Friday, 10 February 2012
Taqwa itu menurut perintah Allah
Taqwa itu menurut perintah Allah
Maka berkata para Ulamak Rewdzuan Allah Alaihim: Taqwa itu adalah menurut perintah Allah Taala dan meninggalkan laranganNya lahir dan batin, seraya merasakan bahawa kebesaran yang haqiqi itu adalah bagi Allah s.w.t. yang patut kita merasakan kehibatan, ketakutan dan kegerunan terhadapNya.
Sebahagian para Muafasirin pula mengertikan maksud firman Allah Taala: “Bertaqwalah kepada Allah dengan sesungguhnya taqwa, yakni Allah s.w.t. itu harus ditaati. Tiada boleh dimaksiati, harus diingati, tiada boleh dilupai, dan harus disyukuri, tiada boleh dikufuri, sebab itu jika seseorang hamba ditaqdirkan mempunyai seribu diri yang lain kepada dirinya, atau seribu umur lagi kepada umurnya, tidak mampu bertaqwa kepada Allah dengan sesungguh taqwa, sekalipun ia sanggup membelanjakan semua harta kekayaan yang ada di dalam tangannya untuk tujuan mentaati Allah dan mencintaiNya, yang demikian itu disebabkan amat besar haq Allah s.w.t. ke atas hambaNya, dan juga kerana amat hebat kebesaran Allah dan amat mulia kedudukannya serta tinggi kemulaainya.
Rasulullah s.a.w. sebagai orang yang amat sempurna penunainya terhadap hak-hak Allah s.w.t. telah berkata dalam doanya: iaitu sebagai suatu pengakuan dari Baginda akan ketidak upayannya hendak menunaikan sepenuh kesyukuran kepada Allah s.w.t.
أ َعـُوْذُ بِرِضَكَ مِنْ سَخَطِكَ, وَبِمُعَا فـَاتِكَ مِنْ عُقُوْبَتِكَ,
وَأ عُوْذُ بِكَ مِنْكَ, لَاأ حْصِيْ ثـَنَاءً عَلـَيْكَ, أ نْتَ كَمَا أ ثـْنَيْتَ عَلىَ نـَفـْسِكَ.
“Aku berlindung dengan keredaan Mu daripada kemurkaan Mu, dan dengan keampunan Mu dari pembalasan Mu, dan aku berlindung dengan Mu daripada Mu, tidak mampu aku menghitung kepujian ke atas Mu, seperti yang Engkau memuji atas zat Mu sendiri.
Dan seperti mana yang telah difahamkan bahawa Allah s.w.t. telah menciptakan Malaikat, yang dari sejak diwujudkan hingga ke bila-bila masa pun, akan sentiasa ruku’ dan bersujud terhadap Allah s.w.t. dan akan sentiasa bertasbih dan membesar Allah s.w.t., tidak pernah penat atau lelah, dan mereka tiada mempunyai tugas-tugas yang lain selain itu. Kelak bila tiba hari kiamat nanti, maka Malaikat itu akan berkata kepada Allah Taala.
سُبْحَا نـَكَ! وَلـَكَ الـْحَمْدُ مَا عـَرَ فـْنَاكَ حَـقَّ مَعْرِفـَتِكَ! وَلَاعـَبَد نـَاكَ حـَقَّ عـِبَادَ تـِكَ!
“Maha suci Engkau, wahai Tuhan! baghiMu segala pujian. Kami tiada mengenalMu sesungguh pengenalan. Kami tiada beribadat kepadaMu sesungguh ibadat.”
Setengah ulamak berkata,bahawasanya firman Allah s.w.t. yang bemaksud:” Bertaqwalah kamhu kepada Allah dengan sesungguh taqwa: yaitu ayat ini telah nansukh (dibatalkan) dengan ayat yang berbunyi:
فـَاتـُّقـْوا اللهَ مَا اسْتـَطَعْتـُمْ ( التغابن 16)
“Bertaqwalah kepada Allah sekadar yang termampu oleh mu.”
Setengah yang lain pula berkata: Ayat yang kedua ini menerangkan maksud ayat yang pertama, dan bukanlah ia sebagai nasakh (batal), mudah-mudahan maksud yang kedua inilah yang betul, sebab Allah s.w.t. – dan bagi Nya segala puji – tiada memberatkan sesuatu jiwa melainkan sekadar yang termampu dilakukannya, meskipun jika Dia mahu, memang Dia berhak memerintahkan apa saja yang dikehendakiNya, saebab Allah s.w.t. berhak untuk melakaukan apa saja sekehendak kemahuanNya di dalam kerajaanNya dan kekuassaNya. Akan tetapi Dia sentiasa meringankan dan memudahkan. Lihat firmanNya berikut :
يُرِيْد اللهُ أ نْ يـُخـَفـَّفَ عـَنْكُمْ وَخـُلـِقَ الْإ نـْسَانُ ضَعِيْفـًا.
(النــساء 28).
“Allah ingin memberikan keringanan bagi mu, kerana manusia itu dicipta bersifat lemah.
(An-Nisa’ : 28)
Firman Allah s.w.t.:
يُرِيْدُ اللهُ بِكُمُ الـْيسْرَ, وَلَايـُرِيْدَ بِكُمُ الـْعُسْرَ.
(البقرة: 185)
“Allah mahu memberikan keringanan bagi mu, dan tiada (sekali) kali mahu memberikan kesulitan .
(Al-Bagaram : 185)
Kesimpulan:
Bertaqwalah kepada Allah iaitu melakukan apa yang di perintahNya dengan melakukan perkara-perkara yang terbaik, melakukan kerja-kerj yang terpuji, sentiasa mengingagti Allah dengan mengamalkan segala suruhan yang sunat-sunat, sentiasa berakhlak yang mulia.
Meninggalkan segala perkara yang di larang, meninggalkan perbuatan berakhlak yang kotor. Tidak mengingatkan Allah dan sentiasa enggan melakukan arahan yang sunat-sunat.
Sekian dahulu dalam mauduk ini, dan akan kembali dalam Blog ini dalam masa yang terdekat.
Wssalamu alaikum.....
---------------oooooooo---------------
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment