Thursday, 9 February 2012

MENGAMALKAN SIFAT MERENDAH DIRI (367)




MENGAMALKAN SIFAT MERENDAH DIRI (367)

Ketahuilah bahawasanya Tawaduk atau merendah diri itu adalah darjat yang paling utama bagi manusia. Ini tidak akan berlaku, selagi dia duduk berjauhan dari orang ramai. Mungkin seseorang itu lebih suka memencilkan diri kerana beberapa sebab, misalnya:

a. Kerana sudah terlalu tua umurnya.

b. Kera khuatir dirinya tidak diberikan penghormatan dalam satu-satu keramaian, atau tidak

di ke depankan.

c. Kerana dia merasakan dirinya akan lebih dihormati, bila dia menjauhkan diri dari bercampur gaul dengan orang ramai.

d. Kerana dia meanggap bahawa memencilkan diri itu akan lebih meyakinkan orang ramai dalam kerja-kerja ibadatnya atau dia merendahkan dirinya atau sebagainya.

Tanda orang ini ialah mereka lebih suka diziarahi oleh orang ramai. Tetapi mereka sendiri tidak suka menziarahi orang lain. Mereka merasa senang sekali, bila orang-orang awam datang untuk mendekatkan diri kepada mereka, apatah lagi kalau yang datang pula orang-orang yang berpangkat, maka hatinya akan terus terlunjak-lunjak kegembiraan. Orang-orang seumpama ini, adalah sangat anih sikapn

ya.

Kalaulah kerana terlalu sibuk menguruskan diri sendiri itu yang menyebabkan mereka tidak suka bercampur gaul, dan terus memencilkan diri dari orang ramai, tentulah mereka tidak ingin pula orang ramai datang menziarahi mereka. Yang sebenarnya sebab pemencilan diri dan uzlah mereka itu, adalah kerana hendak menguruskan kedatangan orang ramai, kerana hati mereka terpikat oleh pandangan orang ramai terhadapnya dengan penuh penghormatan dan sanjungan.
Ketahuilah bahawa uzlah dan pemencilan diri kerana sebab-sebab serupa ini, adalah suatu kejahilan dan kebodohan dan boleh di tinjau dari beberapa segi seperti yang penulis catatkan berikut:
1. Bersifat tuawaduk dalam percampur gaulan dengan orang ramai, tidak sama sekali mengurangkan kedudukan atau darjat orang yang merasa sombong dan cungkak, disebabkan banyak ilmu atau mendalam agamanya.

2. Orang yang suka menonjol-nonjolkan diri untuk mendapatkan keredaan orang ramai, dan memancing kepercayaan mereka kepadanya, adalah orang yang ditipu oleh kemegahan diri sendiri, sebab kalaulah ia telah mengenal Allah dengan sebenar pengenalan dan ma’rifat, tentulah ia akan maklum, bahawa semua makhluk tidak dapat membefrikan apa-apa menafaat kepadanya dalam sesuatu perkara selain dari Allah, dan bahawasanya semua bahaya dan menafaat itu, adalah dalam kekuasaan Allah dan takdir Nya, malah untuk memperoleh keredaan manusia sepenuhnya, adalah seperkara yang sukar untuk di capai. Oleh yang demikian, maka keredaan Allah itu adalah lebih utama dituntut.

Justeru begitu, barangsiapa yangh sengaja memencilkan dirinya di dalam rumah, dengan tujuan agar orang ramai dapat memandangnya dengan pemandangan penuh kepercayaan dan iktiqad, adalah dalam bahaya besar di dalam dunia, kemudian azab di akhirat pula akan menunggunya, dan azab itu lebih besar kiranya mereka mengetahui.

Kesimpulannya.

Tidaklah dipandang baik menguzlahkan diri atau duduk berpencilan seorang diri menghabiskan masa, kecuali kalau kerana tujuan mempelajari ilmu pengetahuan, sekira-kiranya jika ia bergaul dengan orang ramai nescaya semua masanya akan hilang, dan banyak pula bahaya lain yang akan timbul.
Sekian, untuk renungan bersama. Wassala mualaikum.....
(Rujukan Kitab ”Bimbingan Mukminin ,m.s. 367)
----------------------ooooo-------------------------

No comments:

Post a Comment