Saturday, 21 September 2013

Pos Bilangan 1202








Cara Mengenang Nasib Kita.

Bahawasanya maka setiap pagi setelah sembahyang Subuh, hendaklah kita mengosongkan hati kita dari segala perkara, lalu mengenang nasib dengan berkata kepada diri sendiri:
” Aku tidak mempunyai sesuatu benda yang berharga pun untuk diri ku selain dari umurku sahaja. Setiap kali aku rasa umurku berlanjutan, setiap hari itulah aku merasa mudaku telah berkurangan. Semakin hari semakin kecewalah aku berniaga amalan ku atau mencari keuntungan amalan ku.”

”Hari ini adalah suatu hari baru yang telah ditaqdirkan oleh Allah s.w.t. bagiku untuk hidup lagi, dipanjangkan umurku serta dibenarkan aku untuk mengecap nikmatnya.  Andaikata Allah mentaqdirkan aku mati, nescaya aku akan bermohon untuk kembali lagi ke dunia, walaupun satu hari sahaja supaya aku dapat membuat amalan-amalan yang soleh.”


”Wahai jiwaku...!Awas...! jangan sampai engkau sia-siakan, jangan engkau sia-siakan hari ini kerana setiap nafas dari nafsu-nafsu mu itu adalah mutiara yang tidak boleh dinilai. Jangan engkau bermalas-malas dan condong pada melakukan maksiat atau sesuatu yang tidak berguna, sehingga engkau terluput dari orang-orang yang beriman yang berpangkat solihin.”


Sekian untuk renungan....

                              ------ooooo--------




No comments:

Post a Comment