Saturday 21 September 2013

Pos Bilangan 1202








Cara Mengenang Nasib Kita.

Bahawasanya maka setiap pagi setelah sembahyang Subuh, hendaklah kita mengosongkan hati kita dari segala perkara, lalu mengenang nasib dengan berkata kepada diri sendiri:
” Aku tidak mempunyai sesuatu benda yang berharga pun untuk diri ku selain dari umurku sahaja. Setiap kali aku rasa umurku berlanjutan, setiap hari itulah aku merasa mudaku telah berkurangan. Semakin hari semakin kecewalah aku berniaga amalan ku atau mencari keuntungan amalan ku.”

”Hari ini adalah suatu hari baru yang telah ditaqdirkan oleh Allah s.w.t. bagiku untuk hidup lagi, dipanjangkan umurku serta dibenarkan aku untuk mengecap nikmatnya.  Andaikata Allah mentaqdirkan aku mati, nescaya aku akan bermohon untuk kembali lagi ke dunia, walaupun satu hari sahaja supaya aku dapat membuat amalan-amalan yang soleh.”


”Wahai jiwaku...!Awas...! jangan sampai engkau sia-siakan, jangan engkau sia-siakan hari ini kerana setiap nafas dari nafsu-nafsu mu itu adalah mutiara yang tidak boleh dinilai. Jangan engkau bermalas-malas dan condong pada melakukan maksiat atau sesuatu yang tidak berguna, sehingga engkau terluput dari orang-orang yang beriman yang berpangkat solihin.”


Sekian untuk renungan....

                              ------ooooo--------




Pos 1202 - Hendaklah Segera Beramal Soleh.












Kita Tidak Tahu Apa Kesudahan Diri Kita.

Ketahuilah bahawa adalah lebih baik menyangka buruk terhadap diri kita sendiri, miskipun pada lahirnya kita seorang yang soleh, sebab khatimah atau pengakhiran hayat itu ketentuannya bukan terletak dalam tangan kita, kerana soal khatimah ini adalah soal yang sangat mencemaskan setiap manusia.
 Kita tidak tahu apa kesudahannya yang sebenar, sama ada diri kita akan berakhir dengan khatimah yang baik: iaitu hasanul khatimah ataupun dengan khatimah yang buruk: iaitu"suu alkhatimah"
Sekianlah untuk renungan.

             
--------------oooooo-----------------

Bab 6 - Segera beramal dan bahaya menangguhkan












Kita Tidak Tahu Apa Kesudahan Diri Kita.

Ketahuilah bahawa adalah lebih baik menyangka buruk terhadap diri kita sendiri, miskipun pada lahirnya kita seorang yang soleh, sebab khatimah atau pengakhiran hayat itu ketentuannya bukan terletak dalam tangan kita, kerana soal khatimah ini adalah soal yang sangat mencemaskan setiap manusia.
 Kita tidak tahu apa kesudahannya yang sebenar, sama ada diri kita akan berakhir dengan khatimah yang baik: iaitu hasanul khatimah ataupun dengan khatimah yang buruk: iaitu"suu alkhatimah"
Sekianlah untuk renungan.

             
--------------oooooo-----------------

Bab 6 - Segera beramal dan bahaya menangguhkan










Hendaklah sering Memperhetong amalannya

Ketahuilah bahawa cara memperhetong diri itu ialah dengan selalu bertaubat dari semua maksiat yang dilakukan sewaktu kita hidup  dengan taubat nasuha (maksiat yang tidak dilakukan lagi). Kemudian ia mengqada pula segala amalan wajib yang terluput dan terlanjur dari kefarduan-kefarduan yang diperintah oleh Allah s.w.t.


Jika ada benda-benda yang diambil dengan secara tidak sah atau secara zalim, hendaklah dipulangkan atau meminta halal daripada yang berkenaan. Justeru apabila ia meninggal dunia tiada suatu barang pun milik orang lain yang masih ada dalam jagaan atau miliknya. Tidak ada hutang ibadat yang fardu lagi semuanya telah diqadakannya.

Maka apabila ia mati dalam keadaan seumpama ini  maka ia akan masuk syurga tanpa hisab atau perhetongan lagi.


Maka wahai saudara ku, lakukanlah untuk menuju ke syurga....!


                  -----------oooo----------

Pos 1201 -- Pelihara lidah Mu untuk mengelak berbuat dosa









Bab 2  - Peliharalah matamu untuk mengelakkan dari berbuat dosa.



  Peliharalah matamu untuk mengelakkan
              dari berbuat dosa.

Ketahuilah bahawa mata harus dipelihara dari memandang wajah seseorang wanita yang bukan muhrim, atau memandang kepada aurat seseorang, ataupun memandang seorang Muslim dengan pandangan yang hina. Kalau mata dapat dipalingkan dari semu ini maka haruslah pula pandangan itu ditujukan kepada sesuatu yang boleh mendatangkan kemanafaatan.


Ketahuilah mata itu diciptakan haya untuk melihat seperti kepada keajaiban ciptan Tuhan dengan pandangan yang penuh iktibar dan insaf dan contoh-contoh amalan yang baik untuk ditauladani, dan untuk menumpukankepada kitab Allah dan sunat-sunat Rasulullah s.a.w. serta membaca kitab-kitab ilmu pengetahuan untuk menginsafkan diri dan mengambil pelajaran daripadanya.Maka terselamatlah kita dari melakukan berbuat dosa-dosa.


Sekian, untuk renungan.

                         ---------------------ooo-----------------