Sunday 26 May 2013

Pos 779 – Mengapa Iblis menolak untuk bersujud pada Adam.










779 – Mengapa Iblis menolak untuk bersujud pada Adam.

Mengenai penciptaan Adam a.s. disebut oleh Allah SWT dalam beberapa surah dan ayat yang lain (seperti Surah Al-Baqarah ayat 30 ke 39). Allah SWT mengatakan ”Sesungguhnya persamaan penciptaan Isa bagi Allah adalah seperti penciptaan Adam. Allah SWT  menciptakaknya (Adam) dari tanah, kemudian Allah SWT berfirman. Jadilah!... naka jadilah dia (Surah Ai Imran ayat 5)

Allah SWT berfirman ”:Sesungguhnya Kami telah menciptakan kamu (Adam) lalu Kami tubuhmu.  Kemudian Kami katakan kepada para malaikat ”Bersujudlah kamu kepada Adam. Maka mereka  pun bersujud kecuali Iblis. Dia tidak termasuk golongan mereka yang bersujud.”

Allah SWT berfirman ”Mengapa kamu menoak untuk bersujud kepada Adam sewaktu aku menyuruh mu” ”Iblis menjawab ”Aku lebih baik dari dia. Engkau menciptakan aku dari api dan Engkau menciptakan dia dari tanah.”

Allah SWT berfirman.”Turunlah kamu dari syurga. Tidak selayaknya kamu berlaku sombong di sana. Keluarlah! Sesungguhnya kamu termasuk gollongan yang hina”
Iblis menjawab: Wahai Tuhan!, berilah aku waktu hingga hari kebangkitan mereka” Allah SWT menjawab.”Ya”,kamu termasuk golongan yang diberi tangguh (waktu)” 

Iblis berkata ”Kerana Engkau menghukum aku sebagai tersesat, maka aku akan bertindak untuk menghalangi mereka dari jalan Mu yang lurus. Lalu aku menggoda mereka dari depan dan belakang. Dari kanan dan kiri.  Engkau tidak akan mendapati sebahgian besar dari mereka bersyukur”
Allah SWT berfirman ”Keluarah kamu dari syurga sebagai makhluk yang terhina lagi terusir. Sesungguhnya barang siapa di antara mereka mengikuti kamu, pasti Aku akan menjadikan mereka semua sebagai pengisi neraka Jahanam”
  ’HaI Adam, tinggalah kamu di syurga bersama isterimu. Makanlah makanan apa saja yang kamu sukai. Tetapi kamu jangan sekali-kali mendekati pohon ini. Kerana ia itu menyebabkan kamu termasuk golongan yang zalim.”

Tetapi syaitan membisikkan kejahatan kepada mereka berdua agar memakannya dan dengan itu mereka terbuka terhadap aurat mereka yang asalnya tertutup. Syaitan berkata”Tuhanmu tidak melarang kamu mendekati pohon itu, sebenarnya (Tuhanmu menghendaki) agar kamu tidak menjadi malaikat atau menjadi orang-orang yang kekal di syurga).
Syaitan bersumpah kepada mereka berdua (seraya berkata):”Aku ini benar-benar ingin menasihati kamu” Syaitan membujuk mereka berdua dengan penuh kelicikan (agar memakan buah pohon itu).  Apabia keduanya telah menikmati buah pohon itu, tiba-tiba aurat mereka telah diperlihatkan (telanjang).  Mereka segera menutup aurat mereka menggunakan daun-daun di syurga. Tuhan berseru kepada mereka.”Bukankah Aku telah melarang kamu dari menyentuh pohon itu dan bahkan Aku telah mengatakan kepada kamu bahawa sesungguhnya syaitan ityu musuh yang nyata bagi kamu”

Mereka berkata ”Wahai Tuhan kami, sesungguhnya kami telah menganiaya diri kami sendiri.  Kalau Tuhan kami tidak mengampuni kami dan memberi rahmat kepada kami, nescaya kami termasuk orang-orang yang rugi. Allah SWT berfirman ”Aku mengampuni kamu berdua”

Allah SWT berirman ”Turunlah kamu. Di antara kamu akan saling bermusuhan dengan yang lain.  Kamu akan tinggal di bumi dan menjalani kehidupan di sana hingga waktu yang ditentukan” Alah SWT berfirman ”Di tempat itu (bumi) kamu akan hidup, dan disana kamu akan mati dan di sana pula kamu akan dibangkitkan.

Sekian dahulu dan akan bersambung lagi.....
                             -----ooooooo-----



Pos 778 – Penciptaan Nabi Adam A.S.














 Pos 778 – Penciptaan Nabi Adam A.S.

Firman Allah SWT (dalam Surah Al-Baqarah ayat 30-39) yang bermaksud:

“Ketika Tuhanmu berfirman kepada para malaikat “Sesungguhnya Aku hendak menjadikan seorang khalifah di muka bumi.” Mereka bertanya ”Mengapa Engkau hendak menjadikan khalifah di muka bumi, orang yang akan membuat kerosakan di sana dan melakukan pertumpahan darah. Padahal kami selalu bertasbih dengan memuji dan mensucikan Mu?...Tuhan berkata ”Sesungguhnya Aku mengetahui apa yang tidak kamu ketahui.”

Dia (Allah) mengajar Adam nama-nama (benda atau makhluk) seluruhnya.  Kemudian Allah SWT bertanya kepada para malaikat ”Sebutkan kepada Ku nama-nama benda itu kalau kamu makhluk yang pintar;”

Mereka menjawab ;”Maha Suci Engkau Kami tidak mempunyai pengetahuan apa-apa selain pengetahuan yang telah Engkau ajarkan kepada kami. Hanya Engkau yang Maha Tahu lagi Maha Bijaksana.”

Allah SWT berfirman ” Hai  Adam beritahukan kepada mereka nama-nama benda itu,” Setelah mereka diberitahu nama-nama benda itu, Allah SWT befirman ”Bukankah sudah Aku katakan kepadamu bahawa Aku mengetahui rahsia langit dan bumi.  Aku juga mengetahui apa yang kamu lahirkan dan apa yang kamu sembunyikan.”

Ketika Allah SWT berfirman kepada para malaikat ”Bersujudlah kamu kepada Adam (memberi hormat)” maka bersujudlah mereka kecuali Iblis. Dia enggan dan sombong.  Dia termasuk golongan makhluk  yang kafir.

Allah SWT berfirman ”Hai Adam, masuklah syurga ini bersama isteri mu. Makanlah makanan apa saja yang kamu sukai.  Tetapi kamu jangan sekali-kai mendekati pohon ini. Kerana ia akan menyebabkan kamu termasuk orang-orang yang zalim.”

Laslu keduanya digelincirkan oleh Iblis dari syurga. Akibatnya mereka dikeluarkan daripada kesenangan di syurga itu. Allah SWT berkata ”Turunlah kamu!....
 Di antara kamu akan menjadi musuh bagi yang lain. Bagi mu disediakan tempat di bumi dan kesenangan hidup sampai batas waktu yang ditentukan”

Kemudian Adam menerima beberapa kalimat dari Tuhannya, lalu Allah SWT menerima taubatnya.  Sesungguhnya Allah Maha Penerima Taubat lagi Maha Penyayang.

Allah SWT berfirman. ”Turunlah kamu dari syurga! Kelak kamu akan memperolehi petunjuk Ku.  Barangsiapa mengikuti petunjuk Ku, nescaya mereka tidak perlu khuatir dan bersedih.
                                           (Surah Al-Baqarah: ayat 30 ke 39).

Bersambung dalam siaran akan datang.
                       --------oooooo--------





Saturday 25 May 2013

Pos 777 - Apakah Hasad dan Dengki


                              Jangan hasad dan deni pada sesama insan....


Pos 777 - Apakah Hasad dan Dengki 

Ketahuilah bahawasanya hasad dan dengki itu merupakan hasil dan natijah dari sifat dendam  yang tercela.  Bagi sifat hasad ini ada berbagai-bagai cabangnya yang terkeji pula, sehingga tiada dapat terhetung banyaknya.
 Di antaranya hasad  itu seperti sabda  Rasulullah SAW:
أَلـءحَسَدُ يَأْ كـثلُ الـْحَسَنـَاتِ كـَمَا تـَأْ كـُلُ النــَّارُ الـْحَطـَبَ.
”Hasad itu memakan (membinasakan) kebajikan, sebagaimana api ”


Ketahuilah bahawa haqiqat hasad itu ada dua perkara :
 Pertama - rasa kurang senang terhadap nikmat yang dikecapi oleh orang lain, lalu mengharap-harapkan agar nikmat itu terhapus daripadanya:
 Kedua - tiada mengharap-harapkan nikmat itu lenyap dari orang lain, tetapi menginginkan nikmat yang sama bagi dirinya sendiri dan itu dinamakan ”ghitah”

Sifat yang pertama dihukumkan haram dalam segala segi, kecuali nikmat-nilmat yang diperolehi oleh seorang yang derhaka kepada perintah-perintah agama, lalu dijadikan nikmat yang ada padanya itu, untuk melakukan segala macam maksiat dan larangan-larangan Allah s.w.t., membuat kerosakan di atas muka bumi, dan menyakiti orang. Maka dalam hal tersebut  tiadalah terlarang bila seseorang itu mencita-citakan terhapusnya nikmat itu daripada orang yang derhaka itu supaya kerosakan yang dilakukan itu terhenti.

Mengenai pengharaman sifat hasad dan dengki dan membencikan seseorang itu kerana nikmat dan kesenangan yang ada padanya, samalah seperti memurkai qadha Allah s.w.t. dan ketentuannya dalam melebihkan setengah hambaNya ke atas setengah yang lain. Kelakuan seperti ini tidak syak lagi tentulah berdosa dan tidak dapat ditolak dengan alasan bagaimana sekalipun.

Apakah di sana ada lagi maksiat atau dosa yang lebih besar daripada kebencian anda terhadap kesenangan seorang  Muslim, pada hal tidak ada suatu mudharat pun yang akan menyentuh diri anda, disebabkan kesenangan Muslim itu. Dalam hal ini firman Allah s.w.t.

إِنْ تـَمْسَسْكُمْ حَسَنـَةٌ  تـَسُؤْ هُمْ وَإِنْ تـُصِبْكُمْ سَيِّـءَـةٌ  يَفـْرَحُوْا بِهَا. (العمران 120)
”Apabila kamu mendapat kebaikan, nescaya mereka akan merasa kurang senang, tetapi apabila kamu mendapat musibah maka mereka pun merasa gembira ria kerananya.”
(Al-Imran ayat 120)

Menunjukkan rasa gembira dalam keadan seperti ini adalah bermakna perasaan irihati terhadap kesenangan orang lain, manakala hasad, dengki dan sifat irihati itu sentiasa berada disamping mereka.

Dalam hal ini seseorang itu hendaklah mempunyai sifat tidak meletakkan keinginan daripada nikmat-nikmat yang dikecapi oleh  orang lain. Firman Allah s.w.t.:

وَلَايَجِدُوْنَ فِيْ صُدُوْرِهِمْ حَاجَة ً مِمَّاأ ُوْتـُوْا.
(الحشر :9)

”Mereka tiada meletakkan sesuatu keinginan di dalam dada-dada mereka daripada nikmat yang dikecapi oleh orang lain.”    (Al-Hasyr; 9)

Rasulullah s.a.w. bersabda megenai larangan hasad dan dengki itu, dan juga mengenai hasad yang dibolehkan di dalam Islam ialah apabila seseorang yang dikurnia Allah harta yang banyak lalu ia menaburkan harta itu dalam perkara-perkara yang hak dan benar iaitu ke jalan Allah. Begitu juga seorang  yang dikurnia Allah ilmu mengamalkan ilmu itu serta mengajarkannya juga kepada orang ramai.

Sabdanya :
لَا تـَحَا سَدُوْا وَلَا تــَقـَا طَعـُوْا وَلَا تـَبـَا غَضُوْا وَلَا تـَدَا بـَرُوْا وَكُوْنـُوْا عِبـَادَ اللهِ إِخـْوَنـًا كَمَا أَمـَرَكُمُ اللهُ.
Janganlah kamu sekalian dengki mendengki, jangan putus memutuskan solaturrahim, jangan benci membenci, jangan musuh memusuhi, tetapi jadilah kamu sekalian sebagai hamba-hamba Allah yang bersaudara sebagaimana yanh diperintahkan oleh Allah ke atas kamu.
                                                             (HR Al-Bukhari  dan Muslim)

Kesimpulan.

Adapun cara menyembuhkan hasad dan dengki itu dengan amalan-amalan yang berguna pula, ialah dengan memaksa diri melakukan sesuatu yang berlawanan dengan kemahuan dan hasutan hasad dan dengki itu sendiri. Seseorang itu hendaklah dengan bersifat tawaduk atau merendah diri terhadap orang yang di dengki itu.

Begitu pula dengan mengucapkan kepujian dan kesyukuran kerana nikmat yang ia perolehi.  Kemudian menampakkan rasa kekegembiraan dan kesenangan dengan nikmat yang dikecapnya pula. Dengan jalan ini kelak hati yang didengki dan sakit itu akan kembali pulih semula, dan timbul pula ditempatnya rasa kasih sayang dan persefahaman yang kukuh.  Dengan itu akan terlepaslah hati itu dari kepedihan penyakit hasad dan dengki dan dibelenggu perasaan membenci itu.

Cara-cara ini terlalu berat untuk dilakukan, dan pahit untuk dirasakan oleh hati. Akan tetapi faedah dan manfaat itu selalunya berada di dalam ubat yang pahit. Walau bagaimana pahit sekalipun dirasakan ubatnya namun ia dapat diatasi dengan sifat merendah diri.

Sekian dahulu serba ringkas dan penulis akan kembali semula dengan siaran Blog ini dalam masa yang terddekat nanti.
Wassalka mualaikum....!

        --------------------oooooooooooo-----------------------

Pos 776 -Dosa bersar dan Dosa Kecil.








                                             Pergaduhan sesama insan adalah berdosa....






Pos 776 -Dosa bersar dan Dosa Kecil.

Ketahuilah bahawasanya dosa itu terbahagi kepada dosa besar dan dosa kecil. Dalam menentukan dosa besar dan dosa kecil telah berlaku pertelingkahan antara para ulama’. Setengan mereka mengatakan tidak ada dosa besar dan dosa kecil, bahkan semuanya dosa itu tingkatannya sama belaka.  Sebab setiap penentangan terhadap perintah Allah s.w.t. dan laranganNya dikira sebagai berdosa sahaja. 

Tetapi pendapat ini adalah lemah disebabkan adanya firman Allah s.w.t. seperti berikut  yaang bermaksud:-

”Jika kamu menjauhi fdosa-dosa besar yang dilarang kamu mengerjakannya nescaya Kami (Allah) hapuskan segala kesalahan kamu dan akan Kami masukkan kamu ke tempat yang mulia”
                                      (Al-Quan surah An-Nisa’ ayat 31)

Firman Allah s.w.t. lagi yang bermaksud:-

”Orang-orang yang menjauhi doda-dosa besar dan perbuatan keji, kcuali  kesalahan-kesalahan yang kecil”
                                      (Al-Quran surah An-Najmu Aat 32)

Abu Talib al-Maki berkata bilangan dosa-dosa besar itu semuanya berjumlah tyjuh belas iaituhasdil prenyelidkannya dari berbagai Hadis dan Atar:

              (1). Empat macam daripadanya berkaitan dengan hati:-

a.    Syirik kepada Allah.
b.   Berkecimpung terus menerus dalak maksiat.
c.    Putus adsa dari rahmat Allah s.w.t.
d.   Merasa diri aman dari balasan Allahs.w.t.

               (2).  Empat macam lagi berkaitan dengan lidah:

a.       Bersaksi bohong.
b.      Menuduh orang berzina.
c.       Melakulan perbuatan  sihir.
d.      Mengucapkan sumpah palsu.


               (3).   Tiga macam lagi berkaitan dengan perut:

a.    Minum arak.
b.   Makan harta anak yatim dengan inanya mererka.
c.    Makan riba sedangkan ia taghu riba itu haram.

               (4).    Dua macamlagi berkaitan dengan alat kelamin

a.     Berzina.
b.    Melakukan perbuatan lewad.

               (5).    Dua macam lagi berkaitan dengan kedud-sdua
                        belah tangannyya.   (a) Mencuri (b)Memuku orang.
           (6).   Satu lagi mengenai melarikan diri dari peperangan.

           (7).    Satu lagi mengenai menderhaka kepada kedua ibu
                     bapa.

Dosa-dosa kecil.

Setiap insan pasti telah melakukan berbagai kesalahan atau dosa yang kita sendiri tidak sedar mahupun yang kita sedar. Diantara sebahagian dari dosa-dosa kecil itu ialah:

                     (1). Mengumpat kepada orang
                    ( 2). Berdengki khianat
                    ( 3.) Bercakap takbur
                    ( 4).  Perbuatan riak diri
                    ( 5). Marah dan berdengki            
                    ( 6). Berdendam
                     (7). Tamak dan haloba 
                    (8).  Takbur dan bangga diri
                   ( 9).   Menipu orang ramai
                   (10).  Memutus solitarahim
                   (11).  Bakhil, kikir dan kedekut
                   (12).  Gibah atau buat fitnah.

Dosa-dosa kecil ini boleh menjadi dosa besar apabila dilakukan terus menerus tanpa hentian.  Sebab itu dikatakan bukanlah namanya dosa kecil, dan bukanlah dosa besar pula sesudah
dipohonkan ampun pada Allah s.w.t. dan tidak di ikuti lagi dengan perlakuan dosa-dosa tersebut lagi.

Janganlah kita memandang enting terhadap sesuatu dosa kecil itu, sebab setiap dosa yang dipandang berat dan besar oleh seseorang hamba, teapi menjadi kecil di sisi Allah .sw.t..dan yang dipandang kecil itu tetapi menjadi besar pula di sisi Allah s.w.

Sesungguhnya hendaklah menganggap sesuatu dosa itu sebagai satu perkara yang besar dengan timbul di hati yang kurang senang  dan benci terhadap perlakuan dosa itu. Orang mukmin itu akan memandang dosanya seperti gunung di atas kepala yang  pada bila-bila masa sahaja akan menimpanya.  Orang-orang yang munafiq memandang dosanya seperti seekor lalat yang hinggap di atas batang hidungnya lalu di usirkan sahaja.     

Sekin dahulu dalam Bab ini, semoga dengan siaran Blog ini dan mereka yang malayari dan membacanya agar mendapat menafaat dan moga-moga mereka tidak akan melakukannya sama ada besar atau kecil.  Dan mareka yang telah terlibat dengan pelbagai dosa tersebut hendaklah bertaubat memohon  dan memohon keampunan dari Allah s.w.t.

Sekian.

وَالسَّلَامُ عَلـَيْكُمْ وَرَحْمَة ُ اللهِ وَبَرَكـَـتُـهُ

               -------------ooooo------------