Dari he Dan Ahmad.
ADAB ISTERI
KEPADA SUAMINYA.
Ketahuilah
bahawa sebagaimana isteri mempunyai beberapa hak dari suaminya, yakni suami
wajib menunaikan segala tanggungjawabnya kepada isterinya, maka suami juga
mempunyai beberapa hak dari isterinya. Segala yang menjadi hak suami itu
bererti kewajipan isteri untuk menunaikannya setiap masa untuk suaminya.
Berkelakuan baik.
Isteri wajib menunjukkan sikap yang baik kepada
suaminya. Isteri mesti menunjukkan wajah
yang ceria, tidak bermasam muka, walau pun dalam keadaan suasana tidak
tenteram, sentiasa senyum dan tidak memarahi anak-anak di hadapan suaminya.
Isteri mesti pandai membuat suasana yang dapat tenteram
dan tenang jiwa suaminya. Isteri tidak boleh memberi tahu suaminya perkara yang
tidak baik apabila suami balik dari kerja
atau dari ziarahi yang jauh.
Dia tidak boleh meminta hal-hal yang dianggap oleh suaminya tidak mampu diberikan.
Isteri hendaklah melayan kehendak suaminya yang ia mampu diberikan atau yang
tidak menyalahi syariat Islam.
Taat kepada suami.
Allah SWT menjadikan suami sebagai pemimpin rumah tangga,
sesuai dengan firman Nya yang bererti:-
“Kaum lelaki adalah pemimpin bagi kaum wanita, oleh sebab
Allah telah melebihkan sebahagian mereka (lelaki) atas sebahagian yang lain
(wanita), dan kerana mereka (lelaki) telah menafkahkan sebahagian harta merdeka.”
(Al-Quran Surah An-Nisa’ aya t34).
Oleh itu isteri sepatutnya mentaati segala perintah atau
permintaan suaminya selama yang dimintanya itu tidak bertentangan dengan hukum
syarak. Rasulullah SAW bersabda:
“Apabila seseorang perempuan itu solat lima waktu, puasa
sepanjang Ramadan, dia pelihara kemaluannya dan dia ta’ati
suaminya maka dikatakanlah
kepadanya: ”Masuklah ke dalam syurga dari pintu yang mana sahaja yang
engkau sukai. (H.R. Ahmad dan
Tabrani)
Melayan kehendak suami.
Isteri wajib menuruti kehendaki suaminya dalam hal yang
berkaitan dengan tempat tidur. Dia wajib menuruti permintaan suaminya walaupun
dia sedang sibuk di dapur, maka kalau dia enggan malaikat akan mengutuknya sampai pagi hari. Rasulullah SAW bersabda yang
bermaksud:-
“Apabila seseorang suami mengajak isterinya ke tempat
tidurnya, kemudian isteri tidak mahu datang, lalu si suami tidur dalam keadaan
marah kepadanya, maka dia (isteri) akan dilaknat malaikat sampai pagi
esoknya.” (H.R. Bukhari dan Muslim)
Dalam hal ini si suami hendaklah bertimbang rasa dan
jangan mahu melayan nafsu yang dihasut oleh syaitan itu, dan janganlah mengajak isterinya
kalau isteri, tidak siap untuk itu, kurang sihat, sibuk bekerja, melayan
anak-anak atau sebagai lagi.
Sekian dahulu dan akan bersambung lagi secepat mungkin.
------------ooo---------------
No comments:
Post a Comment