Thursday, 20 December 2012

Pos 696 -Makan dan Minuman dari Sumber Haram









Pos 696 -Makan dan Minuman dari Sumber Haram 

Ketahui bahawasanya seeorang itu tidak akan mencapai keimanan yang hakiki sehingga di ada padanya empat perkara berikut:

a.     Menunaikan segala fardunya dengan di iaringi sunat-sunat.
b.   Memakan yang halal dengan penuh waraknya.
c.    Menjauhi segala larangan Allah SWT lahir dan batin.
d.   Bersabar dalam keadaan serupa itu sehingga akhir hayat.


Sabda Rasululah s.a.w.:

”Seseorang yang makan Minumnya daripada Sumber yang Haram Doanya Tidak Akan Dikabulkan.”
                                   (H.R.Bukhari dan Muslim)
Rasullah s.a.w. bersabda ”Allah s.a.w. ialah Zat yang Maha Suci dan hanya menerima sesuatu yang suci sahaja.  Dia telah memerintahkan orang-orang Islam dengan perkara yang Dia telah perintahkan rasul-rasulNya. Firman Allah s.a.w.
يَأَ يُّهَا الرُّسُلُ كُلـُوْا مِنَ الطَّيِّبَتِ وَاعْمَلـُوْا صَلِحًا . إِنـِّىْ بِمَا تَعْمَلـُونَ عَلـِيم.ٌ  (المؤمنون 51)
”Wahai rasul-rasul, makanlah daripada benda yang suci dan kerjakanlah amal-amal yang soleh.  Sesungguhnya Aku Maha Mengetahui apa-apa yang kamu kerjakan.”
                                   (Al-Mukminun ayat 51)

Di tempat yang lain Allah s.w.t. berfirman lagi :
يأيها الذين ءامنوا كلوا من طيبت ما رزقنكم.
                (البقرة: 172)
“Wahai orang yang beriman, makanlah daripada benda-benda yang suci yang telah Kami berikan kepada kamu.”
                                        (Al-Baqarah ayat  172)
Kemudian Rasulullah s.a.w. menyebut tentang seorang yang bermusafir dalam satu perjalanan yang jauh. Dengan rambut yang kusut-masai, pakaian yang berdebu-debu, lalu mengangkat tangannya kea rah langit dan berkata
 “ Ya, Allah, Ya Allah”. Tetapi makanannya haram, minumannya haram dan pakaiannya juga haram, sentiasa memakan makanan yang  haram, bagaimana mungkin doanya dikabulkan?”  (Jam’ul Fawaid)

Keterangan.

Orang ramai kadang-kadang tidak terfikir sebab-sebab doa orang Islam tidak diterima.  Tikar sembahyangnya yang diambil dari masjid tanpa keizinan. Pakaiannnya dari jenis yang diharamkan syarak. Makanannya dari wang yang diterima daripada wang judi.

Kita boleh membayangkan keadaan yang  sebenar daripada mahfum hadis di atas. Kadang-kadang Allah s.w.t. turut menerima doa daripada orang-orang kafir pun kerana kemurahan dan kurniaanNya,  Namun, doa orang yang bertakwalah sebenarnya yang berkesan.

Oleh sebab itu, doa orang-orang yang bertakwa sahajalah yang sangat-sangat diharapkan. Mereka yang inginkan doa mereka diterima oleh Allah s.w.t. hendaklah mengambil berat untuk menjauhkan diri mereka daripada harta dan perbuatan yang haram.

Sekia dahulu, mudah-mudahan dengan kenyataan yang ringkas dapat meresap ke jiawa anda dan akan mengambil  iktibar dalam kehidupan sehari-harian anda.
Wassala mualaikum.  (Kitab Fadhilat Amal m.s. 71)


               ------------ooooooooo------------------

POS 695 - Menahan Diri dari Cerca Orang








POS 695 - Menahan Diri dari Cerca Orang 

Rasulullah s.a.w. bersabda yang bermaksud:

”Dari Abu Hurairah r.a. berkata: Rasulullah s.a.w. bersabda: ”Tidaklah dikatakan berpuasa kerana tidak makan dan tidak minum.  Akan tetapi yang dinamakan bepuasa adalah kerana meninggalkan ucapan  sia-sia dan perbuatan yang buruk. Kerana itu jika ada orang yang memaki kamu atau berlaku zalim  kepada kamu, katakanlah kepadanya. – Aku ini  berpuasa – Aku ini sedang berpuasa....! (H.R.Bukhari danMuslim)

Penjelasan.

’Orang yang berepuasa dituntut agar mencegah perbuatan yang tidak terpuji. Melayani pertengkaran dengan orang atau melayan cercaan, makian, atau gangguan orang kepada kita adalah termasauk perbuatan tidak terpuji.

Begitu juga bila pada saat berpuasa kita membicarakan hal yang tidak bermanafaat terhadap akhlak dan ketaqwaan kita, maka perbuatan semacam itu menyebabkan puasa kita tidak bermanfaat.  Demikian halnya dengan berbicara berkaitan dengan perkara lucah, maka ini termasuk dalam perbuatan tidak terpuji.

Orang yang sedang berpuasa tidak boleh melayani pertengkaran atau cercaan orang terhadap dirinya.  Bahkan ia diperintahkan oleh agama Islam agar mengatakan kepada orang tersebut bahawa ia sedang berpuasa.  Tentangan atau cercaan orang yang jahil kepadanya janganlah dilayani agar puasanya terpelihara dari gangguan yang menghilanghkan pahala puasa.
Sekian dahulu, semoga anda dapat mengambil iktuibar dari rencana ini demi untuk mengelakkan puasa anda itu sia-sia sahaja.

Wassala mualikum......!

              --------------------oooooooooooo------------------



Pos 694 - Menghina dan mengejek orang.





Pos 694 - Menghina dan mengejek  orang.

Menghina orang ataupun mengejek-mengejek orang lain adalah terjatuh dalam perbuatan haram hukum Islam. Firman Allah swt di dalam al-Quran Surah Al-Hujarat  ayat  11  yang bermaksud:
”Wahai orang-orang yang beriman, janganlah sesuatu kaum menghina kaum yang lain, sebab mungkin sekali mereka yang yang di hina itu lebih baik dari yang menghina. Dan janganlah pula kaum perempuan menghina kaum perempuan yang lain, barangkali mereka yang di hina itu lebih baik dari merekla yang menghina.         (Al-Hujtar,ayat 11 )
                                                                                                         
Dalam perebutan kuasa  politik  hari  ini perbuatan menghina, mengkeji, fitnah-memfitnah orang  lain sangat  mejadi-jadi, terutama apabila pilihan raya untuk  mendapat kan kuasa politik menjelang.  Mereka tidak ada belas kasihan kepada orang  lain termasuk adik-beradik dan saudara mara sendiri, sanggup di buat, perbuatan tersebut,  mereka  lupa perbuatan itu haram.  Mereka sanggup berbohong  mendedahkan segala kaiaban-keaiban orang lain.

Wahai saudara-saudara ku janganlah berbuat demikian, kerana  Allah swt akan membalasnya kepada yang berbuat demikian, bukan sahaja di akhirat nanti, tetapi  di dunia ini akan dibalasnya lebih dahulu, hanya lambat atau cepat sahaja akan berlaku.


                                ----------------------ooooo-----------------------


Pos 693 - Yang Menjadikan Sesuatu Sembahyang Intimewa








Pos 693 - Yang Menjadikan Sesuatu Sembahyang Intimewa


Syarat-syarat yang menjadikan sesuatu sembahyang itu istimewa dari segi kebatinan adalah banyak sekali, tetapi bolehlah disimpulkan seperti berikut:

a.     Kehadiran hati dalam sembahyang  - Maksudnya ialah agar dapat kita mengosongkan hati itu dari segala urusan yang boleh mengganggu ataupun yang tidak ada sangkut paut dengan ibadat sembahyang yang sedang dikerjakan itu.

b.     Mengerti bacaan-bacaan atau maksud-maksud perbicaran dalam sembahyang, iatu adalah menjadi seperkara yang utama dalam kontex menghadirkan hati dalam sembahyang, iaitu hati itu haruslah mengetahui segala yang dibicarakan oleh lidah.

c.      Membesarkan Allah dalam sembahyang – Iaitu dalam pengertian  yang mendalam kepada diri orang yang bersembahyang itu, di sebalik menghadirkan hati dan memaham bacaan-bacaannya.

d.     Merasakan kehibatan Allah dalam sembahyang – Ia akan menambahkan lagi kebesarannya yang dirasakan di dalam sembahyang dan ia di ibaratkan sebagai ketakutan yang berpunca dari Maha Agung Allah s.w.t. yang disembah ketika itu.

e.     Penuh harapan – Haruslah mengharapkan pahala yang banyak dari Allah s.w.t., dan sebaliknya ia merasa takut dari siksaanNya yang munkin ditimpakan oleh Allah ke atasnya disebabkan oleh kecuaiannya.

f.       Perasaan malu – Harus mempunyai perasaan malu terhadap Allah s.w.t., kerana kemunkinan sekali tanpa disedarinya telah berlaku daripadanya sesuatu kecuaian dalam sembahyang itu, atau dosa yang tidak disangkakannya.
(Rujukan Kitab Bimbingan Mukminin Jil. 1 ms 67)

                    ------------------ooooooooo----------------------