Saturday, 25 February 2012

Pengertian Keimanan Atau Akidah.


Pengertian Keimanan Atau Akidah.

Yakni tersusun dari enam perkara iaitu:

i) Ma’rifat kepada Allah- ma’rifat dengan nama-nama Nya yang mulia dan sifat-sifat Nya yang tinggi. Juga ma’rifat dengan bukti-bukti wujud atau ada Nya serta kenyataan sifat keagungan Nya dalam alam semesta atau dunia ini.

ii) Ma’rifat dengan alam yang ada di balik alam semesta ini. Yakni alam yang tidak dapat dilihat. Demikian pula kekuatan-kekuatan kebaikan yang terkandung di dalamnya yakni yang berbentuk malaikat, juga kekuatan-kekuatan jahat yang berbentuk iblis dan sekalian tenteranya dari golongan syaitan. Selain itu juga ma’rifat dengan apa yang ada di dalam alam yang lain lagi seperti jin dan roh.


iii) Ma’rifat dengan kitab-kitab Allah Taala – yang diturunkan oleh Nya kepada Rasul. Kepentingannya ialah dijadikan sebagai batas untuk mengetahui antara yang hak dengan yang batil, yang baik dan yang buruk, yang halal dan yang haram, juga antara yang bagus dan yang buruk.


iv) Ma’rifat dengan Nabi-nabi serta Rasul-rasul Allah Taala – yang dipilih oleh Nya untuk menjadi pembimbing ke arah petunjuk serta pemimpin seluruh makhluk guna menuju kepada yang hak.


v) Ma’rifat dengan hari akhir dan peristiwa-peristiwa yang terjadi di saat itu seperti kebangkitan dari kubur (hidup lagi sesudah mati), memperoleh balasan, pahala atau seksa, syurga atau neraka.


vi) Ma’rifat kepada takdir (qada’ dan qadar) yang di atas landasannya itulah berjalan peraturan segala yang ada di alam semesta ini, baik dalam penciptaan atau cara mengaturnya.


5. Buku Akidah Islam (ms 61)

i) Sifat-sifat Allah Taala –Allah SWT sebagai Maha Pencipta alam semesta ini, selain memiliki Asmaa-ul Husna (nama-nama yang baik) sebagaimana diuraikan di muka, juga memiliki sifat-sifat yang luhur yang merupakan penetapan dari kesempurnaan Nya serta keagungan Illhi Nya. Sifat-sifat ini hanyalah dimiliki oleh Maha Pencipta itu sendiri dan oleh sebab itu tidak sesuatu pun menyengukutui Nya atau memiliki sifat-sifat yang sama sebagaimana yang dipunyai Nya oleh Allah SWT itu. Sebabnya demikian ini ialah kerana Allah SWT itu adalah Maha Esa. Dia sebagai Tuhan dan pujaan yang satu-satunya, tiada Tuhan selain daripada Nya, tiada pujaan yang boleh disembah melainkan Allah.
Sifat-sifat yang menjadi milik Allah SWT itu, di antaranya ada yang disebut sifat-sifat salbiah dan di antaranya lagi ada yang disebut sifat-sifat tsubutiah.

1) Allah SWT itu bersifat Awal dan Akhir
2) Permulaan kejadian menurut pendapat para alim ulama
3) Permulaan kejadian menurut pendapat sarjana-sarjana ilmu falak dan susunan bumi
4) Allah SWT tidak serupa dengan sesuatu
5) Allah SWT adalah Maha Esa
6) Tritunggal adalah akidah keberhalaan (73)
7) Mengetahui ilmu (83)
8) Mendengar (Sama’) dan Melihat (Bashar) 87
9) Sifat-sifat Dzat Dan Sifat-sifat Af’al -88
10) Sifat-sifat Allah sebagai Tiang Penunjuk Jalan – 90
ii). Soal 32: Di dalam surah apakah Allah membicarakan mengenai diri-Nya

Jawab: Surah al-Baqarah ayat 186.

وَإِذَا سَأَلـَكَ عِبَادِىْ عَنِّي فَإِنـِّىْ قَرِيْبٌ صلى

أُـُ جِيْبُ دَعْوَةَ الدَّاعِ إِذَادَعَانِ صلى

فـَلـْيَسْتـَجِيْبُوْا لِىْ وَلـْيـُؤْ مِنُوْابِىْ لـَعَـلـَّهُمْ يَرْشُـدُوْنَ (

186)
“Apabila hamba-hamba Ku bertanya kepada mu mengenai Aku maka
(beritahu kepada mereka), sesungguhnya Aku (Allah) sentiasa hampir
(kepada mereka), Aku memperkenankan permohonan orang yang berdoa
kepada Ku. Maka hendaklah mereka menyahut seruan Ku (dengan mematuhi
perintah Ku) dan hendaklah mereka beriman kepada Ku supaya mereka
sentiasa berada dalam kebenaran.” (186)



3. Tauhid Allah SWT

(i) Tauhid Rububiyyah (Zat yang mencipta…..)

Tauhid Rububiyyah ialah pengakuan, bahawa seluruh alam ini, baik alam nyata (alam benda) atau alam ghaib (alam roh), dicipta oleh satu Tuhan. Tuhan yang satu itulah yang mencipta bumi, langit, bulan, matahari dan bintang. Tuhan yang satu itu jugalah yang mencipta jin, malaikat dan iblis. Tuhan yang satu itu jugalah yang menghidupkan segala yang hidup. Tuhan yang satu itu jugalah yang menumbuhkan segala tumbuh-tumbuhan dan tanam-tanaman. Tuhan yang satu itu jugalah yang mencipta mata kita semua. Tuhan yang satu itu jugalah yang mencipta tanah air kita yang indah ini. Tuhan yang satu itulah yang mencipta kuman dan nyamuk yang halus, dan Tuhan yang satu itu jugalah yang mencipta gajah, gunung dan planet-planet.


(ii) Tauhid Uluhiyyah ialah, hanya kepada Tuhan yang satu itulah kita menyembah, memuja, meminta pertolongan, beribadat, berzikir. Hanya Tuhan yang satu itulah yang kita sanjung, kita puji, dan hanya kepada Tuhan yang satu itulah kita minta perlindungan dari segala bahaya, kita meminta kebahagian hidup di dunia dan di akhirat. Jadi kita tidak boleh memohon, meminta daripada kubur, daripada Nabi, daripada Malaikat, daripada Wali atau Ulama yang masih hidup mahupun yang sudah meninggal. Tidak juga daripada keris pusaka atau lain-lain benda.

Tauhid Rububiyyah dimiliki oleh semua manusia, yang mukmin atau yang kafir, bahkan dimiliki oleh binatang-binatang yang tidak berakal dan alam benda atau batu-batu dan gunung-gunung.

Sedangkan Tauhid Uluhiyyah hanya dimiliki oleh beberapa orang manusia yang mengaku adanya Tuhan yang mencipta segala yang ada serta menundukkan kepala menyembah kepada Allah, beribadat menyembah Allah, berzikir membesarkan Allah, memuji Allah, dan mensucikan Allah, dan menjalankan segala perintah Allah dengan perantaraan Nabi-nabi dan Kitab-kitab Suci Nya, dengan perantaraan agama Nya iaitu agama Islam.


Tauhid Rububiyyah tidak bernilai apa-apa kalau tidak disertai dengan tauhid Uluhiyyah. Pengakuan bahawa alam ini dicipta seluruhnya oleh satu Tuhan, tidak mempunyai nilai apa-apa apabila tidak diiringi dengan ibadat serta ketaatan kepada Tuhan Yang Esa (Satu) itu.

(iii) Tauhid Asma, Sifat & Zat (Akidah Ahli Sunah (m.s.211)

Adalah wajib beriman kepada asma (nama-nama) dan sifat-sifat Allah. Iaitu dengan menetapkan asma dan sifat-sifat tersebut sebagaimana yang telah ditetapkan Allah untuk zat Nya yang terdapat di dalam al-Quran dan as-Sunnah yang layak baginya.

Firman Allah:

وَالِلهِ الْأسْمـَآءُ الْحُسْنَى فَادْعُوْهُ بِهَا صلى

وَذَروُا الـَّذِيْنَ يُلـْحِدُونَ فِى

أَسْمَـءِـهِ ج سَيِجْزَوْنَ مَا كَانُوءا يَعْمضلـُونَ.

(الأعراف: 180)

“Allah mempunyai asma’ul-husna (nama-nama yang baik bagi mulla), maka bermohonlah kepada Nya dengan menyebut nama-nama itu dan tinggalkanlah orang yang menyimpang daripada kebenaran ketika menggunakan nama-nama Nya. Mereka kelak akan mendapat balasan terhadap apa yang mereka telah kerjakan. (Al-A’raf ayat 180)

Maksud tauhid al-asma’ (nama-Nama san sifat-sifat) ialah beriman dengan keimanan dan pengakuan yang tegas, sempurna dan teguh kepada semua nama-nama Allah dan sifat-sifat Nya yang terdapat di dalam al- Kitab dan as-Sunnah. Seseorang itu sama sekali tidak boleh manamakan Tuhan kita (Allah) kecuali dengan nama-nama yang Dia sendiri telah menamakan atau yang telah dinamakan oleh Rasul Nya s.a.aw. Tauhid as-sifat (sifat-sifat) ialah tidak mensifatkan Allah kecuali dengan sifat yang telah disifatkan Nya sendiri atau telah disifatkan oleh Rasul Nya s.a.w.

4. Pengertian Keimanan Atau Akidah.

Yakni tersusun dari enam perkara iaitu: (Buku Akidah Islam ms 16

i) Ma’rifat kepada Allah- ma’rifat dengan nama-nama Nya yang mulia dan sifat-sifat Nya yang tinggi. Juga ma’rifat dengan bukti-bukti wujud atau ada Nya serta kenyataan sifat keagungan Nya dalam alam semesta atau dunia ini.

ii) Ma’rifat dengan alam yang ada di balik alam semesta ini. Yakni alam yang tidak dapat dilihat. Demikian pula kekuatan-kekuatan kebaikan yang terkandung di dalamnya>

Sekian dahulu dan akan be5rsambungh lagi....



-----------------oooooooooooooooo-----------------------

No comments:

Post a Comment