KE ARAH KITA MENUJU KE SYURGA
TAZKIRAH BAB AMALAN AKHLAK MULIA
Memberi Khidmat kepada Ibu Bapa.
Melayan dan memberi khidmat atau membantu ibu bapa pada setiap masa menjadi suatu kewajipan bagi setiap anak. Anak-anak perlu melakukan perbuatan sedemikian kerana ibu bapa sejak mereka berada dialam rahim lagi, Ibu bapalah yang membelai, mengasuh dan mendidik sejak mereka krecil hinggalah mereka dewasa.
Mengkhidmat ibu bapa boleh dilakukan dengan pelbagai cara. Di antara caranya termasuklah perkara-perkara berikut:-
1. Sentiasa betsedia melayan ibu bapa terutamanya ketika mereka uzur dengan cara yang sebaik-baiknya.
2. Sentiasa mengawasi agar ibu bapa tidak terlantar di rumah atau di hospital dalam keadaan bersendirian, terutamanya ketika mereka sakit atau dalam keadaan warga emas.
3. Sentiasa menanamkan di kepala dan hati tentang kebaikan melibatkan diri dengan kerja-kerja sama ada di dapur atau dimana-mana yang mereka sedang melakukan.
4. Lakukan dengan ikhlas, tidak dengan cara yang terpaksa. Lakukan tugas tersebut dengan sempurna dan selesai dengan berjaya. Jangan menunjukkan tingkah laku dan mimik muka yang membayangkan tidak reda membuat kerja-kerja tersebut.
5. Sentiasa berusaha untuk memperuntukkan bahagian pendapan anda kepada ibu bapa bagi menoloong menampung keperluan harian mereka.
6. Sentiasa terdorong untyk memberi sesuatu yang disukai oloeh ibu bapa sama ada dalam bentyk kewangan, pakaian, makanan ataupun lain-lain benda yang digemari oleh mereka.
7. Sentiasa memastikan bahawa diri kita bersedia menghulur sumbangan bagi memenuhi tuntutan ibadah ibu bapa yang belum tertunai seperti menunaikan Rukun Islam Kelima iaitu menunaikan Haji ke Mekkah dan sebagainya.
8. Sentiasa menentukan bahawa ibu bapa berada dalam keadaan yang baik dan kesihatan yang terkawal.
9. Sentiasa berikhtiar membveri keselesaan yang sewajarnya, yang anak-anak mampu kepada kedua ibu bapa, seumpama rumah tempat mereka tinggal, kenderaan untuk mereka hadir solat berjemaah di masjid atau surau atau sebagai lagi.
10. Sentiasa berikhtiar membawa mereka pergi bersiar-siar sebagai langkah untuk menghilangkan kebosonan menjalani hidup tua mereka.
11. Sentiasa memikirkan ksselesaan hidup mereka dengan menyediakan pembantu rumah atau ”orang gaji” (dalam keadaan yang mampu) bagi menguruskan kehiduoan merreka.
12. Sentiasa mendoakan mereka, memohon kesihatan yang baik untuk membolehkan mereka mengerjakan amal ibadat dengan sempurna.
13. Apbila mereka meninggal dunia, sentiasa mendoakan roh mereka semoga Allah SWT meletakkan dalam golongan orang yang dikasihi Allah SWT. Setiap pagi Jumaat hadir di pusara mereka untuk berdoa memohon Allah SWT memberi kesejahteraan pada roh mereka.
14. Sentiasa bersedekah dan membuat wakaf harta benda dan wang ringgit pada roh-roh mereka agar roh mereka sentiasa dalam kesejahteraan.
15. Sentiasa meneruskan usaha dan amal-amal baik yang mereka lakukan semasa hidup di dynia.
Sekianlah dahulu, mohon kita semua menjalankan segala nasihat dan pesanan yang tersebut di atas semoga apabila tiba kita tiba pada waktunya, maka cara dan amalan yang sebagitu akan pula di jalankan oleh anak-anak kita.
Wassala mulaikjum..........
---------------oooooo--------------
No comments:
Post a Comment