Saturday, 26 May 2012






Masjid Zahir, Alor Star, Kedah Darul Aman.
MARI KITA MENYEMAK SEMULA FARDHU ’AIN KITA
Pendahuluan.
Manusia dilahirkan dengan keadaan berakal fikiran, mempunyai mata hati dan daya kesedaran sebagaimana ia mempunyai naluri, pacaindera dan perasaan. Jelasnya, menurut keadaan semulajadi meskipin, manusia itu kecil dan terhad dalam bentuk tubuhnya yang jasmani, tetapi ia adalah tinggi mertabatnya dari segala jenis makhluk yang lain, sebagai makhluk yang berkeadaan lemah dan kurang pada serba-serbinya; yang sentiasa memerlukan pertolongabn, perlindungan dan pimpinan.
Manusia seringkali dinodai oleh keadaan di sekeliling yang merosakkan cara hidup manusia yang sebenar. Ole hitu, manusia Muslim telah diberi garis panduan oleh Allah SWT di dalam al-Quran dan al-Sunah Rasululla SAW untuk menyelamatkan manusia agar sentiasa selamat dan sejahtera di dunia dan akhirat.
Oleh yang demikian fardhu ’ain merupakan satu istilah yang semua pihak sama ada kecil mahupun besar,ibu serta bapa dan juga anak-anak, miskin atau kaya, lelaki juga perempuan, pemimpin dan rakyat serta ummah harus diberi penjelasan yang jelas dan praktikal bahawa asas-asas fardhu ’ain punyai peri mustahaknya seperti soal-soal akidah (kepercayaan) yang berkisar kepada persoalan rukun iman:
a.     Percaya kepada Allah
b.    Percaya kepada kitab-kitab Allah
c.     Percaya kepada malaikat-malaikat
d.    Percaya kepada Nabi dan Rasul
e.     Percaya kepad adanya Hari Kiamat
f.       Percaya kepada qada dan qadar
Justaeru itu,manusia tidak dapat  menyesuaikan fitrahnya selagi amalan perbuatannya tidak difardhu-’ainkan seperti Rukun Islam iaitu:
a.     Mengucap dua kalimah syahadah
b.    Solat lima waktu
c.     Mengeluarkan zakat
d.    Mengerjakan puasa di bulan ramadhan
e.     Mengerjakan Haji di Mekah bagi mereka yang mampu.
Sabda Nabi SAW yang bermaksud:
“Barang siapa Allah kehendak menjadi baik maka Allah SWT permudah kepadanya iaiatu memahani hal-hal agama Islam:”
                                                   (H.R. Bukhari dan Muslim)
Oleh itu manusia tidak perlu memikirkan jauh serta mengkaji lagi di mana kejadian manusia yang Allah SWT jadikan sebaik-baik kejadian itu, hendaklah diasuh, diajar,dipimpin sebagaimana yang di  sebutkan pada hadis di atas.  Sekiranya pilihan manusia bukan berdasarkan kepada rukun-rukun di atas  maka individu, keluarga, mayarakat, negara, dunia,seluruh ummah akan beroleh kehidupan yang kucar kacir, tidak tenteram, tidak aman, tidak damai dan seterusnya di selubungi oleh kejahatan dan kemaksiatan.
Dari Hj.Che Dan Ahmad

                 --------------------oooooooooooooo-------------




                          


   






Friday, 25 May 2012

                                   Dato Haji Fadhil sedang beramasra dengan sehabatbya.



              Menyambung tali solaturrahim amatlah baik sekali.






Fasal pada menyatakan kelebihan ilmu yang memberi  manfaat  itu amat banyak yang  tersebut di dalam al-Quran dan Hadis. Setengah darinya firman Allah S.w.t.

يَرْ فـَعِ اللهُ الـَّذِيْنَ أَمَنُوْا مِنْكُمْ وَالـَّذِيْنَ أُوْتُوْا الـْعِلـْمَ دَرَجَتٍ

Maksudnya-“Mengangkatkan Allah Taal a akan mereka yang percaya dengan Allah Taala daripada kamu dan mereka yang diberi akan dia ilmu Akan beberapa pangkat yang tinggi .”



عقبة الاولى وهى عقبة العلم.  Pertama.

 Ilmu itu seperti  paku kutub yakni di atasnya tempat edaran. Ilmu dan ibadat itu wujud  kerana keduanya barang yang di lihat dan dengar daripada karangan orang yang mengarang dan keduanya diturunkan kitab dan di suruh segala pesuruh bahawa Allah SWT yang menjadikan langit dan bumi amat berkuasa dan telah meliputi segala ilmu Nya, Istimewa pula  ilmu tauhid untuk mengetahui menyembah Allah.

Ketahuilah ilmu itu lebih mulia dari permata kerana sabda Rasulullah saw bahawa kelebihan orang yang berilmu itu lebih dari orang yang abid. Sabda Baginda SAW lagi bahawa Allah SWT lebih kasih orang yang berilmu seperti lebih setahun puasa dan sembahyangnya dan orang yang tidak berilmu seperti debu yang bertaburan di tiup angin.

Ilmu itu seperti pohon kayu dan ibadat itu seperti buahnya, dan tuntut ilmu itu yang tiada beri mudarat pada ibadat. Bahawa ilmu itu lazimnya diikuti dengan ibadat supaya berhasil ibadat itu.

Supaya hasil bagi mu ibadat maka wajib engkau ketahui ilmu bagaimana Tuhan yang di sembah  nama Nya, sifat dan zat Nya dan barang yang wajib bagi Nya dan barang yang mustahil pada hak Nya. Ada kalanya engkau beriktikad pada sifatnya sesuatu yang tidak patut bagi zat Nya, maka jadilah ibadatnya kamu seperti debu yang bertaburan.



Kemudian wajib bagi mu belajar ilmu yang wajib atas mu mengerjakan ibadat dari segala  wajib hukum syariah supaya engkau mengerjakan yang disuruh dan meninggalkan yang di ditegah. Seperti bersuci, sembahyang, puasa dan yang lain-lain dan engkau belajar dengan  hukumnya dan syarat-syaratnya. Jika tidak berilmu engkau kerjakan dengan  apa yang tidak ketahui apa dia, atau engkau menjauhi maksiat yang engkau tidak ketahui maksiat itu. Terkadang engkau bertemu dengan suatu yang kesamaran dan tiada dapat hendak bertanya kerana tiada belajar ilmu itu.

Kemudian belajar pula ibadat yang batin iaitu tempat perjalanan  hati dengan tekun dan sabar dan ikhlas, dan segala yang nahi yakni yang ditegah, seperti riak dan takbur supaya jauhkan dia, kemudian pula beberapa yang fardu yang telah di nas Allah SWT dalam Kitab suci al-Quran, melalui Nabi Muhammad SAW. Kamu tuntut ilmu dengan sabar seperti firman Allah SWT “Allah berserta orang-orang yang  sabar”

Jika engkau tiada berilmu engkau tinggalkan fardu yang di suruh seperti sembahyang dan puasa, engkau berusaha yang haram,  mengekalkan maksiat yang wajib untuk api neraka, kamu pula bersifat marah dan riak. Maka inilah bala bagi orang yang membuat amal dengan tidak ilmu.

Segala ilmu yang zahir bergantung pada perjalanan amalannya yang membaiki atau  membinasakan dia seperti ujub dan ikhlas dan lain-lain. Maka sesiapa yang  tidak berilmu dan tidak mengetahui yang perjalanannya tidak memberi bekas segala ibadat hanya mendapat payah dan penat sahaja dan inilah kerugian yang amat nyata.

Ketahuilah bahawa kata Syidina abi Talib-“Barangsiapa yang menuntut ilmu yang melakukan perkara amalan terpuji dan terbaik maka syurgalah baginya, dan barang siapa yang menuntut ilmu maksiat maka neraka baginya di akhirat nanti”:

Ketahuilah bahawa sabda Nabi saw dari Ibn  Saud  bermaksud “ Jika kamu duduk satu saat menuntut ilmu akhirat terlebih baik daripada engkau merdekakan seribu sahaya.”

Dari Sayidina Umar Al-Khatab bermaksud: “Aku dengar Rasulullah saw bersabda bahawa Barang siapa berjalan kepada hajat menuntut ilmu akhirat, maka  tiap-tiap langkah Allah memberikan  seratus kebajikan.

Ketahuilah bahawa berkata Syidina Ali r.a. bahawa

!. Pertama ilmu itu pakaian ambiya dan harta itu pusaka Qarun dan firaun.

2.Kedua baik berilmu dari banyak harta kerana ilmu memelihara akan daku dan harta kena aku pelihara akan  dia.

3.Ketiga ilmu itu lebih baik dari  harta kerana empunya harta,  banyak seteru dan orang yang banyak ilmu banyak tulannya.

4. Banyak harta apabila engkau nafkankan dia akan berkurang dan ilmu engkau nafkan dia akan bertambah.

5. Ilmu baik dari harta kerana banyak harta menjadi bakhil dan banyak ilmu dihormati dan di mulia.

6. Banyak harta  hendak dipelihara dari pencuri tetapi banyak ilmu tidak payah di jaga kena curi.

7. Banyak harta akan di hisab di akhirat dan banyak ilmu di syufaat  Allah.

8. Harta itu akan  binasa apabila lama masanya tetapi ilmu itu tidak binasa walau pun beberapa lama.

9.Orang yang banyak harta akan keras hatinya dan sombong tetapi orang yang banyak ilmu menerangkan hatinya dan sentiasa beramal salih.

10. Orang yang banyak harta akan berlaku syirik terhadap Allah tetapi orang yang banyak ilmu akan bersifat kehambaan kepada Tuhan.

Dari Kitab Hidayatu Al Salikin (oleh Syekh Abd Samad Palambani  m.s. 4)

Pada Menyatakan ilmu yang memberi Manafaat

Kata Imam Ghazali  r.a. bahawa ilmu yang memberi  manfaat  iaitu   barang yang menambah takut mu akan Allah Taala dan menambah pula di dalam penglihatan hati mu dengan jalan diri mu dan menambah pula di dalam pengenalan mu akan ibadat  kepada Tuhan mu  dan mengurangkan akan gemar mu kepada dunia  dan menambah gemar mu kepada akhirat dan membukakan ia akan mata hati mu dengan yang membinasakan akan ilmu hingga engkau pelihara daripadanya dan melihatkan ia akan dikau atasnya tipi syaitan dan perdayanya.

Kata imam Ghazali yang bermaksud “ dan apa pun ini daripada ilmu yang memberi menafaat artinya ilmu yang tersebut di dalam kitab Bidayatul Al Hadiyah iaitu daripada ilmu yang meberi manfaat seperti hamba sebutkan di dalamkita ini dan demikianlagi ilmu yang memberi manfaat itu  tersebut di dalamKitab Manhnj Al’Abidin bagi imam Ghazali dan demikkian lagi  yang disebutkannya di dalam Kitab Ahya Ulum Al-Ddin dan demikian lagi yang disebut di dalam “ar Biin fi Usuluddin, dan demikian lagi yang disebut oleh imam Ghazali di dalam Kitab Mukhtar Ihyax dan demikian lagi sekalian pun ilmu tasauf itu iaitu ilmu yang memberi manfaat di dalam dunia dan di dalam akhirat dan dari kerana inilah kata Syaikh abdul wahab al-Syaarani di dalam “Kitab Yua Quyitu  waljuwahir”) Ia naqal daripada imam Ghazali r.a. di dalam Ehya Ulmuddin dan ia naqal daripada Al-‘Araffin:

مَنْ لـَمْ يَكُنْ لـَهُ نَصِيْبٌ مِّنْ عِلْمِ الـْقـَوْمِ يُخَافُ عَلـَيْـِـه سُوْ~ءُ الْخَاتِمَةِ)

Ertinya: Barangsiapa tiada baginya daripada ilmu qaumi yakni ilmu tasauf nescaya ditakuti atasnya Su al-khatimah yakni mati di dalam maksiat dam kata Syaikh Abu Al Hassan al-Syazali r.a. bermaksud ”Barangsiapa tiada masuk lagi tiada mahir di dalam ilmu ini yakni ilmu tsauf nescaya mati ia pada hal ia menggali atas beberapa dosa yang besar-besar pada hal iaitu tiada mengetahui akan yang demikian itu dan kata Syaikh  ini lagi bermaksud:”Dan inilah yakni ilmu tsauf iaitulah segala ilmu yang sayugianya bagi manusia bahawa dikaramkannya di dalam akan umurnya yang lancit pada menuntut dia dan jangan memadai daripadanya dengan banyak dan jangan memadai dengan sedikit yakni sayugianya bagi orang yang hendak kemenangan di dalam dunia dan akhirat itu dihabiskannya umurnya itu di dalam mengaji ilmu tsauf sama ada ia fardu ‘ain atau fardu kifayah dan mengamalkan dia dan mengerjakannya dan  mentela’aat akan dia kerana tiap-tiap daripada membanyakkan mengetahui ilmu tsauf itu maka banyak takutnya akan Allah Taala dan yang lain daripada ilmu tiada di tuntut membanyakkannya melainkan sekadar fardu ‘ain jua dan kata Syed Abdul Kadir

 “Ketahui ilmu bahawasanya segala ilmu yang dituntut akan dia fardu ‘ain itu tiga perkara- Pertama, Ilmu al Tauhid dinamakan akan dia ilmu Usulluddin – Kedua, Ilmu Al-Syarak yang dinamakan dia Ilmu fiqh – Ketiga Ilmu al Batin yang dinamakan dia Ilmu Tsauf –

Adapun fardu ‘ain pada  ilmu al Tauhid itu maka iaitu mengenal kadar yang mengetahui dengan dia Zat Allah Taala dan sifatnya yang selebih dan sifatnya yang sabuteh dengan sekira-kira yang mengosongkan akan imannya yakni mengenal barang yang wajib bagi Allah Taala dan yang mustahil bagi Nya dan yang jaiz dan demikian lagi mengenal akan seumpama yang demikian itu bagi segala rasul a.s. dan beriman dengan segala yang  didatangkan oleh mereka itu.

Bermula mengenal akan yang lebih daripada yang demikian itu iaitu fardu kifayah, adapun kadar fardu lain ada ilmu syara’ itu maka iaitu mengebal kadar yang mengetahui dengan dia segala fardu taharah dan fardu sembahyang dan fardu puasa dan membatalkan akan dia dan fardu Haji dan Zakat dan sekalian yang membatalkan dia .

Bermula yang lebih daripada fardu kifayah jua – adapun kadar fardu ‘ain pada ilmu batin itu yakni ilmu al tsauf maka barang yang sejahtera dengan dia segala amal yang zahir daripada fasad dan sejahtera daripada yang membatalkan dia seperti sembahyang daripada yang membatalkan pahalanya seperti bahawa seorang apabila sembahyang ia serta riyak atau ujub atau sami’ah  maka membatalkan ia akan  sembahyangnya itu dan kata Syed Abd Kadir al Idrus di dalam kitab Al dra al saiin: bermaksud  ”dan bagi menghasilkan akan ilmu tsauf yang kadar ini yakni kadar fardu ‘ain memadailah ia dengabn mengamalkan barang yang di dalam kitab “Manhaj al ‘Abaddin: bagi Imam Al Ghazali r.a. dan mengenal perceraiannya ilmu batin ini buklannya daripada fardu ‘ain.



                        ------------------------  m.s. 8 -----------------------

Fasal Menyatakan Klebihan ilmu Manfaat.

Maka yang memberi  ilmu yang menafaat amat banyak seperti yang tersebut di dalam Al-Quran dan Hadis



يَرْ فـَعِ اللهُ الـَّذِيْنَ أَمَنُوْا مِنْكُمْ وَالـَّذِيْنَ أُوْتُوْا الـْعِلـْمَ دَرَجَتٍ

Maksudnya-“Mengangkatkan Allah Taal a akan mereka yang percaya dengan Allah Taala daripada kamu dan mereka yang diberi akan dia ilmu Akan beberapa pangkat yang tinggi .”

Dan kata Syidina Abdullah Ibn Abbas yang bermaksud   “Bagi segala ulama’ itu beberapa pangkat mukminin dengan tujuh di atas pangkat yang antara ra pangkat itu perjalanannya  lima tahun .Bermula yang terlebih afdal daripada manusia itu iaitu mukmin yang ilmu yang  afdal dikehendaki orang  kepadanya nescaya memberi Manfaat ia akan dia dan jikalau di kayakan daripadanya nescaya mengkayakan ia akan dirinya yakni jikalau orang terkaya daripadanya nescaya  ia terkaya daripada orang.

Bahawasanya malaikat merendahkan diri akan segala sayapnya bagi orang yang menuntut ilmu kerana sangat sukai dengan perbuatannya itu dan sabda Nabi Saw yang bermaksud:

 “Sesungguhnya bahaw berpagi-pagi mereka itu maka belajar ia akan satu bab daripada ilmu nescaya terlebih baik baginya  daripada bahawa ia sembahyang sunat seribu rakaat .”

Ketahui oleh  mu bahawasanya ilmu yang berulang-ulang sebutnya di dalam al-Quran yang maha mulia  atau di dalam Hadis  Nabi saw bahawa iaitu ilmu yang memberi  manfaat  yang menyertai akan dia takut akan AllahTaala dan meliputi akan dia hebat akan Allah Taalaitu.

Bermula orang yang  sahih menuntut ilmu itu yang niatnya adalah ilmu yang digemari Allah  Taala iaitu mengerjakan taat dan menjauhkan maksiat dan lagi amalkan ilmunya pada yang memberi manfaat  dan juga faedahnya   keluar orang yang  jahil itu kepada terang dengan berilmu dirinya.

Maka ketahui oleh mu bahawasanya jikalau engkau kehendak menuntut ilmu itu akan bersedap-sedap dan bermegah-megah  sesama manusia dan supaya cenderung manusia kepada mu dan menghimpunkan kekayaan dunia nescaya engkau akan membinasakan diri mu dan jua akhirat  mu dan dunia mu maka perniagaan mu itu rugi dan penjualan mu itu tiada laku dan orang yang mengajar akan dia  itu menolong bagi  mu ata maksiat dan menyengutui  ia akan dia di dalam kerugian mu dan iaitu seperti  merampas harta orang orang yang berjual di  jalan yang demikian itu perbuatan maksiat. Seperti sabda Rasulullah saw bahawa “Barang siapa menolong akan seorang atas berbuat maksiat dan jikalau dengan setengah perkataan sekali pun maka adalah ia jadi menyengutuinya di dalamnya.

Sabda Rasulullah saw yang bermaksud:

“Jikalau ada niat mu dan qasad mu antara mu dan  antara Allah Taala daripada menuntut ilmu itu akan dapat hidayat  tiada semata-mata riwayat maka sukai oleh mu kerana bahawasanya Malaikat itu menghamparkan ia bagi mu akan sayapnya apabila engkau berjalan dan segala ikan di laut memohonkan  ampun kepada Allah Taala bagi mu apabila usaha di dalam menuntut  ilmu yang manfaat.

Ketahui oleh mu bahawa orang menuntut ilmu itu beroleh tiga perkara:

Pertama – kerana jaya ilmuitu bekal di dalam akhirat dan tiada menghendaki ia melainkan kerana Alah Taala dan neger akhirat  maka mereka itulah orang yang dapat kemenangan di dalam dunia dan akhirat dan  itulah yang dinamakan orang Muttaqin.

Kedua-Seorang yang menuntut ilmu itu kerana menolong orang untuk kehidupannya di dalam dunia   kemuliaan dan kegagahan dan kerana yang bermakna mereka itu sangat  jahat, maka jika dikekalkan qasadnya yang diketahui jahat kelakuannya itu maka lalu ia mati ia dengan tiak bertaubat daripada perbuatannya itu maka mereka itu mati di dalam maksiat lagi derhaka.  Jikalau bertaubat mereka itu dahulu daripada matinya maka lalu diamalkannya akan amalannya  dengan  amalan yang soleh nescaya diperhubungkan mereka itu dengan orang yang dapat kemenangan di dalam dunia dan di dalam akhirat, kerana orang yang bertaubat itu daripada dosanya itu  seperti orang yang tiada berdosa lagi dan dapatlah mereka itu keredaan Allah Taala.

Firman Allah Taala:

اِنَّ اللهَ يُحِبُّ التَّوَّابِيْنَ وَيُحِبُّ الـْمُتَطَهِّرِيْنَ.

Ertinya Bahawasanya ASllah Taala kasih akan mereka itu yang banyak taubat kepada Allah Taala dam kasih is akan mereka itu yang bersuci daripada najis dan daripada dosa.”

Ketiga – Seorang yang menubntyt ilmu maka dijadikan ilmunya itu sebab kerpada membanyakkan harta dan kemegahan dan kebesarab dan kemuliaan dan dengan banyak orang yang mengikut dia dan supaya banyak orang kasih kepadanya dan supaya mudah dapat segala hajatnya pada hal tiada diingatkan perbuatannya dan qasadnya itu jahat kerana disangkanya akan dirinya ityu hampir kepada Allah Taala kerananya ia berupa dengan rupa ulama’ dan berelaku sepaerti kelakuan ulama’ pada  zahirnya tertapi hatinya sangat kasih kepada dunia dan kemuliaannya maka mereka  iatulah orang  yang dapat binasa di dalam akhirat danyang sangat kurang akal mereka iaitu lagi terpedaya dan sesat ia lagi menyesatkan orang lain dan mereka itulah  sejahat-jahat daripada ulama’ seperti yanh di abda oleh Nabi Saw iaitu bermaksud:

“ASku terlebih takut atas kamu daripada dajal akan seorang lain daripada dajal” Maka sembah sahabat siapakah mereka itu ya Rasulullah saw dan baginda menjawab  yang bermaksud:

“Barang siapa bertambah ilmunya pada hal tiada bertambah hidayatnya dirinya nescaya tiada bertambah daripada Allah Taala itu melainkan jauh dan ketahui oleh mu bahawa hidayah  dan taqwa itu satu jua maknanya tetapi ada bagi keduanya bidayat dan hidayat dan dari kerana inilah berkata imam Ghazali

“Maka  jikalau engkau kata apa bidayat  al -hidayat itu supaya aku cuba dengan di diriku maka ketahui oleh mu bahawa hidayat  al- hidayat itu zahir al-taqwa dan nahidayat  al- hidayat itu batinatul taqwa dan  tiada dapat syurga melainkan bagi orang yang takut akan Allah Taala. “

Bermula taqwa danbhifdayah itu  iaitu ibadat daripoada mengefrjakan taat yang di suruh Allah Taala sama ada taat zahir atau batin danmenjauhkan akan  maksiat yang ditegahkan Allah Taala sama ada maksiat zahir ataimaksiat batin seperti yang lagi hamba menyatakan di dalam kitab ini . Ketahui oleh mu oleh mu bahawasanya murad dengan taat yang zahir itu iaitu seperti sembahyang danpuasa dan naik  haji danmemberi zakat danbarang  sebagainbya danmurad dengan taat batin itu iaitu segala sifat yang kepujian sepertio ikhlas danmerbndahjkan diri dannasihat dan zuhud dan sabar dan alim dan tawakal dan barang yang ditegah itu seperti denganmaksiat zahir iaitu berzina danmencuri daan minum arak danmembunuh orang dan memalu orang dan memaki orang danmengumpat orang dan \maksud dengan maksiat batin ityu iaitu segalka sifat yangjkecelakaan seperti riak dabnujud dan takbut dan hasad dankasih kepada dunia .Wallah hu ‘alam…….

(Dari “Kitab Hidayatul  Sa likinoleh Syaikh Abdu saman - muka 8 ke 16)

                          -----------oooooooo------------

              



































Thursday, 24 May 2012



MENGENAL TUHAN



MENGENAL TUHAN
DARI KITAB “AQIDAT ALNAJIN”
فركارا" باب كتوهانن"
دري كتاب "عقيدة الناجين".
Bab Ketuhanan.

(Ketahui oleh mu) bahawa makna Allah itu nama baik zat Tuhan kita yang wajibal wujud khas ia pada lafaznya dan khas ia maknanya maka erti khas pada lafaz itu tertentu lafaz Allah itu nama baik Tuhan kita dan tiada harus dinamakan dengan Dia akan yang lain daripada zat Allah melainkan atas jalan sandaran seperti Abdullah dan erti khas pada makna itu maknanya makbud bihaq ertinya yang disembah dengan sebenarnya maka tertentu makna yang demikian itu bagi Allah tiada dapat bagi yang lainnya dan lafaz Allah itu mesmi lazim di sisi jahur ulama’ dan telah memilih oleh Nuwai akan bahawa isim ala’zim itu lafaz Alhayiul Quayum.

(Bermula Rahman) itu nama bagi sifat khas pada lafaznya dan ‘am pada maknanya sebab dikatakan khas pada lafaznya kerana pada lafaz Rahman itu tertentu disifatkan dengan Dia bagi Allah jua dan tiada harus dikatakan bagi yang lainnya dengan Rahman dan sebab katakan ‘am pada maknanya kerana makna Rahman itu pemurah, maka melengkapi pemurah itu kepada segala makhluk berakal atau tiada Islam atau Kafir.

(Dan Rahim) itu nama bagi sifat pula ‘am pada lafaznya ertinya harus dinamakan dengan Dia akan yang lainnya daripada Allah dan khas pada maknanya kerana tertentu mengasihani itu bagi kaum yang Mukminin jua pada hari kiamat.
(Kemudian memulai) pula oleh masnaf dengan mula yang kedua kerana memberi tahu ia akan bahawasanya permulaan itu dua bahagi.
(Yang Pertama) dinamai akan dia permulaan haqiqi iaitu permulaan yang terdahulu pada hadapan maksud dan tiada mendahului akan dia oleh suatu seperti Bismillah

 (Dan yang Kedua) Dinamai akan dia permulaan Adhafi iaitu permulaan yang terdahulu pada hadapan maksud dan jikalau mendahului akan dia oleh suatu sekalipun seperti Al Hamdulillah maka iaitu sudah di dahului dengan Bismillah maka berkata ia (Al Hamdulillah) ertinya bermula segala puji itu bagi Allah.  Bermula puji itu terbahagi atas empat – Pertama puji qadim bagi qadim dan iaitu puji Allah akan diri Nya pada azli … Dan Kedua puji qadim bagi hadis dan iaitu memuji Allah Taala bagi Ambiyanya dan Auliyanya seperti firm Allah.. نعم العبدانه أواب ...  Ertinya sebaik-baik hamba ku itu yang banyak taubat.  Dan Ketiga puji hadis bagi hadis iaitu memuji hamba setengah akan mereka itu seperti katanya “Sebaik baik manusia itu si anu....” Dan Keempat puji hadis bagi qadim dan yaitu memuji hamba akan Tuhannya serperti katanya
الحمد الله الذى هدانا.....maka keempat-empatnya itu kembali kepada Allah Taala.
(Bermula) makna puji pada loghat itu yaitu memuji dengan keelokan atas sifat yang elok yang ikhtiar akan pihak membesarkan Dia dan puji pada Islah itu perbuatan yang memberi tahu Dia daripada membesarkan akan yang memberi nikmat dengan sebab keadaannya yang memberi nikmat atas orang yang memuji atau atas orang yang lainnya sama ada perbuatan itu perkataan dengan lidah atau iktikad dengan hati atau amal dengan segala angguta.

(Bermula) rukun puji itu lima perkara iaitu – Pertama, hamid yakni orang yang memuji maka yang memuji di sini  Sheikh Sanusi. Kedeua – Mahmudiah yaitu yang kena puji yaitu Allah Taala. Ketiga –Mahmudiah yaitu sifat yang kena pujian yang sabit ia bagi Allah.  Keempat – Mahmudiah ’Alaih yaitu nikmat yang dipuji atasnya.  Kelima lafaz sepertri kata الحمد لله   atau sianu pemurah.
(Kemudian) Diiringi oleh masnaf itu dengan selawat dan salam atas Nabi     s.a.w. katanya:والصلاة والســـلام علـى رسول الله) ).  Bermula rahmat Allah dan salamnya itu atas Rasul Allah yakni Nabi uhammad s.a.w. sesungguhnya mendatang ia dengan selawat atas Nabi s.a.w. kerana wirid daripada hadis-من صلى على فى كتاب لم تزل الملاءكة تسغفرله مادم امى فى ذلك الكتاب  -ertinya barangsiapa selawat ia atas ku di dalam kitab nescaya sentiasa malaikat meminnta  ampun ia baginya selama ada nama ku itu di dalam demikian kitab itu. Dan di himpunkan salam selawat itu kerana hendak melepaskabn daripada makruh menunggalkan salah suatu daripada keduanya selama tiada tempat yang datang wirid menunggal akan dia, Adapun jikalau datang wirid dengan menunggalkan dia maka tiada makruh menunggalkan dia.

                   xxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxx


Bab Makrifat. (ms 13 kitab yang sama)

Yang  dinamakan Makrifat itu tiga perkara  yaitu yang pertama jazam kedua muafakat dengan yang sebenar dan ketiga dengan dalil..
(Tetapi) telah lalu sebatinya bahawa dalil yang dituntut atas mukallap itu dalil jamali jua adanya yaitu lemah ia daripada menetapkan dalil dan lemah ia daripada menghuraikan syubhat dan sekurang-kurang dalil Jamali iatu apabila ditanyai orang baginya apa dalil ada Allah Taala maka jawab ada ia makhluk ini.

(Dan kata) musnaf mengenal barang yang wajib bagi Allah Azzawajala ertinya mengenal sekalian barang yang wajib kerana faham daripada lafaz (ma) itu daripada sighah umum (tetapi) yang wajib mengenal atas jalan tafdsili itu yaitu fdua puluh yang lagi akan datang sebutnya dan  yang lain darioada dua puluh itu wajib mengenal atas jalan ijmai jua dan yaitu segala sifat kamalat bagiallah Taala se[perti bahawa ia iktiqadkan tiap-tiap sifat kamalat itu wajib bagi Allah bersifat denganDia demikian lagi mengenal akan barang yang mustahil adakalanya wajib atas jalan tafsili yaitu dua pulug lawan dua puluh yang  wajib dengan tafsili itu dan adakalanya  atas jalan ijmal yaitu segala lawan sifat kamalat yang tiada terhingga yakni kita iktiqadkan segala sifat kekurangan itu mustahil atas Allah Taala bersifat dengan  Dia.

(Faedah) Ikhtilaf ulama’ pada yang awal-awal wajib atas mukallaf itu (bermula) qaul yang dipilih oleh muhaqqaqun bahawasanya awal-awal yang wajib itu makrifat yakni yang pertama fardu atas manusia itu makrifat Allah dan makrifat segala rasulnya.

(Kata) Ibn Alqim dan wajib atas ibu bapa bahawa adalah awal-awal barang yang diperdengarkan akan kanak-kanak itu makrifat Allah dan tauhid akan Allah dan  bahawa diajarkan kanak-kanak itu apabila berakal ia akan barang yang wajib bagi Allah dan barang yang mustahil atasnya dan barang yang harus padanya dan diajarkan pula bahawasanya Nabui Muhammad s.a.w. itu diperanakkan di Makkah dan dibangkitkan dia jadi rasul pun di dalam negeri Makkah. Kemudian berpindah ia ke Madinah dan wafat ia di dalam negeri Madinah jua dan namanya Muhammad anak Abdullah,anak AbdulMutalib anak Hashim.

(Kata) Setengah ulama’ bermula awal-awal yang wajib atas mukallaf itu nazir yakni tilik kepada alam ini hingga dikenal akan Tuhan yang menjadikan dia kemudian maka ia tasdikkan dan di himpunkan antara dua qaul ini dengan  kata kita awal yang wajib daripada yang dimaksud itu makrifat dan awal yang wajib daripada rasilat itu nazir dan makna fadilat itu jalan yang menyampaikan kepada yang dimaksud kerana jikalau kita lazimkan tasdiq dengan barang yang tiada di ketahui ia akan sahnya dan batalnya nescaya membawa ia kepada benarnya atau tersalahnya kerana tiada  ia mengenal dalil yang boleh membezakan antara keduanya atau membawa kepada bersamaan nabi dan yang bukan nabi kerana tiada dalil yang boleh membezakan antara keduanya dengan sebab tiada  nazar yang saheh.

(Dan jikaklau) di soal akan kita bahawa wajib nazar itu dahulu daripada beriman maka apabila kita seru akan seorang (ms14) kafir kepada beriman maka jawab ia beri tangguhkan oleh mu akandaku dahulu hingga aku nazar kerana kamu kata wajib nazar dahulu apa kata kita maka jikalau kita lazimkan dia suruh ikrar dengan iman yakni mengucap dua kalimah syahadat maka jadi binasa  kata kamu bahawa nazar itu awal wajib daripada beriman atau kamu beri tangguh akan dia biar dia nazar maka jadi Mukhalafatu dengan muktadi syara’ kerana menuntut suruh menyegera akan keluar daripada kafir dan masuk ia di dalam Islam dengan tiada bertangguh maka jawab bahawasanya tilik ia akan hal kafir itu jikalau ada ia bercampur dengan muslimin kita suruhkan dia mengucap dua kalimat syahadat yakni tiada diberi tangguh akan dia kerana bahawasanya ghalib ada  nazar padanya dahulu  daripada bawanga dan tiada haru kita suruh nazar dahulu tetapi jadi kufur orang yang tiada mengajar dua

 kalimah syahadat itu apabila datang kafir minta ajar akan dia atau seperti katanya nantilah sesaat atau pergilah basah tubuh kamu atau pergi belajar kepada sipulan itu maka jika adalah orang kafir itu tiada bercampur ia dengan orang Islam seperti jauh negerinya daripada muslimin maka demikian jua diajarkan dia dua kalimah itu atas qaul yang mengatakan makrifat itu awal yang wajib maka ia taklid dahulu kemudian ia nazar supaya kuat imannya kerana bahawasanya Nabi s.a.w. dpadakannya dengan ikrar dua kalimat asyahadat inilah qaul yang muktamat dan atas qaul yang mengatakan nazar itu awal yang wajib maka disebutkan baginya dalil serta mengucap dua kalimat syahadat hingga faham kerana tiap-tiap orang yang diserukan dia oleh Nabi kita kepada beriman maka berkata ia baginya tunjukkan oleh mu atasku tanda kebenaran maka didatangkan mukjizat maka nyata benarnya maka percaya ia maka Islam ia atau tinggal atas engkarnya maka binasa ia.

Maka nazar itu pada  logat itu memandang dengan mata kepala dan maknanya pada istilah itu yaiyu kita aturkan dua pekerjaan yang  maklum keduanya supaya sampai kepada mengerahui pekerjjaannya yang majhul seperti kita susunkan qdiat soghri serta qodiat kobri kemudian diambil natijah daripada keduanya seperti kita kata ”bermula alam ini berubah-ubah” ini dfinmakan qodiat  soghri.

(Dan tiap-tiap) yang bereubah-ubah itu baharu – inidinamakan qodiat kobri maka natijahnya itu bermula alam ini baharu dan makna natijah itu faedah daripada dua jumlah itu  dan jumlah pun namanya dan qodiat pun nakanya.
(maka hendaklah) kita tilik kepada segala kelakuan diri kita kerana ia teerlebih hampir kepada kita maka adalah pada diri kita itu terkandung atas pendewngar dan penglihatan dan berkata-kata dan panjang dan lebar dan pendek dan reda dan marah dan putih dan merah kulit danhitam dan ilmu dfanjahil dan iman dan kufur dan lazat dan pedah dan lainnya daripada segala ara’d yang berdiri pada kita maka sekaliannya itu beerubah-ubah dan keluar daripada adam kepada ujud dan daripada wujud kerpada adam dan yang demikian itu dalil bagi baharu dan beekehendak kepada yang menjadikan dia dan yang menjadikan dia itu Tuhan yang amatkuasa lagi wajib alwujud lagi ’am ilmunya lagi sempurna qadarnya dan iradatnya.

Kemudian tilik pula kepada alam yang di atas daripada tujuh petala langit dan bulan dan matahari dan bintang setengah besar dan setengah kecil dan setengahnya berjalan dan setengahnya tetap  dan ada baginya pihak yang tertentu dan setengahnya bercahaya dan setengahnya kelam maka sekalian itu menunjukkan baharu kerana bereubah-ubah dan tiap-tiao yang baharu itu berkehendak kepada yang menjadikan dia kemudian tilik kepada alam......... (lihat samb.  Ms 14)

(Ketahui oleh mu (m.s. 15 baris 6)  

Apabila  sudah tetaplah bahawa ilmu ini sekaliannya muhaddis yakni baharu maka makna baharu itu dahulu daripada adanya itu Adm maka yang mengadakan dia itu Allah Taala zat yang wajib alwujud yang tiada baginya peremulaan dan tiada kesudahan dan ada bagiNya beberapa sifat kamalat yang tiada terhingga bagiNya pada bilangan pada nafsu almar sama ada sifat yang wujudiat atau salbiah kerana beberapa hadis yang menunjukkan tiada berkesudahan kamalat allah taala terapi taiada wajib kita ketahui atas jalan tafsili hanya wajib kita ketahuio atas jalan ajmal.

(Dan kata) musnaf- dan demikianlagi wajib atas tiap-tiap mukalaf bahawa mengetahui ia akan seumpama yang demikian itu pada hak segala Rasul a.s. dan menyebut oleh masnaf akan lafaz misal artinya seumpama kerana isyarat ia kepada bahawa tiap-tiap daripada barang yang wajib danbarangyang mustahiul dan barangvyang harus pada hak Rasul itu lain darioada barangyang pada hak Sllah Taala dan jikalau tiada disebut lafaz misal itu nescaya memberti waham bahawasa barang yang wajib dan barang yang mustahil dan barangyang harus pada rasul itu lain yang wajib dan yang mustahil dan yang harus bagiAllah Taala- Dertinya wajib atas tiap-tiap mukallaf itu mengetahui barang yang wajib bagi Rasul dan barang yang mustahil atasnya dan barang yang harus baginya.
MS 15 – Bermula makina rasul itu iaitu manusia yang laki-laki lagunerdeka yang diturunkan oleh Taala akan firman kepadanyta daripada hukum sama ada hukum iktiqad danhukunm fara’a syariat daripada ibadat dan menyuruh oleh Allah taala akan dia dengan menyampaikan hukum itu kepada umatnya dan jikalau tiada di suruh menyampaikan dia maka yaitu Nabi jua bukanb Rasul-maka Rasul itu khusus dan Nabi ityu unmum maka tiap-tiap rasul itu Nabi dan tiada tiap-tiap Nabi itu Rasul.

MS 15 (Faedah) Adalah bilangfabn ambiya’ pada qaul yang muktamat tiada seorang yang mengetahui akan hingganya tetapi adalah setengah daripada riwayat mehinggakan banyaknya iaitu dua juta empat ribu dan yang jadi Rasul daripada mereka tiga ratus tiga belas orang. Dan yang terlebih afdal daripada segala  

Mereka itu Nabi Muhammad s.a.w. dan
 mengiringi Nabi Ibrahim a.s.
Di ikuti        Nabi Musa a.s.        
     ”             Nabi    ’Isa a.s.
     ”             Nabi  Nuh  a.s.
    Maka yang lima ini dinamakan dia Ulul Azmi yaitu ertinya orang yang sangat teguh sabarnya dan yang daripada lima ini setengah mereka itu afdal daripada setengahnya tetapi tiada di tentukan oleh syara’.

                                 ---------------ooo------------
Barang Wajib bagi Tuhan Kita.  (ms 15 kitab yang sama)

Maka setengah daripada barang yang wajib bagi Tuhan kita Jal Waza yaitu dua puloh sifat di itlakkan sifat itu atas makna yang wujudi yang berdiri Ia dengan mausuf dan di Itlakkan dia pula atas barang yang  lain daripada zat inilah yang dikehendak di sini kerana bahawasanya yang dua puluh ini setengahnya barang yang ia wujudi seperti Qadrat dan Iradat dan setengah daripada ia hal seperti keadaan Qadirun dan Muridun dan setengah daripadanya barang yang ia ’adami seperti Qidam dan Baqa’.

(Dan) barang yang menyebut akan dia oleh masnaf daripada bahawa yang  wajib tafsili itu dua puloh sifat dan yang nustahil tafsili pun seperti demikian itu jua  yaitu dibinakan atas yang berkata dengan sebut ehwal yang diperbuat atas tariqat yabg berkata dengan bahawa segala perekara itu empat bahagi- Pewrtama Maujudat dan yaitu barangyang di lihat akan dia dan Kedua maklumat dan yaityu baranfyang tiada sebut baginya dan Ketiga ehwal dan wasitah antara maujudat dan  makdumat dan (ms 16 kitab)
                       Xxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxx

Dari Kitab Mengenal Allah (m.s.1- 4)

Islam seperti Pokok Kayu

Agama Islam umpama pohon kayu. Sebatang pohon kayu yang mempunyai bahagian yang tidak dapat di lihat, bahagian yang tertanam di perut bumi. Yaitu yang dinamakan akar, yang sangat banyak, ada yang besar dan panjang, dan ada pula yang halus seperti rambut dan pendek. Pokok kayu itu mempunyai bahagian yang dapat di lihat, bahagian yang menjulang di atas permukaan bumi, yang dinamakan batang beserta dahannya yang besar dan rantingnya yang kecil dan banyak.

Agama Islam diumpamakan seperti sebatang pokok kayu kerana mempunyai dua ajaran. Ajaran pertama kepercayaan (Iman) yang dinamakan Rukun Iman. Pekerjaan otak dan fikiran,banyak yang mesti dipercayai oleh orang Islam, tetapi yang asas hanya enam perkara. Setiap orang Islam, otak dan fikirannya mesti yakin dan percaya sepenuhnya kepada enam perkara yang tersebut di bawah ini:

1.    Percaya tentang adanya Tuhan yang mencipta seluruh alam
2.    Percaya tentang adanya Malaikat, yang menjaga alam ini.
3.    Mempercayai semua rasul yang diutus Allah kepada manusia untuk mengajar agama yang besar.
4.    Mempercayai semua Kitab Suci Allah yang diturunkan kepada Rasul-Rasul.
5.    Mempercayai bahawa semua manusia yang sudah mati akan dihidupkan kembali di Alam Akhirat, hidup yang kekal dan abadi, di mana semua perbuatan manusia selama hidup di dunia ini dihitung dan dibalas dengan balasan yang setimpal.
6.    Percaya kepada Qada’ dan Qadar, iaitu bahawa semua apa yang terjadi itu adalah dengan kekuasaan Allah semata-mata.


Ajaran yang Kedua ialah –Disamping Rukun Iman yang 6, setiap orang Islam wajib menjalankan atau melakukan 5 perkara yang dinamakan Rukun Islam iaitu:

1.    Mengucapkan dua kalimah syahadat,iaitu:
أشهد ان لا إلـه إلا الله وأشهد محـمد رسول الله.
Ertinya:”Aku mengaku tidak ada Tuhan selain Allah, dan aku mengaku bahawa Muhammad adalah rasul (pesuruh Allah)”
2.    Mengerjakan solat (sembahyangh) 5 waktu sehari semalam.
3.    Mengerjakan puasa di bulan Ramadhan.
4.    Mengeluarkan zakat harta setelah cukup nisab dan  haul sekali setahun.
5.    Mengerjakan ibadat haji ke Mekah sekali seumur hidup, bagi mereka yang nmampu.

Kepercayaan Kepada Allah

Rukun Iman yang pertama ialah kepercayaan atau keimanan kepada Allah iaitu tunjang keimanan, sumber segala kepercayaan dalam agama Islam. Bila kerpercayaan kepada Allah lemah maka akan lemahlah agama seseorang.
Bumi dengan segala isinya merupakan satu bola besar dikelilingi oleh berpuluh-puluh planet dan berjuta-juta bintang, berjalan dengan teratur di angkasa raya, menyebabkan kehidupan teratur untuk segala makhluk yang hidup. Siapakah yang menciptakan itu semua?  Siapakah yang mengatutr itu semua? Tidaklah mungkin semua itu terjadi dengan sendirinya. Jadi semua itu pasti ada penciptanya. Yang mencipta itu pasti satu Zat Yang Maha Besar dan Maha Agung. Maka Zat yang menciptakan dan mengatur segalanya yang ada inilah yang dinamakan Tuhan, Allah Yang Maha Besar,Allahu Akbar.(ms 3)
Tuhan itu Ada (Wujud) (ms 6 dan 7)

1.    Alam yang luas terdiri dari bumi,matahari, bulan dam berjuta-juta bintang tentu tidak jadi dengan sendirinya.Pasti ada yang menciptanya iaitu Allah swt.

2.    Bumi  dan matahari berputar. Siapakah yang memutarnya atau pengerak maka jawabnya ialah Tuhan, jadi Tuhan itu ada.
3.    Di dalam alam ini ada susunan dan peraturan yang amat baik. Bumi mengelilingi matahari dalam waktu 365 hari 5 jam dan 49 mint, bulan mengelilingi bumi dalam 29 hari 12 jam. Semua berjalan dengan teratur Jadi yang mengaturnya iaitu ialah Allah. Jadi Tuhan pasti ada.
4.    Kenapa tidak ada kesempurnaan manusia, ada yang hidup senang dan menindas atau manusia yang sangsara dan di tindas.Maka setiap penganiayaan ada balasannya dari Tuhan, jadi Tuhan itu ada.

Tuhan Maha Ghaib (ms 16 & 17)

Allah yang kita percayai itu adalah ghaib,Maha Ghaib. Bukan seperti tanah, air atau benda-benda padat atau bukan beda cair. Sebab itu Tuhan tidak dapat kita lihat dengan mata, tidak dapat kita dengar dengan telinga dan tidak dapat kita pegang dengan tangan.Kerana itu tiada seorang manusia pun dapat menyelidikinya.

Sungguhpun begitu kita dapat mengetahui bagaimana Allah berdasarkan wahyu-wahyu yang disampaikan oleh Malaikat Jibril kepada Nabi Muhammad saw berdadarkan kitab suci Al-Quran.







Dari Kitab Sifat 20 –Sifat-sifat Allah &Mentauhidkan Diri KepadaNya.

Menghayati Sifat-sifat Allah SWT.

Sesungguhnya sifat-sifat Allah SWT itu  bukan saja berjumlah sebanyak 20 sifat. Jumlah sifat-sifat Allah SWT banyak sekali tetapi tidak ada yang mengetahui jumlah yang sebenarnya, kecuali hanya Allah sahaja yang mengetahuinya. Allah SWT bersifat dengan segala sifat kesempurnaan, kerana selainn dari sifat 20, masih kita temui sifat-sifat Allah yang Maha Agung itu dalam Nama-nama Allah yang indah (Asmaul Husna).

                                   ------------o--------------       xxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxx

Dari Kitab (Nipis) Al-Juhar Al-Mauhub Wamun bahatul qulub Bagi Al-Ilmu Al Alamat. (ms 3)
Bermula ilmu tauhid itu ibarat daripada perhimpunan barang yang di iktikad yang di bangsa kepada agama yang diambilkan daripada yang diyakinkan.
 (Dan Bicara) ilmu ini pada zat Allah Taala daripada sekira-kira barang yang wajib baginya dan barang yang mustahil atasnya dan barang yang harus baginya dan pada segala Rasul demikian jua dan pada segala barang yang di datang dia oleh Rasul seperti hari kiamat dan lainnya.
(Dan faedah) ilmu ini dapat kemenangan dan beruntung oleh yang mengetahuinya selama-lamanya., (Dan agama itu) ibarat daripada perhimpunan segala hukum yang dihantarkan dia oleh Allah Taala bagi  segala hambanya yang mukallaf atas lidah Rasulnya yang membawa akan mereka itu kepada kebajikan yang kekal.
(Dan) Segala tanda agama empat itu (Pertama) Sah iktiqad iaitu jazam dengan barang yang di iktikad dia oleh ahli Al-sunah (Kedua) Benar qasad iaitu menunaikan ibadat dengan ikhlas (Ketiga) menyempurnakan janji iaitu mengerjakan segala yang di suruh (Keempat )Keti8adaan melampaui iaitu meninggalkan segala yang dilarang (dan) melengkapi agama itu atas Tiga perkara iaitu Islam dan Iman dan Ehsan.
(Bermula Islam itu) mengikut dan menerima oleh zahir seseorang akan barang yang mendatangkan dengan dia oleh Nabi S.a.w. daripada segala barang yang diketahui daripada agama dengan darurat ertinya dengan ketiadaan fikir dan bicara seperti dua Kalimah Syahadat dan sembahyang dan dikehendaki dengan mengikut dan menerima itu mengaku akidah dengan barang yang tersebut itu dan tiada menolakkan dia dan jika tiada diamalkan dia sekalipun seperti meninggal ia akan sembahyang dan umpamanya selama-lamanya
(Dan segala Rukun Isalam itu ) Lima perkara – (Pertama) bersaksi bahawa tiada Tuhan melainkan Allah dan bahawa Muhammad saw pesuruh Allah dan ini rukun tertentu dengan orang kafir yang menghendaki Masuk Islam (Kedua) mendirikan sembahyang yang lima waktu (Ketiga) memberikan zakat (Keempat) puasa di bulan Ramadhan (Kelima) mengerjakan haji di  Baitullah di  Makkah  bagi  mereka yang berkuasa kepadanya akan jalan itu.
(Bermula iman itu) membenar hati akan nabi s.a.w. pada tiap-tiap suatu yang mendatang ia dengan dia daripada barang yang maklum daripada  agama dengan darurat dan dikehendaki dengan membenar itu mengikut hati dan menerimanya akan barang yang tersebut itu tiada semata-mata mengetahui benar Nabi s.a.w. serta  ketiadaan mengikut dan menerima maka tiada di hukumkan dengan Iman pada kebanyakan daripada segala kafir yang mengetahui mereka itu bahawasanya Saidina  Muhammad s.a.w. itu Nabi dan Rasul yang sebenar kerana ketiadaan mengikut hati mereka itu dan ketiadaan menerimanya akan demikian itu.

(Dan segala Rukun Iman itu) Enam perkara – (Pertama) Beriman ertinya percaya dengan Allah – (Kedua) Beriman dengan malaikat Nya  (Ketiga) Beriman dengan segala kitab Nya (Keempat) Beriman dengan Rasul Nya (Kelima) Beriman dengan Hari Kesudahan (Keenam Beriman dengan Qada’ baiknya dan jahat Nya, ertinya bahawasanya sekalian perkara sama ada elok seperti taat atau keji seperti maksiat hasil ia dengan perbuatan Allah Taala atas muafakat kehendak Nya pada sediakala.

(Bermula Ehsan itu) Berbuat baik dengan bahawa ikhlas oleh seseorang pada segala ta’atnya dan iaitu beribadat kita akan Allah Taala pada hal seolah-olah kita melihatkan Dia maka tiada patut kita  berpaling kepada yang lainnya dengan batin atau zahir pada hal mengetahui kita bahawasanya Allah Taala itu melihatkan kita maka malu kita pada ketika itu bahawa lalai kita di dalam ibadatnya dan Ehsan ini syarat bagi kesempurnaan Islam dan iman maka tiada sempurna keduanya melainkan dengan dia.

(Bermula Permulaan Barang Yang wajib) - Pada syara’ atyas tiap-tiap mukallaf iaitu orang yang akal lagi baligh sama ada lelaki atau perempuan itu (1) Bahawa mengenal ia akan Allah Taala ertinya mengetahui segala hukum sifatnya dan segala hukum ketuhanannya dan mengetahui segala yang membawa kepada mengetahui demikian itu daripada segala barang yang bergantung dengan Rasul. Maka tiada dikehendaki dengan mengenal Allah Taala itu mengetahui hakikat zatnya Subhanahu Waa Taala kerana tiada dapat mengetahui oleh yang baharu akan hakikat yang qadim.

(Maka Mengenal) dan mengetahui itu jazam yang membetuli bagi waqi’a yang hasil jazam itu daripada dalil ertinya iktikad yang putus yang mengenai akan yang benar yang jadi ikitikad itu daripada tanda yang menunjuk atas betul iktikad itu.

(Maka wajib pada) [pada syara’ atas tiap-tiap mukallaf mengetahui segala yang wajib pada akal pada hak Tuhan kita « jal waza » dan barang yang mustahil atasnya Taala dan barang yang harus bagi Nya Alah Taala.
(dan demikian) wajib atasnya mengetahui barang yang wajib pada hak segala Rasul alaihm salam alsolat wassalam dan barang yang mustahil atas mereka  itu dan barang yang harus bagi mereka itu (Dan erti ) wajib pada syara’ itu barang yang diberi pahala atas mengerjakan dia dan diseksa atas ketiadaannya. (Dan erti) wajib pada akal itu barang yang tiada tasur pada akal ketiadaannya seperti mengambil lapang bagi jazam.

---------------------------oooo----------------------------------
Dari  kitab yang sama di atas m.sa. 5.
(Wajib) bagiallah taala tiap-tiap sifat kesempurnaan yang patut dengan zat Nya yang Maha Tinggi dan kesempurnaan itu amat banyak tiada meliputi dengan Dia melainkan Allah Taala maka wajib disabitkan baginya  Taala atas jalan Ijmal (Dan mustahil) atasya Taala tiap-tiap sifat kekurangan dan iaitu amat banyak tiada menghingga akan di melainkan ia S.W.T maka wajib disucikan Dia Taala daripadanya atas jalan Ijmal pula dan dalil atas demikian itu bahawa jikalau tiada bersifat ia dengan segala sifat kesempurnaan nescaya bersifat ia dengan segala lawannya iaitu segala kekurangan dan kekurangan atas Allah Taala itu mustahil kerana jikalau bersifat ia dengan kekurangan nescaya tiada menjadi ia akan suatu daripada alam ini dan demikian itu batal kerana alam ini telah ada dengan musyahid.  (ms 5)
             ----------------------oooo---------------------
Dari Kitab – Mencapai Makrifat, satu  Pendekatan (kuning)ms 5

Dzat Allah

Dzat Allah adalah ghaib dari segala yang ghaib dari fikiran manusia. Ghaib dari pandangan dan penglihatan manusia, ghaib dari pendengaran manusia, ghaib dari pancaindera manusia. Dzat Allah tidak dapat difikirkan oleh manusia bagaimana keadaan Nya. Manusia tidak dapat menjamah Nya, dan menyentuh Nya.  Manusia tidak mempunyai daya sedikit pun untuk membayangkan tentang Dzat Allah.

Manusia buntu dan fikirannya kosong dari gambaran Dzat Allah. Maka wajarlah manusia mengeluh dan mengaku tidak tahu bagaimana Dzat Allah.  Walaupun begitu manusia diwajibkan mengenal Allah. Dan Allah memperkenalkan diri Nya kepada manusia menerusi rasul-rasul Nya.
Bagi umat di akhir zaman ini, termasuk kita semua, Allah mengutus Rasul akhir zaman iaitu Nabi besar kita Nabi Muhammad s.a.w. dan menerangkan dengan sejelas-jelasnya sifat  Allah sebagaimana yang tersebut di dalam Al-Quran dan hadis Nabi s.a.w.

                         xxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxx

Dari Kitab Sifat 20 m.s.107.

MENGHAYATI SIFAT-SIFAT ALLAH S.W.T.

Sesungguhnya sifat-sifat Allah SWT itu bukan saja berjumlah sebanyak 20 sifat. Jumlah sifat-sifat Allah SWT banyak sekali tetapi tidak ada yang mengetahui jumlah yang sebenarnya, kecuali hanya Allah sahaja yang  mengetahuinya. Allah SWT bersifat dengan segala sifat kesempurnaan, kerana selain dari sifat dua puluh, masih kita temui sifat-sifat Allah yang Maha Agung itu dalam Nama-nama Allah yang indah (Asmaul Husna)
Di dalam Al-Quran masih banyak kita jumpa sifat-sifat Allah yang tidak termasuk dalam sifat dua puluh dan Asmaul Husna.  Walaupun demikian ada dua puluh sifat yang wajib  kita ketahui. Di kalangan para ulama’ terkenal dengan Sifat Dua Puluh ». Iaitu dua puluh sifat yang wajib bagi Allah, dua puluh sifat yang mustahil  bagi Allah dan satu sifat yang jaiz atau harus bagi Nya.  Dalam sifat dua puluh ini ada tergolong sifat Nafsiah,  Salbiah,  Ma’ani dan  Ma’nawiah.
Sifat Yang Wajib Bagi Allah itu :
1.    Wujud وُجـُوْدٌ                            ..          ..            ..     
2.    Qidamقِــدَم ٌ                              ..        ..             ..    
3.    Baqa’             بَقـَـاءٌ                         ..           ..            ..      
4.    Mukhala fatuhu Lilhawadith مُخَا لـَفـَتـُهُ لـِلْحَـوَادِ ثِ          ..   
5.    Qiaةuhu Binafsihقـِيـَـا مُـهُ بِـنَـفْـسِـهِ        ..         ..           ..    
6.    Wahdiniatوَحَــدَا نِـيــَة ُ           ..        ..            ..            
7.    Qudratقـُـدْ رَةٌ                 ..        ..            ..                
8.    Iradat (berkehendak)                                                                      إِرَادَة                                       
9.    Ilmu (mempunyai pengetahuan)              ..              عِــلْــمُ
10.                        Hayat (Hidup tidak binasa)  ..     …   …     حَـيا      

11.                       Sama’(maha mendengar)     …     …           سـَـمـَـع
12.                       Bashar  (maha melihat)   ..    ..       بَـصَـر              
13.                       Kalam )Berkata-kata)                      ...                كَلاَمٌ       
14.                       Kaunuhu Qadiran (Allah tetap selalu dalam
           keadaan berkuasa)
                                                كَــوْنـُـهُ ٌقـَــادِ رًا

15.                       Kaunuhu Muridan(Tetap Dalam Keadaan Menghendaki)
                                  كـَـوْ نـُـهُ مُــرِيـْـدً
16.                       Kaunuhu ‘Al iman (Tetap selalu Dalam Keadan Mengetahui)
                                                             كـَوْ نـُـهُ عـَـالـِـمـًـا
17.                                 Kaunuhu Hayyan (Tetap selalu dalam keadaanHidup)
                                                 كـَــوْ نـُــه ُحـَـيـًّـا            
18.                                Kaunuhu Sami’an (Tertap selalu dalam keadaan mendengar)
                                                          كـَـوْنـُـهُ سَــمِــيـْـعـًـا
19.                              Kaunuhu Bashiran (Tetap selalu dalam keadaan melihat)
                                                         كـَـوْ نـُـهُ بـَـصِــيْــرًا
20.        Kaunuhu Mutakaliman.(Tetap selalu dalam keadaan berkata-kata)
                                    كـَـوْنـُـهُ مُــتـَـكـَـلـِّـمـًـا    

Pengertian Sifat Nafsiah
Sifat Nafsiah iaitu dari zat itu sendiri bukan sifat yang menumpang pada zat itu.  Sifat ini dikatakan Nafsiah kerana tidak menunjukkan makna yang menumpang pada diri zat. Menurut Jumhur Ulama’ sifat ini menunjukkan kepada zatnya, bukan menunjukkan kepada perkara yang menupang pada zatnya.

Sifat ” Wujud ” dikatakan sifat nafsiah ertinya, wujud itu bukan merupakan sifat yang menumpang atau menempel pada Zat Allah SWT akan tetapi Zat Aallah SWT itu dengan sendirinya kewujudan Allah.  Ataupun Zat Allah dengan Wujud Allah tidak dapat dipisahkan. Berbeza dengan sifat ma’ani seperti ”Ilmu”, kerana sifat ini merupakan sifat yang menempel pada Zat Allah. Ertinya sifat Ilmu itu terpisah dengan Zat Allah.  Sebab Allah mengetahui sesuatu dengan  Ilmu Nya bukan dengan zat Nya. Hanya sifat ”Wujud” sahaja yang termasuk dalam sifat nafsiah.

Pengertian Sifat Salbiah.

Salbiah maksudnya, menanggalkan, menolak ataupun menafikan. Maksud sifat salbiah dalam hal ini iaitu menolak sifat-sifat yang tidak layak bagi Allah SWT. Umpamanya menolak sifat yang tidak layak bagi Allah seperti Baqa’ ertinya kekal. Sifat ini menafikan sifat Fana’ ataupun binasa bagi Allah SWT.

Pengertian Sifat Ma’ani

Sifat Ma’ani ialah sifat yang  maujud atau ada yang berdiri pada Zat Allah SWT, yang menyebabkan Zat itu bersifat dengan suatu hukum sifat Ma’nawiyah. Umpamanya sifat Ma’ani seperti ”Ilmu”,  sifat ini ialah sifat yang berdiri pada  Zat Allah. Ertinya ilmu itu sifat Allah bukan Zat Allah.  Allah SWT dapat mengetahui sesuatu dengan ilmu Nya bukan dengan Zat Nya. Yang menyebabkan zat itu bersifat dengan sifat suatu hukum sifat Ma’nwiyah maksudnya kerana Allah SWT mempunyai sifat ilmu, maka Allah dikatakan Kaunuhu ’Aliman (Keadaan Nya berilmu), kerana Allah mempunyai sifat sama’ maka Allah dikatakan Kaunuhu Sami’an atau Keadan Nya Mendengar.

Dari Kitab Sira Alsa Likin
دري كتاب
سِــيَرَ السَّــا لـِــكِيـْـنَ.
(ms. 21) (Ketahui oleh mu bahawasanya wajib atas tiap-tiap orang yang ‘akil baligh itu mengetahui ia keadaan Zat Allah Taala dan segala sifat Nya dan segala afghal Nya.(Bermula) keadaan Zat Allah Taala bahawa  wajib kita iktikadkan akan keadaan Allah Taala itu iaitu Zat yang wajib al wujud yang mustahak bagi segala sifat kamalat dan Mahasuci ia daripada segala sifat kekurangan.

(Bermula) sifat Allah Taala itu iaitu terbahagi atas empat bahagian (maka bahagi Yang Pertama) Sifat Salbiah namanya iaitu wajib kita iktikad bahawasanya Allah Taala itu yang asa tiada menyengutui baginya, ertinya yang tunggal tiada yang menyerupai baginya, yang dikehendaki oleh segala hamba Nya tiada baginya lawan, yang bersendiri, tiada yang membandingi baginya.

Bahawasanya Allah Taala sedia ada tiada yang mendahului baginya, yang terdahulu tiada baginya permulaan, yang kekal wujud Nya, tiada bagi Nya akhir, yang kekal selama-lamanya, tiada bagi Nya kesudahan, yang berdiri dengan sendiri Nya, tiada yang memutuskan bagi Nya, yang ada Ia selama-lamanya, yang kekal tiada yang memutuskan baginya, Ia selama-lamanya dan sentiasa (ms.22) tidak bersifat dengan segala sifat kebesaran dan sifat ketinggian, tiada yang menyudahi atasNya dengan kesudahan dengan sebab putus segala zaman dan dengan binasa segala masa, tetapi adalah iaitu pada permulaan dan kesudahan dan zahir dan batin dan iaitu yang terlebih mengetahui dengan suatu.

(Yang Kedua) Sifat Tanziah namanya iaitu wajib kita iktikad bahawa Allah taala itu bukannya berjisim (merupa) yang dapat dirupakan dan bukannya juhar yang dihadkan dan yang dapat dikira-kirakan. Wajib kita iktikadkan bahawasanya Allah Taala itu tiada menyamai ia akan segala jism yang baharu, tiada menyamai ia pada takdir dan tidak menyamai ia pada menerima bahagi, ertinya dan wajib kita iktikadkan bahawasanya Allah Taala itu bukannya juhar dan tiada mengambil tempat akan Dia oleh segala juhar. Bkannya ia ‘arad dan tiada mengambil tempat akan dia oleh segala ‘aradm dan tetapi lagi tiada menyamai ia akan keadaan segala yang baharu dan tiada menyamai keadaan segala yang baharu ini akan Dia. Firman Allah SWT
ليس كمثله شىء ولاهـو مثـل شىء.
Ertinya “Tiada menyerupai ia akan Allah Taala oleh sesuatu dan tiada menyumpai ia akan sesuatu daripada sergala yang baharu”. Dan wajib kita iktikadkan bahawasanya Allah Taala itu tiada boleh dihadkan akan Dia oleh kira-kira dan tiada meliputi oleh segala benua, dan tiada dapat mengelilingi dengan di itu oleh segala pihak yakni tiada ada ketentuan Allah Taala itu di dalam pihak kanan kah atau pihak hadapan kah, atau pihak belakang kah atau pihak atas kah atau pihak bawah kah, kerana segala pihak itu melazimkan akan jism itu dan jism itu melazimkan baharu.

Bahawa Allah Taala itu Maha Suci daripada dan maha suci daripada jism dan mahasuci daripada tempat dan maha suci daripada baharu dan hanya Allah Taala itu qadim yang menjadikan sekalian yang baharu ini lagi kekal dan tiada meliputi akan dia oleh segala bumi dan segala langit, ertinya wajib kita iktikadkan bahawasanya Allah Taala itu mempunyai perintah dan mempunyai kerajaan atas Arash atas jalan yang mengata ia akan dia dan dengan makna yang menghendaki ia akan dia akan segala perintah yang maha suci daripada bersentuh dengan Arash dan maha suci ia daripada tetap atasnya maha suci daripada bertempat di dalamnya dan maha suci daripada  mengambil tempat padanya dan maha suci daripada berpindah kepadanya, tiada menanggung akan dia oleh Arash tetapi adalah Arash dan segala malaoikat yang menanggung akan Arash itu ditanggung dengan Latif qadrat Allah Taala dan yang d kekal segala mereka itu akan menanggung akan Arash itu di dalam kuasa Allah Taala dan di dalam perintah Nya.

Dan Allah Taala itu mempunyai kerajaan di atas langit danArash din di atas tiap-tiap suatu hingga ke bawah tujuh petala bumi iaitu memerintah di atas sekalian suatu tiada bertambah hampirnya kepada Arash dan tyiada bertambah hampirnya kepada langit tetapi (ms 23)

Adalah Allah Taala yang amat tinggi darjatnya itu daripada Arash seperti bahawasanya adalah iaitu yang amat tinggi darjatnya itu daripada yang di bawah tujuh petala bumi yakni bukan makna di atas itu di atas mengambil tempat....

Yang Ketiga Sifat Wujudiah dan dinamakan Sifat Maani (ms 24)
Sifat Maani iaitu Tujun Sifat:

1.    Pertama Al Hayat, (ms 24)ertinya Allah taala itu hidup sealama-lamanya tidak menetrima sekali-kali akan mati.
2.    Kedua AlQadrat, (ms 24)ertinya kuasa yang taklik ia dengan segala mumunkin, iaitu wajibkita iktikadlan bahawasanya Allah taala itu yang kuasa yang gagah yang perkasa.
3.    Ketiga Al Ilm, (ms 25) rtinya mengetahui iaity sifat yang qadim lagi azli,yang mengetahui ia dengan yang maklum yakni segala yang wajib dansegaka yang muastahiul dansegalka yang jaiz sekaliannya itu diketahui olehASllah Taala dengan ilmu Nya yang qadim.
4.    Keempat Al Iradat (ms 26) ertinya Allah Taala itu menjadikan akan segala alam ini dengan kehendaknya dandenganikhtiarnya dan dengan qasad Nya.
5.    Kelima Al Sama’ (ms 27) ertinya Allah itu maha mendengar segala sesuatu yang diperkatakan oleh makhluk-makhluk Nya. Allah yang memiliki sifat Maha Mendengar tidak pernah mengalami kerosakan alat pendengar Nya dan ia kekal dengan sifat tersebut.
6.    Keenam Al Bashar (ms 27) erttinya Allah Maha Mlihat apa sahaja yang ada di alam ini. Allah dapat melihat segala gerak-geri hamba-hambanya. Firman Allah: ”Sesungguhnya Alla mengetahui apa yang gdaib di langit dan di bumi. Dan Allah Maha Mrelihat apa yang kamu kerjakan” (AlHujrat ayat 18)

7.    Ketujuh Al Kalam (ms 28) ertinya berkata-kata. Kalam Allah itu tidak memakai huruf dan kata-kata dan dinamakan wahyu dan setiap wahyu diberikan kepada makhlukNya seperti malaikat. Wajib kita  ikitiqadkan bahawasanya Allah taala itu yang berkata-kat yang menyuruh yang menegah yang menjanjikan akan sergala orang yang membut ibadat itu denga syurga.

Sekian dahulu, dan akanbersambung lagi dalam masa terdekat.

              -----------------------ooooooooo------------