Memang mudah sekali bagi jiwa mencita-citakan sesuatu,
lebih-lebih lagi mempunyai tikad
keazaman di masa kini, sebab lidah tidak bertulang dan untuk membuat
janji dan azam memang tidaklah sukar, kerana risikonya tidak berat. Tetapi apabila segala yang dicita-citakan itu
hakikat dan segala yang tuntutnya itu telah tercapai, akan berkubarlah nafsu dan syahawat untuk
mempengaruhi keazaman tadi, sehingga akhirnya keinginan yang mula-mula itu
menjadi meleset. Maka
menanglah kehendak hawa nafsu ke atas
kehendak cita-cita. Manakala janji tinggal janji sahaja, tidak ditepati. Tentulah
sikap seperti ini berlawanan dengan sifat-sifat benar.
Ketahuilah bahawa Rasulullah
s.a.w. telah menghubungkan keimanan
dengan kemunafikan dan janji. Baginda memasukkan orang yang sering memungkiri
janji ke dalam kategori orang munafik. Sabda Rasulullah s.a.w. yang bermaksud:
“Tiga tanda orang munafik,
iaitu apabila berkata dia berdusta, apabila berjanji dia mungkir janji dan
apabila diberi amanat dia khianat.”
(Hadis Riwayat al- Bukhari dan Muslim)
Imam An-Nawawi r.h. berpendapat,
“Apabila seseorang yang beriman mempunyai salah satu daripada sifat kemunafikan ini maka ia menyerupai
orang munafik.”
…./3
Umar Al Khattab r.a. sering menyatakan kebimbangannya jika
terdapat tanda-tanda munafik pada dirinya. Berikutan dengan itu beliau sering
bertanya kepada Huzaifah, Setiausaha
Sulit Rasulullah s.a.w. dengan katanya . “Adakah pada diriku tanda-tanda orang
munafik?”
Pertanyaan yang serupa berkali-kali ditanyakan
kepada Huzaifah dengan harapan semoga beliau dapat memberi jawapan yang pasti kepada soalan Umar itu.
Oleh sebab itu setiap orang yang
berjanji wajib melaksanakan janji dengan sempurna. Walau bagaimanapun, sebelum membuat sesuatu
janji seseorang mestilah memerhati dan waspada terhadap janji yang akan dibuat,
di antaranya ialah:
1.
Jangan selalu
kita menganggap janji dan untuk kita menepatinya sebagai sesuatu yang
remeh temeh.
2.
Janji yang
dibuat mestilah selari dan sesuai dengan peruntukan syarak.
3.
Perjanjian yang mengarah kepada kederhakaan
kepada Allah s.w.t. tidak boleh ditepati bahkan perlu dihindari.
4.
Sebelum membuat
janji kedua belah pihak mestilah memperhitungkan secara matang tentang
kesesuaian, kebolehan dan kepastian janji yang dibuat. Jika situasi dan keadaan tidak memungkinkan,
seeloknya janganlah membuat janji itu.
5.
Catatkan janji
itu di dalam buku catatan supaya tidak dilupai.
…/4
6.
Tidak boleh membatalkan janji semata-mata disebabkan
terdapatnya tawaran yang lebih baik daripada orang ketiga mengenai sesuatu yang
telah dijanjikan.
7.
Perkara-perkara
yang membawa kepada kesia-siaan perlu dihindari daripada perjanjian itu.
8.
Seandainya atas
sesuatu sebab yang benar-benar tidak dapat dielakkan, hubungi segera orang yang
di janji untuk memohon maaf kerana tidak dapat menunaikan janji itu.
Orang yang sentiasa menepati dan
menghormati janji akan lebih disukai dan dihormati. Di samping itu, ia juga
merupakan sifat terpuji yang perlu ada dalam diri setiap orang.
Renunglah sebuah Syair Arab yang
mengatakan:
“Jangan katakan “Ya” kalau engkau
memang bermaksud tidak
menyempurnakan janji.”
“Eloklah perkataan “Ya” sesudah
“Tidak” dan buruklah perkataan “Tidak” sesudah “Ya”
“Perkataan “Tidak” sesudah “Ya”
adalah buruk.”
“Maka mulakan dengan “Tidak”
kalau engkau takut menyesal.”
“Kalau engkau sudah mengatakan
“Ya” tunaikan janji kamu.”
“Menyalahi janji adalah perbuatan
tercela.”
Sekian, Wassala mualaikum……….
-------------ooooooooooooooooooooo------------------------ …../5
No comments:
Post a Comment