Hj.Che Dan bin Ahmad
E-mail – hjdan@myjaring.net.
Blog 35.
Selalulah hadir solat di masjid...secara berjemaah....!
Bacalah al-Quran selalu. Mereka ini mengamalkan bacaan surahYasin...!
KERJAKANLAH IBADAT-IBADAT
SUNAT
UNTUK MENAMPUNG
KEKURANGA DALAM
PERKARA IBADAT
YANG WAJIB.
Segala pujian bagi Allah s.w.t. Tuhan yang mencipta segala
kejadian. Selawat dan salam ke atas Junjungan Besar Nabi Muhammad s.a.w. serta
keluarga dan sahabat-sahatnya sekalian.
Penulis bersyukur kepada Allah s.w.t.
kerana atas limpah kurniaNya dapat penulis meneruskan penyampaian Siaran Blog
ini sebagai sumbangan jariah penulis kepada masyarakat Islam di negara ini.
Masalah 133.
Agama Allah,
Islam tegak di atas dasar perdamaian.
Perkataan ’Islam” yang berarti ’perdamaian’ disebutkan dalam Al-Quran sebanyak
140 kali dalam 48 bab atau surah.
--------------------------------------------
Prinsip tauhid
memproklamirkan keesaan Allah yang harus diakui dengan lidah dan diyakini
dengan hati. Allah berfirman dalam al-Quran:
وَإ لـَهُكُمْ إ لـَهٌ وَاحِدٌ ج لآ إ
لـَهَ إ لا َّهُوَالرَّحْمَنِ الرَّحِيْمُ.
(البقرة: 163)
”Tuhanmu
adalah satu Tuhan, tidak ada Tuhan selain Dia, Maha Pengasih, Maha Penyayanhg.” (Albaqarah
ayat 163)
Islam yakin bahawa dengan menerima
tauhid ini saja, tidak harmonian manusia dan ciptaan dapat ditiadakan secara
efektif dari dunia.
Kehidupan manusia di dunia ini sangat
pendek. Selama masa hidup yang pendek ini harus menyiapkan diri untuk akhirat
melalui perbuatan yang benar. Allah
berfirman dalam Al-Quran:
وَمَـا الـْحَيَواةُ الدُّنْيَا لَعِبٌ وَلـَهْوٌ.
“Kehidupan di
dunia ini adalah sebuah permainan sandiwara”
(Al-‘Am ayat 32)
Tetapi jika kita merenung sejenak, kita akan tahu bahawa
sumber perdamaian adalah Allah itu
sendiri. Dengan menyerah kepada kehendak
Allah semata-mata, manusia dapat mencapai perdamaian. Bukan hanya sembahyang lima waktu yang seseorang
kerjakan setiap hari, tetapi apa pun yang ia kerjakan yang sesuai dengan
peraturan Allah juga dianggap sebagai ‘ibadah’ dalam Islam.
Dalam rumah sorang Muslim, begitu seorang bayi dilahirkan,
adzan dan iqamah dibacakan ke dalam telinga bayi, dengan ingatan suatu
keyakinan bahawa si bayi akan tumbuh dewasa dalam ingatan kepada Allah dan
apapun yang ia kerjakan, kesedaran akan Allah akan menyinar dalam hidupnya.
Sebagai contoh, seorang Muslim selalu memulai pekerjaannya
dengan bacaan ‘Bismilla hirrahma nirrahim.’Apibila ia bermaksud mengerjakan
sesuatu, dia menyebut ‘Insya Allah’.
Apabila dia mengalami kegembiraan dia berteriak ‘Allahu Akbar’. Apabila dia mendapatkan sesuatu yang indah
dia berkata ‘Subhanallah.’
Apabila dia melihat orang lain bersin, dia berkata ‘Yarhamukallah’. Apabila dia menghargai sesuatu yang baik, dia berkata ’Masya
Allah’. Apabila berterima kasih kepada
seseorang dia menyebut ’Jazakumullah.’
Apabila seseorang meninggalkannya dalam perjalanan, dia mengucapkan
selamat tinggal dengan katanya ’Fi Amanillah.’
Apabila mendengar atau melihat sesuatu yang menjijikkan,
dia berkata ’Naudzubillah.’ Apabila mendengar
berita kematian orang
Muslim lain, dia berkata ’Inna lillahi wainna ilai raji’un.’
Al-Quran yang menunjukkan suatu
fungsi mengingati Allah sebagai berikut:
رَضِىَ اُللهُ عَنْهُمْ وَرَضُوْا عَنْهُ
ذَلِكَ لِمَنْ خَشِىَ رَبَّهُ.
( : 8البينة (
"Allah ridha terhadap mereka dan mereka ridha kepadaNya, semua ini kerana
takut kepada Tuhan mereka.” (Al-Bayinnah ayat
8)
ISLAM BERARTI
PENYERAHAN KEPADA
KEHENDAK ALLAH
DAN PETUNJUK-NYA.
ISLAM KERANANYA DIANGGAP SEBAGAI
AGAMA PERDAMAIAN.
-------------------------------------------------------
KERJANLAH SEMBAHYABNG
SUNAT DUHA.
Sembahyang pada umumnya ialah semulia-mulia amal bakti yang
menyebabkan seseorang beroleh rahmat dan di redhai oleh Allah s.w.t.
Selainnya dari itu “Sembahyang Sunat” pula dapat
menyempurnakan, jika ada apa-apa kekurangan yang dilakukan dalam sembahyang
fardhu. Hakikat ini diterangkan oleh Rasulullah s.a.w. dalam hadisnya berikut:-
عَنْ أ بِي هُرَيْرَة , رَضِيَ اللهُ عَنْهُ, عَنِ النَّبِيِّ صَلىَّ اللهُ
عَلَيِهِ وَسَلـَّمَ قَالَ:إ ِنَّ أ وَّلَ مَا يُحَاسَبُ النَّاسُ بِهِ يَوْمَ الـْقِيَامَةِ
مِنْ أ َعْمَا لِهِمْ الصَّلَاة : يَقُولُ رَبُّنَا عَزَّوَجَلَّ لِمَلَاءِـكَتِهِ
– وَهُوَ أ عْلـَمُ : (انْظـُرُوا فِي صَلَاةِ عَبْدِي أ تَمَّهَا أ مْ نَقَصَهَا؟) فَاءِنْ كَانَتْ تَامَّة كُتِبَتْ لَهُ تَامَّة , وَإ نْ كَانَ انـْتـَقَصَ
مِنْهَا شَـيـْءــًا, قَالَ :( انْظـُرُو اهَلْ لِعِبْدِي مِنْ تَطَوُّع ٌ؟
). فَاءِنْ كَانَ لَهُ تَطَوُّع , قَالَ: (أ تِمُّوا لـِعَبْدِي فَرِيضَتَهُ مِنْ تَطَوُّعِهِ)
:
ثـُمَّ تُؤْ خَذ الْأ عْمَالُ عَلىَ
ذ لـِكَ ). رواه ابو داود).
Ertinya ”Dari Abu Hurairat r.a., dari
Nabi Muhammad s.a.w., sabdanya:
Sesungguhnya perkara yang mula-mula
di hisab dari amal-amal manusia pada hari kiamat ialah sembahyang fardhu yang lima, pada saat itu Tuhan
kami Azawajjalla berfirman kepada MalaikiatNya –pada hal Dia amat mengethui. “Lihatlah kamu akan
sembahyang hambaku (dalam surat
amalnya) Adakah ia menyempurakannya atau mengurangkannya?
Jika sembahyang itu sempurna – ditulis untuknya sempurna –
dan jika orang itu ada mengurangkannya sesuatu daripada sembahyangnya, Allah
s.w.t. befirman (kepada Malaikat) : Lihatlah kamu, adakah hambaku itu
mengerjakan sembahyang sunat?
Jika ia ada mengerjakan sembahyag
sunat, Allah s.w.t. berfirman kepada Malaikat:
”Sempurnakanlah bagi hamba Ku itu sembahyang fardhu (yang tidak
sempurna) itu dari sembahyang sunatnya.”: Kemudian di hisab amal-amal yang lain
(seperti zakat, puasa, mengerjakan haji
menurutu cara itu juga ).
Rujukan Mustika Hadis Rasulullah s.a.w.,Jilid 2, ms 197)
Ketahuilah Sembahyabg Sunat Duha itu untuk memohon kemudahan
mendapat rezeki bagi seseorang itu.
Dilakukan ketika matahari sedang naik,
kira-kira jam 8.00 pagi Dibuat dua
rakaat, jika mampu dibuat sehingga dua
belas rakaat. Rakaat sebenar tidak
terbatas dan tidak dipaksa dilakukan.
Ketahuilah jika seseorang itu
rajin melakukannya maka ianya akan dapat dikurniai oleh Allah s.w.t akan
rezekinya yang murah, yang datangnya tidak disangka-sangka akan diterimanya.
Kifiatnya:
أ صَلىِّ سُنَّـة الضُّحىَ رَكَعـَتـَيْنِ للهِ تَعَالىَ – اَللهُ
اَكْبَرُ.
”Sahaja aku sembahyang sunat Duha
dua rakaat kerana allahTaala.”
Surah-surah yang dibaca:
الفاتحــة.....
قـُلْ يَا أ يُّهَا الـْكَافِرُوْنَ....
الفاتحــة.....
قـُلْ هُوَ اللهُ اَحَدْ....
اتو جوك بوليه دباج اية يغ برايكوة:
الفاتحــة...
وَالشَّمْسِ وَضُحَاهـَا...
الفا تحــة....
وَالضُّحَى وَالـَّيـْلِ اِذ َا سَجَى....
Di dalam
sujud yang terakhir bacalah:
يــَا وَهـَّــابُ .....40 كالي.
Atau dibaca doa ini:
وَهَبْ لِيْ يَا وَهَّابُ عِلْمًا وَحِكْمَة وَارْزُقـْنِى
يَا رَزَّاقُ كُنْ لِيْ مُسَهَّلًا. (10 اتو 40 كالي)
Selepas memberi salam bacalah doa berikut:-
بِسْمِ اللهِ الـرَّحْمَنِ الـرَّحِيْم .
اَلْحَمْدُ للهِ رَبِّ الـْعَالـَمِيْنَ حَمْدًا يُوَافِىْ نِعْمَهُ وَيُكَا
فِىءُ مَزِيْدَهُ
يَارَبَّنَا لـَكَ الـْحَمْدُ كَمَا يَنْبَغِى لِجَلَالِ وَجْهِكَ الـْكَرِيْمِ
وَعَظِيْمِ
سُلـْطَا نِكَ.
ا للَّهُمَّ ا نَّ الضَّحَاءَ ضَحَاءُوْكَ , وَالـْبَهَاءَ بَهَأ ُكَ وَالـْجَمَالَ
جَمَالـُكَ, وَالـْقُوَّةَ قَوَّتُكَ وَالـْقُدْرَةَ قـَدْ رَتُكَ وَالـْعِصْمَة
عِصْمَتُكَ, ا للَّهُمَّ ا نْ كَانَ رِزْقِىْ فِى السَّمَاءِ فـَاَنـْزَلـْهُ,
وَا نْ كَانَ فِى الْا رْضِ فَا خْرِجْهُ, وَا نْ كَانَ مُعْسِرًا فَيَسِّرْهُ,
وَا نْ كَانَ بَعِيْدًا فَقَرِّبْهُ, بِحَقِّ ضَحَاءِـكَ وَبِهَاءِـكَ وَجَمَا
لـِكَ, وَقَوَّتِكَ وَقَدْرَتِكَ آتِنِىْ مَا آتَيْتَ بِـهِ عِبَادَكَ الصَّلِحِيْنَ.
رَبَّنَا آتِنَا فِى الدُّنْيَا حَسَنَة
وَفِى الْأ خِرَةِ حَسَنَة
وَقِنَا عَذَابَ النـَّارِ وَصَلىَّ
اللهُ عَلىَ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلىَ
آلـِهِ وَصَحْبِهِ وَسَلـِّمَ وَالـْحَمْدُ للهِ رَبِّ الـْعَالـَمِيْنَ.
--------------------ooooooooooooo----------------
No comments:
Post a Comment