Tuesday, 6 November 2012

Pos 656 - Maana qadha....





Pos 656-Maana qadha....








Makna Qadha adalah sama dengan makna Ada’an yaitu: menunaikan dan membayar. Adapun pengertian Ada’an menurut istilah adalah menunaikan ibadah pada waktunya  yang di tentukan, walaupaun sekadar satu rakaat sembahyang.

Sedang pengertian Qadha menurut istilah ialah menunaikan ibadah di luar waktunya samasekali, atau masih di dalam waktunya tetapi kurang dari kadar  satu rakaat sembahyang.  Untuk jelasnya sebagai contoh umpamanya seorang sembahyang Dzuhur di akhir waktu sekali.  Belum dapat satu rakaat sembahyangnya , seperti baru dilakukan sujud sekali, sudah masuk waktu Asar, maka sembahyangnya itu dinamakan sembahyang Qadha.

 

Akan tetapi bila telah dilakukan sujud dua kali pada rakaat pertama dan ia telah masuk melakukan rakaat yang kedua,masuklah waktu Asar,maka sembahyangnya itu dinamakan sembahyang Ada’an kerana dapat di dalam satu rakaat penuh dakam waktu yang ditentukan untuk sembahyang  tersebut.

Pos 655 - Imam tertinggal satu rukun











Andaikata Imam tertinggal sesatu rukun solat yang menyebabkan dia sujud sahwi, tetapi Makmum sudah tertunggu-tunggu hendak memberi salam, maka wajibkah Makmum turut sujud sahwi mengikut Imam walaupun Makmum tidak ketahui apa salahnya?

 

Jawapan.

 

Makmum wajib mengikuti apa yang diperbuat oleh Imam. Dalam hal ini wajib Makmum mengikuti Imam melakukan sujud sahwi, walaupun Makmum tidak mengetahui apa yuang menjadi sebab Imam sujud sahwi, kerana mutaba’ah. Dalilnya menurut dalam syarah Ghayatul-Bayan seperti berikut:-

 

فَأِنْ سَجَدَ إِمَامُهُ لَزِمَهُ مُتَا بَعَتُهُ فَأِنْ تَرَكَهَا عَامِدًا عَالِمًا بِا لتَّحْرِيْمِ بَطَلَتْ صَلَاُتُهُ.

“Kalau sujud sahwi imamnya, lazimnya bagi makmum mengikutinya. Maka jika makmum meninggalkan ikut imam dengan sengaja, lagi tahu dengan haramnya, batallah sembahyangnya itu.”(Kitab Ghayatul Bayan Halaman 120).
 
 
---------------------------------------ooooo-----------------------

 

Pos 654 - Adakah wajib mengulang sembahyang?














POS 654 - WAJIBKAH  MENMGULANG SEMBAHYANG


Adakah wajib ke atas makmum mengulang sembahyangnya apabila ternyata imamnya berhadas kecil atau hadas besar atau ada  najis yang tersembunyi, iaitu najis hukmi yang tidak mempunyai rasa, warna dan baunya.

    Pada pendapat kebanyakan ulama’ tidak wajib makmum itu mengulang sembahyangnya. Demikianlah juga apa-apa yang tersembunyi ke atas makmum pada kebiasaannya, maka tidak wajib mengulang sembahyang itu seperti imam tidak berniat atau ia tayammum pada tempat yang biasanya ada air atau ia tidak membaca Fatihah, atau basmillah pada solat sirriyyah atau tertinggal membaca tasyahhud.

    (Rujukan: Kitab Ihya Ulumiddin Jil. 1)

POS 653 - KEWAJIPAN BERTAUBAT DENGAN SEGERA

        
                            Bertaubatlah sebelumjadi begini......!!     POS 653 - KEWAJIPAN BERTAUBAT DENGAN SEGERA Pendahuluan اسلام عليكم ورحمة الله وبركته. Kita bersyukur ke hadrat Allah s.w.t. kerana telah memberikan kita nikmat kesihatan yang baik, rezeki yang banyak, kesenangan hidup yang mewah, dikurniakan anak-anak yang banyak dan berilmu, maka wajiblah kita membalasinya kepada Allah s.w.t. dengan mengerjakan segala suruhanNya dan meninggalkan segala laranganNya.  Namun demikian kita juga hendaklah mengingati dalam usia kita sekarang ini berapa banyakkah dosa-dosa yang telah kita lakukan selama ini, kita melakukan segala yang di haram oleh syarak seperti menipu, berbohong, tidak melakukan keadilan, minum arak, berzina, bongkak dan sombong, amalan riak diri, meninggalkan solat lima waktu, tidak berpuasa di bulan Ramdzan, tidak mengeluarkan zakat, berperangai kedekut dan banyak lagi.  Tetapi semuanya itu jika kita ketahui bahawa Allah s.w.t. akan menghapuskan dosa-dosa itu sekiranya kita bertaubat nasuha (taubat yang tidak akan melakukan lagi dosa-dosa seperti itu dan kembali kepada suruhan Allah dan banyak melakukan amalan-amalanm sunat. Firmanallah s.w.t.: وَمَنْ يِعْمَلْ سُوْ~اءً اَوْيَظْلِم ْنَفـْسَهُ ثُـمَّ يَسْتَغْفِرِاللهَ يَجِدِ اللهَ غـَفـُوْرًارَحِيْمًـا. (النساء: 11) Bermaksud: Barangsiapa mengerjakan kejahatan atau menganianya dirinya sendiri, kemudian ia meminta ampun kepada Allah, niscaya ia memperolehinya bahawa Allah Pengampun lagi Penyayang. (An-Nisa’ ayat 110) 1..  MAKSUDNYA BERTAUBAT Ketahuilah bahawa taubat itu mempunyai tiga perkara: a. Dengan amalan ilmu bertaubat itu kita dapat mengenal dan mengetahui tentang besarnya dan beratnya dosa-dosa itu. a. Dosa itu sebagai menjadi tabir yang menyebabkan keadaan ummah terpisah dengan Allah s.w.t. a. Dengan mengetahui ilmu taubat itu menyebabkan perbuatannya meninggalkan perlakuan dosa-dosa yang sedang bergelumang dalam dirinya. 2.  2. .KEWAJIPAN BERTAUBAT a. Telah nyatalah kewajipannya bersegera bertaubat berdasarkan nas -nas Al-Quran dan hadis-hadis Rasulullah s.a.w. a. Tidak ada kebahagian yang sebenarnya di akhirat melainkan ia telah bertaubat dari segala-dosa-dosanya. a. Boleh menghalang ummah dari bertemu dengan Allah s.w.t. jika ia terlampau ikut nafsu kemungkarannya melainkan ia bertaubat dengan taubat nasuha. a. Firman Allah s.w.t.: وَتُوْبُوْا إِلىَ اللهِ جَمِيْعًا أَيُّهَا الْمُؤْمِنُوْنَ لَعـَلَّكُمْ تُفْلِحُوْنَ. النور) 31) Ertinya: Dan bertaubatlah kamu kepada Allah wahai sekalian orang-orang mukmin, semoga kamu mendapat kemenangan. (An-Nur ayat 31) يَا أَيُّهَا الـَّذِيْنَ أَمَنُوْا تُوْ بُوْا إلَى اللهِ تَوبَةً نَصُوْحًا (التحريم: 8) Ertinya: Wahai orang-orang yang beriman!, bertaubatlah kamu kepada Allah dengan taubat nasuha (taubat yang tulus ikhlas) (At-Tahrim ayat 8) إِنَّ اللهَ يُحِبُّ التَّوَّابِيْنَ وَيُحِبُّ الْمُتَطَهِّرِيْنَ. Ertinya: Sesungguhnya Allah mengasihi orang-orang yang banyak bertaubat dan mengasihi orang-orang yang mensucikan dirinya. (Al-Baqarah: 222) a. Allah s.w. mengampunkan segala dosa.Firman Allah s.w.t.: قـُلْ يَعِبَادِيَ الَّذِينَ أ َسْرَفـُوا عَلَى~ اَنـْفُسِهِمْ لَاتـَقـْنَطُوا مِن رَّحْمَةِ الله ج إِنَّ اللهَ يَغـْفِرُالذُّنُوب جَمِيعًا ج إِنـَّهُ هُوَالْغـَفـُورُّالـرَّحِيمُ. (اَلزُّمَرْ 53 ) Ertinya :“Katakanlah (wahai Muhammad): Wahai hamba-Ku yang sudah melampau batas terhadap diri mereka sendiri (dengan perbuatan maksiat), jnanganlah kamu berputus asa daripada rahmat Allah, kerana sesungguhnya Allah menganmpunkan segala dosa; sesungguhnya Dia juga Yang Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani. (Al-Zumar ayat 53)  ULASAN - Demikian bahawa setiap insan di atas dunia ini tidak dapat terhindar daripada dosa, namun di sebalik itu bahawa Allah adalah Zat Yang Maha Mengampuni doso-dosa hamba-hambaNya selain daripada dosa syirik. 3. Bertaubat Menghapuskan Dosa Sabda Rasulullah s.a.w. أَلتَّا ءِـبُ مِنَ الذَّنْبِ كَمَنْ لَا ذَنْبَ لَهُ. Ertinya:- Orang yang bertaubat dari dosanya itu, samalah seperti orang yang tiada ada mempunyai dosanya lagi. (HR Bukhari dan Muslim) 4..   Kewajipan Taubat Dengan segera a. Tujuannya segera bertaubat untuk menjadi pendorong kepada manusia supaya meninggalkan segala maksiat. Bertaubat itu wajib disegerakan kerana bahawa maksiat itu tergolong dalam perkara yang membinasakan diri dan seterusnya ia ada kaitan dengan keimanan seseorang itu. b. Wajib disegerakan bertaubat ialah semua anggota badan manusia itu tidak pernah sepi dari berbuat maksiat.  Segera bertaubat maka anggota badan tidak dapat melakukan maksiat dan ini akan menjadikan iman manusia itu teguh dan berbalik mengingati Allah dan tidak pula terkena godaan syaitan b. Manusia itu semenjak mula kejadiannya di dunia suka ikut hawa nafsunya. Bertaubat bukan saja tinggalkan ikut hawa nafsunya tetapi taubat yang sempurna ialah mengenang kembali dan menyesali segala maksiat yang telah terlanjur di masa-masa yang lalu.   Bertaubat itu menerangkan kembali hatinya yang telah terpadam kerana maksiat itu. b. Firman Allah s.w.t.: وَذَرُوْا ظَهِرَا لْاءِثْم ِ وَبَاطِنَهُ ج إِنَّ الَّذِيْنَ يَكْسِبُوْنَ الْاءِثْمَ سَيُجْزَوْنَ بِمَا كَانَوْايَقْتـَرِفـُوْنَ. ( الانعام (120 ) Ertinya: “Dan tinggalkanlah dosa yang nampak dan yang tersembunyi. Sesungguhnya orang-orang yang mengerjakan dosa kelak akan diberi pembalasan (pada hari kiamat) disebabkan apa yang telah mereka kerjakan” (Al-Am ayat 120) e.  Firman Allah s.w.t. إِنْ تَجْتـَنِـبُوْا كَبَآءِرَمَا تـُنْهَوْن َعـَنْهُ نـُكـَفِّرْعَنْكُمْ سَيِّـءَـا تِكُمْ وَنـُدْ خِلْكُمْ مُّدْ خَلًا كَرِيْمـًا. (النساء : 31) Ertinya: “Jika kamu menjauhi dosa-dosa besar di antara dosa –dosa yang dilarang kamu mengerjakannya, nescaya Kami hapuskan kesalahan-kesalahan dosa-dosa yang kecil dan Kami masukkan kamu ke tempat yang mulia (iaitu Syurga). (An-Nisa’ ayat 31)  f..Firman Allah s.w.t.: Ertinya: -Barangsiapa mengerjakan kejahatan atau menganianya dirinya sendiri, kemudian ia meminta ampun kepada Allah, niscaya ia memperolehinya bahawa Allah Pengampun lagi Penyayang. (An-Nisa’ ayat 110) g. Firman allah s.w.t.   Posted by Che Dan at 5:06 PM 06 Nov 2011    - no comments    -----------------OOOOOOOOOOOOOOO------------------------------------

POS 652 - MENJADI LELAKI SOLEH

POS 652- MENJADI LELAKI YANG SOLEH. بِسْمِ اللهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْمِ. أَوْأ مَنْ عَمِلَ سَيِّـءَـة فَلَايُجْزَى إِلَّامِثـْلَهَا. وَمَنْ عَمِلَ صَلِحًا مِّنْ ذَكَر اَوْءُنْثـَى وَهوَمُؤْمِنٌ فَـأ وْلَـءِـكَ يـَدْ خـُلُونَ الْجَنـَّة يُرْزَقـُونَ فِيهَا بِغَيْرِ حِسَابٍ. (المؤمين 40) Bermakasud: Barangsiapa mengerjakan perbuatan jahat, maka dia tidak akan dibalasi melainkan sebanding dengan kejahatan itu. Dan barangsiapa mengerjakan amal yang soleh baik lelaki mahupun perempuan sedang ia dalam keadaan beriman, maka mereka akan masuk syurga, mereka diberi rezeki di dalamnya tanpa dihisab. (Al-Mukmin: ayat 40) Lelaki Kepada Ibu Bapa Soleh Berbakti. Di dalam Al-Quran surah Al-Isra’ ayat 23-25, Allah s.w.t. berfirman yang bermaksud: ”Dan Tuhanmu telah memerintahkan supaya kamu jangan menyembah selain Dia dan hendaklah kamu berbuat baik kepada ibu bapa dengan sebaik-baiknya. Jika salah seorang di antara keduanya atau kedua-duanya sampai berumur lanjut dalam pemeliharaanmu, sekali-kali janganlah kamu mengatakan kepada keduanya perkataan ”uffhah” perkataan tidak baik dan janganlah kamu membentak mereka dan ucapkanlah kepada mereka perkataan yang mulia” ”Dan rendahkanlah dirimu terhadap mereka berdua dengan penuh kesayangan dan ucapkanlah: ”wahai Tuhanku, kasihkanlah mereka berdua, sebagaimana mereka berdua telah mendidik aku di waktuku kecil” ”Tuhanmu telah mengetahui apa yang ada dalam hatimu: Jika kamu orang-orang yang baik, sesungguhnya Dia Maha Pengampun bagi orang-orang yang bertaubat” Pengertian Berbakti kepada dua Ibu Bapa. Berbakti kerpada keduanya bererti mematuhi perintah mereka berdua. Berdasarkan ini, jika keduanya atau salah seorang dari mereka menyuruh anak, mengerjakan amal ibadat, bertaqwa kepada Allah, membantu nereka dengan wang ringgit atau kerja-kerja yang bermanafaat, maka wajiblah mentaatinya apabila perintah itu bukan yang melakukan maksiat. Meskipun apda aslnya suruhan itu bukan jenis mubah. Ada sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Bukhari yang bermaksud: ”Tidaklah seorang muslim mempunyai ibu bapa yang muslim dan dia berbakti kepada keduanya, melainkan Allah membuka baginya dua pintu syurga. Jika seorang saja maka satu pintu. Dan apabila ia membuat marah salah seorang dari mereka, Allah tidak redha kepadanya sampai orang tua itu redha kepadanya.” Kecintaan Pada Ibu. Diriwyatkan dalam Hadis Sahih dari Abu Hurairah r.a., Ia berkata seorang lelaki datang kepada Nabi s.a.w., lalu berkata: ”Siapakah orang yang paling berhak untuk mendapat perlakuan baik dariku?” Baginda menjawab ”Ibumu”. Orang itu berkata: ”Kemudian siapa?” Baginda menjawab: ”Ibumu”. Orang itu berkata” Kemudian sipa?” Baginda menjawab:”Ibumu”. Orang itu berkata: ”Kemudian siapa?” Baginda menjawab ”Ayahmu” Hadis ini menunjukkan kecintaan dan kasih sayang kepada ibu harus tiga kali lipat dari kecintaan terhadap ayah. Nabi s.a.w. menyebut tiga kali dan menyebut ayah hanya sekali saja. Pengertian ini boleh dibuktikan dengan nyata, kerana ibulah yang mengalami kesulitan hamil, memeliharakan, menyusui dan mendidik. Inilah tiga hal yang tidak dirasakan oleh ayah. Beriman dan Beramal Soleh. Dalam al-Quran Surah Al-Ankabut ayat 9 Allah s.w.t. berfirman yang bermaksud: ”Dan orang-orang yang beriman serta berbuat amal soleh, nescaya mereka Kami masukkan di antara orang-orang yang soleh.” (Al-Ankabut ayat 9) Mendoakan Kepada Ibu bapa. Anak harus mendoakan orang tuanya. Sebetulnya pahala boleh sampai dengan setiap amal soleh dari anak, baik ia mendoakannya ayahnya atau tidak, kerana Allah memberi pahala kepada setiap perbuatan hamba, baik usahanya sendiri secara langsung atau tidak langsung. Ketentuan merupakan dorongan bagi anak berdoa, agar bermanafaat bagi ayah dan ibunya dalam tiga segi. Sebagaimana penanam pohon dan mendiri tempat tempat pengenipan umum, misalnya akan mendapat pahala atas kekenyangan orang muslim yang memakannya dan ketenangannya, baik si pemakan dan si penginap, mendoakan kedua orang tuanya. Dalam sehari sekali, atau dalam sebulan, atau dalam setahun. Anak hedakalah mendoakan ayah dan ibunya di akhir solat (di akhir setiap solat sesudah menbaca tasyahud.) Memohon ampun Untuk Ibu dan Bapa. Anak hendaklah memohon ampun kepada Allah s.w.t. bagi keuda ibu bapanya. Mengenai hal ini diriwayatkan dari Abi Hurairah, ia berkata, bersabda Rasulullah s.a.w yang bermaksud: ”Sesungguhnya ada orang yang dinaikkan darjat di syurga” Ia berkata ”Wahai Tuhan dari mana aku boleh mencapai darjat ini?” Dijawab: ”dengan permohonan ampun bagimu oleh anak-anak mu.” (HR Ahmad, Ibnu Majah dan Baihaqi”) Bila memohonkan rahmat bagi kedua orang tua dan memohon ampun bagi keduanya merupakan bakti kepada kedua orang tua sesudah meninggal termasuk bakti pula bersedekah bagi mereka. Melunasi Hutang Ibu Bapa. Diriwayatkan dari Ibnu Abbas, ia berkata seorang lelaki datang kepada Nabi s.a.w. dan bertanya, lalu baginda bersabda yang bermaksud: ”Ya Rasulullah, ibuku meninggal dan ia berhutang puasa sebulan. Apakah aku harus membayarkannya bagi ibuku?” Baginda bersabda: ”Andaikata ibumu berhutang wang, apakah engkau harus membayarnya?” Orang itu menjawab: ”Ya” Baginda bersabda: ”Hutang Allah lebih patut dibayar” Begitu pula bakti kepada kedua orang tua adalah menunaikan ibadah haji sesudah mereka meninggal dunia. Diriwayatkan dari Ibnu Abbas, seorang wanita dari suku Jahaniah datang kepada Nabi s.a.w. dan bertanya, lalu baginda bersabda yang bermaksud:- ”Sesungguhnya ibuku bernazar untuk menunaikan haji, namun ia tidak mengerjakan haji sampai mati. Apakah aku mengerjakan haji untuknya?” Baginda bersabda: ”Kerjakanlah haji untuknya. Bagaimana kalau ibumu berhutang, bukankah engkau melunaskannay?” bayarkanlah, kerana nazar itu lebih patut untuk dilunasi” (HR Bukhari) Belaian Mesra Ketika Mereka Tua Firman Allah s.w.t. dalam Al-Quran surah Al-Isra’ ayat 23 yang bermaksud: ”Jika salah seorang di antara keduanya atau kedua-duanya sampai berumur lanjut dalam pemeliharaan kamu, maka sekali-kali janganlah kamu mengatakan kepada keduanhya perkataan ”ah” dan janganlah kamu membentak mereka dan ucapkan- lah kepada mereka perkataan yang mulia. (Al-Isra’ ayat 23) Masa pemeliharaan yang lama biasanya menyebabkan rasa berat, menimbulkan kebosanan dan kejemuan, sehingga kadang-kadang timbul kemarahan kepada kedua orang tua. Setidak-tidaknya menampakkan rasa jemunya dengan tarikan nafasnya yang berulang-ulang. Allah s.w.t. menyuruh melayani kedua orang tua dengan perkataan yang mulia, bersih dari cela. Sekadar memandang kepada keduanya dengan marah juga dianggap derhaka. Sebagaimana firman Allah s.w.t dalam Al-Quran surah Al-Ahqaf ayat 15 yang bermksud” ”Kami perintahkan kepada manusia supaya berbuat baik kepada dua orang ibu bapanya. Ibunya mengandungnya dengan susah payah dan nelahirkannya dengan susah payah. Mengandungnya sampai menyapihnya adalah tiga puluh bulan, sehingga apabila ia telah dewasa dan umurnya mencapai empat puluh tahun ia berdoa: ”Ya Tuhanku, tunjukilah aku untuk mensyukuri niknmat-Mu yang telah Engkau berikan kepadaku dan kepada ibu bapaku dan supaya aku dapat berbuat amal solih yang Engkau redhai. Berilah kebaikan kepadaku dengan (memberi kebaikan) kepada anak-cucuku. Sesungguhnya aku bertaubat kepada Engkau dan sesungguhnya aku teemasuk orang-orang yang brserah diri.” (Al-Ahqaf ayat 15) Lelaki Soleh Sebagai Suami Agama Islam telah meangkat darjat seorang suami yang soleh dan isteri yang solehah. Suami soleh adalah seorang suami yang berpegang teguh dengan syariat Allah dalam kehidupannya iaitu: a. Suami soleh menunaikan kewajipan-kewajipan Allah, keluraga dan semua orang yang menjadi tanggungannya dengan semangat, penuh perhatin serta lapang dada. b. Suami soleh tidak tamak, tidak menuntut hak lebih banyak dari yang semestinya, bahkan tolak ansur dengan kekurangan yang ada. Ia tidak menyia-nyiakan kewajipan-kewajipannya, bahkan ia tunaikan sebelum menutut haknya. c. Suami soleh hendaklah membahagiakan isterinya, dengan berkeperibadian akhlak yang mulia. Hendaklah suami soleh menghiasi dengan perangai-perangai orang soleh yang terpilih . Bersikap menyenangkan tatkala ia kembali dari tempat kerja atau dari perjalanan jauh. Hendaklah menunjukkan wajah yang berseri bila bertemu isterinya dan berikan senyuman yang tulus ikhlas. d. Seorang suami bila berbicara dengan isnterinya hendaklah mnggunakan kata-kata yang baik dan ungkapan yang menarik. Hendaklah kalimat yang diucapkan diiringi dengan sikap yang menjadikan isteri merasa dirinya diambil perhatian. Hendaklah dengan lemah lembut dan jelas, mudah diterima. Jangan dengan cara memekik-mekik menjadikan isterinya merasa takut danbenci terhadapnya. e. Mendidik dengan akhlak yang mulia iaitu anak kecil perlu mendapatkan didikan nilai-nilai yang murni dari ibu bapa. Sebagai permulaannya ibu bnapa perlu membuat contoh diri mereka dengan bderperangai yang baik supaya mdenjadi contoh adan ikutan olah anak-anak. Jangan ada pergaduhan asesama ibubapa,jadikan rumah tangga sebagai taman syurga bagi mereka. f. Saling tolong Menolong antara Suami Isteri Seorang suami soleh yang baik dapat memberikan rasa senang kepada isteri dengan membantu melaksanakan tugas-tugasnya. Alangkah indahnya saat-saat itu, saat suami ada dsi sisinya membantu menringankan beban dengan sikap tulus ikhlas. Kehidupan rumahtangga merupakan kerja sama suami isteri. Ada beberapa urusan yang menjadi tanggungjawab isteri. Namun tidaklah dilarang suami turut membantu menunauikan tanggungjawab itu. Suami hendaklah membantu meringankan tanggungjawab isteri untuk sebagai mewujudkan kedamaian, ketenagan, perasaan, ceria suka cita dan beroleh kebahagian. Firman Allah s.w.t. yang bermaksud :- ” Dan di antara tanda-tanda kekuasaan-Nya adalah Ia menciptakan untukmu isteri-isteri dari jenismu sendiri, supaya kamu cenderung dan merasa tenteram kepadanya dan dijadikan-Nya di antaramu rasa kasih dan sayang. Sesungguhnya pada yang demikian itu benar-benar terdapat tanda-tanbda bagi kaum yabng berfikir.” (Ar-Rum ayat 21) ----------------------oooooooooooo-----------------------

Pos 651- Mukjizat kepada Nabi s.a.w.

Pos 651 - Mukjizat kepada Nabi s.a.w. .Mukjizat yang dikurniakan kepada Nabi s.a.w. terbahagi kepada dua; (1) Mukjizat Hissi dan (2) Mukjizat Maanawi. Jelaskan maksud keduanya dengan disertakan contoh. *جوافن. معجزة حِسِيْ – اياله معجزة يغ دافت دليهت دغن مات كاسر اتو يغ دافت دعلامي دغن فنجاندرا يغ ليم. جونتوه سفرت معجزة نبي ابراهيم دباكر تيدق هاغوس, دان معجزة نبي محمد ترفنجر اير دري جله-جله جاري دي. معجزة معـنـوي – ايله يغ هان دافت دفهامي دغن داي عقل. معـجزة جنيس اين ممرلوكن كاجين دان تـليتـي, كران اي تيدق دافت دمغرتي دغن فـنجأندرا ملينكن مغكون عقل فيكيران. معجزة الـقرآن اداله ساتو درفد معجزة معنـوي. كندوغـن تاتا بهاس ايت هان دافت دكتهوي افبيلا سسؤرغ ممفلاجري دان مغكاجي الـقرآن. الله تعالى كرنيكن كفد نبي محمد اكن كدوا-دوا فركارا ايت.(230 كاموس) ---------------ooooo----------

Pos 650 - Allah Menguncikan mulut orang kafir

Pos 650- Firman Allah Taala: اَلـْيَوْم نَخْتِمُ عَلىَ~ أَفْوَهِهِمْ وَتُكَلِّمُنَا~ أَيْدِيْهِمْ وَتـَشْهَدُ أَرْجُلـُهُمْ بِمَا كَانٌوْا يَكْسِبُونَ. (سورة يــس 65) Terjeman kalimat yang bergaris di bawahnya ke dalam bahasa Malaysia. Apakah pengajaran yang dapat diambil daripada ayat tersebut. Jawapan. ”Pada hari ini, Kami kuncikan mulut mereka dan tangan-tangan mereka memberi tahu Kami (kesalahan masing-masing), serta kaki mereka pula menjadi saksi tentang apa yang mereka telah usahakan.”(Yasin ayat 65) Pengajaran dari ayat tersebut bahawa Allah menguncikan mulut orang-orang kafir, dan tangan-tangan mereka meberi tahu tentang dosa yang telah mereka lakukan di dunia, dan kaki mereka pula menjadi saksi tentang perbuatan derhaka pada Allah di dunia dahulu,dan mereka itu akan di masukkan ke nerakan jahannam. ---------------------oooo--------------