Mengasihi Rasulullah saw.
Kasih dan cinta Rasulullah saw adalah suatu kemestian dalam kehidupan
seorang Muslim. Setiap Muslim mesti berbuat sedemikian kerana Baginda adalah
orang yang paling berjasa di dalam memimbing dan memberi tunjuk ajar kepada
manusia sejagatnya.Tanpa bimbingan dan tunjuk ajar daripada Rasulullah saw
sudah tentu manusia berada dalam kegelapan dan kesesatan.
Perjuangan Rasulullah saw
menyelamatan umat daripada kesesatan ternyata amat berkesan. Kedaan perjuangan Baginda dapat dinikmati
oloeh umat dahulu, sekarang dan akan
datang. Sewaktu memperjuangkan dakwah
dan kebenaran, Baginda bertubi-tubi menerima cabaran dan dugaan. Cabaran itu
dilalui oleh Baginda dengan begitu gigih untuk mengharap keredaan Allah swt
disamping sayang kepada ummah.
Cinta dan kasih kepada Baginda
mesti direalisasikan melalui perlaku kehidudan harian . Di antara cara hidup Rasulullah saw yang
perlu diamalkan oleh setiap Muslim adalah seperti berikut:
a.
Sentiasa
bersifat benar, amanah, menyampaikan perintah Allah swt, dan bijaksana. Inilah
sifat yang dimiliki olerh Rasulullah saw.
Sifat ini jugalah yang membawa kecermerlangan umat Islam generasi
pertama dahulu.
b.
Sentiasa
menunjukkan rasa hormat kerpada teman.
c.
Rajin melawat
orang sakit.
d.
Mengutamakan
hal-hal kematian.
e.
Sentyasa
terlibat mengurus jenazah
f.
Sentiasa
terlibat dengan usaha murni seperti menghantar mayat hingga ke kubu.
g.
Sentiasa
menunjukkan sikap kasih sayang dan menghargai anak-anak yatim, Fakitr miskin
dan orang miskin yang memerlukankna bantuan.
h.
Sentiasa berbuat
baik kepada kaum kreluarga.
i.
Berkasih sayang
kepada isterti dan anak-anak.
j.
Sentiasa
menghubungkan silaturrahim, berbuat baik
terhadap jiran tetangga.
k.
Sentiasa berbuat
baik kepada teman sejati.
l.
Sentiasa
mengamalkan sifat pemurah, pemaaf, penyayang, penyantun dan peramah.
m. Sentiasa mengamalkan sifat terpuji seperti tolong-menolong
dan melakukan kebaikan.
n.
Sentiasa
mengucapkan tahniah kepada teman yang berjaya.
o.
Sentiasa mengucap takziah krepada teman yang
mendapat musibah.
p.
Sentiasa
bersedia untuk bertaubat terhadap kesalahan
dan dosa-dosa yang dilakukan.
q.
Sentiasa akur kepada
larangan-larangan Rasulullah saw seperti menjauhkan diri dari pada bercakap
bohong, khianat, dengki, buruk sangka, mencaci maki, malas, lemah, bakhil,
penegcut dan sebagainya.
r.
Sentiasa
menyebut dan mengingati Baginda pada
setiap tempat dan masa.
s.
Sentiasa
mengenali dan memahami sejarah dan perjuangan Baginda sekadar yang termampu.
t.
Sentiasa
berusaha menyebar risalah yang dibawa oleh Rasulullah saw sepanjang hayat.
Justeru itu maka insan akan
menjadi lebih teratur apabila mereka mengamalkan perkara-perkara yang dilakukan
oleh Rasulullah saw.
Kesimpulannya kita hendaklah sedar dewasa ini sesunghyunya
aruas pembangunan yang kian laju dan amat mencabar perjalanan kerhidupan umat
manusia terutama golongan rermaja, dalam mengerj kemajuan dan kecermerlangan
hidup, akhlak yang mulia merupakan perkara utama yang akan menjadi benteng pertahanan
yang kukuh kepada manusia untuk menghadapi ancaman keruntuhan akhlak, kersan
daripada pembangunan urbanisasi, industrialisasi dan medenasasi semasa.
Sekian dahulu, semoga anda dapat
menafaat dengan penulisan dalam Blog ini
dan akan menjadi manusia yang
berbahagia, yang beroleh kecermerlangan dalam kehidupan seharian. Amin.....
Wssala mualai kum.......
No comments:
Post a Comment