Kita harus banyak bersyukur dengan rezeki yang Allah berikan |
Kanak-kanak hendaklah di asuh supaya rajin belajar... |
Menuntut ilmu hinggalah ke akhir hayat.... |
Mereka menyembah Allah......! |
Islam Tauhid Keesaan Allah.
اسَّلآمُ
عَـلـَيْكـُمْ وَرَحْمَـة ُاللهِ
بِسْمِ اللهِ
الــرَّحْمـَنِ الــرَّحـِيـْم ِ.
Segala pujian bagi Allah s.w.t. Tuhan yang mencipta segala
kejadian. Selawat dan salam ke atas Junjungan Besar Nabi Muhammad s.a.w. serta
keluarga dan sahabat-sahatnya sekalian.
Penulis bersyukur kepada Allah s.w.t.
kerana atas limpah kurniaNya dapat penulis meneruskan penyampaian Siaran Blog
ini sebagai sumbangan jariah penulis kepada masyarakat Islam di negara ini,
setelah .
ISLAM DAN TAUHID (KEESAAN TAUHID – SIARAN 86
بِسْمِ اللِه الــرَّحْمـَنِ الــرَّحـِيـْم ِ
اَلـْحَمْدُ للهِ الـْغَفـَّارِ
الرَّحِيْم الـَّذِى أ نْعَمَنَا رَحْمَةً
وَنصْرًا وَفَضَّلـَنَا عَلىَ
سَاءِـرِ مَخْلـُوْقَا تِهِ وَجَعَلـَنَا خَلَاءِـفَهُ
فِى الْا رْضِ. وَالصَّلَاةُ وَالسَّلاَمُ
عَلىَ نَبِيـِّنَا مُحَمَّدٍ الـَّذِى عَلـَّمَنَا
ا سَاسَ التـَّوْحِيْدِ وَاَوْجَبـَنَا اَنْ نُؤْمِنَ بِاللهِ
بِالـِّلسَانِ وَنُصَدِّقـَهُ بـِالـْقـَلـْبِ.
Segala puji bagi Allah yang Maha Pengampun, Maha Pengasih.
Allah Yang Maha Kuasa telah memberikan kepada kita rahmat dan pertolongan,
menempatkan kita di atas segala ciptaan sebagai wakil-Nya.
Selawat dan salam semoga tetap atas Nabi kita Muhammad s.a.w.
yang telah mengajarkan kepada kita prinsip-prinsip pokok tauhid (keeasaan
Tuhan), mewajibkan kepada kita untuk mengakuinya dengan lidah dan
mempercayaiNya dalam hati
Agama Allah,
Islam tegak di atas dasar perdamaian.
Perkataan ’Islam” yang berarti ’perdamaian’ disebutkan dalam Al-Quran sebanyak
140 kali dalam 48 bab atau surah.
Umat manusia
diberi petunjuk agar menempuh jalan perdamaian untuk mencapai tempat tujuan
terakhir bernama Akhirat melalui Al-Quran dan Sunnah Nabi Muhammad s.a.w.
Pencapaian
perdamaian universal, ketenangan fikiran manusia dan keharmonian lingkungan di
dasarkan atas prinsip-prinsip pokok ’tauhid’. khalifah dan akhirat.
Prinsip tauhid
memproklamirkan keesaan Allah yang harus diakui dengan lidah dan diyakini
dengan hati. Allah berfirman dalam al-Quran:
وَإ لـَهُكُمْ إ لـَهٌ وَاحِدٌ ج لآ إ
لـَهَ إ لا َّهُوَالرَّحْمَنِ الرَّحِيْمُ.
(البقرة: 163)
”Tuhanmu
adalah satu Tuhan, tidak ada Tuhan selain Dia, Maha Pengasih, Maha Penyayanhg.” (Albaqarah
ayat 163)
Islam yakin bahawa dengan menerima tauhid
ini saja, tidak harmonian manusia dan ciptaan dapat ditiadakan secara efektif
dari dunia.
Kehidupan manusia di dunia ini sangat
pendek. Selama masa hidup yang pendek ini harus menyiapkan diri untuk akhirat
melalui perbuatan yang benar. Allah
berfirman dalam Al-Quran:
وَمَـا الـْحَيَواةُ الدُّنْيَا لَعِبٌ وَلـَهْوٌ.
“Kehidupan di
dunia ini adalah sebuah permainan sandiwara”
(Al-‘Am ayat 32)
Nabi Muhammad s.a.w bersabda yang bermaksud:
“Hiduplah di dunia
ini sebagai orang asing (aneh)
atau pemotong
jalan”
Tetapi jika kita merenung sejenak, kita akan tahu bahawa
sumber perdamaian adalah Allah itu
sendiri. Dengan menyerah kepada kehendak
Allah semata-mata, manusia dapat mencapai perdamaian. Bukan hanya sembahyang lima waktu yang seseorang
kerjakan setiap hari, tetapi apa pun yang ia kerjakan yang sesuai dengan
peraturan Allah juga dianggap sebagai ‘ibadah’ dalam Islam.
Dalam rumah sorang Muslim, begitu seorang bayi dilahirkan, azan
dan iqamah dibacakan ke dalam telinga bayi, dengan ingatan suatu keyakinan
bahawa si bayi akan tumbuh dewasa dalam ingatan kepada Allah dan apapun yang ia
kerjakan, kesedaran akan Allah akan menyinar dalam hidupnya.
Sebagai contoh, seorang Muslim selalu memulai pekerjaannya
dengan bacaan ‘Bismilla hirrahma nirrahim.’Apibila ia bermaksud mengerjakan
sesuatu, dia menyebut ‘Insya Allah’.
Apabila dia mengalami kegembiraan dia berteriak ‘Allahu Akbar’. Apabila dia mendapatkan sesuatu yang indah
dia berkata ‘Subhanallah.’
Apabila dia melihat orang lain bersin, dia berkata ‘Yarhamukallah’. Apabila dia menghargai sesuatu yang baik, dia berkata ’Masya
Allah’. Apabila berterima kasih kepada
seseorang dia menyebut ’Jazakumullah.’
Apabila seseorang meninggalkannya dalam perjalanan, dia mengucapkan
selamat tinggal dengan katanya ’Fi Amanillah.’
Apabila mendengar atau melihat sesuatu yang menjijikkan,
dia berkata ’Naudzubillah.’ Apabila
mendengar berita kematian orang Muslim lain, dia berkata ’Inna lillahi wainna ilai
raji’un.’
Al-Quran yang menunjukkan suatu
fungsi mengingati Allah sebagai berikut:
رَضِىَ اُللهُ عَنْهُمْ وَرَضُوْا عَنْهُ
ذَلِكَ لِمَنْ خَشِىَ رَبَّهُ.
( : 8البينة (
"Allah ridha terhadap mereka dan mereka ridha kepadaNya, semua ini kerana
takut kepada Tuhan mereka.” (Al-Bayinnah ayat
8)
Saya kira inilah kata-kata saya
di sini dan jika saudara mendapatkan banyak kesalahan saya mohon maaf dan
sampai jumpa lagi di dalam siaran ini
saya ucapkan.
”Wassalamu alaikum warahmatullah
hi wabarakatuh....Amin”
ISLAM BERARTI
PENYERAHAN KEPADA
KEHENDAK ALLAH
DAN PETUNJUK-NYA.
ISLAM KERANANYA DIANGGAP SEBAGAI
AGAMA PERDAMAIAN.
--------------------ooooooooooooo----------------
No comments:
Post a Comment