Monday, 20 June 2011

Perginya seorang Pahlawan




Perginya sorang Pahlawan Negara. Allah Yarham General Tun Ibrahim Ismail.
Al-Fatihah.......!









Sebuah jalan di Parit Buntar,Perak.



Pasar Malam di Bandar Bahatu,Kedah.


Inilah jika anada sakit lutut
 





Makan ubat-ubat ini, dia akan hilang sakit.




Pak Omar ini sehat kerana dia selalu solat 5 waktu setiap hari dan juga solat-solat sunat dan dia selalau ke masjid solat berjemaah.  Contohoi dia.


No.4 dari kiri ialah Pak Omar sedang solat subuh.

Amar makruf nahi munkar......














E-mail – hjdan@myjaring.net.
Atau – www.hjchedan.blogspot.com/

EHWAL  AGAMA ISLAM – SIARAN  KE  89


اسَّلآمُ عَـلـَيْكـُمْ وَرَحْمَـة ُاللهِ وَبَرَكــَتـُه

Amar Makruf Dan Nahi Munkar.


Pendahuluan.


Segala pujian bagi Allah s.w.t. Tuhan yang mencipta segala kejadian. Selawat dan salam ke atas Junjungan Besar Nabi Muhammad s.a.w. serta keluarga dan sahabat-sahatnya sekalian.
بِسْمِ اللهِ الرَّحْمَن ِ الرَّحِيـم ِ.

إِنَّ اللهَ وَمَلـَـءِـكَتـَهُ يُصَلـُّوْنَ عَلىَ النَّبِىِّ ج يَــأ َيُّهَا الـَّذِيْنَ ءَا مَنُوْا صَلـُّوْا عَلـَيْهِ وَسَلـِّمُوْا تَسْلِيْمـًـا.

”Allah dan para malaikat memberikan rahmat kepada Nabi.
Wahai Orang-orang beriman, berikanlah selawat dan salam kepadanya.
(Al-Ahzab(33); ayat 56)

Masalah - 482Amar Makruf Dan Nahi Munkar.

1..  Orang-orang yang menjalankan tugas menyuruh berbuat baik dan melarang dari berbuat jahat mempunyai  tiga tatacara atau adab yang perlu dimiliki iaitu (1) Ia hendaklah berilmu, (2) Ia mestilah orang yang warak (3) Ia hendaklah berbudi pekerti yang baik.

2..  Berilmu maksudnya: ia patutlah mengetahui letak duduknya perkara-perkara yang hendak disuruh atau dilarang, supaya ia tiada terkluar dari had dan batasan syariat Islam.

3.. Warak maksudnya: ia mencegah seseorang dari melakukan kemunkaran itu sahaja, dan jangan ia sekali-kali melampaui batas yang di izinkan oleh syariat dalam tugas ini, disebabkan oleh tujuan-tujuan yang lain.  Hendaklah kata-katanya itu masuk akal, dapat diterima oleh orang itu.  Kalau tidak tentulah ia akan dijadilan bahan ejekkan dalam menjalankan tugas nenyuruh atau melarang itu, kelak orang itu akan menunjukkan sikap berani terhadapnya.

4.. Berbudi pekertyi yang baik maksudnya: seberapa nboleh biarlah dia bersikap lemahlembut dan belas kasihan kepada sesiapa pun, sebab ia merupakan pokok bab ini dan tujuan asalnya.  Berilmu dan warak sahaja tidak mencukupi, kerana bila kemarahan menguasai diri tiada memadailah untuk menahan hanya dengan berilmu dan warak semata-mata melainkan jika ada pada tabiat kita sifat berbudi peklerti baik yang akan melenyapkan perasaan marah dan tidaksabafr itu.
Kemunkaran-kemunkaran yang berlaku.

5..Kemunkaran dalam masjid.

Ketahuilah bahawasanya kemunkaran itu tebahagi kepada hukum makruh dan hukum haram.  Kiranya kita katakan: ini adalah kemunkaran yang makruh, maka hukum mencegahnya menjadi sunat yang dituntut, manakala berdiam diri atas kemunkaran itu menjadi makruh pula hukumnya, dan bukan haram.  Tetapi jika kita katakan bahawa itu adalah kemunkaran yang haram, ataupun kita katakan kemunkaran sahaja tanpa menyebutkan sifatnya, maka yang dimaksudkan itu ialah kemunkaran yang haram, yang mana hukumnya menjadi haram pula jika kita mendiamkan diri, pada  hal kita berkuasa untuk mencegahnya.

a.      Di antara kemunkaran-kemunkaran yang biasanya terlihat di dalam masjid-masjid, ialah perlakuan  sembahyang yang tidak sempurna seperti meninggalkan tominanah ketika ruku’ dan sujud seumpama ayam mematuk makanannya sahaja.  Ini adalah suatu kemunkaran yang membatalkan sembahyang menurut nas hadis, maka wajiblah dicegahnya  dengan cara memberi tahu pada yang berkenaan secara diplomasi.  Sebab sesiapa yang melihat seseorang bersembahyang seperti itu, sedangkan dia mendiamkan diri tidak dibetulkannya, maka ia juga berkungsi dalam dosanya itu.

b.     Juga di dapati orang-orang yang membaca al-Quran dengan terlalu banyak kesalahan sama ada dari segi sebutan.  Tajwid dan sebagai lagi.  Ini pun wajib dibetulkan oleh orang yang mengerti yang mendengarnya, lalu mengajarnya dengan caranyang  betul. Jika dia dibiarkan dan ada orang mengerti berdiam diri, maka dia juga sama mendapat dosa kerana kesalahan itu.

c.     Kemunkaran yang selalu berlaku kepada para mu’zan (tukan bang) yang sering melenggeng lenggokkan azan dan terlalu memanjangkan hujung-hujung kalimahnya, atau ada yang terlalu perlahan suaranya hinggakan lebih separuh dari kawasan kariah itu tidak mendengarnya, maka hal ini wajib dibetulkannya.

d.     Terdapat juga ucapan-ucapan yang disampaikan olaeh para penceramah yang mencampur adukkan dengan kata-kata dusta, khayalan, khurapat dan berbau politik yang mencemuhkan sesatu pihak, maka hendaklah dinasihatkan supaya berhenti berbuat demikkian.

e.      Terdapat juga kemunkaran berlaku apabila  hari Jumaat ada sesatu golongan yang membuat jualan ubat-ubatan,buku-buku, dan pelbagai barangan lagi di kawasan masjid.  Ini juga hendaklah di tegahkan.

f.       Terdapat juga kemunkaran berlaku ada segolongan manusia yang tiba di majid tidak masuk ke dalam masji, tetapi ke tempat rehat dan menghidap rokok, dan apabila Khatib mula membaca khutbah barulah mereka memasuki masjid. Ini juga patut diberi nasihat untuk tidak berbuat demikkian. 

g.     Terdapat juga ada ibu bapa yang membawa anak kecil mereka ke masjid dan memberikan anaknya bersembahyang di tepinya dalam satu saf  yang sama.  Hal ini juga hendaklah diambil tindakan supaya tidak berlaku demikian.

h.     Terdapat juga ada golongan insan yang  bercerita-cerita, berbual-bual kosong, mengumpat, berbicara hal-hal  keduniaan dalam masjid, lebih-lebih lagi ketika Khatib sedang berkhutbah. Ini hendaklah dilarang oleh pihak yang bertugas.

i.        Terdapat juga ada insan yang menempah tempatnya untuk bersembahyang di masjid selalu, dan jika terdapat insan yang lain mengambil tempatnya itu dia begitu masam mukanya. Dia mukin tidak sedar perbuatannya itu sebagai riak, maka wajiblah diberi tahu akan sedemikian itu.

j.        Terdapat juga ada insan yang memanjangkan bacaan ayat-ayat al-Quran ketika menjadi iamam, dan ini juga patut di maklumkan bahawa perbuatannya itu terjatuh dalam golongan perbuatan riak, kerana menunjuk-nunnjuk yang dia seorang yang bijak.

k.     Terdapat juga ada segelintir insan yang sangat gemar hendak menjadi Imam sewaktu sembahyang, ketika Imam bertauliah  uzur, walaupun dia kurang bijak dari segi bacaan ayat-ayat al-Quran dan tidak mencukupi syarat-syarat menjadi sebagai seorang Imam, hatta ada terdapat banyak lagi insan yang terbaik darinya. Hal ini wajib diberi nasihat akan kesalahannya itu.
Kesimpulan.

Kita akan dapati banyak lagi kemunkaran-kemunkaran yang berlaku di masjid-masjid masa kini, oleh itu sama-samalah kita memberi nasihat agar kemunkaran seperti itu tidak berpanjangan lagi.

Sekian dahulu dalam hal kemunkaran ini, dan penulis akan menyambung lagi dalam hal yang sama dalam masa terdekt.

Wassala mualaikum warah matulla hi wabarakatuh...!







               --------------------------------oooooooooo

Gambar-gambar yang membawa membuka minda. Apa dia?.......






































BERAMAL SOLEH DAN BERTAUBATLAHJ...!






CHE DAN BIN AHMAD,

Email : hjdan@myjaring.net Atau: mohdsaleh@jaring.net http://hjchedan.blogspot.com

 

BERAMAL SOLEH DAN BERTAUBATLAH... !

 اسَّلآمُ عَـلـَيْكـُمْ وَرَحْمَـة ُاللهِ وَبَرَكــَتـُه

 بِسْمِ اللهِ الرَّحْمَن ِ الرَّحِيـم ِ.

 وَمَنْ يُـؤْ مِنُ بـِاللهِ وَيَعْمـَلْ صَـلِحًـا يـُدْ خـِلْـهُ جـَنـَّت ٍ تـجْر ِ مـنْ تـَحْـتـِهـَا الأ َنـْهـَرُ خـَلِدِينَ فِيهـَآ أ َبَد قـَدْ أ َحْسـَن َ اللهُ لـَهُ رِزْقـًا.( At-Talaq; ayat 11)

“Barang siapa yang beriman kepada Allah dan beramal soleh, dimasukkan Allah ke dalam syurga, yang mengalir air sungai di di bawahnya, serta kekal , mereka di dalamnya selama-lamanya. Sugguh Allah memberi kebaikan rezeki untuk mereka ) “   (At-Talaq; ayat 11)

(Huraian.) Di dalam ayat tersebut Allah s.w.t. membangkitkan yang beriman kepada Allah s.w.t. Bagaimana beriman itu?  Kita kembali kepada 6 Rukun Iman iaitu:- 1. Beriman kepada Allah. 2. Beriman kepada Malaikat 3. Beriman kepad KitabNya 4. Beriman kepada Rasul-Rasul Nya 5. Beriman kepada Hari Akhirat 6. Beriman kepada Qada’ dan Qadar.

Perkara yang kedua Allah s.w.t. ingatkan barang siapa Beramal Soleh maka mukmin itu akan di masukkan ke dalam syurga. Bagaimana beramal soleh itu ialah:?

 1. Sentiasa mengerjakan solat wajib yang lima waktu.

2. Mengerjakan soloat-solat sunat yang di suruh

               a. Solat Tahajjud b. Solah Tasbih

               c. Solat Taubat

              d. Solah Hajat

              e. Solah Witir

              f. Sola Awwabin

               g. Solat Dhuha

               h. Solat Al-Isyraq

3. Menunaikan Zakat

 4. Memberi sedekah

 5. Membuat Wakaf

 6. Menjauhkan perkara-perkara yang ditegah.

             (a) Segala perbuatan haram

           (b) Berdengki kianat

           (c) Memutuskan tali persehabtan

           (d) Becakap takbur dan bohong

            (e) Munkir janji

              (f) Bersifat bakhil dan kedekut

             (g) Menipu sesama Islam

              (h) Berjudi

               (i) Berzina

               (j) Mimum arak

                (k) Dan banyak lagi

7.Maka jika beramal soleh Allah berjanji akan masukkan kita ke syurga. Demikian bahawa setiap insan di atas dunia ini tidak dapat terhindar daripada dosa, namun di sebalik itu bahawa Allah adalah Zat Yang Maha Mengampuni doso-dosa hamba-hambaNya selain daripada dosa syirik. Firman Allah s.w.t.

يَا أَيُّهَا الـَّذِيْنَ أَمَنُوْا تُوْ بُوْا إلَى اللهِ تَوبَةً نَصُوْحًا.

 (التحريم: 8)

Ertinya: Wahai orang-orang yang beriman!, bertaubatlah kamu kepada Allah dengan taubat nasuha (taubat yang tulus ikhlas). Firman Allah s.w.t. dalam al-Quran surah (النساء (110)

“Barangsiapa mengerjakan kejahatan atau menganianya dirinya sendiri, kemudian ia meminta ampun kepada Allah, niscaya ia memperolehi, Allah Pengampun lagi penyayang. (An-Nisa’ ayat 110) Firman Allah s.w.t.

“Katakanlah (wahai Muhammad): Wahai hamba-Ku yang sudah melampau batas terhadap diri mereka sendiri (dengan perbuatan maksiat), janganlah kamu berputus asa daripada rahmat Allah, kerana sesungguhnya Allah mengampunkan segala dosa; sesungguhnya Dia juga Yang Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani. (Al-Zumar ayat 53) Firman Allah lagi :- • إِنَّ اللهَ يُحِبُّ التَّوَّابِيْنَ وَيُحِبُّ الْمُتَطَهِّرِيْنَ. Ertinya: Sesungguhnya Allah mengasihi orang-orang yang banyak bertaubat dan mengasihi orang-orang yang mensucikan dirinya. (Al-Baqarah: 222)

Firman Allah s.w.t. lagi :- (النور 31) Ertinya: Dan bertaubatlah kamu kepada Allah wahai sekalian orang-orang mukmin, semoga kamu mendapat kemenangan. Kresimpulan: Ketahuilah bahawa taubat itu mempunyai tiga perkara: (1) Menyebabkan ilmu taubat itu kita mengenal tentang besarya dan beratnya dosa-dosa kita itu. (2) Dosa itu sebagai Tabir yang menyebabkan keadaannya kita terpisah dengan Allah s.w.t. (3) Menyebabkan perbuatan kita meninggalkan dosa yang sedang bergelumang dalam diri kita. Seruan. • Wajib disegerakan bertaubat ialah semua anggota badan manusia itu tidak pernah sepi dari berbuat maksiat. • Segera bertaubat maka anggota badan tidak dapat melakukan maksiat dan ini akan menjadikan iman manusia itu teguh dan berbalik mengingati Allah dan tidak pula terkena godaan syaitan. • Bersegeralah bertaubat. Sekian dahulu. Kita berjumpa lagi dalam Siaran Blog ini. Wassala mualaikum warah matullah hi wabarakatuh...!

----------------------oooooooooooo--------------------



Sunday, 19 June 2011







بسم الله الرحمن الرحيم.
اهد نا ا لصرط المستقيم.
Bimbinglah kami ke jalan yangh lurus.


Maka setiap hari kita mohon dalam solat fardhu meminta Allah s.w.t. membimbing kita menuju ke jalan yang lurus. Tetapi bagi mereka yang tidak solat itulah mereka selalu berjalan ke jalan-jalan yang bengkok dan berliku-liku.


Itulah Allah s.w.t. melarang kita meninggalkan solat, sama ada solat waktu yang wajib mahupun solat-solat sunat.  Alangkah bahagianya mereka yang bersolat selalu.lebih-lebih lagi yang bersolat sunat-sunat yang  banyak. Mereka itu sentiasa dalam kehidupan yang aman, tenteram dalam hati, berbahagia dengan sekalian anak cucu.  Mereka itu tidak terjebak di dalam kerja-kerja yang mungkar, tidak menerima rasuah, tidak meniupu, tidak bergaduh sesama insan dan banyak lagi akhlak-akhlak yang kotor KERANA mereka sentiasa Allah s.w.t. berikan jalan-jalan yang  lurus.


Mohon anda sekalian menungkan dan semak minda anda.....moga-moga terfikir apa yang di utarakan ini dan lihatlah seumpama jambatan yang bakal kita lalu nanti.  Dan kita sedang menyeberang.... tidak lama lagi kita akan sampai .  Kita misti sampai...lambat atau cepat itulah perjalanan kita. Kadang-kadang ada yang cepat sampai, muda lag dan sampai.... biasanya angka 60 ke atas akan sampai...

.TETAPI apa yang kita bawa apabila kita sampai....Hanya tiga perkara sahaja, iaitu sedekah jariah, amalan yang soleh dengan ilmu yang bermanafaat dan anak-anak yang soleh yang sentiasa mendaokan kita.Yang lain semunya kita tinggal tidak dapat bawa ke seberang. Kereta BMW, Rumah Banglo, isteri yang cantik, wang yang berjuta-juta dan banyak lagi...yang kita kena tinggal....


Oleh itu kerjakanlah amal ibadat yang wajib dan juga yang sunat-sunat,kerana itulah yang akan menolong kita nanti.
Wassala mualaikum...


---------------ooo------------

Saturday, 18 June 2011




JADIKANLAH  IKTIBAR BULAN GERHANA

Aku memang suka sangat melihat bulan mengembang, kerana aku mendapat manfaat dari bulan mengembang itu iaitu aku senang berjalan melalui batas-pbatas bendang semasa balik dari masjid waktu malam selepas solat Isyak.

Pada malam 16 Jun 2011 waktu akau nak ke masjid untuk bersama anak kariah mengerjakan Qiamullail pada malam  berkenaan.  Tiba-tiba aku lihat bulan jadi gerhana, yakni bulan dah mula gelap.  Baru aku teringat siaran dalam akhar Berita Harian bahawa malam ini bulan jadi gerhana. Aku cepat-cepat ke masjid.  Bila sampai di masjid Pak Imam sedang beri taklimat cara-cara hendak mengadakan solat gerhana bulan malam itu.  Tepat jam 2.30 kami mulakan solat gerhana bulan. Selepas solat gerhana bulan Pak Imam berkhutbah. Aku dengar khutbah itu dengan khyusuk kerana jarang-jarang benar aku dengar khutbah gerhana bulan.  Rasa ku smenjak ni aku hanya sekali saja dapat dengar khutbah bulan gerhana iaitu tahun yang lalu.

Antara isi kandungannya ialah:

1.   Bersempena dengan kejadian gerhana bulan ini marilah kita membanyakkan taubat kepada Allah kerana kita adalah hambaNya yang tidak terlepas daripada melakukan dosa. Pohonlah keampunan kepada Allah secara bersungguh-sungguh semoga Allah mengampunkan dosa-dosa yang telah dilakukan dan berdoalah kepada Allah dengan yakin. Semoga Allah menerima doa yang telah kita pohonkan  itu.
2.   Firman Allah s.w.t. di dalam al-Quran, surah Al-Imran ayat 133 dan134: ”Bersegeralah bermohon keampunan kepada Tuhan kamu, dan (memohon) syurga yang luasnya meliputi langit dan bumi yang disediakan bagi orang yang bertaqwa: iaitu mereka yang membelanjakan hartanya dalam keadaan senang dan sausah, dan mereka yang menahan kemarahan dan memaafkan kesalahan orang, dan Allah amat mencintai orang-orang yang berbuat demikian.”

3.   ”Bersempena dengan gerhana bulan ini umat Islam digalakkan membanyakkan sedekah. Oleh itu janganlah bertangguh lagi. Gunakanlah peluang dan kesempatan ini untuk mengeluarkan perbelanjaan daripada harta dan wang ringgit yang ada dan hulurkan sedekah kepada orang-orang yang layak menerimanya atau kepada masjid atau rumah ibadat atau rumah kebajikan. Firman Allah dalam al-Quran, Surah Al-Baqarah ayat 261 ”Misalnya orang-orang yang menafkahan harta-hartanya pada jalan Allah, seperti sebuah biji benih yang tumbuh menjadi tujuh tangkai, pada tiap-tiap tangkai ada seratus biji, dan Allah melipat gandakan bagi siapa yang dikehendakikNya, dan Allah luas kurnianya laghi Maha Mengetahui.”

4.   Dalam masa yang sama kita hendaklah menjadikan kejadian gerhana ini sebagai peringatan kepada kita supaya tidak lalai daripada mengingati Allah pada setiap masa. Apabila kita sentiasa ingat kepada Allah maka Allah juga sentiasa ingat kepada kita. Justeru itu Allah berikan kepada kita segala nikmat yang kita perlukan seperti rezreki, kesihatan, pahala, keampunan, rahmat dan semua keredaanNya.

5.   Kesimpulannya gerhana bulan yang  terjadi mampu melonjakkan nilai iman dan taqwa hamba-hamba Allah di mana mereka akan berlumba-lumba memohon keampunan daripada Allah di atas segala dosa yang telah dilakukan dan berlumba-lumba pula melakukan kebajikan disamping berdoa mengharapkan anugerah pahala daripada Allah s.w.t”

Aku tersentak daripada khyusuk mendengar khutbah itu lalu ingat pula pada kain pemidang yang di rentang di tepi masjid, yang terlukis gambar bulan penuh. Ingat aku jaga-jaga bulan lagi jadi gerhana, masakan gambar bulan ni juga akan koyak. Jangan dok papar kat masjid...!

Serkian, wassalamu alaikum.....!
           ------------------oooo-------------------