E-mail – hjdan@myjaring.net.
http://hjchedan.blogspot.com/
بِسْمِ اللهِ الــرَّحْمـَنِ الــرَّحـِيـْم ِ.
Segala pujian bagi Allah s.w.t. Tuhan yang mencipta segala kejadian. Selawat dan salam ke atas Junjungan Besar Nabi Muhammad s.a.w. serta keluarga dan sahabat-sahatnya sekalian.
Penulis bersyukur kepada Allah s.w.t. kerana atas limpah kurniaNya dapat penulis meneruskan penyampaian Siaran Blog ini sebagai sumbangan jariah penulis kepada masyarakat Islam di negara ini, setelah .
Huraikan pengertian akidah dan jelaskan keperluan manusia kepada akidah Islam berdasarkan dalil-dalil dari al-Quran. (2006).?
Akidah Islam
1..Perkatan Akidah diambil dari kata dasar (عـقـد)akad yang berearti dari segi bahasa ialah menghimpun antara hujung-hujung sesuatu perkara yang digunakan kepada ikatan. Kemudian digunakan kepada ikatan seperti simpul tali.. Kemudian diperluas gunanya kepada ikatan atau simpulan seperti akad nikah, akad jual beli dan sebagai lagi.
2..Perkataan akad pada keseluruhannya berarti meneguh, mengadakan ikatan yang kukuh antara dua perkara Begitu juga perkataan (عـقـيـدة ) Akidah berarti meneguh dan kuat dalam apa-apa pegangan. Aqidah dalam agama berarti meneguh apa-apa yang dipercayai dianuti oleh manusia dalam perkara agama.
3..Kesimpulan perkataan akidah bererti kepercayaan yang kuat terhadap sesuatu perkara yang mendorong seseorang bertindak atau melakukan sesuatu perkara mengikut apa yang dianutinya.
4..Semua manusia memerlukan kepada aqidah dan kepercayaan agama kerana naluri beragama dan kepercayaan kepada Tuhan merupakam salah satu sifat semulajadi manusia.sebagaimana sifat kasih sayang, sifat benci, sifat marah, sifat suka, duka, sifat berakal, sifat berhawa nafsi dan sebagainya.
5.. Ketiadaan salah satu sifat itu boleh mencacat dan merosakkan rohani dan kehidupan mereka. Ketiadaan kepercayaan agama lebih bahaya, kerana gama menjadi pengawal kepada sifat-sifat lain. Mnusia amat perlukan sifat aqidah kerana ianya dapat mengawal dan menentukan matlamat hala tuju manusia.
Apakah Pengertian akidah Islam dan keistimewaannya berbanding akidah lain.?
1.. Aqidah Islam adalah aqidah tauhid yang khalis. Orang Islam tidak dibenarkan menyengutukan Allah dengan sesuatu apa pun, tidak ada orang tengah dan berhubung terus dengan Allah.
Firman Allah :”
وَاعـْبـُدُ وا اللهَ وَلا َ تـُشـْرِكـُوْا بـِه ِشَيـْـءـًـا.
Sembahlahlah Allah dan jangan kamu mensyirikkanNya dengan sesuatu
(An Nisa’36 ()
2… Aqidah Islam berarti kepercayaan agama yang kuat dan percaya kepada Tuhan. Aqidah Islam mempunyai istimewa berbanding aqidah agama lain kerana ianya dapat memberi kekuatan dan dorongan kepada manusia untuk mengenal kebenaran dan keburukan. Dan ia dapat menghapuskan kebatilan tanpa rasa takut dan bimbang. (nota ms 11 G)
3… Aqidah Islam menjadi asas yang amat sesuai kepada manhaj Yang Lurus.. Aqidah Islam adalah sempurna dan dapat mencakupi semua perkara yang diperlukan oleh manusia, menentukan jalan yang baik dan buruk untuk dipilih berdasarkan kemahuan mereka tanpa apa-apa paksaan.
Firman Allah dalam Surah Al-Imran ayat 3.
إنـّا هـَد َيـْنـَا هُ السـَبـِيـْلَ إ ِمَّا شـَاكـِرًا وَإ ِنـَّا كـَفـُو ْر ًا.
Bermaksud” Sesungguhnya kami (Allah) menunjukkan jalan
Kepada (manusia) sama ada dia bersyukur atau dia kufur)
(Al-Imran ayat 3)
Apakah yang dinamakan al-Husna itu. Minta tuan terangkan.?
1. Nama-nama Allah itu menunjukkan sifat-sifatNya. Jadi nama-nama Allah itu sekali gus menjadi sifat-sifatNya dan dinamakan al-Husna kerana ia menunjukkan sebaik-baik yang dinamakan (iaitu Allah.)
2. Mentauhidkan Allah pada nama-namaNya bermaksud dengan tiap-tiap nama yang dinamakan oleh Allah bagi diriNya bersama pengertian kepada nama-nama itu. Contohnya terdapat dalam al-Quran nama Allah al-Rahim, maka wajib kita beriman bahawa al-Rahim itu nama bagi Allah dan ia menunjukkan bahawa Allah mempunyai sifat rahmah iaitu sifat kasih sayang. Dia memberi rahmat kepada mereka yang Dia kehendaki. Begitulah seterusnya.
3. Terdapat dalam hadis sahih al-Bukhari dan Muslim daripada Abu Hurairah bahawa Rasulullah bersabda yang bermaksud:
“Sesungguhnya Allah mempunyai 99 nama: seratus kecuali satu – sesiapa yang dapat membilang dan menghahafaznya dia boleh masuk syurga.”
(HR Bukhari dan Muslim)
4. Para Ulama’ berpendpat bahawa 99 nama yang disebut dalam hadis itu bukanlah setakat itu sahaja tetapi lebih lagi dan Allah tidak memberitahu kepada kita.
5. Nama-nama yang disebut 99 nama itu ialah bilangnan, Nama-namaNya dan PengertianNya
1. Allah - Nama bagi Zat Allah
2. Al-Rahman - Yang memberi nikmat-nikmat besar
3.Al-Rahim - Yang memberoinikmat kecil
4. Al-Malik - Yang memerintah mengikut kehendakNya
5. Al-Quddus -Yang membersih dari segala keaiban dan kekurangan.
6. Al-salam -Yang mententeramkan makhluk Nya
7. Al-Mukmin -Yang mengamankan dari azab dan benar pada janjiNya
8. Al-Muhaimin - Yang menguasai.
9. Al-Aziz - Yang Berkuasa (menang).
11. Al-Mutakabbir -Yang bersifat dengan segala sifat kebesaran dankaeagongan.
12.Al-haliq - Yang mencipta segala makhluk.
13. Al-Bari - Yang mencipta segala bernyawa dan mengadakan ada yang telah ada asalnya.
14. Al-Musawwir - Yang menberi dan meletakkan rupa kepada tiap-tiap sesuatu
15. Al-Ghaffar - Yang sangat mengampun dosa.
16. Al-Qahhar - Yang sangat keras.
17. Al-Wahhab - Yang sentiasa membreri.
18. Al-Razzaq - Yang mencipta rezeki dan sebab-sebabnya.
19. Al-Fattah - Yang membuka gedung rahmat untuk hambaNya.
20. Al-Alim - Yang mengetahui segala sesuatu
21. Al-Qabit - Yang memegang segala ruh dan menyempit rezeki kepada sesiapa yng dikehendakki nya.
22. Al-Basir - Yang meluaskan rezeki kepada sesiapa yang dikehendakkinya.
23. Al-Hafid - Yang merendahkan kedudukan orang yang berhak direndah.
24. Al-Rafi - Yang mengangkat orang orang yang berhak diangkat.
25. Al-Muizz - Yang mengangkat dan memberi pertolongn kepada orang yang berpegang trguh dengan agamaNya.
26. Al-Muzill’ - Yang menghina dan merendahkan seteru-setreruNya.
27. Al-Samii’ - Yang mendengar bagi tiap-tiap perkara yang bleh didengar.
28. Al-Basir - Yang melihat tiap-tiap sesuatu yang dapat dilihat.
29. Al-Hakam - Yang memutus hukum yang tidak dapat ditolak dan dipertikai keputusanNya.
30. Al-Adl - Yang adil yang cukup sempurna kendalianNya.
(Akan disambung lagi hingga Nama ke 99)....
Huraikan kejadian dan tabiat malaikat dan beberapa peranan yang dimainkan oeh malaikat yang berkaiatan dengan kehidupan manusia di dunia. (
Malaikat adalah suatu alam halus yang termasuk dalam hal-hal ghaib yang tidak dapat dicapai dan dirasai melalui pacaindera.. Ini kerana mereka adalah dari alam-alam diluar alam tabaie yang tidak boleh dikesan melalui pacaindera kita. Kita dapat mengetahui ada mereka, sifat-sifat dan tugas mereka hanya melalui perkhabaran dari al-Quran dan al-Sunnah.
Kewujudan malaikat sabit dengan dalil-dalil qatie dari al-Quran dan al-Hadis. Oleh itu beriman dengan malaikat adalah wajib kerana ianya termasuk dalam salah satu rukun Iman. Firman Allah s.w.t.:’-
ا من الرسول بما أنل الله من ربه والمؤن كل
آمن بالله وملاكته وكتبه ورسوله لانفرق
لانفرق بين أحد من رسله.
“Rasulullah percaya kepada apa yang diturunkan kepadanya daripada Tuhannya dan begitu juga) orang-orang beriman, tiap-tiap seorang dari mereka percaya kepada Allah, malaikatNya, kitab-kitabNya, dan Rasul-rasulNya. (Mereka berkata) Kami tidak membezakan antara seorang (dengan yang lain) daripada rasul-rasulNya.”
Antara sifat-sifat malaikat dan hakikat kejadian mereka sebagaimana yang disebut dalamal-Quran dan al-Sunnah ialah:-
a…Mereka dijadikan dari cahaya (nur) sebagaimana
sabda Rasuullah s.a.w..yang bermaksud:
Dari Aisyah r.a. daripada Rasulullah s.a.w. berkata. ”Dijadikan malaikat dari cahaya dan dijadikan jin dari nyalaan api yang panas dan dijadikan Adam sebagaimana yang.disifatkan bagi kamu,
(H.R. Muslim dan Ahmad)
b. Mereka tidak dapat dilihat dalam keadaan biasa kecuali ketika mereka menjelma dalam bentuk fizikal. Kadang-kadang Jibril datang menurunkan wahyu kepada Rasulullah s.a.w tetapi tidak dapat.dilihat oleh mereka yang berada bersama Baginda.
c…Malaikat boleh menjelma dalam bentuk rupa jismaniah seperti rupa manusia dan lain-lain sebagaimana hadis riwayat Muslim dari Umar al-Khatab. Bahawa pada satu hari seoranag lelaki yang sangat putih pakaiannya dan sangat hitam rambutya dataing berjumpa Rasulullah dan bertanya tentang Islam, iman, ihsan, hari kiamat dan alamat-alamatnya. .Lalu Rasulullah menjawab segala pertanyaanya itu. Selepas dia meninggalkan tempat itu Rasulullah bertanya kepada Umar, tahukah kamu siaoa dia yang bertanya itu. Umar memjawab :
“Allah dan RasulNya lebih mnengetahui. Lalu Baginda berkata itulah Jibril dating kepada kamu megajar agama lepada kamu:” kepada Allah sepenuhnya. Tidak petnah menderhaka
d.. Tabiat malaikat pada keseluruhannya ialah taat kepada Allah sepenuhnya. Tidak pernah menderhakaNya selama-lamanya.
e.. AlQuran telah menceritakan setengan daripada tugas malaikat ialah:-
(1).. Malaikat Jibril Menurunkan wahyu kepada Rasul-rasul.
(2). Malaikat Malaikul Maut –Diberi tugas Mengambil nyawa.
(3)..Malaikat Mikail ditugaskan menurunkan hujan.
(4).. Malaikat Israfil ditugaskan meniup sangkakala.
(5).. Malaikat Ridzuan ditugaskan menjaga pintu Syurga.
(6).. Malaikat Zabaniyah ditugaskan menjaga pintu neraka.
(7).. Malaikat Kiramun Kitabin ditugaskan untuk menulis amal kebajika.
Kesimpulan.
1. Mengikikadkan bahawa bagi Allah s.w.t. ada beberapa malaikat yang diciptakan dari nur (cahaya).
2. Malaikat-malaikat itu adalaj makhlkuk Allah Azza Wajalla dalam alam ghaib.
Nyatakan secara ringkas perbezaan dan persamaan antara malaikat, iblis, jin dan syaitan dari aspek kejadian dan juga sikap mereka terhadap perintah Allah dan hubungannya dengan manusia.
Jin daripada api bukan dari malaikat, mereka adalah makhluk bertaraf rendah. Bapa kepada jin bernama al-Jan Dia dijadikan daripada api dan kejadiannya lebih dahulu daripada manusia
Mereka dinamakan jin kerana mereka tertutup dari pandangan manusia. Ia diambil dari perkataan Janna al-Layl yang bermaksud gelap malam yang menutup pandangan.
Mereka beranak pinak dan mempunyai zuriat sebagaimana makhluk-makhluk hidup yang lain. Mereka perlu kepada makanan yang sesuai dengan kejadian mereka sebagaimana hadis Riwayat Ibn Masud berkata bahawa yang bermaksud:-
“Adakah kamu hendak menjadikannya (iblis) dan anak cucunya menjadi pemimpin atau kawan setia selaian dari Aku, sedangkan mereka seteru bagi kamu dan sangat buruk tukarannya bagi orang-orang zalim (yakni orang-orang bersalah” (Surahal-Kahfi ayat 50).
Adapun penjelasan haqiqat kejadian jin dan dikemukakan beberapa keterangan al-Quran yang menjelaskan beberapa maklumat tentang jin ialah”-
Firman Allah swt yang Bermaksud:-
“Sesungguhnya Kami jadikan manusia daripada tanah yang kering dari tanah hitam yang dibentuk, dan (al-Jan) iaitu bapa kepada Jin dari jadikan sebelumnya dari api yang sangat panas”
(al-Hijr ayat 2627)
Mreka dalah makhluk yang dapat menerima ilmu dan marifah dan mereka ditaklif dengan Iman dan ibadah sebagaimana Firman Allah dalam surah al-Zuriat,ayat 56 yang bermaksud:
“Dan tidak aku jadikan jin dan manusia melainkan
Untuk menyembah aku”(al-Zuriat 56)
Mereka dapat melihat kita dan kita tidak dapat melihat mereka dalam keadaan biasa.
Jin mempunyai dua jenis iaitu Jenis Syaitan yang tidak ada kebaikan langsung. Mereka dari keturunan Iblis yang berasal dari jin (Al-Kahfi ayat 50)
Kumpukan Jin – Ada yang baik dan ada yang fasid dan ada yang mukmin serta ada yang kafir
.(Surah al-Jin ayat 11) bermaksud:-
“Di antara kami ada yang baik dan di antara kami
ada yang tidak baik, kamu menempuh jalan-jalan
yang berlainan.” (Al-Jin ayat 11).
Jin dan syaitan boleh berupa dengan berbagai-bagai rupa dan berwarna dengan bermacam-macam warna.
Jin dan syaitan sebagaimana dikatakan itu ditaklifkan dengan Iman dan ibadat, maka lanjutann daripada itu mereka juga dikumpulkan, dihisab, dan diberi balasan di atas amalan mereka pada hari kiamat.
Sekian dahukjl dalam hal ini, dan akan di sambung lagi dalam masa akan datang. Insya Allah....
---------------------------oooooooooooooooo---------------------------
No comments:
Post a Comment