Sunday, 26 February 2012

Kita pergi solat di masjid lebih baik....!


Kesah seorang bapa mengajak anaknya ke pasar malam....

Ayah - Petang ni kita pergi ke pasar malam.

Anak - Petang ni petang Jumaat ayah..!, kita lebih baik ke masjid.

Ayah - Buat apa nak ke sana, bukan ada apa-apa, di pasar malam banyak jual makanan.

Anak - Di masjid pun ada banyak makanan, free sahaja, orang buat kenduri aruah.

lagi pun Ustad Darjah kami kata..."Solat di masjid Tuhan beri ganjaran pahala 27

darjat. Di pasar malam tak dapat apa-apa...dapat dosa banyak sangat."

Kata Ustad lagi " Kita tak solat maghrib, berdosa... kita tengok perempuan pakai kain

terbelah atau nampak buah dada terbonjol.. . kita nai syok... berdosa besar...!"

"Di masjid tak da semua tu...

Ayah - Malam ni kitra ke pasar malam...besok kita ke masjid solat Jumaat....dapat balik pahla

yang Tuhan nak bagi tu...!

Anak- Kita ke pasar malam dapat dosa lebih 500, besok kita ke masjid hanya dapat 27...kita

terhutang lagi... hari-hari kita terhutang...

Ayaj - Kalau gitu kita banyak hutang...hutang wang pun banyak hutang dosa pun banyak...

jadi kita ki masjid lah...! kita tak ada hutang....




Wassala mualaikum..../..!

---------ooooo-------

Saturday, 25 February 2012

Memenuhi kehendak Aqidah Islam

E-mail – hjdan@myjaring.net.
http://hjchedan.blogspot.com/



بِسْمِ اللهِ الــرَّحْمـَنِ الــرَّحـِيـْم ِ.


Segala pujian bagi Allah s.w.t. Tuhan yang mencipta segala kejadian. Selawat dan salam ke atas Junjungan Besar Nabi Muhammad s.a.w. serta keluarga dan sahabat-sahatnya sekalian.

Penulis bersyukur kepada Allah s.w.t. kerana atas limpah kurniaNya dapat penulis meneruskan penyampaian Siaran Blog ini sebagai sumbangan jariah penulis kepada masyarakat Islam di negara ini, setelah .






Huraikan pengertian akidah dan jelaskan keperluan manusia kepada akidah Islam berdasarkan dalil-dalil dari al-Quran. (2006).?

Akidah Islam


1..Perkatan Akidah diambil dari kata dasar (عـقـد)akad yang berearti dari segi bahasa ialah menghimpun antara hujung-hujung sesuatu perkara yang digunakan kepada ikatan. Kemudian digunakan kepada ikatan seperti simpul tali.. Kemudian diperluas gunanya kepada ikatan atau simpulan seperti akad nikah, akad jual beli dan sebagai lagi.


2..Perkataan akad pada keseluruhannya berarti meneguh, mengadakan ikatan yang kukuh antara dua perkara Begitu juga perkataan (عـقـيـدة ) Akidah berarti meneguh dan kuat dalam apa-apa pegangan. Aqidah dalam agama berarti meneguh apa-apa yang dipercayai dianuti oleh manusia dalam perkara agama.


3..Kesimpulan perkataan akidah bererti kepercayaan yang kuat terhadap sesuatu perkara yang mendorong seseorang bertindak atau melakukan sesuatu perkara mengikut apa yang dianutinya.



4..Semua manusia memerlukan kepada aqidah dan kepercayaan agama kerana naluri beragama dan kepercayaan kepada Tuhan merupakam salah satu sifat semulajadi manusia.sebagaimana sifat kasih sayang, sifat benci, sifat marah, sifat suka, duka, sifat berakal, sifat berhawa nafsi dan sebagainya.


5.. Ketiadaan salah satu sifat itu boleh mencacat dan merosakkan rohani dan kehidupan mereka. Ketiadaan kepercayaan agama lebih bahaya, kerana gama menjadi pengawal kepada sifat-sifat lain. Mnusia amat perlukan sifat aqidah kerana ianya dapat mengawal dan menentukan matlamat hala tuju manusia.





Apakah Pengertian akidah Islam dan keistimewaannya berbanding akidah lain.?




1.. Aqidah Islam adalah aqidah tauhid yang khalis. Orang Islam tidak dibenarkan menyengutukan Allah dengan sesuatu apa pun, tidak ada orang tengah dan berhubung terus dengan Allah.
Firman Allah :”

وَاعـْبـُدُ وا اللهَ وَلا َ تـُشـْرِكـُوْا بـِه ِشَيـْـءـًـا.


Sembahlahlah Allah dan jangan kamu mensyirikkanNya dengan sesuatu
(An Nisa’36 ()


2… Aqidah Islam berarti kepercayaan agama yang kuat dan percaya kepada Tuhan. Aqidah Islam mempunyai istimewa berbanding aqidah agama lain kerana ianya dapat memberi kekuatan dan dorongan kepada manusia untuk mengenal kebenaran dan keburukan. Dan ia dapat menghapuskan kebatilan tanpa rasa takut dan bimbang. (nota ms 11 G)


3… Aqidah Islam menjadi asas yang amat sesuai kepada manhaj Yang Lurus.. Aqidah Islam adalah sempurna dan dapat mencakupi semua perkara yang diperlukan oleh manusia, menentukan jalan yang baik dan buruk untuk dipilih berdasarkan kemahuan mereka tanpa apa-apa paksaan.
Firman Allah dalam Surah Al-Imran ayat 3.


إنـّا هـَد َيـْنـَا هُ السـَبـِيـْلَ إ ِمَّا شـَاكـِرًا وَإ ِنـَّا كـَفـُو ْر ًا.


Bermaksud” Sesungguhnya kami (Allah) menunjukkan jalan
Kepada (manusia) sama ada dia bersyukur atau dia kufur)
(Al-Imran ayat 3)



Apakah yang dinamakan al-Husna itu. Minta tuan terangkan.?



1. Nama-nama Allah itu menunjukkan sifat-sifatNya. Jadi nama-nama Allah itu sekali gus menjadi sifat-sifatNya dan dinamakan al-Husna kerana ia menunjukkan sebaik-baik yang dinamakan (iaitu Allah.)


2. Mentauhidkan Allah pada nama-namaNya bermaksud dengan tiap-tiap nama yang dinamakan oleh Allah bagi diriNya bersama pengertian kepada nama-nama itu. Contohnya terdapat dalam al-Quran nama Allah al-Rahim, maka wajib kita beriman bahawa al-Rahim itu nama bagi Allah dan ia menunjukkan bahawa Allah mempunyai sifat rahmah iaitu sifat kasih sayang. Dia memberi rahmat kepada mereka yang Dia kehendaki. Begitulah seterusnya.


3. Terdapat dalam hadis sahih al-Bukhari dan Muslim daripada Abu Hurairah bahawa Rasulullah bersabda yang bermaksud:


“Sesungguhnya Allah mempunyai 99 nama: seratus kecuali satu – sesiapa yang dapat membilang dan menghahafaznya dia boleh masuk syurga.”
(HR Bukhari dan Muslim)


4. Para Ulama’ berpendpat bahawa 99 nama yang disebut dalam hadis itu bukanlah setakat itu sahaja tetapi lebih lagi dan Allah tidak memberitahu kepada kita.


5. Nama-nama yang disebut 99 nama itu ialah bilangnan, Nama-namaNya dan PengertianNya


1. Allah - Nama bagi Zat Allah

2. Al-Rahman - Yang memberi nikmat-nikmat besar

3.Al-Rahim - Yang memberoinikmat kecil

4. Al-Malik - Yang memerintah mengikut kehendakNya

5. Al-Quddus -Yang membersih dari segala keaiban dan kekurangan.

6. Al-salam -Yang mententeramkan makhluk Nya

7. Al-Mukmin -Yang mengamankan dari azab dan benar pada janjiNya

8. Al-Muhaimin - Yang menguasai.

9. Al-Aziz - Yang Berkuasa (menang).

11. Al-Mutakabbir -Yang bersifat dengan segala sifat kebesaran dankaeagongan.


12.Al-haliq - Yang mencipta segala makhluk.


13. Al-Bari - Yang mencipta segala bernyawa dan mengadakan ada yang telah ada asalnya.

14. Al-Musawwir - Yang menberi dan meletakkan rupa kepada tiap-tiap sesuatu


15. Al-Ghaffar - Yang sangat mengampun dosa.


16. Al-Qahhar - Yang sangat keras.

17. Al-Wahhab - Yang sentiasa membreri.

18. Al-Razzaq - Yang mencipta rezeki dan sebab-sebabnya.

19. Al-Fattah - Yang membuka gedung rahmat untuk hambaNya.

20. Al-Alim - Yang mengetahui segala sesuatu

21. Al-Qabit - Yang memegang segala ruh dan menyempit rezeki kepada sesiapa yng dikehendakki nya.

22. Al-Basir - Yang meluaskan rezeki kepada sesiapa yang dikehendakkinya.


23. Al-Hafid - Yang merendahkan kedudukan orang yang berhak direndah.

24. Al-Rafi - Yang mengangkat orang orang yang berhak diangkat.

25. Al-Muizz - Yang mengangkat dan memberi pertolongn kepada orang yang berpegang trguh dengan agamaNya.

26. Al-Muzill’ - Yang menghina dan merendahkan seteru-setreruNya.

27. Al-Samii’ - Yang mendengar bagi tiap-tiap perkara yang bleh didengar.

28. Al-Basir - Yang melihat tiap-tiap sesuatu yang dapat dilihat.

29. Al-Hakam - Yang memutus hukum yang tidak dapat ditolak dan dipertikai keputusanNya.

30. Al-Adl - Yang adil yang cukup sempurna kendalianNya.

(Akan disambung lagi hingga Nama ke 99)....





Huraikan kejadian dan tabiat malaikat dan beberapa peranan yang dimainkan oeh malaikat yang berkaiatan dengan kehidupan manusia di dunia. (



Malaikat adalah suatu alam halus yang termasuk dalam hal-hal ghaib yang tidak dapat dicapai dan dirasai melalui pacaindera.. Ini kerana mereka adalah dari alam-alam diluar alam tabaie yang tidak boleh dikesan melalui pacaindera kita. Kita dapat mengetahui ada mereka, sifat-sifat dan tugas mereka hanya melalui perkhabaran dari al-Quran dan al-Sunnah.


Kewujudan malaikat sabit dengan dalil-dalil qatie dari al-Quran dan al-Hadis. Oleh itu beriman dengan malaikat adalah wajib kerana ianya termasuk dalam salah satu rukun Iman. Firman Allah s.w.t.:’-

ا من الرسول بما أنل الله من ربه والمؤن كل

آمن بالله وملاكته وكتبه ورسوله لانفرق

لانفرق بين أحد من رسله.

“Rasulullah percaya kepada apa yang diturunkan kepadanya daripada Tuhannya dan begitu juga) orang-orang beriman, tiap-tiap seorang dari mereka percaya kepada Allah, malaikatNya, kitab-kitabNya, dan Rasul-rasulNya. (Mereka berkata) Kami tidak membezakan antara seorang (dengan yang lain) daripada rasul-rasulNya.”


Antara sifat-sifat malaikat dan hakikat kejadian mereka sebagaimana yang disebut dalamal-Quran dan al-Sunnah ialah:-


a…Mereka dijadikan dari cahaya (nur) sebagaimana
sabda Rasuullah s.a.w..yang bermaksud:

Dari Aisyah r.a. daripada Rasulullah s.a.w. berkata. ”Dijadikan malaikat dari cahaya dan dijadikan jin dari nyalaan api yang panas dan dijadikan Adam sebagaimana yang.disifatkan bagi kamu,
(H.R. Muslim dan Ahmad)


b. Mereka tidak dapat dilihat dalam keadaan biasa kecuali ketika mereka menjelma dalam bentuk fizikal. Kadang-kadang Jibril datang menurunkan wahyu kepada Rasulullah s.a.w tetapi tidak dapat.dilihat oleh mereka yang berada bersama Baginda.


c…Malaikat boleh menjelma dalam bentuk rupa jismaniah seperti rupa manusia dan lain-lain sebagaimana hadis riwayat Muslim dari Umar al-Khatab. Bahawa pada satu hari seoranag lelaki yang sangat putih pakaiannya dan sangat hitam rambutya dataing berjumpa Rasulullah dan bertanya tentang Islam, iman, ihsan, hari kiamat dan alamat-alamatnya. .Lalu Rasulullah menjawab segala pertanyaanya itu. Selepas dia meninggalkan tempat itu Rasulullah bertanya kepada Umar, tahukah kamu siaoa dia yang bertanya itu. Umar memjawab :

“Allah dan RasulNya lebih mnengetahui. Lalu Baginda berkata itulah Jibril dating kepada kamu megajar agama lepada kamu:” kepada Allah sepenuhnya. Tidak petnah menderhaka


d.. Tabiat malaikat pada keseluruhannya ialah taat kepada Allah sepenuhnya. Tidak pernah menderhakaNya selama-lamanya.


e.. AlQuran telah menceritakan setengan daripada tugas malaikat ialah:-


(1).. Malaikat Jibril Menurunkan wahyu kepada Rasul-rasul.

(2). Malaikat Malaikul Maut –Diberi tugas Mengambil nyawa.

(3)..Malaikat Mikail ditugaskan menurunkan hujan.

(4).. Malaikat Israfil ditugaskan meniup sangkakala.

(5).. Malaikat Ridzuan ditugaskan menjaga pintu Syurga.


(6).. Malaikat Zabaniyah ditugaskan menjaga pintu neraka.

(7).. Malaikat Kiramun Kitabin ditugaskan untuk menulis amal kebajika.

Kesimpulan.

1. Mengikikadkan bahawa bagi Allah s.w.t. ada beberapa malaikat yang diciptakan dari nur (cahaya).

2. Malaikat-malaikat itu adalaj makhlkuk Allah Azza Wajalla dalam alam ghaib.





Nyatakan secara ringkas perbezaan dan persamaan antara malaikat, iblis, jin dan syaitan dari aspek kejadian dan juga sikap mereka terhadap perintah Allah dan hubungannya dengan manusia.



Jin daripada api bukan dari malaikat, mereka adalah makhluk bertaraf rendah. Bapa kepada jin bernama al-Jan Dia dijadikan daripada api dan kejadiannya lebih dahulu daripada manusia

Mereka dinamakan jin kerana mereka tertutup dari pandangan manusia. Ia diambil dari perkataan Janna al-Layl yang bermaksud gelap malam yang menutup pandangan.

Mereka beranak pinak dan mempunyai zuriat sebagaimana makhluk-makhluk hidup yang lain. Mereka perlu kepada makanan yang sesuai dengan kejadian mereka sebagaimana hadis Riwayat Ibn Masud berkata bahawa yang bermaksud:-

“Adakah kamu hendak menjadikannya (iblis) dan anak cucunya menjadi pemimpin atau kawan setia selaian dari Aku, sedangkan mereka seteru bagi kamu dan sangat buruk tukarannya bagi orang-orang zalim (yakni orang-orang bersalah” (Surahal-Kahfi ayat 50).


Adapun penjelasan haqiqat kejadian jin dan dikemukakan beberapa keterangan al-Quran yang menjelaskan beberapa maklumat tentang jin ialah”-


Firman Allah swt yang Bermaksud:-

“Sesungguhnya Kami jadikan manusia daripada tanah yang kering dari tanah hitam yang dibentuk, dan (al-Jan) iaitu bapa kepada Jin dari jadikan sebelumnya dari api yang sangat panas”
(al-Hijr ayat 2627)


Mreka dalah makhluk yang dapat menerima ilmu dan marifah dan mereka ditaklif dengan Iman dan ibadah sebagaimana Firman Allah dalam surah al-Zuriat,ayat 56 yang bermaksud:

“Dan tidak aku jadikan jin dan manusia melainkan
Untuk menyembah aku”(al-Zuriat 56)


Mereka dapat melihat kita dan kita tidak dapat melihat mereka dalam keadaan biasa.

Jin mempunyai dua jenis iaitu Jenis Syaitan yang tidak ada kebaikan langsung. Mereka dari keturunan Iblis yang berasal dari jin (Al-Kahfi ayat 50)

Kumpukan Jin – Ada yang baik dan ada yang fasid dan ada yang mukmin serta ada yang kafir
.(Surah al-Jin ayat 11) bermaksud:-


“Di antara kami ada yang baik dan di antara kami
ada yang tidak baik, kamu menempuh jalan-jalan
yang berlainan.” (Al-Jin ayat 11).


Jin dan syaitan boleh berupa dengan berbagai-bagai rupa dan berwarna dengan bermacam-macam warna.

Jin dan syaitan sebagaimana dikatakan itu ditaklifkan dengan Iman dan ibadat, maka lanjutann daripada itu mereka juga dikumpulkan, dihisab, dan diberi balasan di atas amalan mereka pada hari kiamat.


Sekian dahukjl dalam hal ini, dan akan di sambung lagi dalam masa akan datang. Insya Allah....





---------------------------oooooooooooooooo---------------------------

Hari yang berbahagia


Pengertian Keimanan Atau Akidah.


Pengertian Keimanan Atau Akidah.

Yakni tersusun dari enam perkara iaitu:

i) Ma’rifat kepada Allah- ma’rifat dengan nama-nama Nya yang mulia dan sifat-sifat Nya yang tinggi. Juga ma’rifat dengan bukti-bukti wujud atau ada Nya serta kenyataan sifat keagungan Nya dalam alam semesta atau dunia ini.

ii) Ma’rifat dengan alam yang ada di balik alam semesta ini. Yakni alam yang tidak dapat dilihat. Demikian pula kekuatan-kekuatan kebaikan yang terkandung di dalamnya yakni yang berbentuk malaikat, juga kekuatan-kekuatan jahat yang berbentuk iblis dan sekalian tenteranya dari golongan syaitan. Selain itu juga ma’rifat dengan apa yang ada di dalam alam yang lain lagi seperti jin dan roh.


iii) Ma’rifat dengan kitab-kitab Allah Taala – yang diturunkan oleh Nya kepada Rasul. Kepentingannya ialah dijadikan sebagai batas untuk mengetahui antara yang hak dengan yang batil, yang baik dan yang buruk, yang halal dan yang haram, juga antara yang bagus dan yang buruk.


iv) Ma’rifat dengan Nabi-nabi serta Rasul-rasul Allah Taala – yang dipilih oleh Nya untuk menjadi pembimbing ke arah petunjuk serta pemimpin seluruh makhluk guna menuju kepada yang hak.


v) Ma’rifat dengan hari akhir dan peristiwa-peristiwa yang terjadi di saat itu seperti kebangkitan dari kubur (hidup lagi sesudah mati), memperoleh balasan, pahala atau seksa, syurga atau neraka.


vi) Ma’rifat kepada takdir (qada’ dan qadar) yang di atas landasannya itulah berjalan peraturan segala yang ada di alam semesta ini, baik dalam penciptaan atau cara mengaturnya.


5. Buku Akidah Islam (ms 61)

i) Sifat-sifat Allah Taala –Allah SWT sebagai Maha Pencipta alam semesta ini, selain memiliki Asmaa-ul Husna (nama-nama yang baik) sebagaimana diuraikan di muka, juga memiliki sifat-sifat yang luhur yang merupakan penetapan dari kesempurnaan Nya serta keagungan Illhi Nya. Sifat-sifat ini hanyalah dimiliki oleh Maha Pencipta itu sendiri dan oleh sebab itu tidak sesuatu pun menyengukutui Nya atau memiliki sifat-sifat yang sama sebagaimana yang dipunyai Nya oleh Allah SWT itu. Sebabnya demikian ini ialah kerana Allah SWT itu adalah Maha Esa. Dia sebagai Tuhan dan pujaan yang satu-satunya, tiada Tuhan selain daripada Nya, tiada pujaan yang boleh disembah melainkan Allah.
Sifat-sifat yang menjadi milik Allah SWT itu, di antaranya ada yang disebut sifat-sifat salbiah dan di antaranya lagi ada yang disebut sifat-sifat tsubutiah.

1) Allah SWT itu bersifat Awal dan Akhir
2) Permulaan kejadian menurut pendapat para alim ulama
3) Permulaan kejadian menurut pendapat sarjana-sarjana ilmu falak dan susunan bumi
4) Allah SWT tidak serupa dengan sesuatu
5) Allah SWT adalah Maha Esa
6) Tritunggal adalah akidah keberhalaan (73)
7) Mengetahui ilmu (83)
8) Mendengar (Sama’) dan Melihat (Bashar) 87
9) Sifat-sifat Dzat Dan Sifat-sifat Af’al -88
10) Sifat-sifat Allah sebagai Tiang Penunjuk Jalan – 90
ii). Soal 32: Di dalam surah apakah Allah membicarakan mengenai diri-Nya

Jawab: Surah al-Baqarah ayat 186.

وَإِذَا سَأَلـَكَ عِبَادِىْ عَنِّي فَإِنـِّىْ قَرِيْبٌ صلى

أُـُ جِيْبُ دَعْوَةَ الدَّاعِ إِذَادَعَانِ صلى

فـَلـْيَسْتـَجِيْبُوْا لِىْ وَلـْيـُؤْ مِنُوْابِىْ لـَعَـلـَّهُمْ يَرْشُـدُوْنَ (

186)
“Apabila hamba-hamba Ku bertanya kepada mu mengenai Aku maka
(beritahu kepada mereka), sesungguhnya Aku (Allah) sentiasa hampir
(kepada mereka), Aku memperkenankan permohonan orang yang berdoa
kepada Ku. Maka hendaklah mereka menyahut seruan Ku (dengan mematuhi
perintah Ku) dan hendaklah mereka beriman kepada Ku supaya mereka
sentiasa berada dalam kebenaran.” (186)



3. Tauhid Allah SWT

(i) Tauhid Rububiyyah (Zat yang mencipta…..)

Tauhid Rububiyyah ialah pengakuan, bahawa seluruh alam ini, baik alam nyata (alam benda) atau alam ghaib (alam roh), dicipta oleh satu Tuhan. Tuhan yang satu itulah yang mencipta bumi, langit, bulan, matahari dan bintang. Tuhan yang satu itu jugalah yang mencipta jin, malaikat dan iblis. Tuhan yang satu itu jugalah yang menghidupkan segala yang hidup. Tuhan yang satu itu jugalah yang menumbuhkan segala tumbuh-tumbuhan dan tanam-tanaman. Tuhan yang satu itu jugalah yang mencipta mata kita semua. Tuhan yang satu itu jugalah yang mencipta tanah air kita yang indah ini. Tuhan yang satu itulah yang mencipta kuman dan nyamuk yang halus, dan Tuhan yang satu itu jugalah yang mencipta gajah, gunung dan planet-planet.


(ii) Tauhid Uluhiyyah ialah, hanya kepada Tuhan yang satu itulah kita menyembah, memuja, meminta pertolongan, beribadat, berzikir. Hanya Tuhan yang satu itulah yang kita sanjung, kita puji, dan hanya kepada Tuhan yang satu itulah kita minta perlindungan dari segala bahaya, kita meminta kebahagian hidup di dunia dan di akhirat. Jadi kita tidak boleh memohon, meminta daripada kubur, daripada Nabi, daripada Malaikat, daripada Wali atau Ulama yang masih hidup mahupun yang sudah meninggal. Tidak juga daripada keris pusaka atau lain-lain benda.

Tauhid Rububiyyah dimiliki oleh semua manusia, yang mukmin atau yang kafir, bahkan dimiliki oleh binatang-binatang yang tidak berakal dan alam benda atau batu-batu dan gunung-gunung.

Sedangkan Tauhid Uluhiyyah hanya dimiliki oleh beberapa orang manusia yang mengaku adanya Tuhan yang mencipta segala yang ada serta menundukkan kepala menyembah kepada Allah, beribadat menyembah Allah, berzikir membesarkan Allah, memuji Allah, dan mensucikan Allah, dan menjalankan segala perintah Allah dengan perantaraan Nabi-nabi dan Kitab-kitab Suci Nya, dengan perantaraan agama Nya iaitu agama Islam.


Tauhid Rububiyyah tidak bernilai apa-apa kalau tidak disertai dengan tauhid Uluhiyyah. Pengakuan bahawa alam ini dicipta seluruhnya oleh satu Tuhan, tidak mempunyai nilai apa-apa apabila tidak diiringi dengan ibadat serta ketaatan kepada Tuhan Yang Esa (Satu) itu.

(iii) Tauhid Asma, Sifat & Zat (Akidah Ahli Sunah (m.s.211)

Adalah wajib beriman kepada asma (nama-nama) dan sifat-sifat Allah. Iaitu dengan menetapkan asma dan sifat-sifat tersebut sebagaimana yang telah ditetapkan Allah untuk zat Nya yang terdapat di dalam al-Quran dan as-Sunnah yang layak baginya.

Firman Allah:

وَالِلهِ الْأسْمـَآءُ الْحُسْنَى فَادْعُوْهُ بِهَا صلى

وَذَروُا الـَّذِيْنَ يُلـْحِدُونَ فِى

أَسْمَـءِـهِ ج سَيِجْزَوْنَ مَا كَانُوءا يَعْمضلـُونَ.

(الأعراف: 180)

“Allah mempunyai asma’ul-husna (nama-nama yang baik bagi mulla), maka bermohonlah kepada Nya dengan menyebut nama-nama itu dan tinggalkanlah orang yang menyimpang daripada kebenaran ketika menggunakan nama-nama Nya. Mereka kelak akan mendapat balasan terhadap apa yang mereka telah kerjakan. (Al-A’raf ayat 180)

Maksud tauhid al-asma’ (nama-Nama san sifat-sifat) ialah beriman dengan keimanan dan pengakuan yang tegas, sempurna dan teguh kepada semua nama-nama Allah dan sifat-sifat Nya yang terdapat di dalam al- Kitab dan as-Sunnah. Seseorang itu sama sekali tidak boleh manamakan Tuhan kita (Allah) kecuali dengan nama-nama yang Dia sendiri telah menamakan atau yang telah dinamakan oleh Rasul Nya s.a.aw. Tauhid as-sifat (sifat-sifat) ialah tidak mensifatkan Allah kecuali dengan sifat yang telah disifatkan Nya sendiri atau telah disifatkan oleh Rasul Nya s.a.w.

4. Pengertian Keimanan Atau Akidah.

Yakni tersusun dari enam perkara iaitu: (Buku Akidah Islam ms 16

i) Ma’rifat kepada Allah- ma’rifat dengan nama-nama Nya yang mulia dan sifat-sifat Nya yang tinggi. Juga ma’rifat dengan bukti-bukti wujud atau ada Nya serta kenyataan sifat keagungan Nya dalam alam semesta atau dunia ini.

ii) Ma’rifat dengan alam yang ada di balik alam semesta ini. Yakni alam yang tidak dapat dilihat. Demikian pula kekuatan-kekuatan kebaikan yang terkandung di dalamnya>

Sekian dahulu dan akan be5rsambungh lagi....



-----------------oooooooooooooooo-----------------------

Keluarga yang bahagia



Dusun buah-buahan Ku yang gemilang




Meskipun jauh dari Kota raya...!

Kediaman Ku Yang Aman Sentosa

Saturday, 18 February 2012

Buah pisang yang paling besar

Jadikan Budaya Tidak Mementingkan Diri (91)

BAB 39 –Jadikan Budaya Tidak Mementingkan Diri (91)

Sesungguhnya pada zaman ini kebanyakan manusia lebih suka mementingkan diri sendiri dalam pelbagai perkara yang mereka lakukan. Seharusnya mereka harus sedar bahawa sifat mementingkan diri sendiri merupakan amalan yang buruk yang tidak seharusnya diamalkan dalam kehidupan seharian.

Pelbagai masalah akan timbul apabila sifat tersebut diamalkan. Antaranya, orang tidak akan membantu atau menolong seseorang yang suka mementingkan diri sendiri, timbulnya pergaduhan, hilangnya keharmonian dalam persahabatan, kekeluargaan dan sebagainya.

Oleh itu dalam kehidupan bermasyarakat, setiap orang perlu mempunyai sifat mengambil berat serta mementingkan bukan sahaja diri mereka tetapi juga masyarakat, organisasi dan sebagainya. Adalah wajar sekali bagi mereka mengamalkan perkara-perkara berikut yang melibatkan tidak mementingkan diri sendiri:-

1. Meluangkan masa untuk berjumpa dan bermesra dengan jiran tetangga agar tali silaturahim dapat dieratkan sepanjang masa.

2. Turut serta dalam aktiviti kerja-kerja gotong-royong dan saling membantu untuk melakukan kerja-kerja yang berbentuk sosial.


3. Mengambil berat tentang masalah-masalah yang dihadapi oleh masyarakat sama ada yang rasmi atau tidak rasmi.
4. Menyumbangkan sebahagian daripada harta kekayaan dan penghasilan yang diperoleh untuk kemudahan dan kepentingan masyarakat seperti menderma untuk anak-anak yatim dan sebagainya.
Firman Allah SWT:

مَثـَلُ الـَّذِيـْنَ يـُنـْفـِقـُوْنَ اَمـْوَا لـَهُمْ فِىْ سَبـِيـْلِ اللهِ كـَمـَثـَلِ حَبـَّة ٍ اَنـْبـَتـَتْ سَبـْعَ سَنـَا بِلَ فِىْ كـُلِّ

سُنـْبـُلـَة ٍ

مـَّا ءَــة ُ حـَبـَّة ٍ ط وَالله ُ يـُضَعـِفُ لـِمـَنْ يـَّشـَآء ُ ط

وَالله ُ وَاسِع ٌعـَلـِيـْم ٌ (البقرة 261)

Bermaksud: “Misalnya orang-orang yang menafkahkan harta-hartanya pada jalan Allah, seperti sebuah biji yang tumbuh menjadi tujuh tangkai, pada tiap-tiap tangkai ada seratus biji, dan Allah melipatkan gandakan bagi siapa yang dikehendaki Nya, dan Allah luas (kurnia Nya) lagi Maha Mengetahui.”
(Al-Baqarah ayat 261)


5. Sentiasa prihatin terhadap penderitaan yang ditanggung oleh orang lain.


6. Memberi bantuan kepada orang yang memerlukannya sedaya upaya yang boleh.

Apabila setiap orang mempunyai sifat tidak mementingkan diri sendiri, maka kehidupan masyarakat akan menjadi lebih bahagia kerana mereka akan saling membantu di antar satu sama lain.
Pelbagai masalah di dalam keluarga serta masyarakat akan dapat diatasi dengan sebaik-baiknya apabila setiap orang memberikan kerjasama yang sewajarnya. Seterusnya berikutan itu sebuah keluarga dan masyarakat penyayang akan dapat diwujudkan.


Justeru itu penulis mengajak marilah kita bersama-sama sentiasa mengamalkan sifat yang tidak mementingkan diri sendiri demi untuk kebahagian kita bersama di dunia dan di akhirat kelak.
Wassala mua laikum…….

------------oooooooooo--------------------

Jadikan Budaya Tidak Mementingkan Diri (91)

BAB 39 –Jadikan Budaya Tidak Mementingkan Diri (91)

Sesungguhnya pada zaman ini kebanyakan manusia lebih suka mementingkan diri sendiri dalam pelbagai perkara yang mereka lakukan. Seharusnya mereka harus sedar bahawa sifat mementingkan diri sendiri merupakan amalan yang buruk yang tidak seharusnya diamalkan dalam kehidupan seharian.

Pelbagai masalah akan timbul apabila sifat tersebut diamalkan. Antaranya, orang tidak akan membantu atau menolong seseorang yang suka mementingkan diri sendiri, timbulnya pergaduhan, hilangnya keharmonian dalam persahabatan, kekeluargaan dan sebagainya.

Oleh itu dalam kehidupan bermasyarakat, setiap orang perlu mempunyai sifat mengambil berat serta mementingkan bukan sahaja diri mereka tetapi juga masyarakat, organisasi dan sebagainya. Adalah wajar sekali bagi mereka mengamalkan perkara-perkara berikut yang melibatkan tidak mementingkan diri sendiri:-


1. Meluangkan masa untuk berjumpa dan bermesra dengan jiran tetangga agar tali silaturahim dapat dieratkan sepanjang masa.

2. Turut serta dalam aktiviti kerja-kerja gotong-royong dan saling membantu untuk melakukan kerja-kerja yang berbentuk sosial.


3. Mengambil berat tentang masalah-masalah yang dihadapi oleh masyarakat sama ada yang rasmi atau tidak rasmi.
4. Menyumbangkan sebahagian daripada harta kekayaan dan penghasilan yang diperoleh untuk kemudahan dan kepentingan masyarakat seperti menderma untuk anak-anak yatim dan sebagainya.
Firman Allah SWT:

مَثـَلُ الـَّذِيـْنَ يـُنـْفـِقـُوْنَ اَمـْوَا لـَهُمْ فِىْ سَبـِيـْلِ اللهِ كـَمـَثـَلِ حَبـَّة ٍ اَنـْبـَتـَتْ سَبـْعَ سَنـَا بِلَ فِىْ كـُلِّ

سُنـْبـُلـَة ٍ

مـَّا ءَــة ُ حـَبـَّة ٍ ط وَالله ُ يـُضَعـِفُ لـِمـَنْ يـَّشـَآء ُ ط

وَالله ُ وَاسِع ٌعـَلـِيـْم ٌ (البقرة 261)

Bermaksud: “Misalnya orang-orang yang menafkahkan harta-hartanya pada jalan Allah, seperti sebuah biji yang tumbuh menjadi tujuh tangkai, pada tiap-tiap tangkai ada seratus biji, dan Allah melipatkan gandakan bagi siapa yang dikehendaki Nya, dan Allah luas (kurnia Nya) lagi Maha Mengetahui.”
(Al-Baqarah ayat 261)


5. Sentiasa prihatin terhadap penderitaan yang ditanggung oleh orang lain.


6. Memberi bantuan kepada orang yang memerlukannya sedaya upaya yang boleh.

Apabila setiap orang mempunyai sifat tidak mementingkan diri sendiri, maka kehidupan masyarakat akan menjadi lebih bahagia kerana mereka akan saling membantu di antar satu sama lain.
Pelbagai masalah di dalam keluarga serta masyarakat akan dapat diatasi dengan sebaik-baiknya apabila setiap orang memberikan kerjasama yang sewajarnya. Seterusnya berikutan itu sebuah keluarga dan masyarakat penyayang akan dapat diwujudkan.


Justeru itu penulis mengajak marilah kita bersama-sama sentiasa mengamalkan sifat yang tidak mementingkan diri sendiri demi untuk kebahagian kita bersama di dunia dan di akhirat kelak.
Wassala mua laikum…….

------------oooooooooo--------------------

Tuesday, 14 February 2012

La ni depa amalkan sokong kroni mereka


Memberi sedekah pun mengutamakan kroni...!

Penulis ingin menonjolkan yang Manusia sekarang ini mempunyai tabiat suka menyokong kroni mereka. Penulis ingin kesahkan perisatiwa memberi rumah PPRT. Rumah sudah siap sebanyak 75 buah,maka dijemputlah rakyat termiskin untuk memohon. Maka terdapatlah lebioh 500 pemohon, bukan rakyat termiskin sahaja dalam sinarai itu. Yang kaya,yang ada kereta pun mohon.

Maka Jawatankuasa pemilihan pun bersidang untuk memilih. Jadilah yang di sinarai kali pertama sebanyak 300 pemohon. Sinarai di pamirkan di Dewan Orang Ramai. Riuh rendahlah yang protes.

Maka Jawatankuasa pemilihan pun buat sinarai yang kedua. Tinggal 200 pemohon tersinrai. Masih ada banyak protes lagi. Yang peliknya pemohon yang ada kereta tu masih ada dalam sinarai.

Jawatankuasa pemilihan bersidang lagi. Buat Sinarai Ketiga. tapi kali ni ada 150 pemohon. Pelek lagi, Yang ada kereta tu masih ada dalam sinarai lagi.

Begitulah... berlalu hingga ke 7 kali. Jawatankuasa pemilihan buat sinarai baru....Yang ada kereta tu dah tidak ada dalam sinarai. Tapi kali ke tujuh ni hany ada 75 pemohon, cukup untuk semua rumah seoarang satu.

Tapi tak selesai lagi...sepatutnya dah boleh bagi rumah tu seorang satu. Ada pula di antara Jawatankuasa tu yang protes hingga ke YB Menteri... Maka YB Menteri masuk campur....

Bagaimana pun...? Menteri mengarahkan.... masuk balik pemohoin yang ada kereta tu...maka sinarai yang kali ke 9 pemilihan pun selesai...Sebab yang ada kereta tu kroni YB Menteri....

Yang betul-betul miskin.., yang terkeluar dari sinarai, kerana nak masukkan nama "yang ada kereta" tu berdukacita ... terinaya...!

Itu...salah satu kes yang mereka amalkan "Faedah kroni"..Banyak lagi, hingga tak terkira...Peristiwa beri anak ayam... beli bantuan ternakan kambing...peristiwa nak masuk Universiti...peristiwa pemilihan nak jadi guru... semuanya untuk kroni...


Sekian dulu... kita berdoa semoga budaya untuk keroni...mudah-nudahan mintalah terhapus.



---------------ooooooooooo------------------

Monday, 13 February 2012

Inilah Durian yang terhabis baik sekali

Murid-murid Sekolah SM Sultan Ahmad Tajuddin

Sek.Menengah Sultan Ahmad Tajuddin

Akhlak Itu Perhiasan Mukmin

اسَّلآمُ عَـلـَيْكـُمْ وَرَحْمَـة ُاللهِ وَبَرَكــَتـُه

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمَن ِ الرَّحِيـم ِ

Akhlak Perhiasan Mukmin

Sesungguhnya umat yang bertaqwa ialah mereka yang sentiasa mengamalkan akhlak yang baik, mulia dan nilai hidup yang murni. Akhlak ditakrifkan sebagai kebiasaan, perangai, tabiat dan tingkah laku dalam agama. Akhlak yang baik disebut juga sebagai adab atau etika dan sopan santun yang diterjemahkan dari hati yang bersih dan ikhlas. Allah s.w.t berfirman di dalam al-Quran memuji akhlak Baginda Rasulullah s.a.w. menerusi ayat 4 Surah Al-Qalam:

وَإِنـَّكَ لـَعَـلىَ خُـلـُـقٍ عَـظِيْـم ٍ(4)

Dan sesungguhnya engkau mempunyai akhlak yang besar (mulia). (Al-Qalam ayat 4).

Profesor Yusuf Al-Qardawi menyebutkan bahawa sifat yang baik dan etika hidup yang murni (akhlak) itu merangkumi beberapa aspek.

Akhlak Perhiasan Mukmin

1.Akhlak terhadap diri sendiri. Ia merangkumi penjagan kesihatan diri, membersih jiwa dari akhlak yang buruk, melatih jiwa supaya berfikiran baik dan menganalisa, tidak melampaui batas, isitqamah, bertawakkal dan bertaqwa keada Allah, bercakap benar, mampu menahan kamarahan, pemaaf, mematuhi peraturan, penyabar, ikhlas berserdehana tidak mementingkan diri sendiri, tidak mementingkan wang ringgit dan kebendaan dan sebagainnya lagi.


2. Akhlak terhadapk keluarga. Dalam melaksanakan tuntutan akhlak jenis ini seseorang suami perlu sentiasa bergaul dengan isteri dengan cara yang baik dan begitulah halnya pihak isteri, berbuat baik kepada kedua ibubapa, berlemah lembut dan penyayang kepada orang yang lebih tua atau muda dari kita, tidak membunuh anak kerana bimbangkan kemiskinan, berlaku adil kepada semua orang, anak-anak dan isteri, berbuat baik dan memberi bantuan kepada kaum kerabat yang dekat atau pun yang jauh.


3.Akhlak terhadap masyarakat. Antaranya termasuklah adab dan tatacara bergaul dengan angguta masyarakat dan jiran tetangga seperti memulakan dengan memberi salam apabila bertemu, meminta izin apabila memasuki sesebuah rumah dengan cara memberi salam kepada penghuninya terlebih dahulu, jangan mengurangkan timbangan apabila berurusniaga, kembalikan amanah kepada ampunyanya. Menepati janji, menjadi saksi yang benar, menjadi pendamai, memaafkan kesalahan orang, mengasihi orang lain, menyeru kepada kebaikan, mencegah keburukan, membalas kejahatan dengan kebaikan dan lain-lain lagi.

4. Akhlak terhadap alam. Seperti menyedari bahawa alam semesta ini diamanahkan oleh Allah s.w.t. kepada manusia. Kepelbagaian alam ini memanifestasikan ayat atau tanda-tanda kekuasaan Allah s.w.t., dan semasa meneroka dan mengguna setiap kurniaan yang wujud di dalam alam, manusia harus sederhana dan bermatlamatkan kepentingan bersama; tidak merusakkan sumber alam, menjaga sumber air dan tidak menguturkannya, menanam pokok-pokok yang boleh dimanafaatkan buahnya atau daunnya, tidak membazir sewaktu menggunakan apa sahaja sumber ‘alam.


5. Akhlak terhadap Allah. Akhlak yang paling tinggi dan membatasi segala-galanya adalah akhlak manusia terhadap Allah, sumber segala hukum dan nilai hidup. Tuhan yang berhak mendapat semua pujian dan segala ketaatan. Dialah sahaja yang layak dan perlu disembah, dan Dialah sahaja tempat meminta pertolongan, pengampunan dan hidayat. Antara kewajipan, manusia terhadap Allah termasuk, beriman kepada Allah dan kepada apa yang diwahyukan Nya, mematuhi segala perintahnya, menyelidiki tanda-tanda (ayat) Allah dan kejadian ‘alam, mensyukuri nikmat Nya, redza dengan segala ketentuan qada’ dan qadar Nya, bertawakkal kepada Nya, tidak berputus asa terhadap Nya, bertasbih dan berzikir beribadat, bertaubat dan mencintai Allah.

Dalam Surah Al-Hajj ayat 32 Allah s.w.t berfirman yang bermaksud:

“Demikianlah (ajaran Allah), dan sesiapa yang menghormati syi’ar-syi’ar agama Allah, maka (dialah orang yang bertaqwa) kerana sesungguhnya perbuatan itu satu kesan dari sifat-saifat taqwa hati orang mukmin…..”

Akhlak yang mulia itu antaranya ialah lemah lembut, pemaaf, pemurah, rendah diri, bersabar, berani, manis muka dan mesara, kasih sayang, bertolak ansur, amanah dan lain-lain lagi.


Semua sifat-sifat ini adalah yang dikatakan sifat-sifat hati yang baik atau sifat-sifat yang terpuji atau dengan kata lain, ia adalah disebut sebagai Mahmudah. Sifat-sifat hati yang baik ini akan memberi cahaya kepada kehidupan kita yang zahir ini. Ini sesuai dengan sebuah hadis Rasulullah s.a.w. yab bermaksaud:


”Di dalam diri manusia itu ada seketul daging. Apabila daging itu baik, maka baiklah seluruh anggota lahir manusia itu. Jika daging itu rosak maka seluruh anggota lahir itu akan rosaklah dia. Ituah dia hati manusia....!

(Hadis riwayat Al-Bukhari dan Muslim)


Kesimpulan.

Oleh itu perbaikilah hati dengan sungguh-sungguh agar terbuka pintu-pintu syurga. Tanamlah di dalam diri akhlak yag baik dan sematkanlah di hati sifat-sifat Mahmudah iaitu sifat-sifat yang terpuji, semoga Allah s.w.t. sentiasa memberi taufik dan hidayatnya kepada diri kita di sepanjang hidup kita ini.

Sekianlah dahulu, Wassala mualaikum......!


---------------oooooooooooo-----------------

JADIKANLAH BUDAYA MENEPATI JANJI.

JADIKANLAH BUDAYA MENEPATI JANJI.

Memang mudah sekali bagi jiwa mencita-citakan sesuatu, lebih-lebih lagi mempunyai tikad keazaman di masa kini, sebab lidah tidak bertulang dan untuk membuat janji dan azam memang tidaklah sukar, kerana risikonya tidak berat. Tetapi apabila segala yang dicita-citakan itu hakikat dan segala yang tuntutnya itu telah tercapai, akan berkubarlah nafsu dan syahawat untuk mempengaruhi keazaman tadi, sehingga akhirnya keinginan yang mula-mula itu menjadi meleset. Maka menanglah kehendak hawa nafsu ke atas kehendak cita-cita. Manakala janji tinggal janji sahaja, tidak ditepati. Tentulah sikap seperti ini berlawanan dengan sifat-sifat benar.

Ketahuilah bahawa Rasulullah s.a.w. telah menghubungkan keimanan dengan kemunafikan dan janji. Baginda memasukkan orang yang sering memungkiri janji ke dalam kategori orang munafik. Sabda Rasulullah s.a.w. yang bermaksud:
“Tiga tanda orang munafik, iaitu apabila berkata dia berdusta, apabila berjanji dia mungkir janji dan apabila diberi amanat dia khianat.”
(Hadis Riwayat al- Bukhari dan Muslim)

Imam An-Nawawi r.h. berpendapat, “Apabila seseorang yang beriman mempunyai salah satu daripada sifat kemunafikan ini maka ia menyerupai orang munafik.”
…./3

Umar Al Khattab r.a. sering menyatakan kebimbangannya jika terdapat tanda-tanda munafik pada dirinya. Berikutan dengan itu beliau sering bertanya kepada Huzaifah, Setiausaha Sulit Rasulullah s.a.w. dengan katanya . “Adakah pada diriku tanda-tanda orang munafik?”
Pertanyaan yang serupa berkali-kali ditanyakan kepada Huzaifah dengan harapan semoga beliau dapat memberi jawapan yang pasti kepada soalan Umar itu.

Oleh sebab itu setiap orang yang berjanji wajib melaksanakan janji dengan sempurna. Walau bagaimanapun, sebelum membuat sesuatu janji seseorang mestilah memerhati dan waspada terhadap janji yang akan dibuat, di antaranya ialah:

1. Jangan selalu kita menganggap janji dan untuk kita menepatinya sebagai sesuatu yang remeh temeh.

2. Janji yang dibuat mestilah selari dan sesuai dengan peruntukan syarak.


3. Perjanjian yang mengarah kepada kederhakaan kepada Allah s.w.t. tidak boleh ditepati bahkan perlu dihindari.

4. Sebelum membuat janji kedua belah pihak mestilah memperhitungkan secara matang tentang kesesuaian, kebolehan dan kepastian janji yang dibuat. Jika situasi dan keadaan tidak memungkinkan, seeloknya janganlah membuat janji itu.

5. Catatkan janji itu di dalam buku catatan supaya tidak dilupai.
…/4
6. Tidak boleh membatalkan janji semata-mata disebabkan terdapatnya tawaran yang lebih baik daripada orang ketiga mengenai sesuatu yang telah dijanjikan.

7. Perkara-perkara yang membawa kepada kesia-siaan perlu dihindari daripada perjanjian itu.

8. Seandainya atas sesuatu sebab yang benar-benar tidak dapat dielakkan, hubungi segera orang yang di janji untuk memohon maaf kerana tidak dapat menunaikan janji itu.

Orang yang sentiasa menepati dan menghormati janji akan lebih disukai dan dihormati. Di samping itu, ia juga merupakan sifat terpuji yang perlu ada dalam diri setiap orang.
Renunglah sebuah Syair Arab yang mengatakan:
“Jangan katakan “Ya” kalau engkau memang bermaksud tidak
menyempurnakan janji.”

“Eloklah perkataan “Ya” sesudah “Tidak” dan buruklah perkataan “Tidak” sesudah “Ya”
“Perkataan “Tidak” sesudah “Ya” adalah buruk.”
“Maka mulakan dengan “Tidak” kalau engkau takut menyesal.”
“Kalau engkau sudah mengatakan “Ya” tunaikan janji kamu.”
“Menyalahi janji adalah perbuatan tercela.”

Sekian, Wassala mualaikum……….
-------------ooooooooooooooooooooo------------------------ …../5

Friday, 10 February 2012

Taqwa itu menurut perintah Allah





Taqwa itu menurut perintah Allah


Maka berkata para Ulamak Rewdzuan Allah Alaihim: Taqwa itu adalah menurut perintah Allah Taala dan meninggalkan laranganNya lahir dan batin, seraya merasakan bahawa kebesaran yang haqiqi itu adalah bagi Allah s.w.t. yang patut kita merasakan kehibatan, ketakutan dan kegerunan terhadapNya.

Sebahagian para Muafasirin pula mengertikan maksud firman Allah Taala: “Bertaqwalah kepada Allah dengan sesungguhnya taqwa, yakni Allah s.w.t. itu harus ditaati. Tiada boleh dimaksiati, harus diingati, tiada boleh dilupai, dan harus disyukuri, tiada boleh dikufuri, sebab itu jika seseorang hamba ditaqdirkan mempunyai seribu diri yang lain kepada dirinya, atau seribu umur lagi kepada umurnya, tidak mampu bertaqwa kepada Allah dengan sesungguh taqwa, sekalipun ia sanggup membelanjakan semua harta kekayaan yang ada di dalam tangannya untuk tujuan mentaati Allah dan mencintaiNya, yang demikian itu disebabkan amat besar haq Allah s.w.t. ke atas hambaNya, dan juga kerana amat hebat kebesaran Allah dan amat mulia kedudukannya serta tinggi kemulaainya.

Rasulullah s.a.w. sebagai orang yang amat sempurna penunainya terhadap hak-hak Allah s.w.t. telah berkata dalam doanya: iaitu sebagai suatu pengakuan dari Baginda akan ketidak upayannya hendak menunaikan sepenuh kesyukuran kepada Allah s.w.t.

أ َعـُوْذُ بِرِضَكَ مِنْ سَخَطِكَ, وَبِمُعَا فـَاتِكَ مِنْ عُقُوْبَتِكَ,

وَأ عُوْذُ بِكَ مِنْكَ, لَاأ حْصِيْ ثـَنَاءً عَلـَيْكَ, أ نْتَ كَمَا أ ثـْنَيْتَ عَلىَ نـَفـْسِكَ.

“Aku berlindung dengan keredaan Mu daripada kemurkaan Mu, dan dengan keampunan Mu dari pembalasan Mu, dan aku berlindung dengan Mu daripada Mu, tidak mampu aku menghitung kepujian ke atas Mu, seperti yang Engkau memuji atas zat Mu sendiri.


Dan seperti mana yang telah difahamkan bahawa Allah s.w.t. telah menciptakan Malaikat, yang dari sejak diwujudkan hingga ke bila-bila masa pun, akan sentiasa ruku’ dan bersujud terhadap Allah s.w.t. dan akan sentiasa bertasbih dan membesar Allah s.w.t., tidak pernah penat atau lelah, dan mereka tiada mempunyai tugas-tugas yang lain selain itu. Kelak bila tiba hari kiamat nanti, maka Malaikat itu akan berkata kepada Allah Taala.
سُبْحَا نـَكَ! وَلـَكَ الـْحَمْدُ مَا عـَرَ فـْنَاكَ حَـقَّ مَعْرِفـَتِكَ! وَلَاعـَبَد نـَاكَ حـَقَّ عـِبَادَ تـِكَ!
“Maha suci Engkau, wahai Tuhan! baghiMu segala pujian. Kami tiada mengenalMu sesungguh pengenalan. Kami tiada beribadat kepadaMu sesungguh ibadat.”

Setengah ulamak berkata,bahawasanya firman Allah s.w.t. yang bemaksud:” Bertaqwalah kamhu kepada Allah dengan sesungguh taqwa: yaitu ayat ini telah nansukh (dibatalkan) dengan ayat yang berbunyi:

فـَاتـُّقـْوا اللهَ مَا اسْتـَطَعْتـُمْ ( التغابن 16)


“Bertaqwalah kepada Allah sekadar yang termampu oleh mu.”


Setengah yang lain pula berkata: Ayat yang kedua ini menerangkan maksud ayat yang pertama, dan bukanlah ia sebagai nasakh (batal), mudah-mudahan maksud yang kedua inilah yang betul, sebab Allah s.w.t. – dan bagi Nya segala puji – tiada memberatkan sesuatu jiwa melainkan sekadar yang termampu dilakukannya, meskipun jika Dia mahu, memang Dia berhak memerintahkan apa saja yang dikehendakiNya, saebab Allah s.w.t. berhak untuk melakaukan apa saja sekehendak kemahuanNya di dalam kerajaanNya dan kekuassaNya. Akan tetapi Dia sentiasa meringankan dan memudahkan. Lihat firmanNya berikut :
يُرِيْد اللهُ أ نْ يـُخـَفـَّفَ عـَنْكُمْ وَخـُلـِقَ الْإ نـْسَانُ ضَعِيْفـًا.
(النــساء 28).

“Allah ingin memberikan keringanan bagi mu, kerana manusia itu dicipta bersifat lemah.
(An-Nisa’ : 28)


Firman Allah s.w.t.:

يُرِيْدُ اللهُ بِكُمُ الـْيسْرَ, وَلَايـُرِيْدَ بِكُمُ الـْعُسْرَ.

(البقرة: 185)

“Allah mahu memberikan keringanan bagi mu, dan tiada (sekali) kali mahu memberikan kesulitan .
(Al-Bagaram : 185)
Kesimpulan:

Bertaqwalah kepada Allah iaitu melakukan apa yang di perintahNya dengan melakukan perkara-perkara yang terbaik, melakukan kerja-kerj yang terpuji, sentiasa mengingagti Allah dengan mengamalkan segala suruhan yang sunat-sunat, sentiasa berakhlak yang mulia.
Meninggalkan segala perkara yang di larang, meninggalkan perbuatan berakhlak yang kotor. Tidak mengingatkan Allah dan sentiasa enggan melakukan arahan yang sunat-sunat.

Sekian dahulu dalam mauduk ini, dan akan kembali dalam Blog ini dalam masa yang terdekat.
Wssalamu alaikum.....

---------------oooooooo---------------

Jangan Amalkan Kepentingan Diri..!




Penulis terasa hendak sebutkan masalah hari ini sentiasa menjadi kalamkabut. Sebabnya masyarakat kita khususnya orang Melayu hari ini sangat mengamalkan kepentingan diri sendiri. Terdapat juga mereka mengamalkan "Budaya untuk faedah keluarga"

Mengamalkan budaya kepentingan diri adalah sangat merbahaya, kerana hak orang lain terjejas,maka dengan sebab itu lahirlah perasaan tidak puas hati semua pihak.

Masalah budaya untuk kroni pula,lagi merbahaya kerana dengan sebab itu akan timbul pergaduhan sesama orang Melayu kerana tidak puas hati dengan layanan.

Penulis tidak payanh mengulas lanjut kerana semua kita sedang mengamalkan kedua-dua budaya tersebut.

Cuma penulis berharap kita semua merenung akanperkara ityu demiuntyk kesejahtaeraan dan keamanan semasa.

Wassala mualaikum.....



---------------oooooooooooooo-----------------

Thursday, 9 February 2012

MENGAMALKAN SIFAT MERENDAH DIRI (367)




MENGAMALKAN SIFAT MERENDAH DIRI (367)

Ketahuilah bahawasanya Tawaduk atau merendah diri itu adalah darjat yang paling utama bagi manusia. Ini tidak akan berlaku, selagi dia duduk berjauhan dari orang ramai. Mungkin seseorang itu lebih suka memencilkan diri kerana beberapa sebab, misalnya:

a. Kerana sudah terlalu tua umurnya.

b. Kera khuatir dirinya tidak diberikan penghormatan dalam satu-satu keramaian, atau tidak

di ke depankan.

c. Kerana dia merasakan dirinya akan lebih dihormati, bila dia menjauhkan diri dari bercampur gaul dengan orang ramai.

d. Kerana dia meanggap bahawa memencilkan diri itu akan lebih meyakinkan orang ramai dalam kerja-kerja ibadatnya atau dia merendahkan dirinya atau sebagainya.

Tanda orang ini ialah mereka lebih suka diziarahi oleh orang ramai. Tetapi mereka sendiri tidak suka menziarahi orang lain. Mereka merasa senang sekali, bila orang-orang awam datang untuk mendekatkan diri kepada mereka, apatah lagi kalau yang datang pula orang-orang yang berpangkat, maka hatinya akan terus terlunjak-lunjak kegembiraan. Orang-orang seumpama ini, adalah sangat anih sikapn

ya.

Kalaulah kerana terlalu sibuk menguruskan diri sendiri itu yang menyebabkan mereka tidak suka bercampur gaul, dan terus memencilkan diri dari orang ramai, tentulah mereka tidak ingin pula orang ramai datang menziarahi mereka. Yang sebenarnya sebab pemencilan diri dan uzlah mereka itu, adalah kerana hendak menguruskan kedatangan orang ramai, kerana hati mereka terpikat oleh pandangan orang ramai terhadapnya dengan penuh penghormatan dan sanjungan.
Ketahuilah bahawa uzlah dan pemencilan diri kerana sebab-sebab serupa ini, adalah suatu kejahilan dan kebodohan dan boleh di tinjau dari beberapa segi seperti yang penulis catatkan berikut:
1. Bersifat tuawaduk dalam percampur gaulan dengan orang ramai, tidak sama sekali mengurangkan kedudukan atau darjat orang yang merasa sombong dan cungkak, disebabkan banyak ilmu atau mendalam agamanya.

2. Orang yang suka menonjol-nonjolkan diri untuk mendapatkan keredaan orang ramai, dan memancing kepercayaan mereka kepadanya, adalah orang yang ditipu oleh kemegahan diri sendiri, sebab kalaulah ia telah mengenal Allah dengan sebenar pengenalan dan ma’rifat, tentulah ia akan maklum, bahawa semua makhluk tidak dapat membefrikan apa-apa menafaat kepadanya dalam sesuatu perkara selain dari Allah, dan bahawasanya semua bahaya dan menafaat itu, adalah dalam kekuasaan Allah dan takdir Nya, malah untuk memperoleh keredaan manusia sepenuhnya, adalah seperkara yang sukar untuk di capai. Oleh yang demikian, maka keredaan Allah itu adalah lebih utama dituntut.

Justeru begitu, barangsiapa yangh sengaja memencilkan dirinya di dalam rumah, dengan tujuan agar orang ramai dapat memandangnya dengan pemandangan penuh kepercayaan dan iktiqad, adalah dalam bahaya besar di dalam dunia, kemudian azab di akhirat pula akan menunggunya, dan azab itu lebih besar kiranya mereka mengetahui.

Kesimpulannya.

Tidaklah dipandang baik menguzlahkan diri atau duduk berpencilan seorang diri menghabiskan masa, kecuali kalau kerana tujuan mempelajari ilmu pengetahuan, sekira-kiranya jika ia bergaul dengan orang ramai nescaya semua masanya akan hilang, dan banyak pula bahaya lain yang akan timbul.
Sekian, untuk renungan bersama. Wassala mualaikum.....
(Rujukan Kitab ”Bimbingan Mukminin ,m.s. 367)
----------------------ooooo-------------------------

Gembira dapat RM 500.00


Gembira dapat Rm 500.00. terpi Roti Canainaik 0.80 sen, Karipuf naik 3 Rm 1.00

Durian naik RM 8.00 satu Kilo.

Dosa Mengumpat







اسَّلآمُ عَـلـَيْكـُمْ وَرَحْمَـة ُاللهِ وَبَرَكــَتـُه

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمَن ِ الرَّحِيـم ِ

BAB 33 - Dosa Mengumpat

Bukan mengumpat, tetapi apa dikatakan ini benar, fahaman umum untuk memberi justifikasi terhadap perbuatan menceritakan atau menyebut keburukan orang lain yang selalunya dilakukan dengan sengaja.

Ada kala tetap sama iaitu menceritakan keburukan seseorang supaya diketahui orang lain. Namun, gambaran diberi selalunya boleh menyebabkan identity orang dimaksudkan diketahui.

Rasulullah s.a.w. menjelaskan mengenai mengumpat dalam sabdanya yang bermaksud.-

Mengumpat itu ialah apabila kamu menyebut perihal saudara mu dengan sesuatu perkara yang dibencinya. (Hadis riwayat Muslim).

Oleh kerana buruk dan hinanya mengumpat, ia disamakan seperti memakan bangkai saudara seagama. Manusia waras tidak sanggup memakan daging manusia, inikan pula daging saudara mu sendiri.
Dosa mwengumpat bukan saja besar malah antrara dosa tidak akan diampunkan Allah biarpun pelakunya benar-benar bertaubat. Ia hanya layak diampunkan oleh orang yang diumpat. Selagi orang diumpat tidak mengempunkan, maka dosa itu akan kekal dan menerima pembalasan di akhirat.

Disebabkan mengumpat terlalu biasa dilakukan, maka ia tidak dirasakan lagi sebagai perbuatan dosa.

Sabda Rasulullah s.a.w.

”Wahai orang beriman dengan lidahnya tetapi belum beriman dengan hatinya! Janganlah kamu mengumpat kaum Muslim, dan janganlah kamu mengintip keaiban. Sesungguhnya, sesiapa yang mengintip keaiban saudaranya, maka Allah akan mengintip keaiban dan Dia akan mendedahkannya, meskipun dia berada dalam rumahnya sendiri. (Hadis riwayat Abu Daud).

Orang yang mengumpat akan mendapat kerugian besar pada hari akhirat. Pada rekod amalan mereka akan dicatatkan sebagai perbuatan menghapuskan pahala. Rasulullah s.a.w. bersabda yang bermaksud:

”Perbuatan mengumpat itu samalah seperti api memakan ranting kayu kering.”

”Pahala yang dikumpulkan sebelum itu akan musnah atau dihapuskan seperti mudahnya api memakan kayu kering sehingga tidak tertinggal apa-apa lagi.”

Diriwayatkan oleh Abu Ummah al-Bahili, di akhirat seorang terkejut besar apabila melihat catatan amalan kebaikan yang tidak pernah dilakukannya di dunia. Maka dia berkata kepada Allah:

”Wahai Tuhanku, dari manakah datangnya kebaikan yang banyak ini, sedangkan aku tidak pernah melakukannya. Maka Allah menjawab.- Semua itu kebaikan (pahala) orang yang mengumpat engkau tanpa engkau ketahui.”

Sebaliknya, jika pahala orang yang mengumpat tidak ada lagi untuk diberikan kepada orang diumpat, maka dosa orang yang diumpat akan dipindahkan kepada orang yang mengumpat. Inilah dikatakan orang muflis di akhirat nanti.

Memandangkan buruknya sifat mengumpat, kita wajib berusaha mengelakkan diri draipada melakukannya. Oleh itu perbanyakkan berzikir supaya dapat menghindarkan diri daripada mengumpat.
Islam menganjurkan beberapa kaedah untuk menghindarkan diri daripada terjerumus ke dalam bidaya hidup yang suka mengumpat.

1. Jika kita mengingati bahawa apabila kita mengumpat, kita akan diumpat balik, sudah tentu kita tidak akan mengumpat. Elakkan berbuat jahat kepada orang yang tidak berbuat jahat kepada kita.

2. Manusia perlu memenuhi keperluan intelek seperti mencari ilmu, berfikir, memerhati, meanggap dan membuat spekulasi. Maka orang yang melakukan sebaliknya bererti tidak memenuhi keperluan intelek. Tidakkah bererti apabila kita mengumpat bermakna jiwa kita jahat? Luar nampak cantik, tetapi dalam sudah busuk dan berulat.

3. Ingat dosa. Larangan Islam terhadap perbuatan mengumpat sudah cukup untuk memotivasikan diri setiap individu. Tidak ada manusia normal sanggup memakan bangkai seseorang.

4. Imam Ghazali ada menyatakan enam perkara mendorong seseorang itu mengumpat.

5. Suka mendengar dan mengikuti perbualan orang yang menyerang peribadi dan kehormatan seseorang.

6. Mahu bersaing dan menonjolkan diri dengan meanggap orang lain bodoh dan terendah.

7. Disebabkan dengki, dia iri hati dedngan orang lain yang lebih beruntung dan berjaya, seperti dinaikan gaji dan pangkat.

8. Bergurau dan suka berlawak untuk mencela, mengatakan kelemahan serta kecacatan hingga mengaibkan orang lain.

9. Sikap suka mengejek dan mencela disebabkan rasa bongkak serta sombong kerana memandang rendah terhadap orang lain.

Seruan pada anda.

Marilah kita jauhkan diri dari mengumpat, kerana mengumpat itu berdosa dan merosakkan persehabatan sesama Muslim. Dosa mengumpat tidak boleh dihapuskan melainkan orang yang di umpat itu bersedia memaafkan dan mengampunkan kita.
Sekian, Wassala mu alaikum......

---------------oooo-----------

Jauhkan Amalan Takbur dan Bangga Diri

Jauhkan Amalan Takbur dan Bangga Diri

Segala pujian bagi Allah s.w.t. Tuhan yang mencipta segala kejadian. Selawat dan salam ke atas Junjungan Besar Nabi Muhammad s.a.w. serta keluarga dan sahabat-sahabatnya sekalian.

Penulis bersyukur kepada Allah s.w.t. kerana atas limpah kurniaNya dapat penulis meneruskan penyampaian Siaran ini sebagai sumbangan jariah penulis kepada masyarakat Islam di negara ini. Penulis telah pun menyampaikan dalam berbagai bentuk pengajaran dalam Blog-blog yang lalu dan hari ini kembali lagi menyambung membicarakan ehwal Agama Islam bagi memberi bermanafaat kepada kaum Muslimin dan Muslimat sekalian.


1. Apakah Itu Takbur dan Bangga Diri ?

Takbur Batin iaitu pekerti diri yang digerakkan oleh hati
Takbur Lahir iaitu gerak geri badan yang ditimbulkan oleh anggota.

2.. Ketahuilah ada 7 Sifat Takbur

a. Kerana K eturunan
b. Kerana kecantikan
c. Kerana Kekuatan
d. Kerana Kekayaan
e. Kerana banyak wang
f. Kerana Ilmu.
g. Kerana ‘Alim

3..Ciri-Ciri Takbur dan Sombong
• Memandang rendah dan menghina orang lain darinya.
• Meanggap diri sudah berilmu dan merasa megah terhadap diri.
• Meanggap dia dari keturunan yang mulia dan orang lain rendah taraf darinya.
• Dia Bercakap sentiasa meninggikan diri dan dia tahu semua.

4.. Adakah Takbur dan Sombong itu dilarang ?

Firman Allah s.w.t.

إ ِنَّ الـَّذ ِيـْن َ يـَسـْتـَكـْبـِرُون عن عـِبـَاد َتـِيْ

سـَيـَد ْخـُلـُوْن َجَهـَنـَّم َ د َاخـِر ِيـْن َ. (المؤمن

60)

Sesungguhnya orang-orang yang menyombongkan dirinya dari menyembah Aku, mereka akan masuk neraka jahanam dengan menderita penuh kehinaan
(Al-Mukmin ayat 60)
كـَذ َلِكَ يَطْبَعُ اللهُ عـَلىَ كـُلِّ قـَلـْبً

مـُتـَكـَبـِّرً جـَبـَّار ٍ.

“ Begitulah Allah menutup setiap hati orang yang sombong yang bersifat ankara. (Al-IMukmin

ayat 35) 631

Sabda Rasulullah s.a.w

لاَ يـَدْ خـُلُ الـْجـَنـَّة َمـَن َ كـَا ن َ فـِيْ

قـَلـْبـِهِ مـِثـْقـَا لُ حـَبـَّةٍ مـِنْ

خــَرْ دَ لٍ فِيْ مـِنْ كـِبـْرٍ

.

• Tidak akan masuk syurga orang yang di dalam hatinya memendam sebesar biji sawi dari sifat sombong.
(H.R Bukhari dan Muslim).632
Sabda Rasulullah s.a.w

ثـَلآث ُمـُهـْلـِكـَاتُ :شـُح ٌمـُطَاع ٌ وَهـُوَ

مـُتــَّبـَع ٌ, وَإ ِعـْجـَابُ الـْمـَرءِ بـِنـَفـْسِه.

Tiga perkara akan membinasakan diri manusia iaitu (1) bakhil yang diikutkan,, (2) hawa nafsu

yang diturutkan dan (3) seseorang yang suka membangga-banggakan diri sendiri.
(H.R. Abu Hurairah r.a.) 664

5.. Hakikat Takbur dan Bahayanya.

a.Sifat takbur kelak di akhirat akan menjadi tabir pemisah antara seorang hamba dengan syurga, sebab ia merupakan penghalang antara seorang hamba dengan berbagai-bagai akhlak dan budipekerti kaum mukminin.

b. Akhlak yang baik dan budi pekerti yang terpuji menjadikinci penentu dirinya ke syurga sedang sifat takbur dan membesarkan diri menyebabkan tertutupnya semua pintu-pintu syurga.


6.. Perasaan Orang Takbur dan Sombong (16)

a. Ia tidak mencintai kaum muslimin.
c. Ia sentiasa menunjuk-nunjuk yang ia berperasaan sudah banyak ilmu.
d. Bahaya dan padahnya.

Hendaklah ia menyedari bahawa balasan orang yang megah dan takbur kerana ilmu itu amat berat sekali. Allah tidak dapat memaafkan walau satu per sepuluh sekalipun, melainkan ia bertaubat nasuha.
Ini kerana ia menderhaka pada Allah sedangkan ia mengetahui



e. Cara mengatasinya:

Hendak ia sedar perkara seperti yang tetsebut di atas tadi.
Hendaklah ia insaf bahawa sifat takbur dan membesar diri
kerana berilmu tidak layak bagi sesia pun. Selalu ia ingat
bahawa sifat takbur dan membesar diri itu di murkai Allah s.w.t.


13.. Takbur Kerana Wara’ dan ‘Alim

Alangkah cepatnya perasaan takbur menyerap dalam diri para ulama’ sekejap sahaja mereka merasa diri serba cukup dan dada penuh ilmu. Pandangan mereka semua orang itu bodoh dan meanggap diri mereka tinggi dan utama di sisi Allah s.w.t

Munkin ilmu yang ada itu bukan haqiqi kerana jika haqiqi ia akan tahu haram dan dosa.Munkin orang alim itu ada ilmu yang haqiqi tetapi batinnya masih kotor lagi, jiwanya busuk dan akhlaknya masih keji. Sebenarnya ia belum lagi berusaha untuk membersihkan dirinya maka tinggallah sebagai jiwa yang kotor.


Dalam amal ibadat juga ada sifat sombong dan hina. Seperti orang banyak beribadat timbul dalam hatinya takbur. Ia harap orang ramai selalu menyebut tentang waraknya. Ia memandang semua manusia akan binasa hanya dirinya kerana ibadatnya yang banyak, dan anggapan in membinasakan dirinya.

Bahaya dan padahnya

Firman Allah s.w.t.

كـَذ َلِكَ يَطْبَعُ اللهُ عـَلىَ كـُلِّ قـَلـْبً مـُتـَكـَبـِّرً جـَبـَّار ٍ

Ertinya. “ Begitulah Allah menutup setiap hati orang yang sombong yang bersifat angkara”
(Al-Mukmin ayat 35)

14.. Adakah Takbur dan Sombong itu dilarang ?

• Firman Allah s.w.t.
إ ِنَّ الـَّذ ِيـْن َ يـَسـْتـَكـْبـِرُون عن عـِبـَاد َتـِيْ
سـَيـَد ْخـُلـُوْن َجَهـَنـَّم َ د َاخـِر ِيـْن َ. (المؤمن 60)

• Sesungguhnya orang-orang yang menyombongkan dirinya dari menyembah Aku, mereka akan masuk neraka jahanam dengan menderita penuh kehinaan
(Al-Mukmin ayat 60)

• Sabda Rasulullah s.a.w. :-

كـَفىَّ بـِالـْمـَرْ ء ِ شـَرَّا أ َ ن ْ يـَحـْقـِرَ


أ َخـَاه ُالـْمـُسْلـِم َ.

• Ertinya: “ Cukuplah bagi seseorang itu dikira jahat dengan memandang hina terhadap saudaranya yang muslim.”
(.H.R. Bukhari dan Muslim)

Sabda Rasulullah s.a.w. :33 6

طـُوْبُى لـِمـَنْ تـَوَاضـَّعَ فـِي غـَيـْرِ مَسْكـَنـَةٍ,

وَانـْفـَق َ مـَا لاَ جـَمـْعـَهُ فِي غـَيـْر ِ مـَعـْصِيـَة ٍ

وَرَحـِمَ أَهـْلَ الـذ ُّلَ وَالـْمَسـْكـَنـَة ٍ, وَخـَا لـَط َ

أ َهـَلَ أ لـْفـِقـْهِ وَالـْحـِكـْمـَة ِ .

Maksudnya: “Berbahagialah orang yang merendah diri bukan kerana kemiskinan, juga orang membelanjakan harta yang di kumpulnya bukan pada jalan maksiat, begitu juga orang yang suka menaruh belas kasihan tehadap si hina dan si miskin, atau bercampur gaul dengan para ahli ilmu dan hikmah.
(H.R. At-Termizi).

Sabda Rasulullah s.a.w.

مـَن ْتوَاضَعَ لِلهِ رَفـَعـَهُ اللهُ, وَمـَن ْتـَكـَبـَّرَ

وَضَعـَهُ الله, ُ وَمـَن ِاقـْتـَصَدَ أ غـْنـَانـَه ُ اللهُ,

وَمـَن ْبـَذ َرَأ َفـْقـَرَهُ اللهُ, وَمـَن ْ أ َ كـْثــَرَ

ذ ِكـْرِ الله ِ أ َحـَبــَّه الله ُ.
(رواه مسليم)

Bermaksud”
Barang siapa merendah diri kerana Allah, nescaya ia kan ditinggikan oleh Allah darjatnya. Barang siapa menyombong diri pula, nescaya akan dijatuhkan oleh Allah kedudukannya. Barang siapa berekonomi, nescaya akan dimewahkan oleh Allah hidupnya. Barang siapa boros nescaya nescaya ia akan dimiskinkan Allah keadaannya, dan barangsiapa yang sentiasa ingatan kepada Allah, nescaya ia akan dicintai oleh Allah s.w.t.
(HR. Bukhari dan Muslim)

15.. KESIMPULAN

• Sifat takbur dan sombong sesama manusia apatahlagi kaum Muslimin itulah kelak di akhirat nanti akan jadi penghalang seorang hamba ke syurga.

• Sebab ia di dunia penghalang dengan akhlak buruk, sombong dan takbur dengan kaum mukminin.

• Akhlak yang baik dan budi pekerti yang terpuji kunci bagi ianya ke syurga.

• Mukmin hendklah ikuti segala budi pekerti yang terpuji dan sifat merendah diri yang menjadi akhlak dan budi pekerti Rasulullah s.a.w.

• Baginda berjabat salam dengan si kaya dan si miskin.Baginda dahulu memberi salam pada tetamu sahabat dan rakan. Baginda murah hati tanpa boros. Prinsip Baginda hidup merendah diri dan cara miskin lebih utama dari hidup mewah dan kaya raya.


16.. Penutup - Harapan Kita
Kita bermohon kepada Allah s.w.t supaya dilindungi daripada segala rupa takbur dan bangga diri untuk kita beroleh selamat dari azab Allah di akhirat kelak.

Wassala mualaikum

Selamat Bertemu Lagi Dalam Program BlogTazkirah Santapan Rohani
Ehwal Islam
Sekian…..
والسلام عليكم ورحمة الله.

----------------------oooooooooooooo------------------

HENDAKLAH SENTIASA BERSABAR. (75)

BAB

Mereka ini sedang mendengan ceramah Kuliah Subuh. mereka sabar datang ke masjid walaupun hawa dingindi pagi hari.

31 – HENDAKLAH SENTIASA BERSABAR. (75)

Di antara perkara-perkara yang menyelamatkan ialah bersabar atas segala bala bencana yang datang dari Allah s.w.t. dan bersyukur atas segala kenikmatan yang dikurniakan ke atas kamu, serta berzuhud pada dunia yang kerap melalaikan manusia dari mengingati Allah.

Sesungguhnya sifat sabar itu mempunyai keutamaan-keutamaan yang besar. Hajat manusia kepada sifat sabar itu amat ketara sekali dalam segala hal ehwalnya.

Riwayat-riwayat yang berupa firman Allah s.w.t. dan Hadis Baginda Rasulullah s.a.w. tentang perintah dan galakan mengenai sifat sabar amat banyak sekali, seumpamanya firman Allah s.w.t. yang bermaksud ;

“Wahai orang-orang yang beriman…! Mohonlah pertolongan dengan sabar dan mengerjakan sembahyang, sesungguhnya Allah bersama orang-orang yang sabar”
(Al-Baqarat ayat 153)
“Hendaklah engkau bersabar, sedang kesabaran mu itu hanya kerana keredaan Allah.” (Al-Nakhl ayat 127)

“Bersabarlah engkau terhadap ketetapan Tuhan mu, kerana sesungguhnya engkau dalam pandangan mata Kami (Dalam pemeliharaan Kami)
(Al-Thur ayt 48)
“Kami jadikan di antara mereka itu pemimpin-pemimpin yang membimbing mereka dengan perintah Kami, iaitu apabila mereka bersikap sabar.
(Al-Sajjadah ayat 24)

“Hanyasanya orang-orang yang bersabar itu akan disempurnakan pahalanya tanpa kiraan.” (Al-Zamr ayat 10)

Sesungguhnya tersebut di dalam sebuah Hadis, bahawasanya sabar itu separuh dari iman.

“Lantaran itu seorang Mukmin itu sangat berhajat dan perlu kepada sifat sabar, terutama sekali ketika menghadapi bala dan bencana, kesusahan dan kesukaran, dan segala macam penginayaan, yakni apabila ia ditimpa sesuatu muksibah, ia tidak segera putus asa, malah seharusnya ia bertenang dan berlapang dada, tidak akan merasa sempit dan bosan, dan tidak pula mengadukan halnya ke sana ke sini. Terapi ia sentiasa tetap menghadapi Allah s.w.t. dengan penuh khusyuk dan khuduk, memohon dan merendah diri kepada Allah s.w.t.”

Menurut Imam Al Ghazali r.a. pengertian sabar ialah “Menahan diri daripada segala gangguan dan tahan menderita terhadap sesuatu yang tidak disukai.” Menurutnya lagi, sabar berhubung rapat dengan sifat terpuji yang lain seperti al-Qananah (cukup dengan apa yang diberi Allah s.w.t.).

Di dalam konteks ini, sabar sebenarnya merangkumi pelbagai aspek, di antaranya ialah:

1. Sabar dalam melaksanakan kewajipan, iaitu tunduk dan patuh kepada perintah Allah s.w.t. serta menahan kehendak hawa nafsu yang mengarah ke jalan maksiat. Misalnya ketika seseorang mengerjakan sembahyang mereka mestilah sabar melaksanakan rukun dan syarat-syaratnya.

2. Sabar dalam membela agama, mencari ilmu, mencari rezeki dan sebagainya.

3. Sabar dalam menanggapi halangan dan rintangan ketika menyebar dan mengamalkan ilmu hal ehwal agama\ Islam.

4. Sabar menerima takdir dan ketentuan Allah s.w.t. dengan hati yang tulus ikhlas.

5. Sering meletakkan dalam ingatan betapa mulianya sifat sabar dan perlunya seseorang itu mengekalkan sifat sabar itu.

6. Sabar tidal melayan perasaan orang lain yang kelihatan ingin mencabar.

7. Sabar memberi pandangan balas secara tenang, ringkas dan tidak dipengaruhi emosi dan keadaan.

8. Sabar daripada mengelakkan daripada menutur kata-kata yang tidak sopan, kasar dan tidak bermaruah.
9. Sabar sentiasa menunjukkan sifat berhemah tinggi.

10. Sabar mengakui kesilapan dengan berlapang dada.

11. Sentiasa sabar ulang-ulangi perkataan memberi atau memohon maaf.

12. Sabar mengambil tindakan meninggalkan tempat kejadian itu dengan keadaan yang baik dan terhormat.

Justeru itu sebagai seorang Mukmin maka hendaklah mengamalkan sifat bersabar dan percayalah di atas sifat kesabaran itu Allah s.w.t. akan memberi ganjaran pahala dan balasan yang setimpal di atas segala sifat kesabarannya itu.


Sekian, Wassala mualaikum……




--------------------------ooooooooooooooooooooo-------------------

Tuesday, 7 February 2012

Doa untuk kesihatan yang baik

(3) DOA UNTUK KESIHATAN.


بــــِسْمِ الله ِالـرَّحـْمـَنِ الـرَّحــِيـْمِ.

ا َلـْحَمْدُ للهِ رَبِّ الـْعَالـَمِيْنَ, وَالصَّلَاة ُ وَالسَّلْامُ عَلىَ مُحَمَّدٍ وَعَلىَ آلِهِ وَصَحْبِهِ اَجْمَعِيْنَ. اَللـَّهُمَّ تـَقـَبـَّلْ صَلَا تـَنَا تـَامَّة ً وَاغـْفِرْ لـَنَا ذ ُنـُوْ بَنَا عَامَّة ً وَلْا تـُعَذ ِّبْنَا يـَوْمَ الـْقِيَامَةِ. إِنـَّكَ عَلىَ كُلَّ شَيْءٍ قـَد ِيْرٌ.اَللـَّهُمَّ إِنَا نَسْـأ لـُكَ مِنَ النـَّعْمَةِ تـَمَامَهَا وَمَنَ الصَّحَةِ دَوَامَهَا وَمِنَ الرَّحْمَةِ شُمُوْلـَهَا وَمِنَ الـْعَافِيـَةِ حُصُوْلـَهَا وَمِنَ الـْعـَيْشِ اَرْغَـدَهُ وَمِنَ الـْعُمْرِ اَسْعَدَهُ وَمِنَ الاْإِحْسَانَ اَتـَّمَهُ وَمِنَ اْلِإنـْعَامِ اَعَمَهُ وَمِنَ الـْفـَضْلِ اَعْذ َبـَهُ وَمِنَ الـُّطْفِ اَنـْفـَعَهُ.
اَللـَّهُمَّ كـُنْ لـَنَا وَلْاتـَكُنْ عَلـَيْنـَا, اَللـَّهُمَّ اخْتِمْ بِالسَّعَاَدَةِ آجَالـَنَا وَحَقـِّقْ بِالزِّ يَادَةِ آمَالـَنَا وَاقـْرُنْ بِالـْعَافـِيَةِ غـُدُوَّنـَا وَاَصَالـَنَا وَاجْعَلْ فِى رَحْمَتِكَ مَصِيْرَنَا وَمَاءَلـَنَا وَصُبَّ سِجَالَ عَفـْوِكَ عَلىَ ذ ُنـُوْ بِنَا وَمُنَّ عَلـَيْنَا بـِإِصْلَاحِ عـُيُوْبِنـَا وَاجْعَلِ التـَّقـْوَى زَادَنـَا وَفِى دِيْنـِكَ إِجْتـِهَادُنـَا وَعـَلـَيْكَ تـَوَكـَّلـْنـَا وَاعْتـِمَاد َنـَا وَثـَّبـِّتـْنـَا عَلىَ نـَهـْجِ الْإِسْتـِقـَامَةِ وَاَعـِذ ْنـَافِى الد ُّنـْيَا مِنْ مُوْ جِبَاتِ النـَّد َامِةِ وَخـَفـِّفْ عَنـَّا ثـِقـَلَ الْأ َوْزَارِ وَارْزُقـْنـَا عَيْشَ ا لْأ َبْرَارِ وَاكـْفِنـَا وَاصْرِفْ عـَنَّا شـَرَّالْأ َشـْرَارِ.

رَبَنَّا قــَنِّعْنَا بِمَا رَزَقـْتـَنَا وَبَارِكْ لـَنَا فِيْمَا اَعْطَيْتـَنـَا وَاخْلـُفْ عَلـَيْنَا كُلَّ غَاءِـبَةٍ لـَنِا مِنْكَ بِخَيْرِ. اَللـَّهُمَّ تـَوَفـَّنَا مُسْلِمِيْنَ وَاَحْيَنَا مُسْلِمِيْنَ وَالـْحِقـْنَا بِالصَّالـِحِيْنَ غـَيـْرَ خـَزَايَا وَلْا مـَفـْتـُوْنِـيْنَ. رَبَّنَا آتِنَا فِى الد ُّنـْيِا حَسَنَة ً وِفِى الْأ َخِرَةِ حَسَنَة ً وَقِنـَا عـَذ َابَ النـَّارِ. وَصَلىَّ اللهُ عَلىَ سَيـِّدِنـَا مُحَمَّدٍ وَعَلىَ آلـِهِ وَصَحْبِهِ أ جْمَعـِيْنَن َ. سُبْحَانَ رَبـِّكَ رَبِّ الـْعـِزَّة عـَمَّا يَصِفُوْنَ

وَسَلَام عَلىَ الـْمُرْسَلِيْن وَالـْحَمْدُ للهِ رَبِّ الـْعَالـَمِيْنَ.
اَلـْفـَاتـِحـَةِ..........

آمِيْنَ! يَا اَللهُ آمِيْنَ يَارَحْمَنُ آمِيْنَ يَارَحِيْم آمِيْنَ يَارَبَّ الـْعـَلـَمِيْنَ. رَبـَّنـَا تـَقـَّبـَلْ مِنـَّا د ُعـَا ءَنَا إِنـَّكَ أ َنـْتَ السَّمِـيْعُ الـْعـَلـِيْمُ وَتـُبْ عـَلـَيْنَا إ ِنـَّكَ أ َنْـتَ الـتـَّوَّابُ الرَّحِيْمِ وَلَاتـُؤَاخِذ ْنـَا بِالـْعَظـَا ءِـمِ وَالـْجَرَا ءِـمِ يَاكَـَرِيْم ٌ. دَعـْوَاهـُمْ فِيـْهَا سُبْحـَنـَاكَ اللـَّهُمَّ وَتـَحِيـَّتـُهُمْ فِـيْهَا سَلَام ٌ وَاَخِرُ دَعْوَاهـُمْ اَنِ الـْحَمْدَ للهِ رَبِّ الـْعـَالـَمِيْن َ.





آمِيْنَ! يَا اَللهُ آمِيْنَ يَارَحْمَنُ آمِيْنَ يَارَحِيْم آمِيْنَ يَارَبَّ الـْعـَلـَمِيْنَ. رَبـَّنـَا تـَقـَّبـَلْ مِنـَّا د ُعـَا ءَنَا إِنـَّكَ أ َنـْتَ السَّمِـيْعُ الـْعـَلـِيْمُ وَتـُبْ عـَلـَيْنَا إ ِنـَّكَ أ َنْـتَ الـتـَّوَّابُ الرَّحِيْمِ وَلَاتـُؤَاخِذ ْنـَا بِالـْعَظـَا ءِـمِ وَالـْجَرَا ءِـمِ يَاكَـَرِيْم ٌ. دَعـْوَاهـُمْ فِيـْهَا سُبْحـَنـَاكَ اللـَّهُمَّ وَتـَحِيـَّتـُهُمْ فِـيْهَا سَلَام ٌ وَاَخِرُ دَعْوَاهـُمْ اَنِ الـْحَمْدَ للهِ رَبِّ الـْعـَالـَمِيْن َ.





Dengan nama allah yang maha pemjurah lagi maha mengasihini, segala kepujian itu bagi Allah Tuhan sekalian alam. Selawat salam ke atas Nabi Muhammad s.a.w. ke atas keluarganya dan sekalian sahabatnya. Ya Allah terimalah solat kami dengan sempurna dan ampunilah bagi kami segala

dosa kami semuanya dan janganlah Engkau menyeksakan kami pada hari qiamat, sesungguhny Engkau maha berkuasa di atas tiap-tiap sesuatu. Ya Allah kami memohon akan Dikau dari nikmat secukupnya dan dari kesihatan yang berkekalannya dan dari rahmat melengkapinya dan dari keselamatan mendapatinya dan dari kehidupan semewahnya dan dari usia membahagianya dan dari kebaikan menyempurnakannya dan dari segala nikmat menyeluruhnya dan dari kelebihan merasa kesedapannya dan dari lemah lembut mendatangkan manfaatnya.

Ya Allah! Jadikanlah bagi kami dan janganlah Engkau jadikan ke atas kami, ya Allah tamatlah dengan kebahagian ajal kami dan pastikanlah dengan bertambah harapan kami dan kekalkanlah dengan kesihatan pada waktu pagi dan petang dan jadikanlah tempat kembali kami pada rahmatMu dan juruskanlah kemurahan kemaafanMu di atas dosa-dosa kami dan kurniakanlah ke atas kami dengan memperbaiki kemafaan kami dan jadikanlah ketaqwaan sebagai bekalan kami dan kesungguhan kami pada agama Engkau dan di atas Engkaulah kami berserah dan kami berpegang dan tetapkanlah kami di atas istiqamah dan lindungilah kami di dunia ini dari perkara-perkara yang boleh membawa penyesalan dan ringankanlah dari kami keberatan dosa dan rezekikanlah kami akan kehidupan yang baik dan peliharalah kami serta palingkanlah kami dari segala kejahatan. Wahai Tunan kami cukupkanlah kami dengan rezeki

yang trelah Engkau rezekikan kami dan berkatilah bagi kami pada apa yang tdelah Engkau berikan kepada kami dan gantikanlah ke atas kami setiap kehilangan bagi kami dengan kebaikan daripada Engkau.

Ya Allah! Matikanlah kami dalam Islam dan hidupkanlah kami dalam Islam dan hubungilah kami dengan orang-orang yang soleh tanpa kehinaan lagi tidak difitnahkan. Wahai Tuhan kami! Kurniakanlah kepada kami kebaikan di dunia dan kebaikan diakhirat serta peliharalahkami daripada azab api neraka.


Al-Fatihah.....................!



Perkenankan permintaan kami ya Allah, ya Rahman, ya Rahim wahaiTuhan sekalian alam. Tuhan kami! Terimalah daripada kami permintaan kami, sesungguhnya Engkau maha mendengar lagi mengetahui dan terimalah taubat daripada kami, sesungguhnya Engkau penerima taubat lagi penyayang dan jananlah Engkau menyiksakan kami wahai Tuhan yang mulia. Seruan mereka padanya maha suci Engkau ya Allah dan penghormatan mereka padanya selamat sejahtera itu bagi Allah

pentadbir sdekalian alam.

----------------------------------oooooooooooooooooooooooooo---------------

Doa memohon ampun

SIRI (2) - MEMOHON AMPUN.

بــــِسْمِ الله ِالـرَّحـْمـَنِ الـرَّحــِيـْمِ.


ا َلـْحَمْدُ للهِ رَبِّ الـْعَالـَمِـيْـنَ, وَالصَّلَاة ُ وَالسَّلْامُ عَلىَ مُحَمَّدٍ وَعَلىَ آلِهِ وَصَحْبِهِ اَجْمَعِيْنَ. حَمْدَ الـْحَامِدِيْنَ, حَمْدَ الذَّاكِرِيْنَ, حَمْدَالشَّاكِرِيْنَ حَمْدًا يُوَافِى نِعَمَهُ وَيُدَافِـعُ نِقَمَهُ وَيُكَافِىءُ مَزِيْدَهُ. يَارَبَّنَا لـَكَ الـْحَمْدُ كَمَا يَنْبَغِى لِجَلَالِ وَجْهِكَ وَعَظِيْمِ سُلـْطَانِكَ. اَللـَّهُمَّ تَقَبَّلْ مِنَّا صَلَاتـَنَا تَامَّة ً وَاغْفِرْ لـَنَا ذ ُنُوْ بَنَا عَامَّة ً وَلَا تُعِذ ِّبْنَا يَوْمَ الـْقِيَامَةِ إِنَّكَ عَلَى كـُلِّ شَىْءٍ قـَدِيـْرٌ.
اَللـَّهُمَّ اغـْفِرْ لـَنَا ذ ُنُوْبَنـَاوَلـِوَالـِدَيـْنَا وَارْحَمْهُمَا كَمَا رَبـَيَّا نَا صَغِيْرَا وَلِجَمِيْعِ الـْمُسْلِمِيـْنَ وَالـْمُسْلـِمَتِ وَالـْمُؤْمِنـِيْنَ وَالـْمُؤْمِنـَاتِ الْأ َحْيـَاءِ مِنـْهُمْ وَالْأ َمْوَاتِ. اَللـَّهُمَّ ا َحْيـَنـَا بِحَيـَاةِ الـْعـُلـَمَاءِ وَاَمِتـْنـَا بِمَوْتِ الشـُّهَدَاءِ وَاحْشـُرْنـَا فِى زُمـْرَةِ الْأ َوْلـِيـَاءِ وَاَدْخِلـْنـَا الـْجَنـَّةَ مَعَ الْأ َنـْبـِيـَاءِ عـَلـَيْهـِمُ الصَّلَاة ُ وَالسـَّلَامُ.
ا َللـَّهُمًّ تـُبْ عَلـَيْنـَا قـَبْلَ الـْمَوْتِ وَارْحَمْنَا عـِنْد َ الـْمَوْتِ وَلَا تـُعَـذ ِّ بْـنَا بَعـْد َالـْمَوْتِ, يـَاخَالـِقَ الـْمَوْتِ وَيَاسَامـِعَ الصَّوْتِ اِحْفـَظـْنـَا مـِن َ الْا َ فـَات ِوَالـْعـَاهـَاتِ وَالـْعـُقـُوبـَاتِ بـِرَحـْمـَتِكَ يـَاأ َرْحَمَ الرَّاحِمِيْن َ.
أ َللـَّهُمَّ أ َحْسِنْ عَا قـِبَتـَنَا فَى الْأ ُمُوْرِ كـُلـِّهَا وَا َجِرْنـَا مِنْ خَزْيٍّ الـد ُّنـْيَـا وَعَذ َابِ الْا َخِرَةِ. رَبَّـنَا اصْرِفْ عـَنَّا
عَذ َابَ جَهَّنـَّمَ إ ِنَّ عَذ َابَهَا كـَانَ غـَرَامـًا إِنـَّها سَاءَتْ مُسْتـَقـَرًا وَمـُـقـَامـًا.
رَبَّنَا آتِنَا فِى الد ُّنْيَا حَسَنَة ً وَفِى الْأ َخِرَة حَسَنَة ً وَقِنَا عَذ َابَ النـَّارِ. وَصَلىَ لله ُ عَلىَ خَيْرِ خَلـْقِهِ مُحَمَّدٍ النـَّبِيِّ الْأ ُمِّيِّ وَعَلىَ

آلِهِ وَصَحْبِهِ أ َجْمَعِيْنَ بِفَضْلِ سُبْحَانَ رَبِّكَ رَبِّ الـْعِزَّةِ عَمَّا


Maksudnya:

Dengan nama Allah yang pemurah lagi penyayang, segala pujian bagi Allah, Tuhan sekalian alam, selawat dan salam ke atas semulia-mulia Nabi dan Rasul dan ke atas keluarganya dan sahabatnya sekalian. Segala pujian itu tertentu bagi Allah yang memerintah sekalian alam sebagai pujian orang yang memuji, pujian orang yang berzikir, pujian orang yang bersyukur, sebagai pujian yang menyempurnakan nikmatnya dan menolak azabnya dan menjamin pertambahannya, wahai Tuhan kami bagi Engkaulah segala pujian sebagaimana yang layak bagi kemuliaan zatMu dan kebesaran pemerintahanMu, wahai Tuhan kami terimalah daripada kami solat kami dengan keadaan sempurna dan ampunilah bagi kami dosa-dosa kami semuanya dan janganlah Engkau menyeksakan kami di hari qiamat nanti, sesungguhnya Engkau diatas tiap-tiap sesuatu amatlah berekuasa.

Ya Allah ampunilah bagi kami dosa-dosa kami, dua ibubapa kami dan kasihanlah mereka berdua sebagaiamana mereka mendsidik kami di waktu kami kecil dan bagi sekalian orang Islam lelaki dan perempuan danbagi


sekalian orang yang beriman lelaki dan perempuan sama ada yang masih hidp di kalangan mereka mahupun yang sudah mati. Ya Allah hidupkanlah kami sebagai kehidupan orang-orang yang alim dan matikanlah kami sebagaimana mati para syuhuda (mati syahid) dalam kumpulan wali-wali, masukkanlah kami akan syurga bersama para Nabi s.a.w.. ya Allah! Terimalah taubat di atas kesalahan kami sebelum mati dan kasihanilah kami ketika mati dan janganlah Engkau menyiksakan kami selepas mati, wahai Tuhan yang menjadikan maut, wahai Tuhan yang mendengarkan suara, peliharalah kami dari segala penyakit, bala bencana dan segala penyeksaan dengan rahmatMu, wahai Tuhan yang maha penyayang daripada segala yang penyayang.



Ya Allah perbaikilah kesudahan dalam segala urusn semuanya dan selamatkanlah kami dari kehinaan dunia dan azabakhirat. Tuhan kami! Palinglah daripada kami azab neraka jahannam, sesungguhnya ia sehodoh-hodoh tempat ketetapan dan termpat tinggal. Wahai Tuhan kami

kurniakanlah akan kami kebaikan di dunia dan kebaikan di akhirat dan peliharalah kami dari azab api nerakan.








----------------ooooooo------------------
دعاء سلفس صلاة وقتو(1)

بـِسـْمِ اللهِ الـرَّحـْمـَنِ الـرَّحـِيـْم ِ.

ا َلـْحَمْدُ للهِ رَبِّ الـْعَالـَمِيْنَ, حَمْدًا يُوَافِي نِعْمَهُ وَيُكَا فِي ءُ مَـزِيْـدَهُ, يَا رَبَـنَّا لـَكَ الـْحَمْـدُ كـَمَا يَـنـْبَـغِي لـِلـْجَلَا لِ وَجْهِـكَ وَعَظِـيْمِ سُلـْطَانـِكَ.
ا َللـَّهُمَّ صَلِّ عَلىَ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ صَلَاة ً تـُنْجِـيْنـَا بِهـَا جَمِيعِ الْأ َهْوِالِ وَالْآفـَاتِ, وَتـَقـْضِي لـَنـَا بِهَا مِنْ جَمِيعِ الـْحَاجَاتِ وَتـُطَهـِّرُنَا بِهـَا مِنْ جـَمِيعِ السَّيـِّـءَـاتِ
وَتـَرْفـَعُنـَا بِهَا عـِنْد َكَ أ َعْلىَ الـدَّرَجَاتِ وَتـُبـَلـَّغـُنَا بِهـَا أ َقـْصَى الـْغـَايَاتِ مِنْ جَمِيعِ الـْخَيـْرَاتِ فِـي الـْحَيـَاتِ وَبَعـْد َ الـْمَمَاتِ وَعَلىَ آلـِهِ وَصَحْبِهِ وَسَلـَّمْ تـَسْلـِيْمًا كـَثِيْرًا بِرَحْمَتِكَ يَاأ َرْحَمَ الرَّحِمِيْـن.
ا َللـَّهُمَّ رَبَّنَا تـَقـَبَّلْ مِنـَّا صَلَا تـَنَا تـَآمَّةً وَاغـْفِرْلـَنَا ذ ُنُوْبَنَا عَآمَّة ً ولَاا تُعَذ ِّبْنَا يَوْمَ الـْقِيَامَةِ إِنـَّـكَ عَلىَ كُلِّ شَىْءٍ قَدِيْرٌ. اَللـَّهُمَّ اَصْلِحْ ذ َاتَ بَيْنِنـَا وَاَلـِّفْ بَيْـنَ قـُلـُوْ بِنَا وَاهْدِنَا سُـبُـلَ السَّلَامِ وَنَجِّـنَا مِنَ الظُّلـُمَاتِ إِلىَ النـُّوْرِ وَجـَنـِّبـْنـَا الـْفَوَا حِشَ مَاظَهَرَ مِنْهَا وَمَا بَطَنَ. اَللـَّهُمَّ بَارِكْ لـَنَا فِي أ َسْمَا عِنَا وَأ َبْصَارِنَا وَقـُلـُوْبِنـَاوَأ َزْوَاجِنـَا وَذ ُرِّيَا تِنَا وَتـُبْ عَلـَيْنَا إ ِنـَّكَ أ َنـْتَ التـَّوَّابُ الرَّحِيْم ُ.
اَللـَّهُمَّ إ ِنَّا نَعُوْذ ُ بِكَ مِنْ جَهْدِ الـْبَلَاءِ وَد َرْكِ الشـِّقـَاءِ
وَسُوْءِ الـْقـَضَاءِ وَشَمَاتـَةِ الـْلأ َعْـد َاءِ وَنـَعُوْذ ُ بِكَ مِنَ الـْمَأ ْ ثـَمِ وَالـْمَغـْرَمِ وَمِنْ سُوْءِ الْآخْلَاقِ.
َاللـَّهُمَّ إ ِنـَّا نَعُوْذ ُبِكَ مِنَ الـْهَمِّ وَالـْحَزَنِ وَنَعُوْذ ُ بـِكَ مِنَ الـْعَجْزِ وَالـْكَسَلِ وَأ َعُوْذ ُ بِكَ مِنَ الـْجُبـْنِ وَالـْبُخْلِ وَنَعُوْذ ُبِكَ مِنْ غـَلـَبَةِ الد َّيْنِ وَقـَهـْرِ الرِّجَالِ. ا َللـَّهُمَّ اخْتِمْ لـَنَا بِحُسْنِ الـْخَاتـِمَةِ وَلَا تـَخـْتِمْ عَلـَيْنَا بِسُوْءِ الـْخَاتـِمَة ِ.رَبَّنـَا آتـِنَا فِى الد ُّنـْيَا حَسَنـَة ً وَفِى الْآخِرَةِ حَسَنـَة ً وَقـِنَا عَذ َابَ النـَّارِ. وَصَلىَّ اللهُ عَلىَ سَيـِّدِنـَا مُحَمَّدٍ وَعَلىَ آلـِهِ وَصَحْبِهِ أ َجْمَعـِيْنَن َ. سُبْحَانَ رَبـِّكَ رَبِّ الـْعـِزَّة ِ عـَمَّا يَصِفُوْنَ وَسَلَام ٌ عَلىَ الـْمُرْسَلِيْن وَالـْحَمْدُ للهِ رَبِّ الـْعَالـَمِيْنَ.



Maksudnya:
Dengan nama Allah yang maha pemurah lagi maha penyayang, segala puji-pujian itu bagi Allah yang mentadbir segala alam sebagai kepujian yang melengkapi nikmatnya dan menjamin pertambahannya. Wahai Tuhan Kami ! Bagi Engkaulah segala kepujian sebagaimana sepatutnya bagi kemuliaan zatMu dan kebesaran pemerintahanMu. Ya Allah rahmatilah ke atas penghulu kami Nabi Muhammad sebagai rahmat yang menyelamatkan kami dengannya dari segala huru hara dan segala penyakit dan Engkau tunaikan bagi kami dengannya dari segala hajat, Engkau bersihkan kami dengannya dari segala kejahatan, Engkau angkatkan kami dengannya di sisiMu setinggi-tinggi darjat, Engkau sampaikan kami dengannya sejauh-jauh kesudahan dari segala kebaikan semasa kami hidup dan sesudah kami mati, dan juga ke atas keluargaannya dan sahabatnya, dan selamatkanlah sebagai keselematan yang banyak dengan rahmatMu wahai pengasih dari segala yang pengasih penyayang.

Ya Allah Ya Tuhan kami!. Terimalah daripada kami solat kami dengan sempurna dan ampunilah bagi kami segala dosa kami sekaliannya dan janganlah Engkau menyeksakan kami pada hari qiamat nanti, sesungguhnya Engkau amatlah berkuasa di atas tiap-tiap sesuatu.
Ya Allah, perbaikilah hubungan diantara kami dan jinakkanlah di antara hati-hati kami dan tunjukilah kami jalan-jalan yang selamat dan
lepaskanlah kami dari kegelapan kepada cahaya dan jauhilah kami akan kekejian sama ada yang lahir daripadanya mahupun yang tersembunyi.
Ya Allah, Berkatilah bagi kami segala pendengaran kami, penglihatan kami, hati-hati kami, keturunan kami dan terimalah taubat dari kesalahan kami, sesungguhnya Engkau banyak menerima taubat lagi penyayang.

Ya Allah! Sesungguhnya kami berlindung denganMu dari kesusahan bala dan kedapatan kecelakaan dan hodoh perelaksanaan dan makian seteru dan kami beelindung

denganMu dari dosa dan hutang dan dari hodoh perangai.
Ya Allah, sesungguhnya kami berlindung denganMu dari azab neraka jahannam, dari azab kubur, dari fitnah hidup dan mati dari fitnah masihuddajal.

Ya Allah, sesungguhnya kami berlindung denganMu dari keluh kesah dan dukacita dan kami berilndung denganMu dari lemah dan malas dan kami berlindung denganMu dari penakut dan bakhil dan kami brerlindung denganMu dari tekanan hutang dan kekerasan sikap lelaki.
Ya allah sudahilah bagi kami dengan seelok-elok kesudahan dan janganlah Engkau tamatkan ke atas kami dengan sehodoh-hodoh kesudahan, wahai Tuhan kami berilah akan kami kebaikan di dunia dan kebaikan di akhirat dan peliharalah kami akan azab api neraka.




---------------------------ooooooooooooooo-------------------