Monday, 2 July 2012










Pemandi  van ini kurang sabar, dia memandu terlalu laju,  tiba di selekoh tidak dapat kawal kenderaan dan terbalik
BAB 31 – HENDAKLAH SENTIASA BERSABAR. (75)
Di antara perkara-perkara yang menyelamatkan ialah bersabar atas  segala bala bencana yang datang dari Allah s.w.t. dan bersyukur atas segala kenikmatan yang dikurniakan ke atas  kamu, serta berzuhud pada dunia yang kerap melalaikan manusia dari mengingati Allah.
Sesungguhnya sifat sabar itu mempunyai keutamaan-keutamaan yang besar. Hajat manusia kepada sifat sabar itu amat ketara sekali dalam segala hal ehwalnya.
Riwayat-riwayat yang  berupa firman Allah s.w.t. dan Hadis Baginda Rasulullah s.a.w. tentang perintah dan galakan mengenai sifat sabar amat banyak sekali, seumpamanya firman Allah s.w.t.  yang bermaksud ;

“Wahai orang-orang yang beriman…! Mohonlah pertolongan dengan sabar dan mengerjakan sembahyang, sesungguhnya Allah bersama orang-orang yang sabar”
                                                                                    (Al-Baqarat ayat 153)
“Hendaklah engkau bersabar, sedang kesabaran mu itu hanya kerana keredaan Allah.”                                                                         (Al-Nakhl ayat 127)

“Bersabarlah engkau terhadap ketetapan Tuhan mu, kerana sesungguhnya engkau dalam pandangan mata Kami (Dalam pemeliharaan Kami)
                                                                                       (Al-Thur ayt  48)
“Kami jadikan di antara mereka itu pemimpin-pemimpin yang membimbing mereka dengan perintah Kami, iaitu apabila mereka bersikap sabar.
                                                                                  (Al-Sajjadah ayat 24)

“Hanyasanya orang-orang yang bersabar itu akan disempurnakan pahalanya tanpa kiraan.”                                                               (Al-Zamr ayat 10)

Sesungguhnya tersebut di dalam sebuah Hadis, bahawasanya sabar itu separuh dari  iman.  “Lantaran itu seorang  Mukmin itu sangat berhajat dan perlu kepada sifat sabar, terutama sekali ketika menghadapi bala dan bencana, kesusahan dan kesukaran, dan segala macam penginayaan, yakni apabila ia ditimpa sesuatu muksibah, ia tidak segera putus asa, malah seharusnya ia bertenang dan berlapang dada, tidak akan merasa sempit dan  bosan, dan tidak pula mengadukan  halnya ke sana ke sini. Terapi ia sentiasa tetap menghadapi Allah s.w.t. dengan penuh khusyuk dan khuduk, memohon dan merendah diri kepada Allah s.w.t.”

Menurut Imam Al Ghazali r.a. pengertian sabar ialah “Menahan diri daripada segala gangguan dan tahan menderita terhadap sesuatu yang tidak disukai.” Menurutnya lagi, sabar berhubung  rapat dengan sifat terpuji yang lain seperti al-Qananah (cukup dengan apa yang diberi Allah s.w.t.).
Di dalam konteks ini, sabar sebenarnya merangkumi pelbagai aspek,  di antaranya ialah:
1.     Sabar dalam melaksanakan kewajipan, iaitu tunduk dan patuh kepada perintah Allah s.w.t. serta menahan kehendak hawa nafsu yang mengarah ke jalan maksiat.  Misalnya ketika seseorang mengerjakan sembahyang mereka mestilah sabar melaksanakan rukun dan syarat-syaratnya.

2.     Sabar dalam membela agama, mencari ilmu, mencari rezeki dan sebagainya.
3.     Sabar  dalam menanggapi halangan dan rintangan ketika menyebar dan mengamalkan ilmu hal ehwal agama\ Islam.

4.     Sabar menerima takdir dan ketentuan Allah s.w.t. dengan hati yang tulus ikhlas.
5.     Sering meletakkan dalam ingatan betapa mulianya sifat sabar dan perlunya seseorang itu mengekalkan sifat sabar itu.

6.     Sabar tidal melayan perasaan orang lain yang kelihatan ingin mencabar.
7.     Sabar memberi pandangan balas secara tenang, ringkas dan  tidak dipengaruhi emosi dan keadaan.

8.     Sabar daripada mengelakkan daripada  menutur kata-kata yang tidak sopan, kasar dan tidak bermaruah.
9.     Sabar sentiasa menunjukkan sifat berhemah tinggi.

10.                        Sabar mengakui kesilapan dengan berlapang dada.
11.                        Sentiasa sabar ulang-ulangi perkataan memberi atau memohon maaf.

12.                        Sabar mengambil tindakan meninggalkan tempat kejadian itu dengan keadaan yang baik dan terhormat.

Justeru itu sebagai seorang Mukmin maka hendaklah mengamalkan sifat bersabar dan percayalah di atas sifat kesabaran itu Allah s.w.t. akan memberi ganjaran pahala dan balasan yang setimpal di atas segala sifat kesabarannya itu.
Sekian, Wassala mualaikum……





BAB 32 - Jauhkan Amalan  Takbur dan Bangga Diri    

No comments:

Post a Comment