Friday 24 August 2012

Lelaki Yang Dikasehi Allah swt.












Lelaki Yang Dikasehi Allah swt.  

ثَلَاثـَة  يُحِبُّهُمُ اللهُ عَزَ وَجَلَّ :  رَجُلٌ قـَامَ مِنَ اللـَّيْلِ يَتْلـُو كِتَابُ اللهِ

وَرَجُلٌ تَصَدَّقَ بِيَمـِينـِهِ, يُخْفِيهَا مِنْ شِمَالِهِ, وَرَجُلٌ كـَانَ فِيْ سَرِيَّةِ

فَانْهَـزَمَ أَ\ صْحَابُهُ فَاسْتـَقْبَلَ الـْعَدُوَّ. 

 (رواه الترمذي عن أبن مسعود).

“Tiga lelaki ini dikasihi oleh Allah s.w.t. akan mereka itu :
(1). Lelaki yang mana bangun di tengah malam membaca al-Quran,

(2). dan lelaki yang bersedekah dengan tangan kanannya tetapi tidak diketahui oleh tangan kirinya (kinayah daripada tidak diketahui oleh orang), 

(3) dan lelaki yang adalah ianya di dalam peperangan, maka tertewas rakan karibnya maka ia masih berhadap kepada musuhnya (tidak lari dari peperangan)”

Sekian dahulu, semoga kita juga akan bersama-sama mengamalkan perkara tersebut.

وَالسَّلَامُ عَلـَيْكُمْ وَرَحْمَة ُ اللهِ وَبَرَكـَـتُـهُ.

(Rujukan – Kitab Tajzibu Athraf Al-Hadith m.s. 155)

                     -----------------oooooooooooooo-------------------



Wednesday 22 August 2012

Jadilah seorang yang mengasihi semua manuisia.....!










Seorang zahid juga seorang yang mampu mengasihi semua manusia, bersedia untuk susah  untuk manusia dan yang bakal menyelamatkan  manusia dari tipuan dunia,  nafsu dan syaitan.  Sebaliknya orang yang lemah dalam amalan batin adalah orang yang jauh (terpisah) hatinya dengan Allah (tidak takut dengan Allah, tidak malu, tidak harap, tidak cinta Allah, tidak redha dan tidak sabar), kurang beradab dengan Allah (penuh hasad, sombong, bakhil, dendam, dan pemarah) dan seorang pencinta dunia yang bekerja keras untuk dunianya.

Orang begini selalu dibelenggu oleh kecintaannya itu hingga menjadikan dia takut untuk berjuang dan berjihad untuk agama Allah dan untuk kehidupan akhirat yang kekal abadi.

Orang yang tidak berhakikat (sekalipun sembahyangnya banyak, puasa, baca Quran dan gigih berjuang) adalah orang yang kurang berakhlak dengan Allah dan kurang berakhlak dengan manusia. Kekurangan pada amalan batin inilah yang menjadikan orang-orang yang tidak berakhlak itu selalunya mati dalam dosa yang tidak sedar.  Mungkin dosa kerana buruk sangka dengan Allah, putus asa, tidak redha dengan takdir Allah dan dosa kerana merasakan amalan lahirnyalah yang bakal  menyelamatkannya dari neraka Allah.

Rasa riak, ujub atau rasa diri bersih itu adalah dosa batin yang tiada siapa yang nampak walaupun yang empunya diri pun tidak dapat mengesannya kecuali oranng yang mempunyai basiurah (pandangan tembus) sahaja yang boleh mengesannya.

Nanti di akhirat bila Allah dedahkan kesalahan (dosa dosa batin) baru dia terkejut tersentak.  Ulama’ tasawuf berkata :

”Bialah sedikit amalan beserta takut pada Allah itu lebih baik daripada banyak amalan tetapi tiada rasa takut dengan Allah.  Lebih baik orang yang sentiasa merasa berdosa dan bersalah dengan Allah daripada orang yang banyak amalan tetapi tidak rasa berdosa pada Allah bahkan dia merasa tenang dengan amalan itu.”

Firman Allah s.w.t. :-
يَوْم َلآ يَنفَعُ مِالٌ وَلآبِنُونَ .
إِلا َّ مَنْ أَتىَ للهَ بِقـَلـْبِ سَلِيمٍ.

“Hari kiamat ialah hari di mana harta dan anak-anak tidak dapat memberi manfaat kecuali mereka yang datang mengadap Allah dengan membawa  hati yang selamat sejahtera.”    (Asy-Syuaraa, ayat 88-89)

Hati yang selamat sejahtera ialah  hati yang bertaqwa yang berisi iman, yakin, ikhlas, sabar, syukur, tawakal, takut, harap dan lain-lain rasa hati dengan Allah s.w.t..  Hati yang sentiasa merasa sihat dalam sakit, kaya dalam miskin, ramai dalam kesaorangan, lapang dalam kesempitan dan terhibur dengan apa sahaja ujian kerana dia bersikap redha dengan apa sahaja pemberian Tuhannya.

Untuk memperolehi hati yang begini, kita misti bersungguh-sungguh melawan hawa bafsu untuk melakukan amalan lahir dan batin (syariat dan hakikat).  Kedua-duanya akan saling kawal mengawal untuk mengangkat kita ke taraf taqwa.  Syariat dan hakikat mendidik dan memimpin kita menjadi seorang insan yang kamil yang mampu memenuhi keinginan dan keperluan fitrah semulajadi manusia secara suci lagi mulia.

Orang beginilah yang Allah maksudkan sebagai golongan as-saddiqin atau golongan al-ariffin.  Sifat mereka Allah  senaraikan dalam surah Al-Furqan ayat 63 hingga 74 seperti berikut . :-

وَعِبَادَالرَّحْمَنِ الـَّذِينَ يَمْشُونَ عَلىَ الْا َرْضِ هَوْ نـًا
وَإِذَا خَا طَبَهُمُ الْجَهِلـُونَ قـَالـُوا سَلـَمًا.(63)

“Dan hamba-hamba yang baik dari Tuhan Yang Maha Penyayang itu (ialah) orang-orang yang berjalan di atas muka bumi dengan rendah hati dan apabila orang jahil menyapa mereka,  mereka mengucapkan kata-kata  (yang mengandungi) keselamatan.”

وَالـَّذِينَ يـبِيتُونَ لـِرَ بِّهِمْ سُجَّدًاوَقـِيَمًا. (64)

“Dan orang-orang yang melalui malam hari dengan bersujud dan berdiri untuk Tuhan mereka (orang-orang yang sembahyang tahajjud di malam hari semata-mata kerana Allah).”

وَالـَّذِينَ يَقُولـُونَ رَبـَّنـَا اصْرِفْ عَـنـَّا عـَذَابَ
جَهَنـَّمَ إِنَّ عـَذَا بَهـَا كـَانَ غـَرَامـًا (65).

“Dan orang-orang yang berkata : “Ya Tuhan kami, jauhkan azab jahanam dari kami.  Sesungguhnya azabnya itu adalah kebinasaan yang kekal.”

إِنَّهـَـا سـَـآءَتْ مُسْتـَقـَرا وَمُقـَـا مـًا.  (66)

“Sesungguhnya jahanam (neraka) itu seburuk-buruk tempat menetap dan tempat kediaman.”


وَالـَّذِينَ إِذَا أ َنْفِـقُـوْا لـَمْ  يُسْرِ فـُوْا وَلـَمْ يـَقـْتـُرُوْا
وَكـَـانَ بَيـْنَ ذّلـِـكَ قـَوَامـًـا.  (67)

“Dan orang-orang yang apabila membelanjakan (harta) mereka tidak berlebih-lebihan dan tidak (pula) kikir, dan adalah (perbelanjaan itu) di tengah-tengah antara yang demikian."  

وَالـَّذِينَ لَا يَدْعُونَ مَعَ اللهِ إِلـَهًا ءَاخَرَ
 وَلَا يَقـْتُلـُونَ النـَّفْـسَ الـَّتِى حَرَّمَ اللهُ
إِلا َّبِالـْحَقِّ وَلَا يَزْنُونَ ج وَمَنْ يَفْعَلْ
ذَلِـكَ يَلـْقَ أ َثـَا مـًـا ج.(68)
“Dan orang-orang yang tidak menyembah yang lain beserta Allah dan tidak membunuh jiwa yang diharamkan Allah (membunuhnya) kecuali dengan (alasan) yang benar dan tidak berzina.  Barangsiapa yang melakukan yang demikian itu nescaya dia mendapati pembalasan dosanya.”

يُضَعِفْ لَهُ الـْعَذَابُ يَوْمَ الـْقِيَمَةِ
 وَيَخْلـُدْ فِيهِ مُهَا نـًا. (69)

“Yakni akan dilipatgandakan azab untuknya pada hari kiamat dan dia akan kekal dalam azab itu dalam keadaan terhina.”

إِلا َّمَنْ تَابَ وَءَامَنَ وَعَمِلَ عَمَلا ً صَلِحًا
فـَأ ُ وْلـَءِـكَ يُبَدِّلُ اللهُ سَيـِّءـَاتِهِمْ
 حَسَنَتٍ وَكـَانَ اللهُ غَـفُورًارَّحِيمـًا.(70)

“Kecuali orang-orang yang bertaubat, beriman dan mengerjakan amal soleh, kejahatan mereka Allah gantikan dengan kebajikan.  Dan Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.”


وَمَنْ تَابَ وَعَمِلَ صَلِحًا فـَإِ نـَّهُ
يَتُوبُ إِلىَ اللهِ مِتَابـًا. (71)

“Dan orang-orang yang  bertaubat dan mengerjakan amal soleh maka sesungguhnya mereka bertaubat kepada Allah dengan taubat yang sebenar-benarnya.”

وَالـَّذِينَ لَا يَشْهَدُونَ الزُّورَ وَإِذَا مَرُّوا
بِالـَّلغْوِ مَرُّوْاكِرَامًا.  (72)
“Dan orang-orang yang tidak memberikan persaksian palsu dan apabila mereka bertemu dengan (orang-orang) yang mengerjakan perbuatan-perbuatan yang tidak berfaedah, mereka lalui (sahaja) dengan menjaga kehormatan dirinya.”

وَالـَّذِينَ إِذ َاذ ُكـِّرُوا بِـءَـا يَتِ رَبِّهِمْ لـَمْ يَخِرُّوا
عَلـَيْهَا صُمًّا وَعُمْيـَا نـًا.   (73)
“Dan orang-orang yang apabila diberi ingatan dengan ayat-ayat Tuhan mereka tidaklah menghadapinya sebagai orang-orang yang tuli dan buta.”

وَالـَّذِينَ يَقُولـُونَ رَبَّنـَا هَبْ لـَنَا مِنْ أَزْوَجِنَا وَذ ُرِّيَتِنـَا
 قُـرَّةَ أ َعْيُنٍ ج  وَاجْعَلـْنَا لِلـْمُتـَّقِينَ إِمَامًا.(74)

“Dan orang-orang yang berkata: “ Ya Tuhan kami, anugerahkanlah kami isteri-isteri kami dan keturunan kami sebagai penyenang hati (kami) dan jadikanlah kami imam bagi orang-orang yang bertaqwa.”


Merekalah orang-orang yang bertaqwa yang akan memperolehi ketenangan hidup di dunia dan di akhirat.  Tempat untuk kita mempelajari dan mencontohi kehidupan yang berbahagia ini ialah kehidupan “salafussoleh”.



Mereka telah menjalani suatu kehidupan yang menerima dan mengamalkan sepenuhnya kehendak syariat dan hakikat.  Dan hasilnya mereka (salafussoleh) menjadi orang-orang yang bahagia lagi membahagiakan orang lain.

Sejarah 15 abad yang silam memberitahu kepada kita bahawa tiga-per empat dunia menjadi tenang, aman dan damai di bawah pentadbiran mereka.  Dan kawan mahupun lawan terasa selamat berada dalam kekuasaan mereka.

Demikianlah ini satu kenyataan bahawa kiranya manusia patuh menjalani syariat lahir dan batin, selamat dan berbahagialah mereka di dunia dan akhirat.

Firman Allah s.w.t. :-

وَعَدَ اللهُ الـَّذِينَ ءَامَنُوْا مِنْكُمْ وَعَمِلـُوا الصَّلِحَتِ لـَيَسْتَخْلِفـَنـَّهُمْ
فِى الْأ َرْضِ كَمَا اسْتَخْلـَفَ الـَّذِيْنَ مِنْ قـَبْلِهِمْ وَلـَيُمَكـِّنَنَ لـَهُمْ
 دِينَهُمُ الـَّذِىْ اَرْتَضَى لـَهُمْ وَلـَيُبـَدِّ لـَهُمْ مِّنْ بَعـْدِ خَوْ فِهِمْ أ َمْنَا
 يَعْبُدُونَنِى لَايُشْرِكُونَ بِى شَيـْءـًا ج  وَمنْ كـَفَرَ بَعـْدَ ذ َلِكَ فـَأ ُوْلـَءِكَ هـُم ُ الـْفـَسِقُونَ . (النور-اية 55)

“Dan Allah telah berjanji kepada orang-orang yang beriman di antara kamu dan mengerjakan amal soleh bahawa Dia sungguh-sungguh akan menjadikan mereka berkuasa di bumi sebagaimana Dia akan meneguhkan bagi mereka agama yang telah diredhaiNya untuk mereka dan Dia benar-benar akan menukar (keadaan) mereka sesudah mereka berada dalam ketakutan menjadi aman sentosa.   Mereka tetap menyembah-Ku dengan tidak mempersekutukan  sesuatu apa pun dengan Aku.  Dan barangsiapa (tetap) kafir sesudah (janji) itu, maka mereka itulah orang-orang fasik.” (An-Nur: ayat 55).

Sekian  dahulu dalam bab ini dan penulis akan menyambung lagi dalam masa yang terdekat.  Sehingga itu diucapkan:

Wassala mualaikum warahmatulla hiwabarakatuh….!


 --------------------------oooooooooooooooooo-------------------------------








Monday 20 August 2012

Tunjukkan ke Jalan Yang Lurus.










Tunjukkan ke Jalan Yang Lurus.
Pengisian terbaik di dalam kehidupan yang mempunyai kesempurnaan akal fikiran adalah dengan memperseimbang di antara “Keperluan”  dengan “Kemampuan.” Maksudnya, dari keperluan yang amat sangat baru digunakan kemampuan yang ada.  Maka terpeliharalah hidup di dalam keadaan kesederhanaan yang dituntut Islam kepada penganutnya.
Memperseimbang sedemikian amatlah sukar untuk dilaksanakan,  kerana tuntutan nafsu mendahului kemunculan  kematangan akal fikiran manusia.  Justeru, wujudnya apa yang dikatakan “Jalan yang Lurus” yang sering di mohon  kepada Allah s.w.t. melalui pembacaan Surah Al-Fatihah di ayat 6 bermaksud “ Tunjukkan kami jalan yang lurus.”  Kiasannya. Sekkiranya dfikatakan jalan semesti ada permukaan atau permulaana jalantersebut dan ada pula akhirnya (garis penamat).

Keinsafan  - Adalah permukaan jalan yang lurus.
Kematian – Penamat jalan tersebut.

Firman Allah dalam Surah Al Fath ayat 2 :- ( 511)

لـِّيَغْفِرَ لـَكَ اللهُ مَاتـَقَدَّمَ مِن ذَنْبِكَ وَمَا تَأْ  خـَّيرَ وَيُتِمَّ نِعْمَتَهُ, عَلـَيْكَ وَيَهْدِيَكَ صِرَطـًا مُّسْتـَقـِيْمـًا (2)
Supaya Allah memberi ampunan kepada mu terhadap dosa mu yang telah lalu dan yang akan datang serta menyempurnakan nikmat-Nya atas mu dan memimpin kamu kepada jalan yang lurus.”

Apabila merasakan keinsafan diri, bererti sudah meletakkan diri dengan sendiri di permukaan "jalan yang lurus", untuk melangkah berjalan semestinya ada persediaan ilmu pengenalan diri atau dengan erti kata lain berkenalan dengan diri sendiri, supaya beroleh kelembutan hati untuk menerima petunjuk jalan yang benar melalui Al-Quran dan Hadis Rasulullah s.a.w.  Sekiranya tiada persediaan tersebut manusia mudah disesatkan oleh iblis melalui tunggangannya ke atas nafsu sendiri. Kehebatan dan canggihnya tipu daya iblis amat mengelirukan.

Contohnya    ;  Lima perkara dalam Rukun Islam.
Pertama.

Mengucap Dua Kalimah Syahadah.

Apakah ucapan yang dilafazkan sama dengan pelaksanaan yang dilakukan bagi amalan hidup seharian secara Islam yang sebenarnya. Menunduk kepada semua perintah-Nya?, dalam barisan pengikut Nabi pesuruh Allah dengan menghayati hadis dan mematuhi sunahnya?.

Kedua.

Mendirikan Solat Fardu.

Solat itu merupakan pesanan kepada diri sendiri, sebagai manusia yang dikatakan lemah sering berpenyakit lupa atau lalai, terutama kepada yang tidak menampakkan faedahnya atau mudaratnya, seperti faedah pahala menunaikan solat atau mudaratnya dosa bila meninggalkan ibadat solat itu.  Dengan pesanan dalam sehari lima kali difardukan (solat) tidak mudahlah dilupakan atau dilalaikan oleh syaitan dengan menunggangi nafsu untuk memesongkan ketaatan kepada Allah s.w.t.

Ketiga.

Menunaikan Puasa Di Bulan Ramadhan.

Menunaikan puasa di bulan Ramadhan, bererti memperpuasakan diri sepanjang hayat dengan mensyukuri rahmat-Nya dalam usaha mencari lagi (bererti kekurangan).  Berilmu hendaklah sentiasa meanggap diri di dalam kejahilan.  Rezeki yang dikurniakan hendaklah merasakan di dalam kelaparan. Bebanan hati bersimpati kepada manusia yang miskin di seluruh pelusok dunia ini, terutama kepada saudara-saudara Islam.

Keeampat:

Menunaikan Zakat.
Tentang pembayaran  zakat yang diwajibkan ke atas umat Islam yang mampu.  Dipergunakan istilah beramal dengan ikhlas, sumber keikhlasan itu adalah dengan tidak menunjuk-nunjuk atau riyak.  Cara menyembunyi  itu (ikhlas) digunakan dengan tidak melakukan amalan tersebut, lantaran sendiri menghumbankan diri ke jurang kesesatan seperti firman Allah s.w.t. dalam Surah Fusilat ayat 7 – iaitu ” ...orang-orang yang tidak menunaikan zakat, dan mereka kafir akan adanya (kehidupan) akhirat.”


Kelima.

Menunaikan Ibadat Haji.

Pengalaman semasa berada di Baitullah seperti latihan amali sebelum dihimpunkan  ke Padang Mahsyar yang pasti wujud.  Selesai mengerjakan ibadat haji hendaklah merasakan diri di berikan peluang seperti mati hidup kembali dengan penuh perasaan keinsafan, lalu menjalani hidup bertakwa dengan sebenar-benar takwa.  Perubahan diri yang buruk menjadi baik dan dari yang baik menjadi terbaik kepada yang bergelar haji atau hajjah. Disitilah mercu kejayaan  diri dilahirkan kembali dalam keadaan bersih setelah terkotor sebelumnya akibat kejahatan atau kelalaian.

Masalah 194

Bagaimana cara untuk menerbitkan keinsafan kepada diri sendiri untuk berada di permiukaan ”jalan yang lurus”?

Jawapan.

Hendaklah kita menanyai sendiri pada diri melalui ”Suara Hati ”. ”Siapalah Aku”?  Semakin banyak bertanya semakin terasa kekerdilan, kerendahan, keinsafan diri sendiri di  sisi Allah s.w.t., justeru terbitlah keinsafan itu, jika tiada perubahan bererti hidup yang terus bergelumang dengan kemungkaran adalah menurut ”Kata Hati.”

Masaalah. 195

Apakah bezanya antara ”Suara Hati” dengan ”Kata Hati” ?

Jawapan.
Bezanya adalah seperti berikut:

(1)    Suara Hati.
Terbit dari keikhlasan yang membawa kepada kebenaran setelah melalui proses akal yang sempurna dari fikiran yang sihat.

(2)    Kata Hati.
(3)    Lahir dari pada perasaan yang terdesak dan nafsu yang buas.


Contoh - Suara Hati:
1.    Parokok :
Sia-sia membazirkan wang untuk membiakkan penyakit dalam tubuh sendiri.

2.    Pejudi  :
 Bodohnya aku menggunakan masa hidup yang singkat ini dengan berkeadaan cemas dan berangan-angan.


3.    Penipu :
Sebenarnya perbuatan aku ini adalah mengundang keaiban diri aku sendiri.

Contoh:  Kata Hati.

(1).Perokok.
Bdergaya sambil menikmati kepuasan.

(2).Pejudi.
Cara mudah untuk mendapatkan kesenangan.

(3). Penipu.
Pintarnya aku berjaya membodohkan orang lain.

Apabila sudah memahami perbezaan antara ”Suara Hati” dengan”Kata Hati”,maka hendaklah pula menggunakan ”Mata Hati” untuk melihat perekara-perara yang ghaib kepunyaan Sallah s.w.t.

Apakah yang dikatakan mata hati itu?

Mata hati  berupaya melihat apa yang tidak dapat dilihat oleh kedua mata kasar, dengan menampaskkan perkara-perkara yang ghaib, terwujudlah keyakinan adanya yang ghaib itu di sisi Allah s.w.t.
Contohnya seperti berikut :
a.   Dosa
b.  Pahala
c.   Syurga
d.  Padang Mahsyar dan lain-lain lagi.

Bagaimana yang dikatakan hati itu?

Jawapan.

Hati merupakan segumpal daging warnanya hitam kemerahan di dalam tubuh manusia.  Pada zahirnya tiada kaitan langsaung untuk mempengaruhi kehidupan manusia itu, digunakan perkataan  hati menjadi perumpamaan menguasai kehidupan.
Firman Allah dalam Surah An-Nahl ayat 78 :

وَاللهُ أَخْرَجَكُمْ مِّنْ بُطُوْنِ أُمَّهَتِكُمْ لَا تَعْلـَمُونَ شَيْـءًـا وَجَعَلَ لـَكُمُ السَّمْعَ وَالْأَبْصَرَوَا لْأَفْـءِـدَة  لا لـَعَلـَّكُمْ تـَشْكُرُونَ. (78)
Bermaksud: “Dan Allah mengeluarkan kamu dari perut ibumu dalam keadaan tidak mengetahaui sesuatupun, dan Dia memberi kamu pendengaran, penglihatan dan Hati agar kamu bersyukur.”
                         (An-Nhl ayat 78)

Sekian dahulu, akan  menyambung  dalam siaran ini dalam masa tidak berapa lama lagi.

Wassala mualaikum.....

-----------------------------------oooooooooooooooo--------------------------