BAB 37 –
PERLAKUAN RAMAH DAN MESRA
Ketahuilah
bahawa setiap orang seharusnya memiliki sifat ramah dan mesra terutamanya dalam
pergaulan seharian kerana ia boleh mengeratkan
lagi silaturahim di antara seseorang dengan seseorang yang lain.
Adi samping
itu, setiap orang juga akan berasa lebih gembira dan selesa apabila berbual
dengan seseorang yang ramah dan mesra.
Sebenarnya,
sifat ramah-tamah dan mesra berpunca daripada hati. Jika hati seseorang itu bersih dan suci
pastinya akan lahirlah sifat mulia ini.
Sebaliknya jiwa yang kotor akan melahirkan sifat sombong dalam pergaulan
seharian.
Setiap orang
mestilah mempraktikkan kedua-dua sifat mulia ini, di antaranya ialah:
1.
Ibu bapa mesti menunjukkan sifat ramah dan mesra
ketika melayan dan bergaul dengan anak-anak terutamanya untuk mengeratkan lagi
hubungan kekeluargaan yang sememangnya telah sedia wujud.
2.
Sentiasa melayani tetamu, jiran tetangga dan
seumpamanya dengan sifat ramah-tamah dan perbualan yang boleh menimbulkan kemesraan serta merapatkan
silaturahim.
3.
Menunjukkan muka yang manis atau sentiasa tersenyum
apabila berjumpa dengan seseorang sama ada yang dikenali atau tidak. …/6
4.
Memulakan sesuatu perbualan yang boleh membuatkan
seseorang berasa lebih selesa untuk
berbual dengan kita.
5.
Jangan mengata sesuatu yang boleh menyinggung atau
membuat seseorang berkecil hati.
6.
Jika kita tidak berperasaan mengenal dia, tetapi dia
menegur kita yang bermakna dia kenal dan mesra dengan kita pada
satu masa dahulu, jangan bertanya “siapa awak ini”. Cari jalan bagaimana kita boleh ingat akan
dia itu, seumpama kita katakan “di mana akhir sekali kita berjumpa” atau…
Dia akan menjawab dan memberi tahu akan
kesah kita bersama dia. Dengan itu kita hendaklah katakan…”Saya ucap
terima kasih kerana menegur saya…dah lupa dah lama sangat…tak jumpa…” Dia akan
merasa gembira kerana kita menghormati dia…
7.
Jangan
berperasaan ego …atau bangga diri dengan pangkat atau taraf kita, lebih tinggi
lebih merendah diri adalah lebih baik.
Ambil contoh kesah DYMM Sultan Berunai yang dahulu satu masa dahulu
belajar di Maktab Tentera England bersama-sama seorang pegawai rendah anak
Malaysia. Untuk bersifat mesra Baginda sanggup datang ke Malaysia menemui bekas
rakannya itu kerana Baginda telah menerima “Kad Raya” dari rakannya itu.
8.
Jangan sentiasa tunjukkan muka yang masam dan bengis,
walaupun kita dalam keadaan yang susah, walaupun kita seorang yang baik, maka bawalah
amalan wajah muka yang ramah dan mesra.
9.
Jangan selalu bersifat “kelam kabu” sama ada di rumah ataupun di tempat kerja,
kerana keadaan diri yang sebegitu walaupun kita orang yang baik dan ramah
mesra, orang bimbang dan akan anggap kita seorang yang sombong dan tidak riang
ria, tidak ada masa hendak mengadakan perbualan atau perbincangan dengan kita.
…/7
10.
Jangan
mengenakan pakaian yang luar biasa dari selalu atau pakaian yang bercanggah “dengan arus”., maka orang
akan anggap kita terdiri dari orang yang
ego, orang yang riak dan akan menakutkan orang lain hendak bertemu atau berbual
dengan kita.
11.
Dalam masa perbualan sesama rakan kenalan atau para
sahabat, jangan selalu kita mengatakan yang kita sudah tahu perkara itu lebih
dahulu. “Ya….Memang…aku dah tahu dulu lagi….!
Orang akan tidak senang dengan
perbualan kita itu.
12.
Begitu juga jangan kita selalu bersifat “berdiam
diri”, dan tinggal berseorang di cerok atau penjuru bilik yang gelap, orang akan takutkan kita dan
tidak banyak yang ingin bersahabat, kerana kita tidak riang dan ria selalu.
Sekian
dahulu untuk menjadi panduan. Sebenarnya
banyak lagi yang terdapat di hari ini
keadaan orang yang tidak riang ria, justeru itu penulis berharap kalau tidak
boleh diamalkan semuanya, maka separuh sahaja dari yang tersurat di atas sudah
mencukupi bagi keadaan rang dan ria.
Wassala mu alaikum…..
-------------ooooooooooooooo-------
…./
No comments:
Post a Comment