Pelajar Tingkatan 5 mengecat pagar masjid - mereka membuat kebaikan.
Pos 747 - BERBUAT KEBAIKAN
Segala pujian bagi Allah s.w.t.
Tuhan yang mencipta segala kejadian. Selawat dan salam ke atas Junjungan Besar
Nabi Muhammad s.a.w. serta keluarga dan sahabat-sahatnya sekalian.
Allah mengasihi orang-orang yang
berbuat baik.
Surah Ali-Imran, Ayat 134.
اَلـَّذِينَ يُنْفِقُونَ فِى السَّرَاءِ وَالضَّبرَاءِ
وَالـَكَظِمِينَ
الـَغَيْظَ
والـْعَافِينَ عَنِ النَّاسِ ج وَاللهُ يُحِبُّ الـْمُحْسِنِينَ.
“Iaitu orang-orang yang
membelanjakan harta-hartanya semasa senang dan susah, orang-orang yang sabar
menahan marah, dan orang-orang yang pemaaf terhadap kesalahan manusia, Allah
mengasihi orang-orang yang berbuat kebaikan itu.”
(Ali-Imran ayat 134)
.
Firman allah s.sw.t :-.
مَنْ عَـمِلَ صَلِحًا مِّن ذَ كَر ٍ أ َوْ
أ ُنـْثَى وَهُـوَ مِؤْ مـِنٌ فـَلـَــَنـُحْـيِــِنـيَـنَّـه ُ حَـيَـوة ً
طَيِّـبَة ً ج وَلَـنَجْـز ِيـَنَّهُمْ اَ
َجْرَ
هـُمْ
بـِـإ حـْسَنِ ِ مَا كَا نُوْا يَعْمَلُونَ.
(النخل
97)
Brangsiapa
mengerjakan kebaikan, baik laki-laki atau perempuan sedang ia beriman, nescaya
Kami hidupkan dia dengan kehidupan yang
baik, dan Kami balasi mereka dengan pahala yang terlebih baik dari apa yang
telah mereka amalkan. (An-Nakhl ayat 97)
Firman allahs.w.t. :-
وَمَنْ يُـؤْ مِنُ بـِاللهِ وَيَعْمـَلْ
صَـلِحًـا يـُدْ خـِلْـهُ جـَنـَّت ٍ تـجْر ِ مـنْ تـَحْـتـِهـَا الأ َنـْهـَرُ
خـَلِدِينَ فِيهـَآ أ َبَد قـَدْ أ َحْسـَن َ اللهُ لـَهُ رِزْقـًا
Bermaksud:-
Barang siapa yang beriman kepada Allah dan beramal soleh,
dimasukkan Allah ke dalam syurga, yang mengalir air sungai di bawahnya, serta kekal mereka di dalamnya selama-lamanya. Sungguh Allah memberi kebaikan rezeki untuk
mereka. (Al-Thalaq ayat 11)
.
Pos 700 -Perseimbangkan
antara Keperluan dengan Kemampuan.
Pengisian
terbaik di dalam kehidupan yang mempunyai kesempurnaan akal fikiran adalah perseimbangkan di antara Keperluan dengan
Kemampuan. Maksudnya,
dari keperluan yang amat sangat baru digunakan kemampuan yang ada. Maka terpeliharalah hidup di dalam keadaan kesederhanaan yang
dituntut oleh Islam kepada penganutnya.
Mengseimbang sedemikian amatlah sukar untuk
dilaksanakan, kerana tuntutan nafsu mendahului kemunculan kematangan akal
fikiran manusia. Justeru, wujudnya apa yang dikatakan Jalan yang Lurus,yang
sering dimohonkan kepada Allah s.w.t. melalui pembacaan Surah Al-Fatihah di
ayat 6 bermaksud "Tunjuklan kami jalan yang lurus". Kiasannya. Sekiranya dikatakan jalan semesti
ada permukaan atau permulaan jalan tersebut dan ada pula akhirnya garis
penamat.
Keinsafan - Adalah permukaan jalan yang lurus.
Kematian - Penamat jalan tersebut.
Firman Allahs.w.t. dalam Surah Al-Fat-H ayat 2 bermaksud:
"Supaya Allah memberi ampunan kepadamu terhadap dosamu yang telah lalu dan
yang akan datang serta menyempurnakan nikmat-Nya atasmu dan memimpin kamu
kepada jalan yang lurus"
Apabila merasakan keinsafan diri, bererti sudah
meletakkan diri dengan sendiri di permukaan "jalan yang lurus", untuk
melangkah berjalan semestinya ada persediaan ilmu pengenalan diri atau dengan
ertikata lain berkenalan dengan diri sendiri, supaya beroleh kelembutan hati
untuk menerima petunjuk jalan yang benar melalui Al-Quran dan Hadis Rasulullah
s.a.w.
Sekiranya tiada persediaan tersebut manusia mudah disesatkan oleh iblis melalui
tunggangannya ke atas nafsu sendiri. Kehebatan dan canggihnya tipu fdaya iblis
amat mengelirukan.
Berbuat baik dengan isteri. Menjadi suami teladan.
Suami teladan iaitu suami yang selalu mengerjakan perintah Allah dan
menjauhkan segala laranganNya. Ia selalau menjaga hubungan dengan isterinya
serta melaksanakan tanggungjawab sesuai dengan kemampuannnya.
Ia selalu berterus terang dengan isterinya.
Jika ia mempunyai kekurangan-kekurangan dalam dirinya maka ia akan
menyatakan hal tersebut kepada isteri yang disayanginya.
Sebaliknya jik ia mempunyai kelebihan dan pengalaman maka ia selalu akan
membahagikan kelebihannya itu kepada isterinya.
Suami teladan adalah suami yang biuk, tidak mahu menyembuyikan sesuatu
rahsia yang tiada disenangi oleh isteri.
Dalam
menjalinkan hubungan dengflan isterinya,ia bersifat lemah lembut, menghargainya
serta memuliakannya. Firman Aah s.w.t. :
يَأَيُّهَا الـَّذِينَ
ءَامَنُوْالآيَحِلُّ لـَكُمْ أَنْ تَرِثُوْا النِّسَآءَ كَرْهًا ج
وَلآتَعْضُلـُوهُنَّ
لِتـَذْ هَبُوا بِبَعْضِ مَآءَاتَيْتُمُوهُنَّ إِلآّأ َنْ يَأ ْتِيْنَ
بِفَحِشَةٍ
مُبَيـِّنَةٍ ج وَعَاشِرُوهُنَّ
بِالـْمَعْرُوفِ ج فَإِنْ كَرِهْتُمُو
هُنَّ فَعَسَ~ أَنْ
تَكْرَ هُوْا شَيْئًـا وَيَجْعَلَ اللهُ فِيهِ خَيْرًا كَثِيرًا.
(النســاء19)
”Dan
bergaullah dengan mereka secara patut.
Kemudian bila kamu tidak menyukai mereka (maka bersabarlah) kerana
mungkin kamu tidak menyuakai sesuatu.
Padahal Allah menjadikan padanya kebaikan yang banyak.”
Rasulullah
s.a.w. merupakan contoh teladan yang harus kita ikuti. Baginda telah menunjukkan pedoman-pedoman
tersebut untuk umatnya. Kerana baginda
adalah orang yang melayani keluarganya dengan cara yang terbaik. Sabda Rasulullah s.a.w :
”Sebaik-baik
kamu adalah yang terbaik terhadap keluargnya, dan aku adalah yang terbaik daripada
kamu terhadap keluarga ku. Orang yang
memuliakan kaum wanita adalah orang yang mulia, dan orang yang menghina kaum
wanita adalah orang yang tidak mempunyai
budi pekerti.” (HR Abu Asakir)
Allah mengasihi orang-orang yang
berbuat baik.
Surah Ali-Imran, Ayat 134.
اَلـَّذِينَ يُنْفِقُونَ فِى السَّرَاءِ وَالضَّبرَاءِ
وَالـَكَظِمِينَ
الـَغَيْظَ
والـْعَافِينَ عَنِ النَّاسِ ج وَاللهُ يُحِبُّ الـْمُحْسِنِينَ.
“Iaitu orang-orang yang
membelanjakan harta-hartanya semasa senang dan susah, orang-orang yang sabar
menahan marah, dan orang-orang yang pemaaf terhadap kesalahan manusia, Allah
mengasihi orang-orang yang berbuat kebaikan itu.”
(Ali-Imran ayat 134)
.
Firman allah s.sw.t :-.
مَنْ عَـمِلَ صَلِحًا مِّن ذَ كَر ٍ أ َوْ
أ ُنـْثَى وَهُـوَ مِؤْ مـِنٌ فـَلـَــَنـُحْـيِــِنـيَـنَّـه ُ حَـيَـوة ً
طَيِّـبَة ً ج وَلَـنَجْـز ِيـَنَّهُمْ اَ
َجْرَ
هـُمْ
بـِـإ حـْسَنِ ِ مَا كَا نُوْا يَعْمَلُونَ.
(النخل
97)
Brangsiapa mengerjakan kebaikan, baik
laki-laki atau perempuan sedang ia beriman, nescaya Kami hidupkan dia dengan
kehidupan yang baik, dan Kami balasi
mereka dengan pahala yang terlebih baik dari apa yang telah mereka amalkan. (An-Nakhl ayat 97)
Firman allahs.w.t. :-
وَمَنْ يُـؤْ مِنُ بـِاللهِ وَيَعْمـَلْ
صَـلِحًـا يـُدْ خـِلْـهُ جـَنـَّت ٍ تـجْر ِ مـنْ تـَحْـتـِهـَا الأ َنـْهـَرُ
خـَلِدِينَ فِيهـَآ أ َبَد قـَدْ أ َحْسـَن َ اللهُ لـَهُ رِزْقـًا
Bermaksud:-
Barang siapa yang beriman kepada Allah dan beramal soleh,
dimasukkan Allah ke dalam syurga, yang mengalir air sungai di bawahnya, serta kekal mereka di dalamnya selama-lamanya. Sungguh Allah memberi kebaikan rezeki untuk
mereka.
(Al-Thalaq ayat 11)
Sekian dahulu dan diharap kita
sekalian dalam mengerjakan ibadat kepada Allah, lebih-lebih lagi berkenaan
solat, kita perlu memberi perhatian sungguh- sungguh agar kita diberi ganjaran
pahala yang lumayan diakhirat kelak.
Sekian dahulu dan di ucapkan....
وَالسَّلَامُ عَلـَيْكُمْ وَرَحْمَة ُ اللهِ وَبَرَكـَـتُـه
---------------------oooooooooooooooo----------------