Sunday 27 October 2013

Post 1250 . Sinarai Solat-Solat Rawatib.....
















Post  1250 . Sinarai Solat-Solat Rawatib

 Senaraikan solat-solat  rawatib muakad dan rawatib tidak muakad.?

Jawapan.
1.   Sembahyang Sunat Rawatib adalah sembahyang sunat yang dikerjakan sebelum dan sesudah sembahyang fardhu. Sembahyang Sunat Rawatib  adalah yang dituntut dan
     sentiasa dikerjakan oleh Rasulullah s.a.w.  Ianya adalah:

a.    Dua rakaat sebelum sembahyang Subuh.
b.   Dua rakaat sebelum sembahyang Zuhur.
c.    Dua rakaat  atau empat rakaat sesudah Zuhur.
d.   Dua atau empat rakaat sebelum sembahyang Asar.
e.    Dua rakaat sesudah sembahyang Maghrib
f.     Dua rakaat sebelum sembahyang Isyak.
g.   Du rakaat sesudah sembahyang Isya’.

2.        Sunat rawatib yang tidak muakad ialah :

             a. Dua rakaat sebelum Maghrib.

             b. Dua rakaat sebelum Isyak.

             c. Dua rakaat sebelum Zuhur.

             d. Dua rakaat selepas Zuhur.

h.   Dua rakaat sebelum Asar

(Rujukan Kitab Asas-Asas Fardhu Ain, m.s.133)


                 --------------------------------ooooooooooooooo----------------------------------

Post 1249 - Tuntutan Mengerjakan Solat........











Post 1249  - Tuntutan Mengerjakan Solat   

 Beri keterangan ataupun hadis yang menerangkan berkenaan tuntutan mengerjakan solat-saolat sunat ?

Jawapan:

Sesungguhnya setiap ibadat sama ada wajib ataupun sunat perlu ada keterangan dari al-Quran, ataupun contoh daripada Rasulullah s.a.w. ataupun para sahabat.
Fitrman Allah s.w.t.:

وَمِنَ الـَّيْلِ فَتَهَجَّدْ بِهِ نَا فِلـَةً لـَكَ عَسَى أ نْ يَبْعَثـَكَ رَبُّكَ مَقَا مًا مَحْمُوْدًا.  ( ال اسرق اية 79).
”Dan sebahagian dariada waktu malam, bangunlah bagi bersolat Tahajjud sebagai tambahan untukmu, semoga Tuhanmu membangkit dan menempatkanmu di tempat yang terpuji (syurga)."
                                                              (Al-Israq ayat  79).

Terdapat beberapa  banyak Hadis-hadis Rasulullah s.a.w. yang menunjukkan solat-solat sunat itu diperlukan:

a.    Rabiah bin Malik al-Aslami melaporkan, Rasulullah s.a.w. bersabda kepada saya , “Mintalah….”Lalu saya pun berkata “Saya mahu menjadi pengiring ataupun bersama tuan dalam syurga.” Kemudian beliau berkata, “Adakah permintaan lain selain daripada itu.”  Saya menjawab. “ Itu sahaja. ”Kemudian baginda berkata. “ Hendaklah kamu membantu akan daku terhadap dirimu dengan memperbanyak sujud iaitu banyak bersolat sunat.”

b.    Aisyah r.a. berkata, ”Rasulullah s.a.w. tidak pernah meninggalkan solat empat rakaat sunat sebelum Zuhur dan dua rakaat sebelum Subuh.”
c.    Aisyah r.a. berkata : ‘Tidak sesuatu dan solat yang Nabi s.a.w. mengambil berat selain dua rakaat solat fajar.”
d.    Aisyah r.a. berkata “Rasulullah s.a.w. bersolat dhuha sebanyak empat rakaat dan menabahkan apa yang diizinkan oleh Allah.”
e.    Rasulullah s.a.w. bersabda. “Sebaik-baik solat selepas solat-solat fardhu adalah solat-solat sunat pada waktu malam.”

f.     Rasulullah s.a.w. bersabda.”Berwitirlah kamu, wahai ahli Quran, sesunggunya Allah itu ganjil, dan mengasihi yang ganjil.”

g.    Rasulullah s.a.w. bersabda, “Solat wititr itu adalah kewajipanm setiap individu Muslim; sesiapa yang suka berwitir dengan lima rakaat, maka lakukanlah, dan sesiapa yang suka berweitir dengan tiga rakaat, maka lakukanlah, dan sesiapa yang suka berwitir dengan satu rakaat, maka lakukanlah.
    ---------------------oooooo---------------------------

Post 1248 - Hubungan dengan Insan untuk jadi manusia terbaik.

















 
Post 1248 - Hubungan Insan dgn. manusia

Minta tuan jelaskan yang  dimakasudkan Hubugan dengan Insan untuk menjadi manusia yang terbaik. Iaitu Hubungan dengan masyarakat, hubungan dengan anak, hubungan dengan isterti dan hubungan dengan suami.

Jawapan
Hubungan insan yang terbaik ialah:

(1). Mengasihi orang lain sebagaimana kita mengasihi diri
kita sendiri. Tidak berlagak sombong dan bongkak padanya
dan tidak beriri hati padanya kerana Allah murka dengan
akhlak yang negativ., sebagaimana kesah dua orang sehabat
yang berlagak sombong pada rakannya.
(2). Merasa gembira di atas kegemnbiraannya dan merasa
dukacita apabila dia dalam kesusahan.

(3). Inginkan kebahagian untuk dirinya dan berharap segala
kecelakaan menjaihi dirinya.

(4). Membenci pada akhlak buruknya dan kasih pada
dirinya dedngan akhlak terpujinya.

(5).. Bersifat pemurah padanya, bertolak ansur padanya,
dan mengenangkan jasa-jasanya serta bercita-cita untuuk
membalas budinyanya

(6). Kebaikan insan disnjung dan diikuti, kejahatannya
ddinasihati dan dirahsiakan.

(7). Baik sang terhadap orang Islam dan hendaklah
Tawadhuk dengan manusia.

Hubungan dengan masyarakat yang terbaik  ialah:

.1… Anggota masyarakat kini sering terlibat dengan pelbagai masalah akhlak dalam hubungan sesama insan. Jenayah yang berlaku turun temurun seperti berzina, mencuri, merompak, menyamun dan sebagai lagi masih terus berlaku. Cuma caranya sahaja yang berbezam. Contohnya mencuri atau menyamun dilakukan dengan menekan keyboard komputer sahaja. Perbuatan zina pula lebih parah lagi kerana berlaku di kalangan keluarga terdekat.

2… Justeru itu bagi mengelakkan kejadian jenayah sesama insan itu mukmin perlukan pergaulan yang baik yang tidak bercanggah dengan syariat Islam. Agama Islam menyeru dan mengajak kaum Muslimin bergaul sesama insan dengan baik dan berakhlak mulia. Dengan pergaulan yang baik sesama insan kita dapat saling bantu membantu, maka yang demikia kita akan dapat tercapai sesatu yang berguna untuk kepentingan masyarakat yang adil dan makmur.
3... Untuk saling mengenal di antara sesama insan dalam kehidupan kita, adalah ajaran Islam yang sangat ditekankan yang mempunyai garis hidup yan konkrik dalam batasan hidup bermasyarakat.
4.. Adab pergaulan sesama insan mukmin secara rigkas seperti seperti brerikut:
     a. Menyukai saudara seagama   


     b. Tidak menyakiti Muslim lain 
    c. Tawadhu (merendah diri)
    d. Bersikap hormat dan pengasih\
    e. Bermanis muka
    f. Tidak mudah mendengan berita -berita buruk
    g. Memelihara kehormatan
    h. Menempaytkan seseorang pada haknya
    i. Meminta izin
    j. Memberi nasihat Dan sentiasa jujur.



(1). Hakimkan antara manusia dengan adil dan saksama.
(2). Jangan mengurangkan timbangan dan sukatan jualan
(3)… Kembalikan amanah atau harta kepada yang
empunyainya.

(4). Jangan memasuki rumahnya sehingga kamu meminta
izin dan dia membenarkan kamu masuk.

(5). Hendaklah kamu hormati jiran kamu dan berbuat baik
dengan jiran tetangga kamu dan menolong ianya
apabila dai ada kesuahanba.

(6).,.. Bersikap pemaaf terhadap sesama manusia dan
sentiasa mengamalkan kesabaran dalam saegala
usrusan ursan dengan masyakakat,
(7). Ziarah dia apabila I dalamkeuzurandanberdoa suoay
sebuhkembali.

Hubungan kedudukan akhlak  dengan anak.

(1).. Anak adalah amanat pada kedua orang tuanya. Hatinya yang suci sebagai permata yang berharga.
Ia menerima setiap ukiran dan ikuti segala arahan dari kedua ibu bapanya. Ibu bapa mempunyai peranan yang besar dalam tugas-tugas mendidik anak untuk membentuk akhlak mulia. Anak itu lahi bersih maka ibu bapalah yang akan menjadikan ia Majusi atau Nasrani.

(2).. Islam menjelaskan segala hukum yang bersangkutan anak-anak dan prinsip-pinsip pendidikan, supaya ibu bapa boleh mempunyai petunjuk dan hidayah dalam kewajipan terhad anak. Pertama sekali disyaratkan azan sebaik sahaja ia dilahirkan. Melakukajn Tahnik sejurus kelahirnnya. Mencukur kepala dan memberi nama pada hari ketujuh kalahirannya. Melakukan aqiqah pada anak itu. Melakukan berkhatan.

(3).. Apabila anak itu mencapai umur empat atau lima tahun mengajar anak itu membaca al-Quran dan bila sampai tujuh tahun mulalah mendidik bersembahyang.

(4)..Anak kecili itu perlu diberi bimbingan akhlak mulia serta nilai-nilai terbaik dari dari ibu bapa dan orang-orang yang di sekelilingnya. Sabda Rasulullah saw”

“Tidaklah seorang ayah memberikan sesuatu kepada
Anaknya yang lrebih utama daripada sopan santun mereka yang baik” (HR Timidzi)

(5).Hubungan akhlak dengan anak ialah dengan melatih anak dengan empat budi pekerti yang mulia:

i.. Hikmah atau kebijaksanaan berarti sesuatu dalam diri yang mana menrusinya dapat memilih yang benar atau yang salah.
ii.. Sjaat atau keberanian – Sifat marah yang sedang meluap-luap dapat ia melihat oleh akalnya untuk menujukan keberaniannya.

iii.. Kebersihan jiwa iaitu menhan kemahuan syahawat dengan mendidiknya supaya tunduk kepada penunjuk akal dan syatriat.

iv.. Adil atau keadilan – iaitu sesuatu kekuatan dalam jiwa yang dapat mengatasi sifat marah dan kemahuan syahawat lalu membimbing keduanya ke jalan kebjaksanaan dan kebahagian.

(6.).. Berdasarkan perkara di atas Ibu bapa hendaklah
membimbing anak kepada mengamalkan nafsu mahmudah
(terbaik) dan mengelakkan mereka dari nafsu mazmumah
iaitu keburukan.

Hubungan akhlak dengan isteri:

(1).. Suami hendaklah mengamalkan memjadi sebagai suami
soleh. Bermaksud ia menunaikan kewajipan-kewajipan
terhadap Allah, keluarga, ibu bapanya dan semua orang yang
menjadi tanggungannya, dengan semangat kasih sayang.

(2).. Menunaikan kewajipan-kewajipan terhadap Allah.
Isteri, keluarga dan semua orang yang menjadi
tanggungannya.

(3)..Menggaul isteri dengan baik dan penuh perasaan kasih
Sayang dan ramah mesra.

(4). Mengelakkan mempunyai akhlak yang terkeji
(mazmumah) dan hendaklah mengamalkan akhlak yang
terpuji (mahmudah

(5). Menghiasi diri dengan perangai, kelakuan dan akhlak
secara orang-orang soleh yang terpilih dan banyak membuat
kebajikan.

(6). Raulullah s.a.w. mewasiatkan hendaklah suami isteri
menunjukkan wajah dan watak yang berseri apabila bertemu
sekalian mukmin walau dalam keadaan apa sekaliapun.

(7). Sunat Nabiyh bagi suami menunjukkan sikap mesra
ketika makan dan tidaklah makan seorang diri

Hubungan akhlak dengan suami :

(1). Hendaklah bergaul dengan suaminya dengan baik,
penuh perasaan kasih sayang dan menghormati suami
dan keluarga pihak suami.

(2) Menjadi istetri yang solehah iaitu taat kepada
Rabbnya, suaminya dan menggaul suamainya dengan
penuh ketaatan serta bersungguh-sungguh ia
menyempurnakan tugasnya

(3) Mengelakkan mempunyai sifat yang terkeji
(mazmumah) dan hendaklah mengamalkan akhlak
Yang terpuji (mahmudah).

(4). Menghiasi diri dengan perangai orang soleh yang
terpilih dan banyak membuat kebajikan.

(5).. Sunat Nubawiyah bagi isteri menunjukkan mesra
ketika makan dan janganlah makan seorang diri.


         -------------------------------------oooooooooooo-----------------------------




Pos 1247 - Khatib Tertinggal Rukun Khutbah


 






Pos 1247 - Khatib Tertinggal Rukun Khutbah

Bagaimana seorang Khatib meninggalkan salah satu rukun Khutbah. Adakah sah solat Jumaat itu ?

Jawapan.

Meninggalkan salah satu rukun khutbah seperti meninggalkan Al-hamdulillah, atau dibacanya “hamdulillah” , maka dibacanya seperti “hamlaah…….” Ini sama dengan tidak mambacanya, atau meninggalkan wasiat “bittaqwa”, atau meninggalkan Selawat atas Nabi, atau meninggalkan membaca ayat-ayat al-Quran pada salah satu dua khutbah, atau meninggalkan doa “lil mukminin” pada khutbah kedua. Maka jika tidak dibacanya rukun-krukun khutbah yang lima itu, atau salah satu daripadanya yang wajib, maka kesemuanya itu membawa cedera pada khutbah, yang juga membawa cedera pada sembahyang Jumaat itu menjadi tidk sah. Oleh kerana syarat sah sembahyang Jumaat adalah terdahulu dua khutbah dengan segala rukun-rukan dan fardunya.
Rukun Khutbah itu ada lima perkara:-

          (1). Mengucapkan al-Hamdulillah dalam keduanya.
          (2). Selawat atas Rasulullah s.a.w dalam kedua-duanya
          (3). Berpesan kepada para jermaah supaya bertaqwa kepada Allah, 
                dalam kedua-duanya.
         (4). Membaca  sepotong ayat Al-Quran dalam salah satu khutbah.
         (5). Membaca doa untuk kebaikan kaum muslimin dan pemerintah Islam
               dalam perkara ke akhiratan atau kebaikan Islam.

Sunat juga memendekkan khutbah dan memanjangkan sembahyang Jumaat itu. Menurut riwayat dari Ammar bin Yassir r.a.bermaksud:-
Sesungguhnya panjagngnya sembahyang seorang laki-laki, dan pendek khutbahnya itu, adalah pertanda dari pada fiqahnya. Maka penjangkanlah olehmu akan sembahyang dan pendekkanlah khutbah.
(H.R. Ahmad dan Muslim) (Rujuk: Kitab Seratus Maslaah Agama Jilid 4, ms 166) dan Kitab Kemusyikilan Agama oleh Dr.Syed Abdillah Ahmad Al-Junid ms.57.)


        
--------------------------------------ooooooooooo-------------------------------