Saturday, 26 May 2012






Masjid Zahir, Alor Star, Kedah Darul Aman.
MARI KITA MENYEMAK SEMULA FARDHU ’AIN KITA
Pendahuluan.
Manusia dilahirkan dengan keadaan berakal fikiran, mempunyai mata hati dan daya kesedaran sebagaimana ia mempunyai naluri, pacaindera dan perasaan. Jelasnya, menurut keadaan semulajadi meskipin, manusia itu kecil dan terhad dalam bentuk tubuhnya yang jasmani, tetapi ia adalah tinggi mertabatnya dari segala jenis makhluk yang lain, sebagai makhluk yang berkeadaan lemah dan kurang pada serba-serbinya; yang sentiasa memerlukan pertolongabn, perlindungan dan pimpinan.
Manusia seringkali dinodai oleh keadaan di sekeliling yang merosakkan cara hidup manusia yang sebenar. Ole hitu, manusia Muslim telah diberi garis panduan oleh Allah SWT di dalam al-Quran dan al-Sunah Rasululla SAW untuk menyelamatkan manusia agar sentiasa selamat dan sejahtera di dunia dan akhirat.
Oleh yang demikian fardhu ’ain merupakan satu istilah yang semua pihak sama ada kecil mahupun besar,ibu serta bapa dan juga anak-anak, miskin atau kaya, lelaki juga perempuan, pemimpin dan rakyat serta ummah harus diberi penjelasan yang jelas dan praktikal bahawa asas-asas fardhu ’ain punyai peri mustahaknya seperti soal-soal akidah (kepercayaan) yang berkisar kepada persoalan rukun iman:
a.     Percaya kepada Allah
b.    Percaya kepada kitab-kitab Allah
c.     Percaya kepada malaikat-malaikat
d.    Percaya kepada Nabi dan Rasul
e.     Percaya kepad adanya Hari Kiamat
f.       Percaya kepada qada dan qadar
Justaeru itu,manusia tidak dapat  menyesuaikan fitrahnya selagi amalan perbuatannya tidak difardhu-’ainkan seperti Rukun Islam iaitu:
a.     Mengucap dua kalimah syahadah
b.    Solat lima waktu
c.     Mengeluarkan zakat
d.    Mengerjakan puasa di bulan ramadhan
e.     Mengerjakan Haji di Mekah bagi mereka yang mampu.
Sabda Nabi SAW yang bermaksud:
“Barang siapa Allah kehendak menjadi baik maka Allah SWT permudah kepadanya iaiatu memahani hal-hal agama Islam:”
                                                   (H.R. Bukhari dan Muslim)
Oleh itu manusia tidak perlu memikirkan jauh serta mengkaji lagi di mana kejadian manusia yang Allah SWT jadikan sebaik-baik kejadian itu, hendaklah diasuh, diajar,dipimpin sebagaimana yang di  sebutkan pada hadis di atas.  Sekiranya pilihan manusia bukan berdasarkan kepada rukun-rukun di atas  maka individu, keluarga, mayarakat, negara, dunia,seluruh ummah akan beroleh kehidupan yang kucar kacir, tidak tenteram, tidak aman, tidak damai dan seterusnya di selubungi oleh kejahatan dan kemaksiatan.
Dari Hj.Che Dan Ahmad

                 --------------------oooooooooooooo-------------




                          


   






No comments:

Post a Comment