Cara Mengenang Nasib Kita.
Bahawasanya maka setiap pagi setelah sembahyang Subuh, hendaklah kita mengosongkan hati kita dari segala perkara, lalu mengenang nasib dengan berkata kepada diri sendiri:

” Aku tidak mempunyai sesuatu benda yang berharga pun untuk
diri ku selain dari umurku sahaja. Setiap kali aku rasa umurku berlanjutan,
setiap hari itulah aku merasa mudaku telah berkurangan. Semakin hari semakin
kecewalah aku berniaga amalan ku atau mencari keuntungan amalan ku.”
”Hari ini adalah suatu hari baru yang telah ditaqdirkan oleh Allah s.w.t. bagiku untuk hidup lagi, dipanjangkan umurku serta dibenarkan aku untuk mengecap nikmatnya. Andaikata Allah mentaqdirkan aku mati, nescaya aku akan bermohon untuk kembali lagi ke dunia, walaupun satu hari sahaja supaya aku dapat membuat amalan-amalan yang soleh.”
”Wahai jiwaku...!Awas...! jangan sampai engkau sia-siakan, jangan engkau sia-siakan hari ini kerana setiap nafas dari nafsu-nafsu mu itu adalah mutiara yang tidak boleh dinilai. Jangan engkau bermalas-malas dan condong pada melakukan maksiat atau sesuatu yang tidak berguna, sehingga engkau terluput dari orang-orang yang beriman yang berpangkat solihin.”
Sekian untuk renungan....
------ooooo--------

Bab 1 - Peliharalah Lidah Mu dari Terlibat dengan Dosa.
Ketahuilah bahawa lidah itu harus dipelihara dengan baiki, kerana ia selalu sahaja melancung seimbang dengan tabiat manusia, tanpa dapat dikawal lagi. Angkara lidah dan jenayahnya bagitu meluas, seperti melakukan ghibah (mencaci), mencela, berbuat dusta, mengumpat, berkata ego, menghina orang, merasa makanan haram, menyinggung perasaan orang lain, mendoakan sesuatu yang tidak baik ke atas musuh, terlampau berlebih-lebihan dalam tutur kata bicara, mengucap perasaan marah, memaki hamun orang dan banyak lagi yang berlaku sehari-harian yang menimbulkan dosa pada diri sendiri.
Maka hendaklah lidah itu dijaga dari segala perkara tersebut, sebab lidah itu juga diciptakan bagi manusia untuk tujuan-tujuan yang menafaat, bahkan lidah itu diciptakan ialah untuk menyebut sesuatu yang baik atau mengingatkan sesuatu yang seumpamanya, seperti menuntut ilmu dan mengajarkannya kepada orang lain, juga untuk membimbing manusia ke jalan yang diredai oleh Allah s.w.t., juga untuk mendamaikan antara dua orang yang bercanggah, dan diciptakan juga untuk membuat amalan-amalan kebajikan yang boleh mendatangkan pahala di akhirat kelak.
Sekianlah dahulu untuk renungan.
-------oooooooo-----

No comments:
Post a Comment