CHE DAN
BIN AHMAD,
http://hjchedan.blogspot.com/
MASALAH AGAMA
– SIARAN KE 72
Pendahuluan.
بِسْمِ اللهِ الــرَّحْمـَنِ
الــرَّحـِيـْم ِ.
Segala pujian bagi Allah s.w.t. Tuhan yang mencipta segala
kejadian. Selawat dan salam ke atas Junjungan Besar Nabi Muhammad
s.a.w. serta keluarga dan sahabat-sahabatnya sekalian.
Penulis
bersyukur kepada Allah s.w.t. kerana atas limpah kurnia Nya dapat penulis
meneruskan penyampaian Siaran Blog ini sebagai sumbangan jariah penulis kepada
masyarakat Islam di negara ini, setelah .
Masalah 211.
Apakah maksud dan faedahnya
Khaup atau Khusyiyah .?
Jawapan.
Khaup atau Khusyiyah itu bererti takut, iaitu takutkan Allah
yakni menjaga atau memelihara akan dirinya daripada barang yang dilarang oleh
Tuhan supaya kita tidak melakukannya.
Maka faedahnya atau takutkan
Tuhan itu ada empat perkara :-
a.
Dikurniakan
baginya taufik (pertunjuk) yang memudahkan akan dia kepada berbuat taat akan
suruhan Allah s.w.t.
b. Dikurniakan
baginya rahmat seperti Firman Allah s.w.t.:
هـُدَى وَرَحْمَةً لـِلـَّذِيْنَ هُمْ
لـِرَبِّهِمْ يَرْهَبُوْنَ.
Artinya: “Pertunjuk dan rahmat bagi mereka yang takut bagi
Tuhan mereka itu.”
c.
Dikurniakan ilmu seperti Firman Allah s.w.t.:
إِنَّمـَا يَخـْشَى اللهَ مِنْ عـِبــَادِهِ
الـْعـُلمَاءُ.
Ertinya: “Sesungguhnya
yang takutkan Allah itu iaitu orang yang
berilmu daripada hambanya (sekalian hambanya
yang berilmu)”.
c.
Mendapat
keredaan Tuhannya seperti Firman Alah sa.w.t. :
عَنْهُمْ وَرَضُوْا
عـَنْهُ ذَلـِكَ لـِمَنْ خَشِيَ رَبـَّـهُ.
Ertinya:
“Telah redha Allah daripada mereka itu dan redha
mereka itu
daripadanya yaitu mereka yang takut akan
Tuhannya.”
d.
Orang Mukmin yang sempurna imannya. Firman Asllah s.w.t. :-
إِنَّمَا
الـْمُؤْ مِنُوْنَ الـَّذِيْنَ إِذَا ذُكـِرَ اللهُ وَجِلـَتْ قـُلـُوْ بُهُمْ
وَاِذَا تـُلِيَتْ
عَلـَيْهـِمْ
ايَا تـُهُ زَادَتُهُمْ اِيْمَا نـًا وَعَلىَ رَبِّهـِمْ يَتـَوَكَّلـُوْنَ. الـَّذِيْنَ
يُقـِيْمُوْنَ الصَّلَاةَ وَمِمَّا رَزَقـْنَا هُمْ
يـُنْفـِقـُوْنَ.
أ ُلـَءِـكَ هُمُ الـْمُؤْ
مِنُوْنَ حَقـًّا
لـَهُمْ دَرَجـَا تٌ عـِنـْدَ رَبِّهِمْ وَمَغـْفِرَةٌ وَرِزْقٌ كَرِيْمٌ.
•
Ertinya: Hanya sanya orang-orang mukmin
yang sempurna imannya itu adalah mereka yang apabila disebutkan nama Allah,
menjadi takutlah hati mereka, dan apabila dibacakan atas mereka akan ayat-ayat Nya,
hal tersebut menjadikan iman mereka semakin bertambah-tambah dan mulia.
Iman mereka semakin bertambah-tambah,
dan mereka yang mendirikan sembahyang, dan membelanjakan sebahagian dari pada
yang Kami kurniakan rezeki kepada mereka.
Mereka itulah orang-orang yang sungguh-sungguh sempurna
iman mereka. Bagi mereka itu darjat di sisi Tuhan mereka ampunan,
dan rezeki yang mulia.
(Al-Anfal ayat 2-4)
(Rujukan: Kitab
Suluh Agama Islam, terbitan The United Press, Pulau Pinang m.s 319, tahun 1965.)
Sekian dahulu
dalam bab ini, dan akan disambung semula dalam masa terdekat nanti.
Wassala
mualaikum.......
---------------------------------oooooooooooo-------------------------------------
No comments:
Post a Comment