Friday, 8 June 2012

Hendaklah kamu Bersyukur pada Allah Taala

Mereka mengadakan majlis kesyukuran di atas kurniaan Allah.
Hendaklah kamu Bersyukur pada Allah Taala

العقبة السا بعة وهى عقبة الحمد والشكر-  (19)Bab
Bermula Uqbat yang ketujuh dan iaitu uqbat Al Hamdu wa Alsyukur, kemudian lazim atas mu Allah Taala telah memberi taufiq akan kamu dan  kami dengan baik taufiqnya kemudian daripada memutuskan   Dia segala uqbat dan dapat dengan maksud daripada ibadat yang sejahtera daripada kebinasaan dengan kepujian. Kita  syukur  AllahTaala atas nikmat yang amat besar dan pangkatan yang mulia-mulia.
Dan sesungguhnya dilazimkan atas mu yang demikian itu bagi dua perkara. Pertama kerana mengekalkan nikmat keduanya supaya hasil bertambah maka adapun di kekalkan nikmat maka kerana syukur itu menambatkan nikmat dengan dia dan meninggalkan dia dan dengan meninggalkan dia di hilangkan dan dipalingkan daripadanya. FirmanAllah Taala :
إن الله لا يغير ما بقوم حتى يغيروا ما بـأنفسهم.
Maksudnya: Bahawasanya Allah Taala tiada mengubah akan barang yang diberikan dengan satu kaum hingga kaum itu mengubah  barang yang diberi dengan diri mereka itu
Dan lagi firmanya:
ضرب الله مثلا قرية كانت آمنة مطمـءـنة يأتيها رزقها رغدا من كل مكان فكفرت بأنعم الله فأذا قها الله لباس الخوف بما كانوا يصنعون.
Maksudnya” Telah membendung Allah Taala akan apa bandingan satu dusun adalah ia sentiasa dan kesenangan mendatangkan dia rezekinya amat banyak daripada tiap-tiap tempat, maka kufur ia dengan beberapa nikmat Allah Taala maka menderhaka dia Allah Taala pakaian lapar dan takut dengan barang yang ada mereka itu mengerjakan oleh mereka itu.
Dan lagi firman Allah Taala:
ما يفعل الله بعذابكم ان شكرتم وآنتم.
Maksudnya : Tiada memperbuat Allah Taala dengan menyiksakan kamu jika syukur kamu dan percaya kamu” Dan lagi sabda Nabi SAW bahawasanya bagi nikmat itu liar seperti liar binatang hutan maka tambat oleh kamu akan dia dengan syukur.  Adapun hasil bertambah itu maka tatkala adalah syukur itu menambatkan nikmat maka iaitu buah bertambah. Firman Allah Taala lagi :
لـءـن شكرتم لأزيدنكم.
Maksudnya:” Dan jika syukur kamu nescaya ditambah bagi kamu”
Dan lagi firman Nya:
والذين اهتدوازادهم هدى.
MaksudnyaL:”Mereka yang dapat petunjuk ditambah akan mereka itu petunjuknya”  Dan lagi firman Alah Taala:
والذين جاهدوا فينا لنهدينهم سبلنا.
Bermaksud:  Bermula mereka yang bersungguh-sungguh pada Kami sanya Kami tunjukkan mereka itu jalan Kami maka  syed yang hakim itu apabila dilihat akan hambasaya telah mendirikan dengan hak nikmat dirinya atas dengan yang lain kerana melihat ia akan dia itu ahli bagi yang demikian itu dan jikalau tiada mendirikan dengan hak nikmat dirinya  atas dengan  yang lainnya kerana melihat ia akan dia itu ahli bagi yang  demikian itu dan jikalau tiada yakin dilihat ia bukan ahlinya maka  diputuskan yang demikian itu daripadanya.
Bahawasanya nikmat itu terbahagi ia dua bahagi iaitu dunia dan agama maka yang dunia itu terbahagi atas dua bahagi nikmat menafaat dan nikmat menolak mudarat maka nikmat manfaat itu jika  diberi akan daku masaleh yakni patut dan menapang dan iaitu dua bahagi pertama disamakan kejadian di dalam sejahteranya dan afiatnya dan lazat syahawat keinginannya dari makanan dan minuman dan pakaian dan berkahwin dan lainnya daripada faedahnya dan nikmat menolakkan bahawa dipalingkan daripada engkau segala membinasakan dan mudarat dan iaitu dua bahagi, pertama  pada diri dengan bahawa sejahtera akan dikau Allah Taala daripada ghuplah dan segala kebinasaan dan penyakitnya dan kedua menolakkan barang yang menghubungkan dikau dengan dia daripada bagi yang menegahkan atau menyehajakan akan dikau dengan kejahatan daripada manusia dan jin atau binatang atau yang melata pada bumi atau umpamanya.
Adapun nikmat agama maka terbahagi atas dua bahagi nikmat taupik dan nikmat pelihara daripada maksiat maka nikmat taufik bahawa diberi kuasa engkau atas mengerjakan pertamanya bagi Islam kemudian dijatuhkan atas sunat kemudian diberi bagi taat dan nikmat  asmahu yakni pelihara itu bahawa dipelihara akan dikau oleh Nya daripada kufur dan syarad kemudian daripada bid’ah dan sesat kemudian segala bagi maksiat dan kenyataannya yang demikian itu tiada dapat di hingga akan dia melainkan kepada orang yang ‘alim yang memberi nikmat atas mu yakni tiada dapat mentafsilkan melainkan Allah s.w.t. seperti firman Allah taala
وإنتعدوا نعمة الله لا تحصوها.
Dan jikalau kamu hendak membilang akan nikmatr Allah tiada dapat  menghingga akan dia  dan jika dikekalkan segala nikmat ini kemudian  daripada diberi atas mu dengan dia dan dilebihkan atasnya daripada tiap-tiap bab yakni jalan adalah barang yang tiada menghingga akan dia oleh mu kamu dan sekaliannya itu bergantung dengan perkara yang satu dan iaitu syukur Al Hamdulillah dan bahawasanya satu daripada perkara ini adalah ia baginya harga ini dan adalah yang lain padanya tiap-tiap faedah maka tatkala ada pekerjaannya demikian itu sebenar  bahawa engkau berpegang dengan dia daripada ketiadaan melalaikan dengan suatu kelakuannya maka bahawasanya ia permata yang banyak harganya dan kimiya yakni orang yang pandai berbuat emas atau ubat emas yang sangat mulia bermula Allah Taala itu wali al taufiq bifadlahu waminhu.





Kita harus bersyukur di atas pemberian Allah Taala dengan makanan yang mewah masa ini. 
(Maka jika engkau kata) maka apa hakikat Alhamdu Wasyukur dan makna keduanya dan hukum keduanya maka ketahui oleh mu bahawasanya ulama’ menceraikan mereka itu antara Al Hamndulillah  dan Syukur pada ketika berhimpun maka bahawasanya puji Al Hamdu itu rupa tasbih dan tahlil maka adalah ia daripada amal yang zahir dan syukur itu daripada rupa sabar dan tafuwyid yakni menyerah diri maka adalah ia daripada amal batin dan kerana  syukur berbetulan yakni lawannya  kufur dan Al Hamdu berbetulan lawannya cerca dan kerana bahawasanya Alhamdu itu terlebih umum  dan terlebih banyak bermula syukur sedikit afradnya dan kurang ifradbya seperti firman Allah Taala (وقليل من عبادى الشكور)  dan sedikit daripada hamba ku yang syukur maka sabitlah bahawasanya keduanya dari makna yang berlainan kemudian maka yakni Alhamdu itu sana’ yakni farj atas seorang dengan sebab perbuatannya yang elok dan inilah kata Syikh kami Rahmatullah Taala.
Dan adapun syukur – maka berkata mereka itu pada  maknanya dan banyak perkataan padanya (dan daripada  Ibn Abbas r.a.) bahawasanya berkata ia bermula syukur itu mengerjakan taat dengan segala  angguta  bagi Tuhan segala makhluk dan  niat  dan  kepadanya di jalan segala Syaikh kami maka berkata ia bermula syukur itu iaitu menunaikan taat yang  zahir dan batin kemudian kembali pula ia kepada bahawasanya di dalam menjauhkan segala maksiat yang zahir dan batin (dan kata orang lainnya) bermula syukur itu iaitu menjauhkan daripada segala  maksiat yang ditegah Allah Taala dan pelihara akan hati mu lidah mu dan segala angguta mu hingga tiada mengerjakan ia akan maksiat Allahg Azawajal dengan suatu daripada ini angguta  yang tiga dengan satu jalan daripada jalannya dan perceraian antara kata dua kaul ini kata yang pertama bahawasanya  dijadikan memelihara akan daripada  maksiat itu makna yang tetap yang lebih atas menjauhkan daripada segala maksiat dan adapun menjauhkan daripada maksiat barang yang iaitu sekarang bahawa jangan berbuat maksiat tatkala menyeru alan dia dan tetapi tiada diperdaya dirinya itu makna yang tetap yang ada hamba dengan dia duduk membimbing dan daripada  kufuran dengan dia yakni dengan Allah minta dipeliharakan dan kata Syaikh kami r.a. (bahawasanya syukur) itu membesarkan yang memberi nikmat atas barang yang membetuli nikmatnya atas kira-kira yang menghimpunkan daripada benci akan yang memberi nikmat dan daripada mengkufurkan dia dan jikalau engkau kata syukur itu iaitu membesarkan orang yang membaikkan dia atas jalan ia memberi keelokkannya supaya sahih bahawa ada ia daripada Alah Taala syukur bagi hambanya maka iaitu baik pula yakni makna ini elok pula dan adalah perceraiannya amat banyak. (m.s 129 & 130)
Maka wajib atas hamba itu tiap-tiap mensyukuri Allah maka hakikatnya itu ia membesarkan Allah s.w.t. akan sebagai membesar-besarkan yang menegah antaranya dan antara maksiatnya atas sekira-kira ia mengingatkan nikmatnya maka jika enggan datangkan dengan yang demikian itu maka bahawasanya telah engkau datangkan dengan barang yang iaitu syukur padanya.(kemudian) dihadapkan pula yang demikian itu dengan bersungguh-sungguh di dalam mengerjakan taat dan bersungguh-sungguh dengan ia mendirikan di dalam khidmat kerana iaitu setengah hak nikmat maka terdapat tiada daripada memelihara daripada maksiat  (التوفيق وبا لله )
Kata setengah ulama sentiasa lazim hamba itu syukur atasnya sekira ia dan sesungguhnya lazim padanya itu sabar maka adapun syukur itu tiada dituntut melainkan atas nikmat jua tiada lainnya dan kata mereka itu pula tiada kepayahan itu melainkan dan adalah pada sisinya itu nikmat Allah Taala maka lazim ia syukur atas demikian itu yang di serta dengan dia tiada diberi kepayahan dan bala dan demikian nikmat itu yakni bahawa ada nikmat mengiringi kepayahan (seperti kata Umar r.a.) tiada di bala akan daku dengan satu bala melainkan adalah Allah Taala memberi atas ku padanya empat nikmat pertamanya tiada di bala akan daku pada agama ku kedua adalah bala itu tiada diberi bala yang terlebih besar daripada bala yang dijatuhkan atas ku dan ketiga tiada diharamkan daku reda  dan keempat diberi akan daku harap  akan pahalanya.
(M.s.131) Dan sedikit daripada hamba ku yang syukur maka dijadikan  syukur bagi mereka itu yang khuwas  a-khuwas dan firman nya pada Nabi Nuh a.s.  (انه كان عبدا شكورا)bahawasanya adalah  ia hamba Nya yang banyak syukur dan firmanya pada Nabi Ibrahim a.s. ((شا كر لأ نعمه اجتباه  yang syukur Dia bagi nikmatnya yang dipilih akan dia dan kerana bahawasanya pada menempati nikmat pada kesudahannya dan kerana yang demikian itu kata qaul sesungguhnya diberi nikmat maka aku syukur terlebih  kasih kepada ku bahawa di bala maka aku sabar dan kata qaul  tetapi sabar itu afdal kerana bahawasanya terlebih besar kepayahannya maka adalah ia terlebih besar pahalanya dan terlebih tinggi darjatnya, firman Allah Taala:
انا وجدناه صا برا نعم العبدا نه أواب
Bahawasanya kami dapat akan dia orang yang sabar sebaik-baik hambanya itu bahawasanya yang banyak kembali kepada Tuhannya dan, dan firmanAllah Taala lagi:
وإنما يو فى الصابرون أجرهم بغير حساب.
“Sesungguhnya disempurnakan orang yang sabar itu pahala mereka itu dengan ketiadaan hisab”  dan firman Allah Taala lagi:
والله يحــب الـصابـرين.
Bermula Allah Taala kasih akan orang yang sabar (kata ku) bahawasanya syukur yakni orang yang syukur itu pada hakikatnya tiada ada melainkan orang yang sabar dan orang yang sabar pada hakikatnya tiada ada melainkan orang yang syukur  kerana syukur di dalam pekerjaan percubaannya ini tiada sunyi daripada  pencubaan yang ia sabar atasnya terdapat tiada dan jangan terkejut padanya maka bahawasanya syukur itu membesarkan orang yang memberi nikmat atas had yang menegah daripada maksiat dan dia  terkejut itu maksiat dan orang yang sabar itu tiada sunyi daripada nikmat seperti  barang  yang telah terdahulu sebutnya, bahawasanya kepayahannya itu nikmat pada hakikatnya atas makna yang telah diberi tahu dahulu. Maka bahawasanya ia syukur pada hakikatnya apabila sabar kerana bahawasanya ia hisabkan dirinya daripada terkejut kerana membesarkan Allah Taala dan itu diri syukur kerana syukur itu iaitu membesarkan Tuhan yang menegahkan daripada maksiat dan kerana orang yang syukur itu menegahkan dirinya daripada kufur maka sabar ia daripada maksiat dan menanggung akan dirinya atas syukur dan sabar atas taat maka jadi syukur itu sabar ia atas hakikatnya dan orang sabar itu membesarkan Allah Taala hingga menegahkan dia yakni daripada terkejut kerana membesarkan Allah taala daripada terkejut pada barang yang  mengena akan dia di tegang akan dirinya atas sabar maka telah syukur ia akan Allah Taala maka jadi pula orang yang syukur pada hakikatnya dan kerana bahawasanya menahan dirinya daripada kufur  serta disahajakan nafsu baginya itu kepayahan yang di sabar atasnya oleh yang  syukur diri taufikkan dia sabar dan memeliharakan  dirinya daripadanya itu nikmat  yang di syukur atasnya oleh orang yang sabar maka salah satu daripada keduanya tiada bercerai daripada taulannya dan kerana orang yang mempunyai mata hati yang membangkitkan atas keduanya satu dania itu melihat ia akan darjat istiqamah pada kata setengah ulama’ rahimullah Allah Taala maka daripada ini jalannya kami kata bahawasanya salah satu daripada keduanya tiada bercerai daripada yang satunya maka kenalkan oleh mu akan jumlah ini.  Wabillah hi al-Taufiq.

             ---------------oooooooooooooooooo--------------
                         





No comments:

Post a Comment