Monday, 21 May 2012

DARI KITAB “AQIDAT ALNAJIN” فركارا" باب كتوهانن" دري كتاب "عقيدة الناجين". Bab Ketuhanan. (Ketahui oleh mu) bahawa makna Allah itu nama baik zat Tuhan kita yang wajibal wujud khas ia pada lafaznya dan khas ia maknanya maka erti khas pada lafaz itu tertentu lafaz Allah itu nama baik Tuhan kita dan tiada harus dinamakan dengan Dia akan yang lain daripada zat Allah melainkan atas jalan sandaran seperti Abdullah dan erti khas pada makna itu maknanya makbud bihaq ertinya yang disembah dengan sebenarnya maka tertentu makna yang demikian itu bagi Allah tiada dapat bagi yang lainnya dan lafaz Allah itu mesmi lazim di sisi jahur ulama’ dan telah memilih oleh Nuwai akan bahawa isim ala’zim itu lafaz Alhayiul Quayum. (Bermula Rahman) itu nama bagi sifat khas pada lafaznya dan ‘am pada maknanya sebab dikatakan khas pada lafaznya kerana pada lafaz Rahman itu tertentu disifatkan dengan Dia bagi Allah jua dan tiada harus dikatakan bagi yang lainnya dengan Rahman dan sebab katakan ‘am pada maknanya kerana makna Rahman itu pemurah, maka melengkapi pemurah itu kepada segala makhluk berakal atau tiada Islam atau Kafir. (Dan Rahim) itu nama bagi sifat pula ‘am pada lafaznya ertinya harus dinamakan dengan Dia akan yang lainnya daripada Allah dan khas pada maknanya kerana tertentu mengasihani itu bagi kaum yang Mukminin jua pada hari kiamat. (Kemudian memulai) pula oleh masnaf dengan mula yang kedua kerana memberi tahu ia akan bahawasanya permulaan itu dua bahagi. (Yang Pertama) dinamai akan dia permulaan haqiqi iaitu permulaan yang terdahulu pada hadapan maksud dan tiada mendahului akan dia oleh suatu seperti Bismillah (Dan yang Kedua) Dinamai akan dia permulaan Adhafi iaitu permulaan yang terdahulu pada hadapan maksud dan jikalau mendahului akan dia oleh suatu sekalipun seperti Al Hamdulillah maka iaitu sudah di dahului dengan Bismillah maka berkata ia (Al Hamdulillah) ertinya bermula segala puji itu bagi Allah. Bermula puji itu terbahagi atas empat – Pertama puji qadim bagi qadim dan iaitu puji Allah akan diri Nya pada azli … Dan Kedua puji qadim bagi hadis dan iaitu memuji Allah Taala bagi Ambiyanya dan Auliyanya seperti firm Allah.. نعم العبدانه أواب ... Ertinya sebaik-baik hamba ku itu yang banyak taubat. Dan Ketiga puji hadis bagi hadis iaitu memuji hamba setengah akan mereka itu seperti katanya “Sebaik baik manusia itu si anu....” Dan Keempat puji hadis bagi qadim dan yaitu memuji hamba akan Tuhannya serperti katanya الحمد الله الذى هدانا.....maka keempat-empatnya itu kembali kepada Allah Taala. (Bermula) makna puji pada loghat itu yaitu memuji dengan keelokan atas sifat yang elok yang ikhtiar akan pihak membesarkan Dia dan puji pada Islah itu perbuatan yang memberi tahu Dia daripada membesarkan akan yang memberi nikmat dengan sebab keadaannya yang memberi nikmat atas orang yang memuji atau atas orang yang lainnya sama ada perbuatan itu perkataan dengan lidah atau iktikad dengan hati atau amal dengan segala angguta. (Bermula) rukun puji itu lima perkara iaitu – Pertama, hamid yakni orang yang memuji maka yang memuji di sini Sheikh Sanusi. Kedeua – Mahmudiah yaitu yang kena puji yaitu Allah Taala. Ketiga –Mahmudiah yaitu sifat yang kena pujian yang sabit ia bagi Allah. Keempat – Mahmudiah ’Alaih yaitu nikmat yang dipuji atasnya. Kelima lafaz sepertri kata الحمد لله atau sianu pemurah. (Kemudian) Diiringi oleh masnaf itu dengan selawat dan salam atas Nabi s.a.w. katanya:والصلاة والســـلام علـى رسول الله) ). Bermula rahmat Allah dan salamnya itu atas Rasul Allah yakni Nabi uhammad s.a.w. sesungguhnya mendatang ia dengan selawat atas Nabi s.a.w. kerana wirid daripada hadis-من صلى على فى كتاب لم تزل الملاءكة تسغفرله مادم امى فى ذلك الكتاب -ertinya barangsiapa selawat ia atas ku di dalam kitab nescaya sentiasa malaikat meminnta ampun ia baginya selama ada nama ku itu di dalam demikian kitab itu. Dan di himpunkan salam selawat itu kerana hendak melepaskabn daripada makruh menunggalkan salah suatu daripada keduanya selama tiada tempat yang datang wirid menunggal akan dia, Adapun jikalau datang wirid dengan menunggalkan dia maka tiada makruh menunggalkan dia. xxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxx

No comments:

Post a Comment