Monday, 21 May 2012

FADILAT MENUNTUT ILMU

BAB FADHILAT ILMU. (Kitab Hidayatulsalikin ms. 8 dan 9) Fasal pada menyatakan kelebihan ilmu yang memberi manfaat itu amat banyak yang tersebut di dalam al-Quran dan Hadis. Setengah darinya firman Allah S.w.t. يَرْ فـَعِ اللهُ الـَّذِيْنَ أَمَنُوْا مِنْكُمْ وَالـَّذِيْنَ أُوْتُوْا الـْعِلـْمَ دَرَجَتٍ Maksudnya-“Mengangkatkan Allah Taal a akan mereka yang percaya dengan Allah Taala daripada kamu dan mereka yang diberi akan dia ilmu Akan beberapa pangkat yang tinggi .” عقبة الاولى وهى عقبة العلم. Pertama. Ilmu itu seperti paku kutub yakni di atasnya tempat edaran. Ilmu dan ibadat itu wujud kerana keduanya barang yang di lihat dan dengar daripada karangan orang yang mengarang dan keduanya diturunkan kitab dan di suruh segala pesuruh bahawa Allah SWT yang menjadikan langit dan bumi amat berkuasa dan telah meliputi segala ilmu Nya, Istimewa pula ilmu tauhid untuk mengetahui menyembah Allah. Ketahuilah ilmu itu lebih mulia dari permata kerana sabda Rasulullah saw bahawa kelebihan orang yang berilmu itu lebih dari orang yang abid. Sabda Baginda SAW lagi bahawa Allah SWT lebih kasih orang yang berilmu seperti lebih setahun puasa dan sembahyangnya dan orang yang tidak berilmu seperti debu yang bertaburan di tiup angin. Ilmu itu seperti pohon kayu dan ibadat itu seperti buahnya, dan tuntut ilmu itu yang tiada beri mudarat pada ibadat. Bahawa ilmu itu lazimnya diikuti dengan ibadat supaya berhasil ibadat itu. Supaya hasil bagi mu ibadat maka wajib engkau ketahui ilmu bagaimana Tuhan yang di sembah nama Nya, sifat dan zat Nya dan barang yang wajib bagi Nya dan barang yang mustahil pada hak Nya. Ada kalanya engkau beriktikad pada sifatnya sesuatu yang tidak patut bagi zat Nya, maka jadilah ibadatnya kamu seperti debu yang bertaburan. Kemudian wajib bagi mu belajar ilmu yang wajib atas mu mengerjakan ibadat dari segala wajib hukum syariah supaya engkau mengerjakan yang disuruh dan meninggalkan yang di ditegah. Seperti bersuci, sembahyang, puasa dan yang lain-lain dan engkau belajar dengan hukumnya dan syarat-syaratnya. Jika tidak berilmu engkau kerjakan dengan apa yang tidak ketahui apa dia, atau engkau menjauhi maksiat yang engkau tidak ketahui maksiat itu. Terkadang engkau bertemu dengan suatu yang kesamaran dan tiada dapat hendak bertanya kerana tiada belajar ilmu itu. hlas, dan segala yang nahi yakni yang ditegah, seperti riak dan takbur supaya jauhkan dia, kemudian pula beberapa yang fardu yang telah di nas Allah SWT dalam Kitab suci al-Quran, melalui Nabi Muhammad SAW. Kamu tuntut ilmu dengan sabar seperti firman Allah SWT “Allah berserta orang-orang yang sabar” Jika engkau tiada berilmu engkau tinggalkan fardu yang di suruh seperti sembahyang dan puasa, engkau berusaha yang haram, mengekalkan maksiat yang wajib untuk api neraka, kamu pula bersifat marah dan riak. Maka inilah bala bagi orang yang membuat amal dengan tidak ilmu. Segala ilmu yang zahir bergantung pada perjalanan amalannya yang membaiki atau membinasakan dia seperti ujub dan ikhlas dan lain-lain. Maka sesiapa yang tidak berilmu dan tidak mengetahui yang perjalanannya tidak memberi bekas segala ibadat hanya mendapat payah dan penat sahaja dan inilah kerugian yang amat nyata. Ketahuilah bahawa kata Syidina abi Talib-“Barangsiapa yang menuntut ilmu yang melakukan perkara amalan terpuji dan terbaik maka syurgalah baginya, dan barang siapa yang menuntut ilmu maksiat maka neraka baginya di akhirat nanti”: Ketahuilah bahawa sabda Nabi saw dari Ibn Saud bermaksud “ Jika kamu duduk satu saat menuntut ilmu akhirat terlebih baik daripada engkau merdekakan seribu sahaya.” Dari Sayidina Umar Al-Khatab bermaksud: “Aku dengar Rasulullah saw bersabda bahawa Barang siapa berjalan kepada hajat menuntut ilmu akhirat, maka tiap-tiap langkah Allah memberikan seratus kebajikan. Ketahuilah bahawa berkata Syidina Ali r.a. bahawa !. Pertama ilmu itu pakaian ambiya dan harta itu pusaka Qarun dan firaun. 2.Kedua baik berilmu dari banyak harta kerana ilmu memelihara akan daku dan harta kena aku pelihara akan dia. 3.Ketiga ilmu itu lebih baik dari harta kerana empunya harta, banyak seteru dan orang yang banyak ilmu banyak tulannya. 4. Banyak harta apabila engkau nafkankan dia akan berkurang dan ilmu engkau nafkan dia akan bertambah. 5. Ilmu baik dari harta kerana banyak harta menjadi bakhil dan banyak ilmu dihormati dan di mulia. 6. Banyak harta hendak dipelihara dari pencuri tetapi banyak ilmu tidak payah di jaga kena curi. 7. Banyak harta akan di hisab di akhirat dan banyak ilmu di syufaat Allah. 8. Harta itu akan binasa apabila lama masanya tetapi ilmu itu tidak binasa walau pun beberapa lama. 9.Orang yang banyak harta akan keras hatinya dan sombong tetapi orang yang banyak ilmu menerangkan hatinya dan sentiasa beramal salih. 10. Orang yang banyak harta akan berlaku syirik terhadap Allah tetapi orang yang banyak ilmu akan bersifat kehambaan kepada Tuhan. Dari Kitab Hidayatu Al Salikin (oleh Syekh Abd Samad Palambani m.s. 4) Pada Menyatakan ilmu yang memberi Manafaat Kata Imam Ghazali r.a. bahawa ilmu yang memberi manfaat iaitu barang yang menambah takut mu akan Allah Taala dan menambah pula di dalam penglihatan hati mu dengan jalan diri mu dan menambah pula di dalam pengenalan mu akan ibadat kepada Tuhan mu dan mengurangkan akan gemar mu kepada dunia dan menambah gemar mu kepada akhirat dan membukakan ia akan mata hati mu dengan yang membinasakan akan ilmu hingga engkau pelihara daripadanya dan melihatkan ia akan dikau atasnya tipi syaitan dan perdayanya. Kata imam Ghazali yang bermaksud “ dan apa pun ini daripada ilmu yang memberi menafaat artinya ilmu yang tersebut di dalam kitab Bidayatul Al Hadiyah iaitu daripada ilmu yang meberi manfaat seperti hamba sebutkan di dalamkita ini dan demikianlagi ilmu yang memberi manfaat itu tersebut di dalamKitab Manhnj Al’Abidin bagi imam Ghazali dan demikkian lagi yang disebutkannya di dalam Kitab Ahya Ulum Al-Ddin dan demikian lagi yang disebut di dalam “ar Biin fi Usuluddin, dan demikian lagi yang disebut oleh imam Ghazali di dalam Kitab Mukhtar Ihyax dan demikian lagi sekalian pun ilmu tasauf itu iaitu ilmu yang memberi manfaat di dalam dunia dan di dalam akhirat dan dari kerana inilah kata Syaikh abdul wahab al-Syaarani di dalam “Kitab Yua Quyitu waljuwahir”) Ia naqal daripada imam Ghazali r.a. di dalam Ehya Ulmuddin dan ia naqal daripada Al-‘Araffin: (َمَنْ لـَمْ يَكُنْ لـَهُ نَصِيْبٌ مِّنْ عِلْمِ الـْقـَوْمِ يُخَافُ عَلـَيْـِـه سُوْ~ءُ الْخَاتِمَةِ) Ertinya: Barangsiapa tiada baginya daripada ilmu qaumi yakni ilmu tasauf nescaya ditakuti atasnya Su al-khatimah yakni mati di dalam maksiat dam kata Syaikh Abu Al Hassan al-Syazali r.a. bermaksud ”Barangsiapa tiada masuk lagi tiada mahir di dalam ilmu ini yakni ilmu tsauf nescaya mati ia pada hal ia menggali atas beberapa dosa yang besar-besar pada hal iaitu tiada mengetahui akan yang demikian itu dan kata Syaikh ini lagi bermaksud:”Dan inilah yakni ilmu tsauf iaitulah segala ilmu yang sayugianya bagi manusia bahawa dikaramkannya di dalam akan umurnya yang lancit pada menuntut dia dan jangan memadai daripadanya dengan banyak dan jangan memadai dengan sedikit yakni sayugianya bagi orang yang hendak kemenangan di dalam dunia dan akhirat itu dihabiskannya umurnya itu di dalam mengaji ilmu tsauf sama ada ia fardu ‘ain atau fardu kifayah dan mengamalkan dia dan mengerjakannya dan mentela’aat akan dia kerana tiap-tiap daripada membanyakkan mengetahui ilmu tsauf itu maka banyak takutnya akan Allah Taala dan yang lain daripada ilmu tiada di tuntut membanyakkannya melainkan sekadar fardu ‘ain jua dan kata Syed Abdul Kadir “Ketahui ilmu bahawasanya segala ilmu yang dituntut akan dia fardu ‘ain itu tiga perkara- Pertama, Ilmu al Tauhid dinamakan akan dia ilmu Usulluddin – Kedua, Ilmu Al-Syarak yang dinamakan dia Ilmu fiqh – Ketiga Ilmu al Batin yang dinamakan dia Ilmu Tsauf – Adapun fardu ‘ain pada ilmu al Tauhid itu maka iaitu mengenal kadar yang mengetahui dengan dia Zat Allah Taala dan sifatnya yang selebih dan sifatnya yang sabuteh dengan sekira-kira yang mengosongkan akan imannya yakni mengenal barang yang wajib bagi Allah Taala dan yang mustahil bagi Nya dan yang jaiz dan demikian lagi mengenal akan seumpama yang demikian itu bagi segala rasul a.s. dan beriman dengan segala yang didatangkan oleh mereka itu. Bermula mengenal akan yang lebih daripada yang demikian itu iaitu fardu kifayah, adapun kadar fardu lain ada ilmu syara’ itu maka iaitu mengebal kadar yang mengetahui dengan dia segala fardu taharah dan fardu sembahyang dan fardu puasa dan membatalkan akan dia dan fardu Haji dan Zakat dan sekalian yang membatalkan dia . Bermula yang lebih daripada fardu kifayah jua – adapun kadar fardu ‘ain pada ilmu batin itu yakni ilmu al tsauf maka barang yang sejahtera dengan dia segala amal yang zahir daripada fasad dan sejahtera daripada yang membatalkan dia seperti sembahyang daripada yang membatalkan pahalanya seperti bahawa seorang apabila sembahyang ia serta riyak atau ujub atau sami’ah maka membatalkan ia akan sembahyangnya itu dan kata Syed Abd Kadir al Idrus di dalam kitab Al dra al saiin: bermaksud ”dan bagi menghasilkan akan ilmu tsauf yang kadar ini yakni kadar fardu ‘ain memadailah ia dengabn mengamalkan barang yang di dalam kitab “Manhaj al ‘Abaddin: bagi Imam Al Ghazali r.a. dan mengenal perceraiannya ilmu batin ini buklannya daripada fardu ‘ain. ------------------------ m.s. 8 ----------------------- Fasal Menyatakan Klebihan ilmu Manfaat. Maka yang memberi ilmu yang menafaat amat banyak seperti yang tersebut di dalam Al-Quran dan Hadis يَرْ فـَعِ اللهُ الـَّذِيْنَ أَمَنُوْا مِنْكُمْ وَالـَّذِيْنَ أُوْتُوْا الـْعِلـْمَ دَرَجَتٍ Maksudnya-“Mengangkatkan Allah Taal a akan mereka yang percaya dengan Allah Taala daripada kamu dan mereka yang diberi akan dia ilmu Akan beberapa pangkat yang tinggi .” Dan kata Syidina Abdullah Ibn Abbas yang bermaksud “Bagi segala ulama’ itu beberapa pangkat mukminin dengan tujuh di atas pangkat yang antara ra pangkat itu perjalanannya lima tahun .Bermula yang terlebih afdal daripada manusia itu iaitu mukmin yang ilmu yang afdal dikehendaki orang kepadanya nescaya memberi Manfaat ia akan dia dan jikalau di kayakan daripadanya nescaya mengkayakan ia akan dirinya yakni jikalau orang terkaya daripadanya nescaya ia terkaya daripada orang. Bahawasanya malaikat merendahkan diri akan segala sayapnya bagi orang yang menuntut ilmu kerana sangat sukai dengan perbuatannya itu dan sabda Nabi Saw yang bermaksud: “Sesungguhnya bahaw berpagi-pagi mereka itu maka belajar ia akan satu bab daripada ilmu nescaya terlebih baik baginya daripada bahawa ia sembahyang sunat seribu rakaat .” Ketahui oleh mu bahawasanya ilmu yang berulang-ulang sebutnya di dalam al-Quran yang maha mulia atau di dalam Hadis Nabi saw bahawa iaitu ilmu yang memberi manfaat yang menyertai akan dia takut akan AllahTaala dan meliputi akan dia hebat akan Allah Taalaitu. Bermula orang yang sahih menuntut ilmu itu yang niatnya adalah ilmu yang digemari Allah Taala iaitu mengerjakan taat dan menjauhkan maksiat dan lagi amalkan ilmunya pada yang memberi manfaat dan juga faedahnya keluar orang yang jahil itu kepada terang dengan berilmu dirinya. Maka ketahui oleh mu bahawasanya jikalau engkau kehendak menuntut ilmu itu akan bersedap-sedap dan bermegah-megah sesama manusia dan supaya cenderung manusia kepada mu dan menghimpunkan kekayaan dunia nescaya engkau akan membinasakan diri mu dan jua akhirat mu dan dunia mu maka perniagaan mu itu rugi dan penjualan mu itu tiada laku dan orang yang mengajar akan dia itu menolong bagi mu ata maksiat dan menyengutui ia akan dia di dalam kerugian mu dan iaitu seperti merampas harta orang orang yang berjual di jalan yang demikian itu perbuatan maksiat. Seperti sabda Rasulullah saw bahawa “Barang siapa menolong akan seorang atas berbuat maksiat dan jikalau dengan setengah perkataan sekali pun maka adalah ia jadi menyengutuinya di dalamnya. Sabda Rasulullah saw yang bermaksud: “Jikalau ada niat mu dan qasad mu antara mu dan antara Allah Taala daripada menuntut ilmu itu akan dapat hidayat tiada semata-mata riwayat maka sukai oleh mu kerana bahawasanya Malaikat itu menghamparkan ia bagi mu akan sayapnya apabila engkau berjalan dan segala ikan di laut memohonkan ampun kepada Allah Taala bagi mu apabila usaha di dalam menuntut ilmu yang manfaat. Ketahui oleh mu bahawa orang menuntut ilmu itu beroleh tiga perkara: Pertama – kerana jaya ilmuitu bekal di dalam akhirat dan tiada menghendaki ia melainkan kerana Alah Taala dan neger akhirat maka mereka itulah orang yang dapat kemenangan di dalam dunia dan akhirat dan itulah yang dinamakan orang Muttaqin. Kedua-Seorang yang menuntut ilmu itu kerana menolong orang untuk kehidupannya di dalam dunia kemuliaan dan kegagahan dan kerana yang bermakna mereka itu sangat jahat, maka jika dikekalkan qasadnya yang diketahui jahat kelakuannya itu maka lalu ia mati ia dengan tiak bertaubat daripada perbuatannya itu maka mereka itu mati di dalam maksiat lagi derhaka. Jikalau bertaubat mereka itu dahulu daripada matinya maka lalu diamalkannya akan amalannya dengan amalan yang soleh nescaya diperhubungkan mereka itu dengan orang yang dapat kemenangan di dalam dunia dan di dalam akhirat, kerana orang yang bertaubat itu daripada dosanya itu seperti orang yang tiada berdosa lagi dan dapatlah mereka itu keredaan Allah Taala. Firman Allah Taala: اِنَّ اللهَ يُحِبُّ التَّوَّابِيْنَ وَيُحِبُّ الـْمُتَطَهِّرِيْنَ. Ertinya Bahawasanya ASllah Taala kasih akan mereka itu yang banyak taubat kepada Allah Taala dam kasih is akan mereka itu yang bersuci daripada najis dan daripada dosa.” Ketiga – Seorang yang menubntyt ilmu maka dijadikan ilmunya itu sebab kerpada membanyakkan harta dan kemegahan dan kebesarab dan kemuliaan dan dengan banyak orang yang mengikut dia dan supaya banyak orang kasih kepadanya dan supaya mudah dapat segala hajatnya pada hal tiada diingatkan perbuatannya dan qasadnya itu jahat kerana disangkanya akan dirinya ityu hampir kepada Allah Taala kerananya ia berupa dengan rupa ulama’ dan berelaku sepaerti kelakuan ulama’ pada zahirnya tertapi hatinya sangat kasih kepada dunia dan kemuliaannya maka mereka iatulah orang yang dapat binasa di dalam akhirat danyang sangat kurang akal mereka iaitu lagi terpedaya dan sesat ia lagi menyesatkan orang lain dan mereka itulah sejahat-jahat daripada ulama’ seperti yanh di abda oleh Nabi Saw iaitu bermaksud: “ASku terlebih takut atas kamu daripada dajal akan seorang lain daripada dajal” Maka sembah sahabat siapakah mereka itu ya Rasulullah saw dan baginda menjawab yang bermaksud: “Barang siapa bertambah ilmunya pada hal tiada bertambah hidayatnya dirinya nescaya tiada bertambah daripada Allah Taala itu melainkan jauh dan ketahui oleh mu bahawa hidayah dan taqwa itu satu jua maknanya tetapi ada bagi keduanya bidayat dan hidayat dan dari kerana inilah berkata imam Ghazali “Maka jikalau engkau kata apa bidayat al -hidayat itu supaya aku cuba dengan di diriku maka ketahui oleh mu bahawa hidayat al- hidayat itu zahir al-taqwa dan nahidayat al- hidayat itu batinatul taqwa dan tiada dapat syurga melainkan bagi orang yang takut akan Allah Taala. “ Bermula taqwa danbhifdayah itu iaitu ibadat daripoada mengefrjakan taat yang di suruh Allah Taala sama ada taat zahir atau batin danmenjauhkan akan maksiat yang ditegahkan Allah Taala sama ada maksiat zahir ataimaksiat batin seperti yang lagi hamba menyatakan di dalam kitab ini . Ketahui oleh mu oleh mu bahawasanya murad dengan taat yang zahir itu iaitu seperti sembahyang danpuasa dan naik haji danmemberi zakat danbarang sebagainbya danmurad dengan taat batin itu iaitu segala sifat yang kepujian sepertio ikhlas danmerbndahjkan diri dannasihat dan zuhud dan sabar dan alim dan tawakal dan barang yang ditegah itu seperti denganmaksiat zahir iaitu berzina danmencuri daan minum arak danmembunuh orang dan memalu orang dan memaki orang danmengumpat orang dan \maksud dengan maksiat batin ityu iaitu segalka sifat yangjkecelakaan seperti riak dabnujud dan takbut dan hasad dankasih kepada dunia .Wallah hu ‘alam……. (Dari “Kitab Hidayatul Sa likinoleh Syaikh Abdu saman - muka 8 ke 16) -----------oooooooo------------

No comments:

Post a Comment