Friday, 19 October 2012

Pos 643 – Cara-cara untuk membaiki nafsu kita



 
 

Pos 643 – Cara-cara untuk membaiki nafsu kita 

Apabila kita ibaratkan nafsu kita ini laksana nafsu binatang  yang liar yang kita hendak jinakkan, bagaimana cara-cara yang patut kita laksnakan untuk membaiki nafsu kita itu?

Jawapan –Maka kata ulama’ cara untuk kita  jinakkan nafsu kita yang  kotor  itu maka kita hinakan dia, kita daifkan dia hingga dia dapat mengikut kita, kita membuat rasa malu pada masyarakat, rakan serta keluarga kita.

Kata ulama’ ada tiga perkara yang kira boleh ambil:-

 

   (1) Kita menegahkan  syahawat  kita seperti umpama binatang yang liar dan garang itu dikurangkan makanannya, dikurangkan segala kemewahannya, dikurangkan segala kesukaannya, maka lemahlah nafsu  dia yang kotor itu.

(2)   Berusaha sungguh-ungguh mengerjakan segala ibadat yang di suruh agama kita dan hidupkan prerasaan takut diri kita untuk  balasan Allah sama ada  balasan yang akan diterima di dunia dan juga di akhirat  nanti. Misalnya balasan orang berzina dia akan terkena penyakit  ”siplis” sehingga terpotong kemaluannya. Balasan orang yang suka menipu orang hal wang ringgit, harta benda dia akan musnah sama ada terbakar atau tenggelam dalam air. Balasan orang yang suka memfitnah  manusia lain satu hari dia pasti Allah  akan kenakan pada dia pula seperti  itu bahkan lebih lagi.

(3) Memohon pertolongan dengan Allah bagi memecahkan hati kita yang suka buat kotor itu berkali,lambat laun kita  akan berjaya. Kata ulama’ ”Bahawa nafsu kotor itu sungguh menyuruh kita dengan perbuatan kejahatan, melainkan orang yang selalu ingatkan Allah, takutkan azab  Allah, takutkan balasan Allah, tahu apa itu azab Allah pada yang melakukan  nafsu kotor itu.

Sekian dahulu. Wassala mualaikum. Wallah hu alam....

 

                      -------oooooo-------

 

 

  

Thursday, 18 October 2012

Pos 642 - Bermula mengucap بسم الله dan الحمد لله dan







Pos 642 - Bermula mengucap بسم الله dan الحمد لله  dan صلاوة dan  سلامatas penghulu kita  demikian lagi mengucap dua kalimat sayahadat dan doa dua ibu bapa maka sekalian itu sunat jua pada mazhab Imam kita (Syaffiei) melainkan mengucap

بسم الله  Dan selawat dan dua kalimat shahadat pada tiap-tiap sembahyang maka iaitu wajib bersalahan pada mazhab Imam Malik maka mengucap yang demikian itu wajib pada seumur hidup sekali dengan syarat ia niatkan yang wajib atasnya.

Bermula hukum mengucap بسم الله itu empat wajah ada kalanya wajib dan ada kalanya sunat  dan ada kalanya haram dan ada kalanya makruh, maka yang wajib itu بسم الله pada membaca Fatihah dalam sembahyang  dan yang sunat itu segala pekerjaan yang dicita-cita pada syara’ pada hal bukan zikir semata-mata dan tiada syarak’  tuntut suruh memulai dengan yang lainnya maka sunat di mulai dengan بسم الله  dan yang haram itu segala pekerjaan yang haram zati yakni bukan haramnya itu ‘ardi maka haram kita mulai dengan بسم الله seperti berzina, ini jikalau tiada qasad menghinakan nama Allah dan jika ia qasad yang demikian itu nescaya jadi kafir ia dan yang makruh mengucap بسم الله itu pada segala pekerjaan yang makruh yang zati seperti melihat faraj isteri maka makruh mengucap بسم الله memulai melihat dia dan keluar dengan haram zati itu haram ‘ardi seperti mengambil wuduk dengan air yang di rampas, demikian lagi keluar dengan kata makruh zati itu makruh  ‘ardi seperti memakan bawang mentah maka  tiap-tiap daripada keduanya itu sunat di mulai dengan بسم الله kemudian katanya . 
(ms. 5)

                                           --------ooooo-------------

Pos 641 Selawat Keatas Nabi s.a.w.







Pos 641  Selawat Keatas Nabi s.a.w.



Dan ketahui  oleh mu bahawasanya  makna  selawat pada loghat itu do’a dan kata setengah ulama’ maknanya dengan nisbah bagi  الله rahmat ertinya selawat itu jika datang daripada  الله  dinamakan rahmat ertinya telah menurun oleh الله akan kebajikan atas Rasul Nya dan jikalau datang daripada malaikat dinamakan istighfar, dan jikalau datang daripada manusia dan jin dan lainnya daripada kayu  dan batu dinamakan do’a, ertinya memohon oleh mereka itu akan الله menambahkan rahmat  atas  rasul.

Bermula qaul yang sahih bahawasanya  Nabi s.a.w.  beroleh manfaat  ia dengan selawat atasnya seperti  ambiya’ yang lain jua dan kata qil bermula manfaat ayat kembali atas orang yang menselawat  jua tiada atas Nabi s.a.w. kerana Nabi  itu telah sempurna atasnya kamali dan ditolak akan kata qil ini dengan bahawasanya Nabi s.a.w. sentiasa ternaik ia pada kamalat  selama-lama kerana tiada daripada kamali melainkan di sisi  اللهterlebih akmal daripadanya seperti barang yang di isytiharkan bagi demikian itu dengan firman  الله تعالى:

(واللا~خرة خير من الاولى) - Ertinya dan hari yang kemudian itu terlebih baik bagi engkau ya Muhammad daripada hari yang dahulu, yakni zaman yang kemudian itu terlebih baik bagi Nabi daripada zaman yang dahulu.

Tetapi – sungguhpun memberi manfaat selawat itu akan Nabi tiada sayugianya kita sorehkan dengan demikian itu melainkan pada tempat belajar dan mengajar (dan adapun) salam itu maka maknanya aman, bermula muradnya itu aman Nabi s.a.w. daripada barang yang ketakutan ia atas umatnya kerana bahawasanya Nabi s.a.w. itu maksum maka betapa takut ia atas dirinya bahkan takut ia atasnya kerana hebat dan kerana  membesarkan الله  kerana seorang itu tiap-tiap bersangatan datangnya daripada الله nescaya bersangatan takutnya kepada الله dari kerana inilah bersabda Nabi s.a.w. “Bahawasanya aku terlebih  takut daripada sekalian kamu daripada الله dan kata qil bermula muradnya itu aman Nabi s.a.w. daripada barang yang takut ia atas dirinya pada ketika bersangatan kepecikan padang mahsyar kerana bahawasanya lupa ia akan ‘asumnya seperti sekalian Ambiya’  عليهم الصلاة السلام dan telah mentafsir oleh setengah ulama’ akan salam itu dengan tahiyat dan bermula murad dengan tahiyat pada hak الله تعالى serta Rasul Nya itu bahawa mukhlib ia akan dia dengan qalamnya yang qadim yang menunjukkan atas  terangkat  maqamnya  yang amat  besar.

Dan ketahui oleh mu bahawasa Rasul itu maknanya pada loghat yang dibangkitkan daripada satu tempat kepada satu tempat yang lain dan pada istilah manusia yang diwajibkan kepadanya dengan syarak yang beramal ia dengan dia dengan menyampaikan dia dan adapun Nabi itu maknanya pada loghat yang  mengkhabarkan atau yang dikhabarkan dia dan maknanya pada istilah manusia yang diwajibkan kepadanya dengan syarak yang beramal ia dengan Dia dan jikalau tiada di suruh akan dia dengan menyampaikan sekalipun, maka tiap-tiap Rasul itu Nabi dan tiada tiap-tiap Nabi itu Rasul, maka antara keduanya itu umum dan khusus mutlaq. Bermula murad dengan Rasul pada kalam masnaf itu kita Muhammad s.a.w.
 
 
                      ------------ooooooooo-------

 

 

 

 

 

 

Tuesday, 16 October 2012

POS 640 - ADAB ISTERI KEPADA SUAMINYA











POS  640  -  ADAB  ISTERI  KEPADA  SUAMINYA.

Ketahuilah bahawa sebagaimana isteri mempunyai beberapa hak dari suaminya, yakni suami wajib menunaikan segala tanggungjawabnya kepada isterinya, maka suami juga mempunyai beberapa hak dari isterinya. Segala yang menjadi hak suami itu bererti kewajipan isteri untuk menunaikannya setiap masa untuk suaminya.

 

Berkelakuan baik.

Isteri wajib menunjukkan sikap yang baik kepada suaminya.  Isteri mesti menunjukkan wajah yang ceria, tidak bermasam muka, walau pun dalam keadaan suasana tidak tenteram, sentiasa senyum dan tidak memarahi anak-anak di hadapan suaminya.

Isteri mesti pandai membuat suasana yang dapat tenteram dan tenang jiwa suaminya. Isteri tidak boleh memberi tahu suaminya perkara yang tidak baik apabila suami balik dari kerja  atau dari ziarahi yang  jauh.

Dia tidak boleh meminta hal-hal yang  dianggap oleh suaminya tidak mampu diberikan. Isteri hendaklah melayan kehendak suaminya yang ia mampu diberikan atau yang tidak menyalahi syariat Islam.

Taat kepada suami.

Allah SWT menjadikan suami sebagai pemimpin rumah tangga, sesuai dengan firman Nya yang bererti:-

“Kaum lelaki adalah pemimpin bagi kaum wanita, oleh sebab Allah telah melebihkan sebahagian mereka (lelaki) atas sebahagian yang lain (wanita), dan kerana mereka (lelaki) telah menafkahkan sebahagian harta merdeka.” (Al-Quran Surah An-Nisa’ aya t34).

Oleh itu isteri sepatutnya mentaati segala perintah atau permintaan suaminya selama yang dimintanya itu tidak bertentangan dengan hukum syarak. Rasulullah SAW bersabda:

Apabila seseorang perempuan itu solat lima waktu, puasa sepanjang Ramadan, dia pelihara kemaluannya dan dia  ta’ati  suaminya maka dikatakanlah  kepadanya: ”Masuklah ke dalam syurga dari pintu yang mana sahaja yang engkau sukai.           (H.R. Ahmad dan Tabrani)

 

Melayan kehendak suami.

Isteri wajib menuruti kehendaki suaminya dalam hal yang berkaitan dengan tempat tidur. Dia wajib menuruti permintaan suaminya walaupun dia sedang sibuk di dapur, maka kalau dia enggan malaikat akan   mengutuknya  sampai pagi hari. Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud:-

“Apabila seseorang suami mengajak isterinya ke tempat tidurnya, kemudian isteri tidak mahu datang, lalu si suami tidur dalam keadaan marah kepadanya, maka dia (isteri) akan dilaknat malaikat sampai pagi esoknya.”  (H.R. Bukhari dan Muslim)

Dalam hal ini si suami hendaklah bertimbang rasa dan jangan mahu melayan nafsu yang dihasut oleh  syaitan itu, dan janganlah mengajak isterinya kalau isteri, tidak siap untuk itu, kurang sihat, sibuk bekerja, melayan anak-anak atau sebagai lagi.

 

Sekian dahulu dan akan bersambung lagi secepat mungkin.

 

     ------------ooo---------------

 

 

 

Pos 639 -Apakah pengertiannya ilmu tauhid




Pos 639 -Apakah pengertiannya ilmu tauhid itu.
Jawapan ialah, Ilmu Tauhid itu  ialah  ilmu yang membincngkan beberapa akidah Islamiah yang berdasarkan dalil aqli dan naqli.

Apakah kelebihan Ilmu Tauhid ini
jika dibandingkan dengan ilmu-ilmu yang lain. Ketahujilah bahawa ilmu tauhid ialah ilmu yang paling mulia daripada ilmu-ilmu yang lain kerana ia merupakan  ”Tunjang” kepada ilmu-ilmu yang lain.
 
                       -------ooo--------

 

 

 

Monday, 15 October 2012

POS 638 -Apakah yang anda tahu Jahil Markab?






POS 638 -Apakah yang anda tahu Jahil Markab?



سؤالن 14.مك كلوار دغن كتا فغتهوان ايت اد امفت فركارا – فرتام جهل, يأيت جهل ايت تربهاكي دوا بهاكي – فرتما جهل بسيط نما دي يأيت تياد مغتهواي سكالي- كالي سفرة كات أورغ بكي دي اف كات اغكو عالم اين قديم كه اتو بهارو كه مك جواب دي اكو تياد كتهوي سكالي- كالي.    هوريكن افكه يغ اندا كتهوي مغنأي جهل يغ ساتو لاكي يأيت جهل مركب  :

جوافن – جهل مركب نما دي يأ يت مندافت أتس برسلاهن صفت دي فد واقع دان دنماكندي دغن دمكين ايت كران برسوسنن درفد دوا جهل –

 فرتما ,جهل empunyanya  دغن برغـيغ يغ فد واقع – كدوا جهل دي دغـن بهواس دي ديري دي جاهل كران سغكا دي بهوا دي يغ مغتهوي سفرة اعتقاد فلاسفه بهواس عالم اين قديم.

دان  يغ كدوا, درفد فركارا درفد فغتهوان ايت شك يأيت مندافتكن تيف-تيف

درفد ترنفي ايت اتس برسمأن.

دان يغ كتيكا, ايله ظن يأيت برت فد هاتي دي ايت مغتهوي دان برريغن فد هاتي دي تياد مغتهوي.

دان كأمفت, وهم يأيت ريغـن فد هاتي دي فد مغتهوي دان برت فد هاتي دي مغتهوي مك أورغ يغ برصفة دغن ساله ساتو درفد أمفت فركارا اين تياد  بكي مريك ايت ايمان, برارتي جكلوا اداله اي اعتقاد اكن الله دان اكن رسول الله دغن جهل ترسبوت, اتو دغن شك أتو دغن ظن أتو دغن وهم مك اورغ ايت كافر.

 
                                        --------ooooooooo--------
 

 

 

 


Sunday, 14 October 2012

Pos 637 - RUKUN IMAN KEDUA –BERIMAN KEPADA MALAIKAT.













Pos 637  - RUKUN  IMAN KEDUA –BERIMAN  KEPADA  MALAIKAT.

Malaikat ialah makhluk halus yang dicipta oleh Allah.  Mereka ini ialah makhluk di alam ghaib.  Makhluk yang tidak dapat dilihat, didengar, diraba, dicium, dan dirasa.  Mereka hidup dalam suatu alam yang berbeza dengan kehidupan alam semesta yang kita saksikan ini. Mereka ialah malaikat yang taat, patuh dan sentiasa beribadat menjalankan perintah Allah.

Firman Allah s.w.t. :-

بَلْ عِبَادٌمُّكْرَمُونَ (26) للآيَسْبِقـُونَهُ بِالـْقـَوْلِ

وَهُمْ بِأ  مْرِهِ يَعْمَلـُونَ (27)

Bahkan malaikat itu adalah hamba Allah yang dimuliakan, mereka tidak pernah mendahului-Nya dengan perkataan dan mereka bertindak atas perintah-Nya.     (Surah Al-Ambiya ayat 26-27).

Antara lain sifat-sifat istimewa malaikat ialah :-

             a..Mereka dapat menyerupai makhluk lain yang berubah menurut

                kehendaknya setelah mendapat keizinan Allah.

             b..Mereka dapat melalui perjalananyang jauh dalam jangka waktu 

                yang  singkat.

            c.. Mereka dapat melaksanakan  tugas-tugas yang amat berat yang 

               tidak dapat dilakukan oleh makhuk lain.

d.    Mereka amat patuh pada suruhan dan perintah Allah.  Tidak sekali-kali engkar dan menderhaka kepada Allah.

        e..Mereka tidak makan, minum dan melakukan hubungan jenis.

Jumlah para malaikat terlalu banyak dan tidak diketahui jumlahnya selain Allah yang amat mngetahui.  Antara yang wajibh diketahui ialah :-

          a.. Malaikat Jibril (جبريل)

               Dia ialah penghulu segala malaikat.  Tugasnya menyampaikan

              Wahyu kepada para rasul dan nabi.

         b.. Malaikat Mikail – (ميكاءيل)

             Tugasnya ialah membahagikan rezeki kepada seluruh mahluk,
                 sama

            ada manusia, haiwan, jin syaitan dan lai-lain.

         c..   Malaikat Izrail –( عزراءيل)

             Tugasnya ialah mengambil nyawa sekalian makhluk.  Izrail juga

            dipanggil Malaikat Maut.

           d.. Malaikat Israfil- ( إسرافيل)  

                 Tugasnya ialah meniup sangkakala jikalau tiba masa hari Kiamat

                 nanti.

            e..  Malaikat Raqib dan Atid –(رقيب دان عتيد)

                 Kedua               malaikat ini bertugsa mencatat amalan baik

                dan jahat.  Segala tingkah laku manusia tidak akan  terlepas  dari

                cacatan kedua-dua malaikiat ini. 

           f.. Mungkar dan Nakir منكر دان نكير))

                 Kedua-dua malaikat ini bertugas menyeksa dan

                 Mengemukakan soalan-soalan kepada orang yang telah meninggal

                 dunia di dalam kubur.  Tidak ada seorang pun yang dapat

                  melepaskan dirinya daripada kedua-dua malaikat ini walau di

                 manapuan  mereka  mati.

            g..Malaikat Malik – (مالك)   Tugasnya menjaga neraka.

             h..Malaikat Ridhwan –(رضوان)  Tugasnya menjaga syurga.

Selain daripada itu ada lagi tugas malaikat ini iaitu bertasbih dan memuji Allah, memikul Arsy, memberi salam kepada ahli syurga, menyiksa penghuni neraka, mendoakan para mukmin seperti firman Allah s.w.t. dalam  Al-Quran Surah Ghafir ayat 7 – 9)  yang bermaksud  :-

“Para malaikat yang memikul Arsy dan malaikat yang berada di sekelilingnya, bertasbih menuji Tuhannya dan beriman kepadaNya, serta mereka memohon ampun bagi orang yang beriman (dengan berdoa merayu): ‘Wahai Tuhan kami rahmatMu dan ilmuMu meliputi segala-galanya maka berilah keampunan kepada orang yang bertaubat serta menurut jalanMu dan peliharalah mereka dari azab neraka”

“Wahai Tuhan kami dan masuklah mereka ke dalam syurga ‘Adn yang telah Engkau janjikan kepada mereka dan masuklah bersama-sama mereka orang yang layak di antara ibu bapa mereka dan  isteri-isteri meraka serta keturunn mereka.  Sesungyuhnya Engkaulah jua yang Maha Berkuasa lagi Maha Bijaksana.”

“Dan peliharalah mereka dari (balasan) kejahatan-kejahatan yang dilakukannya dan sebenarnya sesiapa yang Engkau pelihara pada hari itu daripada terkena (balasan) kejahatan-kejahatan yang dilakukannya, maka sesungguhnya Engkau telah mengurniakan rahmat kepadanya, dan yang demikian itulah kemenangan yang besar nilainya.”

                                                                    (Surah Ghafir ayat 7 – 9

Di dalam satu hadis riwayat Imam Muslim yang bermaksud:-

“Pada setiap pagi seseorang itu pasti disertai oleh dua malaikat yang berdoa.  Ya Allah berilah kerosakan terhadap orang yang enggan  membelanjakan hartanya untuk bersedekah,”  sedangkan yang lainnya berdoa :”Ya Allah

Berilah penggantian terhadap orang yang gemar membelanjakan hartanya kepada kebaikan.”

Sebuah Hadis daripada Abu Umamah r.a. daripada Nabi s.a.w.  sabdanya bermaksud: -

”Malaikat yang di sebelah kanan (yang  menjadi penulis kebaikan) ialah ketua kepada yang sebelah kiri, maka apabila ’seseorang melakukan sesuatu kebaikan ditulis baginya kebaikan itu menjadi dengan sepuluh kebaikan yang tersebut, dan apabila dia melakukan sesuatu kejahatan, lalu malaikat yang di sebelah kiri hendak menulisnya, lalu malaikat disbelah kanan berkata:

”Tunggu dahulu”, lalu dia menunggu selama enam atau tujuh jam, maka jika orang itu beristighfar daripada perbuatan jahat itu tidaklah ditulis sesuatu apa pun, dan jika dia tidak meminta ampun kepada Allah barulah dituliskan baginya satu kejahatan sahaja.”     

                                                    (Hadis riwayat at-Tabrani ).

Berdasarkan kepada hadis tersebut dapatlah disumpulkan bahawa tiap-tiap seorang manusia ada dua malaikat yang menulis segala amalannya.  Dalam hadis ini juga diterangkan mengenai tugas malaikat Raqib dan Atid antaranya:-

         (1).  Malaikat berada di kiri dan kanan setiap manusia.

          (2).   Tiap-tiap satu kebajikan ditulis dengan sepuluh ganda kebaikan.

         (3).    Malaikat disebelah kanan tugasnya menulis amalan kebaikan, 

             manakala yang di sebelah kiri menulis amalan kejahatan.

     (4).   Satu kebaikan ditulis dengan sepuluh kebajikan, dan satu kejahatan

         hanya ditulis dengan satu kejahatan sahaja.

         (5).  Seseorang yang mengerjakan amalan jahat tidak ditulis kejahatan

                itu melainkan ditangguhkan selama enam hingg atujuh jam. 

                Sekiranya dia beristighfar memohon ampun kepada Allah atas

                kejahatannya dalam tempoh tersebut, maka kejahatannya itu
               tidak  ditulis oleh malaikat.

Dalam hadis-hadis yang lain ada dinyatakan tugas-tugas malaikat antaranya ialah:-

         (1).  Ditugaskan mencatatkan kedatangan orang Islam sembahyang

               Jumaat ke masjid.

        (2).  Ditugaskan berdoa untuk orang yang mengajar perkara-perkara

               yang baik dan mengajar ehwal agama Islam.

        (3).  Ditugaskan memberi penghormatan dan pahala kebaikan kepada

               penuntut-penuntut dan mereka yang hadir ceramah  ilmu agama.

        (4).  Ditugaskan mengucap Amin bagi doa seseorang yang memohon

               kebaikan untuk saudaranya dan juga sesama Islam

         (5). Ditugaskan memberi  ilham kepada manusia.

         (6).  Ditugaskan melaknatkan orang yang mengacukan senjata yang

               bukan musuhnya.

         (7). Ada juga ditugaskan malaikat melaknati orang yang  menyiksa

               binatang.

       (8).  Malaikat juga ditugaskan melaknati orang-orang  yang menghina

              sahabat-sahabat Nabi s.a.w., juga para ‘alim ‘ulama’ dan guru-

              guru agama.


                ------------------------------------oooooooo-----------------------------