Amat Beruntung berbaik-baik dan bersalam-salam sesama rakan kita, kerana boleh mengiratkan lagi tali persaudaraan kita., tidak kira apa idiologi party yang kita ikuti. Bersalam-salamlah selalu wahai saudara ku...!
Friday, 3 June 2011
BaB 2 - Mengasihi Rasulullah saw. ( * 02) Kasih dan cinta Rasulullah saw adalah suatu kemestian dalam kehidupan seorang Muslim. Setiap Muslim mesti berbuat sedemikian kerana Baginda adalah orang yang paling berjasa di dalam memimbing dan memberi tunjuk ajar kepada manusia sejagatnya.Tanpa bimbingan dan tunjuk ajar daripada Rasulullah saw sudah tentu manusia berada dalam kegelapan dan kesesatan. Perjuangan Rasulullah saw menyelamatan umat daripada kesesatan ternyata amat berkesan. Kedaan perjuangan Baginda dapat dinikmati oloeh umat dahulu, sekarang dan akan datang. Sewaktu memperjuangkan dakwah dan kebenaran, Baginda bertubi-tubi menerima cabaran dan dugaan. Cabaran itu dilalui oleh Baginda dengan begitu gigih untuk mengharap keredaan Allah swt disamping sayang kepada ummah. Cinta dan kasih kepada Baginda mesti direalisasikan melalui perlaku kehidudan harian . Di antara cara hidup Rasulullah saw yang perlu diamalkan oleh setiap Muslim adalah seperti berikut: a. Sentiasa bersifat benar, amanah, menyampaikan perintah Allah swt, dan bijaksana. Inilah sifat yang dimiliki olerh Rasulullah saw. Sifat ini jugalah yang membawa kecermerlangan umat Islam generasi pertama dahulu. b. Sentiasa menunjukkan rasa hormat kerpada teman. c. Rajin melawat orang sakit. d. Mengutamakan hal-hal kematian. e. Sentyasa terlibat mengurus jenazah f. Sentiasa terlibat dengan usaha murni seperti menghantar mayat hingga ke kubu. g. Sentiasa menunjukkan sikap kasih sayang dan menghargai anak-anak yatim, Fakitr miskin dan orang miskin yang memerlukankna bantuan. h. Sentiasa berbuat baik kepada kaum kreluarga. i. Berkasih sayang kepada isterti dan anak-anak. j. Sentiasa menghubungkan silaturrahim, berbuat baik terhadap jiran tetangga. k. Sentiasa berbuat baik kepada teman sejati. l. Sentiasa mengamalkan sifat pemurah, pemaaf, penyayang, penyantun dan peramah. m. Sentiasa mengamalkan sifat terpuji seperti tolong-menolong dan melakukan kebaikan. n. Sentiasa mengucapkan tahniah kepada teman yang berjaya. o. Sentiasa mengucap takziah krepada teman yang mendapat musibah. p. Sentiasa bersedia untuk bertaubat terhadap kesalahan dan dosa-dosa yang dilakukan. q. Sentiasa akur kepada larangan-larangan Rasulullah saw seperti menjauhkan diri dari pada bercakap bohong, khianat, dengki, buruk sangka, mencaci maki, malas, lemah, bakhil, penegcut dan sebagainya. r. Sentiasa menyebut dan mengingati Baginda pada setiap tempat dan masa. s. Sentiasa mengenali dan memahami sejarah dan perjuangan Baginda sekadar yang termampu. t. Sentiasa berusaha menyebar risalah yang dibawa oleh Rasulullah saw sepanjang hayat. Justeru itu maka insan akan menjadi lebih teratur apabila mereka mengamalkan perkara-perkara yang dilakukan oleh Rasulullah saw. Kesimpulannya kita hendaklah sedar dewasa ini sesunghyunya aruas pembangunan yang kian laju dan amat mencabar perjalanan kerhidupan umat manusia terutama golongan rermaja, dalam mengerj kemajuan dan kecermerlangan hidup, akhlak yang mulia merupakan perkara utama yang akan menjadi benteng pertahanan yang kukuh kepada manusia untuk menghadapi ancaman keruntuhan akhlak, kersan daripada pembangunan urbanisasi, industrialisasi dan medenasasi semasa. Sekian dahulu, semoga anda dapat menafaat dengan penulisan dalam Blog ini dan akan menjadi manusia yang berbahagia, yang beroleh kecermerlangan dalam kehidupan seharian. Amin..... Wssala mualai kum....... ----------oooooo---------- Nota kaki: (*02) 100 Akhla Mulia oleh Dr. Hasan Hj.Mohd Ali m.s. 03 terbitan Utusan Publications & Distributors Sdn Bhd, Taman Shamelin Perkara Cheras, Kuala Lumpur. KE ARAH KITA MENUJU KE SYURGA TAZKIRAH BAB AMALAN AKHLAK MULIA. BAB 3 - MENGHORMATI IBU BAPA MELALUI PERKATAAN.(*11- A) Setiap orang orang harus berhati-hatri apabila mengucapkan sesuatu perkataan agar tidak menyakiti hati seseorang, terutamanya ibu bapa. Mengucapkan perkataan yang baik merupakan salah satu cara menghormati ibu b
Bab - Akhlak Mulia Mengabdikan Diri kepada Allah s.w.t .(*01) 1. Setiap insan wajib mengabdi dan menghambakan diri kepada Allah s.w.t. kerana mereka dicipta adalah semata-mata untuk beribadah kepada-Nya. Mengabdi bererti menyerah dan menerima segala ketentuan dan segala keputusan Allah s.w.t. Ia juga dapat diertikan sebagai tunduk dan patuh kepada semua titah perintah Allah s.w.t. dan menjauhi segala larangan-Nya. Firman allah s.w.t.: يَأَيُّهَا النـَّاسُ اعْبُدُوا رَبَّكُمُ الـَّذِى خَلـَقَكُمْ وَالـَّذِينَ مِنْ قَبْلـِكُمْ لـَعَلـَّكُمْ تَتـَّقـُونَ.(البقرة:21) “Wahai sekalian manusia Beribadahlah kepada Tuhan kamu Yang telah menciptakan kamu dan orang yang terdahulu daripada kamu, agar kamu (menjadi orang yang) bertaqwa. (Al Baqarat ayat 21) 2. Sesungguhnya tidak wajar jika insan menyembah dan mengabdikan diri kepada yang lain daripada Allah s.w.t. sedangkan mereka telah dijadikan makhluk yang terbaik. Mereka telah diberi peluang yang seluas-luasnya untuk menikmnati pemberian Allah s.w.t. dalam pelbagai berbentuk dan cara. Malahan kewjujudan mereka di alam buana ini pun adalah juga nikmat kurnia Allah s.w.t. 3. Sebaliknya jika insan itu menyembah dan mengabdikan diri kepada makhluk tidak kepada Khaklik (yang mencipta) bererti mereka telah melakukan suatu perbuatan yang amat keji dan terkutuk. Dengan lain perkataan insan sedemikian bolehlah digolongkan ke dalam golongan orang yang tidak berterima kasih. Di antara laku perbuatan yang boleh menggambarkan pengabdian seseorang kepada Allah s.w.t. termasuklah:- a. Sentiasa melakukan ibadah khusus dengan sempurna. Mengabidkan dan beribadah kepada Allah s.w.t. bukan terhad kepada sembahyang, zakat, puasa, haji, jihad, tahlil, zikir dan tilawah al-Quran tetapi meliputi semua aspek kehidupan. Malahan semua perbuatan dan gerak laku insan dikira sebagai ibadah sekiranya perbuatan itu dilandasi oleh niat yang tulus ikhlas kerana Allah s.w.t dan dilakukan mengukut lunas-lunas yang dippertentukan oleh syariat. b. Sentiasa bersedia mematuhi perintah melakukan ibadah khusus terutama dikala dan ketika ibadah-ibadah itu mesti disempurnakan. c. Sentiasa menggunakan nikmat dan kemudahan yang diberi Allah s.w.t. kepada sesuatu yang mendatangkan manfaat seperti menggunakan panca indera untuk melihat, mendengar, menviun, merasa, dan menyentuh sesuatu yang disukai Allah s.w.t. d. Sentiasa bersedia untuk menyumbang sebahagian daripada harta untuk badan-badan kebajikan seperti rumah anak-anak yatim, fakir miskin dan sebagainya. Di samping itu harta yang dikurniakan itu digunakan untuk membangunkan masjid, madrasah, sekolah dan tempat-tempat yang memberi manfaat kepada ummah. e. Sentiasa menggunakan pangkat dan kedudukan sebagai alat untuk mengajak manusia kepada jalan mendekatkan diri kepada Allah s.w.t. Memberikan mereka agar menyedari bahawa pangkat dan kedudukan itu adalah amanah Allah s.w.t. f. Sentiasa menggunakan kemudahan-kemudahan yang dikurniakan umpamanya kenderaan yang selesa untuk melwat dan pergi ke tempat-tempat yang disukai Allah s.w.t. Kenderaan mereka lebih banyak dibawa ke masjid, majlis-majlis ilmu, majlis-majlis silaturrahim dan laina-laian lagi. g. Sentiasa meyakini hukum dan segala keputusan Allah s.w.t. sahaja yang maha benar. 4. Orang yang sentiasa mengabdikan diri kepada Allah s.w.t. akan sentiasa berada dalam keadaan aman dan bahagia sepanjang masa. Di samping itu, setiap pekerjaan dan perkara yang dilakukan oleh mereka juga akan sentiasa ditredai oleh Allah s.w.t. Firman Allah s.w.t. وَلـَوْ أ َنَّهُمْ ءَامَنُوْا وَاتـَّقُوْا لـَمَثـُوبَة ٌ مِّنْ عِنْدِاللهِ خـَيْرٌ, لـَّوْكَانـُوْا يَعْمَلـُون َ (البقرة: 103) Dan seandainya mereka itu tetap beriman dan bertqwa (nescaya mereka akan mendapat pahala): sesungguhnya pahala dari sisi Allah s.w.t. itu adalah lebih baik, seandainya mereka mengetahuinya. (Al Baqarat ayat 103) Sekian dahulu dan hal bab ini. Wassala mualikum. -------------ooooooooo-------------- Nota kaki: (*10) 100 Akhla Mulia oleh Dr. Hasan Hj.Mohd Ali m.s. 01 terbitan Utusan Publications & Distributors Sdn Bhd, Taman Shamelin Perkara Cheras, Kuala Lumpur.
Masalah AMasalah 362 -- APAKAH BERAMAL SOLEH DAN BERTAUBAT?... ! وَمَنْ يُـؤْ مِنُ بـِاللهِ وَيَعْمـَلْ صَـلِحًـا يـُدْ خـِلْـهُ جـَنـَّت ٍ تـجْر ِ مـنْ تـَحْـتـِهـَا الأ َنـْهـَرُ خـَلِدِينَ فِيهـَآ أ َبَد قـَدْ أ َحْسـَن َ اللهُ لـَهُ رِزْقـًا. ( At-Talaq; ayat 11) “Barang siapa yang beriman kepada Allah dan beramal soleh, dimasukkan Allah kedalam syurga, yang mengalir air sungai di di bawahnya, serta kekal , mereka di dalamnya selama-lamanya. Sugguh Allah memberi kebaikan rezeki untuk mereka” )At-Talaq; ayat 11( Huraian. Di dalam ayat tersebut Allah s.w.t. membangkitkan yang beriman kepada Allah s.w.t. Bagaimana beriman itu, kita kembali kepada 6 Rukun Iman iaitu:- 13. Beriman kepada Allah. 14. Beriman kepada Malaikat 15. Beriman kepad KitabNya 16. Beriman kepada Rasul-Rasul Nya 17. Beriman kepada Hari Akhirat 18. Berimankepada Qada’ dan Qadar. Perkara yang kedua Allah s.w.t. ingatkan barang siapa Beramal Soleh maka mukmin itu akan di masukkan ke dalam syurga. Bagaimana beramal soleh itu ialah: 7. Sentiasa mengerjakan solat wajib yang lima waktu. 8. Mengerjakan soloat-solat sunat yang di suruh a. Solat Tahajjud b. Solah Tasbih c. Solat Taubat d. Solah Hajat e. Solah Witir f. Sola Awwabin g. Solat Dhuha h. Solat Al-Isyraq 9. Menunaikan Zakat 10. Memberi sedekah 11. Membuat Wakaf 12. Menjauhkan perkara-perkara yang ditegah. (a) Segala perbuatan haram (b) Berdengki kianat (c) Memutuskan tali persehabtan (d) Becakap takbur dan bohong (e) Munkir janji (f) Bersifat bakhil dan kedekut (g) Menipu sesama Islam (h) Berjudi (i) Berzina (j) Mimum arak (k) Dan banyak lagi 7. Maka jika beramal soleh Allah berjanji akan masukkan kita ke syurga. Demikian bahawa setiap insan di atas dunia ini tidak dapat terhindar daripada dosa, namun di sebalik itu bahawa Allah adalah Zat Yang Maha Mengampuni doso-dosa hamba-hambaNya selain daripada dosa syirik. Firman Allah s.w.t.P يَا أَيُّهَا الـَّذِيْنَ أَمَنُوْا تُوْ بُوْا إلَى اللهِ تَوبَةً نَصُوْحًا. (التحريم: 8) Ertinya: Wahai orang-orang yang beriman!, bertaubatlah kamu kepada Allah dengan taubat nasuha (taubat yang tulus ikhlas). Firman Allahs.w.t. ”- وَمَنْ يِعْمَلْ سُوْ~اءً اَوْيَظْلِمْ نَفـْسَهُ ثُـمَّ يَسْتَغْفِرِاللهَ يَجِدِ اللهَ غـَفـُوْرًارَحِيْمًـا. (النساء (110) Barangsiapa mengerjakan kejahatan atau menganianya dirinya sendiri, kemudian ia meminta ampun kepada Allah, niscaya ia memperolehi, Allah Pengampun lagi penyayang. (An-Nisa’ ayat 110) Firman Allah s.w.t. “Katakanlah (wahai Muhammad): Wahai hamba-Ku yang sudah melampau batas terhadap diri mereka sendiri (dengan perbuatan maksiat), janganlah kamu berputus asa daripada rahmat Allah, kerana sesungguhnya Allah mengampunkan segala dosa; sesungguhnya Dia juga Yang Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani. (Al-Zumar ayat 53) Firman Allah lagi :- • إِنَّ اللهَ يُحِبُّ التَّوَّابِيْنَ وَيُحِبُّ الْمُتَطَهِّرِيْنَ Ertinya: Sesungguhnya Allah mengasihi orang-orang yang banyak bertaubat dan mengasihi orang-orang yang mensucikan dirinya. (Al-Baqarah: 222) Firman Allah s.w.t. lagi :- وَتُوْبُوْا إِلىَ اللهِ جَمِيْعًا أَيُّهَا الْمُؤْمِنُوْنَ لَعـَلَّكُمْ تُفْلِحُوْنَ. (النور 31) Ertinya: Dan bertaubatlah kamu kepada Allah wahai sekalian orang-orang mukmin, semoga kamu mendapat kemenangan. Kresimpulan: Ketahuilah bahawa taubat itu mempunyai tiga perkara: (1) Menyebabkan ilmu taubat itu kita mengenal tentang besarya dan beratnya dosa-dosa kita itu. (2) Dosa itu sebagai Tabir yang menyebabkan keadaannya kita terpisah dengan Allah s.w.t. (5) Menyebabkan perbuatan kita meninggalkan dosa yang sedang bergelumang dalam diri kita. Seruan. • Wajib disegerakan bertaubat ialah semua anggota badan manusia itu tidak pernah sepi dari berbuat maksiat. • Segera bertaubat maka anggota badan tidak dapat melakukan maksiat dan ini akan menjadikan iman manusia itu teguh dan berbalik mengingati Allah dan tidak pula terkena godaan syaitan. • Bersegeralah bertaubat. Masalah 363 – KERJAKANLAH IBADAT-IBADAT SUNAT UNTUK MENAMPUNG KEKURANGA DALAM PERKARA IBADAT YANG WAJIB. Segala pujian bagi Allah s.w.t. Tuhan yang mencipta segala kejadian. Selawat dan salam ke atas Junjungan Besar Nabi Muhammad s.a.w. serta keluarga dan sagama Islam Bab 361
Masalah 361 –Apakah perkara-perkara yang disunatkan dalam solat. Jawapan. Perkara-perkara sunat dalam solat menurut pendapat Imam Syafie terbahagi kepada dua bahagian iaitu: a. Pertama -Sunat Aba’d iaitu: (1). Membaca tahyiat awal. (2). Selawat keatas Nabi Muhammad dalam tahyiat awal. (3). Selawat ke atas keluarga Nabi Muhammad dalam tahiyat akhir. (4). Duduk bagi membaca tahiyat awal dan selawat. (5). Membac do’a qunut dalam solat subuh. (6). Selawat ke atas Nabi Muhammad dan keluarga dalam doa qunut. (7). Berdiri bagi bacaan qunut dan selawat di dalamnya. b. Kedua -Sunat Hai’at iaitu: (1). Mengangkat kedua-dua belah tangan hingga sama paras dengan bahu semasa takbiratul ihram, sebelum ruku’, iktidal dan bangun daripada tahiyat awal. (2). Tangan kanan memegang pergelangan tangan kiri dan diletakkan kedua-duanya antara dada dan pusat. (3). Mengucap takbir (Allahu Akbar) semasa hendak ruku’, sujud, bangun daripada sujud, semasa bangun daripada rakaat pertama, kedua ketiga dan keempat. (4). Membaca doa iftitah selepas takbiratul ihram dan sebelum membaca surah al-Fatihah. (5). Membaca ’Au-Zubillah’ secara perlahan sebelum membaca surah Al-Fatihah pada setiap rakaat. (6). Membaca tasbih dalam ruku’ dan sujud serta berdoa semasa duduk antara dua sujud. (7). Membaca surah lain selepas bacaan surah al-Fatihah pada rakaat pertama dan kedua. ( 8). Membaca’ Amin” sebaik sahaja selesai membaca al-Fatihah atau Fatihah Imam yang membacanya. (9). Berhenti sekejap selepas takbiratul ihram, bacaana al-Fatihah dan selepas bacaan surah sebelum ruku’. (10). Duduk iftirasy semasa duduk antara dua sujud, semasa membaca tahiyat dan duduk tawarruk semasa membaca tahiyat akhir. (11).Membaca doa ringkas selepas selawat tahiyat akhir dan sebelum Memberi salam. (12). Memberi salam menoleh ke kanan dan ke kiri semasa memberi salam. Soalan 361A. Bagamanakah sekiranya kita mengerjakan solat Isyak sehingga lima rakaat tanpa disedari, bahkabn sesudah selesai baru teringat? Jawapan. Masalah seperti ini termasuk perkara yang membatalkan solat itu jika dilakukan dengan sengaja. Tetapi tidak batal solat itu jika berlaku kerana terlupa. Ertinya solat seperti diatas adalah sah. Masalah 361 B Bagaimanakah dengan solat yang sebaik sahaja selesai dilakukan, barulah dilihat pada jam yang waktu solat itu baru sahaja masuk ? Jawapan. Tidak sah solat yang dikerjakan seperti itu kerana ia tidak memenuhi syarat. Mengetahui masuk waktu solat adalah antara syarat sah solat. Anda dikehendaki mengulangi semula solat wajib itu. Soalan 361 C . Bagaimanakah dengan orang yang terlupa solat sehingga habis waktunya barulah disedari ? Jawapan. Tidak menjadi kesalahan ke atas orang yang benar-benar terlupa sudah terlepas beberapa waktu. Masalah ini sama situasinya dengan orang yang tertidur. Tetapi orang itu perlu bersolat sebaik sahaja sedar daripada lupa ataupun terjaga daripada tidur. Soalan 361 D. Adakah sah atau tidak solat sekiranya dikerjakan di Pasar Malam, semasa sedang berjual-jualan.? Jawapan. Pada dasarnya, solat boleh dikerjakan di mana-mana sahaja, sama ada di darat, di dalam pelayaran di laut, di udara semasa menaiki kapal terbang, dan tidak dipertikaikan asalkan sempurna syarat dan rukunnya. Baginda Rasulullah bersabda yang bermaksud: ”Dan dijadikan untuk kami seluruh bumi sebagai masjid (tempat bagi bersolat)....dan dijadikan untuk kami seluruh tanahnya yang suci (bagi bertayammum) apabila kami tidak mempunyai air.” Kecuali terdapat beberapa tempat seperti berikut kita dilarang bersolat iaitu:- a. Tempat pembuangan sampah sarap ataupu najis. b. Tempat penyembelihan binatang. c. Tempat mandi ataupun tandas. d. Tempat tinggal (kandang) binatang. e. Di tengan jalan raya. f. Di tempat perkuburan. g. Di atas Kaabah. Soalan 361 E Sahkah tidak solat yang dikerjakan oleh seseorang di mana seekor pacat sedang menghisap darah di kakinya.? Jawapan. Sah solatanya kerana pacat itu tidak najis walaupun ia masih ataupun sedang m
Email - hjdan@myjaring.net
Masalah 361 –Apakah perkara-perkara yang disunatkan dalam solat.
Jawapan.
Perkara-perkara sunat dalam solat menurut pendapat Imam Syafie terbahagi kepada dua bahagian iaitu:
a. Pertama -Sunat Aba’d iaitu:
(1). Membaca tahyiat awal.
(2). Selawat keatas Nabi Muhammad dalam tahyiat awal.
(3). Selawat ke atas keluarga Nabi Muhammad dalam tahiyat
akhir.
(4). Duduk bagi membaca tahiyat awal dan selawat.
(5). Membac do’a qunut dalam solat subuh.
(6). Selawat ke atas Nabi Muhammad dan keluarga dalam doa
qunut.
(7). Berdiri bagi bacaan qunut dan selawat di dalamnya.
b. Kedua -Sunat Hai’at iaitu:
(1). Mengangkat kedua-dua belah tangan hingga sama paras
dengan bahu semasa takbiratul ihram, sebelum ruku’, iktidal
dan bangun daripada tahiyat awal.
(2). Tangan kanan memegang pergelangan tangan kiri dan
diletakkan kedua-duanya antara dada dan pusat.
(3). Mengucap takbir (Allahu Akbar) semasa hendak ruku’, sujud,
bangun daripada sujud, semasa bangun daripada rakaat pertama,
kedua ketiga dan keempat.
(4). Membaca doa iftitah selepas takbiratul ihram dan sebelum
membaca surah al-Fatihah.
(5). Membaca ’Au-Zubillah’ secara perlahan sebelum membaca
surah Al-Fatihah pada setiap rakaat.
(6). Membaca tasbih dalam ruku’ dan sujud serta berdoa semasa
duduk antara dua sujud.
(7). Membaca surah lain selepas bacaan surah al-Fatihah pada rakaat
pertama dan kedua.
( 8). Membaca’ Amin” sebaik sahaja selesai membaca al-Fatihah
atau Fatihah Imam yang membacanya.
(9). Berhenti sekejap selepas takbiratul ihram, bacaana al-Fatihah
dan selepas bacaan surah sebelum ruku’.
(10). Duduk iftirasy semasa duduk antara dua sujud, semasa membaca
tahiyat dan duduk tawarruk semasa membaca tahiyat akhir.
(11).Membaca doa ringkas selepas selawat tahiyat akhir dan sebelum
Memberi salam.
(12). Memberi salam menoleh ke kanan dan ke kiri semasa memberi
salam.
Soalan 361A.
Bagamanakah sekiranya kita mengerjakan solat Isyak sehingga lima rakaat tanpa disedari, bahkabn sesudah selesai baru teringat?
Jawapan.
Masalah seperti ini termasuk perkara yang membatalkan solat itu jika dilakukan dengan sengaja. Tetapi tidak batal solat itu jika berlaku kerana terlupa. Ertinya solat seperti diatas adalah sah.
Masalah 361 B
Bagaimanakah dengan solat yang sebaik sahaja selesai dilakukan, barulah dilihat pada jam yang waktu solat itu baru sahaja masuk ?
Jawapan.
Tidak sah solat yang dikerjakan seperti itu kerana ia tidak memenuhi syarat. Mengetahui masuk waktu solat adalah antara syarat sah solat. Anda dikehendaki mengulangi semula solat wajib itu.
Soalan 361 C .
Bagaimanakah dengan orang yang terlupa solat sehingga habis waktunya barulah disedari ?
Jawapan.
Tidak menjadi kesalahan ke atas orang yang benar-benar terlupa sudah terlepas beberapa waktu. Masalah ini sama situasinya dengan orang yang tertidur. Tetapi orang itu perlu bersolat sebaik sahaja sedar daripada lupa ataupun terjaga daripada tidur.
Soalan 361 D.
Adakah sah atau tidak solat sekiranya dikerjakan di Pasar Malam, semasa sedang berjual-jualan.?
Jawapan.
Pada dasarnya, solat boleh dikerjakan di mana-mana sahaja, sama ada di darat, di dalam pelayaran di laut, di udara semasa menaiki kapal terbang, dan tidak dipertikaikan asalkan sempurna syarat dan rukunnya. Baginda Rasulullah bersabda yang bermaksud:
”Dan dijadikan untuk kami seluruh bumi sebagai masjid (tempat bagi bersolat)....dan dijadikan untuk kami seluruh tanahnya yang suci (bagi bertayammum) apabila kami tidak mempunyai air.”
Kecuali terdapat beberapa tempat seperti berikut kita dilarang bersolat iaitu:-
a. Tempat pembuangan sampah sarap ataupu najis.
b. Tempat penyembelihan binatang.
c. Tempat mandi ataupun tandas.
d. Tempat tinggal (kandang) binatang.
e. Di tengan jalan raya.
f. Di tempat perkuburan.
g. Di atas Kaabah.
Soalan 361 E
Sahkah tidak solat yang dikerjakan oleh seseorang di mana seekor pacat sedang menghisap darah di kakinya.?
Jawapan.
Sah solatanya kerana pacat itu tidak najis walaupun ia masih ataupun sedang menghisap darah dari anggota kita yang sedang bersolat. Tetapi sekiranya darah bekas gigitan itu keluar semasa orang itu sedang bersolat, maka batallah solatnya.
Sekian dahulu buat sementara waktu, akan kita temui lagi dalam siaran Blog ini sedikit hari nanti.
Wassalaimu alaikum............
----------------------------ooooooooooooo-----------------------------------
!
Subscribe to:
Posts (Atom)
