Monday, 9 April 2012
Apakah Itu Fitnah?
Apakah Itu Fitnah?
Dari “Tanyalah Ustaz “ ( Selasa 10 April Aug. 2012):
FITNAH itu boleh berpunca daripada 4 perkara :-
i) Hati yang jahat yang mengandungi perasaan tamak dan haloba. Juga hati yang mengandungi dendam kepada seseorang itu. Termasuklah dendam ehwal dalam parti politik, dalam tempat kerja, untuk hendak naik pangkat….supaya orang itu musnah dan tidak boleh melawan Dia yang hendak jadi “orang besar”.
ii) Prasangka yang terlintas dalam hati atau fikiran yang diucapkan pada orang lain, maksudnya, prasangka buruk yang terlintas dalam hati dan fikiran kita tentang seseorang, kita ceritakan pada orang lain. Andainya prasangka buruk yang kita luahkan itu adalah sesuatu yang betul, ia akan menjadi umpatan, sekiranya ia sesuatu yang tidak benar ia menjadi fitnah
iii) Cerita yang tidak lengkap yang agak-agak sahaja atau di reka-reka untuk sungguh-sungguh hendak memburukkan seseorang.
iv) Cerita atau Berita yang ditokok tambah untuk kepentingan diri sendiri atau kroninya supaya beroleh keuntungan dengan berita membuat fitnah itu.
Oleh itu ... saranan penulis ... pada semua dan diri sendiri ... hendaklah bertekad untuk tidak terjebak dalam masalah fitnah atau mengumpat….. Insya Allah berjaya jika tidak ada niat fitnah-memfitnah. Untuk itu penulis nasihatkan-
I) BERSIHKAN hati daripada sebarang kejahatan atau unsur-unsur yang kotor dan kita sentiasa hendaklah mengamalkan akhlak yang mulia.
II) Yang terlintas dalam hati itu simpan dalam hati, tak payah diluahkan ... & istighfar bayak-banyak agar tidak dimainkan oleh iblis & sahabat-sahabatnya, bawa solat semasa Qiamullail…!
III) Siasat dulu sebarang cerita atau berita yang didengar, jangan terus menghukum. Kita ini kaya dengan ayat-ayat tanya seperti : “Siapa, Bila, Di mana, Mengapa, Bagaimana, Kenapa “.. gunakan semuanya!!!
IV) Sebarang cerita atau berita yang ingin disebarkan, yang tidak niat hendak fitnah, kalau bertulis, guna teknik "COPY & PASTE" supaya tidak ada orang membuat putar belit berita itu. (setakat betulkan ejaan bolehlah)
Kalau secara lisan, sekarang ni hand phone kan ada voice recorder, kita "RECORD & REPLAY" .. dengan ini tak ada kemungkinan untuk menokok & menambah sehingga cerita yang kecil menjadi besar, yang tak sensasi jadi sensasi, yang remeh jadi kecoh etc.. etc.. etc.
(v1) Ingatkan selalu, jangan buat fitnah.. kalau orang buat fitnah macam itu pada kita bagaimana…? Fitnah itu amat berdosa besar…tidak boleh di ampun melainkan orang yang kita buat fitnah itu mengampunkan kita….Ingat satu hari nanti kita akan kena fitnah semacam itu…atau lebih buruk lagi.
Anda yang dapat tazkirah ini, minta copy kepada rakan-rakan kita..Untuk renungan bagi mereka.
Salinan dari “Mine..just..Mine…”!
------------------ooooooooooooooooooo---------
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment