Tuesday, 12 June 2012

Rukun Iman yang Ke 2 RUKUN IMAN KEDUA –BERIMAN KEPADA MALAIKAT. Malaikat ialah makhluk halus yang dicipta oleh Allah. Mereka ini ialah makhluk di alam ghaib. Makhluk yang tidak dapat dilihat, didengar, diraba, dicium, dan dirasa. Mereka hidup dalam suatu alam yang berbeza dengan kehidupan alam semesta yang kita saksikan ini. Mereka ialah malaikat yang taat, patuh dan sentiasa beribadat menjalankan perintah Allah. Firman Allah s.w.t. :- بَلْ عِبَادٌمُّكْرَمُونَ (26) للآيَسْبِقـُونَهُ بِالـْقـَوْلِ وَهُمْ بِأ َ مْرِهِ يَعْمَلـُونَ (27) “Bahkan malaikat itu adalah hamba Allah yang dimuliakan, mereka tidak pernah mendahului-Nya dengan perkataan dan mereka bertindak atas perintah-Nya. (Surah Al-Ambiya ayat 26-27). Antara lain sifat-sifat istimewa malaikat ialah :- a..Mereka dapat menyerupai makhluk lain yang berubah menurut kehendaknya setelah mendapat keizinan Allah. b..Mereka dapat melalui perjalananyang jauh dalam jangka waktu yang singkat. c.. Mereka dapat melaksanakan tugas-tugas yang amat berat yang tidak dapat dilakukan oleh makhuk lain. d. Mereka amat patuh pada suruhan dan perintah Allah. Tidak sekali-kali engkar dan menderhaka kepada Allah. e..Mereka tidak makan, minum dan melakukan hubungan jenis. Jumlah para malaikat terlalu banyak dan tidak diketahui jumlahnya selain Allah yang amat mngetahui. Antara yang wajibh diketahui ialah :- a.. Malaikat Jibril – (جبريل) Dia ialah penghulu segala malaikat. Tugasnya menyampaikan Wahyu kepada para rasul dan nabi. b.. Malaikat Mikail – (ميكاءيل) Tugasnya ialah membahagikan rezeki kepada seluruh mahluk, sama ada manusia, haiwan, jin syaitan dan lai-lain. c.. Malaikat Izrail –( عزراءيل) Tugasnya ialah mengambil nyawa sekalian makhluk. Izrail juga dipanggil Malaikat Maut. d.. Malaikat Israfil- ( إسرافيل) Tugasnya ialah meniup sangkakala jikalau tiba masa hari Kiamat nanti. e.. Malaikat Raqib dan Atid –(رقيب دان عتيد) Kedua-dua malaikat ini bertugsa mencatat amalan baik dan jahat. Segala tingkah laku manusia tidak akan terlepas dari cacatan kedua-dua malaikiat ini. f.. Mungkar dan Nakir – منكر دان نكير)) Kedua-dua malaikat ini bertugas menyeksa dan Mengemukakan soalan-soalan kepada orang yang telah meninggal dunia di dalam kubur. Tidak ada seorang pun yang dapat melepaskan dirinya daripada kedua-dua malaikat ini walau di manapuan mereka mati. g..Malaikat Malik – (مالك) Tugasnya menjaga neraka. h..Malaikat Ridhwan –(رضوان) Tugasnya menjaga syurga. Selain daripada itu ada lagi tugas malaikat ini iaitu bertasbih dan memuji Allah, memikul Arsy, memberi salam kepada ahli syurga, menyiksa penghuni neraka, mendoakan para mukmin seperti firman Allah s.w.t. dalam Al-Quran Surah Ghafir ayat 7 – 9) yang bermaksud :- “Para malaikat yang memikul Arsy dan malaikat yang berada di sekelilingnya, bertasbih menuji Tuhannya dan beriman kepadaNya, serta mereka memohon ampun bagi orang yang beriman (dengan berdoa merayu): ‘Wahai Tuhan kami rahmatMu dan ilmuMu meliputi segala-galanya maka berilah keampunan kepada orang yang bertaubat serta menurut jalanMu dan peliharalah mereka dari azab neraka” “Wahai Tuhan kami dan masuklah mereka ke dalam syurga ‘Adn yang telah Engkau janjikan kepada mereka dan masuklah bersama-sama mereka orang yang layak di antara ibu bapa mereka dan isteri-isteri meraka serta keturunn mereka. Sesungyuhnya Engkaulah jua yang Maha Berkuasa lagi Maha Bijaksana.” “Dan peliharalah mereka dari (balasan) kejahatan-kejahatan yang dilakukannya dan sebenarnya sesiapa yang Engkau pelihara pada hari itu daripada terkena (balasan) kejahatan-kejahatan yang dilakukannya, maka sesungguhnya Engkau telah mengurniakan rahmat kepadanya, dan yang demikian itulah kemenangan yang besar nilainya.” (Surah Ghafir ayat 7 – 9) Di dalam satu hadis riwayat Imam Muslim yang bermaksud:- “Pada setiap pagi seseorang itu pasti disertai oleh dua malaikat yang berdoa. Ya Allah berilah kerosakan terhadap orang yang enggan membelanjakan hartanya untuk bersedekah,” sedangkan yang lainnya berdoa :”Ya Allah Berilah penggantian terhadap orang yang gemar membelanjakan hartanya kepada kebaikan.” Sebuah Hadis daripada Abu Umamah r.a. daripada Nabi s.a.w. sabdanya bermaksud: - ”Malaikat yang di sebelah kanan (yang menjadi penulis kebaikan) ialah ketua kepada yang sebelah kiri, maka apabila ’seseorang melakukan sesuatu kebaikan ditulis baginya kebaikan itu menjadi dengan sepuluh kebaikan yang tersebut, dan apabila dia melakukan sesuatu kejahatan, lalu malaikat yang di sebelah kiri hendak menulisnya, lalu malaikat disbelah kanan berkata: ”Tunggu dahulu”, lalu dia menunggu selama enam atau tujuh jam, maka jika orang itu beristighfar daripada perbuatan jahat itu tidaklah ditulis sesuatu apa pun, dan jika dia tidak meminta ampun kepada Allah barulah dituliskan baginya satu kejahatan sahaja.” (Hadis riwayat at-Tabrani ). Berdasarkan kepada hadis tersebut dapatlah disumpulkan bahawa tiap-tiap seorang manusia ada dua malaikat yang menulis segala amalannya. Dalam hadis ini juga diterangkan mengenai tugas malaikat Raqib dan Atid antaranya:- (1). Malaikat berada di kiri dan kanan setiap manusia. (2). Tiap-tiap satu kebajikan ditulis dengan sepuluh ganda kebaikan. (3). Malaikat disebelah kanan tugasnya menulis amalan kebaikan, manakala yang di sebelah kiri menulis amalan kejahatan. (4). Satu kebaikan ditulis dengan sepuluh kebajikan, dan satu kejahatan hanya ditulis dengan satu kejahatan sahaja. (5). Seseorang yang mengerjakan amalan jahat tidak ditulis kejahatan itu melainkan ditangguhkan selama enam hingg atujuh jam. Sekiranya dia beristighfar memohon ampun kepada Allah atas kejahatannya dalam tempoh tersebut, maka kejahatannya itu tidak ditulis oleh malaikat. Dalam hadis-hadis yang lain ada dinyatakan tugas-tugas malaikat antaranya ialah:- (1). Ditugaskan mencatatkan kedatangan orang Islam sembahyang Jumaat ke masjid. (2). Ditugaskan berdoa untuk orang yang mengajar perkara-perkara yang baik dan mengajar ehwal agama Islam. (3). Ditugaskan memberi penghormatan dan pahala kebaikan kepada penuntut-penuntut dan mereka yang hadir ceramah ilmu agama. (4). Ditugaskan mengucap Amin bagi doa seseorang yang memohon kebaikan untuk saudaranya dan juga sesama Islam. (5). Ditugaskan memberi ilham kepada manusia. (6). Ditugaskan melaknatkan orang yang mengacukan senjata yang bukan musuhnya. (7). Ada juga ditugaskan malaikat melaknati orang yang menyiksa binatang. (8). Malaikat juga ditugaskan melaknati orang-orang yang menghina sahabat-sahabat Nabi s.a.w., juga para ‘alim ‘ulama’ dan guru- guru agama. HIKMAH BERIMAN KEPADA MALAIKAT. (1). Apabila seseorang itu menyedari bahawa dia sentiasa diawasi oleh malaikat,maka dia akan sentiasa menjaga tingkah lakunya, sentiasa berkelakuan baik, menjaga tutur katanya walauapaun di mana dia berada. (3). Jika dia terlanjur melakukan sesuatu kesalahan dan kesilapan, dia akan segera insaf dan bertaubat kembali, tidak akan mengulangi lagi kesalahan tersebut, kerana menyedari setiap tutur katanya, gerak lakunya sama ada buruk atau baik akan tetap tidak terlepas daripada catatan Raqib dan Atid. (54)..Apabila seseorang itu mengetahui apabila dia mati, dia akan ditanya dan diseksa oleh malaikat di dalam kuburnya semasa hidup di dunia ini dia tiak mengerjakan apa yang disuruh dan menghindar apa yang dilarang Allah. Jadi apabila menyedari keadaan ini tentu dia akan sentiasa berhati-hati dan berjaga-jaga supaya suruhan Allah akan sentiasa dipatuhi dan dia selamata di alam kubur nanti. (Rujukan Nota Pengajian Usuluddin dari Universiti Malaya 2009 –dan Kitab Asas-Asas Fardhu’Ain tahun 2006) Sekian dahulu siaran penulis bagi kali ini, dan akan disambung seterusnya dalam tajuk ”Rukun Ketiga –Beriman Kepada Rasul dan Nabi” Sehingga itu diucapkan..... Wassala mualaikum warahmatullah hi wabarakatuh...! 7 Okt 2009. -----------------------------ooooooooooooooo-----------------------------

Kenduri di rumah Haj Hashim


Durian Lipan bara


Monday, 11 June 2012


Durian ini amat baik lagi terkenal, sebiji boleh makan sekeluarga. Tetapi harganya amat mahal iaitu RM 25.00 sebiji..




Mereka ini sedang menunaikan solat Traweh dalam bulan Ramadzan 2011 tahubn lalu.
Kelebihan Ramadhan  – Siaran  Ke  250.

Bulan Ramadhan merupakan penghulu segala bulan.  Dalam bulan Ramadhan diturunkan al-Quran.  Ia adalah bulan beribadah, bulan untuk mendekatkan diri kepada Allah, bulan Kebajikan dan Ihsan, bulan keampunan, rahmat dan keredaan-Nya.  Bulan Ramadhan mengandungi malam Lailatul-Qadar yang mertabatnya lebih baik daripada seribu bulan yang lain.

Orang Mukmin dalam bulan Ramadhan dapat membaiki urusan agamanya dan dunianya kerana dalam bulan Ramadhan terdapat masa di mana doa dimakbulkan.  Telah disebut dalam  al-Hadis Nabi s.a.w. tentang kelebihan bulan Ramadhan dan berpuasa dalamnya.  Antaranya ialah  bermaksud :-
”Kemuncak segala bulan ialah bulan Ramadhan dan kemuncak segala hari ialah hari Jumaat.”

”Jika hamba-hamba Allah mengetahui apa yang ada dalam bulan Ramadhan sudah tentu mereka bercita-cita supaya masa bulan Ramadhan berpanjangan selama setahun.”

At-Tabarani meriwayatkan Hadith riwayat Ubbudah bin al-Samit bahawa Rasulullah s.a.w. telah bersabda:
Bermaksud: ”Telah datang kepada kamu Ramadhan bulan membawa berkat, Allah menyelubungi kamu, lalu Ia menurunkan rahmat serta menghapuskan kesalahan-kesalahan. Allah s.w.t. memperkenankan  doa dalam bulan itu.  Allah juga melihat perlumbaan antara kamu dalam bulan Ramadhan dan menyampaikan kebanggaan-Nya terhadap kamu kepada para Malaikat, oleh itu herndaklah kamu membuktikan kebaikan kamu kepada-Nya.  Sesungguhnya orang yang celaka itu ialah orang yang dijauhkan atau diharamkan oleh Allah daripada mendapat rahmat-Nya”                 
   (At-Tabarani dari Ubbudah bin al-Samit)

”Apabila tiba bulan Ramadhan segala pintu syurga terbuka, pintu-pintu neraka tertutup dan semua syaitan terbelenggu.”
                       (Riwayat Muslim dari Abu Hurairah)

”Sembahyang lima waktu, Jumaat ke Jumaat, Ramadhan ke Ramadhan adalah penebusan dosa-dosa yang dilakukan di antara masa-masa tersebut selama mana dosa besar tidak dilakukan.”
”Semua amalan anak Adam  diganda balasan baik dengan 10 kali ganda hingga 70 kali ganda. Allah berfirman,
”Melainkan puasa kerana ibadah puasa adalah bagi-Ku.  Aku yang memberi balasannya. Seorang yang berpuasa meninggalkan keinginannya dan makanannya demi kerana-Ku. Bagi seorang yang menunaikan puasa ada dua kegembiraan.  Kegembiraan waktu berbuka dan kegembiraan di waktu menemui Tuhannya.  Demi sesungguhnya bau yang keluar dari mulut seorang yag berpuasa lebih baik di sisi Allah s.w.t. daripada bau kesturi.”
                 (Riwayat Muslim dari Abu Hurairah)

Riwayat Bukhari dan Muslim dari Abu Hurairah r.a. ”Sesiapa yang  berdiri (sembahyang) pada bulan Ramadhan dengan penuh iman dan istihsab, Allah mengampunkan dosanya yang telah lalu.”

”Sesiapa menghidupkan amalan-amalan Ramadhan dengan megerjakan sembahyang Tarawih atau sebagainya dengan zikir dan istighfar, membaca al-Quran, kerana menepati apa yang dijanjikan Allah s.w.t. dengan balasan serta menghitungkan balasan pahala di sisi Allah s.w.t. dengan hati yang ikhlas dalam keadaan tidak menyengutukan Allah dengan sesuatu, dia akan diampunkan segala dosanya kecuali yang berkenaan dengan hak anak Adam, kerana hak-hak itu tertakluk kepada tanggungan atau  kemaafan.      (Kitab Al-Muhadhdhab, Jil.1 hlm. 189)

”Ramadhan merupakan bulan kesabaran yang balasannya ialah syurga.  Ramadhan merupakan bulan bantu-membantu, bulan yang dijanjikan rezeki yang bertambah untuk orang  Mukmin.  Sesiapa yang memberi makan untuk orang berbuka puasa, amalannya membawa kepada keampunan bagi segala dosanya dan melepaskan dirinya daripada api neraka serta mendapat balasan pahala seperti pahala yang diperolehi oleh orang yang berpuasa tanpa ada sesuatu kekurangan.”
Para sahabat Rasulullah s.a.w. lantas bertanya. ” Ya Rasulullah s.a.w.! Tidakkah  semua kami ini boleh memberi makanan kepada orang yang berpuasa untuk berbuka?  Rasulullah s.a.w. menjawab ”Allah s.w.t. memberi pahala ini kepada orang yang memberi sebiji kurma atau minuman air atau susu campuran kepada orang yang berpuasa untuk berbuka puasa.”

Bulan Ramadhan, awalnya membawa rahmat, pertengahannya keampunan dan akhirnya pembebasan daripada api neraka.  Dalam bulan Ramadhan hendaklah  diperbanyakkan ermpat perkara:  dua perkara, kamu akan dapat mencari keredhaan Tuhanmu, manakla perkara lain kamu tidak dapat melepas akan peluang.  Dua perkara yang kamu dapat mencari keredhaan Tuhan ialah:
ucapan لاإله إلا الله serta kamu menuntut keampuna-Nya.  Manakala dua perkara yang kamu tidak dapat melepaskan peluang ialah kamu memasuki syurga daripada Allah s.w.t.  dan memohon perlindungan daripada neraka.  Sesiapa memberi minum kepada orang yang berpuasa, Allah akan membalas dengan memberi minuman yang menahan dahaga sehingga dia masuk syurga.                        
           (Kitab Fiqh & Perundangan Jilid 2 m.s. 640).

Sekian dahulu buat sementara waktu, dan akan menyusul lagi bahagian  ini seterusnya sedikit masa lagi,
Wassala mualaikum......!

                   ---------------------ooooooooooooo---------------------






Inilah dusun buah-buahan Hj Che Dan - April 2012

Buah durian di kebun Hj Che dan - Apri  l2012

Gambar kebun buah-buahan Hj.Chedan tahun 2012 )(April)

Friday, 8 June 2012

Menjadi Lelaki Soleh


Hj.Che Dan bin Ahmad



E-mail – hjdan@myjaring.net.

Blogger – http:// hjchedan.blogspot.com/

Atau juga – www.blogspot.com             
         MENJADI  LELAKI SOLEH

 
بِسْمِ اللهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْمِ.

أَوْأ مَنْ عَمِلَ سَيِّـءَـة فَلَايُجْزَى إِلَّامِثـْلَهَا.  وَمَنْ عَمِلَ صَلِحًا مِّنْ ذَكَر اَوْءُنْثـَى وَهوَمُؤْمِنٌ فَـأ وْلَـءِـكَ يـَدْ خـُلُونَ الْجَنـَّة يُرْزَقـُونَ فِيهَا

 بِغَيْرِ حِسَابٍ.  (المؤمين 40
Bermakasud

Barangsiapa mengerjakan perbuatan jahat, maka dia tidak akan dibalasi melainkan sebanding dengan kejahatan itu.  Dan barangsiapa mengerjakan amal yang soleh baik lelaki mahupun perempuan sedang ia dalam keadaan beriman, maka mereka akan masuk syurga, mereka diberi rezeki di dalamnya tanpa dihisab.  (Al-Mukmin: ayat 40)

                                                           
Lelaki Kepada Ibu Bapa Soleh Berbakti.

Di dalam Al-Quran surah Al-Isra’ ayat 23-25, Allah s.w.t. berfirman yang bermaksud:

”Dan Tuhanmu telah memerintahkan supaya kamu jangan menyembah selain Dia dan hendaklah kamu berbuat baik kepada ibu bapa dengan sebaik-baiknya.  Jika salah seorang di antara keduanya atau kedua-duanya sampai berumur lanjut dalam pemeliharaanmu, sekali-kali janganlah kamu mengatakan kepada keduanya perkataan ”uffhah” perkataan tidak baik dan janganlah kamu membentak mereka dan ucapkanlah kepada mereka perkataan yang mulia”

”Dan rendahkanlah dirimu terhadap mereka berdua dengan penuh kesayangan dan ucapkanlah: ”wahai Tuhanku, kasihkanlah mereka berdua, sebagaimana mereka berdua telah mendidik aku di waktuku kecil”


”Tuhanmu telah mengetahui apa yang ada dalam hatimu: Jika kamu orang-orang yang baik, sesungguhnya Dia Maha Pengampun bagi orang-orang yang bertauba

Pengertian Berbakti kepada dua Ibu Bapa.

Berbakti kerpada keduanya bererti mematuhi perintah mereka berdua.  Berdasarkan ini, jika keduanya atau salah seorang dari mereka menyuruh anak, mengerjakan amal ibadat, bertaqwa kepada Allah, membantu nereka dengan wang ringgit atau kerja-kerja yang bermanafaat, maka wajiblah mentaatinya apabila perintah itu bukan yang melakukan maksiat.  Meskipun apda aslnya suruhan itu bukan jenis mubah.

Ada sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Bukhari yang bermaksud:


”Tidaklah seorang muslim mempunyai ibu bapa yang muslim dan dia berbakti kepada keduanya, melainkan Allah membuka baginya dua pintu syurga. Jika seorang saja maka satu pintu. Dan apabila ia membuat marah salah seorang dari mereka, Allah tidak redha kepadanya sampai orang tua itu redha kepadanya.”


Kecintaan Pada Ibu.


Diriwyatkan dalam Hadis Sahih dari Abu Hurairah r.a., Ia berkata seorang lelaki datang kepada  Nabi s.a.w., lalu berkata: ”Siapakah orang yang paling berhak untuk mendapat perlakuan baik dariku?” Baginda menjawab ”Ibumu”.  Orang itu berkata: ”Kemudian siapa?” Baginda menjawab: ”Ibumu”. Orang itu berkata” Kemudian sipa?”  Baginda menjawab:”Ibumu”.  Orang itu berkata: ”Kemudian siapa?” Baginda menjawab ”Ayahmu”



Hadis  ini menunjukkan kecintaan dan kasih sayang kepada ibu harus tiga kali lipat dari kecintaan terhadap ayah.  Nabi s.a.w. menyebut tiga kali dan menyebut ayah hanya sekali saja.  Pengertian ini boleh dibuktikan dengan nyata, kerana ibulah yang mengalami kesulitan hamil, memeliharakan, menyusui dan mendidik. Inilah tiga hal yang tidak dirasakan oleh ayah.


Beriman dan Beramal Soleh.

Dalam al-Quran Surah Al-Ankabut ayat 9 Allah s.w.t. berfirman yang bermaksud:
”Dan orang-orang yang beriman serta berbuat amal soleh, nescaya mereka Kami masukkan di antara orang-orang yang  soleh.”

                                        (Al-Ankabut ayat 9)

Mendoakan Kepada Ibu bapa.


Anak harus mendoakan orang tuanya. Sebetulnya pahala boleh sampai dengan setiap amal soleh dari anak, baik ia mendoakannya ayahnya atau tidak, kerana Allah memberi pahala kepada setiap perbuatan hamba, baik usahanya sendiri secara langsung atau tidak langsung. Ketentuan merupakan dorongan bagi anak berdoa, agar bermanafaat bagi ayah dan ibunya dalam tiga segi.


Sebagaimana  penanam pohon dan mendiri tempat tempat pengenipan umum, misalnya akan mendapat pahala atas kekenyangan orang muslim yang memakannya dan ketenangannya, baik si pemakan dan si penginap, mendoakan kedua orang tuanya. Dalam sehari sekali, atau dalam sebulan, atau dalam setahun.  Anak hedakalah mendoakan ayah dan ibunya di akhir solat (di akhir setiap solat sesudah menbaca tasyahud.)


Memohon ampun Untuk Ibu dan Bapa.
Anak hendaklah memohon ampun kepada Allah s.w.t. bagi keuda ibu bapanya. Mengenai hal ini diriwayatkan dari Abi Hurairah, ia berkata, bersabda Rasulullah s.a.w yang bermaksud:

”Sesungguhnya ada orang yang dinaikkan darjat di syurga”  Ia berkata ”Wahai Tuhan dari mana aku boleh mencapai darjat ini?” Dijawab: ”dengan permohonan ampun bagimu oleh anak-anak mu.” 

        (HR Ahmad, Ibnu Majah dan Baih

Bila memohonkan rahmat bagi kedua orang tua dan memohon ampun bagi keduanya merupakan bakti kepada kedua orang tua sesudah meninggal termasuk bakti pula bersedekah bagi mereka.




Melunasi Hutang Ibu Bapa.


Diriwayatkan dari Ibnu Abbas, ia berkata seorang lelaki datang kepada Nabi s.a.w. dan bertanya, lalu baginda bersabda yang bermaksud:


”Ya Rasulullah, ibuku meninggal dan ia berhutang puasa sebulan. Apakah aku harus membayarkannya bagi ibuku?”  Baginda bersabda: ”Andaikata ibumu berhutang wang, apakah engkau harus membayarnya?”  Orang itu menjawab: ”Ya” Baginda bersabda: ”Hutang Allah lebih patut d
Begitu pula bakti kepada kedua orang tua adalah menunaikan ibadah haji sesudah mereka meninggal dunia.  Diriwayatkan dari Ibnu Abbas, seorang  wanita dari suku Jahaniah datang kepada Nabi s.a.w. dan bertanya, lalu baginda bersabda yang bermaksud:-



”Sesungguhnya ibuku bernazar untuk menunaikan haji, namun ia  tidak mengerjakan haji sampai mati. Apakah aku mengerjakan haji untuknya?”  Baginda bersabda: ”Kerjakanlah haji untuknya. Bagaimana kalau ibumu berhutang, bukankah engkau melunaskannay?”  bayarkanlah, kerana nazar itu lebih patut untuk dilunasi”

                                              (HR Bukhari)


Belaian Mesra
Firman Allah s.w.t. dalam Al-Quran  surah Al-Isra’ ayat 23 yang bermaksud:
”Jika salah seorang di antara keduanya atau kedua-duanya sampai berumur lanjut dalam pemeliharaan kamu, maka sekali-kali janganlah kamu mengatakan kepada keduanhya perkataan ”ah” dan janganlah kamu membentak mereka dan ucapkan- lah kepada mereka perkataan yang mulia. (Al-Isra’ ayat 23)


Masa pemeliharaan yang lama biasanya menyebabkan rasa berat, menimbulkan kebosanan dan kejemuan, sehingga kadang-kadang timbul kemarahan kepada kedua orang tua. Setidak-tidaknya menampakkan rasa jemunya dengan tarikan nafasnya yang berulang-ulang.  Allah s.w.t. menyuruh melayani kedua orang tua dengan perkataan yang mulia, bersih dari cela. Sekadar memandang kepada keduanya dengan marah juga dianggap derhaka.


Sebagaimana firman Allah s.w.t dalam Al-Quran surah Al-Ahqaf ayat 15 yang bermksud”

”Kami perintahkan kepada manusia supaya berbuat baik kepada dua orang ibu bapanya. Ibunya mengandungnya dengan susah payah dan nelahirkannya dengan susah payah. Mengandungnya sampai menyapihnya adalah tiga puluh bulan, sehingga apabila ia telah dewasa dan umurnya mencapai empat puluh tahun ia berdoa: ”Ya Tuhanku, tunjukilah aku untuk mensyukuri niknmat-Mu yang telah Engkau berikan kepadaku dan kepada ibu bapaku dan  supaya aku dapat berbuat amal solih yang Engkau redhai. Berilah kebaikan kepadaku dengan (memberi kebaikan) kepada anak-cucuku. Sesungguhnya aku bertaubat kepada Engkau dan sesungguhnya aku teemasuk orang-orang yang brserah diri.”

                                        (Al-Ahqaf ayat 15)
Lelaki Soleh Sebagai Suami
Agama Islam telah meangkat darjat seorang suami yang soleh dan isteri yang solehah. Suami soleh adalah seorang suami yang berpegang teguh dengan syariat Allah dalam kehidupannya iaitu:

a.   Suami soleh menunaikan kewajipan-kewajipan Allah, keluraga dan semua orang yang menjadi tanggungannya dengan semangat, penuh perhatin serta lapang dada.
b.  Suami soleh tidak tamak, tidak menuntut hak

lebih banyak dari yang semestinya, bahkan tolak ansur dengan kekurangan yang ada.  Ia tidak menyia-nyiakan kewajipan-kewajipannya, bahkan ia tunaikan sebelum menutut haknya.
c.   Suami soleh hendaklah membahagiakan isterinya, dengan berkeperibadian akhlak yang mulia.  Hendaklah suami soleh menghiasi dengan perangai-perangai orang soleh yang terpilih . Bersikap menyenangkan tatkala ia kembali dari tempat kerja atau dari perjalanan jauh.  Hendaklah menunjukkan wajah yang berseri bila bertemu isterinya dan berikan senyuman yang tulus ikhlas.


d.  Seorang suami bila berbicara dengan isnterinya hendaklah mnggunakan kata-kata yang baik dan ungkapan yang menarik. Hendaklah kalimat yang diucapkan diiringi dengan sikap yang menjadikan isteri merasa dirinya diambil perhatian. Hendaklah dengan lemah lembut dan jelas, mudah diterima. Jangan dengan cara memekik-mekik menjadikan isterinya merasa takut danbenci terhadapnya.


e.   Mendidik dengan akhlak yang mulia iaitu anak kecil perlu mendapatkan didikan nilai-nilai yang murni dari ibu bapa. Sebagai permulaannya  ibu bnapa perlu membuat contoh diri mereka dengan bderperangai yang  baik supaya mdenjadi contoh adan ikutan olah anak-anak. Jangan ada pergaduhan asesama ibubapa,jadikan rumah tangga sebagai taman syurga bagi mereka.


f.     Saling tolong  Menolong antara Suami Isteri

Seorang suami soleh yang baik dapat memberikan rasa senang kepada isteri dengan membantu melaksanakan tugas-tugasnya.  Alangkah indahnya saat-saat itu, saat suami ada dsi sisinya membantu menringankan beban dengan sikap tulus ikhlas. Kehidupan rumahtangga merupakan kerja sama suami isteri. Ada beberapa urusan yang menjadi tanggungjawab isteri.  Namun tidaklah dilarang suami turut membantu menunauikan tanggungjawab itu. Suami hendaklah membantu meringankan tanggungjawab isteri untuk sebagai mewujudkan kedamaian, ketenagan, perasaan, ceria suka cita dan beroleh kebahagian.

Firman Allah s.w.t. yang bermaksud :-

” Dan di antara tanda-tanda kekuasaan-Nya adalah Ia menciptakan untukmu isteri-isteri dari jenismu sendiri, supaya kamu cenderung dan merasa tenteram kepadanya dan dijadikan-Nya di antaramu rasa kasih dan sayang. Sesungguhnya pada yang demikian itu benar-benar terdapat tanda-tanbda bagi kaum yabng berfikir.”      (Ar-Rum ayat 21)


       ----------------------oooooooooooo------------------







Tunjukkan Jalan Yang Lurus


TUNJUKKANLAH  KE  JALAN  YANG  LURUS – SIARAN KE  44


Penulisan dalam Blog kali ini memang  agak sukar sedikit difahami sepintas lalu, ia agak berat sedikit yang sememangnya penulis menaikan tarafnya untuk kita memikirkan lebih mendalam  dan memerlukan  pemikiran sejenak untuk difahami.

Apakah yang dikatakan mata hati itu. ?

Jawapan.

Mata Hati berupaya melihat apa yang tidak dapat dilihat oleh kedua mata kasar, dengan menampakkan perkara-petrkara yang ghaib, terwujudlah keyakinan adanya yang ghaib itu di sisi Allah s.w.t.  Contohnya seperti berikut:

a.         Dosa

b.          Pahala

c.           Syurga

d.          Padang Mahsyar dan lan-lain.



Bagaimana pula yang diatakan Hati itu.?

Jawapan.

Hati merupakan segumpal daging warnanya hitam kemerahan di dalam tubuh manusia.  Pada zahirnya tiada kaitan langsung untuk mempengaryhi kehidpan manusia itu, digunakan perkataan hati menjadi perunpamaan mengusai kehidupan. Firman Allah s.w.t dalam Surah An-Nahl ayat 78:’

        وَاللهُ ا َخْرَجَكُمْ مِّنْ بُطُوْنِ ا ُمَّهَتِكُمْ لَاتَعْلـَمُوْنَ شَيْـءًـا.

       وَّجَعَلَ لـَكُمُ السًّمْعَ وَالْاَبْصَارَ وَالْاَفْـءِـدَة َ. لـَعَلـَّكُمْ

        تـَشْكـُرُوْنَ.  (178)

”Allah telah mengeluarkan kamu dari perut ibumu, sedang kamu tiada mengetahui sesuatu apapun; dan Dia adakan bagimu pendengaran, penglihatan dan hati, mudah-mudahan kamu berterima kasih kepada-Nya.”

(An-Nahl, ayat 78).

Bersabda Rasulullah s.a.w.:

ألا َ وَإ ِنَّ أ فـِى الـْجـَسَدُ مُضْعـَة ً إ ِذَا صَلـَحَـت ْصَلـَحَ  الـْجَسَدُ كـُلـُّهُ
وَإ ِذَا فـَسَد َتْ فـَسـَدُالـْجـَسـَدُ كـُلـُهُ أ َلا َ وَهـِىَ الـْقـَلـْب ُ.
       (رواه امام بخارى والمسلم)

Bermaksud;

  Ingatlah bahawa dalam jasad itu ada seketul daging, jika baik daging itu maka baiklah jasad itu.  Jika rosak daging tersebut maka rosaklah jasad itu. Daging tersebut ialah hati.


Apakah hati itu sama dengan yang dikatakan Roh itu.?


Jawapan.


Hati dan roah adalah berlainan sifatnya.  Hati tidak sama dengan yang dikatakan Roh itu. Kewujudan roh sebelum adanya hati, hati itu datang setelah manusia itu dilahirkan ke dunia, hilang bila manusia itu mati, manakala Roh tidak mati dan ia menempuh kehidupan di alam barzakh dan di alam akhirat.  Allah s.w.t. berfirman dalam Surah Al-Isra’ ayat 85:



وَيَسْـءَـلـُوْ نَكَ عَنِ الرُّوْحِ .  قـُلِ الرُّوْحِ مِنْ ا َمْرِ رّبِّىْ وَمَآ

 ا ُوْتِـيْـتـُمْ مَّنَ الـْعِلْمِ اِلاَّ قَلِيْلاً.

”Dan mereka bertanya kepadamu tentang roh, katakanlah Roh itu termasuk urusan Tuhanku dan tidaklah kamu diberi pengetahuan, melainkan sedikit”



Kesimpulannya: ” Allah telah memberikan ”sedikit” pengetahuan kepada manusia, maka yang sedikit itulah prerlu dikaji sebagai sumber ilmu untuk menguatkan iman bagi persediaan melalui jalan yang lurus, dengan keupayaan mengendalikan fungsi-fungsi Roh itu.


Apakah yang dikatakan fungsi-fungsi roh itu.?

Jawapan.

Pada kebiasaannya fungsi-fungsi roh itu disebut sebagai berikut:

a.       Akal

b.      Perasaan

c.       Fikiran

d.      Hati

e.       Nafsu.

Roh itu berkeadaan ghaib dan diyakini kewujudannya, tanpa roh bererti manusia itu mati.  Keyakinan ini adalah asas mula meyakinkan diri sebahagian daripada kepercayaan kepada Rukun Iman.



Kehidupan roh tidak seperti jasad, di mana ajalnya berakhir dari mana asalnya (tanah).  Roh pula meneruskan kehidupan di alam barzakh hingga kiamat untuk bertanggungjawab atas segala perbuatan semasa bersama jasad di atas muka bumi.  Firman Allah s.w.t. dalam Surah Thaha ayat 55 yang maksudnya:-

”...dari bumi (tanah) itulah kami menjadikan kamu dan kepadanya Kami akan mengembalikan kamu dan daripadanya Kami akan mengeluarkan kamu pada kali yang lain”



Roh apada asalnya bersih, terdedah pencermaran apabila bersatu dengan jasad, maka terpulanglah kepada fungsi-fgungsi roh untuk mengembalikan seperti keadaan semulajadi.



Maka peranan fungsi-fungsi roh itu adalah seperti berikut:-

      a.  Akal           sebagai  Penimbang.

      b.  Perasaan    sebagai  Perasa

     c.  Fikiran       sebagai  Penilai

     d.  Hati            sebagai Peminta dan peminta.

     e.  Nafsu         sebagai  Perangsang.



Oleh itu peranan manusia yang mempunyai fungsi-fungsi roh yang bak  adalah:

a.     Akal         - Memperseimbangkan fitrah manusia.

b.     Perasaan  - Mengutamakan kasih sayang dan tiada kelainan kepada 

                       yang lain.

c.  Fikiran    - Bertenaga untuk meneroka mencari kesempurnaan

                       hidup dunia dan akhirat.

d.  Hati        -  Berupaya melihat yang tersirat.



e.  Nafsu      - Merangsang menuju ke jalan yang lurus.



Firman Allah s.w.t. di dalam Surah At-Talaq ayat 11:-



وَمَنْ يُـؤْ مِنُ بـِاللهِ وَيَعْمـَلْ صَـلِحًـا يـُدْ خـِلْـهُ جـَنـَّت ٍ

تـجْر ِ مـنْ تـَحْـتـِهـَا الأ َنـْهـَرُ خـَلِدِينَ فِيهـَآ أ َبَدًا.

 قـَدْ أ َحْسـَن َ اللهُ لـَهُ رِزْقـًا. (11)



Barang siapa yang beriman kepada Allah dan beramal soleh, dimasukkan Allah kedalam syurga, yang mengalir air sungai di bawahnya, serta kekal mereka di dalamnya selama-lamanya.  Sugguh Allah memberi kebaikan rezeki untuk mereka

                                                                   (At-Thalaaq ayat 11)



Adapun yang akan terjadi kerpada manusia yang mempunyai fungsi-fungsi yang buruk itu pula ialah:-



              a.  Akal            - Menjadi gila  atau gila di dalam  waras.

                                        Tidak tetap pendirinnya.

             b.  Perasaan     -  Pemarah, garang dan tidak bertimbang rasa.

             c.  Fikiran        -  Sentiasa merancang kejahatan.

             d.  Hati            -   Menyukai keburukan.

             e.  Nafsu          -  Menuntut kepuasan tanpa batas.

Kesimpulannya:-



Firman Allah s.w.t. di dalam Surah  Asl-Syamsi ayat 9 dan 10 :-


      قـَد ْ أ َفـْلـَحَ مـَن ْزَكـَّهـَا (9(

      وَ قـَدْ خـَـاب َ مـَنْ دَ سـَّـهَـأ  )10(


Bermaksud;

 Sesungguhnya  berjayalah  orang-orang yang   menjadikan   dirinya  yang  bersih bertambah bersih dengan amal kebajikan  dan sesungguhnya hampalah orang yang  menjadikan dirinya yang sedia bersih itu susut dan terbenam kebersihannya dengan sebab kekotoran maksiat                                 

                                                                               (Al-Syamsyi ayat 9-10)



Bersabda Rasulullah s.a.w. yang bermaksud :-


”Akhlak yang buruk adalah dosa yang tidak terampuni, sedangkan persangkaan yang buruk pula adalah kesalahan yang  berbau busuk”

(H.R. Ath-Thabaraniy dalam Ash-Shagila dari Aisyah)


Untuk Renungan dan Pemikiran yang Merangsang ke Jalan yang Lurus.




Firman Allah dalam surah Al-Qasas ayat  77  yang bermaksud:

Dan carilah pada apa yang telah dianugerahkan Allah kepadamu (kebahagiaan) negeri akhirat, dan janganlah kamu melupakan bahagianmu dari dunia dan berbuat baiklah (kepada orang lain) sebagaimana Allah telah berbuat baik kepadamu, dan janganlah kamu berbuat kerosakan di bumi.

Hidup di dunia tidak lain, hanya kesukaan tipuan sahaja Firman Allah s.w.t.
di dalam Al-Quran Surah al-Hadid ayat 20  yang bermaksud:-


“Katakanlah: bahawa sesungguhnya hidup di dunia, hanya pergurauan, permainan, perhiasan, dan bermegah-megah antara kamu serta berlomba-lomba banyak pada harta-benda dan anak-anak. Umpama demikian itu seperti air hujan yang menakjubkan orang-orang kafir kerana tumbuh-tumbuhannya, kemudian ia menjadi kering , lalu engkau lihat dia menjadi kuning, kemudian menjadi lumat hancur. Dan di akhirat siksa yang keras, untuk orang-orang kafir, dan ampunan dan keredaan dari pada Allah untuk orang-orang mukmin. Hidup di dunia tidak lain, hanya kesukaan tipuan.”  (Surah Al-Hadid ayat 20).


Firman Allah s.w.t. di dalam Surah

إِنَّمَا الـْمُؤْ مِنُوْنَ الـَّذِيْنَ إِذَا ذُكـِرَ اللهُ وَجِلـَتْ قـُلـُوْ بُهُمْ وَاِذَا تـُلِيَتْ عَلـَيْهـِم ايَا تـُهُ زَادَتُهُمْ اِيْمَا نـًا وَعَلىَ رَبِّهـِمْ يَتـَوَكَّلـُوْنَ الـَّذِيْن يُقـِيْمُوْنَالصَّلَاةوَمِمَّارَزَقـْنَا هُمْ يـُنْفـِقـُوْن أ ُلـَءِـكَ هُمُ الـْمُؤْ مِنُوْنَ حَقـًّا لـَهُمْ دَرَجـَا تٌ عـِنـْدَ رَبِّهِمْ وَمَغـْفِرَةٌ وَرِزْقٌ كَرِيْمٌ. 

         Artinya: Hanyasanya orang-orang mukmin yang sempurna imannya itu adalah mereka yang apabila disebutkan nama Allah, menjadi takutlah hati mereka, dan apabila dibacakan atas mereka akan ayat-ayatNya, hal tersebut menjadikan iman mererka semakin bertambah-tambah, dan mereka yang mendirikan sembahyang, dan membelanjakan sebahagian dari pada yang Kami kurniakan rezeki kepada mereka.  Mereka itulah orang-orang yang sunggug-sungguh sempurna iman mereka. Bagi mereka itu darjat di sisi Tuhan mereka ampunan, dan rezeki yang mulia. ”
                                                                (Al-Anfal ayat  2-4)


Sekian dahulu penulis sampaikan dalam penulisan dalam Blog ini semoga akan dapat memberi , manafaat kepda pembaca Blog sekalian. Untuk itu penulis mengucapkan ribnuan tetimaksih kepada anda yang sudi mengikuti Siaran dalanm Blog ini, sehingga kita berjumpa lagi sedikit masa lagi…..

Wassala mualaikum warah matullah hi wabarakatuh.....Amin !!




                  --------------------------ooooooooooooo------------------------------












TAKUTKAN ALLAH




CHE  DAN  BIN AHMAD,
E-mail – hjdan@myjaring.net.
http://hjchedan.blogspot.com/



MASALAH AGAMA  – SIARAN  KE  72

Pendahuluan.
بِسْمِ اللهِ الــرَّحْمـَنِ الــرَّحـِيـْم ِ.

Segala pujian bagi Allah s.w.t. Tuhan yang mencipta segala kejadian. Selawat dan salam ke atas Junjungan Besar Nabi Muhammad s.a.w. serta keluarga dan sahabat-sahabatnya sekalian.

Penulis bersyukur kepada Allah s.w.t. kerana atas limpah kurnia Nya dapat penulis meneruskan penyampaian Siaran Blog ini sebagai sumbangan jariah penulis kepada masyarakat Islam di negara ini, setelah .

Masalah  211.

Apakah maksud dan faedahnya Khaup atau Khusyiyah .?


Jawapan.

Khaup atau Khusyiyah itu bererti takut, iaitu takutkan Allah yakni menjaga atau memelihara akan dirinya daripada barang yang dilarang oleh Tuhan supaya kita tidak melakukannya.

Maka faedahnya atau takutkan Tuhan itu ada empat perkara :-
a.     Dikurniakan baginya taufik (pertunjuk) yang memudahkan akan dia kepada berbuat taat akan suruhan Allah s.w.t.

b.     Dikurniakan baginya rahmat seperti Firman Allah s.w.t.:

              هـُدَى وَرَحْمَةً لـِلـَّذِيْنَ هُمْ لـِرَبِّهِمْ يَرْهَبُوْنَ.
              Artinya: “Pertunjuk dan rahmat bagi mereka yang takut bagi
             Tuhan mereka itu.”

      c.   Dikurniakan ilmu seperti Firman Allah s.w.t.:
   
 إِنَّمـَا يَخـْشَى اللهَ مِنْ عـِبــَادِهِ الـْعـُلمَاءُ.
    Ertinya: “Sesungguhnya yang takutkan Allah itu iaitu orang yang
   berilmu daripada hambanya (sekalian hambanya yang berilmu)”.

c.      Mendapat keredaan Tuhannya seperti Firman Alah sa.w.t. :

عَنْهُمْ وَرَضُوْا عـَنْهُ ذَلـِكَ لـِمَنْ خَشِيَ رَبـَّـهُ.
           
            Ertinya:  “Telah redha Allah daripada mereka itu dan redha
            mereka itu daripadanya yaitu mereka yang takut akan
           Tuhannya.”

     d.   Orang Mukmin yang sempurna imannya. Firman Asllah s.w.t. :-

 
إِنَّمَا الـْمُؤْ مِنُوْنَ الـَّذِيْنَ إِذَا ذُكـِرَ اللهُ وَجِلـَتْ قـُلـُوْ بُهُمْ وَاِذَا تـُلِيَتْ

عَلـَيْهـِمْ ايَا تـُهُ زَادَتُهُمْ اِيْمَا نـًا وَعَلىَ رَبِّهـِمْ يَتـَوَكَّلـُوْنَ.  الـَّذِيْنَ

    يُقـِيْمُوْنَ الصَّلَاةَ وَمِمَّا رَزَقـْنَا هُمْ يـُنْفـِقـُوْنَ.  أ ُلـَءِـكَ هُمُ الـْمُؤْ

مِنُوْنَ حَقـًّا لـَهُمْ دَرَجـَا تٌ عـِنـْدَ رَبِّهِمْ وَمَغـْفِرَةٌ وَرِزْقٌ كَرِيْمٌ.

             Ertinya: Hanya sanya orang-orang mukmin yang sempurna imannya itu adalah mereka yang apabila disebutkan nama Allah, menjadi takutlah hati mereka, dan apabila dibacakan atas mereka akan ayat-ayat Nya, hal tersebut menjadikan iman mereka semakin bertambah-tambah dan mulia.
Iman mereka semakin bertambah-tambah, dan mereka yang mendirikan sembahyang, dan membelanjakan sebahagian dari pada yang Kami kurniakan rezeki kepada mereka.  Mereka itulah orang-orang yang sungguh-sungguh sempurna iman mereka. Bagi mereka itu darjat di sisi Tuhan mereka ampunan, dan rezeki yang mulia.
                                                                       (Al-Anfal ayat 2-4)

(Rujukan: Kitab Suluh Agama Islam, terbitan The United Press, Pulau Pinang  m.s 319, tahun 1965.)
Sekian dahulu dalam bab ini, dan akan disambung semula dalam masa terdekat nanti.

Wassala mualaikum.......




---------------------------------oooooooooooo-------------------------------------