu tidak menyukai mereka (maka bersabarlah) kerana mungkin kamu tidak menyuakai sesuatu.  Padahal Allah menjadikan padanya kebaikan yang banyak.”

Rasulullah s.a.w. merupakan contoh teladan yang harus kita ikuti.  Baginda telah menunjukkan pedoman-pedoman tersebut untuk umatnya.  Kerana baginda adalah orang yang melayani keluarganya dengan cara yang terbaik.  Sabda Rasulullah s.a.w :

”Sebaik-baik kamu adalah yang terbaik terhadap keluargnya, dan aku adalah yang terbaik daripada kamu terhadap keluarga ku.  Orang yang memuliakan kaum wanita adalah orang yang mulia, dan orang yang menghina kaum wanita adalah orang  yang tidak mempunyai budi pekerti.”    (HR Abu Asakir)

Allah mengasihi orang-orang yang berbuat baik.

Surah Ali-Imran, Ayat 134.

اَلـَّذِينَ يُنْفِقُونَ فِى السَّرَاءِ وَالضَّبرَاءِ وَالـَكَظِمِينَ

 الـَغَيْظَ والـْعَافِينَ عَنِ النَّاسِ ج وَاللهُ يُحِبُّ الـْمُحْسِنِينَ.

“Iaitu orang-orang yang membelanjakan harta-hartanya semasa senang dan susah, orang-orang yang sabar menahan marah, dan orang-orang yang pemaaf terhadap kesalahan manusia, Allah mengasihi orang-orang yang berbuat kebaikan itu.”
                                                                (Ali-Imran ayat 134)

.
Firman allah s.sw.t :-.

مَنْ عَـمِلَ صَلِحًا مِّن ذَ كَر ٍ أ َوْ أ ُنـْثَى وَهُـوَ مِؤْ مـِنٌ            فـَلـَــَنـُحْـيِــِنـيَـنَّـه ُ حَـيَـوة ً طَيِّـبَة ً ج  وَلَـنَجْـز ِيـَنَّهُمْ اَ َجْرَ 
هـُمْ  بـِـإ حـْسَنِ ِ مَا كَا نُوْا يَعْمَلُونَ.
(النخل 97)
Brangsiapa mengerjakan kebaikan, baik laki-laki atau perempuan sedang ia beriman, nescaya Kami hidupkan dia dengan kehidupan   yang baik, dan Kami balasi mereka dengan pahala yang terlebih baik dari apa yang telah mereka amalkan.     (An-Nakhl  ayat 97)

Firman allahs.w.t. :-
وَمَنْ يُـؤْ مِنُ بـِاللهِ وَيَعْمـَلْ صَـلِحًـا يـُدْ خـِلْـهُ جـَنـَّت ٍ تـجْر ِ مـنْ تـَحْـتـِهـَا الأ َنـْهـَرُ خـَلِدِينَ فِيهـَآ أ َبَد قـَدْ أ َحْسـَن َ اللهُ لـَهُ رِزْقـًا
Bermaksud:-
Barang siapa yang beriman kepada Allah dan beramal soleh, dimasukkan Allah ke dalam syurga, yang mengalir air sungai di bawahnya, serta kekal mereka di dalamnya selama-lamanya.  Sungguh Allah memberi kebaikan rezeki untuk mereka.                           (Al-Thalaq ayat 11)

Sekian dahulu dan diharap kita sekalian dalam mengerjakan ibadat kepada Allah, lebih-lebih lagi berkenaan solat, kita perlu memberi perhatian sungguh- sungguh agar kita diberi ganjaran pahala yang lumayan diakhirat kelak.
Sekian dahulu dan di ucapkan....

وَالسَّلَامُ عَلـَيْكُمْ وَرَحْمَة ُ اللهِ وَبَرَكـَـتُـه

---------------------oooooooooooooooo----------------









Pos 699 -Kelebihan Hari Jumaat Dan Sembahyang Jumaat.







Pos 699 -Kelebihan Hari Jumaat Dan Sembahyang Jumaat.
                              
Bersabda Rasulullah s.a.w.: “Bermula sebaik-baik hari yang terabit padanya matahari ialah hari Jumaat, padanya dijadikan Nabi Adam a.s., dan padanya di masuk akan dia ke syurga, dan padanya di keluar akan dia dari syurga.  Barang siapa mengambil wuduk dengan sempurnanya, kemudian datang  sembahyang  Jumaat, maka mendengar ia akan khutbah dan diam ianya, tidak berkata-kata di waktu khatib berkhutbah, nescaya  terampun dosanya di antara Jumaat ke satu Jumaat lebih tiga hari. Dan barang siapa bermain-main seumpama anak batu, misalnya. Laghalah ia   (di waktu khutbah).  Hendaklah  berhenti oleh kamu dari meninggal  Jumaat, tidak pun di biar oleh Allah s.w.t. akan mati hati mereka (kalau tinggal juga sembahyang Jumaat) kemudian jadilah mereka daripada orang yang lalai.
                                                                                (H.R. Muslim ).

Sabda Rasulullah s.a.w.  :-

قَالَ رَسُولُ اللهِ صَلىَّ اللهُ عَلـَيْهِ وَسَلـَّمَ : خَيْرُ يَوْم ٍطَلـَعَتْ عَلـَيْهِ الشَّمْسُ يَوْمُ الـْجُمُعَةِ فيه خُلِقَ آدَمُ, وَفِيهِ أ دْخِلَ الـْجَنَّةَ, وَفِيهِ أ خْرِجَ مِنْهَا, مَنْ تـَوَضَّأ ْ فأ َحْسَنَ الـْوُضُوءَ, ثُمَّ أ تىَ الـْجُمُعَةُ فَاسْتَمَعَ وَأ نْصَتَ غُفِرَ لَهُ مَا بَيْنَهُ وَبَيْنَ الـْجُمُعَةِ, وَزِيَادَةُ ثـَلَاثـَة ِ أ يَّامِ وَمَنْ مَسَّ الـْحَصَا فَقـَدْ لـَغَا, لـَيَنـْتَهـِيَنَّ أ قـْوَامٌ عَنْ وَدْعِهِم  الـْجُمَعَاتِ, أ وْلـَيَخْتِمَنَّ اللهُ عَلـَى قـُلـُوْ بِهِمْ لـَمْ لـَيَكـُو نَنَّ مَنَ الـْغَافَلِينَ.  (رواه مسلم)

Sekian dahulu, dan diucapkan:

Wassala mualaikum warahmatulla hi wabarakatuh…..!
(Rujukan:Kitab Tajzibu Athrif Al-Hadith (تجذيبطر الحديث,( m.s. 427)

     ---------------------ooo000----------------

Pos 698 - Jangan Kamu Berdengki-dengki.












Pos 698 - Jangan Kamu Berdengki-dengki.


Dari Abi Hurairah r.a., katanya. ”Telah bersabda Rasulullah s.a.w:  ”Janganlah kamu berdengki-dengkian, dan janganlah kamu bertipu-tipuan dan janganlah kamu berbelakang-belakangan, dan janganlah  setengah kamu menjual di atas penjualan setengah kamu dan jadikanlah kamu hai hamba Allah bersaudara.”

”Orang Islam bersaudara orang Islam, tiada boleh ia menganiayainya, dan tiada boleh membiarkan (dalam kehinaan), dan tiada boleh mendustainya dan tiada boleh menghinakanya.”

”Taqwa itu di sini – kata Nabi s.a.w. sambil menunjuk ke dadanya tiga kali,  Sudah cukup banyak kejahatan seorang itu, bahawa ia merendahkan saudaranya orang Islam.  Sekalian  orang Islam atas orang Islam haram darahnya dan hartanya dan kehormatannya,”

Diriwayatkan oleh Imam Muslim.

Sekian dahulu untuk renungan bersama.


              --------------------oooooooooooooo-----------------





Pos Bil. 697 - Bersedekah Harta Ke Jalan Allah.
















Pos Bil. 697 - Bersedekah Harta Ke Jalan Allah.


Firman Allah s.w.t. di dalam Surah al-Baqarah, ayat 265 yang bermaksud:

”....Dan bandingan orang-orang yang membelanjakan hartanya kerana mencari keredaan Allah s.w.t. dan kerana meneguhkan iman dan perasaan ikhlas yang timbul dari jiwa mereka, adalah seperti sebuah kebun di tempat yang tinggi, yang ditimpa hujan lebat, lalu mengeluarkan hasilnya dua kali ganda, kalau ia tidak ditimpa hujan lebat maka hujan yang renyai-renyai pun cukup untuk menyiramnya dan ingatlah Allah sentiasa melihat akan apa yang kamu lakukan. ” (Al-Quran Surah al-Baqarah, ayat 265).

Sabda Rasullah s.a.w. yang bermaksud:

”Ketika Allah menciptakan bumi dan bumi selalu bergerak-gerak, maka Allah menciptakan gunung-gunung dan meletakkan (memancak) di atas bumi sehingga bumi mantap tidak bergerak lagi”








"Bandingan perbelanjaan (derma) orang-orang yang membelanjakan harta-hartanya pada jalan Allah ialah sama seperti sebiji benih yang tumbuh menerbitkan tujuh tangkai, setiap tangkai itu pula mengandungi seratus biji, dan ingatlah Allah akan melipatgandakan pahala bagi sesiapa yang dikehendakiNya dan Allah amat luas rahmat kurniaNya lagi meliputi ilmu pengetahuan” (Al-Quran Surah al-Baqarah, ayat 261).

Perumpamaan bagi orang-orang yang membelanjakan hartanya semata-mata ke jalan Allah s.w.t. semata-mata mengharapkan keredaan dan tanda kesyukuran terhadap nikmat-nikmat yang telah di terima daripada Allah s.w.t., adalah seperti mereka yang menanam sebiji benih yang kemudian daripada itu menjadi sebatang pokok mempunyai tujuh tangkai, dan tiap-tiap tangkai tersebut pula menjadi mengandungi seratus biji atau dengan lain perkataan hasilnya lumayan dan berlipat ganda.

Firman Allah s.w.t. lagi:



وَمَثـَلُ الـَّذِينَ يُنْفِقُونَ أ َمْوَلـَهُمُ ابْتِغَآءَ مَرْ ضَاتَ اللهِ وَتـَثـْبِيتـًا

مِّنْ أ َنْفُسِهِمْ كـَمَثـَلِ جَنَّةٍ بِرَبْوَةٍ أ َصَابَهَا وَابـِلٌ فَـءَـاتـَتْ أ ُكـُلَهـَا ضِعـْفـَيْنِ فـَإ ِنْ لـَمْ يُصِبْهـَا

وَابِلٌ فَطَلٌّ ج وَاللهُ بِمَا تَعْمَلـُوْنَ

بَصِيرٌ. (البقرة 265)


”....Dan bandingan orang-orang yang membelanjakan hartanya kerana mencari keredaan Allah s.w.t. dan kerana meneguhkan iman dan perasaan ikhlas yang timbul dari jiwa mereka, adalah seperti sebuah kebun di tempat yang tinggi, yang ditimpa hujan lebat, lalu mengeluarkan hasilnya dua kali ganda, kalau ia tidak ditimpa hujan lebat maka hujan yang renyai-renyai pun cukup untuk menyiramnya dan ingatlah Allah sentiasa melihat akan apa yang kamu lakukan. ” (Al-Quran Surah al-Baqarah, ayat 265).

Sabda Rasullah s.a.w. yang beermaksud:

”Ketika Allah menciptakan bumi dan bumi selalu bergerak-gerak, maka Allah menciptakan gunung-gunung dan meletakkan (memancak) di atas bumi sehingga bumi mantap tidak bergerak lagi”

a. Maka kagumlah para malaikat seraya berkata ”Ya Tuhanku, apakah ada dari makhluk Engkau yang lebih hebat daripada gunung-gunung itu.?: Allah menjawab: ”Ya ada, iaitu besi.”

b. Para malaikat bertanya lagi, ”Apakah ada dari makhluk Engkau yang lebih hebat daripada besi.? Allah menjawab: Ya ada, iaitu api.”

c. Para malaikat bertanya lagi. ”Apakah ada dari makhluk Engkau yang lebih hebat dari api.” Allah menjawabn, ”Ya ada, iaitu air.”

d. Para malaikat bertanya lagi, ”Apakah ada dari makhluk Engkau yang lebih hebat dari daripada air.”? Allah menjawab: ”Ya ada, iaitu angin.”

e. Para malaikat bertanya lagi.”Apakah ada dari makhluk Engkau yang lebih hebat daripada angin,?” Allah menjawab, ”Ya ada, iaitu anak keturunan Adam a.s. yang memberikan sesuatu derma (sedekah) dengan tangan kanannya dan merahasiakan dermanya itu dari tangan kirinya maka dia lebih hebat daripada angin,”

Oleh sebab begitu tinggi nilainya orang-orang yang menderma (sedekah) di sisi Allah itu, maka untuk sampai ketahap itu, ianya memerlukan beberapa syarat di antaranya:

a. Peratama – Adalah lebih baik sekiranya derma dan sedekah itu dirahsiakan daripada orang pengetahuan umum.
Firman Allah s.w.t. yang bermaksud:

إ ِنْ تُبْـدُوالصَّـدَقَتٍ فـَنِعِمَّا هِيَ ج وَإ ِنْ تُخْفـُوهَا وَتـُؤْتـُوهَا

الـْفـُقَرَآءَ فَهُوَ خَيْرٌلـَّكـُمْ ج وَيُكـَفـِّرُ عَنكـُمْ مِّنْ سَيِّـءَـا تِكـُمْ ج

وَاللهُ بِمَا تَعْمَلـُونَ خَبـِيرٌ. (البقرة 271)

”Dan kalau pula kamu sembunyikan sedekah-sedekah itu serta kamu memberikannya kepada orang-orang faqir miskin, maka itu adalah lebih baik bagi kamu dan Allah akan hapuskan daripada kamu sebahagian dari kesalahan-kesalahan kamu dan (ingatlah) Allah amat mengetahui secara mendalam akan apa yang kamu lakukan.”
(Al-Quran surah al-Baqarah, ayat 271).

b. Kedua – Tidak diungkit-ungkit selepas derma dikeluarkan dan tiada terkeluar daripada mulut penderma perkataan atau kelakuan yang menyakiti.

c. Tidak bertujuan untuk bermegah-megah dan perasaan riak. Firman Allah s.w.t. yang bermaksud:


”....Wahai orang-orang yang beriman, janganlah rosakan pahala
amal sedekah kamu dengan perkataan membangkit-bangkit
dan kelakuan yang menyakiti saperti (rosaknya pahala
amal sedekah) orang-orang yang membelnajakan hartanya
kerana hendak menunjuk-nunjuk kepada manusia (riak).
d. Perkara yang didermakan itu sedapat-dapatnya hendaklah yang paling baik dari hartanya atau yang boleh dimanafaatkan oleh si penerima. Firman allah s.w.t.yang bermakaud:-

”Kamu tidak sekali-kali akan dapat mencapai hakikat kebajikan dan
kebaktian yang sempurna sebelum kamu dermakan sebahagian
dari apa yang kamu sayangi dan sesuatu apa jua yang kamu
dermakan, maka sesungguhnya Allah amat mengetahuinya.”

Diriwayatkan bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda yang bermaksaud:-

a. Pada mulanya aku kecil, maka engkau telah membesarkan aku.

b. Pada mulanya engkau adalah penjaga ku, maka serkarang aku menjadi penjaga mu.

c. Pada mulanya aku adalah musuh mu, maka sekarang aku menjadi kekasih mu.

d. Aku adalah suatu yang punah musnah, maka engkau jadikan aku sesuatu yang kekal.

e. Aku adalah bilangan sedikit, maka engkau jadikan aku jumlah bilangan yang banyak.

Firman Allah s.w.t.:

”Jelasnya, adapun orang yang memberikan apa yang ada padanya kerja kebaikan dan bertaqwa (mengerjakan suruhan Allah dan meninggalkan segala laranganNya), serta ia mengakui dengan yakin akan perkara yang baik, maka sesungguhnya Kami akan memberikan dia kemudahan untuk mendapat kesenangan (syurga).

Sebaliknya orang yang bakhil (daripada berbuat kebajikan) dan merasa cukup dengan kekayaannya dan kemudahannya, serta ia mendustakan perkara yang baik, maka sesungguhnya Kami akan memberikan kemudahan untuk mendapat kesusahan dan kesangsaraan, dan apakah pertolongan yang dapat diberi kepadanya oleh hartanya apabila ia telah terjerumus ke dalam azab siksa hari akhirat,”
(Al-Quran Surah Al-Laili, ayat 5 hingga 11).

Sabda Rasulullah s.a.w. Yang bermakasud:-

”Apabila mati seseorang anak Adam itu maka terputuslah ’amalannya melainkan tiga perkara sahaja yang kekal dibawa bersamanya:
(1) Sedekah jariah yang dijadikan wakaf, (2) ’Ilmu yang diambil yang bermanafaat baginya,(3) Anak-anak yang soleh yang sentiasa mendoakan baginya.’ (Hadith riwayat Muslim).

Sabda Rasululah s.a.w. lagi yang bermaksud:

”Hendaklah kamu mencari keuntungan dari lima perkara sebelum datangnya lima perkara lagi yaitu:

a. Di masa hiduphendaklah engkau beramal sebelu mati.

b. Di masa sihat hendaklah engkau beramal selum sakit.

c. Di masa lapang hendaklah engkau beramal sebelum banyak pekerjaan.

d. Di masa muda umur mu hendaklah engkau beramal sebelum engkau tua.

e. Di masa kaya hendaklah engkau beramal dan membuat kebajikan sebelun datangnya engkau papa kedana.
(Hadis riwayat Al-Baihaqi daripada Ibnu ’Abbas)

Firman Allah s.w.t. :

وَمَنْ يَتـَّقِ اللهَ يَجْعَلْ لـَّهُ مَخْرَجـًا ج. وَيَرْزُقـْهُ مِنْ حَيْثُ لآ يَحْتـَسِبُ.ج وَمَنْ يَتَوَكـَّلْ عَلىَ اللهِ فَهُوَ حَسْبُهُ ج إ ِنَّ اللهَ

بـَالـِغُ أ َمْرِهِ ج قـَدْ جَعَلَ اللهُ لِكـُلِّ شَيْىءٍ قـَدْرًا.

(الطلاق 2 دان3)


”Barangsiapa yang bertaqwa kepada Allah nescaya Allah akan lepaskan ia dari masalah hidup dan diberikanNya rezeki dari sumber yang tidak diduga. Dan barangsiapa yang bertawakkal kepada Allah necsaya Allah akan mencukupkan keperluannya. Sesungguhnya Allah melaksanakan urusan (yang dikehendaki) Nya. Sesungguhanya Allah telah mengadakan ketentuan bagi tiap-tiap sesuatu.”
(Al-Quran Surah At-Talaaq, ayat 2 dan3).

Sekian dahulu penulisan untuk Siaran ini, dan kita akan berjumpa lagi dalam Blog yang sama dalam masa yang terdeat. Insaya Allah....!

Wassala mualaikum warahmatula hiwabarakatuh.....!


-----------------------ooooooooooooooooooo-------------------------