Menyambung tali solaturrahim amatlah baik sekali.
Fasal pada menyatakan kelebihan
ilmu yang memberi manfaat itu amat banyak yang tersebut di dalam al-Quran dan Hadis. Setengah darinya firman Allah S.w.t.
يَرْ فـَعِ اللهُ الـَّذِيْنَ أَمَنُوْا مِنْكُمْ وَالـَّذِيْنَ
أُوْتُوْا الـْعِلـْمَ دَرَجَتٍ
Maksudnya-“Mengangkatkan
Allah Taal a akan mereka yang percaya dengan Allah Taala daripada kamu dan
mereka yang diberi akan dia ilmu Akan beberapa pangkat yang tinggi .”
عقبة الاولى وهى عقبة العلم. Pertama.
Ilmu itu seperti paku kutub yakni di atasnya tempat edaran.
Ilmu dan ibadat itu wujud kerana
keduanya barang yang di lihat dan dengar daripada karangan orang yang mengarang
dan keduanya diturunkan kitab dan di suruh segala pesuruh bahawa Allah SWT yang
menjadikan langit dan bumi amat berkuasa dan telah meliputi segala ilmu Nya,
Istimewa pula ilmu tauhid untuk
mengetahui menyembah Allah.
Ketahuilah ilmu itu lebih mulia
dari permata kerana sabda Rasulullah saw bahawa kelebihan orang yang berilmu
itu lebih dari orang yang abid. Sabda Baginda SAW lagi bahawa Allah SWT lebih
kasih orang yang berilmu seperti lebih setahun puasa dan sembahyangnya dan
orang yang tidak berilmu seperti debu yang bertaburan di tiup angin.
Ilmu itu seperti pohon kayu dan
ibadat itu seperti buahnya, dan tuntut ilmu itu yang tiada beri mudarat pada
ibadat. Bahawa ilmu itu lazimnya diikuti dengan ibadat supaya berhasil ibadat
itu.
Supaya hasil bagi mu ibadat maka
wajib engkau ketahui ilmu bagaimana Tuhan yang di sembah nama Nya, sifat dan zat Nya dan barang yang
wajib bagi Nya dan barang yang mustahil pada hak Nya. Ada kalanya engkau
beriktikad pada sifatnya sesuatu yang tidak patut bagi zat Nya, maka jadilah
ibadatnya kamu seperti debu yang bertaburan.
Kemudian wajib bagi mu belajar
ilmu yang wajib atas mu mengerjakan ibadat dari segala wajib hukum syariah supaya engkau mengerjakan
yang disuruh dan meninggalkan yang di ditegah. Seperti bersuci, sembahyang,
puasa dan yang lain-lain dan engkau belajar dengan hukumnya dan syarat-syaratnya. Jika tidak
berilmu engkau kerjakan dengan apa yang
tidak ketahui apa dia, atau engkau menjauhi maksiat yang engkau tidak ketahui
maksiat itu. Terkadang engkau bertemu dengan suatu yang kesamaran dan tiada
dapat hendak bertanya kerana tiada belajar ilmu itu.
Kemudian belajar pula ibadat yang
batin iaitu tempat perjalanan hati
dengan tekun dan sabar dan ikhlas, dan segala yang nahi yakni yang ditegah, seperti riak dan takbur
supaya jauhkan dia, kemudian pula beberapa yang fardu yang telah di nas Allah
SWT dalam Kitab suci al-Quran, melalui Nabi Muhammad SAW. Kamu tuntut ilmu
dengan sabar seperti firman Allah SWT “Allah berserta orang-orang yang sabar”
Jika engkau tiada berilmu engkau
tinggalkan fardu yang di suruh seperti sembahyang dan puasa, engkau berusaha
yang haram, mengekalkan maksiat yang
wajib untuk api neraka, kamu pula bersifat marah dan riak. Maka inilah bala
bagi orang yang membuat amal dengan tidak ilmu.
Segala ilmu yang zahir bergantung
pada perjalanan amalannya yang membaiki atau
membinasakan dia seperti ujub dan ikhlas
dan lain-lain. Maka sesiapa yang tidak
berilmu dan tidak mengetahui yang perjalanannya tidak memberi bekas segala
ibadat hanya mendapat payah dan penat sahaja dan inilah kerugian yang amat
nyata.
Ketahuilah bahawa kata Syidina
abi Talib-“Barangsiapa yang menuntut ilmu yang melakukan perkara amalan terpuji
dan terbaik maka syurgalah baginya, dan barang siapa yang menuntut ilmu maksiat
maka neraka baginya di akhirat nanti”:
Ketahuilah bahawa sabda Nabi saw
dari Ibn Saud bermaksud “ Jika kamu duduk satu saat
menuntut ilmu akhirat terlebih baik daripada engkau merdekakan seribu sahaya.”
Dari Sayidina Umar Al-Khatab
bermaksud: “Aku dengar Rasulullah saw bersabda bahawa Barang siapa berjalan
kepada hajat menuntut ilmu akhirat, maka
tiap-tiap langkah Allah memberikan
seratus kebajikan.
Ketahuilah bahawa
berkata Syidina Ali r.a. bahawa
!. Pertama ilmu itu pakaian
ambiya dan harta itu pusaka Qarun dan firaun.
2.Kedua baik berilmu dari banyak
harta kerana ilmu memelihara akan daku dan harta kena aku pelihara akan dia.
3.Ketiga ilmu itu lebih baik
dari harta kerana empunya harta, banyak seteru dan orang yang banyak ilmu
banyak tulannya.
4. Banyak harta apabila engkau
nafkankan dia akan berkurang dan ilmu engkau nafkan dia akan bertambah.
5. Ilmu baik dari harta kerana
banyak harta menjadi bakhil dan banyak ilmu dihormati dan di mulia.
6. Banyak harta hendak dipelihara dari pencuri tetapi banyak
ilmu tidak payah di jaga kena curi.
7. Banyak harta akan di hisab di
akhirat dan banyak ilmu di syufaat
Allah.
8. Harta itu akan binasa apabila lama masanya tetapi ilmu itu
tidak binasa walau pun beberapa lama.
9.Orang yang banyak harta akan
keras hatinya dan sombong tetapi orang yang banyak ilmu menerangkan hatinya dan
sentiasa beramal salih.
10. Orang yang banyak harta akan
berlaku syirik terhadap Allah tetapi orang yang banyak ilmu akan bersifat
kehambaan kepada Tuhan.
Dari Kitab Hidayatu Al
Salikin (oleh Syekh Abd Samad Palambani
m.s. 4)
Pada Menyatakan ilmu yang memberi
Manafaat
Kata Imam Ghazali r.a. bahawa ilmu yang memberi manfaat
iaitu barang yang menambah takut
mu akan Allah Taala dan menambah pula di dalam penglihatan hati mu dengan jalan
diri mu dan menambah pula di dalam pengenalan mu akan ibadat kepada Tuhan mu dan mengurangkan akan gemar mu kepada
dunia dan menambah gemar mu kepada
akhirat dan membukakan ia akan mata hati mu dengan yang membinasakan akan ilmu
hingga engkau pelihara daripadanya dan melihatkan ia akan dikau atasnya tipi
syaitan dan perdayanya.
Kata imam Ghazali yang bermaksud
“ dan apa pun ini daripada ilmu yang memberi menafaat artinya ilmu yang
tersebut di dalam kitab Bidayatul Al Hadiyah iaitu daripada ilmu yang meberi
manfaat seperti hamba sebutkan di dalamkita ini dan demikianlagi ilmu yang
memberi manfaat itu tersebut di
dalamKitab Manhnj Al’Abidin bagi imam Ghazali dan demikkian lagi yang disebutkannya di dalam Kitab Ahya Ulum
Al-Ddin dan demikian lagi yang disebut di dalam “ar Biin fi Usuluddin, dan
demikian lagi yang disebut oleh imam Ghazali di dalam Kitab Mukhtar Ihyax dan
demikian lagi sekalian pun ilmu tasauf itu iaitu ilmu yang memberi manfaat di
dalam dunia dan di dalam akhirat dan dari kerana inilah kata Syaikh abdul wahab
al-Syaarani di dalam “Kitab Yua Quyitu
waljuwahir”) Ia naqal daripada imam Ghazali r.a. di dalam Ehya Ulmuddin
dan ia naqal daripada Al-‘Araffin:
(َمَنْ لـَمْ يَكُنْ لـَهُ نَصِيْبٌ مِّنْ عِلْمِ الـْقـَوْمِ يُخَافُ
عَلـَيْـِـه سُوْ~ءُ الْخَاتِمَةِ)
Ertinya:
Barangsiapa tiada baginya daripada ilmu qaumi yakni ilmu tasauf nescaya
ditakuti atasnya Su al-khatimah yakni mati di dalam maksiat dam kata Syaikh Abu
Al Hassan al-Syazali r.a. bermaksud ”Barangsiapa tiada masuk lagi tiada mahir
di dalam ilmu ini yakni ilmu tsauf nescaya mati ia pada hal ia menggali atas
beberapa dosa yang besar-besar pada hal iaitu tiada mengetahui akan yang
demikian itu dan kata Syaikh ini lagi
bermaksud:”Dan inilah yakni ilmu tsauf iaitulah segala ilmu yang sayugianya
bagi manusia bahawa dikaramkannya di dalam akan umurnya yang lancit pada
menuntut dia dan jangan memadai daripadanya dengan banyak dan jangan memadai
dengan sedikit yakni sayugianya bagi orang yang hendak kemenangan di dalam
dunia dan akhirat itu dihabiskannya umurnya itu di dalam mengaji ilmu tsauf
sama ada ia fardu ‘ain atau fardu kifayah dan mengamalkan dia dan
mengerjakannya dan mentela’aat akan dia
kerana tiap-tiap daripada membanyakkan mengetahui ilmu tsauf itu maka banyak
takutnya akan Allah Taala dan yang lain daripada ilmu tiada di tuntut
membanyakkannya melainkan sekadar fardu ‘ain jua dan kata Syed Abdul Kadir
“Ketahui ilmu bahawasanya segala ilmu yang
dituntut akan dia fardu ‘ain itu tiga perkara- Pertama, Ilmu al Tauhid
dinamakan akan dia ilmu Usulluddin – Kedua, Ilmu Al-Syarak yang dinamakan dia
Ilmu fiqh – Ketiga Ilmu al Batin yang dinamakan dia Ilmu Tsauf –
Adapun fardu
‘ain pada ilmu al Tauhid itu maka iaitu
mengenal kadar yang mengetahui dengan dia Zat Allah Taala dan sifatnya yang
selebih dan sifatnya yang sabuteh dengan sekira-kira yang mengosongkan akan
imannya yakni mengenal barang yang wajib bagi Allah Taala dan yang mustahil
bagi Nya dan yang jaiz dan demikian lagi mengenal akan seumpama yang demikian
itu bagi segala rasul a.s. dan beriman dengan segala yang didatangkan oleh mereka itu.
Bermula
mengenal akan yang lebih daripada yang demikian itu iaitu fardu kifayah, adapun
kadar fardu lain ada ilmu syara’ itu maka iaitu mengebal kadar yang mengetahui
dengan dia segala fardu taharah dan fardu sembahyang dan fardu puasa dan
membatalkan akan dia dan fardu Haji dan Zakat dan sekalian yang membatalkan dia
.
Bermula yang
lebih daripada fardu kifayah jua – adapun kadar fardu ‘ain pada ilmu batin itu
yakni ilmu al tsauf maka barang yang sejahtera dengan dia segala amal yang
zahir daripada fasad dan sejahtera daripada yang membatalkan dia seperti
sembahyang daripada yang membatalkan pahalanya seperti bahawa seorang apabila
sembahyang ia serta riyak atau ujub atau sami’ah maka membatalkan ia akan sembahyangnya itu dan kata Syed Abd Kadir al
Idrus di dalam kitab Al dra al saiin: bermaksud
”dan bagi menghasilkan akan ilmu tsauf yang kadar ini yakni kadar fardu
‘ain memadailah ia dengabn mengamalkan barang yang di dalam kitab “Manhaj al
‘Abaddin: bagi Imam Al Ghazali r.a. dan mengenal perceraiannya ilmu batin ini
buklannya daripada fardu ‘ain.
------------------------ m.s. 8 -----------------------
Fasal Menyatakan Klebihan ilmu Manfaat.
Maka yang memberi
ilmu yang menafaat amat banyak seperti yang tersebut di dalam Al-Quran
dan Hadis
يَرْ فـَعِ اللهُ الـَّذِيْنَ أَمَنُوْا مِنْكُمْ وَالـَّذِيْنَ
أُوْتُوْا الـْعِلـْمَ دَرَجَتٍ
Maksudnya-“Mengangkatkan
Allah Taal a akan mereka yang percaya dengan Allah Taala daripada kamu dan
mereka yang diberi akan dia ilmu Akan beberapa pangkat yang tinggi .”
Dan kata Syidina Abdullah Ibn
Abbas yang bermaksud “Bagi segala
ulama’ itu beberapa pangkat mukminin dengan tujuh di atas pangkat yang antara
ra pangkat itu perjalanannya lima tahun
.Bermula yang terlebih afdal daripada manusia itu iaitu mukmin yang ilmu
yang afdal dikehendaki orang kepadanya nescaya memberi Manfaat ia akan dia
dan jikalau di kayakan daripadanya nescaya mengkayakan ia akan dirinya yakni
jikalau orang terkaya daripadanya nescaya
ia terkaya daripada orang.
Bahawasanya malaikat merendahkan
diri akan segala sayapnya bagi orang yang menuntut ilmu kerana sangat sukai
dengan perbuatannya itu dan sabda Nabi Saw yang bermaksud:
“Sesungguhnya bahaw berpagi-pagi mereka itu
maka belajar ia akan satu bab daripada ilmu nescaya terlebih baik baginya daripada bahawa ia sembahyang sunat seribu
rakaat .”
Ketahui oleh mu bahawasanya ilmu yang berulang-ulang
sebutnya di dalam al-Quran yang maha mulia
atau di dalam Hadis Nabi saw
bahawa iaitu ilmu yang memberi
manfaat yang menyertai akan dia takut
akan AllahTaala dan meliputi akan dia hebat akan Allah Taalaitu.
Bermula orang yang sahih menuntut ilmu itu yang niatnya adalah
ilmu yang digemari Allah Taala iaitu
mengerjakan taat dan menjauhkan maksiat dan lagi amalkan ilmunya pada yang
memberi manfaat dan juga faedahnya keluar orang yang jahil itu kepada terang dengan berilmu
dirinya.
Maka ketahui oleh mu bahawasanya
jikalau engkau kehendak menuntut ilmu itu akan bersedap-sedap dan
bermegah-megah sesama manusia dan supaya
cenderung manusia kepada mu dan menghimpunkan kekayaan dunia nescaya engkau
akan membinasakan diri mu dan jua akhirat
mu dan dunia mu maka perniagaan mu itu rugi dan penjualan mu itu tiada
laku dan orang yang mengajar akan dia
itu menolong bagi mu ata maksiat
dan menyengutui ia akan dia di dalam
kerugian mu dan iaitu seperti merampas
harta orang orang yang berjual di jalan
yang demikian itu perbuatan maksiat. Seperti sabda Rasulullah saw bahawa
“Barang siapa menolong akan seorang atas berbuat maksiat dan jikalau dengan
setengah perkataan sekali pun maka adalah ia jadi menyengutuinya di dalamnya.
Sabda Rasulullah saw yang
bermaksud:
“Jikalau ada niat mu dan qasad mu
antara mu dan antara Allah Taala
daripada menuntut ilmu itu akan dapat hidayat
tiada semata-mata riwayat maka sukai oleh mu kerana bahawasanya Malaikat
itu menghamparkan ia bagi mu akan sayapnya apabila engkau berjalan dan segala
ikan di laut memohonkan ampun kepada
Allah Taala bagi mu apabila usaha di dalam menuntut ilmu yang manfaat.
Ketahui oleh mu bahawa orang
menuntut ilmu itu beroleh tiga perkara:
Pertama – kerana jaya ilmuitu
bekal di dalam akhirat dan tiada menghendaki ia melainkan kerana Alah Taala dan
neger akhirat maka mereka itulah orang
yang dapat kemenangan di dalam dunia dan akhirat dan itulah yang dinamakan orang Muttaqin.
Kedua-Seorang yang menuntut ilmu
itu kerana menolong orang untuk kehidupannya di dalam dunia kemuliaan dan kegagahan dan kerana yang
bermakna mereka itu sangat jahat, maka
jika dikekalkan qasadnya yang diketahui jahat kelakuannya itu maka lalu ia mati
ia dengan tiak bertaubat daripada perbuatannya itu maka mereka itu mati di
dalam maksiat lagi derhaka. Jikalau
bertaubat mereka itu dahulu daripada matinya maka lalu diamalkannya akan
amalannya dengan amalan yang soleh nescaya diperhubungkan
mereka itu dengan orang yang dapat kemenangan di dalam dunia dan di dalam
akhirat, kerana orang yang bertaubat itu daripada dosanya itu seperti orang yang tiada berdosa lagi dan
dapatlah mereka itu keredaan Allah Taala.
Firman Allah Taala:
اِنَّ
اللهَ يُحِبُّ التَّوَّابِيْنَ وَيُحِبُّ الـْمُتَطَهِّرِيْنَ.
Ertinya Bahawasanya ASllah Taala kasih akan mereka itu yang
banyak taubat kepada Allah Taala dam kasih is akan mereka itu yang bersuci
daripada najis dan daripada dosa.”
Ketiga – Seorang yang menubntyt ilmu maka dijadikan ilmunya
itu sebab kerpada membanyakkan harta dan kemegahan dan kebesarab dan kemuliaan
dan dengan banyak orang yang mengikut dia dan supaya banyak orang kasih
kepadanya dan supaya mudah dapat segala hajatnya pada hal tiada diingatkan
perbuatannya dan qasadnya itu jahat kerana disangkanya akan dirinya ityu hampir
kepada Allah Taala kerananya ia berupa dengan rupa ulama’ dan berelaku sepaerti
kelakuan ulama’ pada zahirnya tertapi
hatinya sangat kasih kepada dunia dan kemuliaannya maka mereka iatulah orang
yang dapat binasa di dalam akhirat danyang sangat kurang akal mereka
iaitu lagi terpedaya dan sesat ia lagi menyesatkan orang lain dan mereka
itulah sejahat-jahat daripada ulama’
seperti yanh di abda oleh Nabi Saw iaitu bermaksud:
“ASku terlebih takut atas kamu daripada dajal akan seorang
lain daripada dajal” Maka sembah sahabat siapakah mereka itu ya Rasulullah saw
dan baginda menjawab yang bermaksud:
“Barang siapa bertambah ilmunya pada hal tiada bertambah
hidayatnya dirinya nescaya tiada bertambah daripada Allah Taala itu melainkan
jauh dan ketahui oleh mu bahawa hidayah
dan taqwa itu satu jua maknanya tetapi ada bagi keduanya bidayat dan
hidayat dan dari kerana inilah berkata imam Ghazali
“Maka jikalau engkau
kata apa bidayat al -hidayat itu supaya
aku cuba dengan di diriku maka ketahui oleh mu bahawa hidayat al- hidayat itu zahir al-taqwa dan
nahidayat al- hidayat itu batinatul
taqwa dan tiada dapat syurga melainkan
bagi orang yang takut akan Allah Taala. “
Bermula taqwa danbhifdayah itu iaitu ibadat daripoada mengefrjakan taat yang
di suruh Allah Taala sama ada taat zahir atau batin danmenjauhkan akan maksiat yang ditegahkan Allah Taala sama ada
maksiat zahir ataimaksiat batin seperti yang lagi hamba menyatakan di dalam
kitab ini . Ketahui oleh mu oleh mu bahawasanya murad dengan taat yang zahir
itu iaitu seperti sembahyang danpuasa dan naik
haji danmemberi zakat danbarang
sebagainbya danmurad dengan taat batin itu iaitu segala sifat yang
kepujian sepertio ikhlas danmerbndahjkan diri dannasihat dan zuhud dan sabar
dan alim dan tawakal dan barang yang ditegah itu seperti denganmaksiat zahir
iaitu berzina danmencuri daan minum arak danmembunuh orang dan memalu orang dan
memaki orang danmengumpat orang dan \maksud dengan maksiat batin ityu iaitu
segalka sifat yangjkecelakaan seperti riak dabnujud dan takbut dan hasad
dankasih kepada dunia .Wallah hu ‘alam…….
(Dari “Kitab Hidayatul
Sa likinoleh Syaikh Abdu saman - muka 8 ke 16)
-----------oooooooo------------
No comments:
Post a Comment