Monday 16 July 2012

Bab 66 -…Orang yang masbuq










Bab   66 -…Orang yang masbuq.

Makmum yang mula takbir dimana keadaan Imamnya  tengah ruku’.  Dia sempat ruku’ bersama Imam sekadar membaca “subhana rabbiyal ‘azim” sahaja, adakah ia dapaat satu rakaat?

 

 Jawapan.

Orang yang masbuq ini dapat satu rakaat., bacaan fatihahnya ditanggug oleh  Imam. Bermaksud jika ia lakukan niat dan takbiratul ihram, lalu ia segera ruku’, tanpa membaca fatihah, lalu ia dapatkan thumaniunah (berhenti sekejap) bersama-sama Imam dalam ruku’ maka ia dapat satu rakaat itu.  Akan tetapi jika ia tidak dapat thumaninah bersama-sama  Imam dalam ruku’ itu maka ia tidak dapat satu rakaat.  (masaslah 1 ms.71)

 

            -----------00000000--------

 

 
                                                     Pisang yang teristimewa

Friday 6 July 2012











Gambar semasa di  Kota Kinabalu,Sabah  pada 7.3.2012


BADAT ZAKAT

1.. Pengertian Zakat.

Ialah mengeluarkan kadar harta yang tertentu kepada orang yang tertentu dengan syarat-syarat yang tertentu.

2.. Hukun Zakat.

Fardhu ’ain ke atas tiap-tiap orang Islam yang cukup syarat-syaratnya.

3..Pembahagian Zakat.

a. Zakat Fitrah
b. Zakat Harta.

4.. ZAKAT FITRAH.

Zakat fitrah bertujuan untuk menyucikan diri orang yang berpuasa dari kata-kata dan perbuatan-perbuatan yang keji.

Zakat Fitrah ini diwajibkan ke atas tiap-tiap orang Islam lelaki dan perempuan, besar dan kecil, merdeka atau hamba sebanyak 3.1 liter atau lima kati dari makanan yang mengenyangkan bagi sesebuah negara. Di Malaysia ini ialah beras atau kadar harga yag sama dengannya. Ini ditetapkan olen negeri masing-masing.
5.. Syarat-Syarat Wajib Zakat Fitrah.

a. Mestilah dia seorang Islam.

b. Mempunyai harta lebih daripada keperluan perbelanjaan untuk dirinya dan orang dibawah tanggungannya pada Hari Raya Aidil Fitri dan malamnya.

c. Wajibnya zakat fitrah itu ialah setelah terbenam matahari pada hari akhir bulan Ramazan. Tidak wajib zakat fitrah ke atas orang yang mati sebelum terbenam matahari pada hari akhir Ramadzan, atau kanak-kanak yang lahir selepas terbenam matahari akhir Ramadzan atau bagi seorang mualaf yang baru memeluk agama Islam sesudah terbenam matahari pada akhir Ramadzan atau seorang lelaki yang bernikah sesudah terbenam matahari terakhir Ramadzan.


6.. Waktu-Waktu Membayar Zakat.

a. Waktu yang dibolehkan iaitu dari awal bulan Ramadzan sehingga hari akhir bulan Ramadzan.

b. Waktu wajib iaitu selepas terbenam matahari pada hari akhir Ramadzan.

c. Waktu yang afdal iaitu selepas Sembahyang Subuh pada hari akhir Ramadzan.

d. Waktu yang makruh iaitu selepas sembahyang Hari Raya Aidil Fitri sehingga tibanya waktu Maghrib (iaitu selepas terbenamnya matahari)

e. Waktu haram iaitu selepas terbenam matahari pada hari Raya Aidil Fitri itu.

7.. Orang Yang Berhak Menerima Zakat.

a. Fakir. – Iaitu orang yang tidak mempunyai harta atau mempunyai harta yang kurang seperdua keperluannya dan tidak ada orang yang berkewajipan memberi belanja kepadanya.

b. Miskin – Iaitu orang yang mempunyai harta sebanyak seperdua keperluannya atau lebih tidak sampai mencukupinya.

c. Amil - Iaitu orang yang dilantik untuk menguruskan pungutan dan pembahagian zakat.

d. Mualaf – Iaitu orang yang baru memeluk agama Islam dan keadaan imannya masih belum kuat dan teguh.

e. Hamba – Iaitu orang yang akan menebus dirinya dari tuannya.

f. Orang berhutang –Iaitu orang yang mempunyai beban hutang yang masih belum dijelaskan. Hutang itu bukanlah kerana tujuan maksiat tetapi untuk kepentingan masyarakat dan juga keperluan yang harus bagi dirinya.


g. Di jalan Allah. – Iaitu tentera yang berjuang di jalan Allah. Atau semua amal soleh dimaksudkan untuk meninggikan agama Allah seperti membina sekolah, rumah sakit, masjid, jalan, jambatan, rumah-rumah anak yatim, bantuan biasiswa dan mubaligh-mubaligh yang menjalankan seruan dakwah dijalan Allah.

h. Musafir – Iaitu orang yang melakukan perjalanan untuk tujuan baik dan untuk kepentingan agama Islam.


8.. ZAKAT HARTA.


Zakat harta ialah Emas dan Perak.
Kadar nisab zakat emas itu ialah 25 mayam 2.718 saga bersama dengan 85 gram dikenakan 2 1/2 paratus.

Kadar nisab zakat perak ialah 200 dirham = 560 gram dikenakan zakat 2 1/2 peratus juga.


9.. Syarat Wajib Zakat Atas Pemilik Emas dan Perak.

a. Islam
b. Merdeka
c. Milik yang sempurna
d. Cukup nisab
e. Cukup masanya setahun.

Peringatan .

Pada masa sekarang emas hanya menjadi cagaran dan disimpan di bank-bank dan tidak lagi beredar menjadi alat pembayaran, kerana diambil alih oleh mata wang. Oleh itu mata wang adalah dikira gantian daripada emas. Maka mata wang itu pula sekarang adalah dikenakan zakat berdasarkan syarat-syarat yang sama seperti emas.


10.. ZAKAT TANAMAN DAN BUAHAN

Nisab zakat tanaman dan buah-buahan ialah 5 awsaq atau 690 kilo atao 300 gantang Baghdad. Zakatnya seperti berikut:

a. 10% terhadap tanaman yang di airi oleh air hujan atau air sungai.
b. 5% terhadap tanaman yang disirami sendiri atau alat-alat lain yang terpaksa mengeluarkan belanja.


11.. Syarat-syarat Wajib Zakat Ke Atas Pemilik Tanaman
dan Buah-buahan.

a. Islam
b. Merdeka
c. Milik yang sempurna
d. Cukup nisbahnya.
e. Ditanam oleh manusia.
f. Bijian atau buah-buahan itu boleh disimpan lama dan mengenyangkan

12.. ZAKAT HARTA PERNIAGAAN.

Nisab zakat perniagaan ialah menurut modal asalnya sama seperti emas iaitu 85 gram emas, atau kadar 2.5 % dari jumlah harta perniagaan.

13.. Syarat-syarat Wajib Zakat Harta Perniagaan.

a. Mestilah cukup setahun.
b. Kadar zakatnya 2.5 % (1/40)

c. Caranya ialah wang (modal) yang dikeluarkan ditaksir harga menurut harga pembelian pada waktu itu. Kemudian dicampur keseluruhannya lalu dikeluarkan zakat.

d. Wajib juga dijumlahkan hutang-hutang yang ada ditangan orang lain yang dia yakin akan dapat dibayar balik kepadanya.

e. Kalu peniaga itu rugi, nilainya tidak sampai satu nisab lagi, tidaklah wajib dikeluarkan zakat.



14.. ZAKAT BINATANG TERNAKAN DAN
SYARAT-SYARATNYA.

Syarat-syaratnya ialah:-

a. Islam.
b. Merdeka.
c. Cukup Nisabnya.
d. Cukup masanya.
e. Milikyang semurna.
f. Binatang yang hidup bebas di padang rumput. Binatang yang makannya terpaksa dibeli maka tidak wajib.
g. Binatang itu tidak cacat dan tidak terlalu tua.


Zakat lembu atau kerbau.

a. Berjumlah 30 ekor yang pertama zakatnya 1 ekor yang berumur satu tahun.(lembu jantan)
b. Kalau jumlah 40 ekor zakatnya 1 ekor yang berumur dua tahun.

c. Dan begitulah seterusnya kadar nisabnya ialah tiap-tiap tambahan 30 ekor, zakat 1 ekor berumur 1 tahun dan tambahan 40 ekor, zakatnya 1 ekor berumur 2 tahun.



Zakat kambing atau biri-biri.


a. Berjumlah 40 ekor sehingga 120 ekor, zakatnya 1 ekor berumur
2 tahun.(kambng betina)
b. 121 sehingga 200 ekor, zakatnya 2 ekor berumur 2 tahun.
c. 201 sehingga 300 ekor, zakatnya 3 ekor berumur 2 tahun.
d. Tiap-tiap 100 ekor berikut zakatnya 1 ekor yang berumur 2 tahun.

--------------------------------------ooooooooooo----------------------------------
Nota kaki –Rujukan Para 1 hingga 12 adalah petikan dari” Kitab Asas-Asas Fardu ’Ain” m.s. 217 hingga 222..


PANDUAN UNTUK MENGELUARKAN ZAKAT.

15.. ZAKAT PENDAPATAN (Gaji).

a. Kaedah A – atas jumlah pencapaian kasar setahun. Contohnya RM 1,500.00 x 12 bulan = RM 18,000.00. Kadar Zakat yang dikenakan ialah RM 18,000.00 x 2.5% = RM 450.00 setahun.

b. Kaedah B – Pendapatan setahun ditolak dengan keperluan hidup (asas) setahun. Contoh yang berkahwin:

• Gaji RM 1,500.00 sebulan = RM 18,000.00 setahun.
• Ditolak keperluan hidup:
• Diri (setahun) RM 8,000.00
• Isteri (setahun) RM 3,000.00
• Anak(setiap orang) RM 800.00
RM 11,800.00 setahun
Baki RM 6,200.00 setahun

Kadar zakat yang dikenakan ialah RM 6,200 x 2.5% =R 155.00


16.. ZAKAT WANG SIPANAN

a. Syarat – Nisab – (Nilai Harga emas 25 mayam 2.7108 saga atau 85.009024 gram.)
b. Haul – Cukup setahun iaitu 12 bulan.
c. Kadar – 2.5 %.
d. Contoh Simpanan:

(1). Simpanan RM 4,000.00 kadar zakat 2.5% = RM 100.00
(2) Simpanan RM 4,500.00 kadar zakat 2.5% = RM 112.00
(3) Simpanan RM 5,000.00 kadar zakat 2.5% = RM 125.00
(4) Simpanan RM10,000.00 kadar zakat 2.5% = RM 250.00
Begitulah seterusnya.....

17.. ZAKAT PERNIAGAN
a. Syarat-syaratnya ialah:-
(1) Islam
(2) Kepunyaan Mutlak.
(3) Niat Menjalankan Perniagaan.
(4) Cukup Haul.
(5) Cukup Nisab.

b. Kadar Bayaran Zakat Peraniagaan:-

(1) Apabila cukup syarat-syaratnya, wajibnlah dikeluarkan zakat
(2) sebanyak 2.5% atau 1/40. Zakat perniagaan ini dikeluarkan dengan kadar 2.5% dari jumlah harta perniagaan.

(3) Contoh Bayaran Zakat Perniagaan.
1. Barang-barang setok RM 3,500.00
2. Wang Tunai RM 500.00
3. Wang Dalam bank RM 1,000.00
4. Hutang yang dijamin bayar balik RM 1,500.00
5. Pelaburan RM 2,000.00
------------------
6. Jumlah ... ... .. .. .. .. .. .. . . RM 8,500.00
7. Jumlah Zakatnya RM 8,500.00 x 2.5% = RM 212.50
==========
18.. ZAKAT BNINATANG TERNAKAN.

Yang dikenakan Zakat ialah:

a. Unta
b. Lembu atau Kerbau
c. Kambing atau Biri-biri.

Sekurang-kurangnya nisab ialah:

a. Unta 5 ekor - Zakatnya seekor kambing.
b. Lembu 30 ekor - Zakatnya seekor lembu jantan
yang berumur setahun lebih.
c. Kambing/Biri-Biri 40 ekor - Zakatnya seekor kambing betina yang berumur 2 tahun lebih.

19.. ZAKAT SAHAM.

* Penaksiran Saham yang Naik Turun ialah:
a. Saham Nilai Awal Tahun 2000 Nilai AkhirTahun 2000
---------------------------------------------------------------------------
b. Saham ” A” 3,000.00 3,600.00
c. Saham ”B” 2,000.00 1,000.00
d. Saham “C” 500.00 500.00
-----------------------------------------------------------------------------
JUMLAH 5,500.00 5,100.00
----------------------------------------------------------------------------
• Oleh kerana saham ini cukup syaratnya iaitu haul dan nisabnya maka penaksiran zakat bagi saham naik/turun adalah RM 5,100.00 x 2.5% menjadikan jumlah yang kena bayar ialah RM 127.50.


20.. ZAKAT PADI.

Nisab Zakat Padi ialah hasil padi bagi setiap tuaian mencapai kepada 5 Ausuk bersamaan 2 kunca, 2 nalih, 6 gantang.1 cupak dan 2 kepul atau 1,300.49 kilogram.

Harga Sekarang (Musim 1/2001).

Harga padi = 1 kilogram bersamaan RM 0.60
Harga Subsidi = 1 kilogram RM 0.2481
--------------
RM 0.8481
----------------
RM 0.8481 x 1,300.49 kilogram = RM 1,102.94

Kadar Zakat.

Kadar Zakat Padi adalah 1/10 daripada hasil tersebut. Sebagai contoh, sekiranya hasil padi bersamaan RM 1,102.94 maka zakatnya ialah RM 1,102.94 x 1/ 10 = RM 110.29.



21.. ZAKAT EMAS.

Zakat Emas terbahagi kepada dua kategori iaitu:

a. Emas Perhiasan yang dipakai. Kadar biasa setempat 25 mayam tidak dikenakan zakat. Dan jika melebihi biasa (uruf) lebih 25 mayam. Maka setelah cukup Haul dan Nisab zakat wajib dibayar sebanyak 2.5%.

Contoh:

”A” memiliki dan memakai 170 gram emas. Maka ia sudah melebihi kadar biasa (uruf). Harga semasa emas per gram pada bulan Mei 2001 pula ialah sebanyak RM 32.00. Kiraan zakatnya ialah:
170 gram ditolak 85 gram, bermakna 85 gram x 32.00 (harga semasa) = RM 2,720.00. Maka zakatnya yang wajib dibayar oleh Si ”A” ialah RM 2,720.00 x 2.5% iaitu RM 68.00.

b. Emas Simpanan – Emas yang tidak dipakai tetapi disimpan. Jika cukup Nisab (85 gram) dan Haul ( 1 tahun) wajib bayar zakat sebanyak 2.5% nilai yang diambil kira tidak termasuk batu permata.


22.. ZAKAT WANG KWSP.

a. Menurut Keputusan Jawatankuasa Fatwa Negeri Kedah Darul Aman berhubung dengan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja seperti berikut:

b. Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) manakala diketahui menurut penyata tahunan Cukup Nisabnya dan genap Haulnya wajib dikeluarkanh zakatnya.

c. Rujukan. Bil. (86) dalam Agama (KEDAH) P 83/3/1/2/3 bertarikh
11 Februaru 1985.

Nota Kaki: Perkara dalam Bilangan 15 ke 22 di atas adalah mengikut petikan daripada Brocer yang dikeluarkan oleh Jabatan Zakat Nageri Kedah Darul Aman, Aras 3,Menara Zakat, Jalan Teluk Wan Jah, 05200 Aslor Star Kedah Darul Aman (Tel:04 – 733 1740, 731 6335, 731 6453, 731 6421 (Fax. 04- 731 6280). Tahun 2001.


-------------------------ooooooo-----------------------



















Monday 2 July 2012










Pemandi  van ini kurang sabar, dia memandu terlalu laju,  tiba di selekoh tidak dapat kawal kenderaan dan terbalik
BAB 31 – HENDAKLAH SENTIASA BERSABAR. (75)
Di antara perkara-perkara yang menyelamatkan ialah bersabar atas  segala bala bencana yang datang dari Allah s.w.t. dan bersyukur atas segala kenikmatan yang dikurniakan ke atas  kamu, serta berzuhud pada dunia yang kerap melalaikan manusia dari mengingati Allah.
Sesungguhnya sifat sabar itu mempunyai keutamaan-keutamaan yang besar. Hajat manusia kepada sifat sabar itu amat ketara sekali dalam segala hal ehwalnya.
Riwayat-riwayat yang  berupa firman Allah s.w.t. dan Hadis Baginda Rasulullah s.a.w. tentang perintah dan galakan mengenai sifat sabar amat banyak sekali, seumpamanya firman Allah s.w.t.  yang bermaksud ;

“Wahai orang-orang yang beriman…! Mohonlah pertolongan dengan sabar dan mengerjakan sembahyang, sesungguhnya Allah bersama orang-orang yang sabar”
                                                                                    (Al-Baqarat ayat 153)
“Hendaklah engkau bersabar, sedang kesabaran mu itu hanya kerana keredaan Allah.”                                                                         (Al-Nakhl ayat 127)

“Bersabarlah engkau terhadap ketetapan Tuhan mu, kerana sesungguhnya engkau dalam pandangan mata Kami (Dalam pemeliharaan Kami)
                                                                                       (Al-Thur ayt  48)
“Kami jadikan di antara mereka itu pemimpin-pemimpin yang membimbing mereka dengan perintah Kami, iaitu apabila mereka bersikap sabar.
                                                                                  (Al-Sajjadah ayat 24)

“Hanyasanya orang-orang yang bersabar itu akan disempurnakan pahalanya tanpa kiraan.”                                                               (Al-Zamr ayat 10)

Sesungguhnya tersebut di dalam sebuah Hadis, bahawasanya sabar itu separuh dari  iman.  “Lantaran itu seorang  Mukmin itu sangat berhajat dan perlu kepada sifat sabar, terutama sekali ketika menghadapi bala dan bencana, kesusahan dan kesukaran, dan segala macam penginayaan, yakni apabila ia ditimpa sesuatu muksibah, ia tidak segera putus asa, malah seharusnya ia bertenang dan berlapang dada, tidak akan merasa sempit dan  bosan, dan tidak pula mengadukan  halnya ke sana ke sini. Terapi ia sentiasa tetap menghadapi Allah s.w.t. dengan penuh khusyuk dan khuduk, memohon dan merendah diri kepada Allah s.w.t.”

Menurut Imam Al Ghazali r.a. pengertian sabar ialah “Menahan diri daripada segala gangguan dan tahan menderita terhadap sesuatu yang tidak disukai.” Menurutnya lagi, sabar berhubung  rapat dengan sifat terpuji yang lain seperti al-Qananah (cukup dengan apa yang diberi Allah s.w.t.).
Di dalam konteks ini, sabar sebenarnya merangkumi pelbagai aspek,  di antaranya ialah:
1.     Sabar dalam melaksanakan kewajipan, iaitu tunduk dan patuh kepada perintah Allah s.w.t. serta menahan kehendak hawa nafsu yang mengarah ke jalan maksiat.  Misalnya ketika seseorang mengerjakan sembahyang mereka mestilah sabar melaksanakan rukun dan syarat-syaratnya.

2.     Sabar dalam membela agama, mencari ilmu, mencari rezeki dan sebagainya.
3.     Sabar  dalam menanggapi halangan dan rintangan ketika menyebar dan mengamalkan ilmu hal ehwal agama\ Islam.

4.     Sabar menerima takdir dan ketentuan Allah s.w.t. dengan hati yang tulus ikhlas.
5.     Sering meletakkan dalam ingatan betapa mulianya sifat sabar dan perlunya seseorang itu mengekalkan sifat sabar itu.

6.     Sabar tidal melayan perasaan orang lain yang kelihatan ingin mencabar.
7.     Sabar memberi pandangan balas secara tenang, ringkas dan  tidak dipengaruhi emosi dan keadaan.

8.     Sabar daripada mengelakkan daripada  menutur kata-kata yang tidak sopan, kasar dan tidak bermaruah.
9.     Sabar sentiasa menunjukkan sifat berhemah tinggi.

10.                        Sabar mengakui kesilapan dengan berlapang dada.
11.                        Sentiasa sabar ulang-ulangi perkataan memberi atau memohon maaf.

12.                        Sabar mengambil tindakan meninggalkan tempat kejadian itu dengan keadaan yang baik dan terhormat.

Justeru itu sebagai seorang Mukmin maka hendaklah mengamalkan sifat bersabar dan percayalah di atas sifat kesabaran itu Allah s.w.t. akan memberi ganjaran pahala dan balasan yang setimpal di atas segala sifat kesabarannya itu.
Sekian, Wassala mualaikum……





BAB 32 - Jauhkan Amalan  Takbur dan Bangga Diri    

Kita harus banyak bersyukur dengan rezeki yang Allah  berikan
Kanak-kanak hendaklah di asuh supaya  rajin belajar...



Menuntut ilmu hinggalah ke akhir hayat....




Mereka menyembah Allah......!





Islam Tauhid Keesaan Allah.

اسَّلآمُ عَـلـَيْكـُمْ وَرَحْمَـة ُاللهِ

 
بِسْمِ اللهِ الــرَّحْمـَنِ الــرَّحـِيـْم ِ.

Segala pujian bagi Allah s.w.t. Tuhan yang mencipta segala kejadian. Selawat dan salam ke atas Junjungan Besar Nabi Muhammad s.a.w. serta keluarga dan sahabat-sahatnya sekalian.

Penulis bersyukur kepada Allah s.w.t. kerana atas limpah kurniaNya dapat penulis meneruskan penyampaian Siaran Blog ini sebagai sumbangan jariah penulis kepada masyarakat Islam di negara ini, setelah .




ISLAM DAN TAUHID  (KEESAAN  TAUHID – SIARAN 86


بِسْمِ اللِه الــرَّحْمـَنِ الــرَّحـِيـْم ِ

اَلـْحَمْدُ للهِ الـْغَفـَّارِ الرَّحِيْم  الـَّذِى أ نْعَمَنَا رَحْمَةً وَنصْرًا وَفَضَّلـَنَا عَلىَ

 سَاءِـرِ مَخْلـُوْقَا تِهِ وَجَعَلـَنَا خَلَاءِـفَهُ فِى الْا رْضِ. وَالصَّلَاةُ وَالسَّلاَمُ

 عَلىَ نَبِيـِّنَا مُحَمَّدٍ الـَّذِى عَلـَّمَنَا ا سَاسَ التـَّوْحِيْدِ وَاَوْجَبـَنَا اَنْ نُؤْمِنَ بِاللهِ

بِالـِّلسَانِ وَنُصَدِّقـَهُ بـِالـْقـَلـْبِ.

Segala puji bagi Allah yang Maha Pengampun, Maha Pengasih. Allah Yang Maha Kuasa telah memberikan kepada kita rahmat dan pertolongan, menempatkan kita di atas segala ciptaan sebagai wakil-Nya.

Selawat dan salam semoga tetap atas Nabi kita Muhammad s.a.w. yang telah mengajarkan kepada kita prinsip-prinsip pokok tauhid (keeasaan Tuhan), mewajibkan kepada kita untuk mengakuinya dengan lidah dan mempercayaiNya dalam hati


Agama Allah, Islam tegak di atas  dasar perdamaian. Perkataan ’Islam” yang berarti ’perdamaian’ disebutkan dalam Al-Quran sebanyak 140 kali dalam 48 bab atau surah.

Umat manusia diberi petunjuk agar menempuh jalan perdamaian untuk mencapai tempat tujuan terakhir bernama Akhirat melalui Al-Quran dan Sunnah Nabi Muhammad s.a.w.

Pencapaian perdamaian universal, ketenangan fikiran manusia dan keharmonian lingkungan di dasarkan atas prinsip-prinsip pokok ’tauhid’. khalifah dan akhirat.

Prinsip tauhid memproklamirkan keesaan Allah yang harus diakui dengan lidah dan diyakini dengan hati. Allah berfirman dalam al-Quran:

وَإ لـَهُكُمْ إ لـَهٌ وَاحِدٌ ج لآ إ لـَهَ إ لا َّهُوَالرَّحْمَنِ الرَّحِيْمُ.
(البقرة: 163)
Tuhanmu adalah satu Tuhan, tidak ada Tuhan selain Dia, Maha Pengasih,                  Maha Penyayanhg.” (Albaqarah ayat 163)

Islam yakin bahawa dengan menerima tauhid ini saja, tidak harmonian manusia dan ciptaan dapat ditiadakan secara efektif dari dunia.

Kehidupan manusia di dunia ini sangat pendek. Selama masa hidup yang pendek ini harus menyiapkan diri untuk akhirat melalui perbuatan yang benar.  Allah berfirman dalam Al-Quran:

وَمَـا الـْحَيَواةُ الدُّنْيَا لَعِبٌ وَلـَهْوٌ.
“Kehidupan di dunia ini adalah sebuah permainan sandiwara”
                          (Al-‘Am ayat 32)

Nabi Muhammad s.a.w bersabda yang bermaksud:

 Hiduplah di dunia ini sebagai orang asing (aneh)
       atau pemotong jalan”

Tetapi jika kita merenung sejenak, kita akan tahu bahawa sumber perdamaian  adalah Allah itu sendiri.  Dengan menyerah kepada kehendak Allah semata-mata, manusia dapat mencapai perdamaian. Bukan hanya sembahyang lima waktu yang seseorang kerjakan setiap hari, tetapi apa pun yang ia kerjakan yang sesuai dengan peraturan Allah juga dianggap sebagai ‘ibadah’ dalam Islam.

Dalam rumah sorang Muslim, begitu seorang bayi dilahirkan, azan dan iqamah dibacakan ke dalam telinga bayi, dengan ingatan suatu keyakinan bahawa si bayi akan tumbuh dewasa dalam ingatan kepada Allah dan apapun yang ia kerjakan, kesedaran akan Allah akan menyinar dalam hidupnya.

Sebagai contoh, seorang Muslim selalu memulai pekerjaannya dengan bacaan ‘Bismilla hirrahma nirrahim.’Apibila ia bermaksud mengerjakan sesuatu, dia menyebut ‘Insya Allah’.  Apabila dia mengalami kegembiraan dia berteriak ‘Allahu Akbar’.  Apabila dia mendapatkan sesuatu yang indah dia berkata ‘Subhanallah.’

Apabila dia melihat orang  lain bersin, dia berkata ‘Yarhamukallah’.  Apabila dia menghargai sesuatu yang baik, dia berkata ’Masya Allah’.  Apabila berterima kasih kepada seseorang dia menyebut ’Jazakumullah.’  Apabila seseorang meninggalkannya dalam perjalanan, dia mengucapkan selamat tinggal dengan katanya ’Fi Amanillah.’  Apabila mendengar atau melihat sesuatu yang menjijikkan, dia berkata ’Naudzubillah.’  Apabila mendengar berita kematian orang Muslim lain, dia berkata ’Inna lillahi wainna ilai raji’un.’

Al-Quran yang menunjukkan suatu fungsi mengingati Allah sebagai berikut:
رَضِىَ اُللهُ عَنْهُمْ وَرَضُوْا عَنْهُ ذَلِكَ لِمَنْ خَشِىَ رَبَّهُ.
(  : 8البينة (
"Allah ridha terhadap mereka dan mereka ridha kepadaNya, semua ini kerana takut kepada Tuhan mereka.” (Al-Bayinnah ayat  8)

Saya kira inilah kata-kata saya di sini dan jika saudara mendapatkan banyak kesalahan saya mohon maaf dan sampai jumpa lagi  di dalam siaran ini saya ucapkan.
”Wassalamu alaikum warahmatullah hi wabarakatuh....Amin”


                ISLAM  BERARTI  PENYERAHAN   KEPADA
                KEHENDAK  ALLAH  DAN  PETUNJUK-NYA.
                ISLAM  KERANANYA DIANGGAP SEBAGAI
                AGAMA  PERDAMAIAN.





                              --------------------ooooooooooooo----------------