Saturday, 14 May 2011

Masalah Agama Islam Bab 339 - Siaran pos 165




Masalah  339.(84)*-Bagaimana hal rujuk..

Bagaimanakah berlaku dalam hal rujuk dan percreraian. Minta huraikan.

(a).  Rujuk dari segi  istilah ialah mengembalikan isteeri yang telah ditalak rajaie (bukan  bain) kepada perl\kahwinan asal sebagai isteri sepenuhnyaa di dalam iddah dan dengan syarat-syarat tertentu.

(b).  Rukun rujuk dan syarat–syarat sah rujuk:
(1)  Al-Murtajie –.
Suami atau mereka yang mengambil tempat suami.
(2)    Kedua iaitu tempat yang dirujuk
                   (3)..  Yakni sighah (lafaz)

        c.)     Syarat-Syarat rujuk
(1)              Murtaji’orang yang mempunyai kelayakan berkahwin dengan sendirinya, iaitu seorang yang berakal, baligh dan membuat pihlihan sendiri.

(2)              Isteri yang dicerai itu boleh menjadi halal bagi suami yang merujuk. Tidak sah merujuk isteri yang murtad pada ketika iddahnya,


(3)              Isteri yang diceraikjan itu hendaklah ditentukan atau dipastikan yang berkenaan.

(4)              Hendaklah isteri itu yang  telah disetubuhinya. Tidak sah    rujuk dengan isteri yang tidak disetubuhi  kerana telah mejadi talak baian.
(5)              Hendaklah perceraian itu dengan talak, maka tidk saah rujuk isteri yang dicierai dengan fasakh atau khuluk.
(6)              Hendaklah talak itu tidak sampai kadar maksima
(7)              Hendaklah talak itu tanpa bayaran
(8)              Hendaklah rujuk itu dilakukan sebelum berkahirnya iddah.


Masalah  340  (85) *-Implikasi Rujuk cara perbuatan.

Apakah menjadi Implikasi Rujuk secara Perbuatan.
Seperti yang kita ketahui di dalam rukun-rukun bahawa sighah adalah salah satunya. Ini bererti bahawa merujuk bekas isteri tanpa sighah, sama ada sareh atau kinayah, tidak sekali sah menurut pendapat Mazhab Shafie.  Hal ini disebabkan perkahwinan yang diuraikan ikatannya oleh talaq telah berlangsung menerusi ucapan, untuk mengikatnya kermbali mestilah juga dengan ucapan.

Adapun perbuatan seperti bersetubuh dan bercium, berdakap, berpeluk dan sebagainya, maka tidak akan hasil rujuk dengannya menurut mazhab Shafie, bahkan hukmnya adalah haram kerana  talak menghilangkan perkahwinan.
Pendapat mazhab selain dari Shafie boleh dilakluklan dan sah.

Pendpat yang sebenarnya adalah rujuk dengan lafaz sahaja yang sah  dan          dengan perbuatan ulama taidak sepakat mengeashkannya,


Masalah  341. Fasakh (melepaskan peerkahwinan)

Apakah itu Fasakh dan apa perbzaan dengan Khuluk. (146) (186)

Jawapan.

Mempasakhkan akad nikah berarti membatalkannya dan melepaskan ikatan pertalian antara suami isteri. Fasakh terjadi kerana syarat-syarat yang tidak terpenuhi pada akad nikah atau kerana hal-hal lain datang kemudian yang membatalkan kelangsungannya perkahwinan.

Perbezaannya di antara Khuluk dengan fasakh ialah, Khuluk bererti isteri meminta bercerai dengan membayar kepada suaminya itu. Dan dalam Fasakh bererti bahawa sekiranya si isteri tidak berjaya membuat Khuluk ia boleh mengemukakan tuntutannya itu kepada pihak mahkamah syariah bagi melepaskan dirinya dari cengkaman si suami (145) ketika dia berada di dalam keadaan terhimpit oleh gelagat si suami yang tiudak berperikemuansiaan.

Contoh fasakh kerana syarat-syarat yang tidak terpenuhi dalam akad perkahwinan ialah:-  (186 – 292)

a..Setelah akad nikah ternyata isterinya adalah  saudara sesusuan.

b..Suami-isteri masih kecil diakadkan oleh selain ayah atau datuknya, kemudian setelah dia dewasa maka ia berhak untuk meneruskan ikatan perkahwianannya dahulu itu atau menghakhirinya.
 Khiyar ini disebut khiyar baligh.  Jika yang dipilih mengakhiri ikatan suami-isteri maka hal ini disebut fasakh akad.

          Contoh fasakah kerana hal-hal mendatang setelah akad ialah:-

1.           Bila salah seorang dari suamni-isteri murtad dari   Islam dan tidak mahu kembali sama sekali. Maka akadnya fasakh (batal) disebabkan kemurtadan yang terjadi belakangan ini.

2.           Jika suami yang tadinya kafir masukIsslam, tetapi isteri tetap dalam kekafiirannya,iaitau tetap jadimusyrik, maka akakdnya batak (fasakh).

3.           Pisahnya suami isteri akibat fasakh berbeza daripada kerana talaq..  Sebab talaq ada talaq rajaie dan talaq bain. Talaq rajaie  tidak mengakhiri ikatan suami-isteri dengan seketika.  Dan talaq bain menghakhirinya ikatan perkahwinan seketika itu juga.
4.           Adapun fasakh baik kerana hal-hal yang terjadi belakangan ataupun kerana adanya syarat-syarat yang tidak terpenuhi, ia mengakhiri ikatan perkahwianan sekektika itu  juga.

5.           Selain itu pisahnya suami isteri kerana talaq dapat mengurangkan bilangan talaq. Jika suami mentalaq isterinya dengan talaq rajaie, lalu rujuk lagi semasa iddahnya, atau akada lagi sehabis iddahnya, dengan akad baru, maka perbuatannya dihitung satu kali talaq dan ia masih ada kesempatan melakukan talaq dua kali lagi.

6.           Adapun pisahnya suami isteri kerana Fasakh, maka hal i

7.           ni tidak berarati mengurangi bilangan talaq, sekalipun terjadinya fasakh kerana khiyar baligh, kemudian kedua  orang suami-isteri tersebut kawin dengan akad baru lagi, maka suami tetap punya kesempatan tiga kali talaq.

8.           Pisahnya suami isiteri kerana suami dan samasekakli tidak ada pengaruh isteri disebut talaq. Dan setiap perpisahan suami-iiteri kerana isteri, bukan kerana suami, atau kerana suaami tetapi dengan pengaruh dari isteri disebut fasakh.

(Nota rujukan: Undang-Undang  Kelarga Islam (Perkahwinan)
                       Oleh Prof. Dr. Mat Saad, para 186 –





xxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxx

Wednesday, 11 May 2011

Masalah Agama Iaslam Bab 338 - siaran pos 161


Masalah 338 (83)*.-Apakah   ‘Iddah Perceraian.

 a…   Sebab Wajib Iddah

Diwajibkan seseorang isteri itu beriddah ialah kerana tiga sebab:-


(1)  Perceraian dari suami yang hidup dengan talak satu atau lainnya.

Hendaklah perceraian itu terjadi setelah berlaku persetubuhan yang sebenar dalam perkahwinan yang sah atau fasid atau dalam keadaan syubhah, sama ada persetubuhan itu halal atau haram (seperti wati isteri yang sedang haid atau berihram haji atau umrah). Kalau tidak ada berlaku persetubuhan  tidak ada   iddah walau pun ada berlaku khalwat diantara mereka berdua. Hendaklah suami dan isteri itu orang yang munkin boleh dilakukan persetubuhan.

(2)   Wati Syubhah

Ialah  persetubuhan yang berlaku dalam keadaan syubhah tentang halalnya seperti persetubuhan yang berlaku dalam perkahwinan yang tidak sah. Atau menjadi syubhah bagi pihak lelaki yang menyangka perempuan yang di wati itu isterinya, tetapi ia bukan isterinya. Maka perempuan itu wajib beriddah sama ia dara atau janda, isteri orang atau tidak.
Wati syubhah ialah persetubuhan yang tidak wajibkan dikenakan hukum hudud ke atas lelaki yang berwati, ada kemungkinan perempuan itu boleh dikenakan hukum hudud seperti yang  sudah baligh atau  perempuan yang berakal dan sebagai lagi, wajib ianya beriddah kerana menghormati air maninya.
(3)   Kematian suami.

Seorang perempuan itu wajib beridah kerana kematian suami, maka wajib ianya beriddah walaupun ia belumn lagi disetubuhi atau sedang menjalani iddah talak rajaie yang belumn tamat.

   
Firman Allah s.w.t yang bermaksud:

“Dan isteri-iseteri yang  diceraikkan itu hendaklah menunggu dengan menahan diri mereka (dari berkahwin) selama tiga kali suci (dari haid)
                                                                               (Al-Baqarah ayat 228 )

Para ulama’ mujtahidin sekata sependapat (ijma’) bahawa ‘iddah adalah suatu hukum yang telah diperuntukkan melalui al-Quran dan al-Sunnah, bahkan ia termasuk dalam sejumlah hukum yang diketahui dengan mudah dalam Islam..


 b……Pembahagian Wanita yang Beriddah.  

Wanita yang beriddah dibahagikan kepada dua bahagaian iaitu:-
 Pertama -Wanita yang diceraikan dalam perceraian hidup dengan talak atau fasakh dan wanita yang diwati syubhah dan idahnya seperti berikut:-
(1)  Wanita yang berhaid atau pernah datang haid dan tidak mengandung waktu di cerai, maka iddahnya tiga kali suci.

Firman Allah  swt yang bermaksud:-
                     “Dan isteri-isteri yang dicieraikan itu
                      hendaklah menunggu
                     dengan menahan diri mereka (dari
                      berkahwin) selama tiga 
                      furu’ (suci)”      (Al-Baqarah ayat 228)

(2)  Semasa diceraikan tiba-tiba datang haid kali pertama dalam hidupnya maka suci itu tidak dikira, kerana tidak berada diantara dua darah, oleh itu ia memerlukan tiga kali suci lagi selepas haid itu  (jadi 4 kali suci)

(3)  Perempuan yang  pernah datang haid  selepas diceraikannya walau pun satu minit selepas diceraikan, haid pun datang maka ia telah memperolehi satu haid, dan iddahnya akan berkahir dengan masuk haid kali ketiga.

(4)  Bagi yang diceraikan dalam masa haid iddahnya akan berkahir apabila masuk  haid yang keempat selepas bercerai.

(5)  Kalau ia dicereai semasa nifas (beranak) maka ia memerlukana  tiga kali suci selepas nifiaas, nasa nifas itu  tidak dikira idaahnya akan berkahir dengan masuk haid keempat.

(6)  Bagi perempuan yang putus dari haid maka hendaklah ia beriddah selama tiga bulan.
    

            c. Kedua -Perempuan yang mati suami  mempunyai
            iddah berikut:-

(1)              Yang Mengandung
Jika ia mengandung maka iddahnya ialah hingga  melahirkan kandungan dengan  sempurna. Juga hendaklah kandungan  itu boleh di nasabkan kepada suami yang mati   
Jika kandungan itu berpunca dari wati sayubhah maka iddahnya empat bulan sepuluh hari selepas melahirkan kandungan itu.
Jika ia mengandung dengan sebab berlaku wati syubhah dalam masa iddah hendaklah di sempurnakan yang baki itu selepas melahirkan anak, kerana iddah mengandung mestilah didahulukan daripada iddah mati

(2)              Yang Tidak mengandung
Jika seorang itu yang kematian suami  tidak mengadung sama ada disetubuhi atau belum maka iddahnya empat bulan sepuluh hari  dan malamnya, walaupun isteri itu berada dalam iddah talak rajaie, maka ia tetap kenaa beriddah empat bulan sepuluh hari juga dari trikh kematian  suaminya itu.

                          (3).. Hikmat Wajibnya iddah 

Untuk mengetahui bersih rahim seseorang wanita yang telah diceraikan sehingga tidak bercampur antara keturunan suami pertama dan suami kedua.

Memberi peluang kepada suami iseri yang berpisah untuk kembali kepada kehidupan berkeluarga semula.

Sebagaui menyanjung tinggi urusan perkahwinan betapa ppentingnya perkahwinan dibina.

Untuk menyatakan kesedidhan dan berkabung (ihdad) di atas kematian suami yang dikasihi dan berakahir  nikmat satu perkahwinan.

                d..Permulalan prkiraan Idaah

                  Dikira sebaik sahaja terjadi perceraian, sama ada
                  kematian, talak
                  dan sebagainya. Sama ada perempuan itu tahu
                  atau tidak ianya
                   dicerai atau kematian suaminya, maka tarikh
                  iddah  itu bermula
                  dari tarikh yang berlaku kejadian dan bukannya 
                  tarikah yang ia
                  tahu. Contohnya seorang perempuan    telah
                  dicerai pada bulan
                  Muharram, kemudian  dia diberitahu pada bulan
                  Rabiul Akhir,
                  sedangkan dalam masa tiga bulan itu isteri tadi
                  melalui tiga atau
                  empat kali suci, maka ia tidak perlu lagi
                  memulakan iddah baru
                  setelah diberitahu, bahkan   ia boleh berkahwin
                  pada hari itu
                  juga.


 e...Pertukaran  iddah Suci kepada idah Bulan.

             Apabila seorang lelaki menceraikan isterinya yang pernah berhaid, kemudian ia meninggal dunia sedangkan isterinya belum lagi habis iddahnya, maka jika perceraian itu talak rajaie hendaklah ia beriddah dengan iddah mati suami, iaitu empat bulan sepuluh hari dari taaikh kematian suaminya itu.  Tetapi jika talak bain ataua fasakh maka iddahnya tidak akan berubah kerpada iddah mati pula.


      f... Pertukaran Iddah Bulan kepada  Quru
             Apabila seoranhg perempuan telah mulai beiddah
            dengan bulan
            kerana kecilnya atau tidak pernah lagi datang haid
           tiba-tiba datang
            haid maka wajiblah ia berpindah kepada iddah
            quru’.
                    

                   Tempoh iddah yang paling kurang.
                   Tempoh masa yang mungkin berakhir iddah
 
                   ialah 32 hari.

               Perempuan Berzina tiada iddah,
              Tidak wajib beriddah perempuan yang 
               melakukan persetubuhan 
               perzinaan.



xxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxx

Saturday, 7 May 2011

Masaah Agama Islam Bab 335-337

Email - hjdan@myjaring.net
URL   -www.hjchedan.blogspot.com
Masalah 335 * – Masalah Kufu’ (sama taraf)
ApakahWali tidak harus mengkhawinkan dengan lelaki yang tidak sekufu.’
Jawapan.
Para Ulamak Mazhab Shafiei sepakat berpendapat ia merupakan hak bagi bakal isteri dan walinya. Lantaran itu wali seseorang perempuan  tidak harus mengkahwinkan dengan lelaki yang tidak sekufu’ (tidak setaraf) kecuali jika dipersetujui oleh mereka dan kesemua walinya yang lain kerana perbuatan itu akan menyebabkan si perempuan dan diri mereka akan mendapat malu.  Tetapi jika perempuan yang berkaitan bersetuju dan para walinya juga bersetuju, maka haruslah dilangsungkan perkahwinan itu.

Kufu’ sebenarnya boleh dilihat di dalam beberapa sudut; kufu’ dari segi agama, kufu’ dari segi iffah, kufu’ dari segi keturunan, kufu’ dari segi kekayaan harta benda wang ringgit dan kufu’ dari segi ketaatan dan ketaqwaan kepada Allah.
Kufu’ dari segi agama bermaksud kedua-dua mereka adalah sama seagama.  Dengan erti seorang yang beragama Islam tidak kufu’ dengan seorang yang bukan Islam.  Kufu’ dari segi iffah bermaksud kedua-dua mereka adalah orang-orang yang terpelihara dari segala amalan yang haram di dalam pergaulan harian. Lantaran itu serorang yang berketurunan baik-baik atau mulia dianggap tidak kufu’  jika dia berkahwin dengan seorang yang datangnya dari keturunan penzina, penjudi atau peminum arak sekalipun orang itu seagama dengannya.
Kufu’ dari segi keturunan bermaksud kedua-dua mereka adalah sama sebangsa atau sana taraf hidup, tetapi jika mereka sama-sama setuju maka ia tidaklah menjadi halangan lagi. Kufu’ dari segi kataatan kepada perintah dan larangan Allah, inilah antara kufu’ yang sesuai diberikan perhatian dan penekanan oleh bakal isteri dan para wali kerana  manusia menurut pandangan Allah tidak mempunyai apa-apa kelebihan atau kekurangan di antara satu dengan yang lain kecuali dengan ketaqwaan kepada Allah sahaja. Itulah makhluk yang paling mulia di sisi Allah.

Masalah  336* (81) (175)-Pembahagian Talak .

Minta berikan pembahagian dan  huraian mengenai  Talak.


Jawapan.

Pembahagian talak.

Dalam istilah Agama talaq artinya melepaskan ikatan perkahwinan atau bubarnya hubungan perkahwinan. Perceraian atau perpisahan terputusnya aqad perkahwinan terbahagi kepada  dua bahagian iaitu perceraian yang boleh dirujuk iaitu yang dikenali dengan Talak Rajaie dan perceraian yang tidak boleh dirujuk semula iaitu dikenalai dengan Talak Bain.

Talak Rajaie

Ialah yang boleh dirujuk selagi mana isteri yang dicerai dengan talaq satu atau dua msih lagi dalam ‘iddah.  Suami boleh kembali semula kepada bekas isterinya dengan hanya mengucapkan lafaz rujuk dan dengan syarat-syarat tertentu. Ini bermakna ia tidak memerlukan kepada aqad perkahwinan yang baru untuk kedua suami isteri kembali bersatu semula.

 Talaq Bain
Ialah perceraian yang tidak membolehkan suami kembali rujuk kepada isterinya semula walaupun dalam masa ‘iddah. Talak Bain tidak memberi kuasa rujuk kepada suami.  Sekiranya mereka ingiaan bersatu semula sebagai suami isteri, pernikahan baru hendaklah dilakukan sebahgaimana perkahwinan yang pertama dahlu dengan melalui berbagai-bagai proses yang tertentu.

Masalah  337 .(82)*-Apakah ” hak-hak isteri ” yang diceraikan.

Jawapan,

Seorang isteri yang telah diceraikan mempunyai beberapa hak yang perlu ditunaikan oleh bekas suaminya sekiranya  isteri itu masih lagi di dalam iddah. Hak ini bergantung kepda jenis perceraian sama ada mati suami, talak rajaie atau talak bain. Perkara-perkara tersebut ialah:-
a.           Tempat tinggal
b.           Nafkah Iddah
c.            Mu’taah (sagu hati) bagi perceraian hidup sahaja
Tempat Tinggal.
Tempat tinggal hendaklah disediakan oleh suami bagi semua perceraian sama ada yang beriddah dengan kematian suami, talak rajaie, talak bain atau fasakh kecuali yang nusyuz sahaja.
Fifman Allah swt yang bermaksud:-
    “Tempatakanlaha isteri-isteri (yang menjalani iddahnya) di tempat kediaman kamu sesuai dengan kemampuan kamu”
                                                                                   (Al-talq ayat 6)
Nafkah Iddah
Nafkah iddah atau saraan hidup menjadi hak isteri yang ditalaq rajaie, kerana ia masih lagi  seperti hukum isteri. Kewajipan nafkah isteri ini tidak berpindah kepada iddah suami mati, kerana sekiranya iddahnya  belum berakhir maka berpindah iddahnya kepada iddah mati dan purtuslah nafkahanya. Walaupaun ia sedang mengandung.
Bagi yang dicerai dengan talak bain tidak berhak mendapat nafkah iddah kecuali jika ia mengandung maka berhak nafkah kerana mengandung,walau pun suami meninggal dunia pada waktu iddah cerai belum berkhir kerana iddah bercerai tetap terus berjalan dan tidak  berpindah kepada iddah mati.
Perempuan yang nusyuz tidak berhak mendapt nafkah dan  tempat tinggal.

Muta’ah (sagu hati ) bagi perceraian hidup sahaja.

Muta’ah ialah satu jenis hatrta yang wajib ke atas suami memberikannya kepada issteri yang telaha diceraikana padqa masa hidup dengan talak dan semumpamanya dengan syarat-syarat tertetnu.
Pemberian ini  sama ada berupakan wang, pakaiana, makanan, harta dan sebaginya.  Firmnan Allah swt yang bermaksud:=-
Dan isteri-isteri yang diceraikan berhak medapdapat muta’ah (pemberian sagu hati) dengan cara yang pataut sebagai satu tanggungn yang wajib atas orang-orang yang tgaqwa.”
                                  (Al-Baqarah ayat 241 )



 xxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxx

Masalah Agama Islam Bab 332-334 -Siaran Pos 159



Masalah  332-.Apakah itu Ayat Seribu Diner.

Saya ada mendengar orang-orang selalu menyebut ”Ayat Seribu Diner”. Minta tuan terangkan.
Jawapan.

Ayat seribu Dinar ialah dari Al-Quran, Surah At-Thalaq, ayat  2 dan 3, seperti berikut:
BERTAQWA  KEPADA  ALLAH  -

Firman Allah s.w.t. di dalam Al-Quran (65) Surah At-Thalaq , ayat 2 dan 3 :

وَمَنْ يَتـَّقِ اللهَ يَجْعـَلْ لـَّهُ مَخْرَجـًا (1)
وَيَرْزُقـْهُ مِنْ حَيْثُ لآ يَحْتـَسِبُ  ج
وَمَنْ يَتَوَكـَّلْ عَلىَ اللهِ فَهُوَ حَسْبُهُ ج
إ ِنَّ اللهَ بَلـَغ ُأ َمْرِهِ ج
قـَدْ جَعَلَ اللهُ لِكـُلِّ شَىْءٍ قـَدْرًا  (2)
Ertinya:
”Barangsiapa yang bertaqwa kepada Allah nescaya Allah akan lepaskan ia dari masalah hidup dan diberikan-Nya rezeki dari sumber  yang tidak diduga.”

”Dan barangsiapa yang bertawakkal kepada Allah nescaya Allah akan mencukupkan keperluannya.
Sesungguhnya Allah melaksanakan urusan (yang dikehendaki-Nya).  Sesungguhnya Allah telah mengadakan ketentuan bagi tiap-tiap sesuatu.”

(Al-Quran (65): Surah At-Talaq ayat 2 dan 3).

            ----------------------------ooooooooooooo-----------------------------

Masalah  333.- Tujuh Perkara dari Rasulullah .   
Dalam sebuah hadis Rasulullah s.a.w. ada menyebut supaya kita menjauhkan  tujuh perkara kemunghkaran. Minta terangkannya:-
Jawapan:

Jauhkan Kemungkaran dengan 7 Perkara. 


Sabda Rasulullah s.a.w.”
قال عليه الصلاة والسلام.

إ ِجْتَنِبُو السَّبْعَ الـْمَوْبِقَاتِ. قَالـُوْا وَمَا هُنَّ يَا رَسُوْلُ اللهِ .؟ قَالَ  :
الشِّرْكُ بِاللهِ, وَالسَّحْرُ, وَقـَتْلُ النَّفْسِ الـَّتِىْ حَرَّمَ اللهُ بِالـْحَقِّ, وَا َكْلُ الرِّبَا, وَأ َكْلُ مَالِ الـْيَتِيْمِ. وَالتـَّوَلـِّى يَوْمَ الزَّحْفِ. وَقـَذْ فُ الـْمُحْصَنَاتِ الـْغَافِلَاتِ. (رواح مسلم).
Maksudnya:  
”Jauhkan oleh kamu akan tujuh perkara yang membinasakan. Kata sahabat.: Apa dia perkara itu ya Rasulullah ?  Sabdanya “Menyengutukan Allah, dan berbuat sehear, dan membunuh orang yang diharamkan Allah membunuhnya melainkan dengan sebenarnya, dan makan wang bunga, dan makan harta anak yatim, dan berpaling lari pada hari perang sivil, dan menuduh zina akan perempuan-perempuan yang lalai.”

Ulasan.
Bahawa tujuh perkara yang disebut di dalam hadis ini setengah daripada perkara yang membawakan kepada  dosa besar, dan yang terlebih besarnya ialah syirik atau menyengutukan Tuhan. Maka Nabi s.a.w. mengingatkan supaya menjauhkan diri daripadanya, moga-moga terpelihara daraipada kebinasaannya.

Pada hari ini ada sesetengah manusia yang masih belum sedar lagi tentang dosa makan harta anak yatim iaitu apabila mereka membuat kempen mengutip derma untuk kepereluan anak-anak yatim, dengan sengaja mereka  menyeleweng wang derma tersebut untuk kepengtingan diri mereka sendiri, hanya tidak sampai setengah dari derma-derma tersebut sampai kepada  badan kebajikan anak-anak yatim  sebagaimana pihak penderma yang bertujuan memberi derma tersebut. Ingtalah dosa tersebut akan dibalasi oleh Allah s.w.t. bukan sahaja diakhirat nanti tetapi juga di dunia ini akan berlaku.  Oleh itu ingatlah dan bertaubatlah sebelum terlambat...!


Masalah  334. Ayat Al-  Quran mengharamkan arak..



Mina tuan terangkan ayat Al-Quran yang mengharamkan minuman arak itu
Jawapan.


Firman Allah s.w.t. (226)


يَـآاَيُّهَا الـَّذِيْنَ آمَنُوْ اِنَّمَا الـْخَمْرُ وَالـْمِيْسِرُ وَالْاَنْصِابُ وَالْا ْزْلا ًمُ رِجْسٌ مِّنْ عَمَلِ الشَّيْطَانِ فَاجْتـَنِيـُبوْهُ لـَعَلـَّكُمْ تُفـْلِحُوْنَ (90) ا ِنَّمَا يُرِيْدُ الشَّيْطَانُ اَنْ يُوْقِعَ بَيْنَكُمْ الـْعَدَاوَةَ وَالـْبَغْضَآءَ فِى الـْخَمِرَ وَالـْمَيْسِرِ وَيَصُدَّكُمْ عَنْ ذِكْرِ اللهِ وَعَنِ الصَّلَاةِ. فَهَلْ اَنْتـُمْ مُنْتَهُوْنَ.  (91). الماءـده 90-91).
Maksudnya: 

“Wahai mereka yag beriman.! Sesungguhnya arak dan judi dan berhala dan judi yang ditilik pada anak panah yaitu semuanya keji yaitu daripada pekerjaan syaitan, maka jauhilah akn dia moga-moga kamu dapat kemenangan. Sesungguhnya kehendak syaitan itu bahawa menjatuhkan di antara kamu itu, berseteru-seteru dan berbenci-benci.  Pada arak dan judi dan menggalangkan kamu daripada mengingatkan Allah dan daripada sembahyang, maka hendaklah kamu berhenti daripada sekalian itu.
Ulasan:

Difahamklan daripada ayat tersebut Allah s.w.t. menegahkan kamu daripada minum arak dan bermain judi dengan apa jenisnya sekalipun, kerana itu semuanya pekerjaan syaitan yang keji dan amalan syaitan. Dan juga syaitan itu berkhendak menjadikan kamu itu berseteru-seteru dan berbenci-benci di antara satu dengan yang lain, dan lagi pekerjaan itu menggalangkan daripada ingat hati kepada Allah s.w.t., lebih-lebih lagi daripada sembahyang.  Maka semuanya itu menarikkan kamu kepada kebinasaan dan membawakan kamu kelembah kehinaan.  Oleh yang demikian hendaklah kamu jauhkan
daripadanya.     (Al-Quran Surah  al-Maiadah ayat 90 dan 91). .



---------------------oooooooooooooooooooooooooo---------------------