Monday 29 April 2013

POS 755– ALLAH MENCELA KEKIKIRAN















POS  755 – ALLAH MENCELA KEKIKIRAN

Kita bicarakan mengenai sifat kikir atau kedekut manusia pada zaman akhir-akhir ini. 

Orang yang tiada memiliki harta kekayaan ada dua sifatnya, pertama sifat mencukupi apa yang ada dari rezeki dia dan sifat kedua  ialah tamak dan loba. Sifat pertama adalah satu sifat yang terpuji, manakalla yang satu lagi adalah sifat yang tercela yang dilarang oleh Allah s.w.t.  

Manusia jenis kedua ini adalah yang selalu mendapat balasan buruk dari Tuhan kerana di atas perbuatan mereka yang kikir dan tamak itu. Kita mungkin masih teringat empat lima tahun yang lalu apabila saham pelaburan runtuh, dan mereka mengeluh dan ada yang kembali menjual nasi lemak dan goreng pisang untuk menyara hidup seharian mereka.

Ada yang membeli kebun getah hasil pendapatan haram mereka, tetapi yang anihnya tanaman getah itu sudah pun boleh di toreh telah terbakar semuanya. Itulah balasan dari Tuhan di atas kekikiran mereka.

Kita lihat Pak Awang yang mengambil upah menjual kueh di  pagi hari dengan pendapatan lima ke sepuluh ringgit sahaja sehari, dapat menunaikan haji ke Mekah. Kita tentu hairan tetapi Allah s.w.t. yang mengurniakan nikmat padanya, apabila beberapa orang anaknya yang sentiasa bersifat dermawan telah mendapat bonos dari saham perniagaan dan telah menghantar ibu dan bapanya ke Mekah.

Bagaimana anak-anaknya yang boleh mendapat rezeki yang begitu banyak ialah kerana sifat dermawan mereka.  Kita lihat kisahnya; Pada satu hari mereka solat di sebuah madrasah tiba-tiba hujan begitu lebat turun dan ketiga-tiga anak lelakinya basah kuyup. 

Mereka berniat kalau dapat wang kita roboh madrasah ini dan ganti dengan yang baru yang lebih baik dari ini. Tuhan merestu niat mereka apabila saham mereka dalam Syarikat Tenaga Nasional Berhad melambung naik dari enam ringgit kepada lapan belas ringgit. Tak usah kita nak tahu berapa jumlahnya...! Madrasah di roboh, dan madrasah yang baru dari binaan kayu kepada binaan batu terlaksana, dan kedua ibi bapa mereka dapat menunaikan haji ke Mekah.
Kita selami dan ikuti teladan yang telah ditunjukkan....

Wassala mualaikum....


                ------=----------oooo----------------------

POS 754 -BERBUAT BAIK DENGAN JIRAN TETANGGA







POS 754 -BERBUAT BAIK DENGAN  JIRAN TETANGGA





(1).  Demi masa   (2) Sesungguhnya manusia itu dalam kerugian.
(3). Kecuali orang-orang yang beriman dan beramal soleh dan berwasiat (nasihat-menasihat) dengan kebenaran dan berwasiat dengan kesabaran.





Rapatkan Hubungan Dengan  Jiran Tetangga.


Wahai hamba Allah..! bertaqwalah kamu kepada Allah dengan mengerjakan segala perintahNya dan menjauhkan segaka laranganNya.

Sabda Rasulullah s.a.w. yang bermaksud: ”Tahukah kamu akan hak-hak jiran tetangga ?   Jika ia meminta pertolongan kepada kamu segeralah kamu menolong, jika ia meminta pinjam sesuatu berilah ia pinjam, jika ia meninggal dunia iringilah jenazahnya, bila ia mendapat nikmat brerilah ia ucapan selamat dan tahniah,bila ia ditimpa mala petaka hiburkanlah ia.”      (H.R. Bukhari dan Muslim).
Itulah di antara hak jiran tetangga yang  telah diterangkan oleh Rasulullah s.a.w. kepada kita umat Islam yang mana dengan adanya hak-hak seperti itu terbuktilah kepada kita bahawa sesungguhnya umat Islam telah disediakan satu sistem peraturan hidup yang sempurna dan lengkap untuk membolehkan mereka menikmati hidup ini bersama jiran tetangga dalam lingkungan suasana yang  penuh mesra, tolong menolong, zirah-menziarahi, kasih sayang dan hormat-menhormati di  antara satu sama yang lain.

Tanggungjawab terhadap jiran  adalah merupakan satu perkara yang tidak boleh diabaiklan oleh umat Islam,  kerana dengfan tidak wujudnya sifat, atau amalan yang disebutkan tadi oleh Rasulullah s.a.w. di dalam hadis di atas maka tentulah masyarakat Islam akan menghgadapi kepincangan yang begitu ketara, di mana umat islam yang menjadi angguta sebuah masyarakat tidak sanggup dan sedia untuk merelakan dirinya mengerjakan segala apa jua yang boleh mengiratkan tali perhubungan persaudaraan sesama unat Islam.

Sabda Rasulullah s.aw. lagi yang bermaksaud :-

”Diumpamakan orang-orang mukmin di dalam saling kasih sayang menyanganyi,  saling simpati mensimpati, dan di dalam saling ihsan mengihsani, adalah satu tubuh,apbila menderita satu angguta daripdanya disebebkan tidak boleh tidur mlam dan berlaku demam atau sakit maka seluruh badan tubuh badan akan merasainya bersama.

Semoga tolong menolong sesama jiran tetagga ini amatlah mustahak dan tidak boleh kita hapuskan dari masyarakat Islam, kerana dengannyalah punca kekuatan Islam dan nilai-nilai keindahan serta maruah kewibawaan,  nilai-nilai persaudaran dan akhlak mulia di dalam sebuah masyarakat Islam. Adalah  seumpama ibarat aur dengan tebing, saling perlu memerlukan, maka dengan cara begitu terlaksanalah falsafah jiran di dalam Islam.

Firman Allah s.w.t. :-

...وَتَعَا وَنُوا عَلىَ الـْبِرِّوَاتـَّقْوَى ج وَلآ تَعَاوَنُوا
عَلىَ الْإِثـْمِ وَالـْعُدْوَنِ ج وَاتـَّقُواللهَ ج
إ نَّ اللهَ شَدِيـْدالـْعـِقـَابِ. (الماءدة  اية 2)

“….Dan hendaklah kamu bertolong-tolongan untuk membuat kebajikan dan bertakwa, dan janganlah kamu bertolong- tolongan pada melakukan dosa maksiat dan pencerobohan dan bertakwa kerana sesungguhnya Allah amat berat seksanya bagi sesiapa yang melanggar perintah Nya.”
(Al-Maedah ayat 2).


Kita semua dituntut supaya bergaul dan bertutur dengan baik, sekiranya terdapat perselisihan hendaklah diselesaikan dengan baik dan penuh hikmah, janganlah dengan sebab akank-anak kecil kita berkelahi dan orang tua masuk campur, dengan sebab kambing atau ayam masuk ke kawasan rumah menjadi punca pergaduhan, bermasam -masam muka tidak tegur mengur.

Terdapat pula di zaman ini disebabkan fahaman dan idelogi politik yang berlainan telah menjadi permusuhan  hingga tidak tegur-menegur antara sesama jiran, yang anihnya pula bukan orang orang kebanyakan tetapi yang berpengetahuan agama Islam yang tinggi telah berbuat demikian.

Bagaimana denagan pengegtahuan agama Islam mereka yang tidak mematuhi dengan sabda Rasulullah s.a.w. yang bermaksud:

”Tidak sempurna iman seseorang itu sekira ianya tidak mengasihi saudaranya sebagaimana ianya mengesiah akan dirinya sendiri.”         
                                                              (H.R. Bukhari idan Muslim) 

Sabda Rasulullah s.a.w. lagi  :

”Barangsiapa beriman kepada Allah dan beriman dengan hari qiamat hendaklah ia memuliakan  jiran tetangganya”

Firman Allah s.w.t.    :

وَاعْبُدُوا اللهَ وَلآتـُشْرِكُوْابِهَ شَيْـءًـا ج وَبِالـْوَلـِدَيْنِ إ حْسَنـًا وَبـِذِى الـْقُرْبىَ وَالـْيَتَمِى وَالـْمِسْكِينِ وَالـْجَارِ ذِى الـْقُرْبىَ وَالـْجَارِ الـْجُنُبِ وَالصَّاحِبِ بِالـْجَنْبِ وابْنَ السَّبِيلِ وَمَا مَلـَكـَتْ أ يْمَنُكُمْ ج إ نَّ اللهَ لاَيُحِبُّ مَنْ كـَانَ مُخْتَا لاًافـَخُورًا  (سورة النساء اية 36)

”...Dan hendaklah  kamu sembahlah kerpada Allah,dan janganlah kamu mempersekutukanNya dengan sesuatu apa jua pun,dan hendaklah kamu berbuat baik kepada kerdua ibu bapa dan kaum kerabat dan anak-anak yatim dan orang-orang miskin dan jira tetangga yang dekat dan jira tetangga yang jauh dan rakan sejawat dan orang-orang musafir yang terlantar dan juga hamba sahaya yang kamu miliki.  Sesungguhgnya Allah tidak mengasihi orang-orang yang sombong,  takbutr dan membanggakan diri.”
                                                           (An-Nias; ayat 36). 

Sekian dahulu, akan di sambung sebentar lagi......

       ---------oooo------------------------






Saturday 27 April 2013

Pos 753 - JALAN YANG LURUS


                                                     Bandar George Town 





Pos 753 - JALAN YANG LURUS.

Pengisian terbaik di dalam kehidupan yang mempunyai kesempurnaan akal fikiran adalah dengan memperseimbangkan di antara “Keperluan”  dengan “Kemampuan.” Maksudnya, dari keperluan yang amat sangat baru digunakan kemampuan yang ada.  Maka terpeliharalah hidup di dalam keadan kesederhanaan yang dituntut Islam kepada penganutnya.
Memperseimbangkan sedemikian amatlah sukar untuk dilaksanakan,  kerana tuntutan nafsu mendahului kemunculan  kematangan akal fikiran manusia.  Justeru, wujudnya apa yang dikatakan “Jalan yang Lurus” yang sering dimohonkan kepada Allah s.w.t. melalui pembacaan Surah Al-Fatihah diayat 6 bermaksud “ Tunjukkan kami jalan yang lurus.”  Kiasannya. Sekkiranya dfikatakan jalan semesti ada permukaan atau permulaana jalantersebut danada pula akhifrnya (garis penamat).

Keinsafan  - Adalah permukaan jalan yang lurus.
Kematian – Penamat jalan tersebut.

Firman Allah dalam Surah Al Fath ayat 2 :- ( 511)

لـِّيَغْفِرَ لـَكَ اللهُ مَاتـَقَدَّمَ مِن ذَنْبِكَ وَمَا تَأَ خـَّيرَ وَيُتِمَّ نِعْمَتَهُ, عَلـَيْكَ وَيَهْدِيَكَ صِرَطـًا مُّسْتـَقـِيْمـًا (2)
Supaya Allah memberi ampunan kepadamu terhadap dosamu yang telah lalu dan yang akan datang serta menyempurnakan nikmat-Nya atasmu dan memimpin kamu kepada jalanyang lurus.”

Apabila merasakan keinsafan diri, bererti sudah meletakkan diri dengan sendiri di permukaan "jalan yang lurus", untuk melangkah berjalan semestinya ada persediaan ilmu pengenalan diri atau dengan erti kata lain berkenalan dengan diri sendiri, supaya beroleh kelembutan hati untuk menerima petunjuk jalan yang benar melalui Al-Quran dan Hadis Rasulullah s.a.w.  Sekiranya tiada persediaan tersebut manusia mudah disesatkan oleh iblis melalui tunggangannya ke atas nafsu sendiri. Kehebatan dan canggihnya tipu daya iblis amat mengelirukan.

Contohnya    ;  Lima perkara dalam Rukun Islam.
Pertama.

Mngucap Dua Kalimah Syahadah.

Apakah ucapan yang dilafazkan sama dengan pelaksanaan yang dilakukan bagi amalan hidup seharian secara Islam yang sebenarnya. Menunduk kepada semua perintah-Nya?, dalam barisan pengikut Nabi pesuruh Allah dengan menghayati hadis dan mematuhi sunnahnya?.

Kedua.

Mendirikan Solat Fardhu.

Solat itu merupakan pesanan kepada diri sendiri, sebagai manusia yang dikatakan lemah sering berpenyakit lupa atau lalai, terutama kepada yang tidak menampakkan faedahnya atau mudaratnya, seperti faedah pahala menunaikan solat atau mudaratnya dosa bila meninggalkan ibadat solat itu.  Dengan pesanan dalam sehari lima kali difardhukan (solat) tidak mudahlah dilupakan atau dilalaikan oleh syaitan dengan menunggangi nafsu untuk memesongkan ketaatan kepada Allah s.w.t.

Ketiga.

Menunaikan Puasa Di Bulan Ramadhan.

Menunaikan puasa di bulan Ramadhan, bererti memperpuasakan diri sepanjang hayat dengan mensyukuri rahmat-Nya dalam usaha mencari lagi (bererti kekurangan).  Berilmu hendaklah sentiasa meanggap diri di dalam kejahilan.  Rezeki yang dikurniakan hendaklah merasakan di dalam kelaparan. Bebanan hati bersimpati kepada manusia yang miskin di seluruh pelusok dunia ini, terutama kepada saudara-saudara Islam.

Keeampat:

Menunaikan Zakat.
Tentang pembayaran  zakat yang diwajibkan ke atas umat Islam yang mampu.  Dipergunakan istilah beramal dengan ikhlas, sumber keikhlasan itu adalah dengan tidak menunjuk-nunjuk atau riyak.  Cara menyembunyi  itu (ikhlas) digunakan dengan tidak melakukan amalan tersebut, lantaran sendiri menghumbankan diri ke jurang kesesatan seperti firman Allah s.w.t. dalam Surah Fusilat ayat 7 – iaitu ” ...orang-orang yang tidak menunaikan zakat, dan mereka kafir akan adanya (kehidupan) akhirat.”


Kelima.

Menunaikan Ibadat Haji.

Pengalaman semasa berada di Baitullah seperti latihan amali sebelum dihimpunkan  ke Padang Mahsyar yang pasti wujud.  Selesai mengerjakan ibadat haji hendaklah merasakan diri di berikan peluang seperti mati hidup kembali dengan penuh perasaan keinsafan, lalu menjalani hidup bertakwa dengan sebenar-benar takwa.  Perubahan diri yang buruk menjadi baik dan dari yang baik menjadi terbaik kepada yang bergelar haji atau hajjah. Disitilah mercu kejayaan  diri dilahirkan kembali dalam keadaan bersih setelah terkotor sebelumnya akibat kejahatan atau kelalaian.

Masalah 194

Bagaimana cara untuk menerbitkan keinsafan kepada diri sendiri untuk berada di permiukaan ”jalan yang lurus”?

Jawapan.

Hendaklah kita menanyai sendiri pada diri melalui ”Suara Hati ”. ”Siapalah Aku”?  Semakin banyak bertanya semakin terasa kekerdilan, kerendahan, keinsafan diri sendiri di  sisi Allah s.w.t., justeru terbitlah keinsafan itu, jika tiada perubahan bererti hidup yang terus bergelumang dengan kemungkaran adalah menurut ”Kata Hati.”

Masaalah. 195

Apakah bezanya antara ”Suara Hati” dengan ”Kata Hati” ?

Jawapan.
Bezanya adalah seperti berikut:

(1)     Suara Hati.
Terbit dari keikhlasan yang membawa kepada kebenaran setelah melalui proses akal yang sempurna dari fikiran yang sihat.

(2)     Kata Hati.
(3)     Lahir dari pada perasaan yang terdesak dan nafsu yang buas.


Contoh - Suara Hati:
1.    Parokok :
Sia-sia membazirkan wang untuk membiakkan penyakit dalam tubuh sendiri.

2.    Pejudi  :
 Bodohnya aku menggunakan masa hidup yang singkat ini dengan berkeadaan cemas dan berangan-angan.


3.    Penipu :
Sebenarnya perbuatan aku ini adalah mengundang keaiban diri aku sendiri.

Contoh:  Kata Hati.

(1).Perokok.
Bdergaya sambil menikmati kepuasan.

(2).Pejudi.
Cara mudah untuk mendapatkan kesenangan.

(3). Penipu.
Pintarnya aku berjaya membodohkan orang lain.

Apabila sudah memahami perbezaan antara ”Suara Hati” dengan”Kata Hati”,maka hendaklah pula menggunakan ”Mata Hati” untuk melihat perekara-perara yang ghaib kepunyaan Sallah s.w.t.

Apakah yang dikatakan mata hati itu?

Mata hati  berupaya melihat apa yang tidak dapat dilihat oleh kedua mata kasar, dengan menampaskkan perkara-perkara yang ghaib, terwujudlah keyakinan adanya yang ghaib itu di sisi Allah s.w.t.
Contohnya seperti berikut :
a.   Dosa
b.   Pahala
c.   Syurga
d.   Padang Mahsyar dan lain-lain lagi.

Masaah 196
Bagaimana yang dikatakan hati itu?

Jawapan.

Hati merupakan segumpal daging warnanya hitam kemerahan di dalam tubuh manusia.  Pada zahirnya tiada kaitan langsaung untuk mempengaruhi kehidupan manusia itu, digunakan perkataan  hati menjadi perumpamaan menguasai kehidupan.
Firman Allah dalam Surah An-Nahl ayat 78 :

وَاللهُ أ َخْرَجَكُمْ مِّنْ بُطُوْنِ أ ُمَّهَتِكُمْ لَا تَعْلـَمُونَ شَيْـءًـا وَجَعَلَ لـَكُمُ السَّمْعَ وَالْأ َبْصَرَوَا لْأ َفْـءِـدَة  لا لـَعَلـَّكُمْ تـَشْكُرُونَ. (78)
Bermaksud: “Dan Allah mengeluarkan kamu dari perut ibumu dalam keadaan tidak mengetahaui sesuatupun, dan Dia memberi kamu pendengaran, penglihatan dan Hati agar kamu bersyukur.”
                         (An-Nhl ayat 78)

Sekiaj dahulu, penulis akan  menyambung  dalam siaran ini dalam masa tidak berapa lama lagi.

Masalah 197.

Apakah hati itu sama dengan troh ?

Jawapan.

Tidak....kewujudan roh sebelum adanya hati, hati itu datang setelah manusia itu dilahirkan ke dunia, hilang bila manusia itu mati, manakala roh tidak akan mati dan menempuh kehidupan di alam barzakh dan di alama akhirat.  Allah s.w.t. berfirman dalam Surah Al- Isera’ ayat 85 :

وَيَسْـءَلــُو نَكَ عَنِ الرُّوحِ ج قـُلِ الرُّوحُ مِنْ أ َمْرِ رَبِّىْ وَمآ أ ُوْتِيتُمْ
مِنَ الـْعِلـْمِ إ ِلاّ َ قـَلِيلاً. (85)
Bermaksud: “Dan mereka bertanya kepadamu tentang roh, katakanlah “Roh itu termasuk urusan Tuhanku dan tidaklah kamu diberi pengetahuan, melainkan  sedikit.”

Kesimpulannya Allah berfirman “Tidaklah Aku berikan pengetahuan, melainkan sedikit…..”  Maka yang sedikit itulah perlu dikaji sebagai sumber ilmu untk menguatkan iman bagi persedsiaan melalui jalan yang lurus, dengan keupayaan mengendalikan fungsi-fungsi roh..

Masalah 198.
Apakahyang dikatakan fungsi-fungsi roh itu ?

Jawapan.

Pada kebiasaan fungsi-fungsi roh itu disebut seperti berikut :

             a.. Akal
            b.. Perasaan.
           c..  Fikiran.
           d.. Hati.
           e.  Nafsu.

Masalah 199.

Bagaimana untuk meyakinkan kewujudan roh ?

Jawapan.
Roh itu berkeadaan ghaib dan diyakini berkewujudannya, tanpa roh bererti manusia itu mati.  Keyakinan ini adalah asas mula meyakinkan diri sebahagian daripada kepercayaan kepada Rukun Iman.  Kehidupan roh tidak seperti jasad, di mana ajalnya berakhir dari mana asalnya (tanah).  Roh pula meneruskan kehidupan di alam barzakh hingga kiamat untuk bertanggungjawab atas segala perbuatan semasa bersama jasad di atas muka bumi.  Firman Allah s.w.t. dalam Surah Thaha ayat 55:
مِنْهَاخَلـَقْنَكُمْ وَفِيهَا نُعِيدُكُمْ وَمِنْهَا نُخْرِجُكُمْ تـَارَةً أ ُخْرَى  (55)
“… dari bumi (tanah) itulah Kami menjadikan kamu dan kepadanya Kami akan mengembalikan kamu dan daripadanya Kami akan mengeluarkan kamu pada kali yang lain.” 
Roh pada asalnya bersih, terdedah pencemaran apabila bersatu dengan jasad, maka terpulanglah kepada fungsi-fungsi roh untuk mengembalikan seperti keadaan semulajadi.

Masalah 200.

Apakah peranan fungsi-fungsi roh itu ?

Jawapan.

Peranannya seperti berikut :-
             a.. Akal       sebagai   Penimbang
            b.  Perasaan sebagai   Perasa
            c.  Fikiran   sebagai   Penilai.
           d.   Hati       sebagai   Penuntut atau peminta
           e.   Nafsu    sebagai   Perangsang.

Masalah  201.
Bagaimanakah peranan manusia yang mempunyai fungsi-gungsi roh yang baik.?
Jawapa.

              a.   Akal          -  Memperseimbangkan fitrah manusia.
              b.   Perasaan   -  Mengutamakan kasih sayang dan tiada
                                         kelainan kepada yang lain.
             c.  Fikiran       - Betenaga untuk meneroka mencari
                                       kesempurnaan hidup dunia dan akhirat.
             d.  Hati           - Berupaya melihat yangtersirat.

              e.  Nafsu      -  Merangsang menuju ke jalan yang lurus.

              Dari Hadis Rasulullah s.a.w. bermaksud:
              ”Sesungguhnya yang paling ku cintai di antara kamu dan paling
               dekat duduknya denganku, pada hari kiamat adalah yang paling
              baik akhlaknya.”    (H.R. Ibn Majah)

Masalah  202.

Apa akan terjadi kepada manusia yang mempunyai fungsi-fungsi roh yang buruk. ?

Jawapan.
               a.   Akal             -  Menjadi gila atau gila di alam waras.
                                            Tetapi tetap pendirian.

               b.  Perasaan       -   Pemarah, garang dan tidak bertimbang rasa.

              c.   Fikiran          -  Sentiasa merancang kejahatan.

              d.  Hati              -  Menyukai keburukan.

            e.  Nafsu            -  Menuntut kepuasan tanpa batas.

’Akhlak yang buruk adalah dosa yang tidak terampuni, sedangkan perasangkaan buruk adalah kesalahan yang  berbau busuk.’
          (H.R. Ath-Thabrany dan Ash-Shaglia dari Aisyah. (HR dhaif)





Sekian dahulu busat masa kini dan akan disambung lagi dalam perkara yang  sama sedikit masa lagi.

Wassala mualaikum.....

-----------------------------------oooooooooooooooo--------------------------