Saturday 23 March 2013

Pos 746 - Kesah Orang Bakhil








Pos 746 - Kesah Orang Bakhil 






Pendahuluan.

Firman Allah s.w.t. di dalam al-Quran Surah Al-Qashash ayat 76- 82 yang bermaksud:

Ayat 76 – Sesungguhnya Qarun adalah salah seorang dari kaum Nabi Musa (bangsa Israil), kemudian ia aniaya kepada bangsanya. Telah Kami berikan kepadanya harta benda yang banyak, sehingga anak-anak kunci gudang-gudangnya amat berat dipikul oleh orang banyak yang kuat-kuat. Ketika kaumnya berkata kepadanya – Janganlah engkau terlalu bersuka ria, kerana Allah tidak mengasihi orang-orang yang sangat bersukaria itu.

Ayat 77. Hendaklah tuntut kampung akhirat dengan (kekayaan) yang diberikan Allah kepada engkau dan janganlah engkau lupakan bahagian (nasib) engkau dari dunia, dan berbuat baiklah (kepada manusia), sebagaimana Allah berbuat baik kepada engkau dan janganlah engkau berbuat bencana di muka bumi. Sesungguhnya Allah tiada mengasihi orang-orang yang memperbuat bencana itu.

Ayat 78. Qarun berkata: Aku memperoleh harta benda itu, adalah dengan ilmu pengetahuanku sendiri. Tiadakah ia tahu, bahawa Allah telah membinasakan di atrara umnat-umat yang sebelumnya orang-orang yang sangat kuat dari padanya dan lebih banyak mengumpulkan (harta). Tiada (perlu) diperiksa orang-orang yang berdosa tentang dosa-dosa yang diperbuatnya, (kerana telah maklum oleh Allah).

Ayat 79. Kemudian Qarun keluar kepada kaumnya dengan (memakai) perhiasannya. Berkata orang-orang yang menghendaki hidup di dunia: Hai kiranya, untuk kami seumpama (kekayaan) Yang didapat Qarun itu, sungguh dia mempunyai untung yang besar.

Ayat 80. Beerkata orang-orang yang berilamu pengetahuan: Celakalah kamu, pahala Allah terlebih baik untuk orang yang beriman dan ber’amal salih, tetapi tiadalah yang memperolehnya, melainkan orang-orang yang sabar.

Ayat 81. Kamudianh Kami benamkan Qarun itu berserta rumah-tangganya ke dalam bumi. Maka tak adalah satu kaum yang menolongnya, selain dari pada Allah, sedang dia tidak mendapat pertolongan.

Ayat 82. Orang-orang yang bercita-cita kemarin, supaya setempat dengan Qarun berkata: Ajaib, seolah-olah Allah melapangkan rezeki bagi siapa yang dikehendakiNya di antara hamba-hambaNya dan menyempitkannya. Jikalau tiadalah Allah memberi kurnia kepada kami, niscaya Allah membenamkan kami pula. Ajaib, kerana sesungguhnya tiada menang orang-orang kafir itu.

Ulasan.

Dari apa yang di terangkan oleh al-Quran akibatnya mereka yang sombong, bongak dan bakhil, maka itulah balasannya. Pada hari ini tiadalah hairan sekali, peristiwa Tsunami masih teringat oleh kita sekalian, itulah balasannya kepada mereka yang berkenaan.

Semoga akan menjadi ingatan dan tauladan kepada mereka yang bersangkutan itu.

Sekian. Wassala mulaikum..........!


----------------OOOO----------- 
 


Pos 747 - BERBUAT KEBAIKAN







                         Pelajar Tingkatan 5 mengecat pagar masjid - mereka membuat kebaikan.



Pos 747 - BERBUAT KEBAIKAN



Segala pujian bagi Allah s.w.t. Tuhan yang mencipta segala kejadian. Selawat dan salam ke atas Junjungan Besar Nabi Muhammad s.a.w. serta keluarga dan sahabat-sahatnya sekalian.

Allah mengasihi orang-orang yang berbuat baik.

Surah Ali-Imran, Ayat 134.

اَلـَّذِينَ يُنْفِقُونَ فِى السَّرَاءِ وَالضَّبرَاءِ وَالـَكَظِمِينَ

 الـَغَيْظَ والـْعَافِينَ عَنِ النَّاسِ ج وَاللهُ يُحِبُّ الـْمُحْسِنِينَ.

“Iaitu orang-orang yang membelanjakan harta-hartanya semasa senang dan susah, orang-orang yang sabar menahan marah, dan orang-orang yang pemaaf terhadap kesalahan manusia, Allah mengasihi orang-orang yang berbuat kebaikan itu.”
                                                                (Ali-Imran ayat 134)

.
Firman allah s.sw.t :-.

مَنْ عَـمِلَ صَلِحًا مِّن ذَ كَر ٍ أ َوْ أ ُنـْثَى وَهُـوَ مِؤْ مـِنٌ            فـَلـَــَنـُحْـيِــِنـيَـنَّـه ُ حَـيَـوة ً طَيِّـبَة ً ج  وَلَـنَجْـز ِيـَنَّهُمْ اَ َجْرَ 
هـُمْ  بـِـإ حـْسَنِ ِ مَا كَا نُوْا يَعْمَلُونَ.
(النخل 97)
Brangsiapa mengerjakan kebaikan, baik laki-laki atau perempuan sedang ia beriman, nescaya Kami hidupkan dia dengan kehidupan   yang baik, dan Kami balasi mereka dengan pahala yang terlebih baik dari apa yang telah mereka amalkan.     (An-Nakhl  ayat 97)

Firman allahs.w.t. :-
وَمَنْ يُـؤْ مِنُ بـِاللهِ وَيَعْمـَلْ صَـلِحًـا يـُدْ خـِلْـهُ جـَنـَّت ٍ تـجْر ِ مـنْ تـَحْـتـِهـَا الأ َنـْهـَرُ خـَلِدِينَ فِيهـَآ أ َبَد قـَدْ أ َحْسـَن َ اللهُ لـَهُ رِزْقـًا
Bermaksud:-
Barang siapa yang beriman kepada Allah dan beramal soleh, dimasukkan Allah ke dalam syurga, yang mengalir air sungai di bawahnya, serta kekal mereka di dalamnya selama-lamanya.  Sungguh Allah memberi kebaikan rezeki untuk mereka.                           (Al-Thalaq ayat 11)

.


Pos 700 -Perseimbangkan antara Keperluan dengan Kemampuan.
Pengisian terbaik di dalam kehidupan yang mempunyai kesempurnaan akal fikiran adalah  perseimbangkan di antara Keperluan dengan Kemampuan. Maksudnya, dari keperluan yang amat sangat baru digunakan kemampuan yang ada. Maka terpeliharalah hidup di dalam keadaan kesederhanaan yang dituntut oleh Islam kepada penganutnya.

Mengseimbang sedemikian amatlah sukar untuk dilaksanakan, kerana tuntutan nafsu mendahului kemunculan kematangan akal fikiran manusia. Justeru, wujudnya apa yang dikatakan Jalan yang Lurus,yang sering dimohonkan kepada Allah s.w.t. melalui pembacaan Surah Al-Fatihah di ayat 6 bermaksud "Tunjuklan kami jalan yang lurus". Kiasannya. Sekiranya dikatakan jalan semesti ada permukaan atau permulaan jalan tersebut dan ada pula akhirnya garis penamat.

Keinsafan - Adalah permukaan jalan yang lurus.

Kematian - Penamat jalan tersebut.

Firman Allahs.w.t. dalam Surah Al-Fat-H ayat 2 bermaksud:

"Supaya Allah memberi ampunan kepadamu terhadap dosamu yang telah lalu dan yang akan datang serta menyempurnakan nikmat-Nya atasmu dan memimpin kamu kepada jalan yang lurus"

Apabila merasakan keinsafan diri, bererti sudah meletakkan diri dengan sendiri di permukaan "jalan yang lurus", untuk melangkah berjalan semestinya ada persediaan ilmu pengenalan diri atau dengan ertikata lain berkenalan dengan diri sendiri, supaya beroleh kelembutan hati untuk menerima petunjuk jalan yang benar melalui Al-Quran dan Hadis Rasulullah s.a.w.

Sekiranya tiada persediaan tersebut manusia mudah disesatkan oleh iblis melalui tunggangannya ke atas nafsu sendiri. Kehebatan dan canggihnya tipu fdaya iblis amat mengelirukan.

Berbuat baik dengan isteri. Menjadi suami teladan.

Suami teladan iaitu suami yang selalu mengerjakan perintah Allah dan menjauhkan segala laranganNya. Ia selalau menjaga hubungan dengan isterinya serta melaksanakan tanggungjawab sesuai dengan kemampuannnya.

Ia selalu berterus terang dengan isterinya.  Jika ia mempunyai kekurangan-kekurangan dalam dirinya maka ia akan menyatakan hal tersebut kepada isteri yang disayanginya.

Sebaliknya jik ia mempunyai kelebihan dan pengalaman maka ia selalu akan membahagikan kelebihannya itu kepada isterinya.  Suami teladan adalah suami yang biuk, tidak mahu menyembuyikan sesuatu rahsia yang tiada disenangi oleh isteri.

Dalam menjalinkan hubungan dengflan isterinya,ia bersifat lemah lembut, menghargainya serta memuliakannya.  Firman Aah s.w.t. :


يَأَيُّهَا الـَّذِينَ ءَامَنُوْالآيَحِلُّ لـَكُمْ أَنْ تَرِثُوْا النِّسَآءَ كَرْهًا ج
وَلآتَعْضُلـُوهُنَّ لِتـَذْ هَبُوا بِبَعْضِ مَآءَاتَيْتُمُوهُنَّ إِلآّأ َنْ يَأ ْتِيْنَ
بِفَحِشَةٍ مُبَيـِّنَةٍ ج  وَعَاشِرُوهُنَّ بِالـْمَعْرُوفِ ج  فَإِنْ كَرِهْتُمُو
هُنَّ فَعَسَ~ أَنْ تَكْرَ هُوْا شَيْئًـا وَيَجْعَلَ اللهُ فِيهِ خَيْرًا كَثِيرًا.
                    (النســاء19)
”Dan bergaullah dengan mereka secara patut.  Kemudian bila kamu tidak menyukai mereka (maka bersabarlah) kerana mungkin kamu tidak menyuakai sesuatu.  Padahal Allah menjadikan padanya kebaikan yang banyak.”

Rasulullah s.a.w. merupakan contoh teladan yang harus kita ikuti.  Baginda telah menunjukkan pedoman-pedoman tersebut untuk umatnya.  Kerana baginda adalah orang yang melayani keluarganya dengan cara yang terbaik.  Sabda Rasulullah s.a.w :

”Sebaik-baik kamu adalah yang terbaik terhadap keluargnya, dan aku adalah yang terbaik daripada kamu terhadap keluarga ku.  Orang yang memuliakan kaum wanita adalah orang yang mulia, dan orang yang menghina kaum wanita adalah orang  yang tidak mempunyai budi pekerti.”    (HR Abu Asakir)

Allah mengasihi orang-orang yang berbuat baik.

Surah Ali-Imran, Ayat 134.

اَلـَّذِينَ يُنْفِقُونَ فِى السَّرَاءِ وَالضَّبرَاءِ وَالـَكَظِمِينَ

 الـَغَيْظَ والـْعَافِينَ عَنِ النَّاسِ ج وَاللهُ يُحِبُّ الـْمُحْسِنِينَ.

“Iaitu orang-orang yang membelanjakan harta-hartanya semasa senang dan susah, orang-orang yang sabar menahan marah, dan orang-orang yang pemaaf terhadap kesalahan manusia, Allah mengasihi orang-orang yang berbuat kebaikan itu.”
                                                                (Ali-Imran ayat 134)

.
Firman allah s.sw.t :-.

مَنْ عَـمِلَ صَلِحًا مِّن ذَ كَر ٍ أ َوْ أ ُنـْثَى وَهُـوَ مِؤْ مـِنٌ            فـَلـَــَنـُحْـيِــِنـيَـنَّـه ُ حَـيَـوة ً طَيِّـبَة ً ج  وَلَـنَجْـز ِيـَنَّهُمْ اَ َجْرَ 
هـُمْ  بـِـإ حـْسَنِ ِ مَا كَا نُوْا يَعْمَلُونَ.
(النخل 97)
Brangsiapa mengerjakan kebaikan, baik laki-laki atau perempuan sedang ia beriman, nescaya Kami hidupkan dia dengan kehidupan   yang baik, dan Kami balasi mereka dengan pahala yang terlebih baik dari apa yang telah mereka amalkan.     (An-Nakhl  ayat 97)

Firman allahs.w.t. :-
وَمَنْ يُـؤْ مِنُ بـِاللهِ وَيَعْمـَلْ صَـلِحًـا يـُدْ خـِلْـهُ جـَنـَّت ٍ تـجْر ِ مـنْ تـَحْـتـِهـَا الأ َنـْهـَرُ خـَلِدِينَ فِيهـَآ أ َبَد قـَدْ أ َحْسـَن َ اللهُ لـَهُ رِزْقـًا
Bermaksud:-
Barang siapa yang beriman kepada Allah dan beramal soleh, dimasukkan Allah ke dalam syurga, yang mengalir air sungai di bawahnya, serta kekal mereka di dalamnya selama-lamanya.  Sungguh Allah memberi kebaikan rezeki untuk mereka.                           (Al-Thalaq ayat 11)

Sekian dahulu dan diharap kita sekalian dalam mengerjakan ibadat kepada Allah, lebih-lebih lagi berkenaan solat, kita perlu memberi perhatian sungguh- sungguh agar kita diberi ganjaran pahala yang lumayan diakhirat kelak.
Sekian dahulu dan di ucapkan....

وَالسَّلَامُ عَلـَيْكُمْ وَرَحْمَة ُ اللهِ وَبَرَكـَـتُـه

---------------------oooooooooooooooo----------------





Tuesday 19 March 2013

Pos 745 - Amar Makruf Dan Nahi Munkar.











Pos 745 - Amar Makruf Dan Nahi Munkar.


Pendahuluan.


Segala pujian bagi Allah s.w.t. Tuhan yang mencipta segala kejadian. Selawat dan salam ke atas Junjungan Besar Nabi Muhammad s.a.w. serta keluarga dan sahabat-sahatnya sekalian.
بِسْمِ اللهِ الرَّحْمَن ِ الرَّحِيـم ِ.

إِنَّ اللهَ وَمَلـَـءِـكَتـَهُ يُصَلـُّوْنَ عَلىَ النَّبِىِّ ج يَــأ َيُّهَا الـَّذِيْنَ ءَا مَنُوْا صَلـُّوْا عَلـَيْهِ وَسَلـِّمُوْا تَسْلِيْمـًـا.

”Allah dan para malaikat memberikan rahmat kepada Nabi. Wahai Orang-orang beriman, berikanlah selawat dan salam kepadanya.
(Al-Ahzab(33); ayat 56)

Masalah - 482Amar Makruf  Dan Nahi Mungkar.

1..  Orang-orang yang menjalankan tugas menyuruh berbuat baik dan melarang dari berbuat jahat mempunyai  tiga tatacara atau adab yang perlu dimiliki iaitu (1) Ia hendaklah berilmu, (2) Ia mestilah orang yang warak (3) Ia hendaklah berbudi pekerti yang baik.

2..  Berilmu maksudnya: ia patutlah mengetahui letak duduknya perkara-perkara yang hendak disuruh atau dilarang, supaya ia tiada terkluar dari had dan batasan syariat Islam.

3.. Warak maksudnya: ia mencegah seseorang dari melakukan kemunkaran itu sahaja, dan jangan ia sekali-kali melampaui batas yang di izinkan oleh syariat dalam tugas ini, disebabkan oleh tujuan-tujuan yang lain.  Hendaklah kata-katanya itu masuk akal, dapat diterima oleh orang itu.  Kalau tidak tentulah ia akan dijadilan bahan ejekkan dalam menjalankan tugas nenyuruh atau melarang itu, kelak orang itu akan menunjukkan sikap berani terhadapnya.

4.. Berbudi pekerti yang baik maksudnya: seberapa boleh biarlah dia bersikap lemah lembut dan belas kasihan kepada sesiapa pun, sebab ia merupakan pokok bab ini dan tujuan asalnya.  Berilmu dan warak sahaja tidak mencukupi, kerana bila kemarahan menguasai diri tiada memadailah untuk menahan hanya dengan berilmu dan warak semata-mata melainkan jika ada pada tabiat kita sifat berbudi peklerti baik yang akan melenyapkan perasaan marah dan tidak sabafr itu.
Kemunkaran-kemunkaran yang berlaku.

5..Kemunkaran dalam masjid.

Ketahuilah bahawasanya kemunkaran itu tebahagi kepada hukum makruh dan hukum haram.  Kiranya kita katakan: ini adalah kemunkaran yang makruh, maka hukum mencegahnya menjadi sunat yang dituntut, manakala berdiam diri atas kemungkaran itu menjadi makruh pula hukumnya, dan bukan haram.  Tetapi jika kita katakan bahawa itu adalah kemunkaran yang haram, ataupun kita katakan kemunkaran sahaja tanpa menyebutkan sifatnya, maka yang dimaksudkan itu ialah kemunkaran yang haram, yang mana hukumnya menjadi haram pula jika kita mendiamkan diri, pada  hal kita berkuasa untuk mencegahnya.

a.     Di antara kemunkaran-kemunkaran yang biasanya terlihat di dalam masjid-masjid, ialah perlakuan  sembahyang yang tidak sempurna seperti meninggalkan tominanah ketika ruku’ dan sujud seumpama ayam mematuk makanannya sahaja.  Ini adalah suatu kemungkaran yang membatalkan sembahyang menurut nas hadis, maka wajiblah dicegahnya  dengan cara memberi tahu pada yang berkenaan secara diplomasi.  Sebab sesiapa yang melihat seseorang bersembahyang seperti itu, sedangkan dia mendiamkan diri tidak dibetulkannya, maka ia juga berkungsi dalam dosanya itu.

b.    Juga di dapati orang-orang yang membaca al-Quran dengan terlalu banyak kesalahan sama ada dari segi sebutan.  Tajwid dan sebagai lagi.  Ini pun wajib dibetulkan oleh orang yang mengerti yang mendengarnya, lalu mengajarnya dengan caranyang  betul. Jika dia dibiarkan dan ada orang mengerti berdiam diri, maka dia juga sama mendapat dosa kerana kesalahan itu.

c.     Kemungkaran yang selalu berlaku kepada para  mu’zan (tukan bang) yang sering melenggeng lenggokkan azan dan terlalu memanjangkan hujung-hujung kalimahnya, atau ada yang terlalu perlahan suaranya hinggakan lebih separuh dari kawasan kariah itu tidak mendengarnya, maka hal ini wajib dibetulkannya.

d.    Terdapat juga ucapan-ucapan yang disampaikan olaeh para penceramah yang mencampur adukkan dengan kata-kata dusta, khayalan, khurapat dan berbau politik yang mencemuhkan sesatu pihak, maka hendaklah dinasihatkan supaya berhenti berbuat demikkian.

e.     Terdapat juga kemungkaran berlaku apabila  hari Jumaat ada sesatu golongan yang membuat jualan ubat-ubatan,buku-buku, dan pelbagai barangan lagi di kawasan masjid.  Ini juga hendaklah di tegahkan.

f.      Terdapat juga kemungkaran berlaku ada segolongan manusia yang tiba di majid tidak masuk ke dalam masji, tetapi ke tempat rehat dan menghidap rokok, dan apabila Khatib mula membaca khutbah barulah mereka memasuki masjid. Ini juga patut diberi nasihat untuk tidak berbuat demikkian. 

g.    Terdapat juga ada ibu bapa yang membawa anak kecil mereka ke masjid dan memberikan anaknya bersembahyang di tepinya dalam satu saf  yang sama.  Hal ini juga hendaklah diambil tindakan supaya tidak berlaku demikian.

h.    Terdapat juga ada golongan insan yang  bercerita-cerita, berbual-bual kosong, mengumpat, berbicara hal-hal  keduniaan dalam masjid, lebih-lebih lagi ketika Khatib sedang berkhutbah. Ini hendaklah dilarang oleh pihak yang bertugas.

i.      Terdapat juga ada insan yang menempah tempatnya untuk bersembahyang di masjid selalu, dan jika terdapat insan yang lain mengambil tempatnya itu dia begitu masam mukanya. Dia mukin tidak sedar perbuatannya itu sebagai riak, maka wajiblah diberi tahu akan sedemikian itu.

j.      Terdapat juga ada insan yang memanjangkan bacaan ayat-ayat al-Quran ketika menjadi imam, dan ini juga patut di maklumkan bahawa perbuatannya itu terjatuh dalam golongan perbuatan riak, kerana menunjuk-nunnjuk yang dia seorang yang bijak.

k.    Terdapat juga ada segelintir insan yang sangat gemar hendak menjadi Imam sewaktu sembahyang, ketika Imam bertauliah  uzur, walaupun dia kurang bijak dari segi bacaan ayat-ayat al-Quran dan tidak mencukupi syarat-syarat menjadi sebagai seorang Imam, hatta ada terdapat banyak lagi insan yang terbaik darinya. Hal ini wajib diberi nasihat akan kesalahannya itu.
Kesimpulan.

Kita akan dapati banyak lagi kemungkaran-kemungkaran yang berlaku di masjid-masjid masa kini, oleh itu sama-samalah kita memberi nasihat agar kemungkaran seperti itu tidak berpanjangan lagi.

Sekian dahulu dalam hal kemunkaran ini, dan penulis akan menyambung lagi dalam hal yang sama dalam masa terdekt.

Wassala mualaikum warah matulla hi wabarakatuh...!


               --------------------------------o