Tuesday 12 February 2013

Post 744 –Meletakkan dasar-dasar politik, ekonomi dan sosial.









Post 744 –Meletakkan dasar-dasar politik, ekonomi dan sosial.

Nabi Muhammad sebagai nabi yang dilantik menjadi Ketua Negara, tentu beliau menghadapi pelbagai persoalan hidup sehari-hari mesyarakat majmuk.  Tindakan beliau berusaha menegakkan hukum, masalah politik, masalah ekonomi dan hal-hal dalam bidang kemasyarakatan. Di antara perkara yang dapat menyelesaikan keranah-keranan yang dijangka akan berlaku Nabi Muhammad mengambil tindakan berikut :

1        Beliau berusaha menetapkan dan menegakkan hukum yang berkaitan dengan masalah-masalah khusus seperti undang-undang keluarga. Seterusnya,  amsalah-maslah umum (muamalah) seperti hubungan sosial.

2        Dalam masalah politik, Nabi Muhammad membangukan dasar-dasar siatem mesyuarat. Rundingan ini perlu bagi membuat keputusan-keputusan yang berkaitan dengan urusan awam.


3        Dalam bidang ekonomi, wujud satu siatem yang melarang eksploitasi dan monopoli.

4        Dalam bidang kemasyarakatan, Nabi Muhammad mewujudkan dasar-asar sistem sosial seperti persaudaran (al-ukhuwawah), persamaaan (al-musaawah), teleransi (al-tasamuh), musyawarah) (al-musyawarah) dan kerjasama (al-muawanah).

Dasar-dasar atau prinsip-prinsip diambil daripada wahyu Allah dan hadis-hadis nabi sendiri sebagai seorang Rasul yang diberi tanggungjawab bagi membuat undang-undang serta mentafsirkan wahyu Allah.
Sekian dahulu dan bersabung akan datang...!

                         ---------------ooooo----------------

Post 743 -Kerjasama Penganut Bukan Islam (622 M)















Post 743  -Kerjasama Penganut Bukan Islam (622 M)

Kita lihat dari sejarah bahawa Nabi Muhammad amatlah bijak sekali, kerana apabila beliau tiba di Madinah, beliau diterima oleh semua masyarakat Madinah yang terdiri dari masyarakat majmuk. Kita misti berfikir bagaimana beliau boleh diterima oleh mereka yag  terdiri dari berbagai  suku-suku kaum dan agama. Sebabnya ialah bijak bertolak ansur, stratigi yang awal sebelum tiba dan membentuk satu paigam yang lengkap. Kita harus mengambil iktibar dari stratigi ini.

Masyarakat yang majmuk belum tentu cukup membangun apabila hanya didasarkan pada dominasi golongan agama sahaja. Oleh itu, Nabi Muhammad berusaha mendekatkan jurang hubungan sosial antara semua golongan yang ada di Madinah. Selepas Nabi Muhammad tiba di Madinah, penduduknya terdiri daripada tiga golongan iaitu Muslim, Yahudi (Bani Nadir dan Bani Quraizah) dan lain-lain.

Golongan-golongan ini disatukan dalam satu bentuk kerjasama bagi membangunkan kepentingan semua penduduk Madinah.  Suku tidak lagi menyerang suku-suku yang lain sebaliknya mereka bersatu dalam menghadapi ancaman musuh-musuh dari luar Madinah. Bagi mencapai tujuan itu, nabi Muhammad menubuhkan satu piagam yang disebut Piagam Madinah.  Isi-isi penting dalam Piagam Madinah  antara lain isinya seperti berikut:

1.   Seluruh masyarakat menandatangani piagam bersatu membentuk satu kesatuan kebangssan.

2.   Apabila salah satu suku yang turut menandatangani piagam ini diserang oleh musuh, suku yang lain perlu membelanya dengan kekuatan gabungan.


3.   Tidak ada satu suku pun dibenarkan mengadakan persepakatan dengan kafir Quraisy, memberikan perlindungan kepada mereka atau membantu mereka mengadakan penentangan ke atas rakyat Madinah.

4.   Orang Islam, Yahudi dan seluruh warga Madinah yang lain bebas memeluk agama dan kepercayaan masing-masing. Mereka dijamin kebebasannya dalam menjalankan ibadat sesuai dengan agama dan kepercayaan masing-masing.  Tidak seseorangpun boleh mencampuri urusan agama lain.


5.   Urusan peribadi sama ada perseorangan ataupun perkara-perkara kecil kelompok bukan Muslim tidak perlu melibatkan pihak-pihak lain secara keseluruhan.

6.   Semua bentuk penindasan dilarang.


7.   Mulai hari ini, segala bentuk pertumpahan darah, pembunuhan dan penganiayaan diharamkan di seluruh negeri Madinah.

8.   Nabi Muhammad, sebagai utusan Tuhan, menjadi ketua Republik Islam Madinah dan memegang kuasa pengadilan tertinggi.
Piagam ini disusun pertama kalam dalam sejarah.  Ia mendahului paigam-piagam lain yang pernah disusun dalam serjarah sesuatu bangsa. Ini adalah undang-undang bertulis pertama yang menyusun dasar-dasar kuasa yang dibangunkan secara bersama atau melibatkan semua komponen rakyat.

Dari sudut lain, piagam ini menunjukkan Nabi Muhammad bukan sahaja sebagai ketua agama di Makkah tetapi juga di Madinah. Ini jelas menunjukkan Nabi Muhammad membebntuk sebuah negara yang didukung oleh seluruh komponen masyarakat serta penglibatan mereka secara aktif.  Dengan kata laibn, beliau menawarkan konsep negara yang pluralistik.

Sekian dahulu, bersambung akan datang...!


                  ------------------------ooooo------------------------

Saturday 9 February 2013

Post 742 - KERJAKANLAH AMALAN-AMALAN SOLEH















Post 742 - KERJAKANLAH  AMALAN-AMALAN  SOLEH

1.Amalan-Amalan  Soleh

Setelah kita sedarkan diri kita yang telah banyak melakukan dosa-dosa semasa dahulu kita telah melakukan taubat nasuha iaitu taubat yang tidak aka melakukan dosa-dosa lagi masa hari ini dan akan datang, maka kita melakukan amalan-amalan soleh untuk kita menemui Allah s.w.t. di akhirat nanti seperti firtman Allah s.w.t. :-
فَمَنْ كَانَ يَرْجُوْا لـِقـَا~ ءَرَبِّهِ فـَلـْيَعْمَلْ عَمَلًا صَالِحًا
وَلَايُشـْرِكْ بِعِبـَادَةِ رَبـِّهِ اَحـَدًا.(الكهف"110)
” Barangsiapa mengharapkan perjumpaan dengan Tuhannya maka hendaklah ia mengerjakan amalam-amalan yang soleh dan janganlah ia menyengutukan  sesiapan pun dalam beribadat kepad Tuhannya.
                                                                                  (Al-Kahfi ayat 110).
3... Tidak lagi melakukan perkara maksiat.  

 Apabila kita mengerjakan amalan-amalan soleh itu maka kita tidak lagi meninggalkan solat-solat wajib, dan melakukannya tepat pada waktunya, tidak tertangguh-tangguh lagi, kita menunaikan Haji dan Umrah apabila mampu, tidak lagi melakukan apa-apa maksiat, seperti berbohong, minum arak, berzina, memakan wang riba, kita sentiasa rela bersedekah, kita tidak menanyai anak-anak yatim, kita hadir ceramah agama, kita menuntut menambah lagi ilmu-ilmu agama, kita sentiasa hadir berjemaah solat di masjid, kita selalu mengerjakan segala yang sunat-sunat seperti puasa di bulan Rejab, Syaaban.
 Dan kita tidak  meninggal Puasa  Wajib di bulan  Ramadan puasa di bulan Syawal, dan  kita bangun  di tengah-tengah malam mengerjakan solat-solat Tahajud, solat  Tasbih, solat Taubat, solat Hajat dan Solat Witir  solat Duha, solat Al-Ishraq di pagi hari.  Kita tidak  mensyirikkan  Allah SWT  dan tidak menyembah selain dari Allah, kita tidak menyembah manusia (yakni takut pada manusia dari takut pada Allah).

 Kita menghormati jiran tetangga kita, menziarahi sanak saudara, menziarahi orang sakit dalam kariah kita, menghadiri jemputan kenduri, kita beri derma dan bantuan pada yang daif dan miskin. Kita amalkan  amanah, tidak menipu dan putar belit, kita membuat tugas apa yang di beri tanggung  jawab pada kita dengan rajin dan ikhlas, kita menetapi segala  janji-janji kita sesama Islam, kita menjual barangan dengan tidak menipu atau berselindung yang buruk agar melaris barangan kita dan banyak lagi yang menjadi perkara yang munkar.

Kita menjauhi dari mengumpat, kita tidak amalkan sifat takbur dan riak serta besarkan diri, kita tidak berkata-kata yang tidak memberi  manfaat, kita banyakan  sabar, kita tidak bergaduh sesama Islam, kita tidak bermasam muka tidak tegur menegur sesama Islam, kita tidak menyombong diri sesama manusia, kita tidak bakhil diri untuk berbelanja pada hal-hal keagamaan dan kebajikan, kita  tidak mementingkan diri sendiri, kita tidak langsung mementingkan hal-hal kebendaan dan sebagainya lagi.

Melazimkan Qanaah dan Meninggalkan Asraf.
Barangsiapa yang ingin beranal soleh, wara’ dan memelihara diri serta memilih hanya yang halal semata-mata, maka hendaklah ia bersifat qanaah (memadai dengan yang  ada) dari harta benda dunia, dan hendaklah cenderung kepada yang sedikit daripadanya, tidak asraf iaitu bersifat boros, tidak berlebih-lebihan dan terlampau mencintai syahawatnya

3..  Qiamullail – Sembahyang Malam

Jika ditinjau latar belakang kehidupan para auliya’ dan ulama’ terbilang, maka kita dapati bahawa amalan Qiamullail ini merupakan satu amalan yang tidak pernah diabaikan dalam apa jua keadaan sekalipun.  Oleh kerana itu sebagai umat Muhammad yang menjadikan Rasulullah  itu sebagai Qudwuh Hasanah, maka sudah sewajarnya kita perlu mengetahui apakah  jenis-jenis sembahyang malam, kelebihan-kelebihan dan kaedah-kaedahnya supaya kita dapat mengamalkannya dengan sempurna.  Amalan ini merupakan sebagai tamrin untuk membina insan yang bermoral, insan yang beristiqamah, insan kamil dan insan yang bertaqwa kepada Allah s.w.t.
Firman allah s.w.t.:-
مَنْ عَـمِلَ صَلِحًا مِّن ذَ كَر ٍ أ َوْ أ ُنـْثَى وَهُـوَ مِؤْ مـِنٌ            فـَلـَــَنـُحْـيِــِنـيَـنَّـه ُ حَـيَـوة ً طَيِّـبَة ً ج  وَلَـنَجْـز ِيـَنَّهُمْ اَ جْرَ  هـُمْ  بـِـإ حـْسَنِ ِ مَا كَا نُوْا يَعْمَلُونَ.    (النخل 97)
        Barang siapa mengerjakan kebaikan, baik laki-laki atau perempuan sedang ia beriman, nescaya Kami hidupkan dia dengan kehidupan yang baik, dan Kami  balas  mereka dengan pahala yang terlebih baik dari apa yang telah mereka amalkan.                            (An-Nakhl ayat 97)

4.. Fadhilat Qiamullail.
Keutamaan sembahyang malam itu berdasarkan perintah Allah s.w.t. sendiri kepada Rasulullah s.aw. agar melakukan sembahyang di waktu malam sebagaimana firman Nya:-
وَمِنَ اللـَّيْلِ فَتَهَجَّدْ بِهِ نَا فِلَةً  لـَكَ عـَسَ أَ نْ يَبْعَثـَكَ رَبُّكَ مَقـَامًا مَحْمُوْدًا. (الاسرأ اية: 79)
“Dan bangunlah pada sebahagian dari waktu malam serta kerjakan sembahyang tahajud padanya sebagai sembahyang tambahan bagi mu, semoga Tuhan mu membangkit dan menempatkan (pada hari Akhirat) di tempat yang terpuji”
                                                                                 (Al-Isra’ ayat 79.)
Perintah ini meskipun sifatnya khusus untuk Rasulullah s.aw., tetapi seluruh umat Islam termasuk di dalamnya kerana mereka itu dianjurkan untuk mencontohi Rasulullah s.a.w.

  Dijelaskan oleh Allah bahawa orang-orang yang menjaga solat malam itulah sebenarnya yang berhak dan  layak menerima kebaikan serta rahmat Nya, sebagaimana firman Nya;-
إِنَّ الـْمُتـَّقِيْنَ فِىْ جَنـَّاتٍ وَعُيُوْنَ  آخِذِيْنَ مآ آتـَاهُمْ رَبُّهُمْ إِنَّهُمْ كـَانُوْا قـَبْلَ ذَلـِكَ مُحْسِنِيْنَ,  كـَا نُوْا قـَلِيْلاً مِنَ اللـَّيْلِ مَـا يَهْجَعُوْنَ,
 وَبِالْاَ سْحَارِهُمْ يَسْتـَغْفـِرُوْنَ.  (الذاريات اية 18).
“Sesungguhnya orang-orang yang bertakwa itu adalah ditempatkan di dalam beberapa taman syurga dan mata air-mata air terpancar daripadanya (keadaannya pula tidak bersikap sombong takbur).  Mereka selalu merenggang diri dari tempat tidur (sedikit sangat tidur kerana mengerjakan sembahyang tahajud dan amal-amal soleh), mereka sentiasa berdoa kepada Tuhan mereka dengan perasaan takut (akan kemurkaan Nya) serta dengan perasaan ingin memperoleh  lagi (keredaan Nya); dan mereka menderma bersedekah dari apa-apa yang Kami rezekikan  kepada mereka.  Maka tiada seseorang pun yang mengetahui satu persatu persediaan yang telah dirahsiakan untuk  mereka (dari segala jenis nikmat) yang amat indah dipandang dan menggembirakan, sebagai balasan bagi amal-amal soleh yang mereka telah kerjakan.”(Al-Zariat ayat 18)

5.. Orang Yang Berbakti Pada Allah.

Mereka yang berbakti kepada Allah distemiwakan oleh Allah s.w.t dari orang-orang yang tidak melakukannya sebagaimana firman Allahs.w.t. :-

أَمَّ نْ هُوَ قـَانِتٌ آنَاءَ اللـَّيْلِ سَاجَدً وَقَاءِـمًا يَحْذُرُ الْآ خِرَةَ وَيَرْجُوْا رَحْمَةَ رَبِّهِ قـُلْ هَلْ يَسْتَوِى الـَّذِيْنَ يَعْلَمُوْنَ وَالـَّذِيْنَ لآ يَعْلَمُوْنَ اِنَّمَا يَتَذَكَّرُ ا ُولُوْا الْاَلـْبَابِ.   (الزمر: اَية 9)
“Adakah orang yang berbakti pada Allah di waktu malam, bersujud serta berdiri dan takut pada seksa hari Akhirat dan mengharap rahmat Tuhannya itu akan sama dengan orang yang tidak demikian, katakanlah adakah sama orang yang mengerti dan orang yang tidak mengerti?  Sesunguhnya orang-orang yang dapat mengambil pengajaran dan peringatan ini hanyalah orang-orang yang berakal sempurna.                  (Al-Zumnat ayat 9)

Demikianlah beberapa ayat Al-Quran yang menghuraikan betapa besarnya keutamaan solat malan itu.  Dalam demikian Rasulullah s.a.w. juga telah bersabda supaya kita melakukam solat malam iaitu:-

أَيُّهَا النـَّاسُ اَفـْشُوا السَّلَامَ, وَأَطـْعِمُوْا الطـَّعَامَ, وَصِلـُّوا الآرْحَامَ, وَصَلـُّوْا بِاللـَّيْلِ وَالنـَّاسُ نِيَامٌ, تـَدْخُلـُوْا الْجَنَّةَ بِسَلَامِ.
                              (رواه الحاكم وابن ماجه والترمزي)
“Wahai sekalian manusia, sebarkan  salam, berikanlah makanan, hubungilah  semua kerabat, bersembahyanglah  di waktu malam dikala orang-orang sedang tidur, pasti kamu semua akan masuk syurga dengan selamat sejahtera.      (HR Al-Hakim dan Ibnu Majjah dan Termizi.)
Sulaiman  bin Farsi berkata bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda”-

قَالَ رَسُوْلُ اللهِ صَلىَّ اللهِ عَلَيْه ِوَسَلـَّمَ:- عَلـَيْكُمْ بِقِيَامِ اللـَّيْلِ فَإِنَّهُ
دَأْ ْبُ الصَّالِحِيْنَ قَبْـلـَكُم ,وَمَقْرَبَة ٌ لـَكُمْ اِلىَ رَبِّكُمْ, وَمَكْفِرَةٌ  لـِلسَّيَـءَـاتِ وَمَنْهَاةٌ  عـَنِ الْإِثـْمِ, وَمطـْرَدَةٌ  لِلـدَّاءِ عَنِ الـْجَسَدِ.

Salman Farsi berkata:- Rasulullah s.a.w. bersabda: ”Kerjaknlah solat malam, sebab itu adalah kebiasaan orang-orang soleh dahulu sebelum daripada kamu, juga satu jalan untuk mendekatkan diri kepada Tuhan, juga sebagai penebus keburukan-keburukan kamu, pencegah dosa serta dapat menghilangkan penyakit dari bhadan.”

6..TERTIB  MENGERJAKAN  SOLAT-SOLAT MALAM. 

Seseorang yang hendak melakukan solat malam itu disunatkan semasa hendak tidur hendaklah berniat bangun untuk bersembahyang.  Dari  Abu Darda  r.a bahawa Nabi Muhammad s.a.w. bersabda:-

Bermaksud: ”barangsiapa yang hendak tidur dan berniat hendak bangun bersembahyang malam, kemudian terlanjur terus tertidur hingga pagi, maka dicatatlah niatnya itu sebagai satu pahala, sedang tidurnya itu dianggap kurnia Tuhan yang diberikan padanya.” (Diriwayatkan oleh Nasa’i dan Ibnu Majah dengan sanad yang sahih).

Sebaik-baik solat itu dimulai dengan mengerjakan dua rakaat yang ringan (solat Tahajjud) dan selanjutnya bolehlah bersambubng sesuka hati. Rasulullah s.a.w.bersabda:
Bermaksud: ”Apabila salah seorang di antara kamu bangun hendak mengerjakan sembahyang malam hendaklah mulai dengan dua rakaat yang rngan”. (HR Bukhari dan Muslim) 

Hendaklah membangunkan pula keluarganya untuk mengerjakan sembahyang malam. Sabda Rsulullah s.a.w:-

Bermaksud: ”Allah memberikan rahmat kepada seseorang lelaki yang bangun malam untuk bersembahyang malam lalu membangunkan pula isterinya dan apabila isterinya menolak lalu dipercikkan air di mukanya. Allah juga memberi rahmatNya kepada seseorang perempuan yang bangun malam untuk bersembahyang lalu membangunkan pula suaminya dan apabila suaminya itu menolak lalu dipercikkan air di mukanya.” (HR Abu Daud).

7.. WAKTU YANG PALING UTAMA.

Solat malam itu dapat dikerjakan di permulaan malam, pertengahan malam, atau di penghabisan malam, asalkan sesudah menunaikan solat Isyak.
Sebaik-baik waktu untuk melakukan solat malam itu ialah sepertiga malam yang akhir iaitu di antra jam 3.00 hingga jam 6.00 pagi.
8..   Orang Mukmin yang sempurna imannya.

Firman Allah s.w.t.  dalam Al-Quran, surah Al-Anfal ayat 2 ke 4 seperti berikiut:
إِنَّمَا الـْمُؤْ مِنُوْنَ الـَّذِيْنَ إِذَا ذُكـِرَ اللهُ وَجِلـَتْ قـُلـُوْ بُهُمْ وَاِذَا تـُلِيَتْ عَلـَيْهـِمْ ايَا تـُهُ زَادَتُهُمْ اِيْمَا نـًا وَعَلىَ رَبِّهـِمْ يَتـَوَكَّلـُوْنَ.  الـَّذِيْنَ يُقـِيْمُوْنَ الصَّلَاةَ وَمِمَّا رَزَقـْنَا هُمْ يـُنْفـِقـُوْنَ.  أ ُلـَءِـكَ هُمُ الـْمُؤْ مِنُوْنَ حَقـًّا لـَهُمْ دَرَجـَا تٌ عـِنـْدَ رَبِّهِمْ وَمَغـْفِرَةٌ وَرِزْقٌ كَرِيْمٌ
        Ertinya:
Hanyasanya orang-orang mukmin yang sempurna imannya itu adalah mereka yang apabila disebutkan nama Allah, menjadi takutlah hati mereka, dan apabila dibacakan atas mereka akan ayat-ayat Nya, hal tersebut menjadikan iman mereka semakin bertambah-tambah, dan mereka yang mendirikan sembahyang, dan membelanjakan sebahagian dari pada yang Kami kurniakan rezeki kepada mereka.  Mereka itulah orang-orang yang sungguh-sungguh sempurna iman mereka. Bagi mereka itu darjat disisi Tuhan mereka ampunan, dan rezeki yang mulia. (Al-anfal ayat 2-4)
9.. Melakukan Sedekah Jariah
     Firman Allah s.w.t dalam SurahAl-Baqarah ayat  254.
يَاَ يُّهَا الـَّذِيْنَ آمَنُوْا اَنـْفِقـُوْا مِمَّارَذَ قـْنَكُمْ مِنْ قـَبْلِ اَنْ يّأْ تِيَ
 يَوْمٌ لَّا بَيْعٌ  فِـيْـهِ وَلَاخُلَّـة ٌ وَلَا شَفـَا عـَة ٌ وَالـْكَفـِرُوْنَ
هـُمُ الظـَّلِمُوْنَ.
        Bermaksud   “Hai orang-orang yang breriman, nafkahkanlah sebahagian rezeki yang Kami anugerahkan  kepada mu, sebelum tiba hari yang tak ada jual beli hari itu, tak ada persehabatan  dan tak ada pertolongan,  (yakni hari kiamat).  Orang-orang kafir itu adalah orang-orang inanya.”
             (Al-Baqarah ayat 254)

10.. Kesimpulan:

Beriman soleh dimasukkan ke syurga.
Fitrman Allah s.w.t. :
وَمَنْ يُـؤْ مِنُ بـِاللهِ وَيَعْمـَلْ صَـلِحًـا يـُدْ خـِلْـهُ جـَنـَّت ٍ
تـجْر ِ مـنْ تـَحْـتـِهـَا الأ َنـْهـَرُ خـَلِدِينَ فِيهـَآ أ َبَدًا.
قـَدْ أ َحْسـَن َ اللهُ لـَهُ رِزْقـًا. (11)

Bermaksud:
Barang siapa yang beriman kepada Allah dan beramal soleh, dimasukkan Allah ke dalam syurga, yang mengalir air sungai di bawahnya, serta kekal mereka di dalamnya selama-lamanya.  Sungguh Allah memberi kebaikan rezeki untuk mereka
                                  (At-Thalaq ayat 11)

Sekian dahulu  ”Santapan  Rohani” untuk renungan kita bersama.

             -----------------ooooooooooooo-----------------