Pos 809 - Kisah Nabi Sulaiman & Jin
Jin Sebahagian Tentera Nabi Sulaiman

Firman Allah,
“Dan Sulaiman telah mewarisi Daud dan dia
berkata, “hai manusia, kami telah diberi pengertian tentang suara burung dan
kami diberi segala sesuatu. Sesungguhnya (semua) ini benar-benar suatu kurnia
yang nyata.”
Dan dihimpunkan untuk Sulaiman tenteranya dari jin,
manusia dan burung, lalu mereka itu diatur dengan tertib (dalam barisan)
sehingga apabila mereka sampai di lembah semut berkatalah seekor semut, “hai
semut-semut, masuklah ke dalam sarang-sarangmu agar kamu tidak diinjak oleh
Sulaiman dan tenteranya, sedangkan mereka tidak menyedari.”
Maka Nabi Sulaiman tersenyum dengan tertawa kerana
mendengar perkataan semut itu. Katanya,
“Ya Rabbi, limpahkan kepadaku kurnia untuk mensyukuri nikmat-Mu yang telah Engkau anugerahkan kepadaku dan kepada kedua orang tuaku; kurniakan padaku hingga boleh mengerjakan amal soleh yang Engkau redhai; dan masukkan aku dengan rahmat-Mu ke dalam golongan hamba-hambaMu yang soleh.”
(An-Naml: 16-19)
Menurut sejumlah riwayat, pernah suatu hari Nabi Sulaiman
as bertanya kepada seekor semut, “Wahai semut! Berapa banyak engkau perolehi
rezeki dari Allah dalam waktu satu tahun?”
“Sebesar biji gandum,” jawabnya.
Kemudian, Nabi Sulaiman memberi semut sebiji gandum lalu
memeliharanya dalam sebuah botol. Setelah genap satu tahun, Sulaiman membuka
botol untuk melihat nasib si semut. Namun, didapatinya si semut hanya memakan
sebahagian biji gandum itu.
“Mengapa engkau hanya memakan sebahagian dan tidak
menghabiskannya?” tanya Nabi Sulaiman.
“Dahulu aku bertawakal dan pasrah diri kepada Allah,”
jawab si semut. “Dengan tawakal kepada-Nya aku yakin bahawa Dia tidak akan
melupakanku. Ketika aku berpasrah kepadamu, aku tidak yakin apakah engkau akan
ingat kepadaku pada tahun berikutnya sehingga boleh memperoleh sebiji gandum
lagi atau engkau akan lupa kepadaku. Kerana itu, aku harus tinggalkan
sebahagian sebagai bekal tahun berikutnya.”
Nabi Sulaiman, walaupun ia sangat kaya raya, namun
kekayaannya adalah nisbi dan terbatas. Yang Maha Kaya secara mutlak hanyalah
Allah SWT semata-mata. Nabi Sulaiman, meskipun sangat baik dan kasih, namun
yang Maha Baik dan Maha Kasih dari seluruh pengasih hanyalah Allah SWT semata.
Dalam diri Nabi Sulaiman tersimpan sifat terbatas dan kenisbian yang tidak
dapat dipisahkan; sementara dalam Zat Allah sifat mutlak dan absolut.
Bagaimanapun kayanya Nabi Sulaiman, dia tetap manusia biasa yang tidak boleh sepenuhnya dijadikan tempat bergantung. Bagaimana kasihnya Nabi Sulaiman, dia adalah manusia biasa yang menyimpan kedaifan-kedaifannya tersendiri. Hal itu diketahui oleh semut Nabi Sulaiman. Kerana itu, dia masih tidak percaya kepada janji Nabi Sulaiman ke atasnya. Bukan kerana khuatir Nabi Sulaiman akan ingkar janji, namun khuatir Nabi Sulaiman tidak mampu memenuhinya lantaran sifat manusiawinya. Tawakal atau berpasrah diri bulat-bulat hanyalah kepada Allah SWT semata, bukan kepada manusia.

Maka Nabi Sulaiman memerintahkan supaya para Jin mengubah
sedikit singgahsana Ratu Balqis, lalu beliau menyuruh pula membangun sebuah
mahligai yang dibuat dari kaca. Bahagian bawah mahligai tersebut dan
kelilingnya mengalir sungai-sungai dengan berisikan ikan-ikan, di atas air itu
dibuat sebuah jambatan daripada kaca.
Ketika Ratu Balqis dan rombongan tiba, Nabi Sulaiman bertanya kepadanya: “Apakah ini singgahsanamu? Ratu Balqis menjawab: Mungkin! Ia tidak mengatakan ya, kerana dilihatnya ada sedikit perubahan. Tetapi tidak mengatakan bukan, disebabkan ada sebahagian yang serupa dengan singgah-sananya. Dari jawapan Ratu Balqis itu, tahulah Nabi Sulaiman as bahawa ia adalah seorang wanita yang berakal sempurna serta bijaksana.

Kemudian Nabi Sulaiman as menyuruh tamunya itu masuk ke
dalam istana. Ketika Ratu Balqis melihat ke dalam istana, ia melihat
seakan-akan ada aliran air, sehingga ia mengangkat kainnya, sehingga betisnya
tersingkap. Nabi Sulaiman as melihat betisnya itu, maka tidak ada satu aibpun
seperti yang disampaikan oleh golongan jin.
Nabi Sulaiman berkata kepada Ratu Balqis: “Ini adalah sebuah mahligai yang licin, ia dibentuk daripada kaca.” ketika Ratu Balqis menyaksikan betapa hebatnya Nabi Sulaiman, ia berkata dalam hatinya: “Walaupun kerajaanku luas, singgahsanaku indah dan megah, bala tenteraku ramai, namun jika dibandingkan dengan semua yang aku saksikan ini, seakan-akan milikku tidak bererti.

Kemudian ia berkata seperti yang diungkapkan di dalam
Quran, firman Allah SWT surah An Naml ayat 44 bermaksud: “Ya Tuhanku,
sesungguhnya aku telah berbuat zalim terhadap diriku dan aku berserah diri
bersama Sulaiman kepada Allah Tuhan semesta alam.” Setelah itu Ratu Balqis pun
berkahwin dengan Nabi Sulaiman as. Peristiwa pernikahan Nabi Sulaiman dengan
Ratu Balqis ini terjadi pada hari Jumaat.
Begitu besarnya kerajaan Nabi Sulaiman as. yang mana
angin sebagai kenderaannya, manusia dan jin sebagai tenteranya, burung sebagai
pembantu dan teman-teman bercakapnya, binatang-binatang buas sebagai buruhnya
dan para malaikat sebagai utusannya.
Nabi Sulaiman as mempunyai satu padang, sebahagian tanahnya terbuat daripada emas dan sebahagian lagi daripada perak. Jika tenteranya berbaris di padang itu, maka panjang barisan itu tidak kurang dari seratus parsakh. Sedangkan luas tempat tinggalnya adalah sebulan perjalanan.

Kemudian golongan jin membuat untuknya sebuah permaidani
daripada emas dan perak. Pada permaidani tersebut terdapat dua belas ribu
mihrab, pada setiap mihrab terdapat kursi daripada emas dan perak, kemudian
duduk di atas tiap-tiap kursi tersebut seorang yang alim dari ulamak Bani
Israil.
Pada setiap hari dimasak kira-kira seribu unta, empat
ribu lembu dan empat puluh ribu kambing. Nabi Sulaiman juga mempunyai
piring-piring yang besar bagaikan kolam dan periuk yang tetap berada di atas
tungku.
Firman Allah SWT:
“Para jin membuat
untuk Nabi Sulaiman apa yang dikehendaknya dari bangunan yang tinggi dan
patung-patung dan piring-piring yang besarnya seperti kolam dan periuk yang
tetap berada di atas tungku.” (Saba’: 13)
Begitu besarnya nikmat dan kelebihan Nabi Sulaiman
as. Namun begitu kelebihan dan kenikmatan umat Nabi Muhammad SAW yang beriman,
di dalam Syurga nanti disediakan tempat-tempat tinggal dan darjat, kebun-kebun,
sungai-sungai dan buah-buahan. Di dalamnya diperolehi segala sesuatu yang
menyenangkan jiwa dan mata. Di dalamnya juga terdapat sesuatu yang tidak pernah
terlintas oleh fikiran manusia.
Dikisahkan bahawa serendah-rendah darjat tempat umat Nabi
Muhammad SAW di dalam Syurga itu ialah seratus kali luas kerajaan Sulaiman as.
Malah lebih baik, kerana Syurga adalah tempat yang abadi. Di dalamnya tidak ada
matahari, kesejukan, kesakitan, kesusahan serta lain-lain penderitaan. Di
Syurga adalah tempat yang abadi, kesenangan tanpa batas, pemberian tanpa
dihitung, penerimaan tanpa ditolak.
Ada Syurga yang dinamakan dengan Darussalam, di dalamnya
mempunyai keselamatan tanpa adanya kebinasaan, kenikmatan tanpa malapetaka,
kecintaan tanpa permusuhan, kemuliaan tanpa kehinaan serta bermacam-macam lagi
kenikmatan yang sukar untuk diungkapkan.
Kemudian Syurga Jannatunna’im. Sesungguhnya bagi
orang-orang yang bertakwa disediakan di sisi Tuhan mereka Syurga kenikmatan. Di
dalamnya para hamba-hamba-Nya bertempat tinggal, para nabi menjadi sahabatnya,
tinggal kekal dalamnya dengan kurnia yang berlimpah ruah. Tidak ada
kesusahan di dalamnya, terdapat bidadari cantik dan jelita, mahligainya tinggi
dan tempat yang luas.
Syurga Firdaus, disediakan bagi orang-orang yang tidak
menyekutukan Allah SWT dengan sesuatu, menjauhkan diri daripada perbuatan
maksiat, tidak membuat kemungkaran serta menjalankan segala yang diperintahkan
Allah SWT. Allah SWT menjadikan penghuni Syurga ini sebagai kekasihNya.
Di dalam Syurga Firdaus terdapat empat sungai, iaitu
sungai dari air tawar, sungai dari air susu yang tidak berubah rasanya, sungai
dari air arak yang lazat rasanya dan sungai air madu. Di dalamnya juga
diperolehi berbagai macam buah-buahan. Ada lagi empat mata air iaitu: Salsabil,
Zanjabil, Rohiiq dan Tasniim. Ada lagi dua mata air yang mengalir dan dua mata
air yang memancar, iaitu Al-kaafuur dan Al-kautsar. Di dalamnya juga diperolehi
segala sesuatu yang tidak pernah dilihat oleh mata dan didengar oleh telinga
dan tidak pernah terlintas dalam hati.
---------------------------------oooooooo----------------------------------------
“
No comments:
Post a Comment