Thursday 31 January 2013

Pos 721 – Bagaimana Mencapai Budi Pekerti yang Baik.










Pos 721 – Bagaimana Mencapai Budi Pekerti yang Baik.


Kini anda telah mengetahui bahawa keluhuran budi pekerti itu berpunca dari kesederhanaan dalam kekuatan akal fikiran dan kesempurnaan kebijaksanaan, dan seterusnya kepada pertengahan dalam kekuatan marah dan keinginan syahawat, sedang keadaan kedua-duanya itu patuh dan tunduk kepada pertimbangan akal fikiran dan batasan syarak. Kesederhanaan boleh terjadi kerana dua perkara:

   (1). Pertana  - terjadi kerana kemurahan Tuhan dan kesempurnaan fitrah (semula jadi), iaitu bila Tuhan mencipta manusia itu, diciptanya dalam keadaan sempurna akal fikiran, molek budi pekerti, dilengkapi baginya kemahuan syahawat dan marah, bahkan kedua-dua sifat telah dijadikan baginya sebagai sederhana dan tunduk di bawah pertimbanga akal fikiran dan sayarak.

         (2).  Kedua- Memperolehi budi pekerti itu dengan perjuangan dan latihan-latihan diri, yakni memaksa diri dengan perbuatan-perbuatan yang dikehendaki oleh budi pekeri yang dituntut, misalnya : orang yang ingin melengkapkan diri dengan  budi pekerti pemurah hati, maka caranya ialah dengan memaksa diri mentauladani perbuatan-perbuatan seorang pemurah hati, seperti membelanjakjan harta bendanya.

 Perbuatan serupa itu, hendaklah diteruskan dan di biaskan atas diri secara paksaan, dan melawan dengan sungguh-sungguh nafsu syahawat yang menentangnya, sehingga perbuatan-perbuatan itu lama-kelamaan menjadi tabiatnya.  Ketika itu apa yang dituju akan menjadi mudah, dan tidak sukar lagi baginya untuk mernjadi seorang yang pemurah hati.

Demikian pulalah dengan orang yang ingin membebntuk dirinya dengan budi pekerti merendah diri, sedangkan ia telah biasa dengan  sifat takbur atau bermegab-megah diri. Maka caranya ialah merlatih diri dengan perbuatan-perbuatan orang-orang yang merendah diri dalam suatu jangka madsa yang panjang.

Disamping itu ia mestilah menunjukkan sikap melawan nafsunya dan memaksa supaya tunduk, sehingga lama-kelamaan sifat merendah diri itu meresap pula ke dalam jiwanya, dan akhirnya menjadi ia sebagai budi pekerti orang itu dan tabiatnya.  Sesudah itu sikap merendah diri itu menjadi suatu perkara yang mudah dilakukan dan enak diradakan.
Sekian dahulu untuk renungan dan juga untuk dilaksanakan semoga setiap individu yang mencobanya akan menjadi seorang yang berbudi pekerta yang mulia.

Wassala mualaikm warahmatulla hiwabarakatuh.....!


---------------------oooooooooooooooooo------


Pos 720 -Yang Merosakkan Akidah













Pos 720 -Yang Merosakkan Akidah

Akidah Ahli Sunnah wal-Jamaah yang berlandaskan manhaj Salah as Soleh hanya menetapkan tanpa dipersoal atau diperbincangkan segala apa yang telah Allah tetapkan di dalam kitabNya (al-Quran) dan segala apa ayang telah dijelaskan oleh NabiNya di dalam hadith-hadithnya yang sahih.

Keimanan yang murni dan sempurna yang dimaksudkan oleh syara’ ialah apabila seseorang itu mengimani setiap nama-nama, sifat atau zat  Allah tanpa melakukan apapun perkara yang boleh merosakkan akidahnya. Adapun perkara-perkara yang boleh merosakkan akidah seseorang Muslim ialah:

Kerosakan 1.  Takyif –   (تَكْيِيْفٌ)berwazankan taf’il    (   تَفْعِيْلٌ) 
Ia dari kata kerja ”Yang menggambarkan kaifiyah (bagaimana) bentuk atau hakikat ”. Atau Menggambarkan hakikat bentuk dari makna-makna tertentu yang hanya diketahui oleh Allah.  Seperti menggambarkan hakikat zat Allah, hakikat sifat-sifatNya atau hakikat kewujudannya.”  Atau mereka-reka menceritakan, membincangkan, mempersoalkan atau menanyakan bagaimana nama-nama, sifat atau zat Allah tersebut.”

Kerosakan 2.  Tasybeh/tamsil   (تَمـْثـِيـْــلٌ) adalah berwazan taf’il   .(تَـفْـعِـيْـــل)
Ia diambil dari kata dasar     (مَثَـلٌ اَوْ مِـثـْــل ٌ)   yang bererti –“Tandingan” atau “Seteru”.  Dalam syara’ tamsil bermaksud “Mengithbatkan, bandingan, menyerupakan atau memisalkan nama-nama, sifat atau zat Allah dengan sifat atau zat makhlukNya”.

Terdapat dua bentuk Tamsil.

Pertama – Qiyas Tamsil.

Iaitu mengangkat salah satu dari beberapa makhluk yang dijadikan Tuhan kemudian dianggap sebagai Khalik, atau makhluk diangkat sebagai Tuhan secara dasar dan yang lain sebagai cabang, kemudian manganalogikan (menserupakan) atau mengqiyaskan yang satu dengan yang lain. Bentuk ini terbahagi dua;

a.   Qiyas Kuli – Iaitu mengqiyaskan zat dengan zat. Misalnya mengatakan bahawa zat Allah serupa dengan zat makhluk atau sebaliknya.
b.   Qiyas Juzi.  Mengqiyaskan sebahagian sifat Allah dengan sifat makhluk atau sebaliknya.

Kedua.   Qiyas tamsil Yang Syumul.

Iaitu memasukkan Khalik dan makhluk dalam satu kaedah umum di mana semua bahagian menduduki keadaan yang sama di dalamnya.  Misalnya- Mengatakan bahawa semua yang mewujud adalah satu bentuk atau semua yang mempunyai sifat adalah makhluk.


Kerosakan 3.. Ta’dil  (  (تَـعْـطِـيْلٌ     

Ia diambil dari kata al’atal yang bermaksud, mengosongkan atau meninggalkan.”  Kalimah ini boleh di temui di dalam al-Quran seperti:
وَبِـءْـر ٍ مُّعـَطَّلـَـة ٍ  (الحج اية 45)
                                      “Perigi yang ditinggalkan”
Ta’til juga diertikan – “Membatalkan, mengingkari atau menolak sifat, nama-nama dan zat Allah yang sudah ada nasnya di dalam al-Quran dan As-Sunnah”.  Atau juga “Meniadakan ketetapan atau makna nas-nas al-Quran dan As-Sunnah dari maksudnya yang hakiki”

Pembahagian Ta’til ini terbahagi tiga iaitu;

a.    Pertama – Menolak, menafikan atau meniadakan  hakikat kesempurnaan Allah s.w.t. dengan menafikan atau meniadakan nama-nama dan sifat-sifat Nya.
b.   Kedua  - Menolak, menafikan atau meniadakan apapun perkara yang berkaitan dengan Allah sehingga meninggalkan ibadah dan  ketaatan kepada Nya.  Atau mengibadah selain Allah s.w.t.

c.    Ketiga – Menolak, menafikan atau meniadakan kekuasaan dan keberadaan Allah s.w.t..  Mengengkari bahawa segala makhluk adalah ciptaan Nya. Mengithbatkan, membandingkan sebaghagian atau seluruh makhluknya kepada selain Allah. Meanggap makhluk itu lebih dahulu ada.  Atau meanggap segala ciptaan Allah bukan makhluk Allah s.w.t.

(Bersambung aan datang) aitu   hal ehwal mengenai perkara “Tahrif” (kalimah)

Sekian dahulu dan akan kit temui lagi dalam masa yang singkat nanti.
(Rujukan –Kitab Akkidah Ahli As-Sunnah Wal-Jamaah m.s., 240)

                      -------------oooooooooooo-----------------





Friday 25 January 2013

Tahun 2013 - Tahun Buah-Biuahan



Pos 719 – Dakwan kepada Penduduk Madinah (622 M)







Pos 719 – Dakwan kepada Penduduk Madinah (622 M)

BAHAGIAN  YANG  KEENAM

Apabila mendapat tentangan daripada masyarakat Arab Makkah, Nabi Muhammad menukar strategi dengan berdakwah kepada jemaah haji yang datang ke Makkah. Melalui utusan haji dari Madinah, Nabi Muhammad mendapat tawaran daripada sebahagian penduduk  Madinah supaya beliau bersedia menjadi orang tengah antara mereka. Mereka mengalami konflik saudara khususnya antara suku Aus dan Khazraj. Selepas melalui jarak waktu lebih kurang satu tahun, Nabi Muhammad mengusulkan dua perjanjian dengan utusan dari Madinah ini.  Pejanjian itu dikenali dengan Perjanjian Aqabah 1 yang disertai oleh 73 pemnuda.  Mereka berjanji untuk setia mengikut dan menjalankan agama Allah.

Berhijrah Ke Madinah. (622 M)

Selepas persiapan dibuat dengan menggunakan strategi yang tersusun, pada tahun 622 M, NQBI Muhammad dan para pengikutnya beerhijrah ke Madinah.  Keputusan berhijrah dibuat kerana beberapa pertimbangan antaranya:

a. Tentangan dan siksaan yang berat oleh kaum Quraisy Makkah pada Nabi Muhammad dan para pengikjutnya. 

b.       Tawaran datangnya daripada penduduk Madinah sendiri yang adanya knflik di negeri itu, maka ada harapan untk kejayaan berdakwah.

c.        Madinah dapat membetrikan peluang bagi bagi menjalankan dakwah Islam, dilihat daripada sisi masyarakat dan lingkunganya.

d.       NabiMuhammad mendapat peeintah dari Allah bagi melakukan hijrah ke sana.

Ada beberapa strategi yang dilakukan oleh Nabi Muhammad supaya hjirah itu berjalan dengan lancar. Di  antaranya ialah:
a.     Nabi Muhammad  mengambil jalan selatan kota Makkah kerana sudah menduga  tentera Quraisy mengejarnya melalui jalan Utara.

b.     Nabi Muhammad tidak terus berangkat ke Madinah tetapi bersembunyi terlebih dahulu di dalam Gua Tsur bagi mengelirukan musuh.

c.      Nabi Muhammad mengambil jalan yang jarang digunakan oleh orang sekitarnya.
Selain strategi itu, beberapa orang pengikut terdekat Nabi Muhammad membantu beliau dalam perjalanan serta persembunyian.  Semuanya diatur rapi sehingga beliau dapat lepas daripada buruan dan kepungan.

Di Madinah, beliau disambut baik oleh penduduknya kerana mereka sudah lama merindukan kehadirannya.  Kaum Ansar (pendudk Madinah)  membantu keperluan-keperluan kaum  Muhajirin (kaum yang berhijrah). Mereka saling bekerjasama dalam menyebarkan dakwah agama Allah dan memenuhi keperluan hidup mereka sehari-hari.

Sekian dahulu dan bersambung ke Bahagian Ke Tujuh...
                     -------ooooo--------



Invest in Road Safety.


                                                 Invest in Road Safety.

Pos 718 – Pomboikitan Bani Hasyim (616 M)






















Pos 718 – Pomboikitan Bani Hasyim (616 M)
BAHAGIAN  KELIMA

Ramai di kalangan Arab Quraisy mempertahankan Nabi  Muhammad terutamanya daripada Bani Hasyim dan Bani Muttalib. Akhirnya, para pemimpin Quraisy bersatu memboikot keluarga Bani Hasyim dan Bani Muttalib termasuk Nabi Muhammad dan para pengikutnya. Mereka mengusirnya ke suatu wilayah yang disebut  Lembah Abu Talib. Mereka melarang orang  Arab lain daripada berkahwin dengan keturunan Bani Hasyim danBani Muttalib, tidak boleh berurusniaga, tidak boleh duduk semeja dan bergaul dengan mereka.  Selama tiga tahun di sana, makanan disekat supaya tidak sampai ke wilayah itu.

Tahun Krsedihan ( 619 M)

Tidak lama selepas pemboikotan itu, datang pula ujian berat kepada Nabi Muhammad. Pendukung dan pelindung kuat Nabi Muhammad iaitu Abu Talib dan Khadijah meninggal dunia pada tahun yang sama (619 M). Mengetahui kesedihan Nabi Muhammad, Quraisy Makkah semakin kuat memusuhnya. Ancaman itu menyebabkan beliau memerintahkan pengikutnya supaya berhijrah ke Taif.  Namun, selepas 10 hari berdakwah di sana, hanya sedikit antara penduduk yang bersimpati dan kebanyakan mereka memusuhinya dan kemudian mengusir Nabi Muhammad dan pengikutnya ke Makkah. Disana, Quraisy bertambah kuat memusuhi Nabi Muhammad dan para pengikutnya yang setia.

Sekian dan bersambung ka Bahagian Enam.

       -------------------------oooo---------------------------