Email- www.hjdan@myjaring.net
http://www.hjchedan@myyahoo.com
Tarikh - 12 Nov 2011
RISALAH “FRIDAT AL-FRAID FI ILMU AL-AQAID”.
فـَرِيـْدَةِ الـْفـَـرَاـءـِدَ فِىْ عـِلـْمِ الـْعـَقـَاـءــِدُ.
بِسْمِ اللهِ الـرَّحْمَنِ الـرَّحِيْمِ. (1)
أَلـْحَمْدُ للهِ الـَّذِى أَطْلـَعَ فِىْ سَمَوَاتِ قـُلـوْبِ الـْمـُؤْ مِنِيـْنَ شـُمُوْسَ الـْمَعـْرِفـَةِ مَشـْرِفـَةً بـِأَنـْوَارِ التـَّوْحِيـْدِ وَالـْيـَقـَيْنِ.
Pujian ayat bagi Allah yang menaikkan pada beberapa langit segala hati orang yang mukminin akan beberapa matahari pengenalan pada hal cemerlang ia dengan cahaya tauhid dan yakin.”
Dan rahmat dan sejahtera atas Jurubahasa Ketuhanannya dan yang menunjuk kepada ke Esaan-Nya penghulu kita Nabi Muhammad s.a.w. yang dibangkitkan dengan segala mukjizat yang mengalahi kerana menguatkan risalah Nya dan membenarkan penunjuk Nya.
Dan atas keluarganya yang sampai mereka itu kepada beberapa pangkat yang tinggi dengan ketinggian qadarnya dan segala taulannya yang gilang gemilang hal keadaan mereka itu segala bintang penunjuk dengan nas sabdanya.
Nota kaki (1)-
Faedah membaca mereka itu bahawasanya “Bismilla hirrahman nirrahim” empat puluh satu kali (41),kemudian dihadiahkan dia kepada empunya tubuh dan berkata ia.”Hai ahli al-taubat bahawa aku di dalam peliharaan kamu “ nescaya sentisa ia terlepas daripada tiap merbahaya dan teprelihara ia daripada segala bala petaka; Dan daripada Al-Sheikh Muhammad Tahir” Seseipa memerlu sebesar-besar hajat maka dibacakabn 780 kali akan “Bismilla hirrahman nirrahinm” dengan doa ini nescaya beejaya iua.
"اللهم أنت هـا وأوعظمت فرجها بفضل بسم الله الرحمن الرحيم"
Kemudian dari itu maka ini Risalah pada ilmu Tauhid aku himpunkan dia daripada beberapa kitab yang di iktibarkan aku ambil segala kebunnya akan buah-buahan yang di inginkan dan daripada beberapa lautannya akan beberapa permata megah.
Maka datang ia dengan kepujian Allah Aqidah yang sebenar yang elok cahayanya lagi yang mengandungkan ikitiqad ahli Al-sunnah dan ketetapan penunjuk yang diam pada hati orang yang mukmin aku lindungkan dia dengan Allah Taala daripada ‘iktikad yang di serupakan dengan syaitan. Yang di bangsakan kepada Imam Abi Al-Hasan Al-Ashyaari mazhabnya lagi kepada Melayu bahasanya lagi kepada Fatani tuturannya lagi kepada kenyataan isyaratnya.
Ditempatkan dia antara segala apanya daripada beberapa risalah yang kecil pada tempat rupa yang di tengah minta dan dilebihkan dia atas sekaliannya seperti dilebihkan emas di atas perak.
Sebenarnya dengan dilobakan atas mendapatnya dan diingatkan segala bicaranya pada mata hati dan patut bahawa di ingatkan risalah ini ke atas pengajangan kelebihan di perenggang dengan dia. (2)
Nota Kaki (2)
Pelamin – iaitu tempat yang dihiasi – dihantarkan atasnya perempuan yang dikahwinkan pada mula-mula di perjumpaan akan dia dengan suaminya di hadapan orang ramai melihat.
----------------------------------
Dan hamba namakan dia “Faidat Al-Farid pada bicara ilmu ‘Aqidah. Dan atas Allah Taala aku berpegang dan daripada limpah kurnia Nya aku menuntut pertambahan.
Bermula Tauhid itu ibarat daripada perhimpunan berbangsa yang di iktiqadkan yang dibangsakan kepada agama yang diambilkan daripadsa dalilnya yang diyakinkan.
Ilmu ini pada zat Allah Taala daripada sekira-kira barang yang wajib baginya dan barang yang mustahil atasnya dan barang yang harus baginya dan pada segala Rasul demikian jua dan pada segala barang yang didatangkan dia oleh Rasul seperti hari kiamat dan lainnya.
Ilmu ini dapat kemenangan dan beruntung oleh yang mengetahuinya selama-lamanya. Ibarat daripada perhimpunan segala hukum yang dihantarkan dia oleh Allah Taala bagi segala hamba Nya yang mukalaf atas lidah Rasul Nya yang membawa akan mereka itu kepada kebijakan yang kekal.
Dan segala tanda agama iaitu empat - Pertama sah iktiqad iaitu jazam dengan barang yang di iktiqadkan dia oleh ahli Al-sunah. Kedua benar qasad iaitu menunaikan ibadat dengan ikhlas. Ketiga menyempurnakan janji iaitu mengerjakan segala yang di suruh. Keempat, ketiadaan melampaui sangat iaitu meninggalkan segala yang dilarang dan melengkapi agama itu atas Tiga perkara- Iaitu Islam dan Iman dan Ihsan.
Bermula mengikut dan menerima oleh zahir seseorang akan barang yang mendatangkan dengan dia oleh Nabi s.a.w. daripada segala barang yang diketahui daripada agama dengan darurat – ertinya dengan ketiadaan fikir dan bicara seperti dua Kalimah Syahadat dan Sembahyang dan dikehendaki dengan mengikut dan menerima itu mengaku lidah dengan barang yang tersebut itu dan tiada menolakkan dia dan jika tiada diamalkan dia sekalipun seperti meninggal ia akan sembahyang dan umpamanya selama-lamanya.
Dan segala Rukun Islam ityu lijma perkara – Pertama bersaksi bahawa tiada Tuhan melainkan Allah danbvahawa Muhammad ityu pesurubhAllah dan ini rukun tertentu dengan orang kafir yang menghendaki masukIslam. Kedua – mendirikan Sembahyang yang lima waktyu. Ketiga – membefrikoan zakat – Keempat puasa pada bulan Ramadan. Kelima – menunaikanHaji ke Baitullah,Mekah bagi mereka yang ada kuasa kepadanya
akan jalan itu.
No comments:
Post a Comment