Bandar George Town
Pos 753 - JALAN YANG LURUS.
Pengisian terbaik di dalam
kehidupan yang mempunyai kesempurnaan akal fikiran adalah dengan
memperseimbangkan di antara “Keperluan”
dengan “Kemampuan.” Maksudnya, dari keperluan yang amat sangat baru
digunakan kemampuan yang ada. Maka
terpeliharalah hidup di dalam keadan kesederhanaan yang dituntut Islam kepada
penganutnya.
Memperseimbangkan sedemikian
amatlah sukar untuk dilaksanakan, kerana
tuntutan nafsu mendahului kemunculan
kematangan akal fikiran manusia.
Justeru, wujudnya apa yang dikatakan “Jalan yang Lurus” yang sering
dimohonkan kepada Allah s.w.t. melalui pembacaan Surah Al-Fatihah diayat 6
bermaksud “ Tunjukkan kami jalan yang lurus.”
Kiasannya. Sekkiranya dfikatakan jalan semesti ada permukaan atau
permulaana jalantersebut danada pula akhifrnya (garis penamat).
Keinsafan - Adalah permukaan jalan yang lurus.
Kematian – Penamat jalan
tersebut.
Firman Allah dalam Surah Al Fath ayat 2 :- ( 511)
لـِّيَغْفِرَ لـَكَ اللهُ مَاتـَقَدَّمَ مِن ذَنْبِكَ وَمَا تَأَ خـَّيرَ وَيُتِمَّ
نِعْمَتَهُ, عَلـَيْكَ وَيَهْدِيَكَ صِرَطـًا مُّسْتـَقـِيْمـًا (2)
“Supaya Allah memberi ampunan kepadamu terhadap dosamu yang telah lalu dan
yang akan datang serta menyempurnakan nikmat-Nya atasmu dan memimpin kamu
kepada jalanyang lurus.”
Apabila
merasakan keinsafan diri, bererti sudah meletakkan diri dengan sendiri di
permukaan "jalan yang lurus", untuk melangkah berjalan semestinya ada
persediaan ilmu pengenalan diri atau dengan erti kata lain berkenalan dengan
diri sendiri, supaya beroleh kelembutan hati untuk menerima petunjuk jalan yang
benar melalui Al-Quran dan Hadis Rasulullah s.a.w. Sekiranya tiada persediaan tersebut manusia
mudah disesatkan oleh iblis melalui tunggangannya ke atas nafsu sendiri.
Kehebatan dan canggihnya tipu daya iblis amat mengelirukan.
Contohnya ; Lima perkara dalam Rukun
Islam.
Pertama.
Mngucap Dua Kalimah Syahadah.
Apakah ucapan yang dilafazkan sama dengan pelaksanaan
yang dilakukan bagi amalan hidup seharian secara Islam yang sebenarnya.
Menunduk kepada semua perintah-Nya?, dalam barisan pengikut Nabi pesuruh Allah
dengan menghayati hadis dan mematuhi sunnahnya?.
Kedua.
Mendirikan Solat Fardhu.
Solat itu merupakan pesanan kepada diri sendiri, sebagai
manusia yang dikatakan lemah sering berpenyakit lupa atau lalai, terutama
kepada yang tidak menampakkan faedahnya atau mudaratnya, seperti faedah pahala
menunaikan solat atau mudaratnya dosa bila meninggalkan ibadat solat itu. Dengan pesanan dalam sehari lima kali
difardhukan (solat) tidak mudahlah dilupakan atau dilalaikan oleh syaitan
dengan menunggangi nafsu untuk memesongkan ketaatan kepada Allah s.w.t.
Ketiga.
Menunaikan Puasa Di Bulan Ramadhan.
Menunaikan puasa di bulan Ramadhan, bererti
memperpuasakan diri sepanjang hayat dengan mensyukuri rahmat-Nya dalam usaha
mencari lagi (bererti kekurangan). Berilmu
hendaklah sentiasa meanggap diri di dalam kejahilan. Rezeki yang dikurniakan hendaklah merasakan
di dalam kelaparan. Bebanan hati bersimpati kepada manusia yang miskin di
seluruh pelusok dunia ini, terutama kepada saudara-saudara Islam.
Keeampat:
Menunaikan Zakat.
Tentang pembayaran
zakat yang diwajibkan ke atas umat Islam yang mampu. Dipergunakan istilah beramal dengan ikhlas,
sumber keikhlasan itu adalah dengan tidak menunjuk-nunjuk atau riyak. Cara menyembunyi itu (ikhlas) digunakan dengan tidak melakukan
amalan tersebut, lantaran sendiri menghumbankan diri ke jurang kesesatan
seperti firman Allah s.w.t. dalam Surah Fusilat ayat 7 – iaitu ” ...orang-orang
yang tidak menunaikan zakat, dan mereka kafir akan adanya (kehidupan) akhirat.”
Kelima.
Menunaikan Ibadat Haji.
Pengalaman semasa berada di Baitullah seperti latihan
amali sebelum dihimpunkan ke Padang
Mahsyar yang pasti wujud. Selesai
mengerjakan ibadat haji hendaklah merasakan diri di berikan peluang seperti
mati hidup kembali dengan penuh perasaan keinsafan, lalu menjalani hidup
bertakwa dengan sebenar-benar takwa.
Perubahan diri yang buruk menjadi baik dan dari yang baik menjadi
terbaik kepada yang bergelar haji atau hajjah. Disitilah mercu kejayaan diri dilahirkan kembali dalam keadaan bersih
setelah terkotor sebelumnya akibat kejahatan atau kelalaian.
Masalah 194
Bagaimana cara untuk menerbitkan keinsafan kepada diri
sendiri untuk berada di permiukaan ”jalan yang lurus”?
Jawapan.
Hendaklah kita menanyai sendiri pada diri melalui ”Suara
Hati ”. ”Siapalah Aku”? Semakin banyak
bertanya semakin terasa kekerdilan, kerendahan, keinsafan diri sendiri di sisi Allah s.w.t., justeru terbitlah
keinsafan itu, jika tiada perubahan bererti hidup yang terus bergelumang dengan
kemungkaran adalah menurut ”Kata Hati.”
Masaalah. 195
Apakah bezanya antara ”Suara Hati” dengan ”Kata Hati” ?
Jawapan.
Bezanya adalah seperti berikut:
(1) Suara
Hati.
Terbit dari keikhlasan yang membawa kepada
kebenaran setelah melalui proses akal yang sempurna dari fikiran yang sihat.
(2) Kata
Hati.
(3) Lahir
dari pada perasaan yang terdesak dan nafsu yang buas.
Contoh - Suara Hati:
1.
Parokok
:
Sia-sia membazirkan wang untuk membiakkan penyakit dalam tubuh
sendiri.
2.
Pejudi :
Bodohnya aku menggunakan masa hidup yang
singkat ini dengan berkeadaan cemas dan berangan-angan.
3.
Penipu
:
Sebenarnya perbuatan aku ini adalah mengundang keaiban diri aku
sendiri.
Contoh: Kata Hati.
(1).Perokok.
Bdergaya sambil menikmati kepuasan.
(2).Pejudi.
Cara mudah untuk mendapatkan kesenangan.
(3). Penipu.
Pintarnya aku berjaya membodohkan orang lain.
Apabila
sudah memahami perbezaan antara ”Suara Hati” dengan”Kata Hati”,maka hendaklah
pula menggunakan ”Mata Hati” untuk melihat perekara-perara yang ghaib kepunyaan
Sallah s.w.t.
Apakah yang dikatakan mata hati itu?
Mata hati berupaya
melihat apa yang tidak dapat dilihat oleh kedua mata kasar, dengan menampaskkan
perkara-perkara yang ghaib, terwujudlah keyakinan adanya yang ghaib itu di sisi
Allah s.w.t.
Contohnya seperti berikut :
a. Dosa
b. Pahala
c. Syurga
d. Padang
Mahsyar dan lain-lain lagi.
Masaah 196
Bagaimana yang dikatakan hati itu?
Jawapan.
Hati merupakan segumpal daging warnanya hitam kemerahan
di dalam tubuh manusia. Pada zahirnya
tiada kaitan langsaung untuk mempengaruhi kehidupan manusia itu, digunakan
perkataan hati menjadi perumpamaan menguasai
kehidupan.
Firman
Allah dalam Surah An-Nahl ayat 78 :
وَاللهُ أ َخْرَجَكُمْ مِّنْ بُطُوْنِ أ ُمَّهَتِكُمْ لَا تَعْلـَمُونَ
شَيْـءًـا وَجَعَلَ لـَكُمُ السَّمْعَ وَالْأ َبْصَرَوَا لْأ َفْـءِـدَة
لا لـَعَلـَّكُمْ تـَشْكُرُونَ. (78)
Bermaksud:
“Dan Allah mengeluarkan kamu dari perut ibumu dalam keadaan tidak mengetahaui
sesuatupun, dan Dia memberi kamu pendengaran, penglihatan dan Hati agar kamu
bersyukur.”
(An-Nhl ayat 78)
Sekiaj
dahulu, penulis akan menyambung dalam siaran ini dalam masa tidak berapa lama
lagi.
Masalah
197.
Apakah hati
itu sama dengan troh ?
Jawapan.
Tidak....kewujudan
roh sebelum adanya hati, hati itu datang setelah manusia itu dilahirkan ke
dunia, hilang bila manusia itu mati, manakala roh tidak akan mati dan menempuh
kehidupan di alam barzakh dan di alama akhirat.
Allah
s.w.t. berfirman dalam Surah Al- Isera’ ayat 85 :
وَيَسْـءَلــُو نَكَ عَنِ الرُّوحِ ج قـُلِ
الرُّوحُ مِنْ أ َمْرِ رَبِّىْ وَمآ أ ُوْتِيتُمْ
مِنَ الـْعِلـْمِ إ ِلاّ َ قـَلِيلاً. (85)
Bermaksud: “Dan mereka bertanya kepadamu tentang
roh, katakanlah “Roh itu termasuk urusan Tuhanku dan tidaklah kamu diberi
pengetahuan, melainkan sedikit.”
Kesimpulannya Allah
berfirman “Tidaklah Aku berikan pengetahuan, melainkan sedikit…..” Maka yang sedikit itulah perlu dikaji sebagai
sumber ilmu untk menguatkan iman bagi persedsiaan melalui jalan yang lurus,
dengan keupayaan mengendalikan fungsi-fungsi roh..
Masalah 198.
Apakahyang dikatakan
fungsi-fungsi roh itu ?
Jawapan.
Pada kebiasaan fungsi-fungsi
roh itu disebut seperti berikut :
a.. Akal
b..
Perasaan.
c..
Fikiran.
d.. Hati.
e.
Nafsu.
Masalah 199.
Bagaimana untuk meyakinkan
kewujudan roh ?
Jawapan.
Roh itu berkeadaan ghaib dan
diyakini berkewujudannya, tanpa roh bererti manusia itu mati. Keyakinan ini adalah asas mula meyakinkan
diri sebahagian daripada kepercayaan kepada Rukun Iman. Kehidupan roh tidak seperti jasad, di mana
ajalnya berakhir dari mana asalnya (tanah).
Roh pula meneruskan kehidupan di alam barzakh hingga kiamat untuk bertanggungjawab
atas segala perbuatan semasa bersama jasad di atas muka bumi. Firman Allah s.w.t. dalam Surah Thaha ayat
55:
مِنْهَاخَلـَقْنَكُمْ وَفِيهَا نُعِيدُكُمْ
وَمِنْهَا نُخْرِجُكُمْ تـَارَةً أ ُخْرَى
(55)
“…
dari bumi (tanah) itulah Kami menjadikan kamu dan kepadanya Kami akan
mengembalikan kamu dan daripadanya Kami akan mengeluarkan kamu pada kali yang
lain.”
Roh pada asalnya bersih, terdedah pencemaran
apabila bersatu dengan jasad, maka terpulanglah kepada fungsi-fungsi roh untuk
mengembalikan seperti keadaan semulajadi.
Masalah 200.
Apakah peranan fungsi-fungsi
roh itu ?
Jawapan.
Peranannya seperti berikut
:-
a.. Akal sebagai
Penimbang
b. Perasaan sebagai Perasa
c.
Fikiran sebagai Penilai.
d.
Hati sebagai Penuntut atau peminta
e. Nafsu
sebagai Perangsang.
Masalah 201.
Bagaimanakah peranan manusia
yang mempunyai fungsi-gungsi roh yang baik.?
Jawapa.
a. Akal
- Memperseimbangkan
fitrah manusia.
b. Perasaan
- Mengutamakan kasih sayang dan
tiada
kelainan
kepada yang lain.
c.
Fikiran - Betenaga untuk
meneroka mencari
kesempurnaan hidup dunia dan akhirat.
d.
Hati - Berupaya melihat
yangtersirat.
e. Nafsu
- Merangsang menuju ke jalan yang
lurus.
Dari Hadis Rasulullah s.a.w.
bermaksud:
”Sesungguhnya yang paling ku
cintai di antara kamu dan paling
dekat duduknya denganku, pada
hari kiamat adalah yang paling
baik akhlaknya.” (H.R. Ibn Majah)
Masalah 202.
Apa akan terjadi kepada
manusia yang mempunyai fungsi-fungsi roh yang buruk. ?
Jawapan.
a. Akal -
Menjadi gila atau gila di alam waras.
Tetapi tetap pendirian.
b. Perasaan
- Pemarah, garang dan tidak
bertimbang rasa.
c. Fikiran -
Sentiasa merancang kejahatan.
d. Hati -
Menyukai keburukan.
e.
Nafsu - Menuntut kepuasan tanpa batas.
’Akhlak yang buruk adalah
dosa yang tidak terampuni, sedangkan perasangkaan buruk adalah kesalahan
yang berbau busuk.’
(H.R. Ath-Thabrany dan
Ash-Shaglia dari Aisyah. (HR dhaif)
Sekian dahulu busat masa
kini dan akan disambung lagi dalam perkara yang
sama sedikit masa lagi.
Wassala
mualaikum.....
-----------------------------------oooooooooooooooo--------------------------