BERSEGERALAH KAMU MEMBUAT AMAL KEBAJIKAN
Surah Ali-Imran, Ayat 33.
بِسْمِ اللهِ
الرَّحْمَن ِ الرَّحِيـم ِ
وَسَارِعـُوْا إِلىَ مَغـْفِرَةٍ مِّن رَّبِّكُمْ
وَجَنـَّةٍ عَرْضُهَا السَّمَوَاتُ
وَالْأَارْضُ أ
ُعـِدَّتْ لـِلْمُتـَّقـِينَ. (133)
“Bersegeralah
kamu berbuat amal yang dapat
menyampaikan kamu ke arah memperoleh keampunan Tuhan dan ke arah memasuki
syurga-Nya – iaitu syurga yang teramat sangat luasnya, yang disediakan oleh
Allah bagi orang-orang yang takwa kepada-Nya iaitu yang tunduk dan patuh kepada
perintah-Nya serta meninggalkan larangan-Nya. Bertaubatlah
kamu dari dosa disebabkan makan riba atau lainnya, dan bersedekahlah pula kepada
orang-orang yang susah, miskin dan terlantar.” (133).
Adalah diriwayatkan bahawa seorang
utusan Haraqet (Raja Rum) telah datang kepada Nabi s.a.w. membawa surat Rajanya yang di antara kandungan surat itu sebagai berikut:
“Tuan telah menulis menyeru saya ke
syurga yang lebarnya seluas langit dan bumi, jadi, di mana pula nerakanya ”
Dijawab oleh Nabi s.a.w. dengan
sabdanya: “Maha Suci Allah, (kalau begitu) di mana pula malam kalau sudah
datang siang.?
Dimaksudkan – jawapan tersebut – jika
beredar bumi ini, kawasan yang menghala ke matahari sianglah ia, dan kawasan
yang di sebaliknya pula malamlah ia. Begitulah pula syurga berada di
bahagian atas dan neraka berada di bahagian bawah.
Maka ayat ini
membuktikan bahawasanya syurga itu adalah makhluk yang telah sedia dijadikan
sekarang ini, dan ianya berada di luar alam kita ini kerana dikatakan lebarnya
saja lebih luas daripada alam apalagi panjangnya tentulah lebih luas lagi.
Ulasan.
Dalam ayat ini
Allah s.w.t telah menyeru manusia supaya segeralah mengerjakan amal kebajikan
yang mana segala amal kebajikan itu akan akan dapat keampunan Allah s.w.t. dan
dengan demikian membawa manusia dapat memasuki syurga yang dikatakan yang amat luasnya itu, yang disediakan bagi
orang-orang taqwa. Seterusnya Allah s.w.t menyeru supay manusia hendaklah
bertaubat dan memohn ampun di atas segala keslahan yang dilakukannya.
Firman Allah:
Faedah Bertaubat dari Dosa-dosa.
بِسْمِ اللهِ الرَّحْمَن ِ الرَّحِيـم ِ
Firman Allah
s.w.t.
. وَذَرُوْا ظَهِرَا لْاءِثْم ِ وَبَاطِنَهُ ج إِنَّ الَّذِيْنَ يَكْسِبُـوْنَ الْاءِثْمَ سَيُجْزَوْنَ بِمَا كَانَوْا يَقـْتـَرِفُوْنَ
. ( الانعام (120)
“Dan
tinggalkanlah dosa yang nampak dan yang tersembunyi. Sesungguhnya orang-orang yang mengerjakan
dosa , kelak akan diberi pembalasan (pada hari kiamat) disebabkan apa
yang telah mereka kerjakan”
(Al-An’am
Meninggalkan Dosa Mendapat Pahala
Firman Allah s.w.t
إِنْ تَجْتـَنِـبُوْا كَبَآءِرَمَا تـُنْهَوْن َ
عـَنْهُ نـُكـَفِرْعَنْكُمْ سَيِّـءَـا
تِكُمْ وَنـُدْ
خِلْكُمْ مُّدْ خَلًا كَرِيْمـًا.
(النساء : 31)
“Jika
kamu menjauhi dosa-dosa besar di antara dosa –dosa yang dilarang kamu
mengerjakan, nescaya Kami hapuskan
kesalahan-kesalahan dosa-dosa yang kecil
dan Kami masukkan kamu ke tempat yang mulia (Syurga)”
(An-Nisa’
31).
Sekian dahulu
dan diharap kita sekalian dalam mengerjakan ibadat kepada Allah, lebih-lebih
lagi berkenaan solat fardhu, kita perlu memberi perhatian sungguh- sungguh agar
kita diberi ganjaran pahala yang lumayan diakhirat kelak.
Sekian dahulu
dan di sudahi...
وَالسَّلَامُ عَلـَيْكُمْ وَرَحْمَة ُ اللهِ وَبَرَكـَـتُـه
--------------ooooooooooooooo--------------
No comments:
Post a Comment