Email – mariam@myyahoo.net
URL –
http://mariam.blogspot.myyahoo.com
MENGASIHI IUBU BAPA – 239
Ibu Bapa adalah tapak permulaan kehidupan seseorang. Mereka berdualah dengan izin Allah SWT
menjadi pemudah cara kepada kelahiran kita di dunia ini.
Ibu Bapa sentiasa memberikan
segala yang termampu dan kadangkala di luar kemampuan mereka demi untuk
keselesaan anak-anak. Tidak hairanlah mengapa setiap insan mesti dan wajib
menghormati, memulia dan mengasihi ibu bapa mereka.
Seseorang itu mestilah
sentiasa menghormati, memulia dan mengasihi ibu bapa mereka sama ada ketika
mereka masih hidup ataupun setelah mereka meninggal dunia.
Mengasihi dan menghormati ibu bapa boleh digambarkan seperti berikut:
a. Sentiasa
bertutur dengan suara yang lemah lembut, bermuka manis dan penuh kemesraan.
b. Sentiasa
meminta izin mereka ketika hendak meninggalkan rumah atau sewaktu hendak
melakukan sesuatu.
c. Sentiasa
berlaku sopan-santun di hadapan mereka
dan tidak tertawa berdekah-dekah.
d. Sentiasa
memberi tumpuan kepada mereka terutama ketika mereka memberi nasihat atau
pandangan
Apabila setiap orang menghormati serta mengasihi ibu bapa, dengan
sendirinya mereka akan mendapat rahmat daripada Allah SWT.
Sekian dahulu dalam perkara ini dan semua yang berkenaan hendaklah mematuhi
nasihat tesebut sermoga Allah SWT akan mengurniakan rahmat bahagia, selamat
sejahtera dan aman makmur, Amin...!
Wassala mualaikum.......
No comments:
Post a Comment