Tuesday, 12 June 2012
Rukun Iman yang Ke 2 RUKUN IMAN KEDUA –BERIMAN KEPADA MALAIKAT. Malaikat ialah makhluk halus yang dicipta oleh Allah. Mereka ini ialah makhluk di alam ghaib. Makhluk yang tidak dapat dilihat, didengar, diraba, dicium, dan dirasa. Mereka hidup dalam suatu alam yang berbeza dengan kehidupan alam semesta yang kita saksikan ini. Mereka ialah malaikat yang taat, patuh dan sentiasa beribadat menjalankan perintah Allah. Firman Allah s.w.t. :- بَلْ عِبَادٌمُّكْرَمُونَ (26) للآيَسْبِقـُونَهُ بِالـْقـَوْلِ وَهُمْ بِأ َ مْرِهِ يَعْمَلـُونَ (27) “Bahkan malaikat itu adalah hamba Allah yang dimuliakan, mereka tidak pernah mendahului-Nya dengan perkataan dan mereka bertindak atas perintah-Nya. (Surah Al-Ambiya ayat 26-27). Antara lain sifat-sifat istimewa malaikat ialah :- a..Mereka dapat menyerupai makhluk lain yang berubah menurut kehendaknya setelah mendapat keizinan Allah. b..Mereka dapat melalui perjalananyang jauh dalam jangka waktu yang singkat. c.. Mereka dapat melaksanakan tugas-tugas yang amat berat yang tidak dapat dilakukan oleh makhuk lain. d. Mereka amat patuh pada suruhan dan perintah Allah. Tidak sekali-kali engkar dan menderhaka kepada Allah. e..Mereka tidak makan, minum dan melakukan hubungan jenis. Jumlah para malaikat terlalu banyak dan tidak diketahui jumlahnya selain Allah yang amat mngetahui. Antara yang wajibh diketahui ialah :- a.. Malaikat Jibril – (جبريل) Dia ialah penghulu segala malaikat. Tugasnya menyampaikan Wahyu kepada para rasul dan nabi. b.. Malaikat Mikail – (ميكاءيل) Tugasnya ialah membahagikan rezeki kepada seluruh mahluk, sama ada manusia, haiwan, jin syaitan dan lai-lain. c.. Malaikat Izrail –( عزراءيل) Tugasnya ialah mengambil nyawa sekalian makhluk. Izrail juga dipanggil Malaikat Maut. d.. Malaikat Israfil- ( إسرافيل) Tugasnya ialah meniup sangkakala jikalau tiba masa hari Kiamat nanti. e.. Malaikat Raqib dan Atid –(رقيب دان عتيد) Kedua-dua malaikat ini bertugsa mencatat amalan baik dan jahat. Segala tingkah laku manusia tidak akan terlepas dari cacatan kedua-dua malaikiat ini. f.. Mungkar dan Nakir – منكر دان نكير)) Kedua-dua malaikat ini bertugas menyeksa dan Mengemukakan soalan-soalan kepada orang yang telah meninggal dunia di dalam kubur. Tidak ada seorang pun yang dapat melepaskan dirinya daripada kedua-dua malaikat ini walau di manapuan mereka mati. g..Malaikat Malik – (مالك) Tugasnya menjaga neraka. h..Malaikat Ridhwan –(رضوان) Tugasnya menjaga syurga. Selain daripada itu ada lagi tugas malaikat ini iaitu bertasbih dan memuji Allah, memikul Arsy, memberi salam kepada ahli syurga, menyiksa penghuni neraka, mendoakan para mukmin seperti firman Allah s.w.t. dalam Al-Quran Surah Ghafir ayat 7 – 9) yang bermaksud :- “Para malaikat yang memikul Arsy dan malaikat yang berada di sekelilingnya, bertasbih menuji Tuhannya dan beriman kepadaNya, serta mereka memohon ampun bagi orang yang beriman (dengan berdoa merayu): ‘Wahai Tuhan kami rahmatMu dan ilmuMu meliputi segala-galanya maka berilah keampunan kepada orang yang bertaubat serta menurut jalanMu dan peliharalah mereka dari azab neraka” “Wahai Tuhan kami dan masuklah mereka ke dalam syurga ‘Adn yang telah Engkau janjikan kepada mereka dan masuklah bersama-sama mereka orang yang layak di antara ibu bapa mereka dan isteri-isteri meraka serta keturunn mereka. Sesungyuhnya Engkaulah jua yang Maha Berkuasa lagi Maha Bijaksana.” “Dan peliharalah mereka dari (balasan) kejahatan-kejahatan yang dilakukannya dan sebenarnya sesiapa yang Engkau pelihara pada hari itu daripada terkena (balasan) kejahatan-kejahatan yang dilakukannya, maka sesungguhnya Engkau telah mengurniakan rahmat kepadanya, dan yang demikian itulah kemenangan yang besar nilainya.” (Surah Ghafir ayat 7 – 9) Di dalam satu hadis riwayat Imam Muslim yang bermaksud:- “Pada setiap pagi seseorang itu pasti disertai oleh dua malaikat yang berdoa. Ya Allah berilah kerosakan terhadap orang yang enggan membelanjakan hartanya untuk bersedekah,” sedangkan yang lainnya berdoa :”Ya Allah Berilah penggantian terhadap orang yang gemar membelanjakan hartanya kepada kebaikan.” Sebuah Hadis daripada Abu Umamah r.a. daripada Nabi s.a.w. sabdanya bermaksud: - ”Malaikat yang di sebelah kanan (yang menjadi penulis kebaikan) ialah ketua kepada yang sebelah kiri, maka apabila ’seseorang melakukan sesuatu kebaikan ditulis baginya kebaikan itu menjadi dengan sepuluh kebaikan yang tersebut, dan apabila dia melakukan sesuatu kejahatan, lalu malaikat yang di sebelah kiri hendak menulisnya, lalu malaikat disbelah kanan berkata: ”Tunggu dahulu”, lalu dia menunggu selama enam atau tujuh jam, maka jika orang itu beristighfar daripada perbuatan jahat itu tidaklah ditulis sesuatu apa pun, dan jika dia tidak meminta ampun kepada Allah barulah dituliskan baginya satu kejahatan sahaja.” (Hadis riwayat at-Tabrani ). Berdasarkan kepada hadis tersebut dapatlah disumpulkan bahawa tiap-tiap seorang manusia ada dua malaikat yang menulis segala amalannya. Dalam hadis ini juga diterangkan mengenai tugas malaikat Raqib dan Atid antaranya:- (1). Malaikat berada di kiri dan kanan setiap manusia. (2). Tiap-tiap satu kebajikan ditulis dengan sepuluh ganda kebaikan. (3). Malaikat disebelah kanan tugasnya menulis amalan kebaikan, manakala yang di sebelah kiri menulis amalan kejahatan. (4). Satu kebaikan ditulis dengan sepuluh kebajikan, dan satu kejahatan hanya ditulis dengan satu kejahatan sahaja. (5). Seseorang yang mengerjakan amalan jahat tidak ditulis kejahatan itu melainkan ditangguhkan selama enam hingg atujuh jam. Sekiranya dia beristighfar memohon ampun kepada Allah atas kejahatannya dalam tempoh tersebut, maka kejahatannya itu tidak ditulis oleh malaikat. Dalam hadis-hadis yang lain ada dinyatakan tugas-tugas malaikat antaranya ialah:- (1). Ditugaskan mencatatkan kedatangan orang Islam sembahyang Jumaat ke masjid. (2). Ditugaskan berdoa untuk orang yang mengajar perkara-perkara yang baik dan mengajar ehwal agama Islam. (3). Ditugaskan memberi penghormatan dan pahala kebaikan kepada penuntut-penuntut dan mereka yang hadir ceramah ilmu agama. (4). Ditugaskan mengucap Amin bagi doa seseorang yang memohon kebaikan untuk saudaranya dan juga sesama Islam. (5). Ditugaskan memberi ilham kepada manusia. (6). Ditugaskan melaknatkan orang yang mengacukan senjata yang bukan musuhnya. (7). Ada juga ditugaskan malaikat melaknati orang yang menyiksa binatang. (8). Malaikat juga ditugaskan melaknati orang-orang yang menghina sahabat-sahabat Nabi s.a.w., juga para ‘alim ‘ulama’ dan guru- guru agama. HIKMAH BERIMAN KEPADA MALAIKAT. (1). Apabila seseorang itu menyedari bahawa dia sentiasa diawasi oleh malaikat,maka dia akan sentiasa menjaga tingkah lakunya, sentiasa berkelakuan baik, menjaga tutur katanya walauapaun di mana dia berada. (3). Jika dia terlanjur melakukan sesuatu kesalahan dan kesilapan, dia akan segera insaf dan bertaubat kembali, tidak akan mengulangi lagi kesalahan tersebut, kerana menyedari setiap tutur katanya, gerak lakunya sama ada buruk atau baik akan tetap tidak terlepas daripada catatan Raqib dan Atid. (54)..Apabila seseorang itu mengetahui apabila dia mati, dia akan ditanya dan diseksa oleh malaikat di dalam kuburnya semasa hidup di dunia ini dia tiak mengerjakan apa yang disuruh dan menghindar apa yang dilarang Allah. Jadi apabila menyedari keadaan ini tentu dia akan sentiasa berhati-hati dan berjaga-jaga supaya suruhan Allah akan sentiasa dipatuhi dan dia selamata di alam kubur nanti. (Rujukan Nota Pengajian Usuluddin dari Universiti Malaya 2009 –dan Kitab Asas-Asas Fardhu’Ain tahun 2006) Sekian dahulu siaran penulis bagi kali ini, dan akan disambung seterusnya dalam tajuk ”Rukun Ketiga –Beriman Kepada Rasul dan Nabi” Sehingga itu diucapkan..... Wassala mualaikum warahmatullah hi wabarakatuh...! 7 Okt 2009. -----------------------------ooooooooooooooo-----------------------------
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment